You are on page 1of 14

2

Pengenalan
Saya telah mengarang dua cerita berdasarkan sumber yang saya dapati di internet dan dibuat sedikit penambahan maklumat yang saya peroleh melalui mak dan kakak saya semasa saya bercuti di rumah pada cuti pertengahan semester yang lalu. Dua cerita yang saya karang ini bertajuk Raja Bersiong dan Siputeh. Saya mendapat sedikit maklumat tambahan mengenai dua cerita yang saya karang ini melalui temuramah yang saya lakukan terhadap jiran-jiran yang berumur lebih dari 60 tahun. Mereka berpendapat bahawa kedua-dua cerita ini mempunyai lagenda tersendiri mengenai sejarah silam yang pernah berlaku di Kedah. Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada pensyarah Sejarah Kesusasteraan Melayu saya iaitu Prof. Madya Dr. Siti Khariah Mohd Zubir yang mengkehendaki saya menyempurnakan tugasan ini untuk tugasan individu. Dengan terlaksananya tugasan ini, saya memperolehi sedikit maklumat yang perlu saya ketahui mengenai sejarah yang berlaku di tempat saya sendiri malah saya juga dapat memperbaiki teknik dan gaya penulisan dalam menjayakan tugasan yang bermakna ini. Saya juga ingin berterima kasih kepada semua pembantu saya iaitu emak saya sendiri, kakak saya dan rakan-rakan saya yang banyak memberi maklumat dan dorongan semasa saya menyiapkan tugasan mengarang cerita rakyat. Cerita ini mungkin ada orang yang pernah mendengar atau membacanya di mana-mana media tetapi cerita ini saya karang ini ditulis semula berdasarkan penambahan maklumat yang saya perolehi daripada sumber-sumber yang lain. Jadi, cerita yang saya cuba karang ini mungkin berbeza dengan cerita yang pernah didengar sebelum ini.

Raja Bersiong Alkisah mengenai sebuah negeri di hujung semenanjung utara iaitu negeri Kedah Darul Aman yang pernah diperintah oleh Raja Siam. Raja di Kedah ini banyak yang menggunakan nama dalam bahasa siam pada zaman dahulu kerana mendapat pengaruh daripada siam dan ada sesetengah daripadanya berketurunan siam. Salah seorang raja yang memerintah yang memerintah di situ ialah Raja Ong Maha Perita Daria, raja ini juga dikenali sebagai Raja Bersiong. Mengikut cerita, Raja Bersiong merupakan seorang raja yang sangat zalim pada zaman pemerintahannya. Rakyat dikatakan selalu hidup dalam ketakutan disebabkan pemerintahannya yang zalim itu. Golongan pemerintah dan pengawal Raja Bersiong amat setia kepada baginda kerana mereka akan menyeksa atau membunuh sesiapa sahaja yang melakukan kekacauan di kawasan tersebut. Disebabkan baginda seorang raja yang digeruni, tidak kisahlah jika perluasan kuasanya semakin meluas dari semasa ke semasa. Kebanyakan kawasan Lembah Bujang merupakan daerah di bawah naungan baginda. Disebabkan baginda sangat tamak, baginda berasa tidak puas hati dengan kawasan naungan baginda sekarang, baginda mahu meluaskan lagi taklukannya. Tetapi hasratnya itu dihalang oleh panglima-panglima baginda, mereka mengatakan bahawa Raja Bersiong sudah tua dan tidak akan berdaya untuk mempertahankan kawasan naungan yang terlalu banyak. Jadi, apabila baginda sedar dengan kelemahannya, maka baginda pun pulang dan berehat sahaja di istana. Di istana, baginda tidak mempunyai banyak kerja yang perlu dilaksanakan, hanya makan dan tidur sahaja. Baginda merupakan penggemar tetap masakan kari dan kari yang menjadi kegemarannya ialah masakan kari sayur bayam yang pedas dan kaya dengan rempah ratus. Setiap hari semasa raja masih nyenyak tidur, kedua-dua tukang masaknya akan bangun untuk menyiapkan santapan untuk raja termasuk makanan kegemarannya itu. Sekiranya raja bangun dari tempat beradu baginda dan mahu segera menyantap makanan tetapi makanan belum tersedia maka kedua-duanya akan dimarahi dan dihukum oleh raja tersebut.

Baginda juga dikenali sebagai seorang pemburu tegar. Selalunya baginda akan keluar berburu di kawasan Lembah Bujang untuk mendapatkan rusa dan kancil yang besar untuk dijadikan santapan untuknya. Baginda akan menggunakan anjing peliharaan baginda untuk menangkap kancil dan rusa di kawasan itu. Setelah berjaya menangkap hasil tangkapannya itu, baginda akan pulang ke istana dan menyuruh kedua-dua tukang masaknya untuk memasak hasil tangkapan itu dan dimasukkan ke dalam kari kegemarannya untuk menambah kelazatan makanan tersebut. Hendak dijadikan cerita, pada suatu hari Raja Bersiong dan semua hulu balang baginda keluar untuk memburu di dalam hutan. Mereka berburu binatang hingga ke tengah hutan untuk mencarinya. Salah seorang daripada pengawalnya telah menyuruh baginda berteduh di dalam sebuah gua yang berhampiran kerana bimbangkan keselamatan rajanya itu. Tetapi raja tersebut menolak dan mahu meneruskan pemburuan itu lagi dan apabila melihat hari semakin gelap dan hujan mulai turun maka baginda bersetuju dengan cadangan itu. Mereka terpaksa berteduh di dalam selama berjam-jam lamanya kerana hujan turun lebat dan tidak mahu berhenti. Keadaan sedemikian, telah mengundang kemarahan raja tersebut kerana baginda mula terasa lapar tetapi teringat semula bahawa mereka telah berjaya menangkap enam ekor rusa yang besar-besar maka perasaannya pulih kembali. Di istana pula, kedua-dua tukang masaknya berasa bimbang kerana raja dan semua hulu balang belum pulang termasuklah para pengawal. Mereka bagaimanapun sibuk menyediakan masakan untuk raja sebelum mereka semua pulang. Salah seorang daripada tukang masak tersebut suka berkhayal. Dia yang ditugaskan untuk memasak kari dan disebabkan sibuk memikirkan keselamatan rajanya itu pisau yang digunakan untuk menghiris terung terhiris jarinya sendiri. Beberapa titis darah daripada jarinya yang terluka itu telah termasuk ke dalam periuk yang berisi kuah kari. Dia terkejut lalu berkata. Apa yang perlu aku lakukan ni?berkata dia sendirian. Kalau raja tahu mengenai ni, mesti aku menjadi mangsa bunuhnya. Aku mesti buat masakan lain sebelum baginda pulang. Tetapi untuk menyiapkan masakan kari tersebut memerlukan masa sekurang-kurangnya satu jam. Dia tanpa berlengah terus mencuba untuk memasak semula kari yang lain untuk Raja Bersiong. Dalam keadaan kelam-kabut itu, mereka terdengar bunyi trumpet menandakan raja

telah pulang dengan hulu balangnya. Dengan rasa cuaknya, tukang masak tersebut terpaksa membatalkan niatnya untuk memasak kari lain untuk santapan raja. Maka, dia berharap agar raja tidak merasa sesuatu yang berlainan dalam masakan yang sudah dicemari oleh darahnya itu. Sampai sahaja di istana, Raja Bersiong yang kelaparan terus menerpa ke ruang santapan. Baginda kelihatan cuba mencari-cari lauk karinya kegemaran di atas meja sambil menghirup bau wangi masakan tersebut. Dengan sepantas kilat, baginda mencapai pinggan yang berisi nasi dan terus menyantap makanan tersebut bersama kuah kari sayur bayam bersama daging rusa. Setelah hampir setengah kekenyangan baginda menyantap makanan tersebut, barulah baginda sedari bahawa terdapat kelainan rasa pada kuah kari yang dimasak pada kali ini. Rasanya berlainan sama sekali kerana masakan kari itu tidak sama rasanya dengan kuah kari lain pada hari-hari biasa. Lalu, baginda bertitah untuk memanggil kedua-dua tukang masak di istana tersebut. Kedua-dua tukang masak itu pun pergilah mengadap raja selepas itu. Setelah kedua-dua tukang masak memberi hormat kepada baginda, maka baginda pun bertanya. Apakah benda yang kamu masukkan ke dalam kuah kari beta pada hari ini? soal raja kepada tukang masak itu Tanpa berdalih lagi, tukang masak itu dengan gugup gaya percakapan mengaku sahaja kesalahannya. Dia tahu tiada guna kalau dia berbohong kepada raja, seharusnya dia berterusterang dan berharap mendapat keampunan daripada raja. Ampunkan patik tuankuku..semasa patik hendak menyediakan masakan kari tuanku..itu, dengan tidak sengaja jari patik telah terhiris dengan pisau yang digunakan untuk menghiris terung yang akan dimasukkan ke dalam kari tuanku. Darah dari jari patik telah menitik sedikit ke dalam kuah kari tersebut. Ampunkan patik tuanku..ku, patik mohon ampun, patik tidak sengaja. Dengan wajah baginda yang selamba, dia menyahut jawapan salah seorang daripada tukang masak tersebut. Ohhhbegitu rupanya sahut raja. Jadi campuran beberapa titik darah kamulah yang membuatkan kari beta ini rasa sangat sedap pada hari ini. Berkuat kuasa sekarang, beta mahu

kamu masukkan lebih banyak darah di dalam setiap masakan yang beta akan santap pada harihari kemudian. Faham !!!. Setelah mendengar titah raja, kedua-dua tukang masak tersebut berasa gerun kerana mereka tahu apa yang raja maksudkan kepada mereka. Baginda sebenarnya menyuruh mereka meletakkan darah musuh-musuh baginda yang ditangkap dan dikurung di dalam penjara. Ada sesetengah daripada tahanan musuh tersebut hanya menanti masa untuk dihukum bunuh. Raja dengan segera berpaling kepada pengawal yang berada di sisi bilik santapan tersebut dan bersuara kuat dan lantang. Kamu pergi ke penjara, lihat siapa yang sepatutnya dibunuh hari ini. Penggal kepalanya dan ambil darah tersebut masukkan ke dalam sebuah bekas dan bawa bekas itu kepada beta semula. Kemudian mayatnya kamu campakkan ke dalam gaung di hujung hutan sana. Pengawal dengan tidak ada perasaan takut dan gerun terus ke penjara dan melihat seorang orang tua yang sepatutnya dibunuh dan menjalani hukuman pada hari ini, maka dengan tiada perasaan belas kasihan mereka membunuh orang tua itu dengan memancung kepalanya. Darah yang keluar memancut diambil dan diletakkan ke dalam bekas seperti yang dititahkan oleh raja. Setelah itu bekas itu diserahkan kepada raja untuk dijadikan santapan. Raja Bersiong tersenyum melihat bekas yang berisi darah manusia itu tanpa berlengah lagi, baginda terus menghirup darah manusia itu dengan lahapnya. Orang-orang yang berada di dalam istana berasa sangat takut tetapi mereka tidak dapat berbuat apa-apa kerana raja yang dahagakan darah manusia tersebut mampu untuk melakukan apa sahaja untuk memenuhi kehendaknya. Begitulah ceritanya, betapa seorang raja sanggup untuk meminum darah daripada sejenisnya sendiri. Bermula pada hari itulah, Raja Bersiong tidak dapat hidup jika baginda tidak dilimpahkan atau dihidangkan dengan darah manusia. Semua orang tahanan di istana habis dibunuh untuk memenuhi kehendak baginda bagi mendapatkan darah manusia yang segar. Disebabkan sifat baginda yang sangat zalim itulah, baginda digeruni dan dibenci oleh semua penduduk di istana dan di luar istana. Setelah mengetahui bekalan untuk mendapatkan darah tidak mencukupi, baginda telah menyuruh pengawal-pengawal untuk keluar menculik budakbudak yang tidak bersalah untuk dijadikan korban. Orang ramai sangat marah dan mengetahui siapakah dalang di sebalik semua yang berlaku disebabkan raja yang lazim itu.

Darah manusia yang diminum oleh baginda sangat banyak hingga menyebabkan gigi taring atau siong tumbuh memanjang. Pada mulanya, baginda tidak menyedari dengan

ketumbuhan gigi taring itu hinggalah pada suatu hari baginda mengadu kesakitan di dalam mulut. Baginda telah memerintah seorang menteri untuk memeriksa apa punca yang menyebabkan kesakitan di dalam mulut baginda itu. Setelah melihat sendiri dengan mata kasar, menteri itu amat terkejut melihat gigi taring baginda itu tumbuh memanjang melebihi gigi-gigi biasa hingga terkeluar sedikit daripada mulut baginda. Dia segera memberitahu baginda punca kesakitan yang baginda alami sebenarnya. Ampun tuanku, kesakitan yang tuanku alami sebenarnya bukan berpunca disebabkan gigi tuanku yang rosak tetapi terdapat dua batang gigi siong tuanku yang telah tumbuh memanjang dan menikam bibir tuanku,dan siong ini yang menyebabkan tuanku berasa sakit. Apabila mendengar jawapan daripada menteri itu, baginda tersenyum dan ketawa dengan kuatnya kerana bangga memiliki gigi sebegitu. Semua orang di dalam istana berasa terkejut dan menjangkakan sesuatu telah berlaku. Berita ini kemudian tersebar meluas ke seluruh negeri. Semua orang dalam negeri mengetahui bahawa gigi-gigi siong itu akan bertambah panjang sekiranya baginda meminum darah manusia lagi dan menyebabkan penduduk di negeri Kedah pada ketika itu hidup dalam ketakutan. Raja Bersiong dengan bongkaknya merasakan bahawa dengan adanya gigi taring atau siongnya itu akan menyebabkan semua rakyat akan bertambah hormat kepada baginda dan musuh juga turut takut kepadanya. Dengan tiada sifat berperikemanusiaan itu, baginda terus melakukan pembunuhan ke atas budak-budak yang tidak bersalah untuk memuaskan seleranya. Tukang masak yang bertanggungjawab ke atas semua yang berlaku berasa sungguh sedih kerana semua pengawal di istana itu bersifat kejam membunuh orang yang tidak berdosa untuk dijadikan korban kepada raja. Dia bertekad untuk melakukan sesuatu bagi memastikan perkara ini tidak berulang lagi. Dia telah bercadang untuk memasukkan racun ke dalam masakan yang dimasaknya untuk hidangan kepada raja dan menamatkan segala kekejaman baginda. Setelah dirancang beberapa hari, hari yang ditunggu tiba kerana raja telah keluar untuk berburu mencari darah dan daging binatang. Rancangan yang telah dibuat tidak diketahui oleh sesiapa kerana takut rahsia ini akan terbongkar dan diketahui oleh raja sendiri. Jadi, dia berseorangan bertekad untuk melakukannya. Mengambil masa satu jam lebih untuk memasak kari raja pada hari itu,

semasa orang tengah sibuk menyiapkan hidangan lain, dia pun mengeluarkan satu benda yang berbentuk tanduk yang berisi racun dan menaburkan serbuk racun tersebut ke dalam kuah kari tersebut. Raja Bersiong pun pulang dari berburu. Hari ini nasib tidak menyebelahi baginda kerana mereka tidak dapat membunuh banyak rusa pada kali ini, hanya dua ekor sahaja yang dapat dibunuh mereka. Sampai di istana, baginda menyuruh supaya makanan makanan malamnya disediakan dengan segera. Hari ini dua ekor anjing peliharaan baginda turut sama menemani baginda menyantap makanan. Tukang masak pun keluarlah membawa mangkuk yang berisi kuah kari yang panas itu. Tangan dia mengigil ketakutan tetapi raja tidak menyedari kelakuan pelik tukang masak itu. Belum sempat baginda mahu merasai kuah kari tersebut, anjingnya terlebih dahulu melompat ke atas meja santapan dan melanggar bekas yang berisi kari dan tertumpah semua kuahnya. Raja berasa sangat marah kerana baginda kelihatan lapar pada ketika itu dan terus menyuruh pengawal menghalau anjing-anjing peliharaannya itu dari meja santapan. Tetapi belum sempat dihalau oleh pengawal, anjing-anjing itu telah pun menjilat saki baki kuah kari yang tertumpah ke lantai itu. Anjing-anjing itu kemudiannya beredar ke tepi setelah dihalau oleh pengawal. Dalam beberapa minit, kedua-dua anjing tersebut menggelepar kesakitan dan kemudiannya senyap selepas itu. Baginda yang sedang menyantap makanan terus terkejut dan menyuruh pengawal memeriksa anjing-anjing tersebut. Setelah memeriksa kedua-dua anjing tersebut, pengawal pun memberitahu raja bahawa anjing-anjing tersebut telahpun mati. Maka, diketahui oleh baginda yang kuah kari yang dimakan oleh anjing-anjing tersebut telah dimasuki racun. Bagaimanapun, baginda berasa puas kerana anjing-anjing tersebut telah menyelamatkan nyawanya terlebih dahulu. Lantas, baginda memanggil kedua-dua tukang masak istananya dan segera diperintahkannya untuk ditangkap dan diseksa. Setelah mendapat seksaan, salah seorang daripada tukang masak tersebut telah mengaku kesalahannya kerana tidak sanggup melihat rakannya yang tidak bersalah turut sama diseksa. Raja amat murka dengan pengakuan tersebut, maka memerintahkan pengawal untuk memenggal leher si tukang masak tersebut. Mulai hari itu, raja hanya mempunyai seorang tukang masak sahaja. Baginda juga telah mengarahkan pengawal untuk mengawasi setiap tindak-tanduk tukang masak tersebut semasa dia tengah menjalankan tugas. Pengawasan yang dilakukan oleh pengawal itu tidak perlu sebenarnya

kerana tukang masak yang seorang ini tidak mempunyai kekuatan kerana terlalu takut dan tidak akan mencuba sesuatu yang boleh membawa bahaya kepada dirinya. Begitulah kejamnya Raja Bersiong kepada sesiapa yang berani menentangnya. Ramai yang cuba menentangnya termasuklah golongan nelayan. Walaupun tidak mempunyai senjata yang lengkap tetapi mereka berazam untuk menamatkan pemerintahan raja bersiung yang zalim itu. Mereka telah merancang cadangan dan memberitahu kawan-kawan mereka mengenai cadangan pemberontakan itu. Tetapi malangnya, terdapat salah seorang daripada rakan-rakannya telah belot dan telah memberitahu kepada Raja Bersiong. Setelah mengetahui rancangan yang dibuat oleh sekumpulan nelayan itu maka baginda telah mengerahkan bala tenteranya untuk bersiap sedia melawan dengan bersenjatakan senapang. Askar-askar ini kemudiannya bersembunyi di dalam hutan berhampiran dengan istana dan menyerang musuh bila tiba masanya. Tidak lama kemudian, datanglah sekumpulan nelayan itu secara senyap-senyap menuju ke istana. Apabila askar-askar itu nampak sekumpulan nelayan itu sedang mara, mereka pun menyerang dan menembak beberapa daripada mereka. Kaum nelayan sangat terkejut dengan serangan itu dan terus melawan dan apabila tidak berdaya mereka pun melarikan diri pulang ke kampung halaman. Mereka tidak menyedari bahawa askar-askar Raja Bersiong sebenarnya sudah pun menunggu mereka untuk menyerang di kampung tersebut. Sampai sahaja di kampung, mereka lihat ramai askar yang menanti sambil memacukan senapang. Mereka pun berbincang seketika sebelum memulakan peperangan, salah seorang telah dilantik menjadi ketua untuk mengetuai kumpulan mereka. Ketua itu sempat berpesan supaya rakan-rakannya melawan askaraskar tersebut hingga ke akhir hayat mereka kerana biarpun hidup kerana menyerah pasti akan dibunuh juga oleh Raja Bersiong. Maka mereka pun berperang dan matilah semua ahli kumpulan nelayan tersebut kerana melawan dengan askar-askar Raja Bersiong. Rupa-rupanya peristiwa itu telah mengundang kemarahan salah seorang menteri Raja Bersiong kerana salah seorang daripada ahli kumpulan nelayan itu ialah adiknya sendiri. Beliau tidak menyangka perkara ini akan terjadi kerana semasa peristiwa itu berlaku beliau berada di luar negeri. Setelah pulang ke negeri Kedah, barulah beliau mengetahui perkara sebenar melalui keluarganya. Beliau amat marah dan sedih dengan apa yang berlaku kepada adiknya. Selama ini beliau seorang yang patuh kepada Raja Bersiong tetapi khidmatnya dibalas dengan nyawa

10

seorang adik. Selama ini beliau hanya membutakan matanya apabila melihat kekejaman berlaku di depan mata dan pendiriannya itu kini berubah sama sekali dan beliau tidak mahu lagi kekejaman berterusan berlaku ke atas rakyat di negeri Kedah. Sudah tiba masanya untuk beliau menamatkan kezaliman Raja Bersiong yang zalim itu. Menteri tersebut adalah orang yang berpengaruh dan terkenal dalam kalangan orangorang istana. Jadi, beliau tidak akan menimbulkan sebarang kekacauan di dalam istana itu. Beliau menantikan satu hari yang sesuai untuk memberontak melawan Raja Bersiong itu. Tidak lama kemudian, Raja Bersiong dan beberapa pengawalnya keluar berburu di hutan. Pada masa inilah yang diambil oleh menteri tersebut untuk melancarkan pemberontakan. Beliau telah mendapat sokongan daripada menteri-menteri lain dan askar-askar Raja Bersiong untuk melancarkan serangan itu. Beliau telah menyusun satu angkatan askar yang besar yang mengandungi beribu-ribu askar di dalamnya. Mereka berbaris menuju ke kawasan Raja Bersiong sedang berburu. Raja Bersiong sangat terkejut dengan melihat beberapa kumpulan askar menuju ke arahnya. Baginda mengetahui bahawa menteri dan askar-askarnya telah belot kepadanya dan mengerahkan pengawal-pengawalnya untuk melawan angkatan menteri dan askar itu. Tetapi tiada seorang pun yang menurut perintah baginda malah mereka turut menyertai angkatan itu. Berseorangan Raja Bersiong di situ tanpa ada sebarang pengawal yang mengawasinya. Baginda mula berasa takut dan terus melarikan diri ke dalam hutan yang tebal itu. Menteri itu menyuruh ahli kumpulannya supaya jangan menangkap Raja Bersiong kerana beliau mengetahui bahawa Raja Bersiong tidak akan berani untuk keluar daripada hutan tebal itu. Dengan itu, mereka pun pulang ke istana kerana mengetahui yang mereka telah selamat daripada kekejaman Raja Bersiong. Semua rakyat di negeri Kedah sungguh genbira dengan perkhabaran itu. Beberapa tahun kemudian, Raja Bersiong itu mangkat di dalam hutan itu kerana terlalu tua. Pemerintahan negeri diambil alih oleh menteri yang adil itu dan kawasan Lembah Bujang menjadi maju dan aman selalu. Rakyat tidak lagi dibelenggu dengan rasa ketakutan dan Raja Bersiong tidak menganggu kehidupan mereka lagi. Maklumat yang saya perolehi daripada beberapa sumber menyatakan bahawa tempat persembunyian Raja Bersiong terletak di bukit yang berhampiran dengan kawasan Pantai Merdeka yang terletak di daerah Kuala Muda. Dipercayai ramai yang telah mendaki bukit di situ tetapi tidak dapat menemui jalan pulang kerana menemui sebuah pokok cili yang besar (gergasi).

11

Andaian daripada penduduk di situ menganggap bahawa sesiapa yang menjumpai pkok cili gergasi itu tidak akan menjumpai jalan pulang kerana itu merupakan pintu masuk ke istana Raja Bersiong. Ramai yang beranggapan bahawa pokok cili gergasi itu adalah milik Raja Bersiong dan mereka juga ada melihat kelibat sebuah istana lama yang disyaki milik raja yang zalim itu juga.

-TAMAT-

12

Cerita Siputeh Pada zaman dahulu, negeri Kedah pernah diperintah oleh Sultan Sulaiman I ibni Almarhum Ibrahim yang memerintah selama 49 tahun di antara tahun Masihi 1374-1423 (775826H), baginda sebenarnya telah disemayamkan di kawasan Siputeh. Diketahui, baginda merupakan salah seorang yang cintakan kepada kedamaian dan rakyat negeri sangatlah setia dan taat dan kasih kepada baginda. Baginda juga amat menggalakkan rakyatnya bercucuk tanam dan menternak binatang. Selain itu, baginda juga menyukai seni pertahanan diri iaitu silat. Baginda sangat suka melihat orang-orang bersilat dan baginda sendiri seorang yang handal dalam ilmu persilatan. Baginda telah berkahwin dengan seorang anak raja yang bernama Puteri Siputeh. Dengan kebijaksanaan dan usaha yang dilakukan oleh baginda, negeri Kedah pada ketika itu menjadi mewah dan makmur. Baginda juga telah dikurniakan dua orang puteri dengan Puteri Siputeh dan seorang daripada puterinya berdarah putih. Baginda amat kasih kepada puteri yang berdarah putih ini kerana paras rupanya yang tidak ada tolok bandingnya pada ketika itu. Pada ketika itu juga, negeri Acheh iaitu negeri yang terletak di utara Pulau Percha (Sumatera) mempunyai pengaruh dan kuasa yang besar. Raja dan segala hulubalangnya juga sangat gagah perkasa. Rakyat Acheh juga memiliki kekuatan yang serupa dan mereka juga sangat rajin bercucuk tanam dan menternak binatang. Raja Acheh mengetahui bahawa negeri Kedah kini makmur dan aman di bawah pemerintahan Sultan Sulaiman di kawasan Siputeh. Baginda beranggapan dan berangan untuk cuba meluaskan pengaruhnya ke negeri Kedah pada ketika itu. Baginda juga mengetahui bahawa Sultan Sulaiman juga mempunyai dua orang puteri dan salah seorang puteri itu mempunyai rupa paras yang cantik menawan dan berdarah putih. Hal ini telah mendatangkan cemburu dihatinya. Raja Acheh juga sebenarnya mempunyai seorang putera yang sangat muda remaja dan telah cukup umur. Salah satu cara untuk menakluki negeri Kedah bukan dengan cara kekerasan adalah dengan cara mengahwinkan puteranya dengan puteri Sultan Sulaiman yang berdarah putih itu. Raja Acheh telah menyuruh seorang menterinya dan beberapa orang besar untuk

13

menghantar rombongan meminang puteri sultan yang berdarah putih itu. Angkatan menteri Acheh itu terdiri daripada tujuh puluh buah perahu yang sesak dengan barang-barang untuk peminangan sumbangan daripada Raja Acheh kepada baginda Sultan Sulaiman dan untuk puteri yang hendak dipinang itu. Angkatan menteri Acheh itu telah disambut oleh baginda Sultan dengan beberapa upacara perasmian secara besar-besaran. Pinangan yang dibawa oleh Raja Acheh itu diterima dengan sukacitanya. Baginda Sultan Sulaiman berasa kasih kepada anaknya yang berdarah putih itu maka anaknya yang seorang lagi itu untuk dinikahkan dengan anak Raja Acheh. Hal ini yang menyebabkan peperangan tercetus dan membawa kejatuhan kepada Sultan Sulaiman. Istiadat perkahwinan itu telah disempurnakan di negeri Acheh secara besar-besaran mengikut keadaan zaman itu dan ramai raja negeri yang berjiran telah dijemput untuk menghadiri upacara perkahwinan tersebut. Putera dan puteri tersebut hidup dalam keadaan aman dan damai. Pada suatu hari, puteri yang berkahwin itu telah terkacip jarinya ketika sedang mengacip pinang. Maka terkeluar darah yang berwarna merah dan bukannya darah putih seperti dikhabarkan di negeri Kedah itu. Berita itu seterusnya diketahui oleh Raja Acheh. Baginda amatlah murka dengan perkhabaran itu dengan menganggap bahawa baginda telah diperdayakan oleh Sultan Sulaiman iaitu diberikan puterinya yang berdarah merah berkahwin dengan puteranya dan bukannya berdarah putih seperti yang telah dijanjikan. Raja Acheh dengan segera menitahkan semua menteri dan hulu balangnya agar bersiap sedia dan melengkapkan perahu dengan alatan perang kerana mahu menyerang negeri Kedah dan menculik puteri yang berdarah putih itu. Semua kelengkapan telah disediakan dan mengambil sekurang-kurang masa selama enam bulan untuk disiapkan. Raja Acheh menunggu hari yang bersesuaian untuk pergi menyerang negeri Kedah menuju ke Siputeh. Kemaraan Raja Acheh dan segala hulu balangnya telah diketahui oleh Sultan Sulaiman. Baginda pun memerintahkan segala angkatannya untuk bersiap sedia menahan serangan daripada pihak musuh.

14

Sampai sahaja di Pering iaitu kawasan ang berdekatan dengan Siputeh, mereka pun mula mengepung dan cuba untuk menawan kota pertahanan yang terletak di atas sebuah pulau kecil itu. Serangan daripada pihak musuh cuba ditangkis oleh pihak Sultan Sulaiman dengan sedaya upaya. Kemudiannya, pihak musuh untuk berundur semula ke Pering kerana kepenatan dan keletihan untuk berlawan. Beberapa bulan selepas itu, Kota Siputeh akhirnya tidak lagi mampu bertahan kerana ramai yang kebuluran kerana kehabisan makanan dan ramai orang yang mati disebabkan itu. Tetapi, tiada siapa yang dibenarkan keluar daripada kota kerana takut berlaku pencerobohan secara sulit. Secara diam-diam, salah seorang wanita sudah terlepas keluar dari kota tersebut kerana keluar mencari makanan. Dia telah bertembung dengan seorang hulu balang Acheh yang menyamar sebagai nelayan pada ketika itu. Perempuan itu pun memberitahu rahsia sebenar di dalam kota kepada penyamar itu. Setelah mendengar berita tersebut, hulu balang itu segera memberitahu kepada semua askar-askar Acheh dan mereka berasa sangat gembira kerana mengetahui musuh berada keadaan lemah. Selepas waktu subuh, orang-orang Acheh telah merancang satu rancangan dan serangan yang mengejut ke atas kota Siputeh. Orang-orang di dalam kota cuba sedaya upaya untuk mempertahankan serangan itu secara habis-habisan. Walau bagaimanapun, mereka terpaksa mengaku kalah kerana kebanyakan panglima yang cekap dan handal telah pun terkorban. Apabila pintu kota terbuka, semua panglima perang Acheh terus menuju ke Istana Raja kerana hendak mengambil puteri yang berdarah putih itu. Mereka mencari di seluruh pelosok Istana tetapi tidak menjumpai puteri tersebut. Puteri itu sebenarnya telah ditanam hidup-hidup dengan perintah ayahandanya Sultan Sulaiman dan telah pun mangkat. Panglima angkatan perang marah dengan perbuatan tersebut dan memerintahkan semua orang bawahannya untuk menangkap perempuan dan kanak-kanak yang ada di dalam kota itu manakala baginda Sultan Sulaiman dan permaisuri ditangkap dan dibawa pulang ke Acheh. Di Acheh, Sultan Sulaiman dan permaisuri Siputeh telah dibicarakan dan didapati bersalah kerana menipu golongan raja Acheh. Baginda dan isterinya telah dijatuhi hukuman mati kerana memperdayakan Raja Acheh.

15

Kawasan Siputeh telah diambil alih oleh kerajaan Acheh selama beberapa tahun tetapi kemudian mereka telah gagal untuk menakluk di situ maka mereka telah diusir keluar daripada kawasan tersebut. Setelah beberapa tahun berlalu, penduduk Siputeh telah menemui dua kubur yang terletak di atas tanah tinggi yang lengkap dengan batu nisan di Kampung Siputeh. Tulisan nama atas batu nisan tersebut tertulis Sultan Sulaiman dan satu lagi Siputeh. Hal ini bagi memperingati Puteri Siputeh yang bijaksana yang telah menjadikan tempat ini masyhur dan makmur sebelum kedatangan Raja Acheh. Para penduduk telah memberi nama mukim ini Siputeh dan ditambah dengan nama Puteri Lindungan Bulan selepas itu. Peristiwa ini yang dikatakan memberi petunjuk bahawa bagaimana nama negeri Kedah tersebut didapatkan. Sebelum ini Kedah menggunakan slogan Kedah Lindungan Bulan dan kemudiannya diubah nama kepada Kedah Darul Aman. Kota Siputeh kini terletak di kampung Si Putih, Mukim Pering, Kubang Pasu. Kota ini merupakan kota yang tertua di negeri Kedah. Dibina oleh Tunku Ahmad Ibni Sultan Muzzil Shah (Raja Muda Kedah) pada tahun 1282 M. Kota ini dijadikan benteng pertahanan bahagian utara negeri Kedah daripada ancaman Acheh dan Siam. Pernah dijadikan pusat pemerintahan bermula pada tahun 1323 M, semasa pemerintahan Sultan Ibrahim dan diikuti oleh lapan sultan negeri Kedah. Pada tahun 1626 M, Sultan Rijaluddin Muhammad Shah ( Sultan ke-13) telah memindahkan pusat pemerintahan dari Kota Siputeh ke Kota Naga.

-TAMAT-

You might also like