You are on page 1of 24

Asas keusahawanan

208105

Usahawan Wanita di Malaysia Abstrak Usahawan bukan bidang yang asing lagi di Malaysia, kini menjadi minat golongan muda untuk mereka ceburi pada masa kini. Internet merupakan salah satu rangkaian antarabangsa yang menghubungi lebih 20 juta orang dari 100 buah Negara di selruh dunia. Ia dianggap sebagai leburaya maklumat. Internet juga adalah salahsatu sistem komunikasi untuk berhubung dengan orang ramai di seluruh pelusuk dunia. Selain itu, ia menjadi kepentingan bagi usahawan masa kini bagi meningkatkan pemasaran dan penjualan produk boleh dilakukan melalui laman web perniagaan dalam internet. Syarikat boleh menyampaikan maklumat tentang produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat melalui laman web yang telah dibangunkan terlebih dahulu oleh syarikat dan boleh dihubungi melalui mel elektronik atau emel. Penjualan produk pula dilakukan secara perdagangan elektronik atau dikenali sebagai edagang. Perkhidmatan internet yang lebih murah daripada perbelajaan komunikasi secara tradisional akan dapat menjimatkan kos perbelanjaan komuniskasi syarikat seperti bil telefon, faksimili, selain daripada ianya lebih selamat kepada kedua dua pihak. Dengan adanya perkhidmatan memlaui internet dapat bayangkan betapa mudahnya pelanggan boleh membuat pelbagai tempahan pada masa yang singkat seperti tempahan tiket penerbangan, tempahan tiket wayang , tempahan produk kecantikan dan sebagainya. Untuk mencapai wawasan 2020, kaum wanita kini lebih berani untuk menceburi bidang usahawan dan mengunakan kemajuan teknologi, seperti kemudahan internet untuk berhubung dengan banyak orang dalam urusniaga nanti. Ini akan kaum wanita akan dapat mengecapi kejayaan mereka di Malaysia mahupun luar Negara nanti.

2013/2014

Page 1

Asas keusahawanan

208105

1.0 Pengenalan Kaum wanita sememangnya dianggap lemah oleh kaum lelaki akan tetapi ada kekuatan disebalik kelemahan yang banyak membantu kaum lelaki dalam pelbagai aspek usahawan dalam Negara mahupun luar Negara pada masa sekarang. Usahawan wanita di Malaysia semakin hari semakin banyak dan semakin berani menceburi bidang usahawan . Penglibatan wanita dalam perniagaan telah menjadi salah satu agenda penting dalam rancangan Malaysia Ke Lapan. Kira kira satu tiga (1/3) daipada 57,411 orang usahawan yang telah menerima pelbagai bentuk bantuan kewangan dari kerajaan sehingga tahun 2003 adalah wanita dengan jumlah pembiayaan yang telah dikeluarkan sepanjang tempoh 12 tahun sehingga tahun 2003 sebanyak rm 1.6 bilion (New Straits Time). Usahawan - orang yg mengusahakan sesuatu perusahaan, pengusaha; keusahawanan (segala-gala) yg berkaitan dgn usahawan atau kegiatan dan kemahiran usahawan: kita perlu mencari kaedah-kaedah baru guna membantu mempercepat pem-bangunan pengurusan dan pembangunan ~ di negara ini; kursus ~; sikap dan tabiat ~. Wanita orang perempuan (lebih halus ) dari kaum lelaki golongan

perempuan,kewanitaan sifat sifat wanita; perihal wanita. Dengan itu, usahawan bukan untuk lelaki sahaja akan tetapi perempuan juga turut digalakkan menjadi usahawan dari secara kecil kecilan sehinggalah menjadi usahawan yang berjaya mendapat nama di Malaysia dan luar Negara. Di bawah ini akan diterangkan usahawan wanita yang berjaya dan boleh contoh yang baik untuk memangkin semangat kaum wanita, cabaran cabaran dan faktor faktor kerjayaan usahawan wanita.

2013/2014

Page 2

Asas keusahawanan

208105

2.0 Usahawan Wanita di Malaysia Dalam ekonomi Malaysia semakin hari berkembang, usahawan wanita di Malaysia semakin meningkat di Bandar ataupun luar Bandar dengan pelbagai produk masing masing. Keadaan semasa usahawan wanita lebih gemar berniagaan secara online dan menjadi trend semasa, kerana lebih mudah cepat dan menguntungkan kepada perniagaan. Dalam dunia siber kini penyebaran maklumat melalui internet cepat dan berkesan, perniaga kini lebih senang mempromosikan produk masing masing dalam laman sesawang. Wanita banyak berniaga barangan wanita secara online mampu menjana pendapatan yang lumayan dan bersaing secara sihat dengan perniaga yang lain, yang membawa kelainan cara tersendiri cara mempromosikan dan harga yang berpatutan. Manakala di Luar Bandar juga kerajaan tidak mengambil mudah atas usahawan usahawan wanita dan mengambil insiatif mengambil memberi pinjaman dari segi kewangan untuk berniaga menambah pendapatan isi rumah, contohnya di Sarawak pembuatan keropok ikan, keropok ubi, keropok pisang, ikan masin , keropok lekor dan bermacam lagi, disini usahawan kecil diberi pinjaman dan mesin mesin untunk pembuatan produk tersebut. Ini akan dapat mengubah pendapatan dan cara hidup penduduk luar Bandar untuk berdikari untuk menjanakan pendapatan isi rumah masing masing selain itu, dapat menjanakan ekonomi Negara . Oleh itu, usahawan wanita juga telah mendapat nama dan mampu bersaing dengan usahwan lelaki bagi memajukan Negara dan mengejar impian masing masing dalam bidang tersebut dan terus menuju kejayaan.

2013/2014

Page 3

Asas keusahawanan

208105

Usahawan wanita di Malaysia sekarang semakin banyak dan menempah nama keluar Negara dengan kejayaan yang diperolehi mereka dalam membantu ekonomi Malaysia sehingga sekarang. Usahawan wanita Malaysia yang Berjaya mengharungi liku liku dunia perniagaan masing masing. Di bawah senarai nama 25 antara tokoh yang tidak asing lagi dalam dunia usahawan di Malaysia: -

1) Caroline Russell (Boh Plantation Sdn. Bhd) 2) Datin Dr. Clara Lee ( Clara International Beauty Group Sdn. Bhd) 3) Datin Dr. Rehana Kassim (RehanStat Sdn. Bhd perkhidmatan penyelidikan pemasaran) 4) Datin Paduka Siti Sasdiah Sheikh Bakir (Kumpulan Perubatan Johor (KPJ) Healthcare Berhad) 5) Datin Sharifah Anisah (Nona Roguy) 6) Dato Dr. Jannie Tay (The Hour Glass Limited memasarkan jam tangan buatan Swiss) 7) Dato Dr. Zahrah Kadir (B&Z Plastic Industry Sdn. Bhd) 8) Dato Farah Khan (Melium Group) 9) Dato Hazimah Zainudin (Hyrax Oil Sdn. Bhd) 10) Datuk Khatijah Ahmad (KAF Group) 11) Datuk Maznah Hamid (Securiforce) 12) Datuk Norida Hamzah (Aerotree Defence & Services Sdn. Bhd pertahanan dan penerbangan). 13) Dr. Norsaidatul Akmar Mazelan (Think Plus Consulting Sdn. Bhd) 14) Dr. Wang Kim Ha ( Smart Reader Worldwide Sdn. Bhd) 15) Faiza Bawumi Sayed Ahmad (Syarikat Faiza Sdn. Bhd beras) 16) Helen Read (Ms Read Sdn. Bhd rangkaian butik pakaian untuk wanita
2013/2014 Page 4

Asas keusahawanan

208105

bertubuh besar) 17) Margaret Chin (Roots Consulting Sdn. Bhd. sistem balanced scorecard) 18) Nafisah Radin (NR Architect dan NR Interior Design). 19) Neeta Gosalia (Neetha Herbals Sdn. Bhd) 20) Noraini Soltan Talib (Sipro Plastic Industries Sdn. Bhd) 21) Puan Sri Datin Mazmin Nordin (Halim Mazmin Berhad firma kapal) 22) Rozita Ibrahim (Sendayu Tinggi) 23) Saliza Abdullah (Berani Guard Sdn. Bhd) 24) Shahreen Kamaluddin (Personal Empowerment Training & Consulting Sdn. Bhd) 25) Tengku Rozaidar Tengku Zainol Abidin (Nineteen O One Sdn. Bhd. makanan berasaskan hot dog)

Usahawan wanita di atas ini telah banyak menyumbang pada ekonomi negara dalam bidang usahawan di Malaysia dan sedikit sebanyak meningkatkan ekonomi negara Malaysia.

Kehadiran usahawan wanita dinegara Malaysia menjadi persaing sihat antara usahawan lelaki di Malaysia. Bidang ini sangat mencabar bagi kaum wanita untuk mengambil risiko, akan tetapi kerajaan banyak membantu kaum wanita dalam bidang ini seperti bantuan dalam pelbagai aspek. Kegagalan itu, tidak menjadi masalah kepada usahawan wanita kerana pelbagai akan menyokong dan membantu dari segi motivasi, bantuan kewangan dan sebagainya untuk mengecapi kerjayaan bersama.

2013/2014

Page 5

Asas keusahawanan

208105

3.0 Usahawan Wanita Berjaya di Malaysia

3.1 USAHAWAN BERAS FAIZA

Faiza Bawumi Sayed Ahmad adalah pemilik syarikat pemborong beras Syarikat Faiza Sdn Bhd Pada tahun 1964, beliau kelahiran Mesir ini telah berhijrah ke Malaysia kerana mengikut suaminya . Pada ketika itu , beliau mampu menguasai Bahasa Melayu dan fasih berbahasa Melayu setelah tiga bulan di Malaysia kerana sifat beliau yang peramah dan suka bergaul dengan jiran jiranya. Meskipun sudah berusia lingkungan 60an, beliau yang mempunyai tujuh orang anak dan juga seorang nenek kepada 32 cucu sibuk masih giat merancang strategi bagi mengukuhkan kedudukannya dalam pelbagai cabang perniagaan dinegara ini.

Wanita yang berwatakan lembut itu sebenarnya seorang yang tegas. Beliau mahu memastikan syarikat yang ditubuhkan perlu berada di landasan betul sekali gus mencatakan keuntungan saban tahun. Puan Faiza yang memangnya dilahirkan dalam keluarga yang juga bergiat dalam perniagaan. Berkecimpung dalam bidang perniagaan sejak kecil, beliau pernah menjadi juruwang di kedai milik bapanya. Pengalaman tersebut mendorong beliau untuk bergiat secara serius dalam bidang perniagaan. Setelah berkahwin dan dikurniakan cahaya mata yang pertama, beliau mengikut suaminya berhijrah ke Malaysia. Puan Faiza mencari aktiviti berfaedah yang boleh dilakukannya bagi mengelakkan masanya terluang begitu sahaja. Beliau bermula dengan mengambil upah menjahit sulaman dengan modal Rm4 dan menjual pelbagai barangan dapur. Beliau juga membeli kain ela dan membuat baju gaun untuk anak anak kecil jiran jiranya. Kemudian beliau menghasilkan set sarung bantal. Hasil jahitan yang cantik dan kemas dijual kepada kawan kawannya. Seterunya, beliau berniaga set ensiklopedia, diikuti

2013/2014

Page 6

Asas keusahawanan

208105

bisnes pinggan mangkuk. Melalui bisne kecil kecilan ini, beliau menabung wang bagi menjadikan modal bisnes seterusnya.

Beliau berminat pula menghasilkan rempah kari. Beliau membeli pelbagai rempah ratus seperti ketumbar, jintan, halba, cili kering, cengkih dan sebagainya untuk membancuh ramuan ramuan tersebut bagi menghasilkan rempah kari ikan dan daging di bawah Jenama Bunga Raya. Semuanya dilakukan sendiri di rumah, daripada mencuci, menjemur dan mengoreng rempah ratus tersebut. Kemudian, beliau menghantarnya ke kedai bagi dikisar dan diedarkan.

Selang beberapa tahun kemudian, Puan Faiza membeli pula sebuah mesin pengisar dan membuka kedai runcit dengan modal daripada menjual rempah kari itu. Dari situ beliau mendapati bahawa pemborong beras kebanyakannya dibekalkan oleh kaum lain. Beliau mula belajar mengenali pelbagai jenis beras. Puan Faiza memohon lesen pemborong beras dan menjual pelbagai jenis beras termasuk ponni, basmathi, beras wangi serta beras Siam setelah mendapat maklumbalas positif atas usaha selidik beliau pergi dari satu kedai ke satu kedai bagi mendapatkan respon sama ada mereka akan membeli berasnya jika beliau menjualnya. Para pelanggan yang melanggan rempah rempah beliau turut membeli beras daripadanya.

Pada pemulaan, beliau agak buntu melihat satu lori treler penuh berisi beras diletakkan di hadapan rumah, namun beliau nekad dengan berusaha membungkus menggunakan jenama Bunga Raya dan menghantar ke kedai kedai di seluruh johor. Perniagaan beliau mendapat persaingan yang agak sengit. Pada awal tahun 90an, syarikat telah mengambil peluang keatas kepekaan masyarakat pada ketika itu kepada cara pembuatan dan kandungan makanan. Syarikat mula memperkenalkan dengan sejenis kategori beras

berkualiti dari Kartanaka, India. Beras ini aadalah jenis beras Ponni. Menerusi produk
2013/2014 Page 7

Asas keusahawanan

208105

berkualiti dan berkhasiat sesuai untuk persakit diabetis, SFSB memperkenalkan beras Ponni ini ke seluruh Malaysia. Syarikat beliau kini telah di kenali kerana kualiti produk yang tinggi, seratus buatan Islam dan Halal. Beliau berharap dengan penglibatan dalam penghasilan produk tersebut ia memberi pilihan kepada orang Islam untuk mendapat produk yang bermutu tinggi dan tanpa was was meragui status halalnya.

Puan Faiza bukan sahaja menjadi Pengarah Urusan Syarikat Faiza, tetapi turut bertungkus lumus menentukan operasi ssyarikat berjalan lancar dan turut terlibat dalam projek kilang milik Syarikat berjalan lancar dan turut terlibat dalam projek kilang milik Syarikat Faiza Bernilai RM14 juta di Sri Gading, Batu Pahat. Puan Faizah berkata semua usaha yang dilakukan itu bukanlah untuk mengumpulkan kekayaan sebaliknya untuk menjadi pembayar zakat terbesar di Malaysia sekali gus membantu lebih ramai orang yang susah.

Puan Faiza berkata pengalamannya berniaga, termasuk berurusan dengan bangsa lain membuka mindanya untuk menyedarkan masyarakat islam khususnya orang Melayu betapa perlunya mengamalkan sikap tolong menolong antara satu sama lain seperti yang diamalkan bangsa lain. Beliau sentiasa mencontohi keperibadian Nabi Muhammad S.A.W dalam menjalankan perniagaan serta dalam menjalankan tanggungjawab sebagai pemimpin.

Keadaan ini, membuka mata wanita seluruh Malaysia dan menjadi contoh dan idola wanita di Malaysia, dari berniaga dari kecil kecilan sehingga berjaya membuka sebuah Syarikat Faiza Sdn Bhd dan menjadi Penagarah Urusan di syarikat tersebut serta menempa nama di Malaysia dan menjadi jutawan yang menjual beras baik untuk kesihatan.

2013/2014

Page 8

Asas keusahawanan

208105

3.2 Latar Belakang Syarikat Faiza

Syarikat Faiza telah ditubuhkan pada 1982 bersempena dengan nama pemilik syarikat iaitu Faiza Bawumi Sayed Ahmad . Syarikat ini melakukan aktiviti peruncitan sebagai perniagaan terasnya. Pada tahun 1992, syarikat Faiza secara rasmi ditubuhkan di bawah Syarikat FAIZA Sdn Bhd, (SFSB), dan menjalinkan modal usaha dengan Padiberas Nasional(BERNAS) pada tahun 1997.

Pada awal tahun 90an, syarikat telah mengambil peluang ke atas kepekaan masyarakat pada ketika itu kepada cara pembuatan dan kandungan makanan. Syarikat mula memperkenalkan dengan sejenis kategori beras berkualiti dari Kartanaka, India. Beras ini adalah jenis beras ponni. Setelah melihat pontensi beras ponni, SFSB memperkenalkan beras tersebut yang dipercayai baik untuk kesihatan, bagi menghidap diabetes obesity dan darah tinggi. Hingga hari ini di bawah jenama Taj Mahal, beras Faiza Herba Ponni telah diedarkan seluruh Malaysia .

SFSB juga telah menghasikan penegeluaran padi yang seiring dengan permintaan pengguna seperti Basmathi, beras Fragrant, Tahi Super Special dan beras Local. SFSB telah dikenali kerana kualiti produk yang tinggi, seratus peratus buatan Islam dan Halal.

SFSB kini mempunyai tiga buah kilang di Selangor, Kedah danTerengganu, SFSB mempunyai 200 pekerja tetap dan lebih 300 pekerja kontrak. SFSB kini juga meneroka bidang baru termasuk memasarkan bihun, sos cili dan kicap selain dari rempah dan beras. Bagi produk bihun pula, syarikatnya telah menempah mesin dari China dan produk itu diproses di sebuah kilang lain juga di Sri Gading. Kilang tersebut mampu sebanyak Sembilan tan bihun sehari, namun pada peringkat awal Cuma memproses lima tan bihun dengan sasaran jualan sebanyak RM 12juta setahun bagi tahun pertama.

2013/2014

Page 9

Asas keusahawanan

208105

Kekuatan SFSB, terletak pada daya penggerak yang bertenaga dan profeisonal dengan pengetahuan luas dan berpengalaman dalam bidang masing masing yang mana ianya persediaan bagi bersaing dalam scenario pernigaan beras. Oleh itu, SFSB, tiada tolak ansur mengenai kualiti. SFSB sentiasa memandang ke hadapan untuk teknik teknik lebih baik cara baik menjanakan, menyampaikan, berkomunikasi, mengalakkan, untuk member khidmat, menjual. SFSB percaya yang kejayaan boleh dicapai daripada apa yang dibuat dengan penuh kesungguhan.

Kejayaan syarikat ini sememangnya telah cukup terkenal di Malaysia dengan berasnya yang baik untuk kesihatan bagi pesakit pesakit diabetis dan lain lain, dan telah menjadi jenama yang telah dikenali sehingga kini. Dengan kegigihkan, keberanian Puan Faiza sebagai wanita menceburi bidang usahawan ini telah memberi kejayaan atas usahanya selama ini berbaloi dan telah mencapai jutawan.

2013/2014

Page 10

Asas keusahawanan

208105

Di bawah antara produk yang dijual syarikat SFSB : -

2013/2014

Page 11

Asas keusahawanan

208105

4.0 Faktor faktor Kejayaan Usahawan Wanita 4.1 Pendidikan dan latihan kemahiran

Pendidikan amat penting dalam mencari pekerjaan, ilmu yang dicari bukan sahaja dalam bidang diminati dan boleh dibawa ke mana mana kerana, ilmu yang dipelajari dalam semasa belajar hendaklah dipratikan dalam menjalan pekerjaan yang ceburi dan minati dengan itu, pendidikan adalah salah satu faktor yang kejayaan usahawan wanita di Malaysia, tidak kira rendah sehingga tertinggi sekali.

Pendidikan kemahiran tertentu sangat penting untuk dalam menjalankan sesuatu perniagaan kerana kemahiran perlu ada, untuk mengunakan teknologi ataupun lain lain. Kemahiran perlu ada sebelum menjalankan sesuatu perniagaan dan pengalaman contoh kemahiran membuat roti, kek dan lain lain, cara mengunakan mesin perlu ada kemahiran khusus dalam bidang tersebut, bagi menjaga mutu produk yang dikeluarkan nanti. Kemahiran ini amat penting untuk generasi akan datang warisi kemahiran tertentu dan bidang tertentu untuk memulakan perniagaan dalam bidang tersebut.

Pendidikan dan Kemahiran perlu ada dalam diri usahawan wanita untuk memajukan diri, dalam bidang mereka ceburi nanti. Ini dapat memberi mereka memperlajari ilmu perniagaan untuk memajukan perniagaan sehingga berjaya. Dengan ada ilmu ini memberi pengetahuan selok belok perniagaan yang akan diceburi nanti, untuk menghadapi masalah masalah ekonomi, untung rugi perniagaan dan menitik berat dalam pengurusan yang sistematik.

2013/2014

Page 12

Asas keusahawanan

208105

4.2 Dasar Kerajaan

Kejayaan usahawan wanita di Malaysia telah menjadi kebanggaan rakyat Malaysia dan dapat menjadi contoh yang kepada kaum hawa, faktor faktor kerjayaan usahawan wanita di Negara ini kerana faktor galakkan kerajaan memperkasakan kaum wanita dalam perlu untuk mencapai pembangunan sosial, ekonomi dan politik. Hari ini, anak-anak gadis dan wanita masih terus menerima manfaat daripada perkhidmatan kesihatan dan pendidikan di mana wanita melepasi lelaki dari segi kemasukan dan juga pencapaian akademik di dalam pelbagai situasi. Wanita-wanita di Malaysia juga kini terlibat dengan lebih aktif di dalam perniagaan,politik dan lain-lain inisiatif di peringkat kebangsaan. Di bawah ini kenyataan dalam belanjawan Malaysia : -

Di atas ini, kerajaan mengambil berat atas wanita, dan memberi perhatian terhadap kaum hawa dalam pelabagai aspek untuk memajukan diri mereka, agar tidak ketinggalan dalam arus kemajuan yang dikecapi oleh Malaysia kini.

Kewujudan pelbagai program yang disediakan oleh kerajaan ini memberi dorongan dan galakkan pada usahawan wanita di Malaysia. Dari segi kewangan pinjaman untuk perniagaan disediakan kerajaan, contohnya di Sarawak, telah menyediakan skim bantuan dan pinjaman, Usahanita bertujuan membantu dan mengalakkan usahawan wanita Sarawak dalam bidang

2013/2014

Page 13

Asas keusahawanan

208105

usahawan dan perniagaan, dalam bidang pemprosesan barang makanan, pembuatan krafttangan, pembuatan perabot, pertanian komersial dan, lain lain perusahaan yang sesuai, pinjaman yang diberi pada usahawan wanita had pinjaman RM50,000 , tempoh maxima dalam 5 tahun, cara memohon melalui RHB bank. Dengan ini, kerajaan akan menerima impak yang baik serta ekonomi akan menaik, kitaran wang dalam negera berlaku dan menjana pendapatan usawan wanita di Negara ini.

Dengan adannya bantuan skim pinjaman ini akan mengalakkan usahawan wanita dari semua kalangan dalam bidang masing masing yang diminati untuk diceburi tidak kira berniaga secara besar besaran ataupun secara kecil kecilan untuk memajukan diri, keluarga, serta membangunkan ekonomi Negara.

4.3 Kecekapan Dalam Pengurusan Perniagaan

Salah satu faktor kerjayaan usahawan wanita di Malaysia ialah tahap kecekapan mereka dalam pengurusan perniagaan, keadaan ini telah menjadi bukti bahawa wanita juga mampu bersaing dengan kau lelaki. Kini wanita mampu bersaing dengan kaum lelaki dalam bidang perniagaan kerana kaum wanita lebih bijak, dan kini populasi perempuan graduan wanita di monopoli oleh wanita. Seterusnya kaum wanita sedar pentingnya kemajuan diri dalam kehidupan bersaing secara sihat seperti dalam bidang perniagaan ini.

Oleh itu, kaum wanita kini berpendidikan dan berpengalaman mampu mengurus, perancangan, pengorganisasian, pengawalan dan kepimpimnan dengan cekap dalam perniagaan mereka sehingga berjaya, contohnya usahawan wanita Puan Faiza perniagaan rempah ratus, dan beras dan dan dikenali diseluruh Malaysia sehingga sekarang. Kerjayaan beliau dalam perniagaan sememang menjadi kebangaan kaum wanita di Malaysia.

2013/2014

Page 14

Asas keusahawanan

208105

Kejayaan beliau melalui berniaga secara kecil kecilan sehingga menjadi jutawan dan berjaya dalam perniagaan berasnya dengan kecekapan daripada pengalaman dalam perancangannya mengeluar beras dan rempah ratus 100% halal dan tidak diragui oleh rakyat Malaysia mengunakan produk nya dalam makanan, dan beliau sentiasa menghasilkan produk produk yang baru bagi memenuhi kehendak rakyat tempatan. Dengan itu, kecekapan dalam perniagaan amat diperlukan kerana untuk mencapai kejayaan dalam perniagaan yang diceburi dan mengunakan pengalaman, pendidikan untuk mencapai cita cita menjadi usahawan wanita yang berjaya di Malaysia . 5.0 Cabaran cabaran Usahawan Wanita Di Malaysia Cabaran cabaran usahawan wanita di Malaysia telah membantutkan usaha mereka dalam bidang usahawan dan mereka tidak berfungsi dengan baik mengikut keadaan semasa. Keadaan semasa kini banyak memerlukan tenaga kerja tidak mengira jantina lelaki ataupun perempuan dalam pelbagai bidang tetapi terutamanya dalam bidang usahawan. 5.1 Kekurangann Modal dan Pengurusan Modal adalah sangat penting dalam berniagaan jika tiada modal tiada perniagaan tidak dapat dijalankan, pada mulanya perniagaan modal adalah aset utama untuk menjalankan perniagaan selepas itu, sudah ada modal pengurusan diperlukan untuk mengurus modal untuk perniagaan tersebut. Dahulu sebelum adanya skim skim bantuan kewangan yang diadakan oleh kerajaan masalah kewangan menjadi satu cabaran besar memulakan perniagaan. Perniagaan yang dibuka dengan modal sendiri banyak mengakibatkan perniagaan mengalami peningkatan dan penurunan kerana pengurusan tidak berapa sistematik, sehingga jatuh bankrap.

2013/2014

Page 15

Asas keusahawanan

208105

Keadaan sebegini akan menjejaskan semangat usahawan wanita di Malaysia untuk memajukan perniagaan mereka sehingga berjaya, jatuh bagun dalam perniagaan telah

menjadi perkara biasa dalam pernaigaan bagi usahawan wanita. Selain itu, pengurusan yang kurang baik juga akan menyebabkan perniagaan itu akan mengalami kerugian, walaupun menggunakan modal sendiri atau secara pinjaman dengan bank. Pengurusan kewangan perlu sistematik dan memastikan tidak mengalami kerugian dalam pengunaan kewangan syarikat tersebut. 5.2 Peningkatan Kemajuan Teknologi Kewujudan kemajuan Teknologi adalah salah cabaran dalam dunia usahawan dengan perubahan semasa, pelbagai teknologi berkembang sekarang dalam dunia usahawan bagi memudahkan kerja akan tetapi menjadi satu cabaran. Teknologi yang ada perlu dipelajari untuk memajukan perniagaan, usahawan wanita kebanyakkanya tidak beberapa pandai mengunakan teknologi yang ada. Ini juga akan menyebabkan kos perniagaan akan meningkat kerana pengunaan teknologi dalam pernigaan, teknologi yang ada bukan sahaja mudah digunakan akan tetapi menyebabkan kos yang digunakan semakin meningkat. Seperti contoh kilang kilang membuat makanan segera banyak mengunakan mesin dan berteknologi tinggi, mesin mesin tersebut agak mahal akan tetapi perlu ditanggung oleh pemilik perniagaan tersebut. Dalam dunia siber sekarang banyak mengunakan teknologi seperti perniagaan online mengunakan internet, tetapi penyelewengan, penipuan juga banyak juga berlaku ini adalah salahguna teknologi yang ada untuk mendapat keuntungan lebih. Ini menyebabkan perniaga perniaga online mendapat kerugian kerana berlaku penipuan sebegini. Dalam kemajuan yang dikecapi sekarang semua perkara yang hendak dilakukan semua mengunakan teknologi yang sedia ada, ini juga menjadikannya salah satu cabaran kepada usahawan wanita di Malaysia,
2013/2014 Page 16

Asas keusahawanan

208105

kerana cabaran dengan peningkatan teknologi ini, bukan mudah untuk hadapi usahawan wanita pada masa kini. Dengan adanya teknologi untuk memudahkan urusniaga bukan menjadikannya satu masalah 5.3 Globalisasi/ Dunia Tanpa Sempadan Kini dunia perniagaan semakin luas , usahawan wanita perlu bersaing bukan sahaja dengan persaingan dalam Negara dan luar Negara dalam pelbagai aspek. Dalam perniagaan mesti mengeluarkan sesuatu produk, produk yang hendak dikeluarkan berkualiti,dengan harga yang berpatutan memenuhi kehendak pelanggan. Selain itu, dalam sistem penyampaian produk juga turut mempergaruhi cabaran keatas perniagaan. Seperti contoh syarikat KFC dan MCDONALD, dua syarikat ini bersaing dalam penjualan makan segera mereka, dalam masa itu menawarkan harga yang murah keatas produk makanan mereka walaupun kos pada masa kini semakin meningkat. Selain itu, untuk usahawan wanita yang dalam kosmetik dan fesyen dan sememangnya bersaing dengan produk luar Negara seperti produk kosmetik tempatan keluaran Sendayu Tinggi, dan Mustika Ratu dari luar Negara menjadi persaingan dengan produk tempatan. Ini juga agak membimbangkan atas usahawan wanita di Malaysia,selain itu, juga pelanggan juga memilih dan mengikut trend semasa dan lebih kepada produk dari luar Negara seperti produk kecantikan tersebut, dan produk tempatan kurang mendapat sambutan oleh pelanggan tempatan. Pelanggan akan banyak keliru dengan keadaan semasa untuk memilih yang mana satu lebih baik bermutu dan memilih yang lebih baik, dan kini menjadi trend semasa memakan makanan segera kerana sibuk bekerja dan mengejar masa. Justeru, ini akan menyebabkan kerugian keatas perniagaan yang hendak dibuat nanti. Dengan itu, dalam bidang kosmetik pula memerlukan sokongan pelanggan tempatan untuk melariskan produk yang hendak

2013/2014

Page 17

Asas keusahawanan

208105

dikeluarkan nanti. Dengan itu, cabaran ini akan menyebakan usahawan wanita bimbang ke atas situasi dan lebih berani mengambil risiko keatas perniagaan yang diceburi oleh mereka. 5.4 Sumber semakin berkurangan Sumber adalah adalah aset utama dalam perniagaan, sumber yang semakin berkurangan akan menyebabkan penurunan prestasi peniagaan, pengeluaran juga akan menjadi berkurangan sebaliknya permintaan yang tinggi dipasaran. Contohnya pengeluaran sumber beras, penanaman padi yang kena penyakit akan menjadi cabaran kepada perniaga beras kerana beras sahaja sumber utama perniagaan tersebut, masalah penyakit ini akan merumitkan lagi sesuatu perniagaan tersebut. Selain itu, juga bencana alam seperti ribut banjir besar ini salah satu cabaran bagi perniaga beras, ini kerana tanaman akan rosak akibat banjir tersebut menyebabkan kerugian besar yang perlu dihadapi oleh perniagaan beras dan mengambil risiko tersebut kerana keadaan ini tidak dapat dijangka akan berlaku keatas tanaman tersebut. Seterusnya serangan binatang perosak dan serangga perosak, ini juga menjadi cabaran kepada penanaman padi, kerana binatang perosak merosakan dan makan, seperti burung pipit liar suka makan padi, manakala tikus pula merosak padi, serangga seperti belalang pula turut merosak tanaman padi, dan perlu di racun, tangkap dan lain lain yang menyebabkan kos lain, ini akan menyebabkan kerugian pada perniagaan tersebut.

2013/2014

Page 18

Asas keusahawanan

208105

5.5 Perubahan struktur demografi Perniagaan pasti banyak menerima cabaran, lebih lebih lagi perniagaan yang besar, dengan itu, keadaan semasa semakin banyak berubah kerana banyak faktor menyebabkan perubahan tersebut. Sebagai usahawan wanita yang berani mengambil risiko untuk menghadapi cabaran cabaran seperti perubahan struktur demografi semasa. Struktur demografi pada masa kini semakin bertambah dari segi kaum wanita daripada lelaki, kaum wanita banyak lagi daripada kaum lelaki ini menyebabkan kebanjiran tenaga wanita dalam pasaran, yang memerlukan kemudahan ,suasana kerja yang berbeza daripada suasana biasa. Selain itu, jangka hayat semakin panjang kadar kesihatan yang baik, dan ramai pekerja sudah matang dalam memilih pekerjaan. Hal ini akan menyebakan kaum wanita memilih pekerjaan dan timbul pengganguran, ini adalah satu cabaran yang besar pada usahawan wanita atas perubahan demograpi ini yang perlu di tangani dengan segera.

2013/2014

Page 19

Asas keusahawanan

208105

6.0 Penutup Usahawan wanita di Malaysia kini telah menempah nama diperada antarabangsa atas kerjayaan dalam pelbagai bidang terutamanya bidang usahawan. Usahawan wanita di Malaysia kini telah menjadi trend untuk memajukan diri walaupun wanita yang berkerja sebagai suri rumah dimasa yang sama menjadi usahawan berjaya dan mengambil peluang yang ada untuk bersaing dengan kaum lelaki. Kini kaum lelaki tidak lagi memandang rendah terhadap kaum wanita kerana mereka mampu membuat kerja lelaki, dan memimpin dalam sesuatu perniagaan yang besar, seperti puan Faiza, sebagai Pengarah Urusan Syarikat Faiza Sdn Bhd, penjualan beras dan rempah yang terkenal di Malaysia, mampu bersaing dan bertahan sehingga sekarang. Oleh itu, usahawan wanita kini mengalami perubahan besar mengikut peredaran semasa untuk memajukan diri dan Negara dalam bidang usahawan. Kini timbul satu persatu nama besar usahawan wanita yang mengharumkan nama Negara dan menjadi contoh dan icon golongan muda untuk menjadi ikutan dalam bidang tersebut.

2013/2014

Page 20

Asas keusahawanan

208105

7.0 Rujukan Jurnal Pembuatan Keputusan Di Kalangan Wanita Yang Terlibat Dalam Perusahaan Mikro, Askiah Jamaludin, 2002, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia. Faktor Kritikal Kerjayaan Usahawan Dalam Perniagaan, Azmi Abdul Manaf, Nik Hairi Omar & Lee Kuan Yee, Jounal Of Social sciences And Humanities, Volume7, Number 1, 034-045, April Special-2012, ISSN:1823-884x,e Bangi, FSSK, UKM. Peranan Dan Cabaran Usahawan Wanita Bumiputra Di Melaka, Habsah Kasmi, Md Tahir Abd Hamid PhD, Salina Abdullah, Ogos 2010, UITM. Profil Dan Cabaran Usahawan Wanita Di Malaysia. Ismail Abdul Wahab, Zarina Salleh, Laila Mohammmad Kamaruddin, April 2004, UITM.

Laman Sesawang http://prpm.dbp.gov.my www.statistics.gov.my www.kpwkm.gov.my www.utusan.com.my

2013/2014

Page 21

Asas keusahawanan

208105

8.0 Lampiran

2013/2014

Page 22

Asas keusahawanan

208105

2013/2014

Page 23

Asas keusahawanan

208105

I. II. III. IV. V. VI.

Pengenalan Usahawan Wanita di Malaysia Usahawan Wanita Berjaya di Malaysia Faktor faktor Kejayaan Usahawan Wanita Cabaran cabaran Usahawan Wanita Di Malaysia Penutup

VII. Rujukan VIII. lampiran

2013/2014

Page 24

You might also like