You are on page 1of 25

SKPW 2093-Proses dan Pengurusan Kerja Sosial (ms 1)

KUALITI HIDUP
Pengenalan

Secara umumnya, kualiti hidup melibatkan perubahan dalam masyarakat dan sistem
hidup atau sistem sosial daripada satu keadaan yang yang dianggap tidak memuaskan
kepada satu keadaan yang lebih baik. Dengan demikian, kualiti hidup merangkumi bukan
sahaja pembangunan ekonomi malahan juga melibatkan pelbagai aspek tertentu yang
tidak dapat dipisahkan seperti aspek sosial, psikologi, kebudayaan, politik dan alam
sekitar. Namun begitu, aspek yang paling utama dalam memberi kehidupan yang
berkualiti kepada manusia secara khasnya mengandungi empat perkara iaitu politik,
ekonomi, sosial dan pendidikan (Szalai & Andrews. 1980).

Menurut Schmandt dan Bloomberg (1969) maksud kehidupan dari sudut yang lain
ialah melibatkan aktiviti seluruh negara termasuk tabiat individu, pembangunan, sumber
suka atau tidak suka dan pelbagai lagi. Ringkasnya, kehidupan mengubah setiap perkara
dan setiap perwatakan sama ada melibatkan kematian atau kehidupan. Kehidupan juga
menunjukkan kepada setiap perkara yang hidup dan juga proses kehidupan serta sifat
dalam persekitaran. Namun begitu terdapat beberapa masalah dan kesilapan yang timbul
dalam pendefinisian maksud kualiti hidup.

Perkara yang lebih penting apabila berbicara mengenai kualiti hidup ialah adakah
kita bercakap mengenai kualiti hidup seseorang atau kualiti sesebuah negara. Terdapat
juga dilema lain iaitu apakah peringkat kualiti hidup yang tertinggi? Siapa yang
bertanggungjawab dalam meningkatkan kualiti hidup itu sendiri? Apakah yang
terkandung dalam perkataan kualiti itu sendiri? Adakah ia perlu merangkumi kesihatan
yang baik, kekayaan yang melimpah ruah, kekuasaan yang tinggi, kecantikan atau
kepandaian?
SKPW 2093-Proses dan Pengurusan Kerja Sosial (ms 2)

Definisi Kualiti Hidup

Penilaian kualiti hidup adalah sesuatu yang sukar dan tidak ada definisi yang umum
diterima mengenai kualiti hidup. Pada masa lalu, kebanyakan pengkaji hanya mengira
kualiti hidup manusia berdasarkan satu dimensi sahaja seperti kefungsian fizikal,
ekonomi atau kefungsian seksual. Tetapi, kebanyakan pengkaji kini cuba untuk
menambahkan lagi definisi kualiti hidup (King & Hinds: 2003).

Kualiti hidup atau Quality of life (QOL) merupakan jangka waktu deskriptif yang
merujuk kepada emosi manusia, sosial dan fizikal yang sihat dan keupayaan mereka
untuk berfungsi dengan tugas biasa dalam kehidupan (Leplege & Hunt: 1997).

Kualiti hidup di Malaysia ditakrifkan sebagai merangkumi kemajuan diri, gaya


hidup yang sihat, kecapaian dan kebebasan untuk memperolehi pengetahuan dan
menikmati taraf hidup yang melebihi keperluan asas dan psikologi individu, untuk
mencapai tahap kesejahteraan sosial yang seiring dengan hasrat negara. Apabila sesebuah
masyarakat beralih kepada suasana kehidupan yang pada amnya lebih baik, maka kualiti
hidupnya dianggap telah meningkat (Unit Perancang Ekonomi: 2002).

Memahami kualiti hidup pada hari ini adalah penting dalam penjagaan kesihatan
di mana sukatan kewangan tidak di ambil kira. Kualiti hidup ialah darjah kesejahteraan
hidup yang dirasai oleh seseorang individu atau kumpulan manusia. Kualiti hidup
bukanlah konsep yang nyata dan tidak boleh disukat secara terus. Selain itu, kualiti hidup
mengandungi dua komponen. Pertama ialah dari aspek fizikal termasuklah kesihatan,
diet, perlindungan daripada penyakit dan kesakitan. Komponen kedua ialah psikologi
secara semulajadi. Aspek ini termasuklah tekanan, kebimbangan, kepuasan dan keadaan
emosi yang negatif atau positif. Ini adalah mustahil untuk meramalkan kualiti hidup
khususnya bagi seseorang individu. Gabungan sifat yang ada pada seseorang individu
jarang mendorong seseorang individu untuk berpuas hati terhadap orang lain (Eiser &
Morse: 2001).
SKPW 2093-Proses dan Pengurusan Kerja Sosial (ms 3)

Menurut Varni et. al. (2006) kualiti hidup (QOL) boleh ditakrifkan sebagai “as a
multidimensional construct that reflects one’s self-perceptions of enjoyment and
satisfaction with life”.

Mengikut World Health Organization (1993), kualiti hidup didefinisikan sebagai


tanggapan individu mengenai posisi kehidupan mereka dalam konteks budaya dan sistem
di mana ia berhubung rapat dengan matlamat, jangkaan, tahap dan beban. Lehman (1983)
melihat kualiti hidup sebagai deria terhadap pengalaman terbaik yang dialami oleh
individu di bawah pengaruh kehidupan masing-masing. Menurut Bigelow et al. (1982),
kualiti hidup ialah titik pemisahan di mana ia menyatukan semua faktor dalam kehidupan
di mana kita akan mendapati bahawa terdapat kekurangan dan kelebihan dalam keinginan
dan kepuasan.

Renwick (2006) mengatakan kesejahteraan hidup merupakan sesuatu perkara


yang menyebabkan seseorang merasa seronok, bahagia dan merasakan hidupnya amat
bermakna. Muhamad Fadhil (2003) dalam bukunya pula menghuraikan kesejahteraan
hidup pada hakikatnya adalah usaha untuk mengatasi masalah dan meningkatkan kualiti
hidup manusia sehingga berada dalam keadaan hidup yang selamat, sihat dan selesa baik
secara fizikal, sosial mahupun psikologi.

Berdasarkan satu laporan yang dikeluarkan oleh U. S Deparment of Health and


Human Services (1992), kualiti hidup merupakan nilai yang didasarkan kepada jangka
masa kehidupan yang dimodifikasikan atau diubah oleh kerosakan, keadaan berfungsi,
persepsi dan peluang sosial yang dipengaruhi oleh penyakit, kecederaan, rawatan dan
polisi. Mereka juga mencadangkan bahawa penilaian umumnya menyumbang ke arah
kualiti hidup. Contohnya kefungsian fizikal, kefungsian emosi atau psikologikal,
kefungsian sosial, rungutan fisiologi dan somatik serta laporan global tentang kualiti
hidup.
SKPW 2093-Proses dan Pengurusan Kerja Sosial (ms 4)

Ferran’s (1990) memberi pandangan bahawa kualiti hidup mempunyai beberapa konsep
atau isu yang boleh dikenalpasti dan dibahagikan kepada lima kategori. Kategori-kategori
ini memfokuskan kepada (i) keupayaan untuk hidup dalam kehidupan yang biasa, (ii)
kegembiraan atau kepuasan, (iii) pencapaian ke arah matlamat, (iv) keupayaan untuk
mendorong ke arah kehidupan sosial yang lebih berguna dan (v) kemampuan fizikal dan
mental.

Kajian yang dilakukan oleh Grant et al. (1994) menekankan keperluan kepada
definisi pelbagai dimensi untuk kualiti hidup. Kajian ini talah mengenalpasti kualiti hidup
terdiri daripada empat dimensi atau domain iaitu (i) kesejahteraan fizikal, (ii)
kesejahteraan psikologi, (iii) kesejahteraan sosial dan (iv) kesejahteraan agama.

Menurut satu sumber yang dipetik daripada sebuah laman web, kualiti hidup ialah
“ a term used to measure well-being. Well-being describes how well people feel about
their environment, and collectively these feelings can be thought of as quality of life. To
assess quality of life, indicators are used to represent the most important aspects of a
person’s life (called domains), which include, for example, housing, education,
employment and household finances. Indicators are used to measure complex phenomena
(such as quality of life) and can only provide us with an indication of the actual quality of
life. The individual indicators (and their domains) were categorized into three broad
groups called the social environment, economic environment and physical environment.
The indicator data were compiled, transformed and analyzed to generate three quality of
life maps for each environment, and then combined in a fourth map to show the overall
quality of life”. (anon: 2004)

Siti Fatimah (2005) pula menjelaskan konsep kesejahteraan hidup atau kualiti
hidup ini bukan semata-mata diukur dengan nilaian material sahaja seperti pemilikan
rumah, kenderaan, taraf pendidikan yang tinggi tetapi ianya juga merangkumi aspek-
aspek yang tidak berbentuk material seperti perasaan kasih sayang, kemesraan, rasa belas
kasihan antara individu dan sentiasa berlapang dada.
SKPW 2093-Proses dan Pengurusan Kerja Sosial (ms 5)

Kualiti Hidup dalam Konteks Kerja Sosial

Kualiti hidup dalam konteks kerja sosial turut menekankan tentang kesihatan remaja yang
menjadi fokus yang utama dalam Kementerian Kesihatan dan analisis polisi sosial dan
pengkaji tingkahlaku. Salah satu sebabnya ialah kesedaran tentang perbezaan antara
kumpulan umur, mortaliti, dan kadar morbiditi untuk meraka yang berumur 10-25 tahun
di negara barat (Rapheal: 1996).

Terdapat empat perspektif dalam kesihatan remaja iaitu transisi ke alam dewasa ,
coping dan kesejahteraan, ketiadaan mortaliti dan morbiditi dan cara hidup yang sihat
untuk mengelakkan daripada tingkahlaku yang berisiko. Empat perspektif ini
menunjukkan fokus penyelidikan terhadap remaja (Rapheal: 1996).

1) Kesihatan remaja sebagai transisi kejayaan


Havighurst (1953) menyatakan “The developmental task approach identifies task that
allow advancement to higher level of development” terdapat sembilan garis kasar dapat
dinyatakan di mana setiap satu memerlukan perolehan tentang beberapa kemahiran,
pengetahuan, fungsi dan tingkahlaku. Tugas perkembangan mungkin berbeza di antara
tempat dan masa bersejarah, mencapai tahap berdikari, menyesuaikan diri kepada
kematangan seksual, membina hubungan kerjasama dengan rakan-rakan, menyediakan
perkerjaan yang bermakna dan mencapai dan mencapai set kepercayaan asas yang kuat
dan nilai asas yang muncul. The development task approach ini mempengaruhi remaja.

2) Kesihatan remaja sebagai keadaan untk menangani (coping) dan kesejahteraan.


Ia juga penting untuk memfokuskan kepada remaja sebagai sesuatu yang penting dalam
diri remaja. Pengkaji telah menyatakan cara remaja menangani masalah dan sebelumnya
ini termasuklah praktis pemerihalan kanak-kanak, ibu bapa dan rakan-rakan, yang
berkerja dan tidak bekerja dan juga kegagalan bersekolah (Conger: 1991) coping adalah
penting semasa remaja kerana masa tersebut berlakunya perubahan yang cepat pada
keadaan personaliti yang melibatkan bermulanya akil baligh dan keupayaan kognitif
SKPW 2093-Proses dan Pengurusan Kerja Sosial (ms 6)

yang spesifik dan persekitaran sosial menyebabkan penukaran tanggungjawab dan


pertukaran sekolah.

3) Kesihatan remaja sebagai absence fizikal dan mental.


Definisi tradisional kesihatan memfokuskan kepada persekitaran dan memberi tumpuan
terhadap petunjuk mortaliti dan morbaliti. Definisi tersebut mencadangkan remaja
menunjukkan terdapat hubungan segmen kesihatan dengan populasi (Majlis Carnegie
dalam Renwick et al: 1996).

4) Kesihatan remaja sebagai sebagai kesihatan tingkah laku.


Perkembangan definisi tentang kesihatan fizikal dan mental termasuklah pemkembangan
kesihatan-penambahan tingkah laku dan mengelakkan tingkah laku berisiko. Tujuh isu
kesihatan yang utama untuk golongan muda telah dikenalpasti: penggunaan tembakau,
alkohol, keselamatan jalan raya, kesihatan seksual, aktiviti fizikal, nutrisi dan healthy
weight serta isu bunuh diri dan kesihatan mental (Schabas: 1992).

Perkara utama yang biasanya dibangkitkan dalam permasalahan HIV dan AIDS
memfokuskan kepada rawatan dan penyembuhan penyakit ini. Jumlah penduduk dunia
yang dijangkiti HIV bertambah dari masa ke masa secara berterusan dan mendadak (All
& Fried: 1994). Rawatan yang maju di Eropah dan Amerika Utara menunjukkan jangka
hayat bagi pengidap HIV ialah dalam lingkungan 10 tahun (Mann et al,.: 1994).
Perkembangan ini diiringi dengan peningkatan kesedaran tentang kualiti hidup oleh
mereka yang mengidap HIV (Friedland, Renwick & McColl: in press). Isu kualiti hidup
adalah penting dan pengidap HIV positif perlu bergaul dengan masyarakat bagi
memperbaiki kefungsian sistem imun mereka (Goodkin et al: 1992). Faktor terbesar yang
biasanya mempengaruhi kualiti hidup adalah seperti strategi penyelesaian dan sokongan
sosial. Pengetahuan tentang hubungan antara kualiti hidup, penyelesaian dan sokongan
sosial membolehkan pengidap HIV mempunyai lebih kesedaran tentang penjagaan
kesihatan dan intervensi pemulihan yang memfokuskan kepada nilai kualiti hidup pesakit
HIV (Renwick & Friedland: 1996).
SKPW 2093-Proses dan Pengurusan Kerja Sosial (ms 7)

Dalam isu kualiti hidup, penghidap HIV akan berhadapan dengan masa depan yang tidak
pasti. Pengidap HIV tidak tahu bila, apa dan bagaimana keadaan dan tahap kesihatan
mereka pada masa akan datang. Mereka akan berhadapan dengan kemungkinan kematian
yang sebenar pada usia yang muda (All & Fried: 1994). Kehilangan berganda dan
keperluan untuk penyesuaian yang sedang berlaku adalah biasa bagi penghidap HIV.
Akibat daripada infeksi HIV, mereka akan kehilangan gaya hidup dan cara hidup
(pekerjaan, rumah dan insurans) (Rabkin et al.: 1993).

Dalam kehidupan manusia, tekanan adalah pengalaman biasa dalam kehidupan


harian. Namun, bagi mereka yang mengidap penyakit serius atau mereka yang cacat,
tekanan akan memburukkan lagi keadaan mereka. Individu yang mengidap HIV akan
berdepan dengan tekanan yang berganda. Sokongan sosial dapat menjadi penampan
kepada kesan negatif tekanan terhadap kesihatan (Cobb: 1976), walaupun tekanan itu
wujud bersama- sama penyakit kronik (DiMatteo & Hays: 1981).

Lennon et al. (1990) menyatakan sokongan sosial yang memadai menjadi


pengantara kepada kesan-kesan tekanan yang mendatangkan masalah kepada individu
yang mengidap HIV kerana penyakit mereka seringkali memberi kesan buruk kepada
jaringan sosial dan sumber sokongan mereka. Pola sokongan yang berbeza mungkin
digabungkan dengan aspek yang berbeza dalam kualiti hidup. Contohnya kesihatan dan
komponen-komponen kualiti hidup mungkin memberikan pengaruh positif berdasarkan
jenis dan tahap sokongan dari menerima kepuasan dengan komponen-komponen hidup.
Tedapat beberapa jenis sokongan sosial yang dikenalpasti seperti informasi, emosi dan
instrumental (Friedland, Renwick & McColl, in press). Intervensi sokongan sosial telah
digunakan untuk mengurangkan tekanan dan memperbaiki kesudahan seseorang yang
berdepan dengan kecatatan dan penyakit kronik. Namun, hasilnya tidak selalunya berjaya
(Cwikel & Israel: 1987).

Coping merupakan sumber lain seperti sokongan sosial yang memberi kesan
positif terhadap kesihatan dan kualiti hidup. Menurut Fleishman & Fogel (1994),
different coping strategies are associated with different outcomes for person with HIV.
SKPW 2093-Proses dan Pengurusan Kerja Sosial (ms 8)

Para pengkaji ini melaporkan positive coping behaviors adalah bergantung kepada tahap
tekanan yang rendah. Folkman et al. (1993) menunjukkan individu yang boleh
menangani masalah mempunyai tahap kemurungan yang rendah. Coping merupakan
faktor yang bernilai dalam tujuan intervensi untuk mengekalkan dan nilai kualiti hidup

Selain itu, dalam konteks kerja sosial turut membincangkan kualiti hidup di
kalangan orang kurang upaya yang menjadi mangsa penderaan seksual. Bagi individu
yang menjadi mangsa pelbagai pola tingkah laku deviant seperti penderaan seksual dan
pemulihan ia adalah sukar dan sesetengah kes tersebut sukar untuk diselesaikan.
Penderaan seksual boleh menggalakkan marginality kerana mangsa penderaan seksual
merasakan mereka sukar untuk berintegrasi dalam masyarakat dan sukar menikmati
pengalaman berbanding mereka yang tidak pernah menjadi mangsa (Nagler: 1996).

Mereka yang telah menjadi mangsa eksploitasi seksual mungkin berpengalaman


dalam pola hidup yang panjang yang boleh disifatkan sebagai anomie (Durkheimian:
1951). Kesan yang rumit dalam anomie digambarkan dalam pelbagai cara untuk
membentuk dan menetapkan hubungan kepercayaan, terutamanya dengan mereka yang
berlainan jantina, atau dengan mereka yang sama jantina. Sesetengah mangsa yang
pernah menjadi magsa penderaan berhadapan dengan kesusuhan untuk memperolehi
pendidikan dan pekerjaan. Sesetengah mangsa pula mendapati ia sukar mencuba untuk
terus bekerja kerana mereka percaya bahawa tiada siapa yang boleh dipercayai. Ada
mangsa juga merasakan sukar untuk membina hubungan jangka panjang. Jika hubungan
dibina, mereka cenderung untuk keluar dari sesebuah hubungan tersebut (Nagler: 1996).

Kebanyakan mangsa yang menjadi mangsa keganasan pada usia muda akan mendapati
mereka sukar berhadapan dengan masyarakat dan persekitaran, pengalaman pendidikan
dan pekerjaan yang tidak stabil dan tidak berupaya untuk menjalinkan hubungan yang
tetap. Mereka juga enggan mendakwa orang yang melakukan kejahatan terhadap mereka
(Nagler: 1996).
SKPW 2093-Proses dan Pengurusan Kerja Sosial (ms 9)

Model kualiti hidup

1) Model kualiti hidup yang baru memfokuskan kepada proses penyesuaian


komuniti, program intervensi, interaksi persekitaran indivividu.atau program peningkatan
atau evaluasi (Parmenter: 1988). Model dan tafsiran yang digunakan menunjukkan
kepada kualiti hidup individu yang mempunyai hubungan yang signifikan kepada tiga
domain kehidupan yang utama termasuklah rumah dan tempat tinggal komuniti, sekolah
dan pekerjaan, kesihatan serta kesejahteraan. Ketiga-tiga faktor ini boleh dilihat seperti
rajah 1.0 di bawah:

Rumah dan komuniti


bermasyarakat

Kepuasan

Mencapai
kualiti hidup

kepuasan kepuasan

Sekolah atau tempat kerja kesihatan dan kesejahteraan


(fizikal dan mental)

Rajah 1.0 : Model Kualiti Hidup


SKPW 2093-Proses dan Pengurusan Kerja Sosial (ms 10)

Dalam model tersebut kepuasan menjadi penghubung kepada setiap domain dan individu
yang terlibat. Kepentingan terhadap model ini ialah ia membantu menunjukkan arah
kepada pemikiran dan membantu membawa ke arah perubahan yang berlaku di dalam
sesuatu sistem, model yang ditunjukkan oleh gambar rajah juga memberi satu kepastian
kepada individu yang berada ditengah-tengah sistem untuk memperoleh kualiti hidup
yang sempurna. Sebelum kita dapat menghuraikan bagaimana sistem itu dilihat kita
mestilah terlebih dahulu melihat kepastian kualiti hidup itu dari segi sejarah dan
persepktif yang lain (Schalock: 1994).

Subjectively perceived
quality of life

Critical attributes

Satisfaction Happiness
Antecedents:
Life domain categories
(Ferrans & Powers, 1985)

Health and functioning


Socioeconomic
Psychological/ spiritual Family

Consequences

Development of potential Self- actualization

Rajah 1.1: Model of Subjectively perceived quality of life

2) Terdapat dua model kualiti hidup yang telah dibuat dimana ia dibina secara
konseptual tetapi tidak pernah diuji secara saintifik. Oleson (1990) menggunakan konsep
atau prosedur-prosedur analisis untuk membina model untuk mencapai kualiti hidup.
Rajah 1.1 menunjukkan model yang digunakan tersebut. Beliau telah mengenalpasti
SKPW 2093-Proses dan Pengurusan Kerja Sosial (ms 11)

sifat-sifat yang kritikal dalam perasaan kepuasan dan kegembiraan. Beliau telah
mengaplikasikan domain kehidupan kepada beberapa katogeri iaitu kesihatan dan
kefungsiannya, psikologi, kepercayaan serta keluarga telah mengenal pasti akibat kepada
kualiti hidup sebagai satu sapek pembangunan dalam pontensi dan keyakinan diri.
Kualiti hidup boleh dikonsepkan sebagai pengalaman kognitif yang dimanifestasikan
oleh kepuasan domain yang hidup. Ia juga mempunyai pengalaman yang dapat memberi
kesan terhadap perasaan kegembiraan.

Personal background Health-related Social/ cultural/


factors factors environmental factor

Cognitive processing
activities perceived
meaning of life

Quality of life

Life satisfaction Self-concept Health Socioeconimic


in various Psycological functioning factors Social
domains. well-being. Physical well-being.
well-being

Rajah 1.2: Conceptual model of quality of life

Zhan (1992) juga telah membina model kualiti hidup bersama-sama dengan
Camebell, Cantrail, Ferrans dan lain-lain. Mereka mendefinisikan kualiti hidup sebagai
satu darjah untuk mengenalpasti pengalaman hidup dan kepuasan yang dialaminya. Zhan
menggambarkan konsep ini tidak boleh disempurnakan pengkurannya samada
menggunakan pendekatan subjektif atau objektif. Beliau menggambarkan dimensi kualiti
SKPW 2093-Proses dan Pengurusan Kerja Sosial (ms 12)

hidup sebagai satu faktor yang melibatkan kepuasan. Menurut model ini kualiti hidup
juga dipengaruhi oleh latar belakang seseorang individu, kesihatan, situasi sosial dan
sebagainya. Makna kualiti hidup datang daripada interaksi antara seseorang individu
dengan persekitarannya. Model-model ini memerlukan percubaan di mana ia perlu
disesuaikan kepada keadaan persekitaran, populasi klien dan sebagainya. Di dalam model
teoritikal kulaiti hidup, konsep-konsep yang digunakan seperti simptom tekanan,
perubahan kefungsian dan adaptasi kognitif telah dikenalpasti sebagai medium
penghubung.

Seorang penulis telah mengatakan di dalam suatu kajian iaitu kualiti hidup boleh
didefinisikan sebagai satu keluasan di mana tahap kepuasan seseorang individu adalah
berkadar positif dengan kesejahteraan, percubaan terhadap model terhadap tersebut telah
berjaya dilakukan dengan sempurna dengan membandingkan keputusan di antara
“myocardial infarction dan malignant melanoma”. Setiap konsep dan teori telah diukur
dan diuji dua hingga empat kali untuk memperoleh keputusan yang empirikal
berdasarkan kepada dimensi konsep. Ia juga telah diuji berdasarkan tahap sesitiviti,
veliabiliti dan validiti. Seterusnya keputusan ini memberikan bukti yang kukuh untuk
menyokong hubungan diantara teori dan petunjuk yang menunjukkan tiada perbezaan
signifikan diantara subjek “myocardial infarction dan malignant melanoma”. Contoh
lain yang menggunakan model kajian kualiti boleh juga dilihat dalam penyelidikan oleh
Burckhardt (1985) dimana menerokai kesan kesakitan terhadap individu yang
mempunyai masalah kesihatan. Beliau menggunakan rangka kerja kognitif untuk
membina model yang melibatkan demografi dan faktor-faktor sosial yang telah dikaji
secara tidak langsung menerusi kaedah psikologikal.

3) Model orang tua yang diasaskan oleh Baltes dan Baltes (1990) menyediakan satu
rangka yang berguna dalam memahami proses penuaan dan bagaimana kualiti hidup
seseorang memberi kesan kepadanya. Pendekatan yang dikemukan oleh beliau amat
berguna kerana ia mengetengahkan tiga sebab iaitu (ii) modelnya amat berpengaruh, (ii)
kajian ini berasakan metodologi rigorous studies dan (iii) model ini telah menjadi satu
model yang berguna dalam pelbagai kajian tentang warga tua dan kesan terhadap
SKPW 2093-Proses dan Pengurusan Kerja Sosial (ms 13)

gangguan yang wujud (Baltes dan Baltes :1986). Baltes dan Baltes (1990),
menyenaraikan sejumlah saranan berkenaan dengan penuaan . pertama ialah terdapat
perbezaan diantaraan penuaan normal, optimal dan sakit. Kedua warga tua banyak
banyak menyimpan pemendaman perasaan. Ketiga pula pengetahuan yang berdasarkan
pragmatik boleh mengimbangi kemerosotan usia dalam mekanisme kognitif.

Sokongan terhadap saranan ini dapat dilihat dalam latihan dan kajian-kajian
bahawa warga tua memiliki kapasiti yang tersimpan Baltes dan Baltes (1990), di mana ia
boleh dilihat sebagai alat untuk memperbaiki fungsinya. Apabila ia disediakan dengan
gangguan, latihan atau galakan, purata warga tua mampu meningkatkan fungsi memori
mereka (Kliegl et.al 1989), dapat belajar untuk berfungsi dengan lebih berdikari (Baltes
dan Baltes :1986), atau meningkatkan kapasiti mereka untuk menerima pembelajaran
baru. Baltes dan Baltes (1990) dalam buku terbarunya merumuskan bukti-bukti tentang
perbezaan tentang jenis-jenis penuaan keterdapatan untuk simpanan (yang menyumbang
kepada perbezaan di antara kefungsian terhadap sederhana dan optimum) dan kesan
terhadap latihan yang berorientasikan psikologi dan intervensi terhadap fungsi-fungsi
kognitif umum (Schaie : 1990). Kemahiran memori dan kawalan diri. Yang paling
penting adalah pekerjaan yang mengenalpasti bahawa intervensi yang minimum
memfokuskan kepada peningkatan kawalan penerimaan dan mungkin memberi kesan
mendalam terhadap kadar kematian dan pemikiran yang tidak sihat di kalangan warga tua
yang pernah menjadi penghuni pertubuhan kebajikan diri (Brandstadter et. al :1990).
SKPW 2093-Proses dan Pengurusan Kerja Sosial (ms 14)

Komponen-komponen kualiti hidup

Komponen kualiti hidup terdiri daripada tiga perkara utama iaitu “being”, “belonging”
dan “becoming”. Komponen-komponen ini pula terdiri daripada sembilan sub komponen.
Komponen being terdiri daripada sub komponen fizikal, psikologikal dan spiritual.
Manakala komponen belonging terdiri daripada sub komponen fizikal, sosial dan
komuniti. Komponen becoming pula terdiri daripada sub komponen praktikal, masa
lapang dan pertumbuhan (Renwick & Brown: 1996).

Being
Komponen being merangkumi aspek-aspek asas sebagai seorang individu. Physical being
merangkumi kesihatan fizikal termasuklah nutrisi dan keseimbangan. Ia juga berkaitan
dengan mobiliti fizikal dan ketangkasan seperti kebersihan diri dan kekemasan.
Psychological being adalah perasaan individu, kognisi dan penilaian individu tentang diri
sendiri. Ia memfokuskan kepada penghargaan kendiri, kawalan diri dan bagaimana
seseorang individu itu berhadapan dengan kebimbangan serta permulaan tingkah laku
positif. Spiritual being berkenaan nilai-nilai peribadi seseorang dan standard untuk hidup,
kepercayaan agama (yang mana boleh atau tidak boleh dipercayai secara semulajadinya)
yang melangkaui pengalaman kehidupan seharian (contohnya melalui alam semula jadi
dan muzik), meraikan peristiwa tertentu dalam hidup seperti hari lahir, kesyukuran dan
sambutan kebudayaan dan keagamaan (Renwick & Brown: 1996).

Belonging
Physical belonging merujuk kepada hubungan seseorang dengan persekitarannya (jiran-
jiran, tempat kerja, serta komuniti yang lebih besar). Sub komponen ini termasuklah
perasaan mereka apabila berada di rumah dalam persekitaran itu. Selain itu, sub
komponen ini merangkumi kebebasan individu untuk mempamerkan apa yang
dimilikinya (aset berharga) dengan selamat. Individu itu juga berkehendakan masa untuk
diri sendiri dalam persekitarannya. Social belonging adalah tentang hubungan individu
itu dengan persekitarannya. Ia mefokuskan kepada perhubungan yang bermakna
contohnya hubungan dengan pasangan, keluarga, rakan sekerja, jiran-jiran dan individu-
SKPW 2093-Proses dan Pengurusan Kerja Sosial (ms 15)

individu lain yang sebangsa dan seagama. Community belonging adalah tentang
rangkaian atau hubungan yang dimiliki oleh individu itu dengan sumber-sumber asas
yang tersedia untuk ahli-ahli komuniti dan masyarakat tersebut. Ini termasuklah
maklumat tentang bagaimana untuk mendapatkan pendapatan yang lebih baik, pekerjaan,
pendidikan, program-program rekreasi, perkhidmatan kesihatan dan sosial serta aktiviti-
aktiviti sosial (Renwick & Brown: 1996).

Becoming
Practical becoming adalah berkenaan dengan sesuatu yang praktikal iaitu aktiviti harian
seperti mengemas rumah, kerja-kerja sukarela,mengambil dan memberi perkhidmatan
seperti perkhidmatan sosial dan kesihatan. Leisure becoming merujuk kepada masa
lapang dan aktiviti rekreasi yang tidak semestinya mempunyai nilai instrumental yang
ketara. Aktiviti-aktiviti sebagai biasanya untuk merehatkan fikiran, mengurangkan
tekanan dan sebagai suatu “rekreasi” supaya dapat memberi keseimbangan antara
pekerjaan dan aktiviti-aktiviti riadah dalam kehidupan. Ia juga melibatkan aktiviti-aktiviti
yang mempunyai hubungan dalam jangka masa yang pendek (contohnya membuat
sosialisasi, hal-hal di taman permainan atau rekreasi atau permainan tenis). Sama juga
seperti juga seperti aktiviti yang memerlukan jangka panjang contohnya bercuti. Growth
becoming dalam aktiviti-aktiviti ini dapat memberi kesan atau impak kepada
pembangunan individu di dalam kemahiran dan pengetahuan, samada ia melibatkan
aktiviti formal dan tidak formal seperti pendidikan dan pembelajaran. Hal ini termasuk
juga mempelajari maklumat baru, meningkatkan kemahiran yang sedia ada atau
mempelajari sesuatu yang baru dan mengadaptasikan perubahan dalam kehidupan
mereka (Renwick & Brown: 1996).

Antara komponen indeks kualiti hidup manusia ialah contohnya dari segi politik,
kualiti hidup seseorang individu banyak ditentukan oleh kekuatan politik yang dimiliki
oleh sesebuah negara itu sendiri. Hal ini kerana ahli politikus yang bijak mestilah
merencanakan dengan baik dan sempurna hubungan dengan masyarakat luar negara atau
antarabangsa. Jika tersilap, mungkin akan berlaku pelbagai sekatan sama ada dari segi
ekonomi atau politik (Zautra & Goodheart: 1979).
SKPW 2093-Proses dan Pengurusan Kerja Sosial (ms 16)

Aspek ekonomi juga merupakan komponen kualiti hidup yang memberi peluang kepada
setiap individu dalam meningkatkan kualiti hidup masing-masing supaya lebih selesa.
Hal ini melibatkan pekerjaan yang baik, status kehidupan dan sebagainya (Oliver et al:
1996). Pendapatan kasar atau pendapatan per kapita telah digunakan sebagai proksi bagi
mencerminkan kebajikan atau taraf hidup. Pendapatan membolehkan individu
menampung perbelanjaan bagi diri serta keluarga mereka manakala agihan pendapatan
pula menggambarkan kesaksamaan dan pengagihan sumber ekonomi (Unit Perancang
Ekonomi: 1999).

Komponen pekerjaan atau status ini memberi ganjaran kepada individu melalui
pemilikan tempat kediaman, kenderaan, pakaian, makanan dan sebagainya. Sistem
pendidikan merupakan alat utama bagi penyampaian pengetahuan dan budaya dari satu
generasi ke generasi yang lain. Ia menyediakan asas bagi pembentukan dan peningkatan
teknologi yang diperlukan untuk mengekal serta memperbaiki kualiti hidup (Unit
Perancang Ekonomi: 1999). Pendidikan juga mencerminkan kepada taraf dan status yang
baik. Hal ini kerana pendidikan dapat mengubah seseorang itu daripada jahil kepada
berilmu. Seseorang yang mempunyai ilmu pengetahuan mampu mengubah dirinya atau
status ekonomi diri kepada yang lebih baik. Apabila seseorang itu mampu mengubah
kehidupannya, maka kualiti hidupnya akan meningkat dan terus maju seiring dengan
pertambahan ilmunya (Oliver et al: 1996).

Komponen penyertaan sosial dapat menggambarkan komitmen dan kesediaan


orang ramai untuk terlibat dalam aktiviti sosial, politik, keagamaan dan aktiviti
kemasyarakatan (Unit Perancang Ekonomi: 1999). Sebagai pengganti kepada kekurangan
tersebut, terdapat beberapa aspek yang dijadikan sebagai kayu ukur terhadap tahap kualiti
hidup. Pengukuran ini memfokuskan kepada banyak perkara yang melibatkan kehidupan
yang disifatkan sebagai lebih sensitif untuk berubah (Oliver et al: 1996). Contohnya,
Sheldon and Moore (1968) telah melihat kepada aspek demografi dan trend populasi iaitu
tenaga buruh dan pekerja, pengetahuan dan kronologi, keadaan semulajadi dan tahap
aktiviti politik oleh kerajaan dan warganegara, perubahan dalam kehidupan keluarga,
SKPW 2093-Proses dan Pengurusan Kerja Sosial (ms 17)

penglibatan dalam aktiviti keagamaan, penggunaan masa lapang, status kehidupan dan
akademi, stratifikasi sosial dan sebagainya.

Komponen kesihatan yang merangkumi kesejahteraan jasmani dan mental


membolehkan manusia bekerja dengan produktif serta melibatkan diri secara aktif dalam
kehidupan sosial dan ekonomi masyarakat (Unit Perancang Ekonomi: 1993). Konsep
kesihatan telah dibincangkan daripada pelbagai perspektif. Terdapat perbezaan yang
signifikan daripada segi definisi kesihatan berdasarkan kepada konteks sosial dan politik.
Definisi yang terbaik ialah yang dikeluarkan oleh WHO (1993) iaitu “keadaan yang
melibatkan kesempurnaan fizikal, mental dan sosial serta tidak mempunyai penyakit”.
Sebenarnya terdapat satu kajian yang menujukkan bahawa kualiti hidup dan promosi
kesihatan berbanding dengan kualiti kehidupan dan kesihatan. Hal ini adalah satu fakta
yang dikeluarkan oleh ‘offawa charter for health promotion’ yang menggunakan konsep
kualiti hidup iaitu “kesihatan yang baik adalah…… “Satu dimensi yang penting dalam
kualiti hidup (WHO: 1993) terdapat pengecualian dalam kajian yang dijalankan oleh
Green dan Kreuter (1991). Dalam model promosi kesihatan ini kualiti hidup ini ialah
sebahagian daripada diagnosis sosial (Green & Kreuter: 1991).

Komponen pendidikan telah menyumbang dengan ketara kepada kemajuan kualiti


hidup di mana indeksnya telah menngkat sebanyak 18.4 mata di antara tahun 1990 dan
tahun 2000. Kadar celik huruf, kadar penyertaan peringkat sekolah menengah, kadar
penyertaan universiti, nisbah guru dan pelajar di sekolah rendah dan menengah telah
digunakan dalam pengiraan indeks ini. Lebih banyak institusi pengajian tinggi telah
ditawarkan berikutan tertubuhnya universiti-universiti swasta dengan terlaksananya Akta
Institusi Pendidikan Tinggi Swasta, 1996 (Unit Perancang Ekonomi:2002).

Kompenan alam sekitar mempunyai kesan langsung ke atas kesejahteraan


penduduk. Pencemaran udara dan air serta kawasan hutan adalah antara petunjuk kualiti
alam sekitar (Unit Perancang Ekonomi: 1999). Dalam tempoh 1990 hingga 2000 kualiti
alam sekitar yang diukur melalui indeks kualiti udara, kualiti air dan kawasan berhutan
hampir tidak berubah pada 100.2 mata. Tahap kualiti udara adalah sederhana dan baik.
SKPW 2093-Proses dan Pengurusan Kerja Sosial (ms 18)

Penggunaan teknologi lebih bersih daripada kilang serta penguatkuasaan undang-undang


dan peraturan alam sekitar yang berkesan telah menyumbang ke arah kualiti udara yang
lebih bersih (Unit Perancang Ekonomi:2002).

Kompenan kehidupan berkeluarga iaitu unit keluarga mewakili institusi utama


dalam struktur sosial dan berfungsi memenuhi keperluan sosial, ekonomi dan psikologi
individu dan sebagainya (Unit Perancang Ekonomi: 1999). Kualiti kehidupan keluarga
adalah diukur dari segi kadar penceraian, kadar jenayah juvana, kadar kelahiran kasar dan
saiz purata isi rumah. Indeks kehidupan keluarga telah meningkat sebanyak 3.6 mata di
antara tahun 1990 dan tahun 2000 memberi gambaran positif terhadap institusi yang
menyediakan keselamatan ekonomi, sosial dan fizikal. Kehisupan berkualiti juga dinilai
berdasarkan kepada bilangan penceraian setiap seribu penduduk dan saiz isi rumah, telah
bertambah dengan baik (Unit Perancang Ekonomi: 2002).

Menurut Kagawa-Singer dan Chung (1994) menyatakan budaya sebagai tingkah


laku yang baik untuk memastikan manusia berada pada kedudukan baik dalam jaringan
sosial, melengkapi masyarakat dengan tujuan dalam kehidupan dan mempromosikan
kesejahteraan mereka. Budaya penting untuk menentukan kualiti hidup semasa ia
mendefinisikan tujuan dan preskripsi untuk hidup agar lebih bermakna samada sakit atau
sihat. Budaya adalah pokok utama dalam kehidupan manusia, ia menyediakan dua fungsi
iaitu (1) menentukan cara hidup kepada sekumpulan manusia untuk memastikan
perjalanan hidup mereka sejahtera (2) Budaya berfungsi menyediakan kepercayaan dan
nilai-nilai serta memberi makna dan tujuan kehidupan. Tiap budaya dibentuk untuk
memenuhi tiga keperluan universal. (i) keselamatan, (ii) kesedaran integriti dan makna
atau tujuan dalam kehidupan, dan (iii) kesedaran untuk dipunyai sebagai ahli integriti
dalam salah satu jalinan sosial. Setiap budaya mempunyai set kepercayaan nilai-nilai dan
praktis yang unik terhadap setiap identiti kumpulan dan biasanya tidak “isomophic”
dengan kumpulan budaya yang lain.
SKPW 2093-Proses dan Pengurusan Kerja Sosial (ms 19)

Selain itu, komponen lain yang penting ialah perumahan iaitu rumah yang merupakan
keperluan asas sosial untuk kehidupan yang sempurna, memberi keselamatan dan
perlindungan kepada keluarga.

Menurut Baker & Intagliata (1982) terdapat elemen asas yang menentukan tahap
kualiti dalam kehidupan. Hal ini memberi pengaruh yang sangat besar terhadap
pemikiran dan cara untuk meningkatkan kualiti dalam hidup. Elemen yang pertama ialah
memberi keselesaan dan bukannya memberi rawatan. Kebanyakan individu tidak
menyedari kemampuan untuk memperoleh tahap kesempurnaan. Oleh itu individu-
individu seperti ini mestilah disedarkan dan diberikan kaedah-kaedah yang sesuai untuk
mencapai tahap kesempurnaan dalam kehidupan yang lebih berkualiti. Elemen yang
kedua ialah sesuatu perancangan yang rumit memerlukan kaedah atau pengukuran yang
rumit juga. Contohnya, seseorang pesakit yang didiagnosis sebagai pesakit psikiatrik dan
mempunyai keadaan atau personaliti yang rumit maka cara rawatan yang paling
diperlukan untuk memberi kualiti hidup yang lebih baik adalah bersifat rumit juga (Baker
& Intagliata: 1982).

Konsep kualiti hidup juga melibatkan perubahan dalam masyarakat dan sistem
sosial daripada keadaan yang dianggap tidak memuaskan kepada keadaan yang lebih
baik. Dengan demikian, komponen kualiti hidup merangkumi bukan sahaja pembangunan
ekonomi tetapi meliputi juga aspek lain seperti sosial, psikologi, kebudayaan, politik dan
alam sekitar (Unit Perancang Ekonomi: 1999).

Perubahan dalam kualiti hidup membayangkan perubahan dalam kuantiti.


Metodologi kajian yang digunakan lebih cenderung ke arah yang melibatkan data dan
analisis perkembangan semasa. Perkembangan kepada petunjuk kesihatan zaman juga
bermula dengan kaedah ini. Petunjuk sosial adalah berbeza daripada satu negara dengan
negara yang lain berdasarkan kepada acuan masing-masing. Seorang penulis pada abad
ke-18 iaitu Sir Francis Eden dan Patrick Colquhan telah menulis mengenai negara yang
miskin. Kesan terhadap ketidakseimbangan pendapatan telah menyebabkan pelbagai
masalah kemiskinan, kesihatan dan pelajaran (Oliver et al: 1996).
SKPW 2093-Proses dan Pengurusan Kerja Sosial (ms 20)

Penutup

Kualiti hidup meliputi segala keperluan hidup manusia dalam aspek kepuasan terhadap
kebendaan, kesihatan, pendidikan, keselamatan, kepuasan keselesaan tempat tinggal
dalam persekitaran yang bersih dan masyarakat yang bebas dari permasalahan, dan juga
keseronokan kenikmatan dari segi estetika dan kerohanian. Kebanyakan pengkaji
menghuraikan jaminan dalam kualiti hidup sepatutnya memfokuskan kepada tiga faktor
iaitu keinginan individu, struktur program dan perkembangan program.

Albin (1992) telah membincangkan lima prinsip utama yang menunjukkan


bagaimana pengurusan perkhidmatan terhadap manusia telah memberi tindak balas
terhadap kualiti hidup. Hal ini telah membolehkan struktur pengurusan program berkesan
iaitu dalam cara yang signifikan. Keadaan objektif kehidupan seseorang individu adalah
bergantung kepada kualiti hidup. Kelima-lima prinsip ini mengandungi berapa aspek iaitu
membina misi ke arah meningkatkan kualiti, membina obses dan kualiti, menubuhkan
satu unit dengan tujuan tertentu, meningkatkan kembali tenaga buruh supaya bekerja
untuk mencapai visi dan misi dan juga menggunakan pendekatan yang sistematik untuk
mencari untuk meningkatkan perlaksanaan. Selain itu, analisis kualiti hidup adalah
penting untuk penyelidikan sosial, emosi dan kesan-kesan fizikal rawatan dan proses
penyakit dalam kehidupan seharian manusia. Analisis kesan-kesan rawatan atau penyakit
dari perspektif pesakit dan menentukan keperluan sosial, emosi dan sokongan fizikal
semasa sakit dan keperluan lain (Leplege & Hunt: 1997).

Ringkasnya, kualiti hidup berkait dengan kesejahteraan am penduduk. Bagi


kerajaan termasuk kerajaan tempatan tanggungjawab meningkatkan kualiti hidup yang
lebih baik dengan memastikan keperluan infrastruktur utiliti dan kemudahan masyarakat,
institusi untuk pertubuhan sosial dan urus tadbir yang membenarkan hak individu untuk
bersuara dan membuat pilihan pada tahap yang sesuai diwujudkan secukupnya.
SKPW 2093-Proses dan Pengurusan Kerja Sosial (ms 21)

Rujukan

Albin, J.M. 1992. Quality Improvement in employment and other human services:
Managing for quality through change. Baltimore: Brookes.
All, A.C. & Fried, J.H. 1994. Psychosocial issues surrounding HIV infection that affect
rehabilition. Journal of Rehabilition 60: 8-12.
Anon. 2004. The Atlas of Canada: Quality of Life. http://www.The atlas of Canada-
quality of life.html. [4 april 2008].
Baker, F. & Intagliata, J. 1982. Quality of life in the evaluation of community support
systems. Evaluation and Programme Planning 5: 69-79.
Baltes, M. & Baltes, P. 1986. The Psychology of control and Aging. New Jersey:
Lawrance Erlbaum.
Baltes, P. & Baltes, M. 1990. Succesful aging: Perspective from the Social Sciences. New
York: Cambridge University Press.
Bigelow, D. A., Broadsky, G,. Stewart, L. & Olson, M. 1982. Dlm. The concept and
measurement of quality of life as a dependent variable in evaluation of mental
health services. Bigelow, D. A., Broadsky, G,. Stewart, L. (pnyt.). Innovative
approach to mental health evaluation. New York: Academic Press.
Brandstadter, J., & Baltes- Gotz, B. :1990. Personal Control Over Development and
Quality of Life Perspective in Adulthood. Dlm P. Baltes & M. Baltes (pnyt).
Successful Aging: Perspective from the Social Sciences. New York: Cambridge
University Press.
Burckhardt, C.S. 1985. The impact of arthrities on Quality of Life. Nursing Research
34(1): 11-16.
Cobb, S. 1976. Social Support as a Moderater of Life Stress. Psychosomatic medicine
38: 300-314.
Conger, J.J. 1991. Adolescence and Youth : psychological development in a changing
world. Ed. Ke-4. New York: HarperCollins.
Cwikel, J. & Israel, B. 1987. Examining mechanism of social Support and social
Networks: A review of Health- Related Intervention Studies. Public Health
Reviews 15(3): 159-193.
SKPW 2093-Proses dan Pengurusan Kerja Sosial (ms 22)

DiMatteo, M.R. & Hays, R. 1981. Social Support in serious illness. Dlm. B.H. Gottlieb.
(pnyt.). Social Networks and Social Support. Beverly Hills, CA: Sage.
Durkheimian, E. 1951. Suicide-A study in Sociology. New York: Macmillan.
Eiser, C., & Morse, R. 2001. A review of measures of quality of life for children with
chronic illness. Archives of Disease in Childhood 84 (3): 205-211.
Ferrans, C. C. 1990. Quality of life: Conceptual issues. Seminars in Oncolody Nursing 6:
248-254.
Fleishman, J. & Fogel, B.1994. Coping and Depressive symptoms among people with
AIDS. Health Psychology 13: 156-169.
Folkman, S., Chesney, M., Pollack, L. & Coattes, T. 1993. Stress, coping, and depressive
among mood in Human Immunodeficiency Virus-Positive and –Negative Gay
men in San Francisco. Journal of nervous and Mental disease 181: 409-416.
Friedland, J., Renwick, R. & McColl, M. in press. Coping and Social Support as
determinants of quality of life in HIV/ AIDS. AIDS Care.
Goodkin, K., Blaney, N. T., Feaster, D., Fletcher, M.A., Baum, M.K., Mantero- Atienza,
E., Klimas, N.G.,Millon, C., Szapocznik, J.& Eisdorfer, C. 1992. Active coping
style is associated with natural killer cell cytotoxicity in asymptomatic HIV-1
Seropositive Homosexsual men. Journal of psychosomatic research 36(7): 635-
650.
Grant, M., Ferrell, B. R., & Sakurai, C. 1994. Defining the spiritul dimension of quality
of life assessment in bone marrow transplant survivors. Oncolody Nursing Forum
21 (2): 376-388.
Green, L.W. & Kreuter, M.W. 1991. Health Promotion Planning: An education and
environmental Approach. Mountain View, CA: Mayfield.
Halpern, A.S., Nave, G., Close, D.W. & Wilson, D. 1986. An empirical Analysis of the
Dimensions of Community adjustment for Adults with Mental Retardation in
Semi- Independent Living Programs. Australia and New Zealand Journal of
Developmental Disabilities 12 (3): 147-157.
Havighurst, R.J. 1953. Human Development and Education. New York: Longmans,
Green.
SKPW 2093-Proses dan Pengurusan Kerja Sosial (ms 23)

King, C. R. & Hinds, P. S. 2003. Quality of life:From nursing and patient perspectives.
Ed. Ke-2. Boston: Jones and Bartlett Publishers.
Kliegl, R,. Smith, J. & Baltes, P. B.1989. Testing the Limits and the Study of Adults Age
Difference In Cognitive Plasticity of a mnemomic skill. Developmental
Psychology 25: 247-256.
Lehman, A. F. 1983. The well-being of chronic mental patients: assessing their quality of
life. Archives of general Psychiatry 40 (4): 369-73.
Lennon, M.C., Martin, J.L. & Dean,L. 1990. The Influence of Social Support on AIDS –
related Gref reaction among Gay Men. Social Science Medicine 31: 477- 484.
Leplege, A. & Hunt, S. 1997. The problem of quality of life in medicine. JAMA 278:
47-50.
Mann, J. Tarantola, D. & Netter, T. 1994. AIDS in tha World: A Global Report.
Cambridge, MA: Harvard University Press.
Muhamad Fadhil Nurdin. 2003. Penilaian dampak pembangunan ke arah kesejahteraan
masyarakat: Penilaian dampak sosial. Kuala Lumpur: Utusan Publication &
Distributor.
Nagler, M. 1996. Quality of Life of People with Disabilities Who Have experienced
Sexaul Abuse. Dlm. Renwick, R., Brown, I & Nagler, M. (pnyt.). Quality of life
in Health Promotion and Rehabilition: Conceptual Approaches, Issues and
Applications. Thousand: International Education and professional Publisher.
Oleson, M. 1990. Subjectively perceived quality of life Image. Journal of Nursing
scholarship 22(3): 187-190.
Oliver, J., Huwley, P., Bridges, K. & Hadi Muhammad. 1996. Quality of life and Mental
Health Services. London: Routledge.
Parmenter, T.R. 1988. An analysis of the dimensions of Quality of life for people with
psysical disabilities. Dlm. R. Brown. (pnyt.). Quality of life for handicapped
people. London: Croom Helm.
Rabkin, J., Remien, R., Katoff, L. & Williams, J. 1993. Resilience in Adversity among
long –term survivors of AIDS. Hospital and community psychiatry 44(2):162-67.
Rapheal. D. 1996.Quality of Life of Older adult: Toward the Optimization of The aging
process. Dlm. Renwick, R., Brown, I & Nagler, M. (pnyt.). Quality of life in
SKPW 2093-Proses dan Pengurusan Kerja Sosial (ms 24)

Health Promotion and Rehabilition: Conceptual Approaches, Issues and


Applications. Thousand: International Education and professional Publisher.
Renwick, R. & Brown, I. 1996. The Centre for Health Promotion’s Conceptual Approach
to Quality of Life: Being, Belonging and Becoming. Dlm. Renwick, R., Brown, I
& Nagler, M. (pnyt.). Quality of life in Health Promotion and Rehabilition:
Conceptual Approaches, Issues and Applications. Thousand: International
Education and professional Publisher.
Renwick, R. & Friedland, J.1996. Quality of life Experienced by a sample of adults with
HIV. Dlm. Renwick, R., Brown, I & Nagler, M. (pnyt.). Quality of life in Health
Promotion and Rehabilition: Conceptual Approaches, Issues and Applications.
Thousand: International Education and professional Publisher.
Renwick, R. 2006. The quality life model. http://www.utoronto.ca/qol/conceptshtm
[25 Mac 2008].
Schabas, R. 1992. Opportunities for Health. Ontario, Canada: Ministry of Health.
Schaie, K.W. 1990. The Optimization of Cognitive Functioning in Old Age: Predications
Based on Cohort-Sequential and Longitudinal data. Dlm. P. Baltes and M.
Baltes (pnyt). Successful Aging : Perspective From the Social Science. New
York: Cambridge University Press.
Schmandt, H.J. & Bloomberg, W. Jr.1969. The Quality of Urban Life: Urban Affair
Annual Reviews. Beverly Hills: Sage Publications Inc.
Schalock, R.L. 1994. Promoting Quality through quality enhancement Techniques ang
outcome base evaluation. Journal on developmental disabilities 3(2): 1-16.
Sheldon, E. B. & Moore , W. E. 1968. (pnyt.). Indicators of Social Change: Concepts and
Measurements. New York: Rusell Sage Foundation.
Siti Fatimah Abdul Rahman. 2006. Kriteria kualiti hidup berkeluarga.
http://www.ikim.gov.my/bm/paparmedia.php?key=781 [25 Mac 2008].
Szalai, A. & Andrews, F.M. 1980. The Qualiy of life: Comparative studies. USA: Sage
Studies in International Sociology 20.
Unit Perancang Ekonomi. 1999. Usaha ke arah peningkatan kualiti hidup: Kualiti hidup
Malaysia 99. Jabatan Perdana Menteri Malaysia, Kuala Lumpur: Percetakan
Nasional Berhad.
SKPW 2093-Proses dan Pengurusan Kerja Sosial (ms 25)

Unit Perancang Ekonomi. 2002. Kualiti hidup Malaysia 2002. Jabatan Perdana Menteri
Malaysia, Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Berhad.
Varni, J. W., Burnwinkle, T. M., & Seid, M. 2006. The PedsQL 4.0 as a school
population health measure: Feasibility, reliability and validity. Quality of Life
Research 15: 203–215.
WHO. 1993. WHO-QOL Study protocol: The development of the World Health
Organization quality of life assessment instrument. Geneva: World Health
Organization.
Zautra, A. & Goodheart, D. 1979. Quality of Life indicators:a review of the literature.
CommunityMental Health Review 4 (1): 2-10.
Zhan, L. 1992. Quality of life: Copceptual and measurement issues. Journal of Advanced
Nursing 17: 795-800.

You might also like