You are on page 1of 51

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan Projek Kajian

Projek amali semester kajian kepelbagaian spesies katak di Kem Hutan Nirwana UPMKB ini
dijalankan oleh pelajar Tahun Akhir Diploma Perhutanan (Sesi 2007/2008) bagi
melengkapkan kriteria di dalam kursus elektif Pengurusan dan Perlindungan Hidupan Liar
(FHU2211). Ini merupakan kajian serupa yang kedua dijalankan di Hutan Nirwana UPMKB,
dan yang kelima kalinya dijalankan di UPMKB. Projek ini dijalankan selama 8 minggu
bermula daripada 30 Januari 2008 hingga 16 Mac 2008, di mana penangkapan katak di
lakukan sebanyak 3 kali seminggu. Projek ini juga dijalankan selama 3 hari berturut-turut
pada setiap minggu iaitu pada hari Khamis, Jumaat dan Sabtu.

Penangkapan katak di sekitar Kem Hutan Nirwana dilakukan pada sebelah malam di
sepanjang sungai dan kawasan denai sepanjang sungai. Aktiviti penangkapan katak dijalankan
sekitar jam 8.00 malam sehingga jam 12.00 malam. Ini kerana, kebanyakan spesies katak aktif
dalam jangka masa ini. Katak-katak yang telah diperoleh akan di bawa ke makmal untuk di
cam spesiesnya dan diketahui komposisinya dari segi berat dan panjang. Seterusnya, katak-
katak tersebut akan dilepaskan kembali ke habitat asal untuk memastikan spesies tersebut
terus kekal di Hutan Nirwana. Mana-mana spesies yang belum pernah direkodkan dan tidak
ada di dalam senarai awetan, hanya seekor akan di awet untuk rujukan pada masa hadapan.
Segala maklumat dan rekod mengenai katak-katak yang diperoleh akan disimpan dan
dijadikan rujukan.

Kajian mengenai kepelbagaian spesies katak ini juga merupakan kajian yang kedua di
jalankan di Hutan Nirwana UPMKB. Kajian oleh pelajar senior yang terdahulu melibatkan
beberapa bahagian di kawasan tengah Hutan Nirwana, dan pada kali ini, kajian ini
memfokuskan kepada spesies-spesies katak yang boleh dijumpai di sekitar Kem Hutan
Nirwana UPMKB, yang terletak di sebelah barat kawasan Hutan Nirwana.

1
1.2 Objektif Kajian

Objektif utama kajian kepelbagaian spesies katak ini adalah untuk mengetahui kepelbagaian
spesies kata di Hutan Nirwana UPMKB, dan secara tidak langsung mengetahui struktur
anatomi serta ciri-ciri katak mengikut spesies. Antara objektif lain adalah:

• Untuk membolehkan pelajar melakukan pengecaman katak-katak di UPMKB khasnya


dan di Borneo, amnya.
• Merupakan suatu bentuk pengenalan mengenai kajian penyelidikan di dalam bidang
Pengurusan Hidupan Liar.
• Mendedahkan kepada pelajar mengenai dunia pekerjaan sebenar di dalam bidang
penyelidikan hidupan liar.
• Merapatkan silaturahim di antara pihak-pihak yang terlibat, di mana kerjasama dan
toleransi adalah sangat penting semasa melakukan kajian.
• Membolehkan pelajar mengetahui cara dan kedah yang betul untuk menjalankan
kajian, menyediakan laporan dan membentangkan kajian.
• Menerapkan kesedaran menghargai hidupan liar yang terdapat di UPMKB.
• Menanamkan sifat ingin tahu mengenai hidupan liar ke dalam diri para pelajar.
• Memupuk semangat keberanian semasa menjalankan kerja-kerja pencarian katak di
kawasan hutan pada waktu malam.
• Membolehkan pelajar menimba pengalaman dan pengetahuan semasa berada di
kawasan hutan.

2
BAB 2
ULASAN PERPUSTAKAAN

2.1 Pengenalan Kepada Katak

Perkataan ‘Amfibia’ di ambil daripada perkataan Greek, ‘Amphibios’, yang bermaksud dua
kehidupan. Ini merujuk kepada spesies hidupan yang hidup di daratan dan di air. Amfibia
yang wujud pada hari ini berasal daripada suatu spesies kuno yang fosilnya pernah dijumpai
dan dianggarkan berusia 360 juta tahun.

Amfibia merupakan haiwan vertebrata berdarah sejuk yang secara khasnya


mempunyai anggota badan termasuk sirip, serta mempunyai kulit yang lembut dan lembap
tanpa sisik atau bulu. Telurnya juga tidak bercangkerang. Hidupan ini biasanya terbentuk
daripada hidupan akuatik pada peringkat larva dan menjadi hidupan air dan darat atau air
sepenuhnya setelah menjadi dewasa. Terdapat tiga order amfibia yang hidup di atas muka
bumi ini iaitu, Urodela, Anura dan Apoda (Gymnophiona).

Order Urodela terdiri daripada amfibia yang mempunyai karakter umum seperti
anggota badan yang jarang berubah, dan ekor yang sama panjang dengan badannya. Giginya
juga boleh dilihat pada kedua-dua rahang atas dan bawah tetapi kadangkala tidak begitu jelas.
Antara contoh amfibia daripada order ini adalah salamander dan bengkarung air.

Order Apoda pula merupakan sejenis hidupan yang hidup di kawasan subterranean
walaupun pada peringkat larva, ia boleh dijumpai di celah batuan atau keladak di dalam
sungai. Adaptasi hidupan ini kepada habitatnya yang berada di dalam lubang tanah
menyebabkan ia kehilangan sebahagian anggota badannya seperti ekor. Bentuk badannya
menyerupai ular dan mempunyai mata yang sangat kecil. Seperti order Anura, order ini
mempunyai peringkat-peringkat hidup yang pelbagai. Order ini biasanya dikenali sebagai
caecillians, dan jarang dilihat kerana habitatnya yang bukan di atas daratan. Antara contoh
hidupan daripada order ini adalah Ichyophis glutinosus atau sejenis cacing.

Order Anura yang terdiri daripada katak dan kodok merupakan suatu order yang
mempunyai kepelbagaian variasi. Anura bermaksud ‘tanpa ekor’ dan ini merujuk kepada
ketiadaan ekor pada spesies-spesies matang di dalam order ini. Perkataan ‘Salientia’ juga

3
merujuk kepada order Anura. Spesies daripada order ini mudah dikenali daripada bentuk
kakinya yang panjang dan digunakan untuk melompat serta kemampuannya untuk
mengeluarkan bunyi yang bising. Secara teknikalnya, kodok merujuk kepada spesies amfibia
yang mempunyai kulit bergrandul atau berkutil yang membolehkan ia hidup di kawasan yang
kering serta mempunyai kaki belakang yang lebih pendek di mana ia berfungsi untuk berjalan
di samping melompat. Namun, terdapat sesetengah spesies katak tidak mempunyai ciri-ciri ini
kerana ia telah beradaptasi dengan keadaan persekitarannya. Terdapat juga spesies yang boleh
berubah warna mengikut keadaan persekitarannya.

Selain daripada keistimewaan ini, Order Anura merupakan amfibia yang paling
berjaya di atas muka bumi dan lebih daripada 4500 spesies telah diketahui. Ini melibatkan
88% daripada keseluruhan spesies amfibia di dunia Spesies daripada order ini juga boleh
beradaptasi dengan pelbagai kawasan dan mempunyai pelbagai corak sejarah hidup yang
berlainan. Order Anura mempunyai beberapa peringkat hidup daripada yang berenang iaitu
berudu kepada yang melompat iaitu katak atau kodok. Pada mulanya, Order ini berada pada
peringkat larva semasa di dalam telur, kemudiannya keluar sebagai berudu, mulai mempunyai
kaki dan tangan dan akhirnya kehilangan ekornya. Secara umum, telur katak sememangnya
berada di atas permukaan air dan kelihatan seperti rantai bagi spesies kodok dan berpecah-
pecah (clusters) bagi spesies katak atau di dalam sarang buih (biasanya bagi spesies Famili
Rhacophoridae-katak pokok). Sesetengah Anura, bertelur di kawasan semak, lubang-lubang
kayu atau di atas tanah pada kawasan lubang-lubang yang menakung air.

Katak merupakan suatu komponen penting di dalam struktur dinamik hutan hujan
tropika, seperti di Malaysia. Katak juga memainkan peranan sebagai penunjuk pencemaran
alam sekitar. Ini kerana katak hanya boleh dijumpai di kawasan yang masih belum tercemar
atau mengalami perubahan yang ketara. Sesetengah spesies katak boleh beradaptasi dengan
keadaan persekitaran yang berubah-ubah. Di Malaysia, lebih 71% katak terancam dengan
aktiviti pembangunan kawasan hutan. Kajian ini mendokumentasikan populasi dan taburan
spesies katak untuk dijadikan suatu garis panduan bagi kajian yang lebih jauh pada masa
hadapan.

4
Katak mempunyai struktur morfologi yang hampir serupa bagi setiap spesies tetapi
agak berlainan dengan struktur morfologi spesies kodok. Perbezaan yang jelas di antara katak
dan kodok adalah struktur kulit menggerutu pada kodok, bagi penyesuaian kawasan kering
dan struktur gandul bisa (poison gland) yang terdapat pada spesies kodok tetapi tidak pada
spesies katak. Secara amnya, struktur morfologi katak ialah mempunyai kepala yang
memuncung, mata jongang, lubang hidung, timpanum (gegendang telinga), kaki hadapan dan
belakang yang mempunyai jari, dan biasanya berselaput pada bahagian belakang serta
mempunyai badan yang licin atau berkutil dengan pelbagai corak (lihat Rajah 1). Manakala
secara lebih terperinci, struktur katak ini agak kompleks di mana terdapatnya bahagian seperti
snout (muncung), canthus rostralis (bahagian antara mata dan lubang hidung), lipatan
supratimpanik (kelim atas mata), lipatan dorsateral (lipatan belakang badan), femur (paha),
tibia (betis), subarticular dan metatarsal tubercule (bonjolan atau bengkakan pada kaki), vent
(bahagian organ perkumuhan dan pembiakan katak), lore (bahagian bawah mata), tibiotarsal
joint (sendi antara paha dan betis kaki), 4 jari kaki hadapan dan 5 jari kaki bahagian belakang
yang berselaput (webbed). (Lihat rajah 2). Struktur yang terperinci ini sangat penting di dalam
proses pengecaman spesies katak.

Rajah 1: Struktur morfologi am katak

5
Rajah 2 :Struktur morfologi katak secara terperinci.

6
2.2 Metamorfosis dan Kitaran Hidup Katak

Katak merupakan salah satu daripada haiwan yang mempunyai kitaran hidup yang kompleks.
Kebanyakan spesies katak di seluruh dunia mempunyai kitaran hidup yang sama, iaitu
mempunyai satu siri kitaran hidup kompleks yang diketahui sebagai metamorfosis sepanjang
waktu. Kitaran ini bermula daripada telur, menjadi larva bergerak iaitu berudu, seterusnya
beberapa peringkat daripada berudu menjadi katak dewasa. (lihat Rajah 3)

Proses mengawan pada katak adalah berbeza dengan proses mengawan pada
kebanyakan hidupan lain. Ini kerana katak tidak mempunyai organ seks yang jelas. Hanya
terdapat satu struktur yang kelihatan seperti lubang (vent) pada hujung abdomen katak. Proses
mengawan pada katak juga dikenali sebagai amplexus iaitu posisi katak berkenaan semasa
mengawan. Proses ini berlaku apabila katak jantan memeluk bahagian badan katak betina,
dengan kaki nya terletak di antara kaki belakang dan kaki hadapan katak betina atau di atas
kepala katak betina. Amplexus ini boleh berlangsung sehingga beberapa hari dan biasanya
berlaku berdekatan kawasan yang berair. Dalam kes-kes tertentu sebelum mengawan, katak
juga dikatakan akan membuat posisi ini ke atas apa-apa sahaja benda yang bergerak, asalkan
benda tersebut tidak terlalu kecil untuk dimakan. Oleh itu, semasa kajian ini dilakukan, kami
sendiri berasa hairan apabila katak spesies Megophrynus nasuta melakukan posisi ini ke atas
spesies Rana leporina. Semasa amplexus, betina mengeluarkan telur daripada vent nya dan
katak jantan memancutkan sperma ke atas telur-telur tersebut untuk disenyawakan. Setelah
disenyawakan, telur ini akan ditinggalkan, atau dijaga oleh induk, contohnya spesies Rana
finchi yang membawa telur di atas belakangnya. Telur yang rosak dan berwarna kekelabuan
tidak akan menetas. Bagi kebanyakan Famili Bufonidae( Katak Puru) telur dikeluarkan dalam
bentuk rantaian manakala Famili Ranidae (Katak Sebenar) pula, telur dikeluarkan dalam
bentuk kumpulan (cluster). Ada juga spesies katak yang bertelur di hujung-hujung daun di
atas kawasan berair, di mana dalam jangka masa 7 hingga 9 hari, telur tersebut akan terus
jatuh ke dalam kawasan yang berair supaya berudu dapat terus hidup.

Seterusnya, Telur ini akan menetas dalam jangka masa 6 hingga 21 hari. Maka lahirlah
berudu yang masih lagi bergantung kepada kuning telur di dalam perut mereka sebagai
sumber makanan. Setelah 7 hingga 10 hari, berudu pada peringkat awal ini mulai memakan
alga-alga. Setelah 6 hingga 9 minggu, kaki kecil mulai tumbuh di bahagian belakang dan pada
peringkat ini, berudu ini dikenali sebagai ‘berudu berkaki’. Pemakanannya pada peringkat ini

7
adalah serangga yang mati dan tumbuh-tumbuhan air. Setelah 12 minggu, berudu berkaki ini
mulai beradaptasi dunia daratan dan ianya sudah pun mempunyai peparu untuk pernafasan.
Pada peringkat ini, ianya dikenali sebagai Katak Muda atau ‘froglet’. Struktur ekor pada
hujung abdomennya mulai menghilang sedikit-demi sedikit dan akhirnya menjadi Katak
Dewasa pada minggu ke 16.

Gambar rajah 3: Metamorfosis katak


No. Pernyataan Peringkat
1 Telur katak Telur dan
2 Berudu mulai terbentuk dan telur menetas embrio
3 Insang dan sirip mulai terbentuk Larva
4 Insang dan sirip yang telah sempurna (Berudu)
5 Insang dan sirip mulai menghilang dan berubah menjadi jari kaki
6 Jari kaki bersirip mulai terbentuk
7 Kaki kecil bersirip terbentuk
8 Kaki belakang semakin membesar. Peparu terbentuk.
9 Katak mulai bernafas menggunakan peparu. Kaki hadapan terbentuk. Katak muda (Froglet)
10 Katak sudah sempurna. Kaki yang kuat dan boleh melompat Katak Dewasa
Jadual 1:Metamorfosis katak

8
2.3 Taburan dan Pengelasan Katak Di Borneo

Jumlah sebenar katak di Borneo belum dikenal pasti secara tepat kerana jumlahnya sentiasa
berubah dari masa ke semasa. Jumlah semasa spesies katak yang terdapat di Borneo adalah
sebanyak 143 spesies. Kira-kira 30 tahun dahulu, penghuraian menyeluruh tentang katak-
katak Borneo telah diterbitkan dan hanya 92 spesies katak disenaraikan. Setelah itu, terdapat
beberapa spesies baru telah ditemui sejak tahun 1990 oleh Inger dan Stuebing. Walaupun
begitu anggaran sebenar katak belum diketahui dan kemungkinan besar jumlah spesies yang
ada sekarang mungkin menjangkau 150 spesies. Antara spesies yang ditemui di Borneo ialah
dari Famili Megophyridae, Ranidae, Bufonidae, Bombinatoridae dan Rachophoridae. Famili
tersebut luas tersebar ke Asia Tenggara kecuali Famili Bombinatoridae.

Dalam setiap Famili katak tersebut ia telah dibahagikan kedalam kumpulan spesies
yang dianggap mempunyai persamaan dalam beberapa ciri tertentu iaitu ke dalam genus.
Terdapat sebanyak 31 genus katak yang dikenal pasti. Walaupun begitu bilangan spesies
adalah tidak seimbang dalam genus tersebut. Oleh itu, genus yang mempunyai banyak
spesies, spesies-spesies yang mirip boleh dimasukkan dalam kumpulan yang sama
berdasarkan penelitian anotomi katak dewasa serta berudu. Contohnya genus Rana,kedua-dua
jenis katak penjaga Rana palavanensis dan Rana finchi membentuk satu kumpulan tersendiri
yang mudah dikenali kerana memunyai selaput sedikit dan katak jantan akan menjaga telur
dan membawa berudu dibelakangnya untuk melepaskan larva kedalam air (F.R Inger dan
Stuebing,1999).

Taburan geografi katak-katak di Borneo amat berlainan dengan tempat lain di Asia
Tenggara dimana kira-kira 2/3 daripada jumlah keseluruhan spesies belum pernah ditemui di
luar pulau Borneo dan sebanyak 15 spesies pernah ditemui pernah ditemui sekali sahaja. Bagi
spesies katak di kawasan pergunungan pula iaitu ketinggian melebihi 10000 meter dari aras
laut mempunyai taburan yang terhad kerana habitat pergunungan biasanya tidak dijumpai di
keseluruhan pulau Borneo.

9
2.4 Ekologi Katak Di Borneo

Katak di Borneo boleh kelaskan kepada dua kumpulan terbesar iaitu kumpulan katak yang
menghabitati kawasan berdekatan dengan manusia, di mana ianya memerlukan kegiatan
manusia untuk terus hidup, dan kumpulan katak yang hanya boleh dijumpai di kawasan hutan
sahaja.

Kumpulan yang lebih kecil merupakan spesies yang berkait rapat dengan kegiatan
ekonomi manusia, seperti katak yang menghabitati kawasan sawah padi, kawasan pertanian,
dan kawasan penempatan manusia. Antara spesies yang tergolong di dalam kategori ini adalah
spesies Katak Padi Hijau (Rana erythraea), Katak Paya Bakau (Rana cancrivora), Katak
Kampung (Rana limnocharis), Katak Cengkerik (Rana nicobariensis) Katak Puru Sunda
(Bufo melanostictus), Katak Pokok Jalur Empat (Polypedates leucomystax), dan Katak
Kembung Coklat (Kaloula baleata). Spesies-spesies ini mudah didapati kerana hidup
berhampiran dengan manusia seperti di kawasan lopak-lopak, kolam, parit dan kawasan-
kawasan terganggu yang luas dan lapang. Namun begitu, Rana nicobariensis dan Polypedates
leucomystax masih boleh ditemui di kawasan hutan sekunder dan primer. Kesemua spesies
yang disebutkan tadi membiak di dalam kawasan air yang bertakung, contohnya kolam dan
sawah padi. Spesies seperti Polypedates leucomystax ini merupakan spesies yang suka
memanjat serta menghabitati kawasan-kawasan yang tinggi berbanding katak lain,seperti di
atas pokok-pokok renek dan hujung rumput yang tinggi. Spesies seperti Rana erythraea dan
Rana cancrivora jarang menjauhi sumber air dalam beberapa meter manakala spesies Rana
nicobariensis dan Rana limnocharis pula boleh dijumpai jauh dari sumber air.

Kumpulan katak yang menghabitati kawasan hutan pula merupakan kumpulan terbesar
di Borneo. Hanya terdapat satu hingga dua spesies sahaja yang kadangkalanya boleh dijumpai
berhampiran dengan kawasan manusia. Namun, kebanyakannya adalah penghuni hutan yang
tetap. Sesetengah spesies tidak pernah meninggalkan kawasan habitatnya yang berair,
contohnya di tebing sungai. Katak yang tergolong di dalam kumpulan ini adalah Katak Paya
Besar (Rana ingeri), Katak Sungai Kuhll (Rana Kuhlii), Katak Sungai Besar (Rana leporina)
dan Katak Lopak Perut Kuning (Occidozyga laevis). Spesies-spesies ini membesar di kawasan
sungai dan mencari makanan berhampiran kawasan sungai tersebut.

10
Selain itu, terdapat juga katak yang hanya menghabitati kawasan berair atau sungai ini
pada peringkat dewasa sahaja seperti Katak Sungai Berbintik (Rana picturata), Katak Sungai
Berjalur (Rana signata) dan Katak Batu Berbisa (Rana Hosii). Berudu bagi spesies-spesies ini
membesar di kawasan yang tidak berarus di anak-anak sungai. Setelah metamorfosis menjadi
katak kecil, spesies-spesies ini akan tinggal jauh di dalam hutan. Apabila mencapai tahap
dewasa, ianya akan kembali ke sungai untuk terus membiak dan menetap di tempat tersebut
seumur hidupnya.

Terdapat juga spesies katak yang hanya pergi ke kawasan berair hanya untuk membiak
tetapi tidak menghabitati kawasan tersebut. Antara spesies di dalam kategori ini adalah Katak
Berbibir Putih (Rana chalconata), Katak Sampah Daun (Leptobrachium spp.) dan Katak
Bertanduk Borneo (Megophrys nasuta). Spesies-spesies ini menjauhkan diri daripada
kawasan sungai setelah menjadi katak dewasa, tetapi kembali untuk membiak pada waktu-
waktu tertentu sahaja. Setelah membiak, ianya akan terus tinggal di dalam hutan seumur
hayatnya.

Kebanyakan daripada katak-katak hutan di Borneo hidup dengan sentiasa bergerak dan
tidak mempunyai habitat yang tetap, seolah-olah mengembara. Katak daripada kategori ini
agak sukar untuk di temui. Ianya bertelur di kawasan-kawasan lopak, kolam-kolam kecil dan
lapisan daun mati yang berkelembapan tinggi. Katak daripada kategori ini hanya boleh
dijumpai pada satu-satu masa di satu-satu kawasan yang sama. Contoh spesies dalam kategori
ini adalah Katak Perut Kunyit(Chaperina fusca), Katak terbang Wallace (Rhacophorus
nigropalmatus) dan Katak Mahogani (Rana luctuosa). Katak yang hidup di kanopi seperti
Katak Terbang Wallace, akan turun dari silara apabila menempatkan sarang buih untuk
pembiakannya.

Mengenai tabiat pemakanan katak, kebanyakan katak-katak adalah pemangsa, iaitu


makanannya terhad kepada hidupan lain sahaja. Umumnya, makanan pilihan katak-katak ini
merupakan serangga dan hidupan invertebrat seperti lintah dan labah-labah. Katak-katak
cenderung untuk memakan hidupan yang lebih kecil daripadanya. Contohnya spesies Katak
Lekit (Kalophrynus sp.) yang bersaiz kecil, gemar memakan semut dan ia menghabitati
kawasan pembukaan sarang semut untuk makan dengan sepuas-puasnya. Bagi katak yang
mempunyai saiz yang besar seperti Katak Paya Besar (Rana ingeri) dan Katak Sungai Besar
(Rana leporina), sudah tentunya diet pemakanan mereka juga agak besar. Antara mangsa-

11
mangsa katak daripada spesies ini adalah katak-katak lain, ular-ular kecil, kala jengking,
ketam dan centipedes seperti ulat gonggok. Saiz mulut juga menentukan diet pemakanan
katak tersebut. Seperti mana Katak Bertanduk Borneo (Megophrys nasuta) yang bermulut
luas, mampu untuk menelan seekor kala jengking dalam sekelip mata. Katak merupakan
pemangsa yang bertindak pantas dengan menelan mangsanya secara tiba-tiba dalam keadaan
yang senyap.

12
2.5 Katak Dan Kebudayaan Manusia

Di Sarawak, terdapat lebih 150 spesies yang telah dikenal pasti dijumpai. Terdapat juga
beberapa spesies baru dikenal pasti oleh pengkaji katak seperti Megophrys Dringi (Dew) yang
dijumpai di Gunung Mulu pada tahun 1997 oleh pengkaji katak Borneo, Robert F. Stuebing
dan Robert F. Inger. Walaupun dengan bilangan spesies yang pelbagai dan boleh dijumpai
dengan mudah di kawasan hutan tertentu, katak agak kurang memainkan peranan penting di
dalam kebudayaan manusia di Borneo amnya dan di Sarawak khasnya. Katak jarang menjadi
tumpuan masyarakat seperti mana hidupan-hidupan liar yang lain seperti Burung Kenyalang
dan Buaya Air Masin yang mempunyai nilai ketara di dalam kebudayaan setempat atau
lagenda yang tersendiri. Namun begitu, masih terdapat unsur-unsur katak di dalam kisah-
kisah dongeng masyarakat setempat, dan ia juga kadangkala menjadi juadah hidangan
masyarakat setempat.

Terdapat kepercayaan dari Sabah yang mengatakan jika katak menggigit, ia tidak akan
melepaskan gigitannya sehingga kedengaran bunyi guruh. Di Sarawak juga terdapat
kepercayaan sedemikian tetapi ia melibatkan kura-kura dan bukannya katak. Walaupun katak
seperti Rana leporina dan beberapa spesies yang bersaudara dengannya mempunyai struktur
seperti ‘taring’ di bawah rahang, agak sukar untuk mengetahui katak ini boleh menggigit.
Taring tersebut hanya digunakan semasa katak-katak jantan bersaing sesama sendiri untuk
mendapatkan pasangan. Tambahan lagi, katak hanya akan menyerang sesuatu objek yang
kelihatan seperti makanannya dan bersaiz lebih kecil daripadanya.

Sifat katak menyebabkan ia di gambarkan sebagai penakut, kurang berpelajaran dan


mempunyai ciri-ciri yang hodoh. Di dalam peribahasa Melayu ada mengatakan ‘katak bawah
tempurung’ yang bermaksud seseorang yang berpandangan sempit, manakala seseorang yang
terlalu optimistik terhadap masa hadapan dikatakan seperti ‘katak memanggil hujan’ dan jika
bercita-cita besar, ‘seperti katak hendak menjadi lembu’. Ada juga peribahasa yang
mengatakan ‘ seperti katak yang tidak akan berkulit licin walaupun hujan turun berkali-kali.
Malahan di negara barat juga, katak digambarkan sebagai makhluk yang hodoh dan tidak
berkedudukan. Contohnya di dalam cerita masyarakat ‘The frog Prince and The Princess’
yang mengatakan seorang putera raja yang bertukar menjadi katak kerana disumpah dan
hanya bertukar semula menjadi manusia sekiranya mendapat ciuman puteri idamannya.

13
Kesanggupan Puteri tersebut mencium katak itu bukanlah kerana dia seekor katak tetapi
kerana rasa cintanya kepada Putera tersebut.

Kebanyakan masyarakat mempercayai katak boleh memanggil hujan, dan pandangan


ini juga mungkin berasas. Ini kerana sesetengah spesies katak boleh merasai tekanan
barometrik yang mendahului sebelum berlakunya hujan ribut seperti Katak Bertanduk
(Megophrys nasuta). Di Hutan Nirwana sendiri, panggilan ‘whack’ yang nyaring daripada
Katak Bertanduk jelas kedengaran sekali-skala sebelum turunnya hujan di kawasan tersebut.
Di Sarawak dan Sabah, pengaruh katak ke atas hujan juga digunakan untuk menggambarkan
orang yang bingung tanpa arah tujuan iaitu ‘ seperti katak di bawah pancuran air’.

Selain peribahasa-peribahasa yang menarik tersebut, terdapat juga beberapa lagenda


yang melibatkan katak oleh masyarakat setempat seperti lagenda katak besar yang diceritakan
di Sabah, di mana katak tersebut memberikan amaran kepada penduduk tempatan mengenai
bencana yang akan datang melada kampung mereka. Terdapat juga lagu-lagu rakyat yang
mendendangkan mengenai sifat katak seperti ‘lompat si katak lompat’ dan ‘bangau oh
bangau’ yang menyebut katak menjadi makanan tetap kepada ular. Selain menjadi makanan
ular, di Sabah dan Sarawak, katak juga menjadi hidangan masyarakat setempat. Di Sabah,
berudu digoreng menjadi makanan yang lazat bagi penduduk Kadazandusun, manakala di
Sarawak, berudu digunakan untuk di makan bersama tempoyak. Spesies katak yang menjadi
kegemaran sebagai hidangan pula ialah spesies Rana leporina (yang disebt S’ai dalam bahasa
Dusun dan Pamak dalam bahasa Iban), termasuklah Rana ingeri, Rana malesiana, dan Rana
ibanorum. Kebanyakannya adalah katak hutan yang bersaiz besar sehingga 100-150mm
panjang dan mempunyai kaki yang besar dan berisi. Di kawasan pantai, Katak Paya Bakau,
Raa cancrivora menjadi kegemaran di restoran-restoran cina dan dikenali sebagai ‘theen-kai’
atau ‘ayam sawah padi’.

Sekarang ini, di Kuching dan Kota Kinabalu, penternakan spesies katak, Rana
catesbeiana (American Bullfrog), telah dijalankan bagi memenuhi permintaan terhadap
daging katak. Saiz American Bullfrog yang lebih besar dan berisi menyebabkan ia menjadi
kegemaran penggemar daging katak. Ini juga merupakan suatu langkah yang baik untuk
mengurangkan penangkapan katak-katak liar di Borneo.

14
BAB 3
BAHAN DAN KAEDAH

3.1 Lokasi Kajian

Dalam projek semester pada kali ini, kami telah diarahkan untuk mengkaji kepelbagaian
spesies di Hutan Nirwana. Lokasi kajian yang kami pilih ialah di sekitar kawasan Kem Hutan
Nirwana (Rajah 4). Tumpuan diberikan di sepanjang anak sungai di kawasan sekitar Kem
Hutan tersebut. Lokasi kajian kami di bahagikan kepada 3 kawasan plot utama iaitu Plot 1
(plot group kem), Plot 2 (plot air terjun) dan Plot 3 (plot kem solo)(Rajah 5 dan 6). Plot 1
terdiri dari kawasan sepanjang anak sungai sepanjang 330 meter dan kawasan sekitar anak
sungai tersebut. Bagi Plot 2 pula turut terdiri dari kawasan anak sungai sepanjang 250 meter
dan satu cabang anak sungai sepanjang 30 meter. Untuk Plot 3 pula terdiri dari kawasan-
kawasan berhampiran anak sungai dan pencarian di sepanjang laluan menuju ke anak sungai
tersebut. Selain daripada plot tersebut terdapat beberapa kawasan lain yang turut menjadi
tapak kajian iaitu di keseluruhan kawasan Kem Hutan dan kawasan menuju ke dalam Kem
Hutan. Kawasan ini dinamakan plot kuadrat. Ia dijadikan plot di atas daratan untuk melihat
kepelbagaian spesies yang menghabitati kawasan yang jauh dari sungai iaitu di atas lantai dan
sesampah hutan.

Rajah 4: Lokasi kawasan Kem Hutan Nirwana

15
Rajah 5: Lokasi tapak kajian dari jalan utama

Rajah 6: Kedudukan plot untuk kajian

16
3.2 Kaedah Penangkapan Dan Pengecaman

Sebelum penangkapan, terlebih dahulu kami akan menentukan plot-plot yang perlu dipantau
setiap kali melakukan kajian iaitu hari Jumaat untuk Plot 1, hari Sabtu untuk Plot 2 dan hari
Ahad untuk Plot 3. Giliran tersebut akan diulang tiga malam berturut-turut setiap minggu
selama lapan minggu melakukan kajian ini. Lampu suluh perlu disediakan kerana waktu
pencarian katak adalah pada waktu malam iaitu antara pukul 8 malam hingga 12 tengah
malam. Proses penangkapan katak dilakukan dengan menyuluh kawasan habitat katak
tersebut dan melihat refleks cahaya daripada mata katak. Selain itu, katak juga dikesan dengan
mendengar bunyi ciakan yang dihasilkan. Kaedah manual digunakan untuk menangkap katak
iaitu dengan menggunakan tangan. Jaring juga boleh digunakan untuk menangkap katak tetapi
kami mendapati ia tidak sesuai dengan situasi kawasan di Hutan Nirwana yang mana keadaan
hutan serta pokok yang banyak akan menyukarkan penggunaan jaring untuk menangkap
katak. Penggunaan jaring di Hutan Nirwana juga boleh menyebabkan katak mudah terlepas.
Oleh itu, menggunakan tangan adalah lebih sesuai di kawasan ini. Pada permulaannya kami
menggunakan beg plastik untuk mengumpul katak yang ditangkap tetapi kami menukar
dengan membawa akuarium dan memasukkan katak ke dalam akuarium selepas ditangkap
(Rajah 7). Ini kerana penggunaan beg plastik agak menyukarkan proses penyimpanan katak,
dan katak juga mudah terlepas dan mudah untuk mati. Selepas katak ditangkap dan
dimasukkan ke dalam akuarium ia akan dibawa ke makmal untuk diukur dan dicam
spesiesnya. Katak akan diukur dari segi berat dengan menggunakan alat penimbang elektronik
dan panjangnya dengan menggunakan ‘Calipper’ (Rajah 8). Akhir sekali, katak tersebut akan
dicam dan dikenal pasti berpandukan buku rujukan ‘Katak-katak Borneo’ oleh R.F Inger dan
R.B Stuebing (1999). Jika masih tidak dapat dikenal pasti, gambar katak akan diambil dan
pengecaman dilakukan dengan merujuk kepada bahan rujukan lain seperti laman-laman Web
tertentu. Perbandingan spesies-spesies yang hampir sama dari segi morfologi dan habitat
katak tersebut dilakukan untuk menentukan spesiesnya. Gambar katak juga diambil bagi
membandingkan saiz katak dengan duit syiling serta sebagai rujukan untuk pengecaman
spesies yang lain. Pengecaman jantina dilakukan dengan merujuk kepada saiz katak yang
diperoleh.

17
Rajah 7:Akuarium untuk menyimpan katak yang ditangkap

Rajah 8: Pengukuran dan Penimbangan katak yang ditangkap

18
3.3 Kaedah Pengawetan

Spesies-spesies katak yang tidak terdapat di dalam senarai awetan di Makmal Hidupan
Liar Jabatan Hutan UPMKB, akan diawet sebagai rujukan untuk pengecaman spesies dan
melihat jumlah spesies yang terdapat di kawasan Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu
ini. Antara peralatan yang diperlukan ialah pisau membedah, baling, parafilm, kloroform, air
suling dan alkohol. Katak perlu dimatikan terlebih dahulu sebelum diawet iaitu dengan
menggunakan kloroform. Selepas itu badan katak akan dibersihkan dengan air suling untuk
memastikan tiada selaput-selaput yang akan merosakkan spesimen dan perut katak akan
dibelah sedikit bagi memastikan alkohol meresap masuk ke dalam badan katak. Setelah perut
katak dibedah, katak akan dimasukkan ke dalam balang kaca yang berisi dengan 100 ml air
suling dan 70 ml alkohol (Alkohol 70%). Bagi katak yang mempunyai saiz yang lebih besar
penambahan alkohol dan air suling adalah perlu bagi memastikan katak diawet dengan
sempurna serta tahan lebih lama. Alkohol ini akan diisi sehingga ia dapat menutupi
keseluruhan bahagian badan spesimen. Kemudian, balang tersebut akan ditutup dan penutup
balang akan dibalut dengan menggunakan parafilm bagi memastikan kandungan alkohol dan
air suling tidak berkurangan di dalam balang. Akhir sekali balang tadi perlu dilabelkan.
Maklumat pada label adalah nama spesies, tarikh ditangkap, lokasi dan nama penangkap
katak tersebut.

Rajah 9: Katak yang telah siap diawet

19
BAB 4
HASIL TANGKAPAN

4.1 Penilaian Hasil Tangkapan

Hasil tangkapan yang kami peroleh selama lapan minggu membuat kajian
kepelbagaian spesies di kawasan Hutan Nirwana ialah sebanyak 64 ekor katak. Ianya terdiri
daripada 4 Famili daripada order Anura iaitu Megophryidae, Ranidae, Bufonidae dan
Microhylidae serta 11 spesies katak telah direkodkan. Spesies-spesies ini adalah Rana ingeri,
Rana leporina, Rana kuhlii , Rana glandulosa, Rana baramica, Rana signata, Rana
nicobariensis, Rana chalconata, Megophrys nasuta, Bufo melanostictus, dan Kalophrynus
heterochirus.. bilangan spesies paling banyak adalah dari Famili Ranidae iaitu lapan spesies
antaranya ialah Rana ingeri, Rana leporina, Rana kuhlii , Rana glandulosa, Rana baramica,
Rana signata, Rana nicobariensis, Rana chalconata. Bagi Famili Megophryidae terdapat satu
spesies yang dijumpai iaitu Megophrys nasuta,bagi Famili Bufonidae juga terdapat satu
spesies yang Berjaya ditemui iaitu Bufo melanostictus. Spesies yang paling banyak ditemui
adalah dari spesies Rana ingeri iaitu sebanyak 25 ekor dan spesies paling sedikit ialah Rana
nicobariensis, Bufo melanostictus, dan Kalophrynus heterochirus yang mana masing-masing
hanya seekor katak berjaya ditangkap. Walaupun begitu katak spesies Rana ingeri yang
paling banyak ditangkap adalah katak yang tidak matang (juvenil) dan hanya sedikit sahaja
katak yang sudah matang berjaya ditemui dan ditangkap. Katak yang ditemui juga
kebanyakannya adalah katak jantan dan hanya sebilangan katak betina sahaja ditemui. Tetapi
oleh kerana kebanyakan katak yang ditangkap adalah katak juvenil telah menyukarkan kami
mengenal pasti sama ada katak tersebut adalah jantan atau betina. Katak yang berjaya
ditangkap juga kebanyakannya dijumpai di kawasan tebing-tebing sungai dan hanya sedikit
sahaja katak yang berjaya dijumpai di atas lantai hutan. Ini kerana plot pencarian kami lebih
banyak ditumpukan di sepanjang anak-anak sungai dan kurang memfokuskan pencarian di
atas lantai hutan.

20
Rajah 10: Jumlah tangkapan katak mengikut spesies

Rajah 11: Peratus hasil tangkapan katak mengikut spesies.

21
4.2 Ciri-ciri dan Habitat Katak

4.2.1 Famili Ranidae

4.2.1.1 Rana signata (Gunther)

a)

b. c.

Rajah 12 : a. Rana signata di habitat semula jadinya.


b. Pandangan belakang katak spesies Rana signata.
c. Pandangan sisi katak spesies Rana signata.

22
Nama Spesies : Rana signata (Günther)
Nama tempatan : Katak Sungai Berjalur
Genus : Rana
Famili : Ranidae
Saiz : 33-47mm (Jantan), 49-68mm (Betina)

Rupa bentuk fizikal : Spesies ini mempunyai kepala berbentuk segi tiga dan terlulur; hujung
mulut berbentuk obtuse atau kepala agak membulat; gegendang telinga (tympanum) yang
jelas dan nyata; dan diameter mata bersaiz ½. Hujung jari lebar; leper dan berbentuk disk
dengan sisi jari yang tidak berkulit atau berselaput; jari pertama lebih panjang berbanding
yang kedua; disk pada jari yang ketiga kurang daripada ½ saiz gegendang telinga
(tympanum). Jari kaki sama seperti jari hadapan, tetapi berselaput pada jari 1 hingga 3 pada
sebelah luar dan 4 hingga 5 pada sebelah dalam; bonggol subarticular luar terdapat pada jari
keempat dan ketiga; bonggol metatarsal luar berbentuk bulat; dan bonggol metatarsal dalam
berbentuk bujur. (P.Y Berry, Amphibian Fauna of Peninsular Malaysia)

Warna : Coklat gelap atau kehitaman pada atas abdomen dengan berbintik oren
atau putih; dua garis yang nyata sepanjang hujung muncung melalui atas mata sehingga
sepanjang belakang badan dan punggung; garis di bahagian punggung kadangkala kurang
jelas; bahagian kaki berwarna oren; biasanya terdapat bintik gelap; bahagian bawah badan
berwarna kelabu terang dan hampir coklat gelap dengan bintik kuning yang kecil.

Habitat : Spesies ini mendiami kawasan


hutan hujan tanah rendah. Ia boleh dijumpai di
sepanjang aliran sungai atau alur air dan di kawasan
lantai hutan.

Kawasan dijumpai : Sepanjang plot sungai 1 di


Hutan Nirwana UPMKB.

Rajah 13 : Perbandingan saiz katak


spesies Rana signata dan syiling 10
sen.

23
4.2.1.2 Rana baramica (Boettger)

a.

b. c.

Rajah 14 : a. Pandangan sisi katak spesies Rana baramica


b. Pandangan belakang katak spesies Rana baramica
c. Pandangan bawah katak spesies Rana baramica

24
Spesies : Rana baramica Boettger
Nama tempatan : Katak Paya Coklat
Genus : Rana
Famili : Ranidae
Saiz : 38-46mm (Jantan), 44-67mm (Betina)

Pernyataan ringkas : Kelihatan seperti spesies Rana glandulosa tetapi mempunyai corak
kehitaman yang berbeza dan kutil serta saiz badan yang lebih kecil. Satu kaedah pengecaman
yang paling mudah adalah dengan melihat warna kekuningan pada bahagian sisi badan
spesies ini.

Rupa bentuk fizikal : Katak yang bersaiz kecil hingga sederhana besar, berkepala lebar dan
bentuk mata yang agak menonjol, kepala muncung tirus tetapi tumpul di hadapan, muncung
terlulur lampai ke hadapan muka; gegendang timpanum yang ketara; Hujung jari yang lebar,
dengan sisi jari tidak berselaput; jari pertama lebih panjang berbanding jari kedua; jari tidak
berkelim atau berbintil. Jari kaki sama seperti jari tangan; jari pertama, kedua, ketiga dan
kelima tidak berselaput; mempunyai bonggol atau kutil berbentuk bulat pada metatarsal
luaran dan bujur pada metatarsal dalam. Kulit di atas badan sedikit dipenuhi kutil kelenjar
bulat, kecil dan bertaburan; kutil bujur di bahagian sisi badan; terdapat lapisan supratympanic
daripada atas mata ke bahagian muncung. Panjang keseluruhan ialah 38-67 mm. Spesies ini
hampir menyerupai spesies Rana glandulosa tetapi ia mempunyai saiz yang lebih kecil dan
kutil kelenjar yang lebih halus.

Warna : Berwarna coklat gelap, bahagian sisi lebih cerah; bintik hitam
bertaburan di bahagian belakang; bahagian bawah berwarna krim, kadangkala mempunyai
bintik hitam; kaki dengan corak garisan melintang kehitaman. Bibir berbelang kehitaman

Habitat : Menghabitati kawasan lantai hutan


dara.

Kawasan dijumpai : Kawasan lantai hutan di plot sungai 1


Hutan Nirwana UPMKB. Spesies ini juga kadangkala
dijumpai di kawasan sungai, tetapi biasanya di atas sesampah
hutan. Rajah 15 :Perbandingan saiz
katak spesies Rana baramica dan
syiling 10 sen.
25
4.2.1.3 Rana glandulosa (Boulenger)

a.

b. c.

Rajah 16 : a. Rana glandulosa di habitat semula jadinya.


b. Pandangan sisi katak spesies Rana glandulosa.
c. Pandangan bawah spesies Rana glandulosa.

26
Spesies : Rana glandulosa Boulenger
Nama tempatan : Katak Sisi Kesat
Genus : Rana
Famili : Ranidae
Saiz : 58-93mm(Jantan), 65-84mm (Betina)

Penerangan ringkas : Spesies ini hampir menyerupai Rana baramica tetapi saiz dan
bonjolnya yang lebih besar memudahkan ia untuk dikenal pasti.

Rupa bentuk fizikal : Spesies ini bersaiz sederhana besar. Kepala besar dan lebar, berbentuk
muncung dan tumpul di hadapan. Timpanum yang jelas. Terdapat banyak benggolan
(Tubercule) pada atas metacarpal tangan. Jari kaki berselaput separuh. Kaki belakangnya
berselaput di antara jari kedua hingga kelima dari sebelah dalam. Kulit pada bahagian sisi
bergrandul (berbonjol) besar. Kulit pada bahagian bawah kurang mempunyai bonjolan, dan
kelim (lipatan kulit) pada atas mata kurang kelihatan.

Warna : Berwarna coklat kekelabuan dan coklat kemerahan pada bahagian


atas, dengan bintik-bintik bulat gelap yang besar, bahagian sisi juga berbintik, bibir kehitaman
dengan belang-belang putih, kaki bergaris-gari gelap merintang. Bahagian bawah berwarna
keputihan dengan corak coklat kehitaman dan gelap di bawah kepala.

Habitat : Boleh dijumpai di kawasan hutan primer dan sekunder, kawasan


lapang dan paya, pinggir sungai dan alur, dan di atas lantai hutan.

Kawasan dijumpai : Kawasan plot sungai 1 dan


3 di hutan Nirwana. Dijumpai di celah kayu-kayu
mati di kawasan sungai. Katak spesies ini
sebenarnya jarang menghabitati kawasan sungai
tetapi ia dijumpai semasa sedang mengawan.

Rajah 17 :Perbandingan saiz katak spesies


Rana glandulosa.

27
4.2.1.4 Rana nicobariensis (Stoliczka)

a.

b. c.

Rajah 18 : a. Pandangan sisi katak spesies Rana nicobariensis.


b. Pandangan bawah katak spesies Rana nicobariensis.
c. Pandangan atas katak spesies Rana nicobariensis.

28
Spesies : Rana nicobariensis (Stoliczka)
Nama tempatan : Katak Cengkerik
Genus : Rana
Famili : Ranidae
Saiz : Jantan :37-47mm, Betina :47-53mm.

Pernyataan ringkas : Spesies ini mudah dikenali daripada bunyi ciakan yang nyaring
sebanyak 6 hingga 10 kali berturut-turut. Katak jantan mengeluarkan bunyi yang unik (seperti
cengkerik) tetapi biasanya tidak berkumpul untuk berbunyi. Ianya juga hampir menyamai
spesies Rana chalconata dari segi ciri fizikalnya.

Rupa bentuk fizikal : Bersaiz kecil hingga sederhana besar, mempunyai kepala yang
memanjang, sempit dan meruncing. Timpanumnya jelas kelihatan. Kaki belakang agak kurus
dan mempunyai jari tangan dan kaki yang agak panjang dan membengkak sedikit pada
hujungnya. Jari kakinya berselaput separuh serta jari yang terpanjang terkeluar agak jauh dari
selaput.

Warna : Kulit belakang berwarna coklat dengan bintik-bintik berwarna gelap.


Bibir pada bahagian atas berwarna putih mutiara. Bahagian bawah badan berwarna putih dan
berbintik-bintik kelabu. Sisi badan pada bahagian belakang berwarna kehijauan. Timpanum
jelas berwarna kemerahan. Bahagian kaki pada sebelah atas bercorak coklat dan hijau
manakala bahagian bawah berwarna kemerahan.

Habitat : Spesies ini mudah dijumpai di habitat-habitat terganggu, seperti


kawasan bekas pembalakan, di tepi jalan, kawasan berumput dan berlopak.

Taburan : Dijumpai di Borneo, dan dari Thailand hingga ke Bali, Indonesia.

Kawasan dijumpai : Kawasan Plot 2 Hutan Nirwana UPMKB. Katak ini dijumpai di celah-
celah pokok-pokok kecil di pinggir sungai.

29
4.2.1.5 Rana leporina (Anderson)

a.

b. c.

Rajah 19 : a. Pandangan sisi katak spesies Rana leporina


b. Pandangan hadapan katak spesies Rana leporina
c. Pandangan atas katak spesies Rana leporina dan perbandingan saiznya
dengan syiling 50 sen

30
Spesies : Rana leporina Anderson.
Nama tempatan : Katak sungai besar
Genus : Rana
Famili : Ranidae
Saiz : Jantan: 90-175mm, betina: 85-125mm

Rupa bentuk fizikal :Katak ini berbadan besar, bermuncung panjang serta meruncing dan
berkaki belakang yang sangat kuat. Sudut muncung antara lubang hidung dan mata adalah
tajam dan telinga (timpanum) jelas kelihatan. Jari kaki berselaput penuh dan hujung jari kaki
kembang sedikit. Permukaan kulit belakang berkutil-kutil sedikit, tetapi apabila katak
membesar ciri tersebut semakin hilang. Ia juga mempunyai kutil-kutil kecil di atas kepala.

Warna :Coklat perang atau coklat dengan corak gelap. Spesies ini sentiasa
berjalur hitam pada sisi muncung, dari mata sehingga lubang hidung dan biasanya bercorak
gelap berbentuk huruf “W” di antara bahunya pada permukaan belakang, terutamanya untuk
katak juvenil. Permukaan bawah berwarna putih dengan bercorak kelabu pada dagu dan leher.

Habitat :Spesies ini hidup di hutan primer dan hutan terganggu dari paras laut
hingga altitud 750 meter. Ia ditemui di sepanjang sungai sederhana besar sama ada berair
keruh atau jernih.

Kawasan dijumpai :Dijumpai di tepi permukaan air di sepanjang anak sungai terutama di
Plot 1 dan 3.

31
4.2.1.6 Rana ingeri (Kiew)

a.

b. c.

Rajah 20: a. Pandangan sisi katak spesies Rana ingeri


b. Pandangan bawah katak spesies Rana ingeri
c. Pandangan atas katak spesies Rana ingeri dan perbandingan saiznya dengan
syiling 50 sen., 20 sen dan 10 sen

32
Spesies : Rana ingeri Kiew
Nama tempatan : Kata Paya Besar
Genus : Rana
Famili : Ranidae
Saiz : Jantan :75-132mm, Betina :70-127mm.

Pernyataan fizikal : Katak ini berbadan besar dan berat, dengan kaki belakang yang tebal
serta berotot. Spesies ini agak mirip dengan Rana leporina, tetapi sudut muncung antara
lubang hidung dan lubang hidung adalah tajam pada Rana leporina tetapi bulat pada Rana
ingeri. Telinga (timpanum) jelas kelihatan. Jari kaki berselaput penuh pada hujung jari kaki
kembang sedikit. Permukaan kulit belakang terdapat beberapa kelim pendek dan sisi berkutil-
kutil sedikit serta bertaburan jarang-jarang. Kelopak mata atas adalah kesat.

Warna : Permukaan atas katak berwarna perang hingga kelabu coklat dengan
bercorak gelap yang kurang ketara. Spesies ini mempunyai jalur hitam dari mata hingga
lubang hidung. Dagu dan leher berbintik-bintik kelabu coklat yang padat. Dada dan perut
berwarna putih kekelabuan dengan bercorak gelap sedikit yang tidak jelas kelihatan.

Habitat : Spesies ini hidup di hutan primer dan hutan terganggu dan pernah
ditemui di ladang getah. Biasanya ditemui di kawasan paya dan di sepanjang anak sungai
yang keruh. Katak dewasa akan duduk bersendirian. Katak dewasa akan memakan mangsa
yang besar termasuk ketam, katak dan ular kecil.

Kawasan dijumpai : Dijumpai di tebing-tebing di sepanjang anak sungai terutama di Plot 1.

33
4.2.1.7 Rana chalconata (Schlegel)

a.

b. c.

Rajah 21 : a. Pandangan belakang katak spesies Rana chalconata


b. Pandangan sisi katak spesies Rana chalconota
c. Pandangan bawah katak spesies Rana chalconota

34
Spesies : Rana chalconata (Schlegel)
Nama tempatan : Katak berbibir putih
Genus : Rana
Famili : Ranidae
Saiz : Jantan 33-44mm, Betina 46-59mm

Pernyataan fizikal : Katak kecil atau sederhana besar, bermuncung lancip yang ketara.
Telinga (timpanum) jelas kelihatan. Kaki belakang sederhana panjang dan jari kaki berselaput
penuh kecuali mungkin jari keempat (jari terpanjang). Hujung jari kaki dan tangan adalah
kembang dan hujungnya berbentuk sudip yang bulat (ceper). Kulit belakang menggerutu
halus dan berkelim rendah (kurang jelas kelihatan) pada setiap sisi belakang.

Warna : Kulit berwarna hijau terang pada waktu siang dan coklat pada waktu
malam. Sisi kepala dan badan biasanya berwarna coklat atau hijau zaitun. Bibir atas berwarna
putih mutiara dari sebelah bawah mata hingga ke sudut rahang. Sebelah bawah kepala
bercorak coklat manakala dada dan perut berwarna keputih-putihan dengan berbintik coklat.
Sebelah bawah paha berwarna merah jambu.

Habitat : Spesies ini merayau-rayau di hutan primer dan hutan terganggu dan
dapat juga ditemui di kebun yang teduh. Tempat katak ini hinggap biasanya di atas pokok
renek dan pokok kecil.

Kawasan dijumpai : Dijumpai di atas lantai hutan berhampiran anak sungai terutama di
Plot 2.

Rajah 22: Perbandingan saiz katak spesies Rana chalconata.

35
4.2.1.8 Rana kuhlii (Dumeril & Bibron)

Rajah 23: Pandangan sisi katak Rana kuhlii

Nama Spesies : Rana kuhlii Dumeril & Bibron


Nama tempatan : Katak Anak Sungai Kuhl
Genus : Rana
Famili : Ranidae
Saiz : 44-74mm (Jantan), 51-67mm (Betina)

36
Rupa bentuk fizikal : Katak ini pendek serta tegap dan berkaki belakang yang tebal. Katak
jantan dewasa mempunyai kepala yang sangat lebar dan agak ganjil. Telinga (timpanum)
tidak kelihatan. Kaki belakang yang berselaput sehingga ke hujung yang kembang sedikit.
Kulit permukaan dan sisi berkutil-kutil bulat yang halus.

Warna : Permukaan kulit belakang dan kaki berwarna kelabu tua atau hitam
dengan tompok-tompok hitam yang tidak jelas. Dagu dan leher berbintik-bintik hitam yang
padat dan perut serta dada adalah berwarna putih. Permukaan bawah kaki berbintik-bintik
gelap.

Habitat : Spesies ini menghuni hutan primer atau sekunder lama di kawasan
berbulit bukau. Ia hampir tidak pernah ditemui lebih dari beberapa meter dari tebing anak
sungai yang kecil atau sederhana besar. Ia juga turut memilih anak sungai berbatu yang
berarus sederhana deras dan pada waktu malam biasanya dijumpai di atas batu sejauh
beberapa sentimeter dari air.

Kawasan dijumpai : kawasan berhampiran sungai di sepanjang sungai di kawasan Plot 1 di


Kem Hutan Nirwana UPMKB.

37
4.2.2 Famili Megophryidae

4.2.2.1 Megophrys nasuta (Schlegel)

a.

b. c.

Rajah 24: a. Megophrys nasuta di habitat semula jadinya.


b. Pandangan belakang katak spesies Megophrys nasuta.
c. Pandangan sisi katak spesies Megophrys nasuta.

38
Spesies : Megophrys nasuta Schlegel
Nama tempatan : Katak Bertanduk Borneo, Katak Bertanduk Panjang, Takang.
Genus : Megophrys
Famili : Megophryidae
Saiz : 70-105mm (Jantan), 90-125mm (Betina)

Pernyataan ringkas : Kelihatan seperti dedaunan kering, berbunyi “Whack” yang bising
tetapi hanya sekali pada satu-satu masa. Mudah dijumpai di atas sesampah hutan.

Rupa bentuk fizikal : Bentuk fizikal yang gemuk dan pendek, dengan kaki yang pendek dan
kurus. Lebar kepala adalah separuh daripada saiz panjang badan. Tanduknya juga agak lebar
dan berada di atas kelopak mata, serta bermuncung di hadapan. Kebanyakan individu
daripada order spesies ini mempunyai bentuk yang sama pada bahagian atas mata iaitu
tanduknya. Pada bahagian kulit belakangnya terdapat dua pasang kelim atau lipatan kulit
halus yang membentuk garisan seperti urat daun.

Warna : Warna adalah coklat cerah dan coklat kemerahan, kadangkala


mempunyai bintik-bintik gelap pada atas bahagian belakang. Bahagian bawahnya biasanya
berwarna kehitaman dan kadangkala mempunyai tompok-tompok kelabu. Bahagian sisi
menyerupai bahagian tengah belakang.

Habitat : Mendiami kawasan lantai hutan pada altitud 1600 meter tinggi.

Taburan : Biasanya dijumpai di


Borneo, Sumatera dan di Semenanjung Malaysia.

Kawasan dijumpai : Kawasan Plot 3 (Air


terjun) di Hutan Nirwana UPMKB. Spesies ini
dijumpai di atas lantai hutan pada kawasan cerun
yang tinggi.

Rajah 25 : Perbandingan saiz katak spesies


Megophrys nasuta dan syiling 10 sen.

39
4.2.3 Famili Microhylidae

4.2.3.1 Kalophrynus heterochirus (Boulenger)

a.

b. c.

Rajah 26: a. Pandangan atas katak spesies Kalophyrus heterochirus.


b. Pandangan sisi katak spesies Kalophyrus heterochirus.
c. Pandangan belakang katak spesies Kalophyrus heterochirus.

40
Spesies : Kalophyrus heterochirus
Nama tempatan : Katak Lekit Perang
Genus : Kalophrynus
Famili : Microhylidae
Saiz : Jantan:24-27mm, Betina:30-33mm.

Rupa bentuk fizikal : Katak yang kecil, berbadan gemuk, kepala sempit, hidung lancip dan
kaki yang pendek serta kurus. Jari tangan dan kaki yang terluar sangat pendek dan kaki tidak
berselaput. Kulitnya menggerutu halus dan berkilat sedikit ketika dipegang.

Warna : Katak dewasa berwarna perang atau perang coklat di bahagian atas
dan warna yang sama juga pada sisi badan, dipisahkan bahagian atas oleh jalur kehitaman
yang halus yang bersambung dari hidung hingga lipatan paha. Terdapat satu hingga beberapa
tompok cerah yang berbatas gelap pada lipatan paha dan bahagian paha pada setiap kaki
belakang, ia akan jelas kelihatan apabila katak itu melompat. Leher dan dada berwarna putih
susu dengan corak gelap.

Habitat : Katak ini merupakan penghuni sampah daun di lantai hutan primer
dan sekunder dari paras laut hingga altitud kira-kira 1200 meter. Seperti katak lekit yang lain
ia mengeluarkan lendir yang sangat lekit yang dikeluarkan daripada kelenjar-kelenjar pada
kulit belakang. Tempat membiak bagi katak jantan adalah takungan air hujan sementara di
lantai hutan atau dicelah dan di atas batang kayu reput. Katak juvenil dan dewasa memakan
invertebrat kecil seperti anai-anai dan semut.

Kawasan dijumpai : Dijumpai di atas lantai


hutan di atas permukaan daun jalan baru menuju
ke kem hutan.

Rajah 27: Perbandingan saiz Katak


Lekit Perang.

41
4.2.4 Famili Bufonidae

4.2.4.1 Bufo melanostictus Schneider

Rajah 28: Pandangan sisi Bufo melanostictus

Nama Spesies : Bufo melanostictus Schneider


Nama tempatan : Katak Puru Sunda
Genus : Bufo
Famili : Bufonidae
Saiz : 57-83mm (Jantan), 65-85mm (Betina)

42
Rupa bentuk fizikal : Spesies ini sederhana besar atau besar, berbadan gemuk berkepala
kecil dan berkaki pendek. Kelim yang panjang dan berwarna gelap membatasi kelopak mata
dan mengarah sedikit pada salah satu sudut mata. Kulit belakang menggerutu dengan pelbagai
saiz kutil yang bulat, biasanya dikelilingi oleh pigmen hitam dan berpuncak duri halus yang
juga berwarna hitam.

Warna : Warna badan adalah kelabu atau perang dan biasanya tidak bercorak
kecuali kulit yang berdekatan dengan kutil.

Habitat : Spesies ini biasanya tidak dijumpai di dalam hutan. Ini kerana ia
biasanya dijumpai di habitat-habitat terganggu yang dicipta oleh manusia dan luas bertaburan
di kampung dan bandar di kawasan tropika Asia. Biasanya ditemui di dalam longkang dan di
bawah lampu jalan kerana di situ ia memakan serangga yang jatuh daripada lampu.

Kawasan dijumpai : Di lantai hutan berdekatan tempat letak kereta di kawasan berdekatan
Kem Hutan UPMKB.

43
BAB 5
PERBINCANGAN

5.1 Hasil Tangkapan

Daripada tangkapan yang dilakukan selama lapan minggu untuk mengkaji kepelbagaian
spesies katak di Hutan Nirwana, kami mendapati katak yang paling banyak ditangkap adalah
dari spesies Rana ingeri dan Rana signata. Ini kerana pencarian kami lebih tertumpu di
kawasan sepanjang sungai dan spesies-spesies ini adalah lebih gemar berada di tebing-tebing
sungai untuk mencari makanan, bertelur dan mencari pasangan. Kawasan Hutan Nirwana juga
telah didominasi oleh spesies-spesies ini mengikut daripada laporan kajian tahun lepas (Suai
A. dan Debora B., Kajian Kepelbagaian Spesies Katak di Hutan Nirwana 2007). Mengikut
kajian ( Inger dan Stuebing, 1999) turut menyatakan habitat katak jenis ini adalah tebing anak
sungai yang kecil dan sederhana besar di hutan primer dan sedikit terganggu. Ini
menunjukkan habitat katak spesies ini di Hutan Nirwana masih wujud dan bilangannya
semakin bertambah dari tahun ke setahun kerana tiada gangguan dari manusia dan habitat
tersebut amat sesuai untuk katak spesies ini untuk terus hidup membiak hingga generasi akan
datang sekiranya kawasan tersebut tidak dicerobohi atau dibuka untuk kawasan pembangunan
suatu hari nanti.
Daripada kajian kepelbagaian spesies ini, kami juga mendapati katak spesies Rana
nicobariensis, Bufo melanostictus, dan Kalophrynus heterochirus direkodkan sebagai hasil
tangkapan yang paling sedikit iaitu seekor bagi setiap spesies. Spesies-spesies ini jarang
dijumpai kerana kawasan Hutan Nirwana bukanlah habitat yang sesuai untuknya untuk
bertelur, mencari makanan dan pasangan. Mengikut daripada kajian kepelbagaian spesies di
Hutan Nirwana pada tahun sebelumnya (Suai A. dan Debora B., Kajian Kepelbagaian Spesies
Katak di Hutan Nirwana 2007) didapati bahawa spesies ini tidak ditemui dan tiada tangkapan
dibuat. Ini mungkin kerana pencarian kami adalah lebih luas dan merangkumi keseluruhan
Hutan Nirwana meliputi kawasan anak sungai dan lantai hutan. Mengikut kajian (Inger dan
Stuebing, 1999) ia menyatakan spesies Rana nicobariensis mudah dijumpai di habitat-habitat
terganggu, seperti kawasan bekas pembalakan, di tepi jalan, kawasan berumput dan berlopak.
Bagi spesies Bufo melanostictus pula lebih gemar berada di kawasan berair, tepi jalan, di
dalam longkang dan kurang mendiami kawasan hutan primer dan sekunder dan Kalophrynus
heterochirus adalah merupakan penghuni sampah daun di lantai hutan primer dan sekunder
dari paras laut hingga altitud kira-kira 1200 meter. Selain itu, kajian kami yang tertumpu di

44
kawasan persekitaran sungai dan saiz katak lekit ini yang amat kecil juga menyebabkan kami
sukar untuk menemuinya. Semasa Kem Perhutanan
2006 yang lalu, pelajar-pelajar pernah menemui
spesies Bufo divergens (Rajah 29), salah satu
kodok hutan yang mudah dijumpai, tetapi
pencarian kami pada kali ini tidak berjaya
menemuinya. Maka kami beranggapan spesies
tersebut mungkin sudah berganjak ke kawasan lain Rajah 29: Bufo divergens yang
dijumpai di kawasan Hutan Nirwana
yang tidak termasuk di dalam kawasan pencarian
pada tahun 2006
kami ini.

5.2 Faktor Cuaca

Keadaan cuaca juga turut mempengaruhi hasil tangkapan kami di Hutan Nirwana. Ini kerana
kebanyakan katak adalah lebih menggemari keadaan yang lembap dan berair iaitu bagi
spesies-spesies yang mendiami habitat berhampiran dengan sumber air seperti anak sungai,
lopak air dan sebagainya. Hasil kajian mendapati kebanyakan katak-katak ditangkap ketika
keadaan cuaca yang lembap, selepas waktu hujan dan dalam keadaan hujan renyai-renyai. Ini
kerana keadaan cuaca sebegini merupakan keadaan cuaca yang paling digemari oleh spesies-
spesies katak yang hidup di persekitaran kawasan Kem Hutan Nirwana kerana pada waktu
inilah waktu yang paling digemari katak yang suka keadaan yang lembap seperti spesies Rana
signata dan Rana ingeri. Pada waktu ini katak-katak tersebut akan berbunyi untuk mencari
pasangan yang mana katak betina akan mengeluarkan bunyi yang kuat bagi menarik perhatian
katak jantan menghampirinya untuk mengawan. Hasil tangkapan kami menunjukkan apabila
cuaca cerah, hasil yang diperlaki lebih banyak berbanding waktu cerah dan kering.
Kebanyakan katak yang ditangkap juga biasanya berada di tebing-tebing sungai dan ia lebih
mudah ditangkap berbanding berada di dalam air.
Apabila cuaca cerah kebanyakan katak akan keluar mencari pasangan dan makanan di
kawasan tebing-tebing sungai. Ini kerana katak-katak tersebut memerlukan kelembapan akibat
cuaca yang cerah serta kering. Kebanyakan katak yang kami tangkap biasanya berada di
dalam sungai dan di atas-atas batu berhampiran anak-anak sungai semasa keadaan cerah serta
kering. Keadaan ini agak menyukarkan kami untuk menangkap katak tersebut kerana katak
adalah lebih pantas apabila berada di dalam air. Oleh itu hasil yang kami peroleh adalah lebih

45
sedikit berbanding keadaan sebelum ini iaitu lembap dan hujan renyai-renyai. Bagi keadaan
hujan lebat pula tangkapan adalah lebih sedikit berbanding dua keadaan sebelum ini.
Walaupun keadaan telah menjadi lebih lembap, katak-katak di kawasan ini didapati tidak
keluar kerana hujan yang lebat didapati tidak digemari oleh katak untuk keluar mengawan dan
mencari makanan. Bunyi katak-katak betina juga kurang kedengaran kerana katak-katak
tersebut mungkin tidak aktif dalam keadaan yang terlalu lembap dan hujan yang lebat. Selain
itu, keadaan hujan lebat juga turut menyukarkan kerja-kerja pencarian katak di kawasan
Hutan Nirwana kerana keadaan yang agak bahaya jika masih meneruskan kerja-kerja
pencarian katak seperti dahan dan ranting yang patah yang mana boleh mencederakan kami.

5.3 Waktu Pencarian

Waktu pencarian juga turut mempengaruhi hasil tangkapan kami. Ini kerana jika katak dicari
pada waktu siang maka hasil yang diperoleh adalah lebih sedikit kerana katak hanya aktif
pada waktu malam iaitu mulai jam 8 malam sehingga 12 tengah malam. Kami juga turut
mencari katak pada waktu siang untuk membandingkan hasil tangkapan katak pada waktu
siang dan malam, tetapi tiada hasil tangkapan yang diperoleh. Walaupun ada katak yang
dijumpai tetapi katak tersebut lebih sukar ditangkap pada waktu siang. Ini kerana katak
tersebut dapat merasai kehadiran kami dan terus melarikan diri apabila menyedari kehadiran
kami akibat dari cuaca yang cerah dan terang. Pada waktu malam, dalam keadaan gelap pula,
katak lebih sukar untuk merasai kehadiran kami dan dengan bantuan lampu suluh kami boleh
memperoleh hasil lebih banyak pada waktu malam.

5.4 Jumlah Pelajar

Selain itu, jumlah orang juga banyak mempengaruhi hasil tangkapan. Daripada kajian kami
mendapati hasil yang lebih banyak akan diperoleh jika lebih ramai yang mengikut pencarian
kami untuk menangkap katak di Kem Hutan Nirwana. Ini kerana lebih ramai bilangan orang
yang mencari katak maka katak yang dijumpai dan ditangkap adalah lebih banyak berbanding
sedikit hasil tangkapan jika bilangan orang mencari katak semakin kurang. Walaupun begitu,
jumlah pelajar mencari katak juga tidak boleh terlalu ramai kerana spesies-spesies katak hutan
seperti spesies Rana signata dan katak-katak lain adalah sangat sensitif dan akan lari jika
mengetahui terdapat kehadiran manusia di kawasan tersebut. Jumlah pelajar yang sesuai
untuk mengikuti pencarian katak dalam satu-satu masa adalah antara lima hingga lapan orang

46
dan tidak boleh melebihi 10 orang dalam satu-satu masa. Oleh itu, untuk mendapatkan hasil
tangkapan yang lebih banyak maka bilangan pelajar yang mengikuti aktiviti pencarian katak
juga mestilah dihadkan dan perlulah senyap dan tidak membuat bising semasa mencari katak
kerana katak amat sensitif dan akan lari jika merasai kehadiran manusia di kawasan tersebut.

5.5 Ciri-ciri spesies katak

Daripada pemerhatian sepanjang kajian ini dijalankan, didapati ciri-ciri spesies katak yang
diperoleh adalah berbeza bagi setiap spesies dari segi warna, bentuk badan, saiz, dan struktur
morfologinya. Setiap katak yang berlainan spesies mempunyai ciri-ciri yang berbeza ini
disebabkan adaptasinya kepada keadaan persekitaran selama beribu-ribu tahun. Ciri-ciri ini
boleh dilihat dengan jelas pada katak

Terdapat beberapa spesies katak yang sukar untuk dicam kerana rupanya yang
berlainan atau nama yang berlainan digunakan di dalam sumber-sumber rujukan kami.
Terdapat juga beberapa spesies yang sukar untuk dicam kerana persamaan rupa bentuk dan
warnanya. Kami sering kali tersilap semasa membuat pengecaman secara rambang. Antaranya
ialah spesies Rana glandulosa dan Rana baramica, Rana nicobariensis dan Rana chalconata,
Rana ingeri dan Rana leporina serta Rana kuhlli dan Rana laticeps. Pemerhatian yang teliti
adalah amat perlu di dalam menjalankan kerja-kerja pengecaman untuk mengelakkan
kesilapan maklumat berlaku.

47
PERMASALAHAN

Terdapat beberapa masalah yang timbul semasa pencarian katak di Kem Hutan Nirwana.
Antaranya ialah bilangan pelajar yang menjalankan kajian ini terlalu sedikit iaitu seramai 2
orang sahaja untuk mengkaji keseluruhan kawasan Kem Hutan Nirwana yang agak besar.
Selain itu, kawasan Kem Hutan yang agak bahaya juga menyukarkan kami untuk
menjalankan aktiviti pencarian dengan hanya 2 orang kerana jika terdapat kemalangan boleh
menyebabkan masalah kepada kami untuk membawa keluar pesakit dengan keadaan hutan
yang agak sukar dilalui dan jauh dari jalan utama. Kenderaan keluar masuk juga turut menjadi
masalah utama untuk kami keluar masuk ke dalam Kem Hutan kerana lokasi kawasan Kem
Hutan yang perlu dimasuki daripada luar dan jalan masuk yang sukar dilalui.

Pencarian kami yang dijalankan pada waktu malam juga menyebabkan kami sukar
untuk masuk ke Kem Hutan untuk mencari katak jika tidak terdapat kenderaan yang sesuai
seperti pacuan empat roda dan kenderaan lain yang dikhaskan untuk masuk ke kawasan hutan.
Kami juga mengalami masalah untuk membawa keluar hasil tangkapan dan melepaskannya
kembali ke habitat asal kerana masalah ketiadaan kenderaan untuk membawa kami keluar
masuk dari Kem Hutan dan menyebabkan banyak hasil tangkapan kami mati sebelum sempat
dilepaskan kembali. Masalah lain yang timbul adalah mengenai peralatan yang digunakan
untuk mengukur panjang dan berat katak tersebut kerana kami memerlukan alatan tersebut
secepat mungkin untuk mengukur katak yang ditangkap agar katak tersebut boleh dilepaskan
ke tempat asal secepat mungkin bagi mengelakkan ia mati.
Selain itu, sumber bahan rujukan yang terhad menyebabkan proses pengecaman katak
agak sukar dilakukan. Pelajar perlu ke jabatan untuk mengecam spesies katak dan ini biasanya
memakan masa yang agak lama. Kadar masa pengecaman tertakluk kepada masa operasi di
jabatan. Hal ini menyebabkan pengecaman sesetengah spesies katak sangat membingungkan
dan dikhuatiri kesilapan pengecaman spesies berlaku.

48
CADANGAN

Cadangan kami untuk kajian kepelbagaian spesies katak di Kem Hutan Nirwana adalah
menambahkan bilangan pelajar yang menjalankan projek amali seperti ini daripada 2 orang
kepada 3 orang pada masa hadapan bagi mengelakkan kesulitan semasa pencarian dan
mempermudah kerja-kerja pencarian katak di sini. Ini adalah untuk mengelakkan berlakunya
perkara-perkara yang tidak diingini seperti kemalangan. Perkara seperti ini boleh diatasi jika
lebih ramai pelajar mengikuti aktiviti pencarian katak di Kem Hutan Nirwana ini. Jika
berlakunya kemalangan, pelajar boleh saling membantu untuk menyelamatkan rakan yang
tercedera tersebut. Selain itu kami mencadangkan agar kenderaan keluar masuk ke kawasan
Kem Hutan Nirwana disediakan bagi memudahkan pelajar keluar masuk ke lokasi pencarian
terutama pada waktu malam. Selain itu kenderaan tersebut juga boleh membawa lebih ramai
pelajar yang masuk untuk mencari katak dan amat sesuai dengan keadaan jalan ke kawasan
Kem Hutan yang agak sukar dilalui. Contoh kenderaan yang sesuai ialah pacuan empat roda
seperti “Hilux” dan sebagainya.

Alatan yang sesuai juga perlu bagi kami membuat pencarian katak seperti lampu suluh
dan akuarium untuk memasukkan katak yang telah ditangkap. Lampu suluh adalah alatan
yang paling penting dan lampu suluh yang terang amatlah diperlukan untuk kami mencari
katak dalam keadaan Kem Hutan yang gelap pada waktu malam. Harga seunit lampu suluh
adalah agak mahal dan menyukarkan pelajar untuk membelinya serta bateri yang banyak amat
diperlukan untuk menjalankan kerja-kerja pencarian katak selama lapan minggu di dalam
Kem Hutan. Oleh itu kami mencadangkan agar menambah kuantiti lampu suluh jenis
‘rechargeable’ kepada pelajar yang mencari katak di Kem Hutan bagi memudahkan kerja-
kerja pencarian katak pada waktu malam. Cadangan kami yang lain ialah menyediakan alatan
yang secukupnya untuk membuat pengukuran katak bagi memudahkan kami untuk mengukur
katak secara terus dan cepat bagi mengelakkan katak yang ditangkap mati dan tidak boleh
dilepaskan kembali.

Selain itu, kami juga mencadangkan tambahan rujukan untuk pengecaman katak sama
ada di Jabatan Sains Perhutanan ataupun di Perpustakaan Universiti. Sumber tambahan ini
akan memudahkan pengecaman dilakukan dan kami juga mencadangkan pelajar dibekalkan
dengan buku rujukan yang boleh di bawa ke luar, sama ada ke kawasan kajian atau
sebagainya. Ini adalah bagi memudahkan pengurusan kajian saintifik dilakukan pada masa
hadapan.

49
KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, spesies katak yang boleh ditemui di Hutan Nirwana UPMKB terdiri
daripada 11 spesies dan 4 Famili iaitu Famili Ranidae, Megophyridae, Microhylidae dan
Bufonidae. Spesies yang paling mudah dijumpai adalah spesies Rana ingeri yang direkodkan
sebagai tangkapan terbanyak. Spesies yang sukar ditemui adalah spesies Rana nicobariensis,
Kalophrynus heterochirus dan Bufo melanostictus, yang direkodkan sebagai tangkapan paling
minimum. Jumlah keseluruhan tangkapan yang dibuat selama 8 minggu dalam 24 kali
tangkapan, adalah sebanyak 64 ekor dan di sini dapat disimpulkan bahawa taburan katak di
Hutan Nirwana adalah agak tinggi. Daripada 11 spesies ini terdapat beberapa spesies unik
seperti Katak Lekit Perang, Kalophrynus heterochirus, dan Katak Sungai Besar, Rana ingeri
yang dikenali sebagai spesies endemik di Borneo.

50
RUJUKAN

1. Inger, R.F. dan Stuebing R.B.. 1999. Panduan Lapangan Katak-Katak Borneo. Natural

History Publications (Borneo) Sdn. Bhd., Kota Kinabalu.

2. Norhayati Ahmad, Juliana Senawi, Lim Boo Liat. 2004. A Photographic Guide To
Amphibians Of Endau Rompin State Park, Pahang. The Forestry Department of
Peninsular Malaysia.

3. P.Y Berry (1975). The Amphibian Fauna of Peninsular Malaysia, School of Biological
Science, University of Malaya, Kuala Lumpur, Tropical Press 1975.

4. Suai,A. Dan Debora,B. 2007. Kajian kepelbagaian Spesies Katak di Hutan Nirwana.
Laporan Projek Semester 6 Diploma Perhutanan.

5. http://www.amphibiaweb.org

6. http://www.fieldmuseum.org/research_collections/zoology/pdf/Inger_etal_1995.pdf.

7. http://en.wikipedia.org

8. http://www.forestry.sarawak.gov.my/forweb/wildlife/fauna/amphib

9. http://research.amnh.org/herpetology/amphibia

10. http://www.amphibiainfo.com

11. http://www.ibanorum.netfirms.com/index.htm

51

You might also like