Bagaimana Teknologi Multimedia Dapat membantu Pengurusan P&P Dalam Bilik Darjah (P&P

)
PENGENALAN KEPADA MULTIMEDIA Kemunculan aplikasi multimedia bukan merupakan fenomena baru di persekitaran kita. Kehadirannya dalam kehidupan seharian dapat disaksikan menerusi program - program di televisyen dan melalui pita-pita video. Sesuatu program atau persembahan yang kita lihat itu sebenarnya mempunyai kombinasi perkakasan dan perisian yang mana ia merupakan input yang digunakan untuk mempersembahkan output daripada pelbagai media termasuklah gambar, grafik, animasi, teks dan suara untuk menjadikan persembahan lebih efektif kepada para penonton. Pada masa kini, penggunaan multimedia tidak hanya terhad kepada bidang hiburan semata-mata tetapi ia juga telah mula berkembang dalam bidang perniagaan, pentadbiran, perbankan dan khususnya dalam bidang pendidikan. Ini dibuktikan dengan pelbagai aplikasinya yang menjurus kepada aspek komunikasi, pemberitahuan dan pendidikan.

DEFINISI MULTIMEDIA Apakah multimedia? Multimedia ialah gabungan teks, grafik, bunyi, video dan aminasi yang menghasilkan prestasi yang menakjubkan. Ia juga mempunyai keupayaan interaktif yang tinggi. Dari perspektif pengguna komputer, multimedia bolehlah diertikan bahawa informasi komputer yang boleh dipersembahkan melalui audio atau video sebagai tambahan kepada teks, imej, grafik dan animasi. Contohnya menggunakan audio dan video, ia merupakan atu perubahan bagi situasi yang dinamik dalam bidang yang berlainan, seperti dalam sukan dan sains kesihatan, boleh dipersembahkan dengan lebih baik selain daripada hanya mengunakan teks dan imej sahaja. Di sini dapat kita memberi satu gambaran bahawa multimedia adalah satu kombinasi data yang berbilang jenis dan media untuk penyampaian maklumat bagi menjadikan komunikasi lebih berkesan. Ianya terdiri daripada gabungan grafik, imej, video dan animasi bagi menghasilkan prestasi yang diluar jangkaan kita. Mengikut apa yang dijelaskan oleh buku American Heritage Dictionary, sistem multimedia adalah sebarang sistem yang menyokong lebih daripada sejenis media. Namun, sistem multimedia boleh dibezakan daripada sistemsistem lain melalui beberapa ciri seperti kombinasi media, mediaindependence, integrasi dan kawalan komputer. Menurut Furht (Internet 1996) dari Atlantic University, Florida mendefinasikan multimedia sebagai gabungan antara pelbagai media; Teks, grafik, animasi,imej, dan video. Sedangkan Haffos Feldman 1994, mendifinasikan multimedia sebagai suatu sistem komputer terdiri dari pelbagai perkakasan dan perisian yang memberikan kemudahan untuk

Menurut Thompson (1994) mendefinisikan multimedia sebagai suatu sistem yang menggabungkan teks. suara dan membolehkan interaktiviti Definasi multimedia juga boleh didapati melalui komposisi perkataan :Multi di dalam bahasa Latin bermaksud banyak atau pelbagai Medium di dalam bahasa Latin bermaksud perantara (suatu perantara adalah digunakan untuk menghantar atau mengangkut sesuatu seperti komunikasi massa seperti surat khabar. animasi. teks. video. teks dan data) kemudiannya direkodkan dalam sebuah simpanan cakera optik. KENAPA MULTIMEDIA DIGUNAKAN ? Multimedia digunakan sebagai perantara dalam sesebuah penyampaian atau pesembahan maklumat kepada para pelajar. biasanya seorang guru atau pensyarah menggunakan buku teks.membolehkan gambar. dan animasi disepadukan dengan dengan suara. Ia digunakan oleh individuindividu yang mahukan kemudahan serta impak yang berkesan dalam persembahan maklumat mereka. grafik. video. paparan grafik yang berwarna warni. kapur putih atau yang berwarna warni. Terdapat fakta telah membuktikan bahawa orang ramai telah menggunakan . Komputer adalah sebuah perkakasan yang paling sesuai untuk tujuan menghasilkan isi kandungan multimedia yang mana dalam sesebuah komputer peribadi multimedia itu sendiri terdapat kesan bunyi. fotogarfi. Manakala proses pembelajaran adalah berkesan. pada hari ini sistem bermultimedia telah diadaptasikan untuk memberi maklumat. majalah atau televisyen. gambar dan suaranya sendiri untuk mengajar. kaedah dan pendekatan yang digunakan untuk membuatkan komunikasi di antara guru dengan pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran.) KONSEP MULTIMEDIA DALAM PENDIDIKAN Teknologi multimedia adalah salah satu teknologi baru dalam bidang komputer yang memiliki kebolehan untuk menjadikan media pembelajaran lebih lengkap. Dalam bidang pendidikan tradiosional. Pelajar yang terlibat dalam proses pembelajaran melalui pakej multimedia boleh mempelajari ilmu yang ada di dalamnya sesuai dengan minat. Semua maklumat yang ada dalam program multimedia ( suara. Multimedia merangkumi pelbagai media dalam satu perisian sehingga memudahkan guru untuk menyampaikan bahan pembelajaran dan pelajar berasa terlibat dalam proses pembelajaran kerana teknologi multimedia membolehkan berlakunya interaktiviti. peta. kesukaan. imej.maklumat tambahan dalam bentuk yang menarik kepada penuntut mereka. keperluan. Multimedia dalam pendidikan adalah alat. data yang dikendalikan dengan program komputer. animasi serta video. Namun begitu. pengetahuan dan emosinya. imej. bakat. papan hitam atau putih.

tempat atau benda. walaupun manusia mungkin mendapati media-media lain lebih berkesan untuk memahami sesuatu proses. ilustrasi dan gambar foto. 1994. Oleh sebab itu. Menurut Linstrom. c) Animasi Ia merupakan paparan pantas imej-imej yang berjujukan dan dapat dilihat . pencetakan. menarik perhatian dan mengambarkan orang. animasi dan perfileman. Penambahan dimensi masa yang bergantung kepada berapa lama masa diambil oleh pengguna sebagai sebahagian daripada perolehan pengalaman maklumat yang diinginkan. Seni grafik berkomputer digunakan secara meluas dalam dunia kejuruteraan. ianya mungkin sukar untuk memperolehi langkah-langkah khusus untuk sesuatu proses tanpa penggunaan teks. Menurut Rockley. maka tidak hairanlah mengapa ia dipilih sebagai agen membantu Pengurusan P&P Dalam Bilik Darjah. Teks boleh digunakan dalam pelbagai sub bidang untuk memberi penjelasan kepada sesuatu perkara dalam bentuk bacaan. Menurut Linstrom lagi. ciri interaktif dalam persembahan multimedia merupakan komponen penting yang tidak seharusnya diabaikan kerana ia boleh menyokong keupayaan ingatan manusia itu sendiri. Carta. Grafik sebenarnya mempergunakan media statik dengan memperkembangkan keupayaan teks. 1994. Ilustrasi dan gambar berupaya ‘bercerita’. 1994. Memandangkan keupayaan multimedia banyak memberi kesan yang positif terhadap proses penyampaian maklumat. graf ataupun rajah menyediakan dimensi maklumat kepelbagai secara visual. 40 peratus daripada apa yang mereka lihat serta dengar manakala 20 peratus daripada apa yang mereka dengar sahaja. Keberkesannanya ialah untuk memperkukuhkan media-media lain. Berkesan jika penggunanya pakar dan berpengetahuan tinggi berhubung dengan maklumat yang ingin diperolehi kerana mereka berupaya memproses maklumat lebih pantas dan berstrategi melalui media ini berbanding dengan audio mahupun video. lihat dan lakukan. b) Teks Teks adalah sejenis data yang paling mudah dan memerlukan storan yang sedikit jumlah ruang ingatan sahaja. Teknik ini dapat menampakkan atau menvisualkan sesuatu imaginasi seseorang pada skrin komputer. Menurut Rockley.75 peratus keupayaan untuk mengingat berdasarkan kepada apa yang mereka dengar. 1994. industri berat. gambar atau huruf dengan menggunakan pelbagai media samada secara manual atau menggunakan teknologi komputer. ELEMEN-ELEMEN MULTIMEDIA Terdapat beberapa elemen-elemen asas multimedia yang biasa digunakan iaitu :a) Grafik Grafik boleh didefinasikan sebagai sebuah lukisan. Grafik menunjukkan maklumat terperinci bergambar dan berfungsi sebagai ikon yang mewakili sesuatu.

Menarik perhatian melalui kesan-kesan bunyi. dan emosinya.gif digunakan untuk menyimpan lukisan grafik dan imej-imej kerana ia adalah pawai yang digunakan untuk pemampatan dan penyahmampatan imej berwarna dan tidak berwarna. Manfaat lain pula membawa erti pelajar yang terlibat dalam pembelajaran multimedia boleh mempelajari ilmu yang ada sesuai dengan minat. yang boleh ditayangkan dalam bentuk dua atau tiga dimensi atau juga dalam bentuk-bentuk imej yang lain. keperluan. pengetahuan. sebaliknya pengajaran langsung tetap dikekalkan tetapi pakej multimedia boleh menyenangkan pengajaran tertutamanya guru tidak perlu mengulang penerangan secara berulang kali. Bunyi menghapuskan perasaan janggal dan seolah-olah pengguna sedang berkomunikasi dengan manusia lain dan bukan dengan mesin. Terdapat pelbagai cara yang boleh digunakan untuk membolehkan komputer mengeluarkan suara manusia. kaedah dan pendekatan yang digunakan untuk membuatkan komunikasi di antara guru dengan pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan. Fail-fail dalam bentuk .Format yang menyokong suara adalah .wav. . bakat. . Menyediakan amaran atau wujudnya masalah dan biasanya sebagai maklumat tambahan.aud.jpg dan .oleh mata kasar manusia dalam bentuk pergerakan. Menghasilkan mood kepada pengguna melalui muzik. Animasi menawarkan pengguna mengawal keterperincian. Ia boleh diwujudkan sama ada dalam bentuk maya atau nyata. Menurut D’Lgnazio (Bairley 1996). TEKNOLOGI MULTIMEDIA MEMBANTU P&P DALAM BILIK DARJAH Sebagaimana media pendidikan yang lain. Unsur-unsur realisasi sebagaimana alam kehidupan sebenar boleh diperolehi melalui klip-klip video. Bagi pelajar yang . 1994. e) Imej Imej adalah ruang persembahan bagi sesuatu objek. multimedia adalah alat baru yang dapat memberikan banyak manfaat pembangunan kepada dunia pendidikan. dan sebagainya. Menurut Lindstrom. Kemampuan multimedia memberikan pengajaran secara persendirian (tutorial) tidak bermakna tiada pengajaran. . Simulasi sesuatu aktiviti atau illustrasi sesuatu konsep boleh digambarkan melalui animasi-animasi. Antaranya ialah dengan menggunakan kad suara atau menggunakan pembesar suara bina dalam yang telah sedia ada pada setiap komputer. snd. d) Bunyi Kesan bunyi memainkan perana pening dalam teknologi multimedia pada hari ini. Pembvangunan yang dimaksudkan adalah pembelajaran yang dilaksanakan dengan cara mengumpul bahagian-bahagian tertentu dari kehidupan sebenar pelajar. Berfungsi sebagai pemberi amaran terhadap kesilapan atau kewujudan masalah. Selain itu. ianya membawa pengguna lebih hampir kepada bahan maklumat. kesukaan.voc. Pakej boleh memberikan penerangan secara terus. bentuk fail ini juga boleh menjimatkan storan. tahap serta bilangan maklumat yang diingini. multimedia adalah alat.

dengan munculnya komputer multimedia. Walupun mutimedia berperanan dalam proses pembelajaran bukan bermakna multimedia adalah penentu keberhasilan pembelajaran kerana masih banyak faktor yang menentukan kebehasilan pembelajaran antaranya. Bagi perancang pakej multimedia perlu mendalami bentuk pembelajaran agar pakej multimedia yang dibina lebih terarah dan terancang sesuai dengan objektif pengajaran. Sesuatu masalah dapat diulangkaji dengan berulangkali dan kemampuan mereka dapat diukur. menurut Salomon (1979) menyatakan bahawa perbezaan media akan mempengaruhi terhadap tingkat pengetahuan seseorang. ekonomi dan pendidikan keluarga 4. Teknologi multimedia CAI menggabungkan kedua-dua elemen tersebut dan juga menggabungkan bunyi dan video. Penggunaan teks sahaja dalam penyampaian akan membataskan pemahaman pelajar terhadap suatu maklumat juga menyukarkan pelajar memahami sesuatu topik tertentu. animasi dan video. Dengan adanya kemudahan untuk menyokong bunyi dan video (full-motion). DeVoogd & Kritt (1997) mengatakan multimedia tidak mengajar sebab yang mengajar adalah guru sahaja. Oleh itu teknologi multimedia akan memberikan kesan perubahan yang besar dalam bidan gpendidikan bdan komunikazsi. Kini. Dalam penggunaan media pelajar faham dan cekap maka aktiviti dapat dijalankan dengan baik dan berjaya menguasaibahan pembelajaran dan begitulah sebaliknya. multimedia menjadi sangat berguna keada pelajar. belajar dan memahami akan sesuatu perkara. situasi pada saat pembelajaran 5. motivasi pelajar 2. 1.Oleh itu . keadaan sosial 3. berfikir. Beliau juga menegaskan bahawa perbezaan sistem simbol dan kod sehingga mempengaruhi perbezaan pesan yang disampaikan. memberikan penjelasan yang lebih berkesan dan lengkap. CAI menggunakan kombinasi utama teks dan grafik untuk mempersembahkan bahan pengajaran. bunyi. Selain itu multimedia juga mencerminkan perubahan bagaimana cara manusia berfikir. Kombinasi beberapa elemen media yang .Lebih jelas lagi. masalah teknologi pendidikan telah mula dapat diatasi. Secara tidak langsung akan menambahkan minat para pendidik untuk menggunakan komputer di dalam bilik darjah. Teknologi multimedia membolehkan kita menggunakan keupayaan komputer dalanm pelbagai cara baru seperti mempersembahakan maklumat dengan menggabungkan teks. Era dimensi baru pada CAI (computer aided Intruction) terbuka luas. kurikulum dan guru. Ini akan menjadikan susana pengajaran dan pembelajaran yang interaktif di amana seseorang pelajar akan menjadi aktif dan cuba mnenguasia sepenuhnya penggunaan teknologi. maka media tersebut bukannya mudah untuk mempermudahkan bahkan mungkin akan menghambat keberhasilan pembelajaran. grafik. Penggunaan pelbagai media secara tidak langsung dapat memberi peluang kepada guru dan pelajar menggunakan dan memahirkan diri dengan pelbagai teknologi canggih.menggunakan multimedia lebih memberikan motivasi untuk belajar.

pembelajaran kolaboratif. dan pembimbing kepada pelajar. Kombinasi di antara multimedia dan CAI akan menjadikan proses pembelajaran semakin menarik. Penggunaan multimedia juga dapat membantu pelajar mempelajari bagaimana menyelesaikan sesuatu masalah secara berkumpulan. . b) Pedagogi Dari segi pedagogi. Terdapat tiga aspek utama yang dimainkan oleh teknologi maklumat dalam pendidikan sekolah iaitu : a) Kurikulum Kurikulum dalam sistem pendidikan sekolah akan bercorak terarah kendiri mengikut kadar individu.grafik. Dalam hal ini. Semua sekolah akan dilengkapkan dengan teknologi multomedia dan jaringan yang menghubungkan seluruh dunia. inovatif dan penyayang dengan menggunakan teknologi yang terkini dan tercanggih. mentor. guru yang selama ini bertindak sebagai penyampai maklumat akan berubah menjadi fasilitator. Multyimedia membolehkan seseorang pelajar mengulang semula bahagian yang sebelumnya atau ke bahagian seterusnya. Pelajar yang prestasinya baik boleh menjejah sehingga kepada tahap yang lebih mencabar. Multimedia tidak akan mengambilalih tempat guru atau kaedah biasa yang digunakan dalam bilik darajah tetapi ia berttindak sebagai pelengkap atau alat bantu mengajar.digunakan di dlam muiltimedia membolehkan pelajar mempelajari xssesuatu mata pelajaran secara spontyan mengikut mod yang dipilih. kreatif. penggunaan multimedia akan dapat membantu guru memberikan tumpuan yang lebih kepada para pelajar yang agak lemah dan memerlukan perhatian berterusan. ia jugsa bertindak sebagai sumber rujukan (encyclopedia) yang di simpan di dalam CD ROM. Selain daripada menjadi alat bantu mengajar dan peralatan pejabat. bunyi dan vedio. Guru-guru juga mempunyai masa yang cukup untuk meranscang aktiviti pengajaran dan pembelajaransemasa pelajar sibuk menggunakan multimedcia sama asda secara individu atau berkumpulan. maklumbalas akan diperolehi dengan cepat dan bantuan akan diberikan bagi menjelaskan konsep tersebut sebelum pelajar menjadi keliru.Perbezaan tahap pemahmanseseorang pelajar akan bahan yang disampaikan sering kali meletakkan guru dalasm keadaan serba salah dan tambah merumitkan lagi apabila gagalnya interaksi dua hala di antara guru dan pelajar. Pelajar-pelajar pula tidak perluy mengangkt tanggan berulanagkali untuk mengemukan soalan kepada gueru. manakal pelajar yang agak lemah boleh menggunakanpada tahap yang lebih rendah tanpa rasa segan silu atau merendah didi kerana ko0mputer tidak akan membuat kritikan terhadap prestasi pelajar tersebut. ia juga bertindak sebagai alat bantu bagi pelajar membangunkan sesuatu projek atau laporan yang memerlukan kombinasi teks. Budaya sekolah akan berasaskan pengetahuan pemikiran. Sekiranya pelajar tersebut menghadapi maslah dalasm memahami sesuatu konsep. Ini kerana multimedia telah direka bentuk bagi membolerhkan pelajar berhenti den menjelajah semula sekerap yang diperlukan. Yang paling jelas. Amalan pengajaran secara kelas akan diubah kepada beberapa variasi pembelajaran seperti pembelajaran kendiri. berkesinambungan dan reflektif.

a) Penilaian berasaskan IT Setelah IT diaplikasikan sepenuhnya dalam pendidikan. memberikan perisian yang berbentuk tutorial kepada pelajar yang sederhana untuk tujuan pengukuhan dan memberikan perisian berbentuk exploratory kepada pelajar pintar untuk tujuan pengayaan. 1. perubahan dalam sistem pendidikan. 2. c) Bahan pengajaran dan pembelajaran Bahan pengajaran dan pembelajaran adalah berteraskan kepada teknologi multimedia dan jaringan yang menghubungkan seluruh dunia. pukal disket yang lengkap. Seorang guru mungkin menggunakan komputer untuk menerangkan suatu konsep yang abstrak di awal pengajarannya dan menggunakan media-media yang lain dipertengahan dan penghujung pengajarannya. Ini adalah lebih banyak memudahkan penilaian dibuat. projek dan tugasan.dan pembelajaran koperatif. Pukal disket yang lengkap yang mengandungi penilaian sendiri dan penyemakan oleh guru dalam bentuk peperiksaan. Seorang guru mungkin memberikan sesuatu perisian pendidikan yang bersifat latih tubi kepada pelajar-pelajarnya yang masih belum menguasai konsep atau kemahiran yang baru. PERUBAHAN DI DALAM SISTEM PENDIDIKAN Selaras dengan perkembangan teknologi maklumat. Perisian pendidikan yang berbagai-bagai pendekatan itu boleh dimanfaatkan kepada pelajar-pelajar yang berbagai kebolehan . Seorang guru juga mungkin memberikan perisian-perisian yang sama tajuknya tetapi berlainan pendekatan kepada pelajar-pelajar di dalam sebuah kelas yang sama. PENGGUNAAN PERISIAN PENDIDIKAN DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN . b) Peperiksaan berkomputer Pendedahan di dalam aktiviti P&P yang menggunakan IT secara keseluruhan memungkinkan segala kerja kursus murid dan peperiksaan dapat dilakukan secara berkomputer. Bahan-bahan P&P adalah yang terkini dan mecukupi untuk semua pelajar serta mempunyai ciri-ciri yang berikut . Misalnya memberikan perisian berbentuk latih tubi kepadapelajar yang lemah untuk tujuan pemulihan.Lazimnya setiap perisian pendidikan ditujukan kepada kumpulan pelajar yang mempunyai kebolehan . Murid boleh dinilai dengan melihat tahap kemahiran mereka di dalam IT. Seorang guru juga mungkin menggunakan komputer dihadapan sekumpulan pelajar yang lemah bagi menunjukkan suatu simulasi berkomputer sedangkan pelajar yang lain diminta untuk mengggunakannya di komputer masing-masing tanpa perlu dibantu. interaktif mencabar daya kognitif pelajar serta kemahiran berfikir. Perubahan ini walau bagaimanapun perlu menyeluruh apabila semua sekolah mempunyai kemudahan yang sama bagi membuat penilaian yang boleh disandarkan.perlu dibuat supaya kedudukan negara sebagai peneraju IT serantau dapat menjadi kenyatan. penilaian murid juga perlu berubah.

Cara yang terbaik menggunakan komputer dalam p&p di mana pelajar diminta menguji sesuatu hipotesis/konsep dan seterusnya membuat kesimpulan masing-masing. b) Tutorial Menyampaikan sesuatu isi pelajaran yang baru.(pelajar-pelajar belum pernah diajarkan dengan tajuk ini sebelumnya). f) Penciptaan sendiri oleh guru Guru sebagai fasilitator di dalam bilik darjah. guru patut mengambil kira potensi yang ingin mereka kembangkan dalam setiap aspek intelektual. Lazimnya pelajar menggunakan perisian pendidikan ini selepas sesuatu pengetahuan atau kemahiran telah diajarkan terlebih dahulu kepada mereka. Komputer digunakan pada sela waktu tertentu sahaja dan bukan sepanjang waktu pengajaran. dan emossi. seharusnya dapat memudahkan prosses P&P berlaku di kalangan murid.yang tertentu. . Konsep yang akan diajarkan adalah bersifat intrinci dan pelajar bersedia untuk menjelajah satu dunia yang "asing". Ia seolah-olah seperti seoarang guru yang mengajar seorang pelajar tentang satu tajuk. Contohnya. Lazimnya digabungkan dengan kaedah pengajaran biasa. Pelajar diminta untuk menjawab soalan yang dikemukakan oleh komputer dan komputer akan menilai serta memberi maklumbalas yang sesuai berdasarkan kepada jawapan yang diberikan. pengetahuan sedia ada yang diperlukan dan kumpulan sasaran adalah penting supaya pelajar menggunakan perisian pendidikan yang bersesuaian dengan kebolehan mereka. Maklumat seperti kesesuaian isi pelajaran. Inisiatif guru amat perlu bagi P&P yang berkesan dan mencapai objektif P&P. e) Permainan pendidikan Perisian seperti ini lazimnya berbentuk simulasi dan exploratory tetapi kandungan atau isi pelajaran diubah ke dalam bentuk permainan. Lazimnya pelajar mengawal kadar dan aliran pembelajarannya sendiri. Oleh yang demikian adalah penting bagi seseorang guru mengunakan dan meneliti suatu perisian pendidikan itu terlebih dahulu sebelum memberikan nya kepada pelajar. d) Simulasi Komputer menyediakan satu suasana yang seakan-akan serupa dengan keadaan yang sebenar di mana pelajar dibenarkan untuk berinteraksi dengan cara yang realistik. pelajar-pelajar dibenarkan untuk mengubah sesuatu untu melihat pembaharuan. a) Latih tubi Menyediakan kemudahan latihan bagi menguasai sesuatu pengetahuan atau kemahiran. Perisian pendidikan seperti ini selalunya bersifat exploratory dan menekan kepada penyelesaian masalah. Pelbagai Pendekatan Perisian Pendidikan Terdapat beberapa pendekatan yang digunakan di dalam sesuatu perisian pendidikan dalam menyampaikan sesuatu isi pelajaran. c) Demontrasi Komputer digunakan sebagai alat pandang dengar dalam menyampai atau mengambarkan sesuatu konsep atau maklumat. jasmani. rohani.(Situasi satu sama satu). Sungguhpun penciptaan pakej P&P memerlukan masa yang lama untuk dicipta. Penciptaan pakej P&P oleh guru dapat memberikan kelainan untuk menarik minat dan perhatian murid dalam aktiviti P&P.

sedangkan mereka yang menghadapi masalah literasi komputer bersifat negatif terhadap PBK. Dari hasil kajian ianya menunjukkan kesan positif terhadap pembelajaran dan PBK adalah contoh terbaik. Menurut Gagne dan Briggs (Wang dan Sleeman 1994) kemasyuran komputer menjadi popular sebagai media pembelajaran kerana komputer memiliki keistimewaan yang tidak dimiliki oleh media pembelajaran yang lain sebelum zaman komputer. Smith dan Hamsen (1970) sikap pelajar di institut pengajian tinggi adalah lebih positif terhadap PBK apabila pelajar tidak mengalami masalah literasi komputer. potensi murid harus dikembangkan sejauh mungkin. Kulik. Menurut kajian Mathis. 1996) komputer dapat menumbuhkankan inspirasi dan meningkatkan minat. PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER(PBK) Criswell (1989) mendefinisikan PBK sebagai penggunaan komputer dalam menyampaikan bahan pengajaran dan melibatkan pelajar secara aktif serta membolehkan maklum balas. Namun begitu . Maklum balas dan peneguhan: Media komputer membolehkan pelajar memperoleh maklum balas terhadap pembelajaran secara serta merta dan boleh memotivasikan pelajar dengan peneguhan positif yang diberi apabila pelajar memberikan jawapan. Secara keseluruhan PBK memberi kesan yang positif berbanding dengan pembelajaran tradisional. Pendek kata matlamat PBK ialah untuk mengajar. Mereka boleh mencari sendiri hasil-hasil penyelidikan supaya mereka boleh maju ke hadapan tanpa mengikuti dengan jemu rakan mereka yang kurang pintar. Diantara keistimewaan tersebut adalah seperti berikut: Hubungan interaktif: Komputer membolehkan wujudnya hubungan di antara rangsangan dengan jawapan. pemilihan yang teliti adalah perlu supaya sepadan dengan isi kandungan yang dipelajari agar dapat memotivasikan murid dalam mengambil bahagian di dalam aktiviti P&P. Sebagai menyahut falsafah pendidikan negara.g) Rekreasi di dalam P&P Selain pakej yang dicipta oleh guru. Pengulangan: Komputer membolehkan pengguna mengulangi apabila perlu untuk memperkuatkan lagi pembelajaran dan memperbaiki lagi ingatan. Mengajar bermakna menyampaikan pengajaran dengen menggunakan sistem kompute. Dalam pengulangan amat memerlukan kebebasan dan kreativiti dari para pelajar (Clements 1994). Walau bagaimanapun. Pelbagai kajian telah dijalankan bagi mengukur keberkesanana komputer sebagai media pembelajaran. h) Peluang Kepada Yang Lebih Pintar Murid yang lebih mungkin akan lebih berminat dengan isi kandungan yang lebih tinggi dan mencabar. guru boleh membuat aktiviti pengayaan dengan hanya memilih perisian yang sesuai yang berada di pasaran.5 % berbanding pembelajaran tradisional. Kajian ini juga mengatakan PBK memiliki kelebihan 0.Bahkan menurut Dublin (1984. Bergert dan William (1983) telah mengkaji terhadap 48 orang pelajar dan didapati 39 orang memperolehi markah yang lebih tinggi berbanding pelajar yang menggunakan kaedah tradisional.

Sedangkan dalam bidang sains pula keberkesanan PBk adalah lebih baik dua kali ganda daripada pembelajaran kaedah tradisional. animasi.KELEBIHAN MULTIMEDIA BERBANDING MEDIA PENGAJARAN YANG LAIN Pelbagaian kebolehan multimedia yang berikut mampu menampung kelemahan .mereka masih menganggap PBK adalah lebih baik diikutu daripada tidak sama sekali. Menurut Munir dan Halimah Badioze Zaman (1998) mengatakan multimedia amat berkesan dalam menggalakkan kanak-kanak belajar membaca. Walaupun penggunaan perisian yang baik dalam proses p&p akan memberi impak kepada pelajar di dalam menguasai sesuatu isi pelajaran tetapi ia bukanlah jawapan untuk menguasai semua masalah yang dihadapi di dalam kelas. Di tambah dengan penggunaan multimedia yang menarik menyebabkan pelajar tidak merasa bosan. bunyi. Komputer tidak mungkin dapat menggantikan "guru yang baik" tetapi . tanpa perlu merasa bimbang komputer akan merasa jemu untuk melayannya. Pendekatan yang berunsur permainan mampu menggalakkan pelajar untuk terus menggunakan perisian pendidikan itu disamping mengekalkan minat pelajar terhadap isi pelajaran yang dipelajari. Pelajar akan mengalami pengalaman pembelajaran yang berbeza berdasarkan prestasinya di dalam sesuatu konsep atau isi pelajaran. dan video sebagai ransangan bagi menarik perhatian dan minat pelajar terhadap isi pelajaran yang disampaikan. d) Menarik dan mengekalkan minat terhadap pelajaran Perisian pendidikan multimedia menggabungjalinkan elemen-elemen seperti teks. KELEBIHAN . Hasil kajian lepas dapatlah dinyatakan secara keseluruhan hasil kajian menunjukkan bahawa kaedah PBK adalah lebih baik daripada kaedah tradisional. Ini juga dikenali sebagai simulasi komputer.komputer akan bertindakbalas dengan memaparkan maklumat yang tertentu berdasarkan apa yang dipilih atau ditaipkan oleh pelajar tersebut. Pelajar tersebut perlulah menguasai terlebih dahulu konsep atau isi pelajaran tertentu sebelum dibenarkan mempelajari konsep atau isi pelajaran pada tahap yang lebih tinggi.kelemahan yang terdapat di dalam pengajaran yang biasa : a) Tahap interaktif yang tinggi Dengan komputer. perisian multimedia boleh diprogramkan supaya pelajarpelajar dilibatkan secara aktif dengan cara meilih berbagai menu yang disediakan atau menjawab soalan-soalan tertentu. grafik. Pelajar berpeluang untuk mengulangi sesuatu konsep atau isi pada bila-bila masa atau sebanyak mana sekalipun. Juga pelajar perlulah dibenarkan untuk "bermain" dengan melihat kesan perubahan tersebut. c) Pelajar mengawal sendiri pembelajarannya Perisian multimedia yang bermutu tinggi seharusnya membenarkan pelajar mengawal kadar dan aliran pelajaran yang hendak dipelajarinya. b) Pengajaran berdasarkan kebolehan pelajar Perisian yang digunakan juga berkebolehan untuk melayan setiap individu berdasarkan kebolehan pelajar.

Ini akan memaksimunkan penggunaan sumber-sumber seperti pencertak laser. jenis permukaan yang ingin ditampilkan serta kemampuan pergerakkannya. Laluan ini membolehkan pergerakkan maklumat multimedia melalui bangunan dalam semua arah dan membolehkan sumber ditambah kepada jaringan untuk dikongsi. dan talian telefon. dan Pusat Sumber Online. serta perisian yang dijaringkan. ensaiklopedia elektronik seperti Ecarta. Grolier. Jaringan akan membolehkan perkongsian maklumat seperti pengkalan data. Kecanggihan perisian yang digunakan bagi penciptaan animasi ini dapat memberikan kesan-kesan yang lebih menarik terutamanya jika diaplikasikan di dalam P&P. animasi menawarkan kemampuan untuk penampilan sesuatu objek yakni warnanya. dan data pentadbiran. Katalog Kad Perpustakaan. menarik. vedio. teknologi animasi dan multimedia dengan penggunaan perkasasan yang betul akan membolehkan murid merasakan seolah-olah berada di negara tersebut. Internet sebagai sumber terkini amat sesuai terutama sebagai sumber P&P untuk melihat isu terbaru di dalam matapelajaran sains. ciptaan terbaru adalah antara maklumat yang berguna. Di dalam pengajaran geografi mengenai negara India contohnya. Berbeza dengan media yang statik serta kaku. HUBUNGAN MELALUI JARINGAN KAWASAN LUAS SEBAGAI SUMBER P&P (WAN) . antaranya termasuklah ciri yang dinamik dan interaktif. menulis laporan dan menerbitkan majalah sekolah. Ini akan menggalakkan kerjasama antara guru dan pelajar untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. PENJARINGAN KOMPUTER MELALUI JARINGAN KAWASAN TEMPATAN SEBAGAI SUMBER P&P (LAN) LAN menyediakan laluan elektronik untuk pelbagai jenis maklumat ( suara. dan sebagainya. Comton’s. geografi. Sudah tentu pengalaman di dalam proses P&P akan memberikan tanggapan yang dapat mengekalkan minat murid terhadap mata pelajaran tersebut walaupun yang dikaji adalah tidak mungkin dapat dikunjungi sendiri. modem. ANIMASI DI DALAM PENDIDIKAN Sifat multimedia sebahagian besarnya diberikan oleh teknologi animasi. data. MULTIMEDIA DALAM INTERNET SEBAGAI SUMBER PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN P&P akan menjadi lebih menarik jika murid diberikan peluang untuk mencapai web yang berkaitan di dalam internet.digunakan sabagai alat yang membantu guru dalam menyampaikan pengajarannya secara berkesan. dan menunjukkan realiti sebenar apa yang dipelajari oleh murid. Contohnya bagi pelajaran sains. Contohnya. jaringan CD-ROM. pelajar boleh bekerja secara berkumpulan untuk sesuatu projek. dan teks ).

Diantaranya adalah seperti berikut . Ini akan memberi peluang untuk pelajar mengalami pembelajaran jarak jauh. Kehadiran teknologi multimedia memberi harapan baru dalam era pendidikan kerana dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan. pembiayaan projek.Sekolah akan dihubungkan ke sekolah dan organisasi yang lain sama ada dalam daerah. Maklumat tentang kegiatan ko-kurikulum kesihatan dan sebagainya dapat dicapai dengan mudah melalui data-data yang tersimpan dalam komputer. pertukaran dan perlantikan guru baru dapat diketahui dengan segera. d) Maklumat pelajar Maklumat pelajar terutamanya berkaitan percapaian akedemik dapat disimpan dengan selamat dan menyeluruh. siaran kabel televisyen. Perhubungan ini akan menyediakan pelbagai kemudahan. c) sumber-sumber pendidikan Dengan menggunakan komputer. negara atau seluruh dunia. Selain daripada itu penilaian juga dapat dibuat dengan lebih cepat berdasarkan maklumat-makllumat tersebut. a) Pengurusan kewangan sekolah Penggunaan teknologi secara berkesan boleh membantu dalam menyediakan belanjawan. meningkatkan kemahiran pengurusan guru. b) Sumber manusia Penggunaan komputer dapat mempercepatkan proses perjadualan. Penggunaan komputer di sekolah pada tahun 70-an dan 80-an tidak begitu berjaya kerana anggapan bahawa sebuah komputer mampu membawa keajaiban di dalam bilik darjah tidak berasas. perancangan jangka panjang. pengauditan dan kawalan bagi sekolah. sesebuah sekolah dapat berhubung dengan pengkalan data daripada pusat sumber kurikulum untuk memperolehi pelbagai bahan P&P. PENUTUP Dunia pendidikan sangat mengharapkan kehadiran media pembelajran yang bermutu tinggi untuk meningkatkan kualiti pendidikan. Namun begitu. Tumpuan kepada multimedia interaktif terus berkembang. Kajian lepas juga membuktikan bahawa pelajaran akan tersimpan diingatan lebih lama apabila lebih daripada satu deria dilibatkan semasa pengajaran berlaku. pentadbir dan guru tidak perlu meninggalkan sekolah untuk menghadiri mesyuarat peringkat daerah dan negeri. PERANAN MULTIMEDIA DALAM PENGURUSAN SEKOLAH DAN BILIK DARJAH Terdapat banyak aspek dalam pengurusan sekolah yang boleh dibantu oleh teknologi maklumat. . telefon dan gelombang mikro. Beberapa media perhubungan boleh digunakan seperti satelit. minat terhadap integrasi multimedia dan pendidikan tidak lenyap. Perhubungan WAN pula boleh menyediakan sumber-sumber melalui on-line untuk membolehkan guru dan pelajar mendapatkan maklumat dari rumah. perekaunan. negeri. e) Kawalan keselamatan Kawalan persekitaran sekolah dengan menggunakan sistem berkomputer dapat memastikan keselamatan pelajar lebih terjamin. Dengan adanya video konferens.

wayang. Microsoft Power Point juga membantu dalam penyedian slide. PowerPoint memudahkan penggunaan gaya yang konsisten dalam persembahan menggunakan template atau "Master Slide". termasuk clip art yang menarik. atau dilayari melalui perintah penyampai. Apakah kegunaan Microsoft Powerpoint pada masa kini? Microsoft Power Point membantu sebuah persembahan visual menjadi lebih menarik dan jelas. dan objek lain yang boleh diatur secara bebas. Microsoft powerpoint mempunyai fungsi untuk membantu membentangkan laporan.PowerPoint Apakah yang anda faham mengenai perisian aplikasi persembahan (perisian powerpoint)? Persembahan PowerPoint terdiri daripada beberapa halaman individu atau "slaid". bunyi. menampilkan slide yang dinamik. Slaid boleh mengandungi teks. yang semuanya itu mudah ditampilkan di layar monitor komputer ataupun di layar putih.Ia menyediakan banyak alat pemprosesan perkataan untuk membantu menyediakan teks yang mudah dibaca dan bebas dari kesilapan. Pembentangan boleh dicetak. presentation eletronik. grafik. Maksudnya powerpoint boleh menyusun bahan perbentangan dan mempamerkannya dalam bentuk visual yang menarik dalam waktu yang singkat. outline presentation. Analogi "slaid" adalah merujuk kepada projektor slaid. Terdapat 5 elemen penting dalam membina persembahan. Slaid juga boleh membentuk asas Webcasts. Bagi penonton yang lebih besar paparan komputer sering dijangka menggunakan projektor video. Grafik : . Berikan penerangan bagi setiap elemen-elemen tersebut: Teks : Perkataan merupakan unsur terpenting setiap persembahan dan power point. dipaparkan secara langsung pada komputer.

 Dapat meningkatkan daya tarikan terhadap persembahan.Imej boleh ditambah untuk menghasilkan persembahan yang lebih menarik.  Satu sumber penyimpanan informasi dan rujukan yang berkesan. Animasi :  Animasi digunakan untuk memberi gambaran pergerakan bagi sesuatu objek. Animasi boleh digunakan dalam bentuk 2 Dimensi. . Audio : Dapat membantu penyampaian sesuatu maklumat dengan lebih berkesan.  Membantu meningkatkan daya tumpuan terhadap isi persembahan.  Sumber atau media yang paling dinamik serta efektif.3 Dimensi ataupun melalui pelbagai kesan khas. Video :  Menyediakan saluran informasi tambahan yang menarik dan hidup. Alat lukis Powerpoint mudah digunakan oleh sesiapa sahaja.