You are on page 1of 2

BENTUK KATA

Bahasa terdiri daripada bunyi-bunyi yang bercantum membentuk perkataan. Perkataan pula bercantum membentuk frasa dan ayat. Melalui ayat kita menyusun buah fikiran lalu berhubung dengan ahli-ahli lain dalam masyarakat.

Dalam setiap bahasa terdapat pelbagai bentuk perkataan. Dalam bahasa Melayu, misalnya, terdapat perkataan yang kecil binaannya, misalnya perkataanperkataan seperti yu (sejenis ikan), ru (sejenis pokok), cat, sen dan roh.

Di samping itu, terdapat juga perkataan-perkataan panjang dan terdiri daripada beberapa suku kata, misalnya : belalang, mahkamah, kelongsong, laksana, munasabah, singgahsana, cenderawasih dan maharajalela.

Tatabahasa terdiri daripada dua komponen, iaitu bahagian perkataan dan bahagian ayat. Mengikut istilah ilmiah, bahagian perkataan disebut morfologi, manakala bahagian ayat disebut sintaksis.

Dalam bahagian morfologi, dua perkara diberi perhatian, iaitu bagaimana perkataan-perkataan sesuatu bahasa itu terbentuk serta bentuk-bentuk kata yang terhasil, dan kedua, jenis atau jumlah golongan kata yang wujud. Dalam bahasa Melayu terdapat EMPAT bentuk kata, iaitu :

i.

Kata tunggal - satu suku kata : contoh - am, gred, teks, baju, skrip - dua suku kata : contoh - aur, emas, doa, buku, kapal, sendi, kampung, - tiga suku kata : contoh - cuaca, belia, elaun, berlian, utara, amanah, keliru, bendera, tempayan - empat suku kata : contoh - keluarga, bijaksana, laksamana, sentiasa, bidadari, masyarakat, universiti

ii.

Kata terbitan Dihasilkan melalui proses pengimbuhan

Contoh : pembaca (pem+baca), mendaki (men+daki), makanan (makan+an), menjalankan (men+jalan+kan), perasaan (pe+rasa+an)

iii.

Kata majmuk Terbentuk apabila dua perkataan atau lebih bergabung dan membentuk

perkataan baharu yang membaca makna tertentu. Contoh : papan putih (papan+putih), pita suara (pita+suara), kapal terbang (kapal+terbang), jam tangan (jam+tangan). Lazimnya dieja terpisah, melainkan beberapa bentuk kekecualian, misalnya antarabangsa, bumiputera, kakitangan, warganegara, jawatankuasa dan kerjasama.

iv.

Kata ganda Perkataan yang mengalami proses pengulangan sama ada seluruh kata

dasar atau sebahagian sahaja. Contoh: pulau-pulau, tiba-tiba, lelaki, kekura, rerambut, sayur-mayur,

gunung-ganang, anak-pinak.

You might also like