Professional Documents
Culture Documents
MARKAH:
/20
ISI KANDUNGAN
1. PENGHARGAAN 2. PENGENALAN 3. ISI ISI
i. PAKAIAN TRADISIONAL MELAYU ii. PAKAIAN TRADISIONAL KAUM KADAZAN iii. MASYARAKAT MELANAU iv. MASYARAKAT BAJAU v. PAKAIAN INDIA vi. PAKAIAN SIKH/PUNJABI vii. BUDAYA PAKAIAN CINA viii. PAKAIAN MASYARAKAT BABA DAN NYONYA ix. PAKAIAN TRADISIONAL KAUM MURUT x. PAKAIAN TRADISIONAL KAUM IBAN
4. KESIMPULAN
- Digunakan sejak Sultan Muhammad Syah (1424-1444) lebih kurang 700 tahun lepas. Terdapat dua jenis iaitu :
PEREMPUAN
- Dipakai setelah kedatangan Islam, ia terkenal dengan baju kurung, baju riau, baju kebaya dan baju kebaya belah panjang. - Diberi maksud mengurung atau menutup anggota tubuh.
BAJU KURUNG
BAJU KEBAYA
- Masyarakat Kadazan atau orang dusun merupakan penduduk majoriti Sabah. - Perhiasan dan sulaman pada pakaian tradisi Kadazan adalah sederhana berbeza dengan etnik lain. - Pakaian kaum lelaki seperti Gaung (Baju lengan panjang), Souva (Seluar panjang hitam dengan ikat pinggang berwarna biru indigo), Kaking atau toogot (Bengkung pinggang hitam), Siga (Penutup kepala), Tupi sinikat (Topi bulat). - Pakaian kaum wanita terdapat 3 jenis :1) Sinuangga baju blaus pendek dan leher berbetuk U dipakai oleh wanita muda. 2) Sinompukung Blaus dengan lengan dan tidak mempunyai sulaman dipakai oleh wanita pertengahan 3) Kihongon Blaus dengan lengan panjang, dipakai oleh wanita tua dan spesialis ritual - Aksesori yang dipakai seperti Himpogot (Tali pinggang), Titimbak (Pin rambut), Hamai (Rantai leher), Simbong (Subang), Paun Kerongsang
MASYARAKAT MELANAU
- Masyarakat Melanau mempunyai persamaan dengan masyarakat Melayu baik dari segi kepercayaan, kebudayaan dan adat resam. - Pakaian tradisi bagi lelaki biasanya digayakan baju potongan moden samping broked oren keemasan, pinggang berikat selendang sifon berkopiah Jawa. - Wanita pula biasanya digayakan baju baldu hitam dengan sarung songket Brunei tenunan Sarawak, bertali pinggang pending besar, diserikan dokoh dan perhiasaan kepala kepih sanggul.
MASYARAKAT BAJAU
- Pakaian tradisi biasanya dipakai pada sesuatu majlis dan perayaan yang disambut oleh kaum bajau. - Kebiasaannya lelaki akan menggayakan baju potongan cekak musang dan seluar manakala wanita akan menggayakan blaus baldu sampit dan kain sarung olos berangkit. - Perhiasan biasa digunakan bagi lelaki ialah samping dan destar manakala wanita ialah perhiasan kepala dan leher.
- Dhoti merupakan pakaian untuk kaum lelaki. - Diperbuat daripada lembaran kain putih yang panjang. - Dililit di bahagian pinggang dan diikat pada celah paha,kemudian disangkutkan pada bahu. - Dihiasi dengan manik-manik kecil supaya kelihatan menarik.
SARI
- Bagi perempuan masyarakat sikh mereka mengenakan pakaian salwar kameez atau baju Punjabi. - Terdiri daripada blaus panjang yang dipadankan dengan seluar panjang yang longgar, serta tudung kepala yang sesuai warnanya. LELAKI
- Kurta pula adalah pakaian tradisional bagi kaum lelaki di majlis rasmi. - Ia merupakan kemeja panjang yang sampai ke lutut dan lazimnya diperbuat daripada kain kapas atau line.
TURBAN/DASTAR
- Masyarakat penganut Sikh atau Punjabi turut memakai serban tetapi dalam bentuk lebih tebal, lonjong dan seragam bentuknya. - Kain serban dipakai sepanjang 5 meter. Serban dalam kalangan penganut Sikh amat berkait rapat dengan kepercayaan dan wajib dipakai. - Penganut Sikh dilarang memotong rambut dan memakai serban agama agar rambut yang panjang mudah diurus, tetapi kaum perempuan tidak perlu memakai serban.
Sepasang Samfoo daripada fabrik satin Cina yang ditenun dengan motif-motif melambangkan kesejahteraan.
Wanita memakai Cheongsam moden labuh dari kain sutera Cina berwarna merah dan ditenun dengan motif-motif mewah.
-Baba merupakan satu kumpulan etnik yang menetap di tanah melayu sejak kurun ke 15 -Merupakan satu kategori peranakan cina -Terpengaruh dengan budaya pemakaian orang Melayu. -Baba perempuan memakai pakaian kebaya dan kain sarong. -Pakaian ini merupakan pakaian tradisional nenek moyang mereka yang diwarisi dari satu generasi ke satu generasi. -Kebaya dibuat daripada kain atau benang menggunakan seni sulaman tangan yang halus dan terperinci. -Merupakan satu simbol identiti bagi masyarakat Baba. -Berbeza dengan masyarakat Cina yang tidak memakai kebaya. -Kebaya Nyonya memerlukan 3 pasang kerongsang untuk dijadikan butang berbeza dengan kebaya masyarakat Melayu tidak mempunyai butang.
LELAKI Dikenali dengan pakaian puputul yang diperbuat daripada kulit kayu.Babaru puputul dipotong mengikut kepanjangan fesyen jaket.Aba puputul-cawat sepanjang dua meter diperbuat daripada isi kayu.Tupi sinulatan-perhiasan kepala pula diberbuat daripada kulit kayu.
WANITA
Pakaian mereka terkenal dengan pakaian pinongkolo iaitu baju dan gaun yang panjang berwarna hitam yang dihiasi dengan manik-manik.Antara contoh lain bagi pakaian wanita untuk Kaum Murut ialah pipirot,salupai,sinikot,rarangkol dan holong.
KESIMPULAN
Kepelbagaian kaum dan etnik di Malaysia telah menjadikan negara kita kaya dengan dengan pelbagai jenis pakaian mengikut kaum. Kepelbagaian ini telah menjadikan Malaysia sebuah negara yang unik. Namun, pengaruh pemakaian barat mula menghakis adat pakaian tradisional kita. Oleh itu, sebagai seorang rakyat Malaysia, kita bertanggungjawab penuh untuk mempertahankan keunikan adat pakaian di negara kita yang telah diwarisi sejak turun temurun lagi.
PENGHARGAAN
Assalamualaikum bersyukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga saya menyiapkan foliosaya yang telah diusahakan selama ini yang bertajuk Kepelbagaian Kebudayaan Di Malaysia. Folio yang ini amat penting buat saya memandangkan perkara ini merupakan sebahagian daripada kerja khusus subjek Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada individu penting yang banyak membantu sayasepanjang saya menyiapkan projek folio saya ini. Pertama sekali kepada guru matapelajaran sivik saya iaitu Cik. Radiah kerana telah banyak memberi tunjuk ajar kepada saya sepanjang saya m enyiapkan folio ini. Saya juga sangat menghargai jasa guru subjek saya kerana memberikan bimbingan, dan nasihat yang amat berguna untuk folio saya sertamembantu saya dari semasa saya susah dan senang. Jasa beliau yang akan saya kenang ke akhir hayat. Seterusnya, terima kasih juga kepada ibu bapa saya kerana memberikan sokongan dan dorongankepada saya sepanjang folio ini disiapkan. Terima kasih yang tidak terhingga juga saya ucapkankerana memberikan saya bantuan dari segi kewangan. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama berhempas pulas dalam menyempurnakan folio masing-masing. Bantuan kalian dari segi informasi terkini mengenai projek folio amat saya hargai. Budi kalian yang sanggup meluangkan masa untuk memberikansaya maklumat tidak akan saya lupakan. Akhir sekali terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu saya secara langsung atautidak langsung sepanjang folio saya dijalankan dan dibentangkan.
PENGENALAN
Saya Fitri Nur Aliesya Binti Md Jais. Murid dari kelas 2 Victorious di Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Klang. Saya telah menyiapkan folio yang bertajuk Kepelbagaian Kebudayaan Di Malaysian (Pakaian) bersama dengan keluarga dan rakan rakan saya. Pada kali ini, saya telah memilih untuk membuat folio mengenai pakaian tradisional di Malaysia . Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum. Contohnya, Melayu, Cina, India ,dan lain-lain. Oleh itu, setiap kaum mempunyai pakaian yang berbeza. Malaysia mempunyai jenis-jenis kain dan pakaian tradisional yang berbagai bentuk dan warna. Pada zaman dahulu, penduduk peribumi memakai pakaian yang diperbuat daripada kulit kayu dan hiasan manik. Kini, pakaian tradisional seperti baju kebaya Melayu, sari India dan cheongsam Cina masih digunakan dengan meluas.