You are on page 1of 2

KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI Kemahiran berfikir aras tinggi merupakan salah satu komponen utama dalam kemahiran

berfikir secara kreatif dan kritis. Kemahiran ini boleh dipelajari melalui rangsangan dan latihan dan seterusnya pelajar mengaplikasikan dalam corak pembelajaran harian. Kemahiran berfikir aras tinggi didefinisikan sebagai penggunaan potensi minda untuk menangani cabaran baru (Onosko dan Newmann, 1994). Kemahiran berfikir aras tinggi memerlukan pelajar menilai maklumat secara kritis, membuat inferens dan membuat generalisasi. Kemahiran berfikir aras tinggi merupakan aras yang paling tinggi dalam hierarki proses kognitif. Kemahiran berfikir aras tinggi berlaky apabila seseorang mendapat maklumat baru, menyimpan dalam memori dan menyusun, mengaitkan dengan pengetahuan sedia ada dan menjana maklumat ini untuk mencapai sesuatu tujuan atau menyelesaikan situasi rumit. Pada tahun 1956, Bloom memperkenalkan istilah aras pemikiran atau levels of thought processes dalam taksonominya yang dikenali sebagai Taxonomy of educational objectives :Cognitive domains. Bloom menyatakan bahawa pemikiran aras tinggi hanya boleh digembelingkan dengan penggunaan soalan atau objektif pengajaran aras tinggi. Bloom juga berpendapat kesan daripada guru menggunakan soalan dan objektif pengajaran aras rendah telah melahirkan pelajar-pelajar yang tidak kreatif dan kritis. Ini berlaku kerana guru tidak sedar tentang kepentingan penggunaan soalan dan objektif pengajaran aras tinggi bagi emnjana pemikiran kritis di kalangan pelajar. Kemahiran berfikir aras tinggi merupakan salah satu komponen utama dalam kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis (KBKK). Marzano, et. al, (1988) menerangkan perbezaan yang wujud di antara pemikiran kritis dan kreatif. Pemikiran kritis merujuk kepada penggunaan kecenderungan dan kemahiran yang tertentu, contohnya menganalisis hujah dengan berhati-hati, mempertimbangkan pandangan orang lain dan mencapai kesimpulan yang membina. Pemikiran kreatif pula merujuk kepada pemikiran asli dan bersesuaian. Kedua-dua pemikiran ini merupakan pemikiran yang digalakkan digunakan di sekolah untuk meningkatkan kualiti pemikiran seseorang. Kemahiran berfikir aras tinggi terdiri daripada empat komponen yang terdapat dalam Taksonomi Bloom iaitu, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Komponen aplikasi

menunjukkan kebolehan untuk menggunakan konsep, idea, peraturan, prosedur, teori atau kaedah yang telah dipelajari dalam situasi yang tertentu dan baru. Komponen analisis menceraikan sesuatu komunikasi kepada unsur-unsur atau bahagian-bahagiannya supaya pertalian atau susunan berperingkat antara unsur-unsur itu menjadi lebih jelas dan senang difahami. Aras sintesis pula menyatukan unsur-unsur dan bahagian-bahagian supaya ia menjadi satu bentuk yang lengkap dan bermakna. Aktiviti-aktiviti yang melibatkan proses sintesis adalah seperti menghasilkan satu rancangan untuk sesuatu projek dan membina corak atau pola baru. Komponen penilaian pula adalah membuat penghakiman tentang setakat mana sesuatu konsep, kaedah, prosedur, bahan sebagainya memenuhi kriteria-kriteria tertentu. Kemahiran berfikir adalah suatu perkara penting dalam proses pendidikan. Keupayaan sesorang pelajar berfikir dapat mempengaruhi cara pembelajaran dan kepantasan serta keberkesanan pembelajaran. Keupayaan untuk memindahkan kemahiran yang telah dipelajari kepada situasi-situasi lain merupakan salah satu aspek yang penting dalam kehidupan. Maka, kemahiran berfikir sangat penting bagi meningkatkan penguasaan pengetahuan yang dipelajari.

You might also like