You are on page 1of 7

PENGGUNAAN FONIK TUTOR ATASI MASALAH DISLEKSIA DALAM PENULISAN DAN BACAAN JAWI MURID TAHUN 2 IBN ABBAS

Oleh : Siti adawiah binti Din1 & Asyraf Ridwan bin Ali2 Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail ABSTRAK

Tujuan kajian ialah untuk melihat masalah dalam kemahiran menulis dan membaca jawi bagi murid yang dikaitkan dengan masalah pembelajaran disleksia. Kajian ini telah dijalankan di Sekolah Kebangsaan Kompleks Gong Badak (SKKGB), Kuala Terengganu. Responden kajian hanya 2 orang murid dari tahun 2 Ibn Abbas,. Tinjauan awal untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi pelajar dalam pembelajaran kemahiran tersebut telah dijalankan dengan membuat pemerhatian dan menganalisis latihan yang dibuat oleh dengan kemahiran tersebut. Reka bentuk kajian adalah secara mix method atau lebih dikenali dengan gabungan kualitatif dan kuantitatif. Instrumen yang digunakan ialah pemerhatian, soal selidik dan Ujian Pra dan Pasca. Dapatan kajian menunjukkan peningkatan pada nilai min ujian bagi kedua-dua responden iaitu 37.5 dan 40.0. Berdasarkan analisis kajian, penggunaan kaedah Fonik Tutor berupaya merangsang deria dan meningkatkan minat murid untuk belajar serta secara tidak langsung dapat membantu murid disleksia dalam penulisan dan bacaan Jawi dengan betul dan berkesan. Diharapkan penggunaan Fonik Tutor ini dapat diketengahkan di institusi-institusi pendidikan bagi membantu murid-murid yang berhadapan dengan masalah pembelajaran khususnya disleksia. Kata kunci: Penggunaan, Fonik Tutor, Masalah Disleksia, Penulisan, Bacaan, Jawi PENGENALAN Bagi praktikum fasa ketiga, pengkaji telah ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Kompleks Gong Badak (SKKGB) Kuala Terengganu untuk menjalani latihan selama 3 bulan. Sepanjang latihan tersebut pengkaji telah ditugaskan untuk mengajar Jawi Tahun 2 Ibn Abbas. Semasa berbincang dengan guru Pendidikan Islam Tahun 2 Ibn Abbas, pengkaji telah diberitahu bahawa murid kelas ini terdiri daripada murid yang baik, sederhana dan lemah dalam pelajaran khususnya dalam subjek Pendidikan Islam. Sewaktu menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran Jawi, pengkaji mendapati rata-rata murid sudah boleh membaca jawi dengan baik dan tidak lagi merangkak-rangkak untuk membaca kerana keseluruhannya sudah pun melepasi ujian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bagi KSSR. Pada minggu ketiga, pengkaji mengajar tajuk Dua Suku Kata. Objektif pengajaran dan pembelajaran pada hari tersebut adalah menyebut, membaca dan menulis dua suku kata dengan betul. Sesi pengajaran dan pembelajaran pada hari tersebut berjalan dengan lancar. Murid kelihatan bersemangat untuk mendalami tajuk ini yang dikira sangat menarik untuk diterokai. Namun semasa menjawab lembaran kerja yang diedarkan, sebahagian kecil murid didapati menghadapi kesukaran untuk melengkapkannya. Pengkaji mula membuat pemerhatian dan menyemak buku aktiviti mereka seorang demi seorang dan mendapati ada beberapa orang murid mempunyai masalah disgrasia iaitu
1 2

Pelajar PISMP Pendidikan Islam Pendidikan Rendah Pensyarah Jabatan Pendidkan Islam dan Moral IPG KDRI

tulisan tangan yang lambat, tidak automatik dan sukar dibaca. Mereka juga mengalami ketidakupayaan yang teruk dalam membaca, melibatkan kesukaran dalam kefahaman dan perhubungan antara bunyi-bunyi dan huruf-huruf jawi serta mengalami kesukaran ekstrim mempelajari tulisan bersambung. Ada juga di antara mereka yang telah saya kenalpasti mengalami masalah dengan arah seperti kiri dan kanan atau mereka lebih dikenali dengan istilah Disleksia. Bermula daripada detik inilah pengkaji mula serius berfikir bagaimana masalah ini boleh diatasi dan apakah yang perlu dilakukan agar masalah ini tidak berulang lagi sekaligus dapat memperbaiki pencapaian markah Pendidikan Islam dalam Standard Prestasi Murid. Justeru pengkaji memperkenalkan kaedah Fonik Tutor yang mana kaedah ini bukan sahaja dapat membantu murid menyebut dan mengenali perkataan jawi dengan mudah, malah boleh merangsang suasana pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan serta secara tidak langsung dapat mengurangkan kelemahan mereka dalam menggunakan sistem ejaan jawi. TUJUAN KAJIAN Kajian ini dijalankan adalah untuk memastikan masalah pembelajaran khususnya disleksia dalam penulisan dan bacaan Jawi dapat diatasi dalam kalangan murid tahun 2 Ibn Abbas. Tahun 2 Ibn Abbas merupakan kelas pertama dan rata-rata murid sudah boleh menguasai kemahiran membaca dan menulis Jawi dengan baik. Hanya dua orang sahaja yang mengalami masalah pembelajaran disleksia yang amat ketara antaranya disgrasia iaitu tulisan tangan yang lambat, tidak automatik dan sukar dibaca, mengalami ketidakupayaan yang teruk dalam membaca, melibatkan kesukaran dalam kefahaman dan perhubungan antara bunyi-bunyi dan huruf-huruf jawi serta mengalami kesukaran ekstrim mempelajari tulisan bersambung. Justeru, pengkaji telah merancang dan memperkenalkan satu kaedah yang mana dapat mengatasi masalah pembelajaran tersebut malah berjaya menarik minat responden membaca dan menulis Jawi. Oleh yang demikian, kajian ini dilaksanakan bagi membantu reponden menguasai kemahiran membaca dan menulis Jawi dengan betul dan lancar. METODOLOGI Kajian yang dijalankan ini adalah berteraskan kepada Gelung Kajian Tindakan Kemmis & McTaggart (1988) yang menyarankan empat langkah kajian seperti yang berikut: i) Mereflek Dalam melaksanakan kajian ini, mereflek kekuatan dan kelemahan amalan kendiri dalam pengajaran dan pembelajaran merupakan proses pertama yang dilakukan sebelum tindakan selanjutnya dijalankan. Melalui refleksi terhadap pengajaran dan pembelajaran yang telah dilalui, pengkaji berjaya mengenalpasti beberapa masalah yang sering timbul dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Namun begitu, masalah paling serius yang terkesan di hati pengkaji ialah apabila melihat ada segelintir murid mengalami masalah dalam membaca dan menulis Jawi serta mereka bersikap pasif semasa sesi pembelajaran. Murid seringkali tidak mengendahkan apa yang disampaikan oleh pengkaji. Melalui pemerhatian, soal selidik dan ujian diagnostik pengkaji merasakan bahawa wujudnya perasaan tidak minat terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam khususnya bidang Jawi dalam diri murid-murid. Puncanya adalah kerana tanggapan negatif yang wujud sekian lama bahawa Jawi satu mata pelajaran yang susah dan tidak menyeronokkan serta kaedah pengajaran guru yang tidak menarik perhatian murid. Namun, masalah utama yang telah dikenalpasti oleh pengkaji adalah ada segelintir murid yang mengalami masalah pembelajaran khususnya disleksia. ii) Merancang

Setelah mengenalpasti punca kepada masalah yang dihadapi, proses kedua yang dijalankan pengkaji ialah merancang tindakan bagi mengatasi masalah yang telah dikenalpasti. Pengkaji melakukan tinjauan literatur, menentukan objektif dan persoalan kajian yang ingin diselesaikan, menentukan sampel dan juga instrumen-instrumen yang bakal digunakan dalam kajian. Fokus utama kajian ini ialah untuk meningkatkan kemahiran menulis dan membaca Jawi bagi murid disleksia melalui kaedah Fonik Tutor.Dorongan kuat untuk mengatasi punca-punca masalah yang timbul berjaya meransang minda kreatif pengkaji sehingga tercetuslah idea menggunakan kaedah Fonik Tutor dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bentuk Bahan Bantu Mengajar ini diadaptasi dari modul Bacalah Jawi dalam bentuk DVD dan buku yang berobjektifkan untuk meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam. iii) Bertindak Tindakan dilaksanakan sebaik sahaja persetujuan mengenai tajuk kajian disahkan oleh penyelia yang membimbing pengkaji. Prosedur-prosedur tindakan termasuklah cara pengumpulan data, cara penganalisisan dibuat, jadual perlaksanaan yang telah dibuat dijalankan dengan bersungguh-sungguh dengan mengikut apa yang telah dirancangkan bagi memastikan proses perjalanan kajian berjalan dengan lancar, sempurana dan mematuhi kadar masa yang diperuntukkan. Pengkaji telah mengenal pasti BBM berbentuk DVD dan buku yang mana amat sesuai dengan peringkat umur dan masalah utama bagi murid disleksia. Modul ini dilengkapi dengan 7 siri yang merangkumi tiga perkara penting iaitu mempunyai Sifat Bahasa Melayu, Kesedaran Fonemik dan Sistem Ejaan Jawi Baru. iv) Memerhati Pada peringkat ini, pengkaji merekod dan menganalisis segala data yang diperolehi. Bagi Ujian Pra dan Ujian Pasca, analisis dilakukan secara manual memandangkan jumlah responden yang sedikit. Perbandingan keputusan Ujian Pra dan Ujian Pasca direkod dalam bentuk jadual dan graf. Perbezaan nilai min ujian turut dipaparkan. Bagi pemerhatian pula, pengkaji mencatat pemerhatian tentang apa yang berlaku di dalam bilik darjah semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung berdasarkan kepada aspek-aspek yang terdapat dalam borang pemerhatian. Analisis pemerhatian seterusnya diterjemahkan dalam bentuk jadual dan graf. Seterusnya, bagi soal selidik pula, data dikutip dan direkodkan untuk melihat perbandingan di antara kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Dapatan soal selidik bagi setiap item diinterpretasi mengikut nilai min dan dianalisis di dalam bentuk jadual dan graf. Kesimpulannya, segala data yang diperolehi daripada setiap alat kajian dianalisis dan diterjemahkan ke dalam bentuk yang lebih ringkas seperti jadual dan graf supaya ianya dapat dilihat dengan jelas. Proses terakhir ialah pemantauan. Ia bertujuan untuk melihat keberkesanan kaedah dan tindakan yang telah dijalankan serta memantau sejauhmana ia dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi. Sekiranya keputusan tidak memberansangkan, maka pengkaji boleh memulakan kitaran sekali lagi sekiranya masa mencukupi. Kitaran kajian tindakan ini boleh berlaku secara berterusan sama ada berfokuskan kepada masalah yang sama ataupun masalah lain. PELAKSANAAN TINDAKAN Pengkaji telah menjalankan tindakan dalam dua fasa masa yang berbeza. Fasa I (gelung 1) adalah ketika minggu terakhir praktikum III di Sekolah Kebangsaan Kompleks Gong Badak. Manakala fasa II (gelung 2) adalah ketika menjalani Internship iaitu pada 24 Jun sehingga 19 Julai 2011. INSTRUMEN KAJIAN i) Pemerhatian

Pengkaji menggunakan kaedah pemerhatian tidak berstruktur untuk memerhati tingkah laku murid dan maklum balas semasa sesi belajar menggunakan Fonik Tutor. Tingkah laku yang difokuskan ialah tingkah laku ketika murid sasaran perlu menjawab dan menulis soalan ketika berlangsungnya pembelajaran menggunakan kaedah Fonik Tutor. Pengkaji juga akan mengkaji body language dan kekerapan berlakunya tingkah laku yang ditunjukkan oleh setiap murid sasaran. Sebelum melaksanakan perancangan tindakan ini, pengkaji dapati murid bosan dengan kaedah latih tubi di dalam kelas. Selepas melaksanakan perancangan ini, pengkaji mengandaikan mereka lebih seronok semasa sesi belajar sambil bermain. ii) Soal Selidik Soal selidik biasanya dalam bentuk item-item soalan yang diguna untuk mendapatkan maklumat dan fakta berkaitan persepsi responden berkaitan sesuatu isu yang dibincangkan dalam kajian. Pemilihan penggunaan soal selidik sebagai alat kajian harus bersesuaian dengan kehendak soalan kajian. Untuk lebih mendalami masalah utama yang dihadapi murid serta mengenalpasti tanggapan mereka terhadap proses pengajaran dan pembelajaran jawi, pengkaji menggunakan borang soal selidik yang perlu dijawab oleh responden. Terdapat 10 item yang perlu dijawab oleh responden dengan menanda jawapan di ruangan yang disediakan. iii) Ujian Bertulis Pra dan Pasca Ujian Pra merupakan ujian yang diberikan kepada murid sasaran sebelum berlaku intervensi. Pengkaji telah menggunakan ujian pra ke atas murid sasaran untuk mengenalpasti tahap pencapaian mereka tentang penulisan huruf dan perkatan jawi. Ujian Pra ini mengandungi 5 set soalan bertulis dan lisan yang kesemuanya adalah berdasarkan instrumen band yang berbeza. Kesemua soalan ujian ini menguji aras kemahiran pengetahuan iv) Ujian Lisan Pra dan Pasca Pengkaji telah menggunakan instrumen standard modul jawi bagi mengukur tahap bacaan dan sebutan jawi kedua-dua responden. Ujian Pasca diberikan kepada murid sasaran selepas intervensi dilakukan. Ujian Pasca ini bertujuan mengenalpasti tahap pencapaian mereka selepas menjalani sesi pengajaran dan pembelajaran menggunakan Fonik Tutor. Aras kemahiran, bilangan soalan, jenis item Ujian Pasca adalah sama seperti yang terkandung dalam ujian pra.

DAPATAN KAJIAN i) Meningkatkan minat murid mempelajari Jawi menggunakan kaedah Fonik Tutor. Persoalan yang pertama, adakah penggunaan kaedah Fonik Tutor dapat menarik minat murid mempelajari Jawi ? Bagi menjawab persoalan kajian ini, pengkaji telah menjalankan analisis menggunakan instrumen soal selidik. Satu set soalan soal selidik yang mengandungi 9 item diedarkan kepada murid sebelum dan selepas pengkaji menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah Fonik Tutor. Semua item yang dipaparkan dalam soal selidik adalah bersifat positif kecuali item yang kedua dan ketiga. Kekerapan jawapan Ya dan Tidak dijumlahkan dan ditukarkan kepada bentuk peratus. Kemudiannya, ia diterjemahkan dalam bentuk jadual bagi memudahkan pengkaji membuat interpretasi ke atas pungutan data. Jadual 1: Mengenalpasti Minat Murid terhadap Mata Pelajaran Pendidikan Islam (Jawi) Pernyataan item Sebelum Menggunakan Selepas Menggunakan Fonik Tutor Fonik Tutor YA TIDAK YA TIDAK Kekerapan Kekerapan Kekerapan Kekerapan

1. Adakah anda minat Jawi ? 2. Adakah anda merasakan Jawi sukar dipelajari ? 3. Adakah anda rasa Jawi membosankan ? 4. Adakah anda seronok belajar pengetahuan baru dalam bidang Jawi ? 5. Adakah anda merasa bangga dapat menjawab soalan latihan Jawi dengan betul ? 6. Adakah anda sentiasa menanti pembelajaran Jawi di sekolah ? 7. Adakah anda fikir pembelajaran Jawi senang untuk lulus ? 8. Adakah anda perlu markah yang tinggi untuk minat pelajaran Jawi ? 9. Adakah anda merasakan anda semakin bertambah minat belajar Jawi sekarang ? ii)

(Peratus %) (Peratus %) (50) (50) (100) (0)

(Peratus %) (Peratus %) (100) (0) (0) (100)

(50) (50)

(50) (50)

(0) (100) (0)

(100)

(0)

(100)

(100)

(0)

(50)

(50)

(100)

(0)

(0) (50)

(100) (50)

(100) (100)

(0) (0)

(50)

(50)

(100)

(0)

Mengenalpasti peningkatan min skor ujian pra dan pasca bagi murid yang mengalami disleksia dalam penulisan dan bacaan jawi selepas menggunakan kaedah Fonik Tutor.

Persoalan kajian yang kedua, adakah terdapat peningkatan min skor ujian pra dan pasca bagi murid yang mengalami disleksia dalam penulisan dan bacaan jawi setelah menggunakan kaedah Fonik Tutor ? Bagi menjawab persoalan kajian ini, pengkaji telah menjalankan analisis menggunakan instrumen ujian pra dan pasca (bertulis dan lisan) yang telah ditadbir kepada responden kajian. Ujian pra telah dijalankan sebelum sesi intervensi bermula, manakala ujian pasca berlangsung selepas tamat sesi intervensi. Markah ujian pra dan pasca dicatatkan serta dibandingkan untuk melihat peningkatan markah yang dicapai oleh setiap responden. Setelah ujian pra bertulis dijalankan, didapati pencapaian responden berada di tahap yang lemah iaitu antara 0%, 40%, 70% dan 100. Markah maksimum tersebut dicapai oleh responden 2 dan sebaliknya responden 1 mencatat markah yang minimum iaitu antara 50%, 0%, 100% dan 50%. Manakala peratusan markah bagi ujian pra lisan pula, responden 1 hanya berjaya mencatatkan markah sebanyak 0%, 25%, 33%, 50% dan 63%. Berbanding responden 2 hanya mencatat peratusan markah sebanyak 0%, 33% dan 63% sahaja.

PERBINCANGAN DAN CADANGAN i) Meningkatkan minat murid mempelajari Jawi menggunakan kaedah Fonik Tutor. Persoalan kajian yang pertama ini telah terjawab apabila 100% responden berminat dengan kaedah yang diaplikasikan oleh pengkaji semasa proses pengajaran dan pembelajaran Jawi berdasarkan analisis soal selidik yang telah dijalankan. Berdasarkan kepada Jadual 10, dapatan analisis menunjukkan bahawa keseluruhan item yang bersifat positif dalam soal selidik bagi mengenalpasti minat murid terhadap pelajaran Jawi mencapai peratusan persetujuan yang tinggi sebaik BBM Modul Bacalah Jawi digunakan ketika proses pengajaran dan pembelajaran. Sebaliknya, angka peratus yang menjelaskan bilangan responden yang meminati pelajaran Jawi sebelum penggunaan kaedah Fonik Tutor bersama BBM Modul Bacalah Jawi adalah sangat rendah. Keputusan kajian ini menjelaskan bahawa keberkesanan penggunaan kaedah Fonik Tutor dalam proses pengajaran dan pembelajaran Jawi khususnya bagi murid yang menghadapi masalah disleksia telah berjaya meningkatkan minat dan kemahiran responden terhadap pelajaran Jawi. Dapatan kajian ini memberikan jawapan kepada persoalan pengkaji bahawa responden hanya menunjukkan minat mereka terhadap pelajaran Jawi apabila dirangsang oleh penggunaan Bahan Bantu Mengajar yang digunakan pengkaji seperti Modul Bacalah Jawi menerusi kaedah Fonik Tutor yang diperkenalkan oleh pengkaji. Pendapat ini turut disokong oleh Hj. Abdul Fatah (1994) yang menyatakan bahawa maklumat yang boleh menimbulkan emosi seronok dan menarik lebih mudah menarik perhatian daripada maklumat yang tidak menyeronokkan. Semakin menarik maklumat itu kepada diri seseorang, semakin mudah maklumat itu diingatkan. Semakin mudah maklumat itu diingatkan, semakin mudah pula maklumat itu dirakamkan ke dalam ingatan jangka panjang. ii) Mengenalpasti peningkatan min skor ujian pra dan pasca bagi murid yang mengalami disleksia dalam penulisan dan bacaan jawi selepas menggunakan kaedah Fonik Tutor.

Merujuk kepada pencapaian dalam Ujian Pra dan Ujian Pasca, jelas sekali menunjukkan bahawa terdapat perubahan ketara dalam pencapaian markah oleh kedua-dua responden selepas kaedah Fonik Tutor digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Jawi. Keduadua responden yang hanya mencapai min skor markah kurang daripada 50.00% dan 52.50% dengan dua daripadanya mendapat Gred C telah berjaya melonjakkan prestasi mereka di mana semuanya memperoleh Gred A di dalam Ujian Pasca yang ditadbir selepas pembelajaran menggunakan kaedah Fonik Tutor dilaksanakan. Hasil dapatan ini membuktikan kepada pengkaji tentang keberkesanan penggunaan kaedah Fonik Tutor dalam meningkatkan pencapaian responden. Kajian ini konsisten dengan dapatan kajian oleh Tengku Sharifah (2004) yang menyebut kepelbagaian kaedah penyampaian yang menarik membolehkan murid menguasi topik pembelajaran dan seterusnya meningkatkan pencapaian mereka. Guru seharusnya menggunakan pelbagai petua agar proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih bermakna di samping aktiviti yang melibatkan pelajar dapat diperluaskan lagi. Dengan itu proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar dan berkesan bagi meningkatkan mutu dan kualiti pendidikan dalam menghadapi cabaran zaman sains dan teknologi. Kesimpulannya, objektif dan persoalan kajian yang telah pengkaji sasarkan telah tercapai. Berdasarkan hasil dapatan, pengkaji dapat merumuskan bahawa penggunaan kaedah Fonik Tutor amat berkesan dalam meningkatkan kemahiran membaca dan menulis Jawi bagi murid yang mengalami disleksia dalam kalangan murid tahun 2. Ternyata penggunaan kaedah Fonik Tutor dan BBM yang digunakan telah berjaya menarik minat murid disleksia

dalam pengajaran dan pembelajaran Jawi serta secara tidak langsung pencapaian mereka dalam ujian juga turut meningkat. Harapan pengkaji agar kaedah ini dapat dimanfaatkan oleh murid-murid, golongan pendidik, mereka yang terlibat dengan dunia pendidikan dan mereka yang ingin meningkatkan tahap penguasaan dalam penulisan dan bacaan Jawi. SENARAI RUJUKAN Abd. Aziz Abd. Talib. (2000). Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip, kaedah dan teknik. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd. Abd. Aziz Abd. Talib. (2007). Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip, kaedah dan teknik. Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd. Azizul Rahman Abdul Rahman & Mohamad Saleeh Rahamad. (2010). Strategi Pengajaran Cemerlang. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Darren Langdridge. (2004). Introduction to Research Methods and Data Analysis in Psychology. England: Pearson Education Limited. Fadzilah Mustapa & Saayah Abu. (2012). Pendidikan Islam. Selangor Darul Ehsan: Cerdik Publications Sdn. Bhd. Drake, C. (1989). The terminology trap. Dlm R. E. Cocen, & J. C. Needly (pnyt) Learningndisability law. New York: Committee on Juvenile Justice, Dyslexia and other Language Disabilities of the Appellate Division of the Supreme Court of the State of New York. Haji Abdul Fatah Hassan. (1994). Kecemerlangan Minda Dalam Pembelajaran: Keseluruhan Otak Dan Daya Berfikir. Kuala Lumpur: Utusan Publicators and Distributors Sdn. Bhd. Hammond, L & Hughes, P. (1990). When bright kids fail: how to help children overcome specific learning difficulties. Australia: Simon and Schuster. Indirawati Zahid & Mardian Shah Omar. (2006). Fonetik dan Fonologi. Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Jamila Mohamed. (2006). Pendidikan Khas Untuk Kanak-Kanak Istimewa. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. K.A. Razhiyah. (2005). Menjadi Guru Pendidikan Khas. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

You might also like