You are on page 1of 114

AHLI KUMPULAN

Teori ini menekankan pembinaan pengetahuan oleh murid. Murid dapat membina pengetahuan dengan menggunakan pengetahuan sedia ada mereka. Murid dapat mengaitkan pembelajaran baru dengan pembelajaran lama yang sedia ada.

Mengembangkan kemampuan murid untuk menjadi pemikir

Membantu murid untuk mengembangkan pengertian dan pemahaman konsep secara lengkap

TUJUAN TEORI KONSTRUKTIVISME

Untuk menekan pada proses belajar bagaimana belajar itu sendiri.

Sebagai motivasi untuk murid mengecapi kejayaan

Matlamat Teori Konstruktivisme


Perkins, 1991 Tujuan asas pendidikan adalah untuk berusaha ke arah pemahaman, penyimpanan dan penggunaan pengetahuan serta kemahiran secara aktif.
Pemikiran kritis.

Kritikan releksi. Kefleksibelan kognitif.

KESIMPULAN
adalah sebagai pembelajaran yang bersifat generatif, iaitu tindakan mencipta makna dari apa yang dipelajari. Peranan guru dalam pembelajaran adalah sebagai fasilitator atau moderator. Pembelajaran bertujuan membolehkan muridmurid membina makna masing-masing bukannya menghafal jawapan yang betul atau meniru rakan-rakan mereka.

Jean Piaget

PELOPOR TEORI KONSTRUKTIVISME


Lev Seminovich Vygotsky

BIODATA
Nama : Jean Piaget Tahun kelahiran: Ogos 1896 Tempat kelahiran : Neuchatel (Switzerland) Tahun meninggal dunia : 16 September 1980 Umur 11 tahun-menulis keratan pendek albino sparrow sehingga mendorong beliau menghasilkan buku-buku dan ratusan artikel.

Ijazah : Ijazah Ph.D dalam bidang Biologi. Tamat pengajian-lebih berminat pada psikologi. Telah melakukan pemerhatian ke atas 3 orang anaknya Mengaplikasi prinsip
dan metod Biologi dalam mengkaji perkembangan manusia

Telah memperkenalkan banyak istilah untuk subjek Biologi

Prinsip-Prinsip Asas Teori Pembelajaran Konstruktivis

Proses yang kita lalui untuk mengetahui sesuatu.

Peringkat yang kita lalui sambil kita memperoleh kebolehan tersebut.

Soalan 5.1
Menurut Piaget, perkembangan kognitif kanakkanak adalah berbeza dan berubah mengikut perubahan umur mereka.
a. Huraikan peringkat-peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak berdasarkan kajian Piaget.

PERINGKAT-PERINGKAT PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK


Peringkat Sensori motor ( 0 2 tahun ) Peringkat Praoperasi ( 2 7 tahun ) Peringkat Operasi Konkrit ( 7 11 tahun ) Peringkat Operasi Formal ( 12 tahun ke atas )

Peringkat Sensori motor (0 2 tahun )

Bayi mengkoordinasi maklumat deria dengan kebolehan motor

Bayi menggunakan deria dan pergerakan fizikal untuk

untuk membentuk skema


tingkah laku.

mempelajari persekitarannya.

Buku Psikologi Pendidikan - Pendekatan Kontemporari

Kanak-kanak belajar mengangkat benda, memainmainkannya, merasa dan meggigitnya.


Pada peringkat ini, bayi gemar menggunakan mulut untuk merasa dan menghisap objek yang berada di persekitarannya.

Contoh : menghisap ibu jari, memasukkan objek ke dalam mulut, mencapai objek yang berbunyi. Buku Psikologi Pendidikan 2 Teori Dan Aplikasi Psikologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran.

Kanak-kanak turut menunjukkan permulaan pemikiran logik pada peringkat ini.

Contoh : kanak-kanak dapat mengatur skema-skema yang mudah dan logik untuk mengeluarkan barang-barang daripada sebuah bekas yang tertutup / boleh mengatur langkah untuk mengambil objek yang jauh.

Pada umur 2 tahun, kanak-kanak memperoleh kepercayaan tentang kekekalan objek, iaitu kanak-kanak sedar objek akan terus wujud walaupun objek itu tidak dapat dilihat atau disentuh.

Kanak-kanak juga dapat melakukan tindakan ulangan, iaitu mengulangi sesuatu tingkah laku atau tabiat, misalya menghisap ibu jari.

Kanak-kanak mula meniru tindakan yang dia tidak pernah lakukan sebelum ini.

Kanak-kanak belajar semua tindakan itu melalui orang lain atau melalui objek yang dapat dilihat dan disentuh.

Perkembangan Kognitif Kanak-kanak Peringkat Sensori Motor


Mengkoordinasi maklumat deria dengan pergerakan motor.

Kepuasan mengenakan tindakan terhadap objek.

Permulaan pemikiran logik dengan aktiviti-aktiviti mudah.

Mula menggunakan imitasi, memori dan pemikiran.

Konsep pengekalan objek sedar objek wujud walaupun tidak boleh didengar atau dilihat.

Mediation menggunakan simbol / bahasa untuk objek orang dan peristiwa.

Kemahiran-Kemahiran Yang Diperolehi Kanak-Kanak Peringkat Sensori motor

Membuat imitasi.

Memahami konsep pengekalan objek.

Buku Psikologi Pendidikan - Pendekatan Kontemporari

Membuat Imitasi
Menurut Piaget, kanak-kanak berumur 18-24 bulan boleh melakukan imitasi terhadap tingkah laku yang dilihatnya. Contoh : menekan butang telefon mainan untuk menghasilkan

bunyi, memicit itik mainan, mengangkat ganggang telefon bila


berdering. Deffered imitation (peniruan tingkah laku lepas) kebolehan meniru tingkah laku model yang tiada di depan matanya, tingkah laku tersebut telah dilihatnya beberapa jam lalu dan telah disimpan

dalam ingatannya.

Pengekalan Objek (Object Permanence)


Kanak-kanak sudah boleh menggambarkan objek di dalam mindanya. Kanak-kanak menyedari bahawa objek atau peristiwa tidak hilang walaupun tidak dapat dikesan oleh semua alat derianya.

Kanak-kanak sudah menyedari kewujudan seorang walaupun


orang itu keluar / hilang daripada pandangannya. Contoh : Fatimah melihat ibunya hilang daripada pandangannya dibawa oleh kereta, dia tidak menangis sebab dia tahu ibunya akan pulang.

Peringkat Pra Operasi ( 2 7 tahun )

Pada peringkat ini, sifat naluri dan pemikiran simbolik kanak-kanak semakin menonjol.

Praoperasi kanakkanak mula berfikir secara logik tetapi masih belum boleh memproses pemikiran mengikut peraturanperaturan yang logik.

Kanak-kanak sudah mula mengenal simbol untuk mewakili pelbagai aspek dalam persekitarannya. Contoh
Kanak-kanak mengandaikan buku sebagai kereta apabila ditolak di atas lantai.

Kanak-kanak semakin
maju dalam penguasaan dan penggunaan bahasa.
Tetapi masih belum boleh membezakan antara sifat-sifat benda hidup dengan benda bukan hidup. Contoh Kanak-kanak mempunyai imaginasi bahawa batu adalah benda hidup.

Egosentrisme - Kanakkanak masih belum boleh membezakan antara pandangan diri sendiri dengan pandangan orang lain. Pada permulaan peringkat praoperasi, kanak-kanak sukar untuk memahami konsep urutan bersiri. Misalnya, kanak-kanak tidak boleh menyusun objek yang mempunyai urutan yang tertentu dalam siri yang sempurna.

Kanak-kanak tidak mempunyai konsep pengekalan.


Pengekalan idea bahawa satu kuantiti adalah sama walaupun telah berubah.

Proses Kebalikan
Kanak-kanak belum boleh membuat proses kebalikan, iaitu mengingat bentuk asal objek dalam bentuk imej mental. Kanak-kanak selalunya tidak dapat menjawab atau boleh menjawab tetapi mengambil masa yang lama

untuk mendapat jawapan daripada kanak-kanak yang


telah menguasai proses kebalikan. Dalam erti kata lain, mereka telah berada di tahap pemikiran operasi konkrit.

Pengekalan (Conservation) isipadu


Kanak-kanak gagal mengenalpasti jumlah
isipadu yang sama banyak jika ia berada dalam

cawan yang berlainan.


Kanak-kanak juga tidak menguasai konsep desentrasi (decentration) dan kebalikan (reversibility).

Pengekalan Isipadu Air

Dua gelas yang sama besar diisi air yang sama banyak.

Kandungan air dari gelas B dituang kepada bekas lebar iaitu gelas C.

Pengekalan Nombor /Bilangan


Kanak-kanak belum memperolehi konsep pengekalan bahan akan mengatakan kumpulan guli B lebih banyak walaupun sebenarnya jumlah guli dalam rajah A dan B adalah sama banyak.

Perkembangan Kognitif Kanak-kanak Peringkat Pra Operasi


Mula menggambar dan merancang skema.

Mewakili sesuatu dengan simbol mental, iaitu dengan bahasa, gambar atau isyarat.

Berupaya mengingat semula peristiwa yang sudah berlaku dan boleh membanding dua peristiwa yang berlaku.

2 tahun boleh terlibat dalam permainan membayangkan sesuatu (pretend play) . Contoh : menggunakan botol sebagai telefon. Merupakan peringkat permulaan pemikiran simbolik.

Mengumpulkan objek mengikut fungsi, bentuk dan warna.

Belum menguasai pengekalan isipadu, saiz, panjang, pendek dan proses kebalikan.
Egosentrik sukar memahami pendapat orang lain. Animisme memberi sifat hidup pada benda dan peristiwa.

Pemusatan memberi sesuatu dari satu perspektif sahaja. Intuitif tumpuan pada aspek yang nyata sahaja.

Video Pengekalan Isipadu Air & Pengekalan Nombor / Bilangan

Peringkat Operasi Konkrit ( 7 11 tahun )


Woolfolk, 1987 kanak-kanak berupaya berfikir berbalik dan memahami konsep pemuliharaan. Mereka dapat melakukan pengelasan dan penyusunan bersiri. Maka, mereka dikatakan mempunyai logik yang lengkap bagi membuat operasi konkrit.

Kanak-kanak sudah boleh mula berfikir secara logik.

Mereka boleh menyelesaikan tugas berkaitan dengan pengabadian.

Mereka sudah faham konsep pembalikan kerana walaupun objek diubah kedudukan mereka faham bahawa tiada perubahan yang berlaku.

Contoh : kanak-kanak boleh menyelesaikan operasi 4 + 6 = 10 atau 10 6 = 4.

Kanak-kanak sudah boleh mengubahsuai dan menyusun semula imej dan simbol dalam membuat rumusan atau keputusan yang logik.

Kanak-kanak juga beransuransur menguasai pengekalan terutama isipadu dan berat, mengklasifikasi dan mengkategori serta membuat perkaitan logik (relational logic).

Pengekalan (Conservation)
Bermaksud perubahan bentuk objek / susunan tidak mengubah cirinya / sifatnya.

Berlaku pada isipadu / kuantiti cecair, berat, bahan pejal


seperti plastesin dan nombor. Pada peringkat ini, kanak-kanak memperoleh konsep keabadian atas kuantiti sesuatu bahan walaupun bahan itu mengalami perubahan yang ketara.

Contoh: Dua gelas (gelas A dan gelas B) yang sama besar diisi air yang sama banyak. Kemudian,kandungan air dari gelas B dituang kepada gelas lebar iaitu bekas C. Kanak-kanak pada peringkat ini sedar bahawa isipadu air kedua-dua gelas adalah

sama walaupun bentuk gelas adalah berbeza.

Gelas C = Gelas A dan B

Perkembangan Kognitif Kanak-kanak Peringkat Operasi Konkrit

Berkebolehan berfikir secara logik.

Sudah boleh menguasai konsep pengekalan (conservation).

Menguasai proses pengelasan.

Proses menyusun secara bersiri mengikut susunan menaik dan menurun.

Mula bersosial dan menerima pandangan rakan-rakan


semasa bermain atau membuat aktiviti bersama.

Video Konsep Kebalikan Peringkat Operasi Konkrit

Mengklasifikasi
Kanak-kanak boleh mengumpulkan benda-benda mengikut cirinya ke dalam kategori tertentu. Contoh : Pengangkutan darat terdiri daripada kereta,

lori, van, basikal, trak dan sebagainya. Ciri-cirinya


adalah beroda dua, empat atau lebih dan bergerak. Manakala helikopter dan kapal terbang pula merupakan pengangkutan udara yang beroda dua.

Perkaitan Logik
Pemahaman yang lebih tentang perkaitan kuantitatif dan perkaitan logik.

Contoh : Guru memberi arahan kepada muridmuridnya, Berbaris mengikut ketinggian, dari tinggi ke rendah. Arahan ini mudah difahami oleh mereka. Mereka sudah boleh menyusun di dalam minda senarai secara siri ketinggian atau berat.

Mereka juga boleh menerangkan perkaitan antara elemen dalam sesuatu senarai. Contoh : Aina lebih tinggi daripada JamiAtul, JamiAtul pula lebih tinggi daripada Fatini.

Mereka boleh memberi jawapan yang betul


mengikut ketinggian, iaitu Aina lebih tinggi

daripada Fatini. Pemikiran egosentrik

pemikiran decentered (objektif)


(Slavin, 1997)

Pemikiran decentered kanak-kanak memahami bahawa persepsi orang lain berlainan daripada mereka. Dalam erti kata lain, kanak-kanak sudah memahami bahawa orang lain mempunyai persepsi sendiri.

Peringkat Operasi Formal ( 12 tahun ke atas )

Kanak-kanak boleh
memikir beberapa pertimbangan bagi satusatu masalah. Sudah berupaya berfikir secara abstrak dan boleh
Pemikiran kanak-kanak tidak lagi terikat kepada benda konkrit,

menyelesaikan masalah
kompleks.

malah mereka boleh memikirkan


peristiwa secara logik walaupun asasnya bukan realiti.

Ciri ciri pemikiran formal


a. Berfikir secara abstrak - Kanak-kanak boleh berfikir secara abstrak seperti menyelesaikan masalah-masalah Matematik yang melibatkan perwakilan abstrak. - Contoh : 4x + x = 10. Berapakah nilai x?

b. Berfikir secara sistematik - Boleh berfikir secara sistematik untuk memberi beberapa kemungkinan penyelesaian. - Contoh : Sekiranya anda pergi bercuti dengan membawa tiga helai kemeja-T, tiga helai blaus dan tiga helai jaket, berapakah kombinasi pakaian yang anda boleh dapat dari set ini?

c. Boleh membuat hipotesis - Boleh membuat hipotesis dan mencari alternatif penyelesaian masalah. - Boleh menaakul secara induktif dan deduktif. - Kebolehan kanak-kanak memikirkan penyelesaian secara

induktif atau deduktif memungkinkan mereka membuat kajian


dan menggunakan pemikiran saintifik.

Pemikiran Deduktif

Pemikiran Induktif

Pemikiran khusus generalisasi yang lebih luas . Contoh : Dengan mengkaji kesan-kesan pencemaran alam sekitar, mereka boleh

Pemikiran am khusus. Contoh : melalui fakta-fakta yang dipelajari seperti keperluan asas tumbuhan untuk membuat makan,

membuat hipotesis (ramalan)


tentang akibat pencemaran yang teruk yang akan terjadi kepada bandar-bandar besar pada 10 tahun akan datang.

kanak-kanak boleh memberi


contoh keadaan-keadaan yang memungkinkan tumbuhan hidup dengan subur.

d. Bersifat egosentrik - Remaja lebih tertumpu kepada idea dan pemikiran mereka sendiri. - Susah menerima pandangan dan pendapat orang lain. e. Mempunyai perasaan seperti perbuatan mereka sentiasa diperhatikan orang sekeliling.

Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak Peringkat Operasi Formal


Boleh melakukan proses mental ke atas idea-idea dan membuat jangkaan / andaian berdasarkan fakta.

Berfikir secara abstrak.

Berfikir secara sistematik memberi beberapa kemungkinan penyelesaian.

Boleh membuat hipotesis dan mencari alternatif penyelesaian secara induktif dan deduktif.

Egosentrik remaja muncul pada peringkat ini.

b. Beliau juga telah memperkenalkan beberapa konsep dalam teorinya. Jelaskan konsep-konsep tersebut.

Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget


Piaget memandang kecerdikan adalah sebagai dasar kepada proses yang aktif di mana manusia dapat memperoleh maklumat melalui interaksi dengan objek, idea dan bergaul dengan orang

lain.
Menurut Piaget, perkembangan kognitif adalah proses pembangunan intelek yang berguna bagi beradaptasi dengan persekitaran.

Selain itu, Piaget berpendapat bahawa proses


pemikiran kita berubah secara menyeluruh

bermula selepas lahir sehingga kita mencapai


kematangan.

Individu sentiasa mencuba untuk memahami


dan mengadaptasi perubahan yang berlaku di sekeliling.

KONSEP-KONSEP TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF

Skema

Proses Keseimbangan

Adaptasi

Asimilasi

Akomodasi

skema
Merupakan potensi am yang ada dalam diri manusia untuk
melakukan sesuatu dengan cara tertentu. Contohnya, sewaktu dilahirkan, bayi telah dilengkapkan dengan

beberapa gerakan pantulan yang dikenali sebagai skema seperti


gerakan menghisap, memandang, mencapai, merasa, memegang, serta menggerakkan tangan dan kaki.

Pembentukan skema : skema mudah


skema konkrit

skema kompleks
skema abstrak

Contoh : kanak-kanak membina skema-skema untuk

mengkategori sesuatu benda / skema untuk mengenal


huruf. Bagi gerakan memegang, kandungan skemanya adalah memegang benda yang tidak menyakitkan. Bayi juga akan cenderung memegang benda-benda yang tidak menyakitkan. Contoh : jari ibu.

Skema yang ada pada bayi akan menentukan

bagaimana bayi bertindakbalas


dengan sekelilingnya.

Kesimpulannya, skema adalah sistem yang


dibentuk daripada pengalaman yang disusun di dalam minda .

Proses mencapai keseimbangan


Berlaku dalam situasi yang baru dialami. Individu akan menyusun sesuatu pengalaman yang baru lalu membentuk satu sistem yang dikenali sebagai skema. Proses penyusunan dan pembentukan skema, dipanggil

organisasi.
Skema - digunakan apabila berdepan dengan situasi baru dan memerlukan penyelesaian.

Adaptasi

Proses pengubahsuaian skema. Skema lama Skema baru

Adaptasi = asimilasi + akomodasi

Individu cuba memahami pengalaman baru dan cuba untuk menyesuaikan pengalaman itu dengan skema-skema sedia ada. Contoh : Kanak-kanak mungkin akan menyatakan d ialah b apabila ia diperkenalkan. Melalui pengalaman dan bimbingan, kanak-kanak akan cuba memadankan

pengetahuan baru dengan skema sedia ada.


Pengalaman baru + Skema sedia ada = Keseimbangan

Pengalaman disusun Organisasi

Pengalaman baru

Skema

Adaptasi: Asimilasi Berjaya

Dapat adaptasi pengalaman baru

Skema baru terbentuk

Keseimbangan berlaku

Individu dapat menukarkan skema lama untuk disesuaikan dengan


pengalaman baru. Individu akan mengubah cara pemikiran untuk disesuaikan dengan pengalaman baru lalu terbentuk skema baru. Contoh : Kanak-kanak dapat mengenal dan membezakan huruf d dan b. Kesimpulan : skema baru situasi baru Berjaya

(akomodasi)

Gagal

Pengalaman disusun Organisasi

Pengalaman baru

Skema

Adaptasi: Akomodasi

Berjaya

Gagal Tidak dapat mengadaptasi pengalaman baru Ketidakseimbangan berlaku

Dapat adaptasi pengalaman baru Skema baru terbentuk Keseimbangan berlaku

Contoh: seorang kanak-kanak diajar


mengenai kereta

Maklumat kanak-kanak yang sedia ada: Skema lama: -maklumat yang sudah diketahui=kereta -mempunyai 4 tayar.

Kanak-kanak itu melihat sesuatu yang baru sebelum mengetahuinya terlebih dahulu-: Asimilasi: -skema baru =van -penambahan maklumat baru yang diserap untuk disesuaikan dengan skema lama tetapi tidak membuat pengubahsuaian. -masih mempunyai 4 tayar.

Kanak-kanak tersebut cuba mengaitkan kedua-duanya (cuba menukarkan dan mengubah skema lama untuk disesuaikan dengan skema baru): Akomodasi: - maklumat baru cuba diubahsuai
Skema kereta Skema van

Mempunyai 4 tayar dan muatan penumpang sedikit

Mempunyai 4 tayar tetapi muatan penumpang banyak.

-Muatan penumpang sedikit atau banyak = mempunyai 4 tayar. (tahap keseimbangan berlaku)

Kanak-kanak tersebut sudah boleh mengubah skema yang sedia ada dan membentuk skema yang baru. Dapat mengenali van.
Skema baru yang akan muncul:

Van

Lori

Bas

(Pengangkutan darat)

c. Bincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan konsep pemikiran konkrit atau abstrak di kalangan kanakkanak.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBENTUKAN KONSEP PEMIKIRAN KONKRIT / ABSTRAK

Pengaruh baka/genetik Pengaruh persekitaran Kesediaan pembelajaran Motivasi

PENGARUH BAKA/GENETIK

Dapat dilihat melalui gen perwarisan dan ianya penting terhadap keupayaan kognitif individu. Contoh: latar belakang yang berbeza-beza dalam kalangan individu. Hal ini dapat dilihat jika ibu bapa yang mempunyai latar belakang pendidikan yang tinggi, kebarangkalian anak mereka turut mewarisi genetik mereka.(doktor + doktor = genius)

PENGARUH PERSEKITARAN

Dilihat melalui hubungan interaksi dengan orang sekeliling Melibatkan perbezaan umur, jantina, taraf serta hubungan dengan kanak-kanak. Contoh: kanak-kanak akan bercakap dengan lebih beradab jika berinteraksi dengan orang yang lebih tua dari usianya seperti ahli keluarganya mahupun pengasuhnya.

KESEDIAAN PEMBELAJARAN

Dari segi fizikal, dapat dikaitkan dengan kemahiran psikomotor. Contoh : cara pegangan pensel. Dari segi kognitif, sentiasa berfikiran positif agar mental berupaya menerima pelajaran. Contoh: tidak mencampuradukkan masalah yang sedia ada ketika belajar iaitu antara masalah keluarga mahupun masalah peribadi.

Motivasi

Memberikan peneguhan positif seandainya berjaya menguasai sesuatu perkara. Contoh: boleh memberi pujian sebagai dorongan untuk berfikir dengan lebih mantap.

Piaget (1970) melihat peranan persekitaran sebagai penyumbang bagi perkembangan otak kanak-kanak. Beliau percaya kanak-kanak yang aktif adalah kanak-kanak yang belajar. Terdapat dua bentuk aktiviti pembelajaran yang terlibat:

LATIHAN
Jenis pembelajaran berterusan yang tidak memerlukan pengukuhan. Ia dijanakan oleh kanak-kanak itu sendiri . Contoh: peningkatan keberkesanan melalui latihan menendang.

PENGALAMAN FIZIKAL
Proses pembelajaran berkaitan dengan objek. Lazimnya, melalui proses memanipulasikan objek-objek Contoh: dapat memperoleh maklumat yang diperlukan bagi menyelesaikan masalah yang lebih abstrak seperti bentuk bulat dijadikan simbol kepada buah-buahan yang berbentuk bulat , tayar, pemadam dan sebagainya.

d. Dengan menggunakan Teori Kognitif Piaget, sarankan sekurangkurangnya lima cara bagaimana guru dapat membantu murid-murid mencapai perkembangan kognitif yang optimum.

1. Pengalaman belajar yang bermakna Segala kegiatan yang dilakukan di dalam perancangan pengajaran dirancang agar bermakna untuk murid. Oleh itu, minat dan sikap murid juga dijadikan bahan pertimbangan dalam merancang pembelajaran. Contoh: mengaitkan pelajaran yang diajar dengan kehidupan seharian.

2. Mempunyai hubungan sosial yang baik


Diberi kesempatan untuk berinteraksi secara produktif sesama murid serta guru. Memberi kesempatan murid untuk bekerja dalam pelbagai konteks sosial. Secara tidak langsung, interaksi dua hala berlaku. Contoh: bekerja secara berpasangan ataupun berkumpulan selain melakukannya secara individu.
http://edukasi.kompasiana.com

3.Memanfaatkan pengalaman awal murid

Harus memerhatikan pengetahuan awal murid untuk memudahkannya memperolehi pengetahuan yang lain. Contoh : meminta murid untuk melukis buah-buahan yang mereka tahu sambil didedahkan dengan pelbagai jenis buahbuahan tempatan yang lain.

4.Penglibatan semua murid

Dapat melibatkan interaksi dua hala berlaku. Mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan murid-murid. Dapat berkongsi idea serta mendapatkan pengetahuan dengan cara meneroka melalui interaksi dengan persekitaran. Contoh: menjawab soalan secara berkumpulan seperti kuiz.

5. Menyediakan Kelas yang Kondusif

Sosial Emosi Fizikal

Aspek Sosial
Kepimpinan guru perlulah bersifat demokratik : guru yang sedia berkonsi kuasa dengan murid-murid dalam pengurusan aktiviti P & P di bilik darjah.

Dapat wujudkan suasana yang mesra dan harmonis.

Sifat kepimpinan sebegini dapat mengurangkan rasa tegang dan menggalakkan murid-murid mengemukakan pendapat mereka.

Dapat mendorong muridmurid untuk berinteraksi di antara satu sama lain dan melibatkan diri secara aktif.

Aspek Fizikal
Keadaan kebersihan dan keindahan bilik darjah : meningkatkan keberkesanan P & P.

Penyusunan meja kerusi bersesuaian :


Memudahkan interaksi dua hala berlaku.

Suasana di kelas perlu diatur kemas dan dihiasi dengan pelbagai gambar, carta dan ABM :
Menggalakkan aktiviti P&P.

Saiz bilik darjah perlu mempunyai ruang yang cukup untuk bergerak :
Memberi keselesaan ketika menjalankan aktiviti permainan / aktiviti berkumpulan.

Persekitaran kelas yang cukup dengan pencahayaan dan pengaliran udara adalah penting :
Membangkitkan semangat belajar dan memberi keselesaan kepada murid ketika belajar.

Contoh: menyediakan jadual tugas harian kelas.

Suara

ASPEK EMOSI

Sistem Kepercayaan Guru


Teknik Kawalan Kelas Stail Kepimpinan dan Kaedah Mengajar Kelucuan Penggunaan Pujian

Suara
Ciri-ciri suara yang menimbulkan kesan emosi melibatkan gaya, nada, kelangsingan, kadar penyampaian dan kelicinan aliran pertutturan

Sistem Kepercayaan Guru


Dapat mencorak tingkah lakunya nya di kelas sehinggakan mempengaruhi tingkah laku murid-murinya

Teknik Kawalan Kelas


Terdiri dari jenis positif/negatif. Kawalan positif adalah seperti pemberian pujian dan pemberian hadiah. Kawalan negatif pula ialah dendaan dan tidak memberi ganjaran.

Stail Kepimpinan dan Kaedah Mengajar


Akan mempengaruhi pelajarnya dari segi untuk bekerjasama serta lebih mementingkan tugasan, lebih berinisiatif dan lebih toleransi.

Kelucuan
Kegunaan jenaka: mengurangkan suasana emosi yang tegang, memulihkan suasana yang muram mengeratkan perhubungan yang sedia ada dan memudahkan P&P

Penggunaan Pujian
Memberi pujian secara lisan sama ada secara perseorangan/ di khalayak ramai

6.Kurikulum yang disediakan tidak seharusnya terlalu ketat.

Rancangan pengajaran dan pembelajaran perlu fleksibel Dapat menarik minat, keperluan serta kebolehan murid dalam memenuhi kurikulum Contoh: menggunakan alat bantu mengajar yang menarik dan mudah difahami ketika mengajar Dari segi pendidikan, membekalkan objek maujud adalah penting untuk proses pembelajaran kanak-kanak dan perkembangan ke peringkat kefahaman yang abstrak.

7.Menggunakan contoh-contoh yang konkrit serta analogi yang sesuai.


Isi pelajaran dan aktiviti pelajaran yang disediakan perlu selaras dengan tahap perkembangan murid-murid. Hal ini untuk mengelakkan murid mudah memahami dan tidak jemu dengan ilmu yang diajarkan. Contoh: membawa murid-murid ke persekitaran sekolah untuk mengenali pelbagai jenis benda hidup.

8. Setiap tajuk pelajaran perlu disusun dan dipertingkatkan. Perlulah disusun daripada yang mudah kepada yang sukar Dapat menjamin agar murid dapat memperoleh hasil pembelajaran yang maksimum Contoh: memberi murid latihan yang berbentuk objektif terlebih dahulu sebelum membenarkan mereka menjawab soalan kefahaman/ subjektif atau mengajar murid untuk menulis seiring mengajarnya cara membaca

5.2 : Teori Konstruktivisme (Lev Vygotsky)


a) Jelaskan maksud Scaffolding. b) Bincangkan mengenai Zon Perkembangan Proksimal. c) Huraikan implikasi Teori Pembelajaran Vygotsky kepada guru dalam melaksanakan proses pengajaran di bilik darjah.

LEV VYGOTSKY

Vygotsky berpendapat Scaffolding yang diberikan kepada seorang kanak- kanak adalah penting bagi membantu mereka mencapai tahap optimum dalam pembelajaran.

Apa itu Scaffolding ???


Konsep Scaffolding amat berkait rapat dengan idea Zon Perkembangan Proksimal.
Scaffolding adalah satu struktur sementara yang digunakan untuk menyokong bahan-bahan dalam pembinaan atau pembaikan sesuatu bangunan.

Secara umumnya, Scaffolding : mengubahsuai tahap sokongan yang diberikan.

Perspektif pendidikan, ia merupakan hubung kait antara bantuan yang diberikan oleh guru terhadap murid-murid.

Scaffolding merupakan sejenis kaedah yang bermaksud bantuan atau bimbingan, petunjuk, tatacara oleh orang dewasa atau rakan yang lebih berpengetahuan dalam menguasai sesuatu bidang atau ilmu.

Santrock (2007), mengatakan bahawa Apabila seseorang pelajar mempelajari kemahiran baru atau kemahiran yang sukar, guru perlu memberi bimbingan penuh tetapi apabila pelajar sudah mula memahami, bimbingan yang diberikan hendaklah dikurangkan sehingga pelajar boleh menguasai kemahiran tersebut.

Dalam erti kata lain, pada awal pembelajaran, pelajar diberi bantuan dengan kadar yang lebih kerap namun apabila pelajar tersebut dipercayai sudah boleh menguasai

kemahiran yang diajar, tunjuk ajar yang diberikan semakin


dikurangkan seterusnya tiada langsung panduan diberikan.

Apabila menggunakan kaedah Scaffolding, perbualan dan interaksi merupakan alat terpenting bagi membolehkan

pelajar menyusun konsep- konsep baru secara lebih


sistematik.

ZON
PERKEMBANGAN

PROKSIMAL

Definisi
ZPP : menerangkan mengenai bagaimana kemahiran-kemahiran yang sukar dilakukan oleh kanak-kanak boleh dijayakan dengan bantuan dan bimbingan orang dewasa atau rakan sebaya yang lebih mahir. ZPP bertujuan untuk menolong kanak-kanak berkembang dari tahap sosial kepada tahap peribadi.

Terdapat dua tahap ZPP iaitu :-

HAD BAWAH

ZON PERKEMBANGAN PROKSIMAL

HAD ATAS

HAD ATAS
(Tahap perkembangan potensi)

HAD BAWAH
(Tahap perkembangan sebenar)

Kanak-kanak dapat menyelesaikan masalah secara sendiri tanpa bantuan. Pada peringkat ini, kemahiran kanak-kanak dapat dicapai melalui pengetahuan sedia ada di dalam diri.Contohnya, kanak-kanak sudah mahir menambah angka 1 hingga 100.

Perkara yang boleh dilakukan oleh kanak-kanak dengan bimbingan orang dewasa. Pada peringkat ini,kemahiran kanak-kanak boleh dicapai dengan bantuan individu yang lebih mahir. Contohnya boleh membuat angka 1 hingga 1000 sendiri.

GURU

PELAJAR

ZPP
Jarak kefahaman antara pengetahuan lama dengan pengetahuan baru yang melibatkan individu yang lebih mahir.

Pelajar memahami sesuatu perkara berdasarkan pengetahuan jangka masa panjang sedia ada di dalam minda ( had bawah) .

Kaedah Scaffolding digunakan oleh guru kepada pelajar bagi menyampaikan sesuatu pengetahuan baru. Hasilnya pelajar mencapai tahap kefahaman yang lebih tinggi (had atas) melalui tunjuk ajar guru.

Walau bagaimanapun, pengetahuan baru yang dicapai oleh pelajar tidak akan melebihi pengetahuan individu yang memberi tunjuk ajar.

PENJELASAN
Kanak-kanak dapat mengira bilangan bentuk secara bebas dari 1 sehingga 15. Sebaik sahaja disuruh mengira bilangan bentuk yang HAD BAWAH berwarna merah, kanak-kanak menghadapi masalah.

ZPP

Bantuan diberikan sepanjang proses mengira bilangan bentuk berwarna merah. Galakan berupa pujian juga diberikan sebagai ganjaran apabila kanak-kanak dapat mengira dengan betul.

HAD ATAS

Kanak-kanak sudah boleh menguasai kemahiran mengira melalui tunjuk ajar yang diberikan. Hasilnya, kanak-kanak tidak lagi memerlukan panduan.

KESIMPULAN
Tahap pengetahuan yang dicapai oleh seseorang kanak-kanak adalah berbeza daripada orang dewasa. Melalui konsep ZPP, pencapaian adalah bergantung kepada pengetahuan orang dewasa yang lebih kemahiran. Walau bagaimanapun, pengetahuan tersebut adalah terhad mengikut tahap pemikiran kognitif seseorang kanak-kanak dan pengetahuan tersebut tidak akan melebihi pengetahuan orang dewasa yang memberi bimbingan tersebut.

Kajian Vygotsky Terhadap Perkembangan Kognitif


Mengikut kefahaman konstruktivisme, ilmu pengetahuan di sekolah tidak boleh dipindahkan daripada guru kepada murid dalam bentuk yang serba sempurna. Murid perlu membina sesuatu pengetahuan itu mengikut pengalaman masing-masing di mana pembelajaran adalah hasil daripada usaha murid itu sendiri . Blok binaan asas bagi ilmu pengetahuan di sekolah ialah skema iaitu aktiviti mental yang digunakan oleh murid sebagai bahan mentah bagi proses renungan dan pengabstrakan.

Namun, Vygotsky (dalam Souviney, 1989) pula mengatakan bahawa operasi mental adalah dirangsangkan melalui interaksi sosial yang aktif dengan rakan sebaya dan orang dewasa yang lebih mahir. Operasi-operasi ini akan diserap ke dalam minda seseorang dan menukar menjadi sesuatu yang diperlukannya. Beliau juga mengatakan bahawa pengajaran berkesan ialah apabila pelajar bekerjasama melibatkan diri dalam aktiviti di dalam kelas yang menyokong pembelajaran dan menerima bimbingan yang berpatutan dari guru. Guru berperanan mengorganisasikan interaksi untuk membantu kanak-kanak menyelesaikan tugasan pembelajaran. Lev Vygotsky percaya bahawa perkembangan kognitif dipengaruhi oleh faktor persekitaran, sosial dan budaya.

Implikasi Teori Pembelajaran Vygotsky kepada guru dalam melaksanakan proses pengajaran di bilik darjah.

Memberi galakan

Galakan bercakap sendiri

IMPLIKASI TEORI DALAM PEMBELAJARAN

Memberi ujian yang jelas dan sistematik

Kaitkan pembelajaran dengan pengalaman sebenar

Arahan yang bermakna

Memberi galakan

Menggalakkan pelajar yang mahir membantu rakan yang kurang mahir. Guru menggunakan strategi pengajaran yang koperatif dan kolaboratif serta pengajaran secara berkumpulan. Bentukkan kumpulan heterogenus iaitu : dimana kanakkanak dengan tahap kemahiran yang pelbagai diletakkan dalam satu kumpulan.

Memberi pujian yang jelas dan sistematik

Guru perlu menentukan bahawa pujian diberi dengan betul dan bersesuaian dengan tingkah laku murid. Murid akan berasa dihargai dan bersemangat untuk belajar tentang sesuatu perkara.

Arahan yang bermakna

Guru memberikan arahan yang jelas dan bermakna yang sebolehbolehnya mempunyai kaitan antara pengajaran dengan kehidupan seharian kanak-kanak. Kurangkan penghafalan dan bimbing kanak-kanak untuk mengaplikasikan pengetahuan mereka kepada pengalaman sebenar. Contoh aktiviti : pengajaran PAFA di sekolah.

Kaitkan pembelajaran dengan pengalaman sebenar

Murid- murid dapat memahami sesuatu pembelajaran baru dengan mudah kerana pengalaman yang telah dilalui. Contoh : Guru menyuruh murid mengira bilangan gula-gula dengan menyentuh setiap satu gula-gula yang telah dikira.

Galakan bercakap sendiri

Guru menggalakkan kanakkanak bercakap sendiri semasa menyelesaikan sesuatu masalah. Galakkan kanak-kanak untuk merealisasikan idea semasa bercakap sendiri ke dalam situasi yang memerlukan penyelesaian. Contoh aktiviti : penulisan esei pendek bertajuk Aku Sebatang Pen.

You might also like