You are on page 1of 2

APLIKASI PRINSIP TEKANAN UDARA

BIL 1 APLIKASI Picagari PENERANGAN Digunakan untuk menyedut cecair (a) Apabila piston ditarik ke atas, isipadu dalam picagari bertambah, maka tekanan berkurang. (b) Apabila piston ditarik ke atas, isipadu dalam picagari bertambah, maka tekanan berkurang.

Sifon

Sifon: satu tiub ringkas daripada getah, plastik atau kaca. Kegunaan: memindahkan cecair dari kedudukan tinggi ke kedudukan lebih rendah (a) Apabila air disedut keluar daripada tiub pada X, air akan terus mengalir keluar. (b) Tekanan atmosfera lebih tinggi akan memaksa air memasuki sifon pada Y untuk menghasilkan pengaliran yang berterusan.

Pam penyembur

Digunakan untuk menyembur insektisid (a) Apabila piston ditolak ke dalam silinder, udara dalam silinder meluru keluar daripada bukaan pada kelajuan yang sangat tinggi. (b) Ini akan menyebabkan suatu kawasan bertekanan rendah di sekitar bukaan. (c) Tekanan udara yang tinggi dalam bekas menolak insektisid keluar daripada bekas melalui tiub yang halus. (d) Insektisid akan disemburkan sebagai titisan-titisan halus oleh udara yang keluar dari bukaan silinder itu.

Penyedut minuman

(a) Apabila udara disedut keluar daripada penyedut minuman, tekanan udara dalam penyedut berkurang.

(b) Tekanan atmosfera di luar penyedut lebih tinggi daripada tekanan udara dalam penyedut. (c) Tekanan atmosfera yang lebih tinggi di luar penyedut menolak cecair ke dalam penyedut.

Penghisap getah

(a) Apabila corong getah ditekan ke atas suatu permukaan licin yang rata, udara di bawah corong akan dipaksa keluar. (b) Tekanan udara di bawah corong getah menjadi rendah. (c) Tekanan atmosfera yang lebih tinggi di luar menolak corong getah dan memegangnya kuat pada dinding.

Menuang susu terkondensasi daripada tin.

(a) Bila tin ditebuk satu lubang: susu susah keluar kerana tekanan udara dalam tin susu lebih rendah daripada di luar tin. (b) Bila tin ditebuk dua lubang, susu mudah keluar kerana udara dari luar tin memasuki lubang kedua dan membantu mengimbangkan tekanan dalam dan luar tin.

Pam sedut

Digunakan untuk membersihkan sumbatan dalam sinki atau paip penyaliran (a) Apabila pemegang pam sedut ditekan ke bawah, udara di bawah getah dipaksa keluar. Tekanan udara dalam corong getah menjadi rendah. (b) Tekanan atmosfera lebih tinggi di luar corong getah menekannya dengan kuat ke atas permukaan sinki. (c) Apabila pemegang ditarik ke atas, tekanan udara lebih tinggi dalam paip penyaliran menolak kotoran keluar.

You might also like