You are on page 1of 13

TUJUAN: Untuk menentukan haba peneutralan bagi: (i) Asid hidroklorik (HCl) dan natrium hidroksida (NaOH) (ii)

Asid sulfurik (H2SO4) dan natrium hidroksida (NaOH) (iii) Asid nitrik (HNO3) dan kalium hidroksida (KOH) TEORI: Amali ini adalah berkaitan dengan termokimia. Termokimia merupakan kajian tentang perubahan haba dalam tindak balas kimia. Bahan kimia mempunyai ikatanikatan di antara atom-atom atau molekul-molekul. Ia memerlukan tenaga untuk bercantum dan berpecah antara satu sama lain. Perubahan haba akan wujud apabila suhu bahan kimia berubah hasil daripada tindak balas. Salah satu tindak balas dalam termokimia adalah haba peneutralan. Haba peneutralan merupakan perubahan haba yang berlaku apabila 1 mol ion H+ daripada asid meneutralkan 1mol ion OHdaripada alkali bagi

menghasilkan air pada keadaan piawai. Apabila asid dan alkali bertindak balas, ia akan membentuk air dan garam. Sebagai contoh: HCl(ak)+NaOH(ak)

NaCl(ak)+H2O(ce). Hasil tindak balas proses ini dikenali sebagai tindak balas peneutralan. Tenaga haba yang dibebaskan dipanggil sebagai haba tindak balas peneutralan. Sewaktu peneutralan, air akan dihasilkan. Ini kerana ion hidrogen, H + daripada asid akan bergabung dengan ion hidroksida, OH- daripada alkali untuk membentuk H2O. Tenaga haba yang dihasilkan ialah apabila 1 mol ion OH- bergabung dengan 1 mol ion H+ untuk menghasilkan 1 mol air, H2O. Semua haba peneutralan adalah sentiasa bersamaan dengan -57.3 kJmol-1. Ianya terhasil apabila 1 mol ion OHbergabung dengan 1 mol ion H+ untuk menghasilkan 1 mol air. Jumlah haba yang dibebaskan semasa tindak balas peneutralan bergantung kepada: a) Kepekatan asid dan alkali b) Kuantiti asid dan alkali yang digunakan c) Kebesan asid

Semua tindak balas haba peneutralan merupakan tindak balas eksotermik. Gambar rajah di tepi

menunjukkan jumlah relatif tenaga yang disimpan di dalam reaktant dan produk yang diukur dalam kJmol-1. Tindak balas peneutralan adalah eksotermik. Tahap tenaga produk lebih rendah daripada reaktant. Dalam pengeluaran haba ini, suhu di sekitar turut meningkat. Dalam tindak balas eksotermik, perubahan tenaga adalah negatif, ditulis sebagai H-ve. Ini kerana tenaga dilepaskan, jadi tenaga produk kurang daripada reaktant. BAHAN: EC1 1.0 mol dm-3 asid hidroklorik (HCl) EC2 1.0 mol dm-3 asid sulfurik (H2SO4 ) EC3 1.0 mol dm-3 natrium hidroksida (NaOH) EC4 1.0 mol dm-3 asid nitrik (HNO3 EC5 1.0 mol dm-3 kalium hidroksida (KOH) RADAS: 25cm3 pipette, termometer (0c 110c) 0.2c, 100cm3 silinder penyukat, cawan plastik bersama penutup, air suling. PROSEDUR: 1. Masukkan 25.0 cm3 EC1 ke dalam cawan plastik dengan menggunakan pipet. Suhu EC1 direkod sebagai suhu awal campurn R. 2. Tambah 60 cm3 larutan EC3 ke dalam cawan plastik mengandungi EC1 dengan menggunakan silinder penyukat. 3. Campuran R dikacau dengan teliti menggunakan termometer dan suhu tertinggi yang dicapai direkodkan. 4. Campuran R dituang dari cawan plastic. Cawan dibersihkan dan dibilas dengan air suling. 5. Prosedur di atas diulang dengan menggunakan: i. 25.0 cm3 EC2 untuk menggantikan EC1 untuk mendapatkan campuran S, dan ii. 25.0 cm3 EC4 dan 60.0 cm3 EC5 utuk menggantikan EC1 dan EC3 masingmasing untuk mendapatkan campuran T.

Keputusan: Campuran R EC1 + EC3 Suhu tertinggi (C) Suhu awal (C) Peningkatan suhu (C) 30.5 27 3.5 Campuran S EC2 + EC3 36.0 28.0 8.0 Campuran T EC4 + EC5 31.0 28.0 3.0

Langkah Berjaga-Jaga: 1. Kipas angin ditutup sebelum eksperimen dimulakan dan sepanjang eksperimen. 2. Cuci radas yang hendak digunakan berulang kali seperti termometer dengan air suling dan lap dengan kain kering sebelum menggunakannya semula. 3. Semasa mencampurkan larutan asid dan alkali ke dalam cawan plastik, hendaklah dituang dengan berhati-hati supaya tiada larutan yang terpercik keluar dan dikacau sebaik dicampurkan bersama. Ini bagi memastikan suhu campuran telah stabil dan mengurangkan kehilangan haba secara pantas ke persekitaran. 4. Selain itu, campuran yang bertindak balas tersebut juga perlulah dikacau agar percampuran secara homogenous dapat diperoleh. 5. Bacaan termometer diteliti sepanjang eksperimen supaya suhu tertinggi yang dicapai dapat direkod.

Langkah Keselamatan: 1. Larutan dicampurkan dengan berhati-hati supaya tiada baki yang terpercik keluar daripada cawan plastic. Jika masih ada yang terpercik keluar, lap dengan kain basah. 2. Selepas selesai eksperimen, cuci radas dengan air paip dan biarkan kering dengan meletak dan menyusun radas di tepat yang disediakan.

Perbincangan: Haba peneutralan 1. Haba peneutralan ialah tenaga haba yang dikeluarkan apabila satu mol air terbentuk daripada peneutralan antara satu mol ion hidrogen, H+ daripada asid dan satu mol ion hidroksida, OH- dari alkali. 2. Dalam tindak balas ini, ion hidrogen(H+) dan ion hidroksida(OH-) bergabung untuk menjadi air (H2O). Jadi, H+ + OH- H2O 3. Perubahan tenaga = mc Di mana, m = jisim campuran tindak balas c = muatan haba tentu campuran tindak balas

= perubahan suhu
4. Haba peneutralan dalam eksperimen biasanya kurang daripada nilai teori kerana sebahagian haba yang dilepaskan hilang ke persekitaran atau diserap oleh alat atau radas (thermometer, cawan plastik). Kedua-dua haba yang hilang ini diabaikan dalam pengiraan. 5. Langkah berjaga-jaga tambahan yang boleh diambil untuk mengurangkan kehilangan haba ke persekitaran ialah: i. mengalas cawan plastik dengan jubin putih sepanjang eksperimen supaya dapat mengurangkan jumlah haba yang diserap oleh persekitaran. ii. Balut cawan plastik dengan kain.

Tindak balas antara asid kuat dan alkali kuat 1. Asid kuat dan alkali kuat mengionkan sepenuhnya (completely ioinize) di dalam air. 2. Apabila kedua-dua bahan tindak balas ini dicampurkan, apa yang berubah dan berlaku ialah pembentukan molekul air. 3. Oleh itu, haba peneutralan adalah haba yang dibebaskan daripada pembentukan 1 mol air dan nilainya adalah kira-kira 57.3 kJ mol-1. 4. Oleh itu, haba peneutralan pelbagai jenis asid kuat dan alkali kuat adalah sama 5. .

Tindak balas antara asid lemah dan alkali kuat 6. Walau bagaimanapun, apabila asid atau alkali kuat terlibat, haba peneutralan adalah lebih rendah daripada 57.3 kJ mol-1. 7. Asid lemah adalah sebahagian dipisahkan dalam air. (partially dissociated in water) 8. Hal ini adalah kerana sedikit tenaga yang perlu memecah ikatan OH- untuk melepaskan ion-ion hidrogen atau ion hidroksida sebelum mereka boleh bertindak balas. 9. Oleh itu, perubahan haba bersih akan kurang daripada 57.3 kJ mol-1.

Rajah di atas menunjukkan tindak balas asid lemah dengan alkali. Tenaga haba diperlukan untuk memecahkan ikatan O-H sebelum H+ boleh bertindak balas dengan OHuntuk membentuk air. Oleh itu,perubahan haba bersih adalah kurang daripada 57.3 kJ mol-1.

10. Haba peneutralan, H antara asid dan alkali menjadi rendah mengikut urutan: H asid kuat/ alkali kuat > H asid kuat/ alkali lemah atau asid lemah/ alkali kuat > H asid lemah/ alkali lemah

Kesimpulan: i. Haba peneutralan bagi asid hidroklorik (HCl) dan natrium hidroksida (NaOH) adalah 42.8 kJmol-1. a) Haba peneutralan bagi asid sulfurik (H2SO4) dan natrium hidroksida (NaOH) adalah 114.2 kJmol-1. b) Haba peneutralan bagi asid nitrik (HNO3) dan kalium hidroksida (KOH) adalah 42.8 kJmol-1. c) Asid sulfurik ialah asid diprotik, maka haba peneutralannya adalah dua kali ganda daripada asid hidroklorik dan asid nitrik.

RUJUKAN: Buku: Eng N.H. Lim E.W. Lim Y. C. (2007). Chemistry SPM. Selangor: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Kooi F. Y., Ponnampalam J. (2006). Excel in STPM Chemistry, First Edition. Selangor Darul Ehsan: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Lim Y. S. (2004). Physical Chemistry. Selangor: Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

Norbani Abdullah, Hazar Bebe Mohd Ismail, Noor Hayati Ibrahim. (2009). College Matriculation Chemistry. Selangor: SAP Publication (M) Sdn. Bhd.

Sie L. I. & Hong Y. K (2005), Pre-U Chemistry STPM Matriculation First Edition. Selangor Darul Ehsan: Pearson Malaysia Sdn Bhd.

Laman web: David N. Blauch. (2009). Calorimetry: Heat of Neutralization. Diakses daripada http://www.chm.davidson.edu/vce/calorimetry/HeatofNeutralization.html pada Jan 18, 2013.

Papee H.M., Canady W.J., Laidlier K.J., The Heat Of Neutralization Of Strong Acids And Bases In Highly Dilute Aqueous Solutions. Diakses daripada http://www.nrcresearchpress.com/doi/pdf/10.1139/v56-216 pada Jan 18, 2013.

Yaksic A. (2000). Heat of Neutralization. Diakses daripada http://www.yaksic.com/hn26.html pada Jan 18, 2013.

Soalan: 1. Tuliskan persamaan ion bagi tindak balas yang terlibat dalam campuran R, S dan T. (2m)

Persamaan ion: Campuran R : Na+ (aq) + OH- (aq) + H+ (aq) + Cl- (aq) Na+ (aq) + Cl- (aq)+ H20 (l) Campuran S: Na+ (aq) + OH- (aq) + H+ (aq) + SO42-(aq) Na+ (aq) + SO42-(aq) )+ H20(l) Campuran T: K+ (aq) + OH- (aq) + H+ (aq) + NO3- (aq) K+ (aq) + NO3- (aq) + H20(l) 2. Bandingkan nilai haba peneutralan yang diperolehi bagi a) Campuran R dan S b) Campuran R dan T c) Campuran S dan T Terangkan mengapa berbeza atau sama di antara dua nilai yang diperolehi. (6m)

Pengiraan nilai haba peneutralan: Campuran R = HCl + NaOH NaCl + H2O Suhu awal = 28 0C Suhu tertinggi = 31 0C Peningkatan suhu = 31C - 28C = 3 0C

Jumlah mol bagi asid hidroklorik (HCl) n = m/ v = (1) 25 / 1000 = 0.025

Jumlah mol bagi natrium hidroksida (NaOH) n = m/ v = (1) 60 / 1000 = 0.060 H = mc = (60+25) x 4.2 x 3C = 1071 J. 1071 x

0.025 1 mole

X = 1071/0.025 = 42840J mol-1 = 42.8 kJ mol-1 Oleh yang demikian, haba peneutralan bagi campuran R adalah 42.8 kJ mol-1. Campuran S = H2SO 4 + 2NaOH Na2SO 4 + 2H20 Suhu awal = 28 0 Suhu tertinggi = 36 0C Peningkatan suhu = 36C -28C = 8 0C

Jumlah mol bagi asid sulfurik (H2SO 4) n = m/ v = (1) 25 / 1000 = 0.025mol

Jumlah mol bagi natrium hidroksida (NaOH) n = m/ v = (1) (60) / 1000 = 0.060 mol H = mc = (60+25) x 4.2 x 8.0

= 2856 J 2856 x

0.025 1 mole

X = 2856/0.025 = 114 240 J mol-1 = 114.2 kJ mol-1 Oleh yang demikian, haba peneutralan adalah 114.2kJ mol-1. Campuran T = HNO3 + KOH KNO3 + H20 Suhu awal = 28 0 Suhu tertinggi = 31 0C Peningkatan suhu = 31C -28C = 30C

Jumlah mol bagi asid nitrik ( HNO3) n = m/ v = (1) 25 / 1000 = 0.025mol Jumlah mol bagi kalium hidroksida (KOH) n = m/ v = (1) (60) 2 / 1000 = 0.060X2 = 0.12 mol H = mc = (60+25) x 4.2 x 3 = 1071 J 0.025 1 mole 1071 x

X = 1071/0.025 = 42840J mol-1 = 42.8 kJ mol-1

Oleh yang demikian, haba peneutralan bagi KNO3 adalah 42.8 kJ mol-1.

Bandingan nilai haba peneutralan Campuran R


-1

Keputusan bandingan dan keterangan Nilai haba campuran S adalah sekali ganda lebih tinggi berbanding dengan Campuran R. (nilai beza)

Campuran S

- 57.12 kJ mol

- 114.24 kJ mol

-1

Ini disebabkan campuran S adalah hasil peneutralan antara asid dwibes dengan alkali kuat. Selain itu, apabila asid sulfurik , H2SO4 dineutralkan oleh natrium hidroksida, NaOH, nilai haba peneutralan adalah dua kali ganda. Ini disebabkan oleh sifat asid diprotik yang dimiliki oleh asid sulfurik menghasilkan 2 mol ion hidrogen, H+.

Campuran R

- 57.12 kJ mol

-1

Campuran T

- 57.12 kJ mol

-1

Nilai haba antara campuran R dan T adalah sama. (nilai sama)

Ini disebabkan kedua-dua campuran R dan T adalah hasil campuran asid monobes dengan alkali kuat. Campuran S
114.24 kJ mol
-1

Campuran T

- 57.12 kJ mol

-1

Nilai haba campuran S adalah sekali ganda berbanding dengan Campuran T. (nilai beza)

Ini disebabkan campuran S adalah hasil peneutralan antara asid dwibes dengan alkali kuat. Selain itu, sifat asid diprotik yang dimiliki oleh asid sulfurik menghasilkan 2 mol ion

hidrogen, H+. 3. Haba peneutralan antara asid kuat dan bes lemah ialah -57.3 kJ mol-1. Cadangkan dua cara untuk memperbaiki prosedur yang diberi untuk mendapat nilai lebih kurang -57.3 kJ mol-1? i) (4 m)

Menggunakan cawan polystyrene, kerana polystyrene lebih boleh menyimpan haba berbanding dengan plastik.

ii)

Bahan tindak balas (asid dan alkali) mesti dicampur dengan segera dan dikacau supaya tindak balas itu boleh lengkap dalam masa yang singkat.

iii)

Bacaan termometer mesti diteliti sepanjang eksperimen supaya suhu tertinggi yang tercapai dapat direkod.

4. Adakah haba peneutralan antara asid kuat dan asid lemah lebih atau kurang daripada -57.3 kJ mol-1? Terangkan . i) Haba peneutralan asid kuat Asid kuat dan alkali kuat mengionkan sepenuhnya (completely ioinize) di (3 m)

dalam air. Apabila kedua-dua bahan tindak balas ini dicampurkan, apa yang berubah dan berlaku ialah pembentukan molekul air. Oleh itu, haba peneutralan adalah haba yang dibebaskan daripada pembentukan 1 mol air dan nilainya adalah kira-kira 57.4 kJ mol-1. Oleh itu, haba peneutralan

pelbagai jenis asid kuat dan alkali kuat adalah sama.

ii)

Haba peneutralan asid lemah Manakala dalam peneutralan bagi asid lemah pula, asid lemah hanya mengion secara separa di dalam air. Hanya sebilangan kecil ion hidrogen, H + akan terhasil. Ini adalah kerana kebanyakan molekul asid lemah masih wujud sebagai molekul tak terion. Tenaga haba diperlukan untuk memutuskan ikatan molekul asid tersebut supaya pengionan lengkap berlaku. Maka sebahagian daripada haba peneutralan yang terhasil digunakan untuk mengionkan molekul asid lemah tersebut. oleh yang demikian, haba peneutralan bagi asid lemah akan lebih rendah atau kurang daripada -57.3 kJmol-1.

LAMPIRAN BERGAMBAR:

25.0 cm3 EC1 diambil menggunakan pipet.

Campuran R (EC1 dan EC3) dikacau sebelum bacaan suhu diambil.

Bacaan suhu tertinggi yang dicapai dicatat.

Perbandingan suhu antara campuran R, S dan T.

You might also like