P. 1
sistem peredaran darah

sistem peredaran darah

|Views: 31|Likes:
Published by Anis Atika
darah
darah

More info:

Published by: Anis Atika on Apr 20, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

12/30/2013

pdf

text

original

PJM3106 Anatomi dan Fisiologi : Sistem Peredaran Darah Adalah salah satu sistem yang penting di dalam tubuh

badan. Sistem ini mengedarkan darah bermula dari jantung ke seluruh badan dan masuk ke jantung semula. Sistem peredaran darah manusia juga dikenali sebagai sistem peredaran tertutup kerana darah mengalir di dalam salur darah yang tertutup. Fungsi asas peredaran darah ialah menyampaikan zat-za makanan dan oksigen kepada sel-sel di dalam badan dan mengeluarkan karbon dioksida dan bahan yang tidak dikehendaki dari sel. Sistem darah manusia mempunyai dua jenis iaitu peredaran pulmonari dan sistemik. Peredaran Pulmonari Peredaran ini membawa darah tidak beroksigen dari jantung melalui arteri pulmonari ke paruparu dan balik ke jantung melalui vena pulmonari. Peredaran Sistemik Peredaran ini membawa darah beroksigen dari jantung melalui aorta ke semua bahagian badan dan balik ke jantung Struktur anatomi sistem ini terdiri daripada  Jantung  Saluran darah  Darah Jantung Jantung terletak di dalam ruangan toraks (sangkar rusuk) di belakang tulang sternum, di hadapan tulang belakang dan kedudukannya menyendeng dari kanan ke kiri. Organ ini boleh dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu kiri dan kanan. Ia dibahagikan oleh dinding yang dipanggil septum. Lapisan jantung pula terdiri daripada 3 lapisan iaitu: Pericardium (luar)  Myocardium (tengah)  Endocardium (dalam) Jantung mempunyai 4 ruang iaitu:  2 ruangan atas dikenali sebagai atrium  2 ruangan bawah dikenali sebagai ventrikel Antara atrium dan ventrikel terdapat injap yang mengawal pengaliran darah di dalam jantung.

Semua arteri membawa darah beroksigen kecuali arteri pulmonari . Seterusnya dalah mengalir melalui vena pulmonari ke atrium kiri. Arteri bercabang-cabang membentuk arteriol. Dinding arteri tebal. Dari ventrikel kiri darah mengalir melalui injap aorta ke salur aorta untuk dihantar ke seluruh badan. darah akan melalui injap mitral (bikuspid) masuk ke ventrikal kiri. Denyutan Jantung. Apabila atrium kiri menguncup. berotot dan elastik supaya ia boleh tahan tekanan darah yang tinggi disebabkan oleh denyutan jantung. Pertukaran oksigen dan karbon dioksida berlaku di paru-paru. Apabila atrium kanan menguncup. darah masuk ke ventrikel kanan melalui injap trikuspid Pengucupan ventrikel menolak darah melalui injap pulmonari ke dalam arteri pulmonari dan seterusnya ke paru-paru.Aliran Darah Venakava membawa darah yang mengandungi karbon dioksida ke atrium kanan. "Anda boleh merujuk di sini untuk nota ini" Struktur dan Fungsi Salur Darah Terdapat 3 jenis salur darah yang utama:  Arteri  Vena  Kapilari Arteri Arteri ialah salur darah yang membawa darah keluar dari jantung ke bahagian-bahagian lain badan.

Dinding-dindingnya yang nipis serta telap memudahkan resapan bahan-bahan antara darah dan tisu-tisu berlaku dengan cepat. . Kapilari Darah Kapilari darah ialah salur darah yang terkecil sekali. iaitu arah ke jantung. Injap-injap ini akan tertutup jika darah mengalir ke belakang dalam alirannya. Dinding kapilari darah hanya setebal satu sel. Vena dilengkapi dengan injap-injap yang menentukan darah mengalir hanya dalam satu arah sahaja. Darah yang berada dalam vena mengalir pada tekanan yang rendah dan oleh itu. Vena yang terkencil sekali dinamakan venul Semua vena membawa darah tidak beroksigen kecuali vena pulmonari.Vena Vena ialah salur darah yang membawa darah ke jantung dari bahagian-bahagian lain badan. Vena mempunyai dinding yang nipis dan saluran yang lebih besar jika dibandingkan dengan arteri. dinding yang tebal tidak diperlukan. Kapilari darah menghubungkan arteriol kepada venul. Saluran yang besar memberikan kurang rintangan terhadap pengaliran darah.

Kandungan: a) Eritroit yang matang tidak mempunyai nukleus.002mm) Rupa bentuk: a) Berbentuk cakera dwicekung b) Membrannya yang bersifat kenyal itu membolehkannya berubah menjadi lebih berbentuk sabit semasa lalu menerusi kapilari darah yang sempit. Air membentuk sebahagian besar daripada plasma. Darah terdiri daripada  Pepejal (sel darah ) 40%  Cecair (plasma) 60% Tubuh manusia mengandungi lebih kurang 8 – 10 pain (6 liter) darah. beredar di dalam badan dengan bantuan pengecutan otot-otot rangka dan otot-otot jantung. Terdapat 3 jenis sel darah yang utama. sel darah merah. c) Hemoglobin ditakrifkan sebagai pigmen respirasi yang didapati pada eritrosit haiwan vetebrat.008mm) dan tebalnya 2 mikrometer (0. eritrosit. sel darah putih dan sel pembekuan (platelet) Sel Darah Merah Saiz: Diameternya 8 mikrometer (0. Komponen plasma: Membentuk 55% daripada isipadu darah. sel darah putih (leukosit) dan platlet(trombosit). Darah manusia terdiri daripada 2 komponen: Komponen sel: Membentuk 45% daripada isipadu darah. Darah ditakrifkan sebagai bendalir badan yang terdiri daripada plasma yang mengapungkan luekosit. Darah terdiri daripada plasma. iaitu sel darah merah (eritrosit). faktor pengumpal dan unsur-unsur ion. . Ia merupakan suatu tisu tetapi bersifat bandalir. b) Merupakan suatu pundi yang mengandungi larutan pekat pigmen merah yang disebut hemoglobin.Darah Darah ialah satu jenis bendalir badan dalam badan manusia.

d) Leukosit mempunyai sitoplasma yang bergranul atau tidak bergranul. Kumpulan hem mengandungi besi (ferum) dan berwarna. Eritrosit baru menggantikan eritrosit yang tua dan yang tercedera. tonsil. Kandungan: a) Makanan sel meliputi protoplasma yang terdiri daripada nukleus dan sitoplasma. e) Oksigen berpadu dengan hemoglobin. sumsum tulang. kira-kira 2 atau 3 hari sahaja. b) Leukosit tersebar bukan sahaja dalam sistem peredaran tetapi. iaitu sel berbentuk ameba yang didapati di dalam organ limpa. 10 mikrometer (0. Setiap daripada 4 atom besi di dalam satu molekul hemoglobin berupaya berpadu secara longgar dengan satu molekul oksigen. c) Tidak berwarna kerana sitoplasmanya tidak mempunyai hemoglobin. nodus limfa dan hati. Ciri-ciri lain: a) Tempoh hayat eritrosit adalah kira-kira 120 hari. timus dan limfa. b) Mempunyai nukleus yang mungkin bercuping. juga di dalam sistem limfa dan di dalam tisu-tisu perantara. Pertukaran bentuk berlaku apabila menembusi dinding kapilari darah dan semasa fagositosis. Sel Darah Putih Saiz: Berubah-ubah. b) Eritrosit yang tua disingkirkan daripada aliran oleh makrofaj. c) Eritrosit baru dibentuk di dalam sumsum tulang yang terdapat pada tulang panjang dada dan anggota. e) Granulosit mempunyai sitoplasma bergranul dan nukleus berbilang cuping.d) Hemoglobin ialah suatu molekul kompleks yang terbina daripada 4 kumpulan hem. Ciri-ciri lain: a) Leukosit dibentuk di dalam sumsum tulang dan di tisu-tisu limfa seperti di nodus limfa.01mm) Rupa bentuk: Luekosit boleh menukar bentuknya. d) Leukosit dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu granulosit dan agranulosit. c) Tempoh hayat leukosit adalah singkat. .

Sel-sel ini tidak mempunyai nukleus. Sel ini hidup selama lebih kurang 10 hari Fungsi Darah 1. http://notapendidikanjasmani. 4. Membawa oksigen dan zat-zat makanan ke seluruh sel dan tisu badan. iaitu trombosit merupakan serpihanserpihan sitoplasma yang sangat kecil. 2.com/2011/12/pjm3106-anatomi-dan-fisiologisistem.html . Memberi warna kepada kulit Mengawal suhu badan. hormon-hormon dan enzim-enzim.blogspot.Sel Pembeku Darah (Platelet) Sel-sel ini terbentuk daripada luluhan sel-sel lain. 5. Melawan jangkitan kuman. 3. Membawa bahan buangan atau kumpulan. Ia memainkan peranan penting dalam pembekuan darah.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->