You are on page 1of 8

Mata pelajaran Hari & Tarikh Kelas Bil.

Murid Masa Tema Tajuk lagu Konsep muzik

Pendidikan Muzik Isnin, 1 April 2013 5 Diamond 34 12.00 01.00 p.m. Nyanyian diiringi perkusi badan Kalau anda gembira a) Irama b) Jenis-jenis imitasi c) Improvisasi d) Perkusi badan e) Kawalan melodi f) Ekspresi g) Tempo Allegro / Adagio h) Perkusi semula jadi a) Dapat memperkembangkan potensi kanak-kanak yang semula jadi mengikut kebolehan tahap masing-masing. b) Mengalakkan kanak-kanak mencipta idea muzikal yang baru. c) Membolehkan kanak-kanak merasai muzik pada keseluruhannya dengan badan mereka sambil bermain, terutamanya ritma dan dinamik mereka.

Hasil Pembelajaran

Objektif Eksplisit

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran: a) Sekurang-kurangnya 80% murid-murid dapat mengaplikasikan perkusi badan sambil menyanyi

dalam pelbagai jenis aktiviti dan dapat mengimprovisasikannya. b) Murid-murid dapat mengikuti pengajaran guru dan kemahiran serta pengalaman ini kemudian Penerapan Nilai dipindahkan kepada permainan alat muzik lain seperti piano, rekoder, flute dan sebagainya. a) Bekerjasama b) Berdisiplin c) Hormat-menghormati d) Berkeyakinan

Masa/ Langkah

Isi Pelajaran 1. Memainkan lagu. 2. Meneka tajuk lagu dan meter lagu.

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran 1. Guru memainkan melodi lagu Kalau Anda Gembira dan menyuruh murid mencari detik lagu ini dengan menepuk jari. Apakah meter lagu? 4/4 2. Guru memainkan melodi lagu sambil menyanyi dan murid meneka tajuk lagu.

Catatan Konsep muzik yang diterapkan: Tempo(meter) Nilai: berdisiplin

Induksi Set (5 minit)

Langkah 1 1. Pengenalan satu lagu yang (7 minit) bertajuk Kalau Anda Gembira. 2. Imitasi perbuatan guru dan menghafalkan lirik lagu. 3. Improvisasi dengan menukarkan dua perkataan di akhir frasa 1, 2 dan 4 bagi lirik lagu dengan nama gerakan badan lain. Lirik lagu asal:

1. Guru menyoal murid Apakah perkara yang boleh membuat anda berasa gembira? (pilih beberapa murid menjawab) makan / cuti / perayaan. 2. Guru menunjukkan lirik lagu dan mengajar murid menyebutkan lirik lagu dengan mengikuti tempo lagu iaitu pertuturan irama. 3. Guru menyanyi sambil membuat kawalan melodi (menggunakan jari menunjukkan pic lagu) frasa demi frasa. Murid membuat imitasi pergerakan guru. Ulangan satu kali. 4. Setelah murid dapat mengikuti tempo dan pic lagu

Konsep muzik yang diterapkan: Perkusi semula jadi, eskpresi, irama, tempo Nilai: bekerjasama, berdisiplin

Kalau anda gembira tepuk tangan, kalau anda gembira tepuk tangan, kalau anda gembira, beginilah caranya, kalau anda gembira tepuk tangan. Improvisasi lagu: Kalau anda gembira kelip mata, kalau anda gembira tarik rambut, kalau anda gembira, beginilah caranya, kalau anda gembira buka mulut. Langkah 2 1. Pengenalan perkusi badan (7 minit) iaitu tepuk tangan, petik jari, hentak kaki dan tepuk paha. 2. Improvisasi lagu dengan menambahkan jenis perkusi badan dalam satu lagu. Improvisasi lagu:

serta dapat menyanyi lagu dengan baik, maka guru akan menyeru murid menyanyi dengan aksi mengikuti maksud lirik lagu di akhir frasa 1, 2 dan 4. 5. Guru akan menukarkan dua perkataan di akhir frasa 1, 2 dan 4 lirik lagu dengan nama perkusi badan lain. 6. Murid menyanyi lagu dengan menggunakan perkusi semula jadi iaitu guna pensel ketuk meja tetapi murid membuat aksi mengikuti maksud lirik lagu bagi akhir frasa 1, 2, 4. 7. Murid akan mengulangi aktiviti tersebut dengan menyanyikan lagu secara lambat atau cepat dengan suara besar atau suara kecil mengikuti arahan guru. 1. Guru mengajar murid menyanyi sambil membuat pergerakan perkusi badan. 2. Apabila menyanyi, murid membuat gerakan mengikuti guru dan membuat gerakan aksi mengikuti maksud lirik lagu di akhir frasa 1, 2 dan 4. Ulangan nyanyian 1 kali. Di samping menyanyi dan membuat gerakan, murid perlu hafal lirik lagu. Konsep muzik yang diterapkan: pertuturan irama, perkusi badan, improvisasi,

Kalau anda gembira tarik rambut, kalau anda gembira goyang tangan, kalau anda gembira, beginilah caranya, kalau anda gembira buka mulut. Kalau anda gembira kelip mata, kalau anda gembira goyang kaki, kalau anda gembira, beginilah caranya, kalau anda gembira picit hidung.

3. Guru membahagikan murid kepada dua kumpulan untuk menjalankan aktiviti menyanyi secara soal jawab. Contoh aktiviti:
Kumpulan 1 (nyanyian + perkusi badan) Kalau anda gembira + tepuk paha Kalau anda gembira + tepuk tangan Kalau anda gembira, beginilah caranya + hentak kaki Kalau anda gembira + petik jari Kumpulan 2 (nyanyian + perkusi badan) Kalau anda gembira + tepuk paha Kalau anda gembira + tepuk tangan Kalau anda gembira, beginilah caranya + hentak kaki Kalau anda gembira + petik jari Kumpulan 2 (nyanyian jawab + pergerakan aksi megikuti maksud lirik lagu di akhir frasa 1, 2 dan 4) Tarik rambut Goyang tangan Nyanyi bersama-sama tanpa pergerakan perkusi badan Buka mulut

tempo Nilai: bekerjasama, berdisiplin

Kumpulan 1 (nyanyian jawab + pergerakan aksi megikuti maksud lirik lagu di akhir frasa 1, 2 dan 4) Kelip mata Goyang kaki Nyanyi bersama-sama tanpa pergerakan perkusi badan Picit hidung

4. Satu permainan mengimprovisasikan lirik lagu di

kalangan murid diadakan. 5. Cara permainan ialah setiap murid secara bergilirgilir menyanyi sambil membuat gerakan bagi satu frasa lagu dengan menggantikan dua perkataan akhir dengan nama gerakan perkusi badan yang lain. Murid lain mengikuti. Gerakan perkusi badan tidak boleh diulangi. Langkah 3 (8 minit) 1. Aktiviti kumpulan mencipta lirik lagu dan pergerakan diikuti dengan persembahan. 1. Guru membahagikan murid kepada 4 kumpulan (diketuai seorang murid lelaki) dan bagi masa perbincangan kumpulan 3 minit. 2. Setiap kumpulan diberi satu borang penilaian persembahan (Lampiran 1). 3. Murid akan berbincang dan bekerjasama untuk mencipta lirik lagu dan gerakan badan. 4. Apabila 3 minit tamat, setiap kumpulan membuat persembahan masing-masing di hadapan kelas. 5. Semasa persembahan dilakukan, kumpulan lain membuat pemerhatian dan membuat penilaian merujuk kepada borang penilaian. Selepas persembahan semua kumpulan, murid perlu pilih Nilai: bekerjasama, berdisiplin, hormatmenghormati Konsep muzik yang diterapkan: improvisasi, perkusi badan

kumpulan yang membuat persembahan terbaik dan menyatakan sebab memilih kumpulan tersebut.

1. Membuat rumusan dengan meminta murid memilih kumpulan yang terbaik dalam membuat persembahan dan sebab memilihnya.

1. Setiap kumpulan diminta mencatat nama ketua kumpulan terbaik pada belakang kertas borang penilaian dan memasukkan kertas ke dalam kotak. 2. Guru keluarkan satu kertas demi satu kertas sambil menunjukkan nombor pada kertas. 3. Kumpulan yang mendapat undian terbanyak dikira sebagai kumpulan persembahan terbaik.

Penutup (3 minit)

4. Guru membuat kesimpulan dengan murid tentang ciri-ciri kumpulan persembahan terbaik. Mengapa: bekerjasama / seragam 5. Apakah nama lagu yang kita belajari hari ini? a) Mud riang / gembira b) Tempo cepat / lambat (mana satu sesuai) c) Dinamik suara besar / kecil d) Meter 4/4 6. Semua murid menyanyi lagu asal bersama-sama.

You might also like