You are on page 1of 19

KEPENTINGAN HUTAN HUJAN TROPIKA DAN PEMELIHARAAN KAWASAN TADAHAN AIR

ISI KANDUNGAN
1.0Pendahuluan................................................................................................. 1 1.1Pengenalan..................................................................................................................... 1 1.2Tujuan Kertas Tugasan................................................................................................... 4 2.0Hutan Hujan Tropika di Malaysia....................................................................5 2.1Pengenalan..................................................................................................................... 5 2.2Kepentingan dan Kegunaan Hutan Hujan Tropika di Malaysia........................................6 2.3Hutan Sebagai Kawasan Tadahan Air...........................................................................10 3.0Pemeliharaan Kawasan Tadahan Air.............................................................11 4.0Kesimpulan................................................................................................. 15 Bibliografi........................................................................................................ 16

1.0

Pendahuluan 1.1 Pengenalan

Dunia masa kini semakin ligat mengejar kemajuan dan ketamadunan sehingga alam sekitar telah dipertaruhkan dan kini impak pembangunan menyebabkan bumi kita terancam daripada kepupusan akibat perbuatan manusia sendiri. Di suatu ketika dahulu, dunia mempunyai liputan hutan yang sangat meluas tetapi pelbagai aktiviti manusia telah menjadikan kebanyakan kawasan di dunia kini kehilangan sumber semulajadi ini. Isu alam sekitar kini terlalu banyak mengancam sumber hutan kita.

Hutan merupakan suatu ekosistem yang didominasikan oleh pokok dan tumbuhan berkayu. Ianya adalah habitat semulajadi untuk pokok, belukar, rumput dan tumbuhan herba yang lain serta alga, kulat, serangga, mamalia, burung, reptilia, amfibia dan mikro organisma yang hidup pada tumbuhan dan tanah di hutan. Hutan meliputi lebih daripada 30 peratus muka bumi dan menjadi stor kepada kepelbagaian biologikal di atas daratan dan menjadi tempat tinggal kepada lebih dua-pertiga daripada spesies terestrial yang diketahui di dalam dunia ini.

Hutan merupakan suatu komuniti biologi yang dipenuhi dengan pokokpokok dan tumbuhan berkayu (Abdul Hamid, 2000). Hutan merupakan anugerah alam yang mempunyai nilai yang sangat besat kerana ia mempunyai pelbagai fungsi kepada manusia. Antara lainnya, hutan bertindak sebagai penstabil iklim, mengekalkan kestabilan kitar air, memelihara tanah, mengekalkan kepelbagaian biologi, digunakan untuk tujuan rekreasi, pendidikan dan penyelidikan di samping memberikan pelbagai hasil mentah dan bahan makanan. Oleh itu wajarlah hutan perlu dipelihara dan dilindungi.

Hutan di Malaysia dianggap sebagai antara hutan yang terkaya di dunia disebabkan kepelbagaian biologinya yang besar di mana ia merupakan habitat kepada tidak kurang daripada 7,900 spesies tumbuhan berbunga, lebih kurang 1,000 spesies vertebrata dan 20,000 hingga 30,000 spesies invertebrata. Abdullah (1999) menyatakan bahawa kajian menunjukkan suatu kawasan dengan keluasan hanya 0.4 hektar sahaja mempunyai lebih daripada 200 pokok melebihi diameter 1.6 meter dan terdiri daripada 31 genera dan 52 spesies.

Walaupun hutan merupakan sumber asli yang kaya di negara ini tetapi kewujudannya semakin terancam. Usaha kerajaan mewartakan hutan sebagai Hutan Simpan Kekal tidak dapat membendung kawasan hutan yang diancam dan terdedah kepada industri perhutanan yang tidak terkawal. Contohnya, bagi tempoh antara 1971 1977, sejumlah 125,000 ekar terlibat dalam proses
2

penghutanan semula tetapi dalam masa yang sama, sejumlah 1.4 juta ekar daripada kawasan hutan mengalami pembalakan (News Straits Times, 30 ogos 1977).

Industri perhutanan di Malaysia merupakan salah satu industri yang aktif dan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan negara. Namun demikian, Katiman dan Asmah (2006) menyatakan bahawa terdapat banyak isu yang timbul daripada pentafsiran, penerokaan, penggunaan dan pengurusan sumber hutan hinggalah kepada peringkat menanganinya. Penggunaan sumber alam daripada hutan ini berkeupayaan merosakkan alam sekitar dan dengan itu memerlukan tahap kesedaran masyarakat yang tinggi untuk bekerjasama memulihara dan memelihara hutan. Penerokaan hutan di Malaysia biasanya dikaitkan dengan pembalakan hutan. Contohnya, penerokaan hutan di Tanah Tinggi Lojing di Kelangtan dan pemusnahan hutan di Bukit Cahaya Seri Alam, Selangor. Empangan Klau di Pahang dan penyahutanan hutan paya bakau di Selangor berlaku atas desakan ekonomi dan keluasan kawasan sedia ada yang semakin terhad. Penerokaan dan penggunaan sumber alam yang tidak cekap melalui pembalakan dan penerokaan hutan yang tidak terkawal akan menyebabkan sumber alam sekitar hutan terancam.

Kegiatan manusia membuka dan meneroka hutan untuk tujuan industri perhutanan dan pertanian telah menyebabkan ketandusan kawasan hutan. Di
3

negara jiran, Indonesia, amalan membakar kawasan hutan untuk membuka kawasan hutan yang luas bagi penanaman pokok kayu kertas akasia dan kelapa sawit menyebabkan bukan sahaja kehilangan kawasan hutan yang kaya dengan kepelbagaian biologikal tetapi menyebabkan masalah alam sekitar iaitu jerebu.

Pengurusan hutan adalah penting untuk memastikan hutan yang lestari kerana ianya akan memberi menafaat bukan sahaja sebagai warisan hasil hutan di masa akan datang tetapi memastikan keadaan alam sekitar yang terpelihara (Putz, 1994). Pengurusan hutan yang baik mengekalkan nilai hutan sebagai sumber balak dan produk hutan yang lain di samping memastikan biodiversiti dan melindungi kawasan tadahan air dan fungsi ekosistem yang lain (Putz, 1994).

1.2

Tujuan Kertas Tugasan

Kertas tugasan ini memberi fokus kepada kepentingan hutan hujan tropika di Malaysia dan perkaitannya dengan usaha pemeliharaan kawasan tadahan air.

2.0

Hutan Hujan Tropika di Malaysia

2.1

Pengenalan

Istilah hutan merujuk kepada suatu formasi yang yang dikuasai oleh pokok. Perkataan " hutan " biasanya merujuk kepada tiga konsep yang berlainan. Pertama: dirian pokok atau tumbuh-tumbuhan yang merupai pokok. Kedua: seluruh komuniti tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang dikuasai oleh pokok. Ketiga: seluruh sistem komuniti yang dikuasai oleh pokok yang berfungsi, termasuk substrat abiotik dan persekitaran atmosferanya.

Hutan Hujan pula adalah istilah yang digunakan untuk menunjukkan satu komuniti tumbuhan yang padat dengan pokok-pokok yang mempunyai adaptasi terhadap kelembapan di mana ia mempunyai daun-daun yang lebar walaupun saiz daun bukanlah ciri utama dalam pembentukan jenis hutan hujan. Pada kebiasaannya, struktur hutan hujan terdiri daripada dua atau lebih peringkat pokok-pokok dan tumbuhan renek yang turut berinteraksi bentuk tumbuhan yang lain seperti pepanjat, palma dan episit.

Hutan Hujan Tropika pula merujuk kepada jenis-jenis pembentukan tumbuh-tumbuhan yang bebas serta turut ditentukan oleh faktor alam sekeliling
5

selain daripada kelembapan. Takrif hutan tropika juga merangkumi lingkungan habitat darat dan habitat separa darat yang luas di zon intertropika. Hutan tropika terdapat di zon tropika di antara 23027 Utara dan 23027 Selatan. Hutan Hujan Tropika terdapat di Malaysia, Afrika, Latin Amerika, Amerika Selatan, IndoAustralia dan Asia Selatan.

Hutan hujan tropika di Malaysia boleh dibahagikan kepada dua kelas iaitu hutan-campuran (mixed forest) dan hutan dominan tunggal (single-dominant forest). Contoh hutan campuran adalah seperti hutan Dipterokarpa tanah pamah yang terdiri daripada berbagai famili tumbuhan manakala hutan dominan tunggal adalah seperti hutan dominan tunggal dari spesies kapur ( Dryobalanops aromatica) yang terdapat di Kanching, Selangor. Ia adalah campuran spesies yang berbeza-beza dari segi komposisi flora dan ia berubah mengikut habitat.

2.2

Kepentingan dan Kegunaan Hutan Hujan Tropika di Malaysia

Hutan hujan tropika merupakan suatu khazanah yang amat bernilai kepada semua orang di bumi ini tidak kira di mana jua kita tinggal. Hutan memainkan peranan yang penting dalam menjaga nilai kehidupan alam sejagat. Hutan penting bukan sahaja sebagai tanah ladang yang berpotensi tetapi sebagai simpanan balak

yang boleh dieksploitasi, sebagai sumber spesimen biologi yang baharu dan sebagai habitat bagi berbagai variasi flora dan fauna.

Hutan hujan tropika meliputi hanya 12% daripada jumlah kawasan dunia. Walau bagaimanapun, ia merupakan habitat semulajadi kepada hampir 50% hingga 90% spesies tumbuh-tumbuhan, haiwan dan serangga yang terdapat di dunia. Adalah dianggarkan bahawa satu hektar tanah hutan hujan tropika di Malaysia mengandungi lebih daripada 180 jenis pokok. Di Semenanjung Malaysia sahaja, terdapat lebih daripada 8,000 spesies tumbuhan berbunga, 200 spesies mamalia, 600 spesies burung, 115 spesies ular, 80 spesies cicak dan 100 spesies serangga telah direkodkan manakala di Sarawak pula, 70% daripada kawasannya adalah diliputi oleh hutan hujan tropika. Ianya merupakan habitat kepada lebih daripada 8000 spesies flora dan 20000 spesies fauna. Hutan membekalkan makanan secara langsung atau tidak langsung kepada haiwan yang memakan buah-buahan, bijian, putik bunga, pucuk daun dan bahagian pokok lain. Selain itu, ia juga adalah satu habitat yang sesuai kepada burung-burung yang datang semasa musim sejuk.

Selain dari itu, hutan juga merupakan tempat perlindungan semulajadi bagi orang-orang asli di kawasan pedalaman hutan. Mereka menyara hidup mereka melalui sumber hutan sejak beribu-ribu tahun dahulu. Kegiatan seharian mereka amat bergantung kepada hutan di mana mereka bukan sahaja
7

mendapatkan sumber makanan malah untuk mendapatkan pakaian dan tempat perlindungan. Contohnya, kumpulan etnik Bidayuh di Sarawak mnggunakan hutan untuk sumber pendapatan seharian mereka. Mereka mengumpulkan kebanyakan barang keluaran hutan seperti herba, gum ( damar ), sarang burung dan keladi untuk dijual di perbandaran sebagai sumber tambahan pendapatan kepada mereka.

Hutan juga bertindak sebagai penutup bumi semulajadi serta melindungi tanah-tanih daripada hakisan air dan angin. Pokok-pokok pula berfungsi sebagai pengikat dengan cara mencengkam tanah-tanih dengan akarnya. Kesemua ini dapat memelihara kualiti alam sekitar daripada dicemari dan mencegah kejadiankejadian buruk seperti banjir kilat. Selain dari itu, hutan juga menjadi penstabil cuaca bumi di mana hampir 70% daripada penawaran oksigen dunia adalah datangnya dari hutan hujan tropika. Pemusnahan yang berlarutan terhadap hutan akan menyebabkan berkurangnya penukaran karbon dioksida kepada organik karbon di udara. Peningkatan pemekatan karbon dioksida di udara akan mengakibatkan masalah pemanasan dunia terjadi. Ianya akan mempengaruhi pengurangan kadar gas dan secara tidak langsung mempengaruhi ketebalan lapisan ozon yang terdapat di atmosfera.

Selain dari itu, hutan juga merupakan sumber bahan mentah. Hutan merupakan tempat asal bagi kebanyakan tanaman makanan manusia dan haiwan.
8

Makanan yang kita guna seharian adalah berasal dari hutan hujan tropika. Antaranya termasuklah kopi, buah-buahan dan rempah. Hutan hujan tropika merupakan habitat asal beberapa pokok buah-buahan tempatan seperti manggis, rambutan, limau, pisang , betik, manggo dan nanas. Tumbuh-tumbuhan seperti halia, lada hitam, vanila, cengkih, kayu manis, buah pala dan lada juga tumbuh secara liar di hutan hujan tropika pada mulanya.

Tidak dinafikan juga, hutan merupakan tempat simpanan pokok-pokok yang mempunyai nilai-nilai perubatan. Adalah dianggarkan bahawa satu perempat daripada prekripsi dadah datang daripada tumbuhan yang terdapat di hutan hujan tropika. Contohnya ubat anti-Malaria dan kuinin. Begitu juga dengan perubatan tradisional masyarakat Melayu yang mengamalkan meminum air rebusan Tongkat Ali (Eurycoma longifolia dan E.apiculata) sebagai sejenis tonik kesihatan untuk ibu-ibu selepas bersalin. Selain dari itu, tumbuhan herba yang dikatakan ada nilai perubatannya termasuklah daripada jenis selusuh Fatimah/kacik Fatimah ( Labisia sp.), mempisang (Goniothalamus sp) dan medang (Cinnamomum sp.).

Hutan juga merupakan kawasan tadahan air dalam memelihara kualiti alam sekitar dengan menyerap dan menapis air hujan sebelum menyalurkannya ke sungai-sungai. Dengan itu, ia dapat memastikan bahawa bekalan air di negara kita tidak terputus sepanjang tahun.

2.3

Hutan Sebagai Kawasan Tadahan Air

Kawasan Tadahan merupakan suatu kawasan di mana hujan turun dan terkumpul membentuk saliran semulajadi. Air adalah sumber utama kepada manusia. Apabila hujan turun di kawasan tanah tinggi yang dilitupi hutan, air hujan akan menyerap ke dalam tanah dan tidak mudah tersejat. Air berkumpul di atas tanah membentuk alur. Alur-alur ini akan bercantum membentuk anak-anak sungai. Tumbuh-tumbuhan membantu mengekalkan lembapan dan

memperlahankan kadar aliran air. Oleh itu, air di kawasan tadahan dapat dikekalkan. Hutan hujan tropka berfungsi sebagai kawasan tadahan yang penting.

Kehadiran akar-akar pokok yang besar dan banyak di hutan membolehkan air hujan yang mengalir di permukaan tanah diserap ke dalam tanah. Dengan ini, ia dapat menghalang hakisan tanah dan mengelak tebing tanah daripada runtuh akibat arus air. Kawasan tadahan hujan mengawal limpahan air yang boleh mengakibatkan banjir kilat. Kita dapat melihat kejadian tanah runtuh dan banjir kilat di kawasan hutan yang telah digondolkan atau ditebang untuk tujuan pembalakan, perindustrian dan penempatan. Dr. Chan Ngai Weng, Presiden Water Watch Penang mengatakan bahawa hutan sebagai kawasan tadahan air mempunyai banyak faedah termasuklah fungsi ekologi, kawalan hakisan, kawalan banjir dan kawalan kepelbagaian hayat.

10

Hutan bertindak seperti span besar yang menyerap air di hutan pada musim hujan dan mengalirkannya perlahan-lahan ke dalam anak sungai. Seterusnya bertindak sebagai penuras yang menapis air hujan bagi memastikan air bersih dan jernih mengalir ke kawasan tadahan. Fungsi yang penting ini tidak dapat diganti oleh oleh tanaman seperti getah dan kelapa sawit. Kajian yang telah dijalankan menunjukkan bahawa pengaliran air di permukaan di kawasan getah dan kelapa sawit adalah lebih deras berbanding di kawasan berhutan. Contohnya, krisis kekurangan air yang berlaku di Melaka pada tahun 1992 adalah disebabkan 80% kawasan tadahan Empangan Durian Tunggal telah ditanam dengan getah dan kelapa sawit. Kekurangan lapisan hutan telah menyebabkan pengaliran air yang tidak sekata ke Sungai Bakung dan Sungai Air Putih. Akibatnya, sedikit sahaja air yang mengalir ke kawasan tadahan Durian Tunggal, Melaka.

3.0

Pemeliharaan Kawasan Tadahan Air

Di Malaysia, terdapat banyak tasik dan sungai yang menjadi sumber bekalan air yang utama. Kedudukan Malaysia di kawasan beriklim Khatulistiwa menyebabkan kawasan-kawasan tadahan air di Malaysia mempunyai paras air yang tinggi. Namun demikian, masalah bekalan air masa kini menjadi isu hangat dan mendatangkan pelbagai masalah kepada ekonomi negara. Pada masa kini, kawasan tadahan air di Malaysia mengalami penurunan paras air disebabkan kemarau dan penerokaan hutan yang berleluasa.
11

Pemeliharaan kawasan tadahan air dikaitkan dengan pemeliharaan kawasan hutan khususnya mengekalkan kawasan hutan melalui Hutan Simpan Kekal. Dari segi statistik,. jumlah keluasan litupan hutan di Malaysia masih banyak iaitu hampir 60 peratus daripada keluasan tanah atau 19.52 juta hektar. Dari jumlah itu, 14.39 juta diwartakan sebagai rizab hutan simpan kekal di mana 3.21 juta hektar dilindungi sepenuhnya. Hutan tropika Malaysia menjadi menjadi sumber air, sumber kepelbagaian biologi dan pengimbang suhu daratan. Sejak kebelakangan ini, sumber air semakin berkurangan di beberapa negeri, khususnya pada musim kemarau. Di dalam RMK-9, teras pembangunan hutan ialah pemuliharaan dan penggunaan secara lestari produk hutan dan kawasan tadahan yang diuruskan secara lestari. Ia termasuk membangunkan sumber kekayaan yang lestari dari produk hutanseperti produk herba dan ubat-ubatan, kegiatan ekopelancongan dan biopenerokaan.

Pusat Produk Hutan dan Bukan Hutan juga dirancang untuk ditubuhkan bagi meningkatkan keupayaan pengurusan alam sekitar dan sumber asli. Sehubungan itu, Sistem Persijilan Pengurusan Perhutanan Malaysia (MC&I) akan diperkukuh untuk memantapkan pengurusan hutan secara lestari. Di samping pengurusan hutan ini, kerajaan juga sedang menyediakan garis panduan khas untuk mengurus kawasan tadahan air secara lebih berkesan dan efisien, khususnya hutan simpan kekal. Pada masa kini, kawasan tadahan air mengalami ancaman daripada pemusnahan dan pencerobohan kerana tindakan berkaitan dengan kawasan tadahan air adalah secara
12

reaktif di mana kerajaan hanya bertindak apabila gejala masalah didapati. Pemeliharaan kawasan tadahan air memerlukan langkah yang lebih proaktif lagi. Antara langkah pencegahan yang sesuai ialah melaksanakan amalan pengurusan terbaik untuk mengurangkan risiko dan meningkatkan keupayaan sesebuah kawasan tadahan dari segi kuantiti dan kualiti. Ini membabitkan perancangan guna tanah (termasuk penggunaan pestisid dan nutrien dalam sektor pertanian), kaedah pengurangan sedimen dan bahan cemar ke sungai, pengekalan kepelbagaian dan keseimbangan ekosistem. Sudah sampai masanya Malaysia mengeluarkan peruntukan perundangan yang memberikan tindakan mandatori yang lebih berat terhadap penceroboh, pencuri balak dan pemusnah ekosistem hutan.

Penerokaan hutan di Malaysia telah berlaku sejak kurun ke-19 lagi dan menjadi lebih ligat khususnya pada tahun 1970-an. Laporan Ekonomi (1996, 1971, 1977, 1990 dan 2000) menunjukkan bahawa dari tahun 1960 1965, purata kawasan hutan yang dibalak adalah 160,000 ekar setahun. Kadar ini meningkat kepada 280,000 ekar setahun di antara tahun 1966 1970 dan kemudian kepada 920,000 ekar setahun antara tahun 1971 1976. Sehingga awal tahun 1980-an, kadar ini mencapai hampir satu juta ekar setahun sebelum menurun sehingga kini.

Masalah pencerobohan kawasan tadahan air telah menyebabkan ramai yang meminta kerajaan mewartakan kawasan tadahan air yang ada di negara ini dan memperketatkan undang-undang untuk memastikan kawasan tadahan air ini tidak
13

diganggu atau terjejas. Pengurusan kawasan tadahan air yang cekap memastikan bekalan air berkualiti untuk keperluan masa kini dan generasi akan datang. Pengurusan yang cekap ini memastikan kawasan tadahan air bukan sahaja tidak dicerobohi tetapi tidak tercemar oleh bahan-bahan sisa. Adalah lebih menjimatkan dari sudut ekonomi memastikan kawasan tadahan tidak tercemar daripada memproses sisa bahan cemar ke dalam loji rawatan air.

14

4.0

Kesimpulan

Hutan Malaysia sememangnya kaya dengan kepelbagaian biologi dan menjadikannya suatu sumber semulajadi yang diteroka secara intensif demi menjana pembangunan di negara ini. Di dalam Rancangan Malaysia Kesembilan, Malaysia meluaskan lagi peranan hutan negara dalam industri biodiversiti negara di mana hutan dijadikan sumber kepada pelbagai bahan-bahan farmaseutikal dan sebagainya untuk meneruskan usaha Malaysia menggunakan sumber-sumber hutan dengan bijak. Namun di sebaliknya, impak penggunaan hutan yang tidak terkawal boleh membawa kepada kemusnahan alam sekitar yang tidak boleh dikembalikan. Namun, hutan juga mempunyai beberapa kepentingan yang berkait secara tidak langsung dengan ekonomi negara. Hutan sebagai kawasan tadahan air memastikan negara mempunyai bekalan air yang mencukupi dan selamat digunakan bukan sahaja untuk keperluan domestik tetapi keperluan pelbagai perindustrian di negara ini. Pemeliharaan kawasan tadahan air juga menjadi tidak kurang pentingnya dalam aspek sosio-ekonomi negara. Kesimpulannya, hutan merupakan khazanah yang tidak ternilai bagi negara kita dan peranannya menyokong pelbagai aspek kehidupan harus dilihat dalam konteks yang meluas supaya kita dapat memenafaatkan harta berharga ini bukan sahaja di masa ini tetapi untuk generasi akan datang.

15

Bibliografi Abdullah Mohamad Said (1999). Pengurusan Sumber dan Alam Sekitar. BIROTEKS ITM : Shah Alam. Bernama (21 Disember 2006), Pembalakan Haram Terus http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=237695 Dipantau, URL:

Clasen, J. (1997). Efficiency Control of Particles Removal by Rapid Sand Filters in Treatment Plants Fed with Reservoir Water: A Survey of Different Methods. IAWQ-IWSA Joint Specialist Conferences on Reservoir Management and Water Supply-an Integrated System, 19th-23rd May 1997, Prague, Czech Republic. 1: 213-220. Fatimah Mohd Yusof. (1996). Environmental Management of Lake Kenyir, Malaysia: Prevention of Eutrophication. Jurnal Engineering Science..9: 43-48. Gao, X., and Song, J. (2005). Phytoplankton Distributions and Their Relationship with the Environment in the Changjiang Estuary, China. Marine Pollution Buletin. 50: 327-3 Haliza Abdul Rahman (2007). Perhutanan Mampan di Malaysia: Realiti atau Retorik?, Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia, URL: http://geografi.um.edu.my/persidangan%202007/KertasKerja/haliza.doc. Hasfryzal Carlo (2000). Kesan Pengudaraan ke atas Kualiti Air Reservoir Tropika di Malaysia. Universiti Teknologi Malaysia. Tesis Ph.D Kejuruteraan Awam Hutan Hujan Tropika, Laman http://pkukmweb.ukm.my/~ahmad/tugasan/s3_99/chinglin.html web:

JAS, Malaysia (2000). Classification of Malaysian Rivers. Jabatan Alam Sekitar, Malaysia. Vol:1 Katiman Rostan & Asmah Ahmad (2006). Penilaian dan Pengurusan Sumber Alam. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia: Bangi. Kertas Kerja Seminar Kesedaran Alam Sekitar Negeri http://www.trglib.gov.my/jaringan/trg/jerebu.htm Terengganu, Laman web:

Laporan Ekonomi 1966. Kementerian Kewangan : Kuala Lumpur. Laporan Ekonomi 1971. Kementerian Kewangan : Kuala Lumpur. Laporan Ekonomi 1987. Kementerian Kewangan : Kuala Lumpur. Laporan Ekonomi 1989. Kementerian Kewangan : Kuala Lumpur. Laporan Ekonomi 1990. Kementerian Kewangan : Kuala Lumpur. Laporan Ekonomi 2000. Kementerian Kewangan : Kuala Lumpur.
16

Putz, F. E. (Sept. 1994). Approaches to Sustainable Forest Management, Working Paper No. 4, Center for International Forestry Research What is forest? From: http://www.museum.state.il.us/muslink/forest/htmls/intro_def.html Zaini Ujang (2007), Pulihara sungai ikut tabii, lestari, Berita Harian, 7 Februari 2007. URL: http://www.fkkksa.utm.my/index.php/Latest-Minda-Lestari/Pulihara-sungai-ikut-tabiilestari.html

17

You might also like