You are on page 1of 5

TEKS PENGACARA MAJLIS Mengumumkan Ketibaan Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagian Pn. Hjh Masnah bt Md Nor.

Pengetua SMK Dang Anum. Para hadirin diminta berdiri. Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Tuan Pengetua. (Diketuai oleh Ketua AJK) 1. Pembuka Bicara Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan salam sejahtera. Segala puji bagi Allah Tuhan sekelian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad serta para sahabat. Bagi memulakan majlis, marilah sama-sama kita membacakan ummul kitab AlFatihah 2. Protokol Yang Berusaha Pn. Hjh Masnah binti Md Nor, Pengetua SMK Dang Anum. Yang dihormati En. Hanafi bin Mansor, Guru Penasihat Persatuan Matematik Menengah Rendah. Barisan Urusetia Program Perkhemahan Matematik 2009 seterusnya para peserta kursus yang dikasihi sekalian.

3. Kata alu-aluan Salam syukur kami hulurkan, Dengan izinnya kita ditemukan, Rasa bangga kami lafazkan, Kesudian hadirin menerima jemputan. Alhamdulillah, bersyukur kita terhadap Allah swt atas limpah kurniaNya, dapat kita bersama-sama dalam majlis yang berbahagia ini untuk satu acara perasmian penutup dan penyampaian hadiah serta sijil kepada para peserta kursus perkhemahan Matematik 2009. Hadirin yang dihormati , Program ini merupakan satu usaha untuk mendidik para pelajar tentang peri pentingnya ilmu matematik terhadap aktiviti seharian kita. Diharapkan juga aktiviti ini akan menjadi satu suntikan semangat kepada pelajar-pelajar untuk lebih berusaha ke arah kecemerlangan dalam subjek ini. Benarlah kata pepatah, Tak kenal maka tak cinta dan kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Seterusnya majlis mempersilakan Guru Penasihat Persatuan Matematik

Menengah Rendah En.Hanafi bin Mansor untuk menyampaikan ucapan. Majlis dengan hormatnya mempersilakan. Tamat Ucapan Demikianlah tadi ucapan, ucapan terima kasih. yang telah disampaikan oleh Guru Penasihat

Persatuan Matematik Menengah Rendah SMK Dang Anum. Majlis merakamkan

4. Ucapan Perasmian Penutup Yang Berusaha Tuan Pengetua SMK Dang Anum Para hadirin yang dihormati sekalian, Yang awal kita dahulukan, Yang dahulu kita alu-alukan, Ucapan perasmian kita nantikan, Pelengkap majlis yang kita adakan. Sekarang tibalah masa yang dinanti-nantikan, Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Pn. Hjh Masnah binti Md Nor, Pengetua SMK Dang Anum untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmi dan menutup Program Perkhemahan Matematik SMK Dang Anum 2009. Dengan segala hormatnya majlis mempersillakan. Tamat Ucapan Demikianlah tadi ucapan perasmian penutup Program Perkhemahan Matematik SMK Dang Anum 2009 oleh Yang Berusaha Pn. Hjh Masnah binti Md Nor, Pengetua SMK Dang Anum. Majlis merakamkan jutaan terima kasih.

5. Penyampaian Hadiah Hadirin yang dihormati, Yang berjaya kita raikan, Hadiah diberi sebagai penghargaan. Yang berjaya kita raikan, Semoga kejayaan terus berkekalan.

Majlis diteruskan lagi dengan upacara penyampaian sijil dan hadiah kepada para peserta program perkhemahan matematik 2009. Oleh itu, majlis dengan sukacitanya mempersilakan Guru Penasihat Matematik Menengah Rendah menjemput dan seterusnya mengiringi Yang Berusaha Pn. Hjh. Masnah binti Md Nor bagi menyempurnakan majlis penyampaian Hadiah dan Sijil Program Perkhemahan Matematik 2009 Tamat Penyampaian Anugerah. Demikianlah tadi majlis penyampaian Hadiah dan Sijil Program Perkhemahan Matematik 2009. Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Tuan Pengetua atas kesudian beliau menyampaikan hadiah dan sijil kepada para peserta. Demikianlah adat kehidupan, Orang berbudi kita berbahasa, Namun cukup disedari Tidak mungkin terbalas budi Walau emas sebungkal diberi Cuma harapan dalam dada Tanda mata sudi diterima Daripada kami yang bukanlah sesiapa Tanda ingatan moga kekal selama. Sebagai tanda penghargaan dan kenang-kenangan, majlis mempersilakan Guru Penasihat Matematik Menengah Rendah untuk menyampaikan cenderamata kepada Yang Berusaha Pn. Hjh. Masnah binti Md Nor. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Yang kurik itu kundi Yang indah itu bahasa Terima kasih ___________ Sempurna sudah majlis kita.

6. Jamuan Hadirin yang dihormati, dengan berakhirnya upacara penyampaian hadiah dan cenderamata itu tadi, maka berakhirlah sudah majlis Perasmian Penutup Program Perkhemahan Matematik 2009. Dengan ini majlis mempersilakan Guru Penasihat Matematik Menengah Rendah menjemput dan seterusnya mengiringi Yang Berusaha Pn. Hjh. Masnah binti Md Nor ke majlis jamuan dengan diiringi oleh Ketua Urusetia Program. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. Kami akhiri majlis ini dengan lafaz yang mulia, wabillahitaufik walhidayah

wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.

You might also like