P. 1
contoh-contoh Gaya Bahasa atau majaz.

contoh-contoh Gaya Bahasa atau majaz.

|Views: 164|Likes:
Published by Manja Khani
Anafora-pengulangan kata pada awal baris. Contohnya,
Tiap insan mengecap nikmat merdeka,
Tiap saat menghirup segar uadara kebebasan.

Anafora-pengulangan kata pada awal baris. Contohnya,
Tiap insan mengecap nikmat merdeka,
Tiap saat menghirup segar uadara kebebasan.

More info:

Categories:Types, School Work
Published by: Manja Khani on Apr 20, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

04/30/2013

pdf

text

original

Glosari Istilah Gaya Bahasa

1. Anafora-pengulangan kata pada awal baris. Contohnya, Tiap insan mengecap nikmat merdeka, Tiap saat menghirup segar uadara kebebasan, 2. Epifora-pengulangan perkataan pada akhir baris. Contohnya, Fajar hilang ditelan sibuk kota, Tawaku kemarau di dada kota, 3. Responsif-pengulangan kata pada tengah baris. Contohnya, Kemerdekaan adalah milik kami, Kebebasan adalah impian semua, 4. Hiperbola- gaya bahasa perbandingan yang menggambarkan sesuatu secara berlebihanlebihan. Contohnya, Darah mengalir menganak sungai, Dia berendam air mata. 5. Hybrid-penggabungan dua patah kata. Contohnya, menyinarresap, sedihpilu. 6. Inversi-pembalikan kata iaitu urutan kata yang menyimpang daripada kebiasaan supaya menjadi baris yang lebih menarik dan menghasilkan kesan tertentu. Contohnya,terasa sekali dingin angin. 7. Metafora-gabungan kata yang menerbitkan makna yang lain daripada makna asal. Pada kebiasaannya, mengandungi 2 patah perkataan gabungan kata konkrit dan abstrak. Contohnya, jentera ingatan, gunung harapan,fajar cemerlang. 8. Personifikasi- gaya bahasa perbandingan yang memberikan sifat manusia kepada benda,haiwan dan tumbuhan. Contohnya, hatiku dimamah sepi, mentari tersenyum riang. 9. Simbolik-juga dikenali sebagai perlambangan. Melukiskan sesuatu dengan menggunakan benda lain sebagai lambang. Contohnya,’merpati’ melambangkan ‘kebebasan’ dan ‘gunung’ melambangkan ‘cita-cita.’ 10. Simile- gaya bahasa perbandingan yang digunakan untuk membandingkan sesuatu yang lain dengan menggunakan kata-kata perbandingan iaitu umpama,bak,bagai,macam,laksana. Contohnya, ibuku bagaikan pelita, dia berjalan laju seperti angin 11. Perbandingan terus Gaya bahasa perbandingan yang tidak menggunakan kata bak, seperti, bagaikan, umpama, macam, laksana. Contohnya, tanahair adalah ibundaku, guruku mentari bersinar.

12. Sinkof-kata singkatan. Contohnya, nak, saja, kau, tak, dah. 13. Kata ganda- kata yang digandakan seperti rumah-rumah, bukit-bukau, warna-warni, daundaun. 14. Alusi- penggunaan nama tokoh manusia dengan membawa maksud tertentu. Contohnya, Dengan langkah Hang Tuah, dia melonjakkan nama negara. 15. Asonansi – pengulangan bunyi vokal dalam baris. Contohnya, asonansi a, mereka mencipta jaya. 16. Aliterasi – pengulangan bunyi konsonan dalam baris. Contohnya, aliterasi k, akan kukendong impian keluarga.

Glosari Sastera Siri 1
Aliterasi Pengulangan bunyi konsonan yang sama dalam baris-baris puisi; biasanya pada awal kata/perkataan yang berurutan. Contohnya, petikan daripada puisi "Kurenungi" karya Jihaty Abadi: 'kurenungi kemurnian kehidupan'. Dalam baris ini terdapat pengulangan bunyi konsonan k pada setiap awal perkataan. Pengulangan seperti itu menimbulkan kesan keindahan bunyi. Alusi Satu ragam atau jenis gaya bahasa perbandingan yang rnerujuk secara tidak Iangsung kepada sesuatu peristiwa, tokoh-tokoh atau karya sastera yang terkenal. Contohnya, petikan daripada puisi "Perarakan Suku Abad" karya Zurinah Hassan: 'Wan Empok dan Wan Malini'. Dalam contoh ini terlihat perbandingan kemewahan dan kemakmuran yang merujuk kepada kemewahan Wan Empok dan Wan Malini, tokoh metos dalam Sejarah Melayu, karya sastera yang terkenal itu. Ambiguiti Makna kata/perkataan atau ungkapan dalarn puisi yang mernpunyai pelbagai kemungkinan tafsiran, iaitu lebih daripada satu makna atau tafsiran. Dengan demikian, ambiguiti disebut juga ketaksaan. Puisi yang seperti ini memang agak sukar untuk diselami maknanya secara tepat atau jelas tetapi dianggap sebagai puisi yang kuat dan segi isi atau pemikirannya. Anafora Satu ragam atau jenis gaya bahasa pengulangan, iaitu kedudukan pengulangan satu kata/perkataan atau lebih pada awal baris-baris puisi. Contohnya, petikan daripada puisi "Kurnia" karya Shamsuddin Jaafar:

kelembutan. Wahab Ali. Pengulangan ini menimbulkan kesan keindahan bunyi dan bertujuan untuk menguatkan pernyataan maksud. Pengulangan begini menimbulkan kesan kehalusan.(satu-satu yang berlainan dengan realiti atau pertentangan dengan sebenarnya) Fungsi : Untuk menggerakkan imaginasi pembaca. IRONI Gaya bahasa sindiran yang menyatakan sesuatu tetapi mempunyai makna yang lain. Jadi. bahasa demikian hanya memberikan makna yang tersurat. iaitu apa yang ditulis atau disebut maka itulah maknanya. Contoh : Bulan kini bukan lagi menara kasih jernih terbenam di kaki hari. terdapat pengulangan bunyi vokal e pada setiap perkataan.adalah kerinduan adalah harapan adalah keriangan Dalam contoh tersebut. Gabungan kata konkrit dan abstrak. Contohnya: 'seorang ayah dan suami' daripada puisi 'Bila Berjauhan' karya A. Dalam baris-baris. petikan daripada puisi "Keindahan yang Hilang" karya Shamsuddin Jaafar: 'terbang beriring di rembang petang'. Bahasa Denotatif Bahasa yang mempunyai makna jelas. Fungsi : Bahasa bandingan untuk menggerakkan imaginasi pembaca. tepat atau khusus seperti dalam kamus. GAYA BAHASA & FUNGSINYA METAFORA Penggunaan kata-kata yang menerbitkan makna yang lain daripada makna tersurat atau disebut bahasa kiasan. terdapat pengulangan perkataan 'adalah' pada awal setiap baris. . kemerduan atau keindahan bunyi. Contohnya. Asonansi Pengulangan bunyi vokal yang sama pada kata/perkataan yang berurutan dalam barisbaris puisi.

Fungsi : menimbulkan irama untuk mengindahkan pendengaran Contoh : angin menderu ru ru ru . Suasana / keadaan yang berlawanan. Fungsi : Memperlihatkan satu keadaan atau suasana yang berlawanan. Contoh : buruk dalam cantik pahit dalam ubat HIPERBOLA Pernyataan yang dibuat secara berlebih-lebihan dalam usaha menekankan sesuatu pandangan. idea atau peristiwa. Fungsi : Untuk memukau pembaca Contoh : atau cakap-cakap gunung.Contoh : kadangkala ada akhir tak ada mula PARADOKS Gaya bahasa yang bertentangan kata-kata dalam ayat. ONOMATOPOEIA Pembentukan kata yang meniru bunyi asal sesuatu atau perbuatan. Isinya lembah sampah ALUSI Kiasan / menyindir / merujuk kepada sesuatu secara tidak langsung Fungsi : Untuk menggerakkan imaginasi pembaca.

b bahagia sekalipun purba. .e sepi namun sentosa .b RITMA / IRAMA Alunan lembut dan keras bunyi yang berulang secara teratur.c ketika kau tetap abadi menatap alam . Rentak / ragam / tingkah.b yang luput . dan panjang pendek baris sebuah sajak.RIMA Skema bunyi pada akhir baris dalam rangkap Fungsi : Menimbulkan keindahan irama Contoh : Aku telah dihimpit bising peradaban .d menyaksi kejadian serba takjub . imbangan kata dalam baris. Keharmonian bunyi dan susunan kata dalam karya puisi.a kasih dan cinta manusia . Fungsi : Menimbulkan keindahan irama ANAFORA Perulangan perkataan di awal baris yang sejajar / berturutan Fungsi : Menimbulkan kesan penegasan maksud / menimbulkan keindahan irama Contoh : betapa rumitnya betapa seksanya dia menunda usia .

EPIFORA Perulangan perkataan di akhir baris yang sejajar / berturutan Fungsi : Menimbulkan kesan penegasan maksud / menimbulkan keindahan irama Contoh : menggoda hati tergugah mengusik hati tergugah INVERSI Pembalikan kata / ayat / rangkaikata Fungsi : Untuk menimbulkan kelainan penyebutan / pengucapan bunyi Contoh : gelisah hidupku (sepatutnya: hidupku gelisah) samar waktu (sepatutnya: waktu samar) ASONANSI Perulangan bunyi vokal dalam sesuatu baris sajak. Fungsi : Untuk menimbulkan kemerduan bunyi / kelembutan bunyi / keindahan bunyi Contoh : kuletakkan di langkah setiamu (perulangan bunyi konsonan [k]) . Fungsi : Untuk menimbulkan kemerduan bunyi / kelembutan bunyi / keindahan bunyi Contoh : hamparan kasihku (perulangan bunyi vokal [a]) ALITERASI Perulangan bunyi konsonan dalam sesuatu baris sajak.

laksana. Fungsi : Untuk memberikan gambaran tertentu Contoh : warga petani (Penyair menyifatkan petani sebagai sekelompok warga sebuah negara) PERLAMBANGAN Simbol yang membawa makna tertentu Fungsi : Untuk menegaskan maksud . Fungsi : Menimbulkan kesan penegasan maksud / menimbulkan keindahan irama Contoh : kurun serigala menerkam mangsa seperti di Sahara Afrika bulan yang kupandangi bagai ketuaan ditelan waktu. umpama. lukisan. bak. Setiap benda perbandingannya diikuti oleh kata-kata: seperti. suasana atau benda lain. PERSONIFIKASI Pemberian sifat manusia pada binatang. bagai. atau imej. arca. tumbuhan atau benda bukan hidup Fungsi : Menggerakkan imaginasi pembaca Contoh : menyentak celaru kehidupan yang kupapah menggaru di paru-paru CITRA Gambaran.SIMILE Membandingkan sesuatu keadaan.

(Aliterasi) Perulangan perkataan/kata di awal baris yang sejajar / berturutan (Anafora) Contoh : aku berlatih menangkis angin aku berlatih memunggah awan Perulangan frasa dalam baris yang sama / sejajar / berurutan Fungsi : Menimbulkan keindahan irama dan bunyi / Menegaskan maksud Contoh : aku berlatih menangkis angin aku berlatih memunggah awan Perulangan perkataan/kata di akhir baris yang sejajar / berturutan (Epifora) Contoh : menggoda hati tergugah mengusik hati tergugah . (Asonansi) Perulangan bunyi konsonan dalam sesuatu baris sajak. PERULANGAN (Terdapat beberapa jenis perulangan yang terdapat dalam sajak) Perulangan bunyi vokal dalam sesuatu baris sajak.Contoh : kubaling jauh-jauh kunci di mataku.

2.5.my Perulangan kata di akhir baris pertama rangkap Fungsi : Menimbulkan keindahan irama dan bunyi / Menegaskan maksud Contoh : Perkataan ‘diriku’ di akhir rangkap 1.Perulangan perkataan/kata di tengah baris Fungsi : Menimbulkan keindahan irama dan bunyi / Menegaskan maksud Contoh : menggoda hati tergugah mengusik hati tergugah Perulangan perkataan/kata dalam baris yang sama Fungsi : Menimbulkan keindahan irama dan bunyi / Menegaskan maksud Contoh : aku pun terbang setelah hinggap.sibermerdeka. dan terbang lagi.3.com.4. Perulangan kata di awal baris pertama rangkap Fungsi : Menimbulkan keindahan irama dan bunyi / Menegaskan maksud Contoh : Perkataan ‘Dalam’ di awal rangkap 1.sibermerdeka. dan 6 dalam sajak www.3. Begitulah.com.5.2.4.my . dan 6 dalam sajak www.

perumpamaan dan sebagainya.Jenis-Jenis Gaya Bahasa PENDAHULUAN Sewaktu kita bercakap. ini mereupakan satu jenis gaya bahsa untuk diibaratkan sebagai seorang yang berperangai degil. syair. cedok-mencedok terutamanya dalam bidang kesusasteraan. yang begitu banyak atau kaya sekali dengan berbagai-bagai gaya bahasa yang indah. Ini tebukti daripada hikayat-hikayat. maka ia juga berubah dan berkembang mengikut perkembangan masa atau zaman. Oleh kerana bahasa. tolol. Pada umumnya. sud ah boleh dianggap sebagai sesuatu yang lumrah dan tidak dapat dielakkan. dan berbagai jenis puisi. para sasterawan dan ahliahli bahasa merupakan orang yang cekap atau pandai bergaya bahasa. kiasan. sama ada ianya dilakukan secara sedar atau tidak. terutama sekali dalam atau ketika mereka menulis. “budak itu berhati batu”. Begitulah juga dengan gaya bahasa (yang terkandung dalam bahasa) yang kerap menerima perubahan. tokok tambah. Apa yang kita pentingkan ialah . simpulan bahasa. Sebab ada juga para sasterawan atau ahli bahasa yang tidak pandai begaya bahasa ketika berinteraksi secara lisan. satu rupa atau satu corak gaya bahasa yang digunakan oleh seseorang. gurindam. iaitu ianya tidak statis. Gaya bahasa jenis ini dikatakan sebagai “simpulan bahasa”. membaca ataupun mendengar. peribahasa. Kebolehan menggunakan gaya bahasa. Sebagai contoh. tidak menghairankan jika jenis-jenis gaya bahasa dalam Bahasa Malaysia “berbau” atau diambil terus dari istilah-istilah dalam Bahasa Inggeris atau Barat. seperti juga budaya. sama ada semamsa mereka menulis apatah lagi ketika bercakap. seloka. Misalnya. Walaubagaimanapun soalan “penyesuaian’ buat masa kini. Justeru itu. karya puisilah yang begitu kaya dengan penggunaan gaya bahasa. bila orang-orang tua menyebut. kita tidak akan terlepas daripada mendapati satu bentuk. bentuk pantun. adalah terletak kepada sejauh mana seseorang itu mahair dan cekap berbahasa. cerita-cerita. Orang-orang tua kita dahulu pun sebenarnya memang cekap bahkan mahir sekali dalam menggunakan gaya bahasa. Dalam bidang kesusasteraan. tak mendengar kata dan nasihat dan seumpamanya.

Walaubagaimanapun.“penyesuaian” yang dibuat hendaklah kena pada tempatnya dan bukanlah dibuat secara melulu sahaja. penggunaan istilah asing lebih menepati maksud yang hendak dinyatakan. atau pengetahuan tentang penggunaan kata-kata dan penyusunan ayat.” . Misalnya istilah “metafora” (perbandingan terus). beliau mengatakan. Di antara definisi yang boleh dianggap terkenal ialah definisi yang diutarakan oleh pengkaji dan pakar beahasa bernama Bloch & Trager. Malah. maka keseluruhan istilah yang digunakan dalam buku tipis ini adalah istilah yang boleh dianggap sebagai kemas kini yang lebih mirip kepada cedukan perkataan dab bunyi asing (Barat). 1. “ironi” (bahasa terbalik) dan sebagainya. “gaya bahasa ialah rupa susuk bahasa yang dipakai apabila bercakap atau mengarang.2 Definisi “bahasa” Sebagaimana definisi tentang gaya. terlebih dahulu hendaklah dilihat apakah definisi atau yang dimaksudkan dengan “gaya” dan “bahasa” itu. Sesuai digunakan dengan sifat dinamis bahasa. Mereka berpendapat bahawa: bahasa ialah salah satu sistem lambang-lambang pertuturan yang arbiterari yang digunakan oleh anggota masyarakat untuk berhubung. bentuk. Mislanya.1 Definisi “gaya” Yang dimaksudkan dengan gaya dalam bidang penghasilan karya bertulis ialah: corak. rupa. “Gaya” juga bermaksud: “satu cara menulis atau bercakap”. dalam sesetengah keadaan. Berhubung dengan definisi “gaya bahasa” dalm karya penulisan juga terdapat berbagai-bagai. Meskipun ianya boleh digantikan dengan istilah lama atau klasik yang pernah digunakan oleh pengarangdahulu. Zaaba misalnya. DEFINISI GAYA DAN BAHASA Sebelum dihurai dengan lebih lanjut tentang gaya bahasa dalam karya-karya (sama ada karya berbentuk puisi ataupun prosa). “personifikasi” (pertalian atau perhubungan). “euphimisma” (kata -kata halus atau pemanis kata). definisi mengenai bahasa juga agak banyak. kesemua definisi itu tidak terhindar dari konsep sebagai alat perhubungan dan yang terbina dari kalimat-kalimat. mengikut pendita Za‟aba. 1.

Kedua-dua jenis gaya bahasa ini boleh jadi terbina dari gaya bahasa Melayu betul dan gaya bukan Melayu betul. Gaya cakap mulut banyak atau kerapkali menggunakan perkataan yang pendek. dapatlah disimpulkan bahawa gaya bahasa merupakan satu corak. bila kita membaca apa-apa sahaja bentuk tulisan (sama ada bentuk puisi atau prosa). “bu” (ibu). kita akan tersua dengan berbagai gaya bahasa yang menarik. pelazat rasa atau berbagai ramuan untuk menyedapkan makanan. jalan bahasa corak susunan ataupun betuk pembahasaanya. 2. “nak” (anak).CARA PENGGUNAAN GAYA BAHASA Setiap pengarang akan cuba sedaya upaya mencari satu gaya bahasa yang terbaik sebagai satu cara menarik minat pembaca di samping menghasilkan satu karya yang benar-benar bermutu. terdapat satu gaya lagi. Sekiranya. Gaya bahasa ini kebiasaanya digunakan oleh orang-orang bukan Melayu (dan kadangkala oleh orang Melayu sendiri) yang tidak fasih . Gaya bahasa bolehlah diibaratkan sebagai perencah. nyata sekali karyanya “tawar dan hambar”. “dik” (adik) dan sebagainjya. “pak” (bapak/bapa). iaitu bahasa pasar atatu dikatakan juga sebagai gaya bahasa kacukan. “nak” (hendak). terdapat dua jenis penggunaan gaya bahasa iaitu. Dengan itu. sindiran dan perbandingan) yang mana ianya terhasil dari peribadi seseorang pengarang. Dan. “tu” (itu). Mislanya perkataan “tak” (tidak). laksana gulai tidak bergaram. kemahiran menggunakan gaya bahasa ini merupakan sesuatu kekuatan berkarya bagi seorang pengarang.Gaya bahasa juga dikatakan sebagai kekuatan perbandingan yang dipakai dalam karangan. “ni” (ini). Gaya bahasa merangkumi perkataan. Dalam gaya cakap mulut ini. “mak” (emak). ikatan ayat. Sebab itu. sama ada disingkat atau diringkaskan. “dah” (sudah). bentuk kata-kata dan penyusunan kalimat yang digunakan sewaktu berhubung di antara satu sama lain secara lisan mahupun tulisan. pengarang tidak pandai atau tidak memasukkan gaya bahasa tertentu. Bahasa yang dipakai itu ialah untuk menimbulkan daya (iaitu kata-kata biasa. Dalam Bahasa Malaysia. gaya cakap mulut dan gaya cakap surat.

Melayu-Baba.bercakap bahasa ibundanya dan juga bahasa Melayu sendiri. Penggunaan peribahasa. banyak mahal. Manakal gaya bahasa surat pula ialah satu rupa gaya bahasa atau percakapan yang lebih mementingkan kepada struktur ayat. bahasa kiasan. “bulan tua” (akhir bulan). nasi makan dan bermacam-macam lagi. nada dan iramanya mendatar. Begitu juga dengan kata-kata “orang rumah” (suami atau isteri). Akibatnya. “malam muda” (permulaan masam malam). ini bermakna tulisan yang ditulis tidak cantik. seloka. Antara gaya bahasa pasar atau gaya bahasa kacukan ini ialah seperti: makan angin. akan memberi makna sebagi satu sindiran atau perli. datang bulan (perempuan yang datang darah kotor atau haid). ia akan membawa maksud bahawa seseorang yang ingin meminjam baju dari orang lain. api kereta. Gaya bahasa juga akan dapat memberi erti yang berbeza. petikan hadis nabi dan ayat suci al-quran. boleh juga dianggap sebagai salah satu gaya bahasa. bidalan. kasi tau. kucar-kacir dan tidak boleh dibaca. jika ia ditulis atau dituturkan. saya punya adik. boleh bikin. Melayu-Keling. Ini merupakan satu gaya bahasa yang menggunakan simpulan bahasa “cakar ayam”. sama ada cantik atau hodoh ataupun seseroang itu tidak pernah pakai baju cantik atau lain-lain. “bulan kesiangan” (warna atau wajah yang pucat tidak berseri atau tidak bermaya) dan sebagainya. perumpamaan. 3. Boleh jadi baju yang dipakai itu. perkataan dan makna. Jika seseorang berkata. frasa.JENIS-JENIS GAYA BAHASA . Melayu-Jawa dan sebagainya. Faktornya ialah tergantung kepada nada atau irama sebutannya. “tulisan dia macam cakar ayam”. Melayu-Inggeris. madah pujanggan. (ii) jika dituturkan dengan nada “menekan” di akhir kalimat. simpulan bahasa. Melayu Benggali. Misalnya jika dituturkan: “pinjam baju?”. jenis-jenis bentuk puisi dan seumpamanya. pepatah. (i) jika dituturkan secara bersahaja. walaupun menggunakan perkataan yang sama. lahirlah gaya-gaya bahasa: Melayu-Cina.

1. badannya makin kurus seperti ais-krim. Mislanya: laut di bandingkan dengan kehidupan.Secara umunya. kumbang sebgai pemuda. daun kelapa yang disifatkan sebagai manusia yang boleh melambai. Misalnya: badannya langsing seperti pohon pinang. mukanya pucat bagai bulan kesiangan. Bagi keempat-empat jenis gaya bahasa itu akan melibatkan. 3. bunga diibaratkan sebagai anak dara dan sebaginya. matanya merah seperti biji saga. 3. Ia disebut sebagai plastika bahasa. (c) Gaya bahasa penegasan. Lalu ditulis sebagai “daun nyiur melambai-lambai”. ada hubungan dengan benda yang pertama (yang disebut terlebih dahulu). badannya kurus seperti lidi dan lain-lain. badannya licin seperti belut. (b) Gaya bahasa sindiran.1 Metafora Perbandingan secara langsung di antara satu benda dengan benda yang lain yang ada sifat kesamaannya.4 Allegori: Satu gaya yang menggunakan perbandingan yang sempurna dan lengkap. Bulan dikatakan sebagai dewi malam. 3. bersiul dan sebagainya. . iaitu (a) Gaya bahasa perbandingan. Misalnya.1.1. gaya bahasa terbahagi kepada empat jenis. dan (d) Gaya bahasa pertentangan.1.2 Personifikasi: Memberi watak manusia kepada yang bukan manusia. menggamit. membentuk dan memilih kata-kata yang tepat untuk melukiskan sesuatu. Asosiasi benda yang kedua. tujuan hidup diumpamakan sebagai tanah tepi. 3. suami isteri diumpamakan sebagai nakhoda dan jurumudi.1 Gaya bahasa perbandingan 3. “daun kelapa menggamit manja” dan sebagainya.3 Asosiasi: Merupakan penyamaan satu benda dengan benda yang lain. Misalnya. matahari disifatkan sebagai raja siang.

memeras. kucing pekak (perangkap tikus) 3. Parabel dalam kalimat ini ialah adakalanya orang yang kecil. Misalnya dalam sebuah ceitta mengisahkan “si tikus mengalahkan si singa”. yang terdapat di dalam sesebuah cerita atau hasil karya puisi. lemah atau miskin dapat mengalah atau mengatasi orang yang besar.1.8 Mitonimia Suatu nama baru yang pada mulanya berupa nama lain bagi sesuatu benda atau perkara.5 Parabel: Perkataan ini berasal dari perkataan Latin. Misalnya: lintah darat ( orang yang menindas.1.1. Ia dapat menyimpulkan rahsia atau falsafah hidup. 3. alu pencungkil duri (orang yang tidak boleh mengeluarkan buah fikiran). “sehari-hari ia berkubur sahaja dalam bilik” (diibaratkan diam dan tak bergerak-gerak seperti orang mati dalam kubur). “sudah lebih dua bulan dia mengukur jalan” (orang yang tidak mempunyai apa-apa pekerjaan melainkan mundar-mandir sepanjang jalan) dan lain-lain lagi.1. kuat atau kaya. mementingkan diri sendiri dan menganiaya orang lain). Ia bermaksud sebagai “kiasan”.6 Simbolik: Simbolik ialah gaya bahasa yang memindahkan sifat seseorang atau sesuatu kepada yang lain atau melukiskan sesutau dengan menggunakan benda-benda atatu perkara lain seperti lambang atau simbolnya. kambing hitam (orang yang dijadikan sasaran atau dituju). 3.7 Tropen Gaya bahasa yang menggunakan kata-kata yang tepat dan sejajar dengan erti yang dimaksudkan.3. Misalnya: “Dia terbang ke Jepun” (orang yang diibaratkan boloeh terbang seperti burung atau seperti kapal terbang). ia digunakan sebagi atau seolah-olah nama khas yang lebih senang .

1.1. 3. “nasi dengan garam sahaja” (ini bukanlah bererti dia makan nasi dengan garam sahaja kerana terlalu miskin. Kata-kata yang digunaka sebenarnya adalah berlawanan dengan kenyataan yang sebenar. Misalnya: “Ia meluncur dengan MAS” (MAS ini berasal dari kata Malaysian Airline System. (ii) Totem pro parte: iaitu penyebutan seluruhnya untuk menyatakan hanya . “Ia belajar di IPKB” (IPKB bermaksud Maktab Perguruan Kota Bharu) dan sebagainya. tapi lebih dikenali dengan nama MAS. mislanya. tetapi sebenarnya merupakan sebuah rumah yang besar dan cantik).11 Sinekdoki Sinedoki (synecdoche) terbahagi kepada dua jenis iaitu: (i) Pars pro toto: iaitu penyebutan sebahagian dari kata. iaitu satu gaya bahasa yang cuba menunjukkan atau membesarbesarkan ataupun melebih-lebihkan sesuatu perkara atau benda. Misalnya: “Gubukku di tepi sawah” (gubuk di dalam konteks ini bukan bererti bangsal. memperkecil atau penyederhanaan.seakan-akan berharga seperti emas).10 Hiperbola / Bahasa melampau-lampau / Bahasa besar: Perkataan ini juga berasal dari perkataan Latin “ballein” (yang bermaksud melemparkan). “ sudah lama tak nampak batang hidung” dan seumpamanya.1. tetapi boleh memberikan sepenuh erti kata tersebut.9 Litotes: Merupakan satu gaya merendah. “kilat sambar-menyambar”. 3. Contohnya: “darah mengalir mengaanak sungai” (yang hendak diibaratkan ialah darah yang mengalir terlalu banyak sehingga penuh anak-anak sungai). “air yang melimpahruah". rumah kecil pondok atau lain-lain. “Ia berparti PAS” (PAS ialah singkatan dari perkataan awal bagi Pati Islam Se-Malaysia). kerana ada kaitan dengan nama asalnya.tetapi nasi yang penuh dengan lauk-pauk yang banyak). “hancur lebur” dan sebagainya. 3.disebut atau lebih mudah dikenali. Gaya bahasa begini biasanya dituturkan oleh orang yang suka merendah diri. tidak suka bermuka-muka atau menunjuknunjuk sesuatu kelebihan atatu keistimewaan yang ada padanya.

“buang air kecil” (kencing). Misalnya: “hidupnya amat menyedihkan. Mislanya: “si Jangkung” (orang yang kurus dan tinggi). dia mengatakan bahawa dia masih solo” dan seterusnya.12 Euphimisma: Satu gaya yang memperhalus kata-kata atau ucapan. di mana dan dengan sesiapa sahaja).sebahagiannya sahaja. kais petang makan petang”. 3. tapi tidak disebut). Mislanya: “minta diri sebentar” (bermaksud mahu pergi dari tempat itu sebentar). kais pagi makan pagi. “sekolah kami telah kalah dalam peraduan tersebut” (yang disebut ialah sekolahnya yang telah kalah. 3. “kemaluan” (alat kelamin atatu jantina lelaki atatu perempuan). di mana sepatutnya ada sekolah lain yang telah menang. seperti emncurahkan air di daun keladi sahaja”. seperti ayam. “Si Gendut” (orang yang rendah dan pendek). tetapi oleh kerana ia digunakan dengan begitu halus dan “sopan”.1. “Nasihat yang diberi langsung tak berguna. tak kira bila. Contohnya. kadangkala kata-kata itu lucah. sifat kelucahannya tidaklah begitu ketara. “menjawab satu soalan.1. .14 Antonomasia/ bahasa kiasan: Penggunaan nama lain bagi seseorang dengan menggunakan sifat-sifat orang itu sendiri. 3. “Si Sengeh” (orang yang sentiasa tersengeh atau menampakkan gigi. “perangainya seperti lintah darat” dan lain-lain. “pertandingan itu berakhir dengan kemenangan Pasukan Rumah Putih” (ini bererti tidak diterangkan bahawa ada satu lagi pasukan yang tela kalah oleh Pasukan Rumah Putih). “berhati batu”. perumpamaan dan yang seumpamanya. “dipersilakan duduk” (bermaksud disuruh duduk). “hubungan jenis” (bersetubuh). “buang air besar” (berak) dan lain-lain lagi. “hilang akal” (gila atau tak normal). simpulan bahasa.1.13 Allusio/ Unsur-unsur falsafah: Iaitu satu gaya bahasa yang banyak menggunakan peribahasa.

sehingga boleh muntah). .2. “Rebah aku melihat mukanya” (bermaksud: dia akan jadi atau boleh rebah kalau melihat muka yang dimaksudkan.15 Periprase: Merupakan gaya bahasa penghuraian. melampau-lampau dengan tujuan menyatakan perasaan benci atau ejekan yang ketara. terlalu dibenci atau sebagainya).2. “senjakala” (suria merangkak-rangkak ingin memaut pintu malam).1. sehingga boleh jadi pengsan bila terciumnya).2 Sinisma/ bahan mengejek: Berupa kata-kata ejekan yang kasar. Mislanya: “pagi -pagi” (ketika Sang Suria telah keluar dari peraduannya”. boleh jadi muka tersebut terlalu hodoh. “malam tua” (waktu larut malam atau betul-betul tengah malam) dan lain-lain lagi .3. iaitu: 3. Satu kata yang ditukar dengan kata-kata lain yang lebih panjang tapi masih dapat memberi makna atau erti yang sama dan sesuai dengan kata yang hendak digantikan itu.1 Ironi: Ia merupakan seolah-olah kata terbalik dari maksud asal atau kata-kata lain dari kata-kata yang sebenarnya yang patut digunakan dengan tujuan untuk menyindir. Mislanya: “capat betul kau datang” (diwujudkan kata-kata ini kepada orang yang lewat datang). 3. “wah cantik beyul bajumu” (bermaksud baju yang tidak cantik). “unta” (kapal padang pasir).2 Gaya Bahasa Sindiran Gaya bahasa sindiran ini merupakan satu gaya perli kepada sesuatu yang tidak digemari atau yang tidak sesuai dan tidak berkenan dengan hatinya. Misalnya: “Muntah aku melihatmu” (bermaksud: oleh kerana terlalu benci dan meluat atau jejek. melebih-lebihkan. Gaya bahasa ini terbahagi kepada tiga jenis. “pengsan aku bila terbau minyak wangi kau” (bermaksud: bau minyak wangi itu amat tidak berbau sedap. „sedap betul nyanyiamu semalam” (bermaksud nyanyian yang tidak sedap) dan sebagainya. 3.

“saat cinta” dan yang seumpamanya. iaitu turun ke bawah). “majulah ke muka”. selama nadi masih berdenyut. 3. “melalak melaung”. “apa yang diharapkan. Gaya ini juga disebut sebagai gaya bahasa berlebihan. Mislanya: “ Ia turun ke bawah” (dalam ayat ini. yang paling romantis. “kurang ajar”.1 Pleonasma: Merupakan satu gaya yang cuba memberi penegasan kepada kata-kata sebelumnya dengan berasaskan kepada sifat-sifat kata itu sendiri. “”syaitan”. “naik ke atas”.2.3 Sarkasma: Iaitu gaya bahasa yang lebih kasar daripada sinisma. “Sunyi sepi”.3. “Jatuh ke bawah”. 3. selama itulah aku terus berjuang”. ialah ketika atau saat dilamun . selama darah masih mengalir. “bangsat”. “kucar kacir”. “cinta kasih sayang” dan sebagainya. dan lain-lain lagi. meskipun kata-kata tersebut tidak perlu atatu tak mustahak diulang sebut lagi. saat yang tak dapat dilupakan dan saat dikejar seribu ranjau-ranjau. Mislanya: “anjing” (orang yang dimarahinya disifatkan sebagai anjing) “babi”. Di sinilah yang dapat dilihat bahawa perkataan turun itulah yang hendak ditegaskan. “haram jadah”. meluat yang amat sangat. “Undur ke belakang”. apa yang diimpikan. perkataan turun sudah menggambarkan ke bawah.2 Repitisi: Iaitu mengulang sepatah perkataan beberapa kali dalam satu-satu ayat. benci. Ia boleh jadi digunakan dalam waktu marah atau tidak disedarinya. Ianya digunakan bagi menggambarkan sikap marah.3. Contohnya: “selama nafas masih ada.3 Gaya Bahasa Penegasan Gaya bahasa penegasan merupakan satu gay yang cuba memberi penegasan atau penekanan kepada sesuatu yang hendak disampaikan. Takkanlah turun ke atas. “ anak haram”. Gaya bahasa ini terbahagi kepada beberapa jenis seperti berikut: 3. apa yang dicita-citakan oleh ayahnya ialah kebahagiaan anaknya di hari depan”. “mampus”.3.

4 Tautologi: Mengulang secara berturut-turut satu-satu perkataan dalam kalimat. dan sekiranya di sebut di akhir kalimat dikenal sebagi epipora. disebut sebagai anapora. datang dari serata ceruk ceruk rantau.3. kerana sudah jelas maknanya dengan satu perkataan sahaja. . Contohnya seperti berikut: (i) Anapora apatah kekal apatah tetap apatah tidak (ii) Epifora Ia datang Selalu datang Tidak datang 3. 3.3. sedangkan pengulannya tidak perlu. datang dari serata daerah dan datang dari pelbagai ragam latar belakang hidup”.3. “Ia datang. Mislanya. Sekiranya pengulangan dibuat di awal kalimat.5 Klimaks/Bahasa Naik: Satu gaya yang cuba menerangkan atau mengemukakan sesuatu benda atau perkara secara berturut-turut dengan cara kronologi. Mislanya: “sejak dari kecil.3.3 Paralelisma: Pengulangan sesetengah perkataan beberapa kali pada tempat yang sama.

3. 3. Penghulu.3. Dalam istilah lama (isyilah Zaaba). masih tak habis-habis”. kerana penerangannya bermula dari yang tinggi kepada yang rendah. Exco-Exco. “laparkah mereka dengan begitu banyak makanan yang telah dibekalkan?”. Misalnya: “Air itu diminum oleh saya”. Perdana Menteri. petang hinggalah ke malam. 3. “Kebiasaan itu telah diamalkan sejak dari turun temurun lagi. “upacara yang membazir itu berlangsung dari pagi.3. Ketua-Ketua Kampung. 3. “Gambar yang cantik ini dilukis oleh adik saya” dan lain-lain lagi. bapa. dari yang besar kepada yang kecil. “buku tadi dibeli oleh ibuku”.6 Anti Klimaks/ Bahasa Turun: Iaitu satu gaya bahasa yang berlawanan dengan gaya klimaks. Bahagian yang penting (predikat) mendahului cerita. sama ada kalimat pokok ataupun sebutannya. Contohnya: “pokok itu dibunuh” (ini bermaksud: pokok-pokok yang tak berguna itu telah dibunuh dengan racun). sudah ada jawapannya. “penakutlah dia dengan mengalahkan begitu ramai musuh?” dan lain-lain lagi. Timbalan Menteri.9 Retoris: Ialah gaya bahasa berupa pertanyaan yang tidak memerlukan jawapan.3. dewasa. ia dikenali sebagai “ayat kena buat” atau ayat pasif. dan rakyat jelata turut hadir sama”..3. Misalnya: “Miskinkah dia dengan rumah besar dan harta benda yang banyak?”.”. sampailah ke tuannya. dari datuk.7 Inversi: Ia merupakan gaya bahasa pembalikan penyusunan kata dalam satu-satu kalimat. Wakil-Wakil Rakyat.besar. Menteri-Menteri. kerana di dalam pertanyaan itu sendiri secara tidak langsung. anak hinggalah ke cucu cicit ciatnya” dan seumpamanya. .8 Ellipsi: Satu gaya yang cuba menghilangkan sebahagian dari kalimat. “Habis dimakan” (bermaksud: nasi yang terhidang di atas meja itu habis semua sekali dimakan olehnya) dan lain-lain lagi. nenek. Misalnya: “Dalam majlis persandingan Diraja tersebut..

3. alkisah. alkian. “Kereta.12 Polysindeton: Merupakan gaya bahasa lama. lori. almari dan bangku yang rosak”. sebenarnya ibu memasak nasi”. sayhdan dan lain-lain lagi. jika sepatutnya ada menggunakan kata-kata penyambung.10 Koreksio: Iaitu satu gaya bahasa yang pada mulanya tersalah sebut atau sengaja disebut kurang teapat dan tidak betul. lalu dalam masa yang sama juga ianya diperbetulkan. maksud saya. tetapi tidak atau sengaja tidak digunakan. ia terkena jerangkap samar dan cedera parah”. van dan ambulans telah memiruk-pikukkan lagi suasana di jalan yang sesak itu”. anak-anak kucing yang saya pelihara di rumah” (boleh jadi penutur ini tidak berkahwin atau tidak mempunyai anak lagi) dan sebagainya. 3. Misalnya: “ Di dalam bilik itu terdapat meja. adapun. dan lain-lain lagi. sebagai satu cara dan menjimatkan penggunaan kata. akan digunakan sepenuhnya (Ini adalah berlawanan dengan asindenton). iaitu penggunaan perkataan-perkataan yang kadangkala tidak memberi erti yang tepat.maksud saya.3. 3. Contohnya: “Nasi memasak ibu.3.3. kerusi. tetapi adlah harapan kita pada masa kini jika kita tidak mengambil peneganalan dan pengetahuan daripada gerak-geri orang-orang . lalu dalam masa juga ianya tidak betul. “dalam masa itu ia terkena kemalangan. “Anak anak saya semuanya manja-manja belaka.11 Asindenton Merupakan kata-kata dalam ayat atau ayat-ayat yang sepatutnya menggunakan kata-kata penyambung. motosikal. oh maaf. Ayat-ayatnya pula. Contohnya: “Sungguhpun Terengganu itu daripada bahagian atau jumlah negeri yang terlebih muda sekali termasuh ke bawah anungan negeri yang terlebih muda sekali termasuk ke bawah naungan Kerajaan Ingeris. bas. seperti perkataan maka.

Misalnya. aduh sedapnya makanan ini).15 Enumerasia: Iaitu satu corak gaya bahasa yang bersifat penghuraian sesuatu peristiwa yang sengaja dipisah-pisahkan.3. dan berdahulu-huluan tiap-tiap daripada mereka itu memasukkan dan menambahkan kepada negerinya cohtoh tauladan yang baik-baik dari luar”. “Ayahnya (yang bernama Daud. Contohnya: “Siapakah orangnya. 3. “sengkang” atau pun “kurungan”. Langit tak berbintang. “nama pkok itu (iaitu pokok Melaka) telah dijadikan sebagai nama negeri Melaka”. iaitu adik kepada emak saudaranya) telah pergi ke seberang laut pada tahun lepas lagi) dan lain-lain lagi. Contohnya: “Aduh!pedihnya luka ini”.besarnya yang bersungguh-sungguh menjaga dan memelihara pintu-pintu bahagia dan anak-anak jenisnya sendiri. Lorong-lorong sudah sepi. 3. 3.16 Praetorito: Merupakan satu gaya yang seolah-olah atau seakan-akan pengarang mahu menyembunyikan sesuatu perkara yang dilukiskan. Umpamanya: “Malam gelap. “Wah!cantiknya baju awak” dan lain-lain lagi.13 Interupsi: Merupakan gaya bahasa yang menggunakan kata atau sebahagian kalimat yang disisip. dan berikhtiar bagi menutup lubang kecil dan besarnya. ditambah sesudah kalimat asal (pokok) dengan tujuan untuk menjelaskan erti asal atau pokok tadi dengan lebih luas lagi. (tidak boleh dikata. Sayup-sayup kedengaran anjing menyalak”. Penjelasan itu dibuat dengan menggunakan tanda-tanda “koma”. atau penulis membuat andaian bahawa apa yang hendak atau tak hendak diberitahu olehnya sudahpun diketahui oleh orang lain (orang ramai).3. tak .3. Lampu jalan sudah dimatikan. 3.3. Ianya digambarkan satu persatu agar lebih hidup dan lebih nyata. untuk menegaskan maksud ataupun untuk disesuaikan dengan nada erti yang dikatakan.14 Eksklamasi: Merupakan gaya bahasa yang memakai kata-kata seru.

Pun begitu ada orang yang tak boleh bekerja kalau tak merokok”. “hitam putih”.3 Occupasi: Ialah gaya bahasa yang mengandungi suatu bantahan. 3.1 Pradoks: Ialah satu corak gaya yang mempertentangkan kata-kata atau erti dalam satu kalimat. 3. Ini ditimbulkan semata-mata untuk menimbulkan kepuasan. dan lain-lain lagi. “tua muda”. Amaran oleh Kerajaan Malaysia. tetapi dicuba membentangkannya juga sebagai untuk pengetahuan umum.4. “Benci tapi rindu”. “Bangkai bernyawa”. misalnya. “kaya miskin”. Gaya bahasa pertentangan ini terdiri dari beberapa jenis. . Walaupun boleh jadi semua orang suda tahu. iaitu: 3. “Berjudi adalah haram tetapi ada orang yang terus berjudi sebagai salah satu dara untuk menjadi kaya dengan cepat” dan lain-lain lagi. “Dia kaya.4. “Senyum dalam tangisan” (biasanya atatu sepatutnya orang yang senyum tak boleh menangis atau pun orang yang menangis tak boleh senyum). Mahu bertentangan dengan tak mahu. yang tak dipersetujui. “kecil besar”. contohnya. “lelaki perempuan” dan lain-lain lagi. sebab saya rasa anda sendiri sudah pun mengetahuinya” dan lain-lain lagi. tetapi hidupnya melarat”. Contohnya: “Merokok membahayakan kesihatan.perlulah saya sebutkan.4. “Tidur dalam jaga”.4 Gaya Bahasa Pertentangan Gaya bahasa pertentangan adalah merupakan satu gaya yang memperlihatkan kebertentangan erti atau makna dalam satu-satu ayat. ya bertentangan dengan tidak dan sebagainya. “Marah dalam sayang”. 3. “cantik hodoh”.2 Antithese: Merupakan gaya yang mempertentangkan paduan dua patah perkataan yang berlawanan ertinya.

cuti. dan lain-lain lagi. Ianya akan ketara sebagai bahasa “cedukan” bila orang mengetahui bahasa asalnya.2.1 Dari bahasa Sanskrit: Lidah. jodoh. genta. geliga.2. kari. jenak dan lain-lain lagi. “Kamar itu sunyi sepi. kapur. capal.2. kapas.3. acar.2 Dari bahasa Tamil: Kapal. Kebanyakan perkataan “pinjaman” ini terasa seolah olah sebagai bahasa Melayu sendiri kerana kerap sangat kita menggunakanya dalam percakapan dan penulisan kita sehari-harian.tetapi masih kelihatan berkelip-kelip” dan lain-lain lagi. 4. Perkataan-perkataan demikian hampir kesemuanya telah diubahkan bunyinya yang sebanar mengikut tabii lidah Melayu. “Matanya pejam. jala.4.3 Dari bahasa Hindustan: Boria. “Dia nampak alim tetapi sebenarnya jahil”. Perkataan asing dalam Bahasa Malaysia (Melayu) Dalam Bahasa Melayu (seperti juga dalam bahasa-bahasa lain) banyak sekali perkataan asing yang telah terpinjam atau termasuk sehati menjadi sebahagian daripada perkataan Melayu jati. bedil. Misalnya sedikit contoh: 4. Kerap kali berlaku juga maknanya juga telah berubah atau bertambah daripada makna dalam bahasa asal. pili. topi. kawal. mahligai. hanya detikan jam yang berbunyi”. duli. lebai. baldi. Misalnya. angkasa. loga. . 4. bahu. keldai. bahaya. gusar. cinta. gudang. neraca. 4.4 Kontradiksio: Ialah satu gaya yang memperlihatkan pertentangan dengan apa yang sudah dikata atau ditegaskan terlebih dahulu. tirai dan lain-lain lagi. lucah. roti. coli. guni. kuda. sila. basi. modal. nadi. Hal ini berlaku disebabkan oleh eratnya hubungan bangsa Melayu dengan bangsa-bangsa lain sejak zaman awal lagi.

makam. ayu. tiuku(tengku). gincu. serban . taman.10 Dari bahasa Belanda: Duit. garfu. 4. bomba.7 Dari bahasa Jawa dan Sunda: Luntur. teliti. ponting. rapi.6 Dari bahasa Cina: Kuih. lakon. malahan. dan lain-lain lagi. ragu. akal. 4. 4. pakau. teromba. tuala. tahil koyan. kemanakan. bapang. kekwa. gusti. dan lain-lain lagi. laksa. cuak. ketara. peluru. engsil. senapang. dam.2. meja. 4. saban. ongkos. maktab.2. musafir. enak. jaguh. fikir. bola. bagus beres. dan lain-lain lagi. lahar. kebaya. kamar. 4. garam. lazat.4 Dari bahasa Parsi (Iran): Pesona. kawat.2.2. sampan bangsal. geladak. sore. taugeh. dewan dan dan lain-lain lagi. sepatu. semenda. istana. bangku. sudah. urus.8 Dari bahasa Sumatera: Gadis. pelekat. bius. nyaman. teraju. 4.9 Dari bahasa Portugis: Baldi. teko. tinta.2. dan lain-lain lagi.2. landai. alci. . dan lain-lain lagi. dan lain-lain lagi. tangsi.2. johan. roh. sekoci. kemeja. lawak.5 Dari bahasa Arab: Islam. tulis. saudagar. berkat. dakwat. cegah.4. kantor. rokok. misal. hukum. palsu. hakim.

pas. kopi. motor. gelas. pistol. dan lain-lain lagi. pensel. muzik.4. selipar. notis.2. botol. bil.11 Dari bahasa Inggeris: Saman. Dicatat oleh MBi di 5:36:00 PTG . koleh.buku.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->