You are on page 1of 6

APLIKASI PENDEKATAN KODALY

PENGENALAN
Bahagian ini member pendedahan yang ringkas tentang kaedah Kodaly dalam Pengajaran Pembelajaran Muzik.Fokusnya ialah komponen yang terdapat di dalam kaedah ini.Latihan amali dalam teknik Kodaly merupa bahagian yang penting di mana anda boleh mengamalkan untuk memahaminya sebelum anda mengaplikasikannya di dalam pengaaran dan pembelajaran.Anda diberi peluang untuk membuat pengajaran mikro dengan member focus kepada tonik solfa,isyarat tangan,notasi,symbol dan sebutan irama yang boleh disalurkan melalui nyanyian.

OBJEKTIF
Di akhir topik ini,anda seharusnya dapat: 1. Menyenaraikan komponen yang terdapat di dalam kaedah Kodaly 2. Membandingkan beza antara pendengaran dalaman dan pendengaran yang biasa 3. Mengamalkan nynyian solfa,isyarat tangan dan sebutan irama dan notasi lidi dengan tepat 4. Mengaplikasikan sekurang-kurangnya satu daripada tiga teknik teknik Kodaly di dalam pengajaran dan pembelajaran dan 5. Melaksanakan pengajaran mikro dengan berkesan

GAMBARAN KESELURUHAN TOPIK


Topik ini mengandungi banyak aktiviti hands on melalui latihan amali.Di samping didedahkan dengan kaedah Kodaly anda perlu mengamalkan teknik Kodaly secara latih tubi supaya anda dapat memahaminya dan juga dapat mengaplikasikan teknik tersebut di dalam bilik darjah.Di dalam topik ini anada akan menjalani pengajaran mikro dengan member focus kepada teknik Kodaly.

KOMPONEN KAEDAH KODALY


Komponen kaedah Kodaly meliputi lima perkara di bawah ini: 3.1.1 Kaedah Kodaly secara berturutan 3.1.2 Nyanyian 3.1.3 Pendengaran dalaman 3.1.4 Penghafazan 3.1.5 Improvisasi

3.1.1 Kaedah Kodaly secara berturutan


Di dalam pengajaran dan pembelajaran yang mengandungi teknik Kodaly biasanya disalurkan melalui kegiatan menyanyi secara berturutan daripada prinsip bunyi sebelum symbol,mudah kepada kompleks dan konkrit kepada abstrak.

KONSEP IRAMA
Salah satu unsure muzik yang ketara yang boleh dijadikan contoh di sini ialah irama.Irama yang asas di dalam kaedah ini ialah irama yang bersamaan dengan pergerakan harian kanakkanak seperti berjalan (krocet-mempunyai nilai 1 kiraan) dan berlari (kuaver-mempunyai nilai kiraan) lain-lain pergerakan yang sesuai.Kanak-kanak tidak dapat memahami konsep semibreve dengan mudah memandangkan nilainya yang mempunyai 4 kiraan di mana ia tidak terdapat di dalam perlakuan mereka setiap hari. Di dalam pemahaman konsep irama,meter atau tanda masa yang laziam duaan dan empatan digunakan.Kebanyakan lagu-lagu kanak-kanak dan permainan mempunyai meter 2.Jenis lagu ini sesuai dijadikan permulaan pemahaman konsep irama.Meter tigaan hanya diperkenalkan setelah kanak-kanak dapat mengikuti dab merasai meter duaan dan empatan dengan baik.Konsep irama dan sebutannya akan diterangkan dengan lebih jelas pada bahagian simbol,notasi lidi dan sebutan irama. Unsur-unsur muzik yang lain seperti bentuk,harmoni,tempo,dinamik boleh diatur dan disusun secara berturutan dalam kaedah ini.

KONSEP MELODI
Di samping konsep irama,konsep meodi juga perlu diperkenalkan secara berturutan.Mengikut perkembangan muzikal kanak-kanak,mereka hanya dapat menyanyikan 5 atau 6 ton dan tidak dapat menghasilkan semiton dalam pic yang tepat.Oleh yang demikian konsep melodi perlu diperkenalkan dengan 2 pic dahulu, so dan mi yang mempunyai jeda minor ke 3.Mengikut kebiasaan corak jeda ini memang terdapat di dalam kehidupan harian mereka. Contohnya panggilan nama mereka di rumah:

Corak perkembangan muzikal kanak-kanak didapati serupa di seluruh dunia.Di dalam kajian konsep melodi,jeda minor 3 dan major ke 2 merupakan jeda-jeda yang sama dan lazim digunakan dari negara Jepun,Amerika Syarikat hinggalah ke Hungary.Jeda minor ke 3 (somi),jeda major ke 2(so-la)dan perfek ke 4 (mi-la) selalunya terdapat dalam nyanyian solfa sing song chants. Berikut adalah cirri-ciri perkembangan muzikal (konsep melodi) kanak-kanak yang perlu diambil kira sebelum kaedah berturutan ini dijalankan. Renj untuk kanak-kanak menyanyi dengan selesa dalam pic yang tepat adalah terhad kepada 5 atau 6 ton dalam whole tone.Kanak-kanak menghadapi kesukaran untuk menyanyi dalam pic yang tepat jika terdapat semiton di dalam melodi yang dinyanyikan. Ton yang menurun lebih mudah untuk kanak-kanak mempelajari dan meniru daripada ton menaik.ini menunjukkan permulaan pembelajaran dalam corak tonal lebih baik didahulukan melalaui lagu-lagu yang mengandungi rangkain pic menurun.

Kanak-kanak lebih mudah menyanyi pic yang melompat daripada pic yang bergerak rapat: Not G ke E lebih mudah dinyayikan daripada G ke F#.Lompatan pic yang oktaf adalah paling sukar bagi kanak-kanak untuk menyanyikannya. Mengiku kajian yang dijalankan Renj kanak-kanak di dalam pengajaran pembelajaran kaedah Kodaly,biasanya kanak-kanak akan memulakan dengan nada pic atas dalam jeda minor ke 3 F#.Ini bermakna lagu-lagu yang di dalam nada D,Eb dan E adalah yang paling sesuai.

3.1.2 Nyanyian
Suara merupakan satu alat muzik semula jadi yang berkesan dan dimiliki oleh semua orang.Kanak-kanak menggunakan dan suara sebagai alat yang melahirkan baik bagi perasaan gembira,saying,sedih,mengharap menggunakannya dengan berkesan. seronok.Cara kanak-kanak

3.1.3 Pendengaran dalaman


Pendengaran dalaman atau inner hearing merupakan kemahiran yang agak kompleks dan sukar dijelaskan.Ia melibatkan kemahiran mendengar atau selalu disebut sebagai memikirkan sesuatu unsure muzik seperti melodi atau irama di dalam mental seseorang tanpa membunyikannya.Walaupun ia bukan mudah untuk dicapai namun ia boleh diajar kepada kanak-kanak melalui teknik permainan yang mudah dan menyeronokkan. Pendengaran dalaman memainkan peranan yang penting dalam perkembangan kemahiran muzik seperti nyanyian,permainan diketepikan. Berikut adalah beberapa aktivitu kemahiran pendengaran dalaman yang boleh digunakan dalam pengajarab pembelajaran muzik: Permainan Mesej Rahsia.Guru memberikan sehelai nota yang mengandungi mesej rahsia kepada seorang murid.Murid tersebut membaca nota tersebut dan menyanyikan secara berbisik di telinga guru. Sebelum memulakan pengajaran guru meminta murid membaca latihan atau menyanyi engan lambat serta senyap (di dalam kepala). alat dan lain-lain bidang muzik justeru ia boleh

Meneka lagu.Guru menggunakan isyarat tangan kepada sesuatu melodi dan meminta muridmurid menyanyikan dengan senyap di dalam kepala.Setelah guru member masa untuk merasai melodi itu,guru akan meminta menyanyikan lagu tersebut di hadapan kelas.(Murid juga boleh menggantikan tempat guru.Alternatif yang lain ialah menggunakan papan solfa fan peninjuk) Memikir not ke 5 (atas atau bawah).Contohnya,satu lagu rakyat dipilh mempunyai G sebagai do.Murid-murid menyanyi dua bar pertama dan ia adalah not E dan apabila sampai ke bar ketiga terdapat perubahan nada ke D = do dan secara automatisnya menyanyikan not B (yang sepatutnya mi) sebagai la. Tahap yang tertinggi bagi seseorang yang telah menguasai pendengaran dalaman ini ialah apabila ia dapat menganalisis skor orkestra dan mendengar karya tersebut di dalam kepalanya.

3.1.4 Penghafazan
Kanak-kanak biasanya merasa seronok apabila mempelajari sesuatu lagu itu dengan cara menghafaz atau learning by heart.Namun ada cara yang lebih menarik dalam memperkembangkan aspek ini.Ini boleh dilakukan melalui teknik permainan. Contoh 1 Guru membuat isyarat tangan dan murid menghafaznya sambil :berfikir melodi

tersebut.Murid membuat isyarat tangan serta menyanyikan melodi itu kepada solfa. Proses diulang dengan motif-motif yang pendek.(setelah latihan dijalankan berkali-kali murid diberi latihan dengan menggunakan motif yang lebih panjang) Contoh 2 Guru menggunakan skel pentatonik sebagai bahan penghafazan.murid diberi sehelai kertas di mana di bahagian kiri telah diisi dikosongkan. Murid mrndengar guru memainkan 2 atau 3 not di kibod berulang-ulang.Murid digalakkan berfikirdahulu sebelum menulis balik pada baluk di sebelah kanan.Setelah selesai dengan not-not pada baluk.Di bahagian kanan pula

menulis,murid menyanyi not-not yang ditulis di baluk tadi.(aktiviti ini boleh menggunakan simbol atau notasi lidi dengan nama solfa)

You might also like