You are on page 1of 29

BML 3083 /SEMANTIK DAN PRAGMATIK / AMINAH AFANDI / D 20111049946

2012

PEMARKAHAN 1 2 TUGASAN ( B ) FORUM JUMLAH

KOD DAN NAMA KURSUS

BML 3083 : SEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYU


TUGASAN B

TAJUK Dalam bidang kajian ilmu semantik, terdapat kepelbagaian jenis makna yang perlu dipelajari oleh mahasiswa bagi
mendalami bidang kajian ilmu makna. Kepelbagaian jenis-jenis makna ini dapat menjelaskan kepada mahasiswa bahawa wujudnya kepelbagaian makna yang digunakan dalam mengintepretasi makna sesuatu perkataan, ayat dan sebagainya.Antara jenis-jenis makna tersebut ialah; a) b) c) d) e) makna konseptual makna konotatif makna afektif makna asosiatif makna denotatif

DISEDIAKAN OLEH

Daripada pernyataan di atas, berikan ulasan anda tentang perkara-perkara berikut: i.Perjelaskan setiap satu jenis makna tersebut dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai.

. KUMPULAN : UPSI06 ( A121PJJ ) DISEDIAKAN OLEH :

NAMA AMINAH BTE MOHD.AFANDI

NO. ID D 20111049946

NO.TELEFON 012-7519176

NAMA TUTOR E-LEARNING : DR.ADENAN B. AYOB TARIKH HANTAR : 25 NOVEMBER 2012

BML 3083 /SEMANTIK DAN PRAGMATIK / AMINAH AFANDI / D 20111049946

2012

PENDAHULUAN Kata semantik ini, sebenarnya berasal daripada kata adjektif bahasa Yunani semantickos yang membawa makna penting atau bererti. Semantik pula, secara ringkas, dapat dijelaskan sebagai suatu bidang ilmu yang mengkaji makna perkataan dan ayat dalam bahasa. Semantik dalam bahasa, pada umumnya, dapat diteliti dari pelbagai sudut. Demikian juga semantik dalam Bahasa Melayu dapat diteliti dari aspek-aspek seerti dan rujukan, perkataan, ayat, jenis-jenis makna, perubahan makna, peribahasa (termasuk simpulan bahasa), dan unsur semantik dalam nahu. Menurut Palmer(1992), istilah semantik merujuk kepada bidang kajian makna. Istilah ini merupakan istilah yang agak baharu dalam bidang linguistik. Semantik mengikut kamus Dewan Edisi keempat ialah kajian tentang makna perkataan dan penambahan makna sesuatu perkataan. Daripada segi etimologi: kata semantik berasal daripada kata Yunani sema yang bererti tanda dan lambang. Oleh yang demikian, semantik dapat diertikan sebagai ilmu yang menyelidik paduan tanda-tanda atau lambang-lambang yang menghasilkan sesuatu bahasa serta ertinya. Istilah ini juga sebenarnya berasal daripada kata adjektif bahasa Yunani semantikos, yang bermaksud penting atau bererti. Istilah semantik mula-mula diperkenalkan oleh M.Breal daripada kata Perancis semantique. Orang yang mula-mula menggunakan istilah semantik ialah M.Breal(1990) dalam bukunya semantics : studies in the Science of Mening.(semantik- Ahmad Mahmood Musanif). Menurut Radiah Yussof, Linguistik Pengenalan- Semantik ialah kajian tentang makna lingustik untuk morfem, perkataan, frasa dan ayat dalam bahasa manusia (OGrady, 200, 224, Fromin et al 2003.173) Dapatlh disimpulkan bahawa semantik merupakan salah satu cabang kajian linguistik yang membahas tentang makna. Kajian semantik juga dikatakan sebahagian daripada linguistik yang mengkaji bahasa secara teliti. Semantik dapat dijelaskan sebagai sesuatu bidang yang mengkaji maka perkataan dan ayat dalam bahasa secara ringkasnya. Kajian mengenai makna kata boleh dilihat dalam aspek makna denotasi dan konotasi, makna dalam konteks, hubungan makna dengan kebudayaan, perubahan makna dan bentuk-bentuk makna daripada

BML 3083 /SEMANTIK DAN PRAGMATIK / AMINAH AFANDI / D 20111049946

2012

hubungan semantik. Sebagai contoh, perkataan dia boleh membawa pelbagai makna , iaitu seorang lelaki, perempuan, kanak-kanak lelaki, kanak-kanak perempuan, remaja, orang tua, pembuat roti dan sebagainya. Hal ini bermakna perkataan dia mempunyai nilai makna yang
berhubung dengan jantina, usia dan taraf sosial. Oleh itu, untuk memudahkan kita melihat makna tersebut, ia perlu dilihat dalam struktur tatabahasa.

Konsep dan makna dalam semantik dapat dianalisis dalam 3 komponen sepertimana di bawah ini.

Komponen kata

Komponen Makna

Komponen Rujukan

1.Komponen kata ialah aspek-aspek dalam bentuk bunyi atau tulisan. 2. Komponen makna ialah dalam bentuk aspek tergambar dalam fikiran manusia 3.. Komponen rujukan ialah dalam konkrik yang dapat dilihat. Terdapat dua pendapat mengaitkan hubungan kata dengan rujukan iaitu: i. Kata yang diertikan ii. Kata yang dimengertikan.
Hubungan Makna 1. Sinonim - Sinonim ialah dua kata atau lebih yang memiliki makna yang sama atau hampir sama. Contoh:

BML 3083 /SEMANTIK DAN PRAGMATIK / AMINAH AFANDI / D 20111049946

2012

sudah - telah Sama makna sebab - kerana mewah - kaya untuk -beri - buat hampir sama makna cinta - kasih - sayang

Sinonim

.Antonim

besar x kecil tanya x jawab

Homonim ( ejaan sama tapi makna berbeza ) bisa - racun / boleh kopi minuman / salinan

Homograf

Homofon

Polisem - Kata banyak makna . alamat tempat tinggal alamat randa

tahu makanan /faham

masa - massa

Rujuk graf di atas 2. Antonim 3.Homonim 4.Homograf 5.Homofon 6.Polisem Menurut Djajasudarma (1993: 5), makna adalah perkaitan yang ada di antara unsur-unsur bahasa itu sendiri (terutama kata-kata), sedangkan menurut Palmer (1976: 30), makna hanya menyangkut unsur intrabahasa. Sementara, Lyons (1977: 204) menyebutkan bahawa mengkaji atau memberikan makna suatu kata adalah memahami kajian kata tersebut yang berkenaan dengan hubungan-hubungan makna yang membuat kata tersebut berbeda dari kata-kata lain. Dalam hal ini, menyangkut makna leksikal dari kata-kata itu sendiri yang cenderung terdapat di dalam kamus, sebagai leksem (dalam Djajasudarma,1993).

. Hubungan antara kata dengan konsep adalah bersifat langsung dan demikian juga konsep dengan rujukan. Namun, hubungan antara kata dengan rujukan adalah tidak langsung.
4

BML 3083 /SEMANTIK DAN PRAGMATIK / AMINAH AFANDI / D 20111049946

2012

Hubungan antara kata dan makna dengan rujukan adalah bersifat obitrasi (sewenangwenangnya) iaitu tidak mutlak. Dalam bidang semantik juga, terdapat beberapa makna yang perlu diketahui oleh pengguna bahasa. Terdapat jenis-jenis makna tertentu yang mendokong makna tertentu dan terdapat juga makna yang dikongsi oleh beberapa makna lain. Selain itu terdapat juga makna yang merupakan makna teras dan juga makna sampingan. Oleh itu, dengan mempelajari jenis makna, pengguna bahasa akan didedahkan dengan makna-makna tersebut dan dapat menggunakan jenis makna ini dan disesuaikan dengan konteks penggunaannya.Jenis-jenis makna adalah sepertimana di bawah ini:

Konseptual

Konotatif

JenisJenis Makna

Afektif

Denotatif

Asosiatif

Jenis-Jenis Makna

1 Makna konseptual Melihat pada makna konseptual, perkara yang paling utama perlu kita tahu adalah apa itu konsep dalam sesuatu makna. Makna konseptual itu merupakan sesuatu makna yang paling penting dalam bahasa. Kita tidak akan dapat memahami makna, mentaksif makna, memahami ujaran, ataupun membuat interpretasi dengan tidak mengaitkan makna konseptual itu. Hal ini bermakna, sekiranya makna sesuatu ayat itu tidak dapat difahami konsepnya maka sebarang analisis makna, maksud makna, ujaran tidak dapat dilakukan. Oleh hal yang demikian
5

BML 3083 /SEMANTIK DAN PRAGMATIK / AMINAH AFANDI / D 20111049946

2012

pemahaman konsep adalah mustahak. Makna konsep ini mencakupi komponen seperti benda, tindakan, proses, keadaan atau konsep lainnya ( Abdul Chaer, 1990). Menurut ( Leech, 1974), pula di dalam makna konseptual, konsep merupakan sesuatu asas kerana pokok atau konsep itu sesuatu yang asas dalam komunikasi linguistik. Manakala Palmer (1992), pula menyatakan bahawa konsep adalah sesuatu menghubungkan kata dan benda melalui perantaraan konsep pemikiran.Contohnya:

betina

jalang kurang berakhlak

wanita

solehah lemah lembut baik berbudi pekerti

Berdasarkan dua perkataan di atas,ia membawa makna yang sama iaitu manusia dewasa yang bukan laki-laki (Kamus Dewan, 2001). Leech (1974), mengaitkan konsep dengan dua prinsip iaitu, prinsip konstrastif dan prinsip struktur konstituen. Contohnya, konotasi antarawanita dan betina adalah berbeza. Contohnya wanita boleh dispesifikasikan sebagai wanita solehah, wanita bekerjaya, wanita dewasa, wanita sopan. Tetapi sekiranya digunakan perkataan betina, ia menjadi kurang sesuai untuk diucapkan.Selain itu, prinsip lain yang boleh diguna pakai dalam organisasi linguistik ialah melalui pembahagian menurut tahap struktur linguistik yang dapat memudahkan pemahaman pengembangan linguistik seseorang. Ujaran linguistik boleh difahami dengan mudah melalui pembahagian tiga tahap ini iaitu Fonologi, Sintaksis, dan Semantik. Bagi penutur tindakan pertama ialah mengenkod makna(ujaran daripada penutur) apa yang hendak dilafazkan melalui ayat atau perkataan dan berakhir dengan bunyi. Bagi seorang pendengar pula, proses ini beralih, iaitu mendengar bunyi-bunyi ayat dan melakukan interpretasi. Dalam menganalisis ayat, peringkat pertama kita perlu buat ialah menetapkan representasi fonologi, representasi sintaksis, dan representasi semantik.Representasi bermaksud 6

BML 3083 /SEMANTIK DAN PRAGMATIK / AMINAH AFANDI / D 20111049946

2012

sesuatu yang melambangkan, menggambarkan, atau menyatakan sesuatu yang lain, perlambangan, gambaran, atau pernyataan. (KamusDewan, 2004). Konsep memainkan peranan penting kepada manusia untuk mentakrif,memahami, memutus buah fikiran. Tanpa konsep, kita tidak mungkin berupaya mewujudkan makna denotatif atau makna sebenar. Makna sesebuah perkataan sering bergantung pada konteks ayat atau situasi penggunaannya.

2. Makna Konotatif
Makna konotatif ialah makna yang ada kaitan dengan nilai rasa, baik positif mahupun negatif ( Nik Safiah Karim, 2004). Sekiranya nilai rasa itu tidak wujud, maka sifat perkataan itu nanti mungkin tidak memihak mana-mana. Walaupun perkataan betina dan wanita mempunyai makna denotatif yang sama tetapi, kedua-dua perkataan ini mempunyai nilai rasa yang berbeza. Perkataan betina mempunyai nilai rasa yang rendah manakala perkataan wanita mempunyai nilai rasa yang tinggi. Samalah juga dengan perkataan jantan dan lelaki. Begitu juga dengan perkataan jahat dan nakal dimana perkataan jahat lebih luas maknanya dan ia biasa ditujukan kepada manusia dewasa manakala nakal untuk perangai kanak-kanak yang bukan bersikap kekal dan ia akan berubah mengikut kedewasaannya. Makna konotatif atau makna tambahan ini juga boleh berubah merujuk kepada faktor-faktor tertentu. Contohnya perkataan alamat iaitu sesuatu yang dianggap sebagai menandakan bahawa sesuatu kejadian yang baik atau buruk akan berlaku, tanda, pertanda: dia merasakan bahawa mimpinya itu memberinya sesuatu .Maksud lain bagi perkataan alamat iaitu. butir keterangan (seperti nombor rumah, nama jalan, nama bandar, dan sebagainya ) yang menunjukkan tempat tinggal seseorang: pastikan bahawa ~ penerima surat itu telah dituliskan dengan terang dan lengkap pada sampul surat; MaknaKonotatif ini boleh dilihat kepada beberapa aspek iaitu, makna konotatif ini tidak spesifik pada bahasa tetapi dikongsi bersama sistem komunikatif seperti seni visual danmuzik. Contohnya, barangan atau produk yang diiklankan di televisyen tidak sama seperti produk yang diilustrasikan. Kedua ialah, makna konotatif bersifat periferal.Makna konotatif tidak stabil, bervariasi menurut budaya, tempoh masa dan pengalaman individu. Orang yang terpelajar atau orang yang menimba ilmu, dan berpengalaman menjadikannya berbeza pendapat apabila melihat sesuatu atau memberikan pendapat.Ketiga, makna konotatif sukar dipastikan dan bersifat arbitrer dan keterbukaan.Penggunaan kata-kata halus, sedap di dengar, tepat dan sesuai pada masanya telah digunakan secara meluas oleh masyarakat Melayu. Contohnya, perkataan kudapan digunakan untuk menggantikan minum dan makan pagi dengan mengambil kuih-muih sedikit, iaitu kudap-kudap sahaja (makanan ringan seperti minuman kopi dan kuih-muihyang dimakan sekadar mengalas perut dalam sesuatu majlis antara waktu minum pagi dantengah hari atau pada waktu minum petang atau selepas makan malam). (Kamus Dewan,2004).

BML 3083 /SEMANTIK DAN PRAGMATIK / AMINAH AFANDI / D 20111049946

2012

Kata yang bermakna konotatif juga bergantung pada konteks. Kata babi, jijik bagi orang Islam, tetapi tidak jijik bagi orang bukan Islam. Contoh lain seperti di bawah ini: Perempuan itu buah hati saya / Memang dasar perempuan! Dadah mengancam keselamatan negara. / Hai, mengancam nampak! Orang gemuk itu sudah kurus / Badannya kurus kering Rombongan pengantin telah tiba / Rombongan alternatif akan menyerahkan Wanita korporat / Wanita pisau cukur

3. Makna Denotatif

Denotatif bersamaan makna referensial @ makna selapis kerana boleh dilihat secara nyata. Disebut juga sebagai makna sebenar. Contohnya: lelaki, wanita, perempuan. Makna kata secara wajar, secara apa adanya, atau disebut juga makna leksikal, iaitu makna seperti yang terdapat dalam kamus. Dengan kata lain, makna denotasi itu adalah makna yang lebih dekat dengan bendanya. Kata gigi, misalnya, bermakna 'tulang keras dan kecil-kecil berwarna putih yang tumbuh tersusun berakar di dalam gusi dan kegunaannya untuk mengunyah atau menggigit'. Makna kata seperti itu adalah makna denotasi atau makna sebenarnya. Agar lebih jelas, hal itu dapat dilihat pada ayat berikut:

Pokok mangga yang ditanamnya sudah mula berbuah. Warna kulitnya sangat putih Doktor menyarankan agar dia banyak makan hati ayam . Sukan berbasikal amat popular di negara kita.

Kata berbuah, putih, makan hati, dan berbasikal pada ayat di atas mengandung makna denotatif, makna sebenamya, atau makna lugas.Makna konotatif ialah makna lain yang ditambahkan pada makna denotatif, yang ada hubungannya dengan nilai rasa orang yang menggunakan kata itu.
8

BML 3083 /SEMANTIK DAN PRAGMATIK / AMINAH AFANDI / D 20111049946

2012

Bagi memberikan kefahaman yang lebih jelas disini diberikan perbezaan antara makna denotative dan konotatif merujuk rajah di bawah. Bil 1 Denotatif
babi = binatang menyusui yang bermuncung panjang, berkulit tebal, dan berbulu kasar, serta diharamkan bagi orang Islam perempuan = orang yang dapat hamil, melahirkan anak dan menyusui babi

Konotatif
= jijik dan kotor, rasa marah dan menyampah.

Perempuan = unsur negatif

4. Makna Asosiatif Menurut Leech (1976), makna asosiatif adalah makna yang dimiliki sebuah kata dengan kata lain termasuk di dalamnya makna konotatif, makna stilistik, makna afektif,makna refleksi dan makna kolokatif. Makna asosiatif ialah perkaitan (antara satu dengan yang lain), perhubungan dan pertalian (Kamus Linguistik, 1997). Menurut SetiawatiDermojuwono, makna asosiatif merupakan asosiasi yang muncul dalam benak seseorang apabila mendengar perkataan tertentu ( Kushartanti, et.al., 2005).Asosiasi ini dipengaruhi unsur-unsur perasaan,pengetahuan dan pengalaman seseorang.Makna asosiatif biasanya dikaji dalam bidang psikolinguistik (Soenjono Dardjowidjojo, 2003). Makna asosiasi ini sebenarnya sama dengan perlambangan yang digunakan oleh sesuatu masyarakat yang mempunyai persamaan dengan sifat, keadaan, atau ciri yang ada pada konsep asal kata atau perkataan tersebut. Contohnya, perkataan buaya dikaitkan dengan jahat atau ganasatau membawa erti seorang laki-laki yang suka memujuk dan menipu wanita. Begitu jugadengan kata mawar yang bermakna konseptual iaitu sejenis bunga yang kuning tetapi cantik dan berbau harum dinyatakan untuk perlambangan bersih dan suci. Hal ini bermakna sesuatu yang berasosiasi berhubung rapat dengan makna konotatif, stilistik,afektif, reflektif dan kolokatif. Contohnya makna konotatif termasuk dalam makna asosiatif kerana kata-kata tersebut adalah berasosiasi dengan nilai rasa terhadap perkataan itu. Maknaafektif pula lebih terasa dalam komunikasi lisan kerana ia berkait rapat dengan perasaanatau emosi pembicara terhadap lawan bicara atau terhadap objek yang dibicarakan dandisampaikan dengan penuh semangat, nada dan intonansi.Terdapat banyak persamaan makna asosiatif di dalam satu masyarakat bahasa kerana pengalaman, lingkungan dan latar belakang budaya yang hampir sama.Makna asosiatif turutmemainkan peranan penting dalam menyusun teks iklan dan bukan sahaja
9

BML 3083 /SEMANTIK DAN PRAGMATIK / AMINAH AFANDI / D 20111049946

2012

maknareferensial sahaja yang mesti ditonjolkan. Makna asosiatif memainkan peranan yang penting untuk pemahaman wacana kerana makna asosiatif dapat menjadi pengikat maknamakna kata sehingga terbentuk pemahaman suatu wacana. Interpretasi bagi sebuah puisi 5. Makna Afektif Afektif berkaitan dengan perasaan dan emosi, bukannya fikiran atau daya berfikir (Kamus Linguistik, 1997). Makna afektif (Inggris: affective meaning, Belanda: afektif betekenis). Merupakan makna yng muncul akibat reaksi pendengar atau pembaca terhadap penggunaan kata atau ayat. Oleh kerana makna afektif berhubungan dengan reaksi pendengar atau pembaca dalam dimensi rasa, maka dengan sendirinya makna afektif berhubungan pula dengan gaya bahasa. Kita dapat membuat rumusan berdasarkan ucapan yang disampaikan berdasarkan nada, intonasi, dan tekanan yang memungkinkan kita membuat interpretasi tentang apa yang diucapkan dan kepada siapa diucapkan. Perasaan seseorang penutur, termasuk sikap penutur terhadap pendengar atau terhadap sesuatu yang ingin disampaikan dapat diperjelaskan dengan baik. Perasaan yang muncul itu mungkin positif dan mungkin juga negatif. Kata jujur, ikhlas, baik hati, bijaksana akan menimbulkan kata afektif yang positif, sedangkan rasuah,jahanam menimbulkan makna afektif yang negatif ( Kushartanti et.al., 2005). Makna afektif biasanya disampaikan melalui saluran konotatif atau konseptual sesuatu perkataan. Contohnya,

Hoi, mangkuk hayun! Berambuslah dari sini. Benci sungguh aku melihat muka kau!.

Apabila ayat ini diujarkan dengan nada yang tinggi, kita pasti dapat mengenalpasti dengan tepat perasaan penutur ketika itu. Maka faktor intonasi, tinggi rendah suara juga merupakan elemen yang sangat penting kerana ia merupakan salah satu cara kita menyampaikan buah fikiran yang boleh menunjukkan samada kita suka atau tidak suka kita pada seseorang. Nada sesuatu ujaran boleh mengubah perasaan atau penerimaan terhadap orang lain. Makna afektif juga berperanan penting dalam menyusun teks iklan (Kushartanti et.al., 2005).

10

BML 3083 /SEMANTIK DAN PRAGMATIK / AMINAH AFANDI / D 20111049946

2012

Contohnya, 1.Teh nikmat berkhasiat. Nikmat dan khasiat mempunyai rasa yang positif, kerana kata nikmat dan khasiat menimulkan rasa sosiasi dan perasaan positif. Dalam makna afektif terlihat adanya reaksi yang berhubungan dengan perasaan pendengar atau pembaca setelah mendengar atau membaca sesuatu. Kalau seseorang berkata anjing, dengan intonasi tinggi yang bermaksud sedang marah maka orang yang mendengarnya akan merasa tersinggung. Dengan kata lain, kata anjing memiliki makna yang berkaitan dengan nilai rasa yaitu kata anjing berhubungan dengan penghinaan. Sebaliknya kalau ada orang berkata, Lincah sungguh gadis itu menari di atas pentas, pendengar akan mengatakan Hebat sekali budak itu kata rajin dan pandai mempunyai makna afektif yang berhubungan dengan kata sifat yang positif. Makna afektif biasanya akan menimbulkan suatu rasa dalam fikiran para pendengar atau pembaca. Misalnya seseorang yang sedang membaca sebuah berita di akhbar tentang pembunuhan seorang kanak-kanak yang tidak berdosa dengan kejam.Contoh ayatnya Seorang kanak-kanak berumur 8 tahun telah diperkosa dan dibakar lalu mayatnya dihumban ke dalam sungai.Timbul rasa kasihan kepada para pembaca setelah membaca berita tersebut.Pastinya tergambar pelbagai persoalan di dalam fikiran para pembaca berkaitan dengan rasa kasihan terhadap mangsa dan marah yang meluap-luap kepada kekejaman penjenayah terbabit.

6. KESIMPULAN Bidang semantik mempunyai pelbagai cabang . Semantik juga boleh dibahagikan kepada beberapa jenis. Jenis makna dapat dibezakan berdasarkan beberapa kriteria dan sudut pandangan.Jenis-jenis makna terdiri daripada makna denotative,assosiatif,afektif,konotatif dan konseptual. Konsep dan makna sesuatu kata dapat dianalisis dengan berdasarkan tiga komponen. Kata (sama dalam bentuk bunyi atau tulisan) konsep atau makna (bentuk abstrak yang tercipta dalam fikiran) dan rujukan.(benda konkrit yang dirujuk), Perbincangan ilmu semantik juga perlu mengambil kira semua konsep yang terkandung dalam makna. Konsep itu merangkumi semua aspek termasuk keadaan, tindakan, proses atau
11

BML 3083 /SEMANTIK DAN PRAGMATIK / AMINAH AFANDI / D 20111049946

2012

benda. Dalam penggunaan bahasa, matlamat utama adalah untuk menyampaikan mesej iaitu maksud atau makna yang ingin disampaikan oleh penutur. Bidang semantik dapat memberi kefahaman kepada kita bahawa secara sedar atau pun tidak kita sebenarnya sentiasa mengujarkan atau memperlihatkan tingkahlaku dan komunikasi yang mempunyai pelbagai makna yang tersurat dan tersirat. JUMLAH PERKATAAN 2416

12

BML 3083 /SEMANTIK DAN PRAGMATIK / AMINAH AFANDI / D 20111049946

2012

RUJUKAN 1. Siti Hajar Abdul Aziz( 2009 ) Siri Pendidikan Guru Bahasa Melayu II. Selangor: Oxford fajar Sdn. Bhd. 2. Abdullah Yusof, (2009) . Semantik dan Pragmatik bahasa Melayu Guru Kuala Lumpur: Icon Regian Sdn. Bhd. 3. Kamus Dewan Edisi Empat (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 4. Abdullah Hassan (2005). Linguistik am : Siri Pengajaran dan Pembelajaran bahasa Melayu. Pahang: PTS Profesionall Publishing Sdn. Bhd. 5. Siti Hajar Abdul Aziz (2008) Siri Pendidikan Guru Bahasa Melayu I. Selangor: Oxford Fajar Sd. Bhd. 6. Modul BML 3083. UPSI. Perak. 7. http://endonesa.wordpress.com/bahasan-bahasa/makna/ 8. http://www.ialf.edu/bipa/april2010/MaknaDenotatifdanKonotatif.pdf

13

BML 3083 /SEMANTIK DAN PRAGMATIK / AMINAH AFANDI / D 20111049946

2012

Self post(s)

|< << >> >|


Author Message

Page 1/4

Topic : Bidang leksikografi merupakan kajian tentang perkamusan. Berikan ulasan anda sejauh
manakah bidang leksikografi berperanan dalam menjelaskan makna perkataan.

d049946 AMINAH BINTI MOHD AFANDI Replies :1 Views : 12

General Forum : Forum 5 Posted On : 06 Nov 2012 12:59:47 PM Subject :

Re : Bidang leksikografi merupakan kajian tentang perkamusan. Berikan ulasan anda sejauh manakah bidang leksikografi berperanan dalam menjelaskan makna perkataan.

Salam buat cikgu Zainal. Tidak dinafikan peranan leksikografi dalam menjelaskan makna perkataan dapat difahami melalui maksud perkataan kamus itu sendiri iaitu sebagai buku rujukan yang menerangkan makna katakata. Selain itu kamus juga berperanan sebagai panduan sebutan asal sesuatu perkataan dan ada contoh penggunaan bagi sesuatu perkataan. Fungsi kamus seterusnya ialah memberi maklumat tentang istilah kepada pengguna seperti ejaan, sebutan, makna tatabahasa, etimologi, penggunaan kata dan lain-lain srta sebagai rujukan utama dalam mencari makna perkataan. Bidang leksikografi bukan sahaja menghasilkan kerja-kerja perkamusan , tetapi juga merupakan suatu bidang yang memerlukan pemahaman tentang bidang ilmu lain seperti semantik, sintaksis, fonologi dan morfologi. Ini adalah kerana bidang-bidang tersebut terlibat dalam proses penghasilan kamus. Terdapat beberapa kategori kamus iaitu kamus ekabahasa, dwibahasa dan kamus aneka bahasa. Kamus ekabahasa ialah kamus yang menggunakan satu bahasa sahaja seperti Kamus Dewan. Kamus dwibahasa pula ialah kamus yang menggunakan dua bahasa, contohnya Kamus Dwibahasa Oxford Fajar (Inggeri-Melayu; MelayuInggeris) dan kamus aneka bahasa mengandungi sekurangkurangnya tiga bahasa seperti Kamus Melayu -Cina-Inggeris.. Jelaslah bahawa fungsi bidang leksikografi sungguh luas dan dapat memberi penjelasan dan pengertian yang berguna tentang makna perkataan kepada pengguna.

Topic : Dengan menggunakan contoh-contoh, berikan ulasan anda tentang bidang ketaksaan makna. d049946 AMINAH BINTI MOHD AFANDI Replies :5 Views : 23 General Forum : Forum 2 Posted On : 04 Nov 2012 11:59:52 AM Subject :
Re : Dengan menggunakan contoh-contoh, berikan ulasan anda tentang bidang ketaksaan makna.

Salam sejahtera cikgu Noraizah.Sedikit perkongsian daripada saya.Ketaksaan atau ambiguiti berpunca daripada ayat yang mempunyai lebih daripada satu makna. Dalam situasi menerima sesuatu ayat yang taksa, pembaca meneka makna ayat tersebut mengikut kefahaman mereka, namun mungkin ayat itu memberi makna yang lain daripada maksud yang sebenarnya. Menurut Abdullah Yusof, Alias Mohd Yatim dan Mohd Rain Shaari (2009), ketaksaan bermaksud kata, frasa atau ayat yang tidak pasti maknanya. Menurut Darwis Harahap (1994) pula, taksa ialah ayat yang tidak pasti maknanya. Dalam bahasa Melayu Tinggi, ayat yang taksa perlulah dielakkan supaya tidak mengelirukan pembaca kerana ayat ini tidak menyampaikan maksud yang lengkap kepada pendengar ataupun pembaca seperti contoh ayat, Buku cerita baru.Para pembaca akan mentafsirkan kepada dua maksud yang berlainan

14

BML 3083 /SEMANTIK DAN PRAGMATIK / AMINAH AFANDI / D 20111049946

2012

iaitu: Buku cerita itu baru diterbitkan. Buku itu memuatkan cerita baru
Topic : Forum 3 d049946 AMINAH BINTI MOHD AFANDI Replies :3 Views : 18 General Forum : Forum 3 Posted On : 04 Nov 2012 11:48:20 AM Subject :
Re : Forum 3

Salam 1 Malaysia.Saya turut bersependapat dengan cikgu.Di sini saya juga ingin membat sedikit penambahan idea.Sebenarnya, pihak guru boleh memainkan peranan penting dalam menpertingkatkan penggunakan peribahasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru boleh menggunakan pelbagai bahan yang menggabungkan perkataan dan lukisan yang menggambarkan maksud sesuatu peribahasa. Dengan mengguna gambar murid-murid lebih berminat dan mudah memahami maksud peribahasa tanpa perlu menghafal ayat yang panjang. Selain itu, guru perlu menggunakan peribahasa yang biasa diucapkan dalam perbualan seharian sepanjang pengajaran dan pembelajaran agar menjadi suatu kelaziman dalam kehidupan murid-murid. Guru juga perlu mewajibkan setiap murid menggunakan sekurang-kurang satu peribahasa dalam setiap penulisan atau karangan yang dihasilkan oleh murid sebagai usaha agar murid berminat dan dapat mempertingkatkan penggunaan peribahasa dalam pembelajaran di sekolah dan digunakan kehidupan mereka. Galakkan murid-murid menggunakan peribahasa dalam perbualan seharian.Melalui program KSSR Didik Hibur,guru boleh menyelitkan nyanyian yang mengandungi unsure-unsur peribahasa kepada murid-murid kecil ini kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Topic : Forum 3 : Peribahasa yang terdiri daripada simpulan bahasa, bidalan, perumpamaan,

perbilangan, bahasa kiasan dan kata hikmah merupakan aspek bahasa yang wajar ditingkatkan kefahamannya dalam kalangan murid di dalam bilik darjah. Berikan cadangan anda dala

d049946 AMINAH BINTI MOHD AFANDI Replies :3 Views : 17

General Forum : Forum 3 Posted On : 04 Nov 2012 11:32:40 AM Subject :

Re : Forum 3 : Peribahasa yang terdiri daripada simpulan bahasa, bidalan, perumpamaan, perbilangan, bahasa kiasan dan kata hikmah merupakan aspek bahasa yang wajar ditingkatkan kefahamannya dalam kalangan murid di dalam bilik darjah. Berikan cadangan anda

Salam cikgu Zauyah Sedikit penambahan daripada saya.Guru boleh menggunakan kemahiran bercerita untuk mengaitkan dengan peribahasa yang sesuai. Contohnya, murid dikehendaki bercerita mengenai satu kisah yang sukar dilupakan. Guru boleh meminta murid untuk bercerita secara ringkas mengenai kisah yang dikehendaki. Guru akan memfokuskan pada unsur-unsur peribahasa yang ada atau hampir-hampir dan guru akan mencatat ayat tersebut. Guru akan meminta murid membaca ayat yang ditulis bagi mengesan peribahasa yang sesuai dengan ayat tersebut. Guru perlu menayangkan contoh-contoh peribahasa melalui skrin dan lakukan soaljawab. Pengajaran secara berkumpulan juga perlu diterapkan untuk menilai pemahaman murid. Para guru boleh memberikan soalan -soalan berkaitan peribahasa untuk dibincangkan bersama ahli kumpulan. Apabila kesemua ahli bersetuju dengan jawapan yang sesuai, mereka bersedia mengemukakan jawapan mereka. Selain itu, teknik pengajaran yang boleh dijalankan untuk meningkatkan penguasaan di sekolah adalah dengan teknik kuiz, latih tubi dan permainan. Teknik pengajaran berbentuk parallel juga adalah penting untuk meningkatkan mutu penggunaan peribahasa di peringkat sekolah rendah. Sebagai contoh. murid-murid diberikan ayat

15

BML 3083 /SEMANTIK DAN PRAGMATIK / AMINAH AFANDI / D 20111049946

2012

contoh yang menggunakan peribahasa. Kemudian, murid-murid perlu membina ayat menggunakan peribahasa yang sama. Selain itu, guru juga boleh memaparkan contoh karangan menggunakan peribahasa dan muridmurid harus menulis karangan bermula dengan satu perenggan, dua dan seterusnya.
Topic : Forum 4 : Berdasarkan contoh-contoh, jelaskan pemahaman anda tentang makna kontekstual. d049946 AMINAH BINTI MOHD AFANDI Replies :2 Views : 14 General Forum : Forum 4 Posted On : 04 Nov 2012 10:55:32 AM Subject :
Re : Forum 4 : Berdasarkan contoh-contoh, jelaskan pemahaman anda tentang makna kontekstual.

Selamat sejahtera cikgu Ah Moy. Sedikit penambahan.Menurut dalam buku linguistik umum, Chaer mengungkapkan lagi bahawa makna kontekstual adalah makna sebuah leksem atau kata yang berada di dalam konteks. Makna konteks juga dapat berkenaan dengan situasinya yakni tempat, waktu, lingkungan, penggunaan leksem tersebut (1994:290).Maka dapatlah kita katakan di sini bahawa sesuatu perkataan tersebut akan membawa maksud yang berlainan bergantung pada ayat yang disebut seperti dalam penggolongan kata banyak makna. Makna ini muncul sebagai akibat antara ujaran dan konteks. Banyak faktor yang mempengaruhi konteks ini seperti konteks pembicara, kebahasaan, waktu, tujuan, situasi atau suasana hati si pembicara/pendengar, objek pembicaraan dan lain-lain. Makna kontekstual ini berkaitan erat dengan hubungan kedudukan atau kewujudan antara satu perkataan dengan yang lain dalam satu susunan misalnya dalam ayat.
Page 1/4

|< << >> >|

Self post(s)

|< << >> >|


Author d049946 AMINAH BINTI MOHD AFANDI Replies :1 Views : 8 Message

Page 4/4

Topic : Dengan menggunakan contoh-contoh,berikan ulasan anda tentang bidang ketaksaan makna General Forum : Forum 2 Posted On : 03 Nov 2012 10:54:23 PM Subject :
Dengan menggunakan contoh-contoh,berikan ulasan anda tentang bidang ketaksaan makna

Salam sejahtera. Ketaksaan makna boleh didefinasikan sebagai sesuatu kekeliruan,kekaburan atau perkara yang tidak jelas yang berlaku pada perkataan, frasa, ayat dan wacana samada melalui bacaan ataupun ujaran.Seterusnya kesilapan mentafsirkan makna ayat ekoran faktor ayat atau perkataan itu mengalami ketaksaan.Jadi, ini menyebabkan proses pemahaman sesuatu perkara yang hendak disampaikan oleh penutur menjadi sukar difahami. Menurut Abdullah Yusof, Alias Mohd Yatimdan Mohd Rain Shaari (2009 ), ketaksaan bermaksud kata, frasa atau ayat yang tidak pasti maknanya. Ketaksaan yang terdapat dalam sesuatu ayat juga tergolong sebagai

16

BML 3083 /SEMANTIK DAN PRAGMATIK / AMINAH AFANDI / D 20111049946

2012

struktur makna berdasarkan teori semantik. Sepotong ayat dapat menerbitkan beberapa maksud yang tertentu. Hal ini demikian bergantung pada intonasi ayat itu diucapkan oleh penutur. Ayat yang dapat menghasilkan pelbagai maksud dikatakan ayat yang mempunyai unsur ketaksaan (ambiguity). Darwis Harahap (1994), menyatakan taksa ialah ayat yang tidak pasti maknanya. Ini berlaku kerana sifat binaan bagi perkara-perkara yang dinyatakan itu dapat diberi lebih daripada satu tafsiran.Sepotong ayat dapat menerbitkan beberapa maksud yang tertentu. Hal ini demikian bergantung pada lagu bahasa atau intonasi ayat itu diucapkan. Ayat yang dapat menghasilkan pelbagai maksud dikatakan ayat yang mempunyai unsur ketaksaan . Terdapat empat jenis ketaksaan makna yang diberikan menurut Ruth (1991 ) iaitu : 1. Kekaburan rujukan - contoh angin dan bayu. maknanya hampir sama tapi fungsinya dalam ayat berbeza. 2. Ketidakpastian makna - makna item jelas kabur dan tidak jelas seperti dalam binaan ayat bahasa Inggeris. 3. Kurang ketentuan pada makna item - pengertian makna tidak jelas. secara umum sahaja. 4. Pertentangan pada makna item. - makna yang diberi terlibat dengan pernyataan atau yang mempunyai tafsiran yang berlainan. Ketaksaan makna disebabkan oleh hubungan makna dengan alam.Lantaran alam kita tidak terbahagi kepada batas-batas yang jelas. Banyak kekaburan yang terdapat pada batas-batas antara suatu konsep dengan konsep yang lain. Selain itu, kekaburan makna disebabkan oleh ketaksaan leksibel iaitu hormonim dan akibat polisemi. Ketaksaan leksibel hanya melibatkan kata-kata tertentu dalam sesebuah ayat. Hal ini berlaku apabila sesuatu kata mempunyai lebih daripada satu makna dan setiap makna menghasilkan pentafsiran yang berlainan dalam sesebuah ayat. Contohnya perkataan kumbang dalam ayat di bawah ini: Contoh 1 ; Kumbang-kumbang itu berterbangan mencari bunga. Pendengar ayat ini akan membayangkan antara dua maksud penutur samada kumbang yang mewakili serangga atau kumbang yang membawa maksud jejaka. Contoh 2 : 1.Saya makan biskut marie di ruang tamu. 2.Saya makan biskut,Marie di ruang tamu. Ayat 1 dan 2 di atas membawa maksud yang berbeza. Ayat ini menyatakan bahawa saya makan biskut Marie di ruang tamu. Biskut marie ialah nama sejenis biskut yang mempunyai pelbagai rasa dan

17

BML 3083 /SEMANTIK DAN PRAGMATIK / AMINAH AFANDI / D 20111049946

2012

sangat digemari. Sebaliknya, Jika dalam ucapan berlaku hentian selepas perkataan biskut, kemudian disambungkan ujaran dengan ayat Marie di ruang tamu, maka ayat ini menghasilkan dua ayat yang berbeza ceritanya. Cerita pertama mengisahkan saya makan biskut marie dan ayat yang kedua pula menyatakan Marie berada di ruang tamu. Kesimpulannya, ayat-ayat yang boleh menimbulkan kekeliruan, pernyataan makna yang tidak jelas dan menimbulkan pelbagai tanggapan kepada pembaca menunjukkan bahawa ayat-ayat tersebut mempunyai ketaksaan makna. Sesuatu kekeliruan, kekaburan dan perkara yang tidak jelas yang berlaku pada perkataan, frasa, ayat dan juga wacana sama ada melalui bacaan mahupun ujaran. Kesilapan mentafsirkan makna ayat ekoran faktor ayat mahupun perkataan itu mengalami ketaksaan menyebabkan proses pemahaman sesuatu perkara yang hendak disampaikan penulis atau penutur menjadi pelahan dan sulit.
Topic : Peribahasa yang terdiri daripada simpulan bahasa, bidalan, perumpamaan, perbilangan, bahasa
kiasan dan kata hikmah merupakan aspek bahasa yang wajar ditingkatkan kefahamannya dalam kalangan murid di dalam bilik darjah. Berikan cadangan anda dalam mempert

d049946 AMINAH BINTI MOHD AFANDI Replies :3 Views : 22

General Forum : Forum 3 Posted On : 23 Oct 2012 11:13:14 PM Subject :

Re : Peribahasa yang terdiri daripada simpulan bahasa, bidalan, perumpamaan, perbilangan, bahasa kiasan dan kata hikmah merupakan aspek bahasa yang wajar ditingkatkan kefahamannya dalam kalangan murid di dalam bilik darjah. Berikan cadangan anda dalam me

Salam buat cikgu Susiah. Benar seperti pendapat dan pandangan cikgu itu.Pelbagai kaedah boleh digunakan antaranya kaedah hafalan,latih tubi,penggunaan bahan ICT ,lakaran gambar dan penggunaan bahan maujud.Idea sudah cukup menarik.Tapi kita jangan lupa guru sebagai role model perlu tunjukkan contoh terbaik.Guru adalah bahan bantu mengajar terbaik kepada muridmurid.Maksud saya kita sebagai guru harus kerap menggunakan istilah peribahasa dalam berkomunikasi bersama murid.Secara tidak langsung murid lebih mudah mengingat makna sesuatu peribahasa kerana pengulangan yang kerap dilakukan oleh guru mereka.Selain itu mereka juga tidak akan rasa kekok untuk menggunakannya sebagai perbualan sesame arakan sebaya.Itulah yang berlaku di zaman lampau dimana peribahasa ini telah menjadi bahasa basahan kepada masyarakat pada waktu itu.Guru boleh mewujudkan kembali kegemilangan itu dengan penggunaan yang kerap bersama anak-anak didik mereka.
Topic : Forum 3:Peribahasa yang terdiri daripada simpulan bahasa, bidalan, perumpamaan, perbilangan,
bahasa kiasan dan kata hikmah merupakan aspek bahasa yang wajar ditingkatkan kefahamannya dalam kalangan murid di dalam bilik darjah. Berikan cadangan anda dalam

d049946 AMINAH BINTI MOHD AFANDI Replies :5

General Forum : Forum 3 Posted On : 23 Oct 2012 11:04:38 PM Subject :

Re : Forum 3:Peribahasa yang terdiri daripada simpulan bahasa, bidalan, perumpamaan, perbilangan, bahasa kiasan dan kata hikmah merupakan aspek bahasa yang wajar ditingkatkan kefahamannya dalam kalangan murid di dalam bilik darjah. Berikan cadangan anda d

18

BML 3083 /SEMANTIK DAN PRAGMATIK / AMINAH AFANDI / D 20111049946

2012

Views : 34

Salam sejahtera buat cikgu Norhayati. Pendapat saudari sememangnya benar.Dewasa ini peribahasa kian dilupakan sedangkan peribahasa adalah salah satu elemen penting dalam kemahiran berbahasa.Murid-generasi masa kini menganggap pelajaran peribahasa ini membosankan dan sukar dihafal.Selain itu mereka mengangap peribahasa adalah milik generasi lampau Selain itu mereka menganggap peribahasa terlalu panjang dan mempunyai banyak makna.Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka ( 1965 ) peribahasa membawa maksud segala susuanan cakap yang pendek yang telah melekat di mulut orang ramai semenjak beberapa lama oleh sebab sedap dan bijak perkataannya luas dan benar tujuannya dipakainya sebutan-sebutan orang sebagai bandingan, teladan dan pengajaran. Benar sepertimana pendapat saudari.Memandangkan kepada scenario semasa sebagai seorang pendidik adalah berperanan penti ng dalam memastikan khazanah lama ini tidan berkubur. Dalam pengajaran dan pembelajaran guru boleh menggunakan pelbagai sumber kombinasi audio, grafik, animasi, , dan video secara interaktif bagi merangsang tumpuan dan minat murid.Gunakan pelbagai kemudahan ini seoptimum mungkin. Wujudkan pelbagai bentuk pertandingan sama ada dalam atau luar bagi menarik minat di kalangan generasi masa kini.Janganlah jadikan peribahasa kita lapok dek hujan,lekang dek panas.

Topic : Semantik dapat menjelaskan makna di peringkat permukaan sahaja manakala pragmatik dapat

menghuraikan makna dengan lebih lengkap dan berpada. Berdasarkan pernyataan tersebut, bincangkan ciri-ciri dan faktor-faktor yang menyebabkan pragmatik dapat menghurai

d049946 AMINAH BINTI MOHD AFANDI Replies :4 Views : 24

General Forum : Forum 1 Posted On : 23 Oct 2012 10:27:56 PM Subject :

Re : Semantik dapat menjelaskan makna di peringkat permukaan sahaja manakala pragmatik dapat menghuraikan makna dengan lebih lengkap dan berpada. Berdasarkan pernyataan tersebut, bincangkan ciri-ciri dan faktor-faktor yang menyebabkan pragmatik dapat meng

Salam 1 Malaysia buat cikgu Noraizah. Sebagai kesimpulannya, bidang semantik lebih kepada pengkajian makna manakala pragmatik lebih menyentuh bidang kajian yang berhubungan dengan sesuatu yang dimaksudkan oleh penyampai .Sebagaimana menurut kamus dewan edisi ketiga , semantik ialah kajian tentang makna perkataan dan penambahan dalam mencari makna yang sebenar. Semantik hanya dapat menjelaskan makna secara luaran sahaja berbanding pragmatik di mana melalui bidang pragmatik penafsir dapat membuat telahan atau andaian yang tepat apabila berlaku satu interaksi sosial Oleh itu bidang semantik adalah mengkaji atau menghuraikan tentang makna manakala prgmatik pula 19

BML 3083 /SEMANTIK DAN PRAGMATIK / AMINAH AFANDI / D 20111049946

2012

memperjelaskan maksud makna dengan lebih lengkap kepada kita.


Topic : Forum 1: semantik dapat menjelaskan makna di peringkat permukaan sahaja manakala
pragmatik dapat menghuraikan makna dengan lebih lengkap dan berpadu.berdasarkan pernyataan tersebut,bincangkan ciri-ciri dan faktor-faktor yang menyebabkan pragmatik dapat me

d049946 AMINAH BINTI MOHD AFANDI Replies :1 Views : 11

General Forum : Forum 1 Posted On : 23 Oct 2012 09:59:07 PM Subject :

Forum 1: semantik dapat menjelaskan makna di peringkat permukaan sahaja manakala pragmatik dapat menghuraikan makna dengan lebih lengkap dan berpadu.berdasarkan pernyataan tersebut,bincangkan ciriciri dan faktor-faktor yang menyebabkan pragmatik dapat me

Dalam bidang linguastik, semantik adalah bidang yang mengkaji makna atau erti bahasa (Nik Safiah Karim, 2001). Semantik atau kajian makna adalah satu bidang yang mengcakupi kebanyakan daripada struktur dan fungsi bahasa dan juga masaalah dalam kajianpsaikologi, falsafah dan Antrapologi. Dengan kata lain semantik ialah kajian tentang makna linguistik bagi morfem, perkataan, frasa, klausa dan ayat dalam bahasa manusia (Lyo Menurut Abdullah Hassan (1992: 1), semantik ialah istilah yang merujuk kepada kajian makna. Manakala mengikut Kamus Dewan Edisi Ketiga pula semantik ialah kajian tentang makna perkataan dan penambahan makna kata. ns, 1997). Eliss (1996) pula mentarifkan semantik sebagai penggunaan bahasa untuk membuat sesuatu. Semantik dan pragmatik merupakan gambaran akal dan rujukan bagi sebarang simbol yang boleh terdiri daripada pelbagai jenis seperti warna, bentuk gerak-geri bunyi bahasa (Hashim, 2006: 79 ). Rujukan ialah proses memperoleh dan memberikan pengertian, makna sebenar dan makna konteks tentang alam persekitaran yang menyentuh kehidupan sosial dan alam fizikal. Perbedaan antara pragmatik dengan semantik iaitu Semantik mempelajari makna, iaitu makna kata sedangkan pragmatik mempelajari maksud ayat, iaitu untuk apa ujaran itu dilakukan. Ia menitikberatkan kajian tentang makna dan penggunaan bahasa secara praktikal .
- Kalau semantik bertanya Apa makna X?

-- maka pragmatik bertanya Apa yang anda maksudkan dengan X? Makna di dalam semantik ditentukan oleh konteks, sedangkan makna di dalam pragmatik ditentukan oleh konteks, iaitu siapa yang bercakap, kepada siapa, di mana, bilamana, bagaimana, dan apa fungsi ujaran itu. Berkaitan dengan perbezaan . Kaswanti Purwo (1990: 16) merumuskan secara singkat semantik bersifat bebas konteks (context independent), sedangkan pragmatik bersifat terikat konteks (context dependent)
|< << >> >| Page 4/4

20

BML 3083 /SEMANTIK DAN PRAGMATIK / AMINAH AFANDI / D 20111049946

2012

Self post(s)

|< << >> >|


Author Message Topic : Berdasarkan contoh-contoh,jelaskan pemahaan anda tentang makna kontekstual. d049946 AMINAH BINTI MOHD AFANDI Replies :1 Views : 20

Page 3/4

General Forum : Forum 4 Posted On : 04 Nov 2012 12:20:04 AM Subject :


Berdasarkan contoh-contoh,jelaskan pemahaan anda tentang makna kontekstual.

Sarwiji (2008:71) memaparkan bahawa makna kontekstual (contextual meaning; situational meaning) muncul sebagai akibat hubungan antara ujaran dan situasi pada waktu ujaran dipakai. Beliau juga berpendapat bahawa makna kontekstual adalah makna kata yang sesuai dengan konteksnya (2008:72). Dalam buku linguistik umum, Chaer mengungkapkan bahawa makna kontekstual adalah makna sebuah leksem atau kata yang berada di dalam konteks. Makna konteks juga dapat berkenaan dengan situasinya yakni tempat, waktu, lingkungan, penggunaan leksem tersebut (1994:290).Maka dapatlah kita katakan di sini bahawa sesuatu perkataan tersebut akan membawa maksud yang berlainan bergantung pada ayat yang disebut. Sebagai contohnya saya mengambil perkataan, hati dalam ayat-ayat di bawah: a.Pak Abu meninggal kerana sakit barah hati. ( salah satu organ dalam badan ) ) b. Hati ibu terhiris bagai terkena sembilu. ( Perasaan) c. Hati-hati sewaktu memandu. ( Ingatan atau amaran supaya berwaspada ). d. Ibu membelikan kek berbentuk hati sempena hari jadi nenek. ( bentuk atau rupa ) Makna ini muncul sebagai akibat antara ujaran dan konteks. Banyak faktor yang mempengaruhi konteks ini seperti konteks pembicara, kebahasaan, waktu, tujuan, situasi atau suasana hati si pembicara/pendengar, objek pembicaraan dan lain-lain. Makna kontekstual ini berkaitan erat dengan kolokasi iaitu hubungan kedudukan atau kewujudan antara satu perkataan dengan yang lain dalam satu susunan misalnya dalam ayat.

Topic : Forum 5 d049946 AMINAH BINTI MOHD AFANDI Replies :4 Views : 17 General Forum : Forum 5 Posted On : 04 Nov 2012 12:04:48 AM Subject :
Re : Forum 5

Salam buat cikgu Tusinah.

21

BML 3083 /SEMANTIK DAN PRAGMATIK / AMINAH AFANDI / D 20111049946

2012

Satu hujahan dan pandangan idea yang baik tentang topic perbincangan.Hanya sedikit penambahan ayat daripada saya. Sistem ejaan merupakan salah satu maklumat penting yang memberitahu pengguna tentang bagaimana sesuatu kata dalam sesuatu bahasa itu ditulis dalam bahasa tersebut.Kamus bukan sahaja bahan rujukan yang semata-mata untuk merujuk sebutan, semantik dan struktur bahasa yang betul, tetapi juga sebagai bahan rujukan ejaan yang betul. Kamus dapat menjadi pedoman kepada para pelajar untuk memastikan ejaan yang baku. Terdapat pelbagai aspek ejaan, antaranya ialah berkaitan dengan keselarasan vokal dan kekecualiannya, aspek ejaan kata-kata ambilan, dan ejaan kata terbitan. Menurut tokoh bahasa dan pakar perkamusan Melayu, Prof Datuk Dr Asmah Omar , kemunculan kamus Melayu-Inggeris dan MelayuBelanda boleh dikaitkan dengan perkembangan pemerintahan dan pendidikan yang menggunakan bahasa penjajah. Satu lagi kegiatan mempengaruhi perkembangan leksikografi Melayu ialah kegiatan Mubaligh Kristian seperti P. Fabre yang menghasilkan kamus Melayu-Perancis pada 1875 dan B.P Keasberry (Kamus Melayu Inggeris ) pada abad ke 19.. Kesimpulannya,bidang leksikografi amat perlu dalam menguruskan perniagaan, hubungan sosial dengan penduduk setempat, penjajahan dan sesuai dengan pembangunan arus pemodenan dunia global. Kemunculan kamus juga penting bukan hanya kamus dwibahasa melibatkan bahasa inggeris, malah bahasa-bahasa lain sejajar dengan matlamat negara menuju era negara maju di pentas antarabangsa.Sehubungan itu usaha penyelidikan leksikografi wajar dipertingkatkan kerana ia mampu menjadikan ilmu perkamusan sebagai sesuatu yang menarik untuk diterokai.Ia juga amat berperanan dalam meningkatkan lagi kefahaman dan pengetahuan seseorang.
Topic : Bidang leksikografi merupakan kajian tentang perkamusan.Berikan ulasan anda sejauh manakah
bidang leksikografi berperanan dalam menjelaskan makna perkataan.

d049946 AMINAH BINTI MOHD AFANDI Replies :3 Views : 19

General Forum : Forum 5 Posted On : 03 Nov 2012 11:41:32 PM Subject :


Bidang leksikografi merupakan kajian tentang perkamusan.Berikan ulasan anda sejauh manakah bidang leksikografi berperanan dalam menjelaskan makna perkataan.

Kamus didefinisikan sebagai buku yang mengandungi senarai kata dalam suatu bahasa yang dilengkapi dengan makna dan maklumat ringkas tentang tatabahasa bahasa tersebut (Salinah, 2000: 809), dan disusun mengikut abjad (KD, 2007: 667). Manakala bidang perkamusan pula adalah perihal (yg berkaitan dengan) kamus (penyusunannya, ilmu mengenainya, dll.) (KD,2007: 667). Salinah (2000:810) mengkategorikan bidang perkamusan kepada bidang 1-leksikografi iaitu tugas penghasilan kamus 2- leksikologi iaitu bidang pengajian tentang perkamusan. Bidang perkamusan Melayu, khususnya leksikografi, sebenarnya

22

BML 3083 /SEMANTIK DAN PRAGMATIK / AMINAH AFANDI / D 20111049946

2012

telah bermula sejak zaman kerajaan Melayu Melaka. Kamus bahasa Melayu yang tertua dicatatkan merupakan sebuah senarai 482 istilah Melayu-Cina yang telah dikumpulkan sekitar tahun 1403 AD hingga 1511 AD(Blagden) dalam (Asmah, 1975: 337; Salinah, 2000: 810).Walaupun bidang perkamusan Melayu bukan sesuatu yang baharu, namun tidak bermakna ia telah mantap. Dalam tugas perkamusan yang pernah dilakukan, terdapat kepelbagaian dalam ciri dan kaedah yang digunakan bagi menulis kamus. Ia antara lain merangkumi identifikasi metabahasa (Nor Azizah, 2000). Metabahasa dalam perkamusan, menurut Nor Azizah, melibatkan (1) bahasa yang digunakan untuk memerikan kesemua butir leksikal bahasa objek yang dipilih sebagai entri (masukan) kamus, (2) Cara bahasa ini (di atas)mempersembahkan maklumat linguistik dan luar linguistik bahasa objek, (3) Konvensi leksikografi yang digunakan untuk mempersembahkan maklumat ini. Amnya, persoalan metabahasa dalam kamus lebih merujuk kepada penggunaan dan gaya bahasa yang sesuai untuk digunakan dalam menyampaikan maksud/ makna/ definisi sesuatu istilah masukan dalam kamus.Kaedah dan bahasa yang digunakan perlu sesuai kerana melalui keterangan yang disertakan kepada masukan akan memberi kefahaman kepada pengguna kamus. Perkembangan kamus selari dengan perkembangan sesuatu bahasa, dan usaha mengumpulkan istilah bahasa itu mungkin tidak pernah tamat. Yang nyata, perkataan lengkap dalam kerja perkamusan memang sesuatu yang tidak mudah dicapai kerana sifat kedinamikan bahasa itu sendiri (Noresah, 1994) da lam (KD, 2007:xxv). Usaha perkamusan tidak lagi sekadar mengumpul dan menyusun istilah dan makna, bahkan termasuk tugas memperbaiki dan memantapkan masukan-masukan kata pada edisi sebelumnya, membuat penyelarasan dan pembaikan sistem penyusunan serta pembaikan tatabahasa; terutamanya aspek morfologi.Kesemua penambahbaikan ini lebih cenderung kepada mengungkapkan secara ilmiah setiap istilah dan sifatnya supaya dapat dijadikan sumber rujukan yang lengkap tentang istilah Melayu. Terdapat beberapa kategori kamus iaitu kamus ekabahasa, dwibahasa dan kamus aneka bahasa. Kamus ekabahasa ialah kamus yang menggunakan satu bahasa sahaja seperti Kamus Dewan. Kamus dwibahasa pula ialah kamus yang menggunakan dua bahasa, contohnya Kamus Dwibahasa Oxford Fajar (Inggeri-Melayu; MelayuInggeris) dan kamus aneka bahasa mengandungi sekurangkurangnya tiga bahasa seperti Kamus Melayu -Cina-Inggeris. Pada peringkat awal, usaha-usaha dalam bidang ini bermula dalam bentuk senarai kata. Pada peringkat ini, proses pengumpulan kata akan dilakukan dengan tujuan untuk memelihara suatu bahasa daripada terhapus. Seterusnya, pengumpul-pengumpul kata ini akan memberikan makna kepada kata-kata yang disenaraikan dengan

23

BML 3083 /SEMANTIK DAN PRAGMATIK / AMINAH AFANDI / D 20111049946

2012

tujuan mempelajari makna kata-kata yang terdapat dalam sesuatu bahasa, khasnya dalam memahami sesuatu konsep untuk tujuan keagamaan. Selaras dengan perkembangan ilmu pengetahuan, leksikografi telah mencapai suatu tahap yang tinggi, sehingga terhasilnya pelbagai bentuk kamus yang meliputi berbagai-bagai bidang. Peranan leksikografi dalam menjelaskan makna perkataan dapat difahami melalui maksud perkataan kamus itu sendiri iaitu sebagai buku rujukan yang menerangkan makna kata.. Selain itu kamus juga berperanan sebagai panduan sebutan asal sesuatu perkataan dan ada contoh penggunaan bagi sesuatu perkataan. Fungsi kamus seterusnya ialah memberi maklumat tentang istilah kepada pengguna seperti ejaan, sebutan, makna tatabahasa, etimologi, penggunaan kata dan lain-lain srta sebagai rujukan utama dalam mencari makna perkataan Di Malaysia, bidang leksikografi telah mencapai kejayaan yang besar bukan sahaja dari segi banyaknya kamus yang diterbitkan, tetapi juga dari segi cara penyusunannya atas dasar ilmiah yang pada keseluruhannya sesuai dengan aliran utama leksikografi antarabangsa.
Topic : Forum 2:Dengan menggunakan contoh-contoh, berikan ulasan anda tentang bidang ketaksaan
makna.

d049946 AMINAH BINTI MOHD AFANDI Replies :2 Views : 21

General Forum : Forum 2 Posted On : 03 Nov 2012 11:16:19 PM Subject :


Re : Forum 2:Dengan menggunakan contoh-contoh, berikan ulasan anda tentang bidang ketaksaan makna.

.Assalammualaikum. Sememangnya ketaksaan berlaku apabila adanya unsur-unsur kekaburan dan makna yang tidak jelas di dalam sesuatu ayat. Ini bermakna akan berlaku kekeliruan kepada pembaca dalam memberi tafsiran terhadap ayat-ayat tersebut.Seperti yang telah saudari jelaskan, ketaksaan makna boleh berlaku pada perkataan, frasa atau pun ayat. Suatu ayat mungkin ditafsirkan kepada beberapa maksud tertentu bergantung kepada lagu bahasa atau intonasi ayat yang diucapkan. Ini menunjukkan bahawa tanda baca dan intonasi memainkan peranaan yang penting dalam sesuatu penulisan dan pembacaan sesuatu ayat kerana ia penentu kepada maksud ayat tersebut. Malah ia dapat mengelakkan daripada timbulnya salah tafsir (ketaksaan atau ambiguity).Kesimpulannya,dalam proses membina ayat, aspek makna dalam ayat perlu diambil kira dan tidak harus diabaikan.Hal ini perlu kerana walaupun ayat tersebut menepati hukum tatabahasa dan nahunya, namun kelogikan ayat perlu dititikberatkan. Oleh itu penutur perlu menguasai aspek intonasi ketika menuturkan sesuatu ayat atau perkataan untuk mengelak berlakunya ketaksaan. Bukan setakat penutur, pendengar juga memainkan peranan yang penting agar apa yang hendak disampaikan dapat difahami dengan jelas.

Topic : Forum 2 : Dengan menggunakan contoh-contoh, berikan ulasan anda tentang bidang ketaksaan
makna.

d049946

General Forum : Forum 2 Posted On : 03 Nov 2012 11:07:56 PM Subject :

24

BML 3083 /SEMANTIK DAN PRAGMATIK / AMINAH AFANDI / D 20111049946

2012

AMINAH BINTI MOHD AFANDI Replies :2 Views : 16

Re : Forum 2 : Dengan menggunakan contoh-contoh, berikan ulasan anda tentang bidang ketaksaan makna.

Assalamualaikum, Setelah meneliti pandangan saudari Marsita tentang ketaksaan makna adalah difahami bahawa ketaksaan berlaku apabila adanya unsur-unsur kekaburan dan makna yang tidak jelas di dalam sesuatu ayat. Ini bermakna akan berlaku kekeliruan kepada pembaca dalam memberi tafsiran terhadap ayat-ayat tersebut.Seperti yang telah saudari jelaskan, ketaksaan makna boleh berlaku pada perkataan, frasa atau pun ayat. Suatu ayat mungkin ditafsirkan kepada beberapa maksud tertentu bergantung kepada lagu bahasa atau intonasi ayat yang diucapkan. Berbalik kepada contoh ayat yang saudara nyatakan dalam 1a iaitu:Orang mati hidup balik ( orang yang mati itu telah hidup semula ) 2. Orang mati, hidup balik( orang mati ditanam, orang yang hidup balik ke rumah) Mengikut pemahaman saya, ayat di atas boleh ditafsirkan kepada dua maksud yang berbeza sekiranya dibaca tanpa tekanan dan intonasi dalam ayat tersebut. Maksud pertama, orang yang telah mati tetapi telah hidup semula. Maksud kedua, orang telah mati setelah dikebumukan, orang yang hidup pulang ke rumah masing-masing. .

|< << >> >|

Page 3/4

Self post(s)

|< << >> >|


Author Topic : Forum 4 d049946 AMINAH BINTI MOHD AFANDI Replies :2 Views : 17 Message

Page 2/4

General Forum : Forum 4 Posted On : 04 Nov 2012 10:45:29 AM Subject :


Re : Forum 4

Salam buat cikgu Tusinah Saya ingin berkongsi sedikit idea dengan saudari berkenaan topik yang dibincangkan. Makna kontekstual muncul sebagai akibat hubungan antara ujaran dengan situasi. Makna kontekstual disebut juga makna struktural kerana proses dan satuan gramatikal itu selalu berkenaan dengan struktur ketatabahasaan. Kontektual berhubungan dengan penggunaan makna yang relevan, mempunyai hubungan atau kaitan langsung dalam sesuatu konteks tersebutKontekstual itu sendiri berasal dari kata konteks yang makna leksikalnya 25

BML 3083 /SEMANTIK DAN PRAGMATIK / AMINAH AFANDI / D 20111049946

2012

adalah bahagian kata. Oleh itu, kaedah kontekstual iaitu kaedah yang dibentuk berasaskan maksud kontekstual itu sendiri.
Topic : Forum 4: Berdasarkan contoh-contoh, jelaskan pemahaman anda tentang makna kontekstual d049946 AMINAH BINTI MOHD AFANDI Replies :1 Views : 11 General Forum : Forum 4 Posted On : 04 Nov 2012 10:28:30 AM Subject :
Re : Forum 4: Berdasarkan contoh-contoh, jelaskan pemahaman anda tentang makna kontekstual

Salam sejahtera Penjelasan saudari memang tepat.Makna kontekstual juga muncul sebagai akibat hubungan antara ujaran dan situasi. Makna kontekstual disebut juga makna struktural kerana proses dan satuan gramatikal itu selalu berkenaan dengan struktur ketatabahasaan. Kontekstual itu sendiri berasal dari kata konteks yang makna leksikalnya adalah bahagian suatu uraian atau kalimat yang dapat mendokong atau menambah kejelasan makna suatu kata. Kesimpulannya berdasarkan kepada apa yang saudari perkatakan itu dapatlah saya fahami bahawa makna kontekstual ini akan terhasil dari konteks penggunaannya. Ini bermakna sesuatu perkataan sama yang digunakan dalam ayat yang berlainan atau mengikut konteks akan membawa maksud yang berbeza. Contohnya : otak sejenis organ dalam tubuh manusia - Otak berfungsi untuk berfikir dan membuat pertimbangan. otak-otak - sejenis makanan kegemaran ramai - Saya suka makan otao-otak.

Topic : Apakah hubungan semantik dan pragmatik dalam penghuraian makna. d049946 AMINAH BINTI MOHD AFANDI Replies :1 Views : 5 General Forum : Apakah hubungan semantik dan pragmatik dalam penghuraian makna? Posted On : 04 Nov 2012 10:11:01 AM Subject :
Apakah hubungan semantik dan pragmatik dalam penghuraian makna.

Salam 1 Malaysia Semantik adalah berasal daripada bahasa Yunani sema yang bererti tanda atau lambang. Semantik ialah cabang ilmu linguistik yang mengkaji makna samada makna leksikal maupun makna gramatikal. Makna leksikal adalah makna unit semantik yang paling kecil , sedangkan makna gramatikal adalah makna yang berbentuk dari penggabungan dari satusatu bahasa.Bahasa tidak akan sempurna jika tidak ada unsur makna. Kata makna memberi erti maksud atau erti dan bermacam-macam erti lagi. Selain itu, semantik boleh juga didefinisikan sebagai peraturan-peraturan yang menentukan makna perkataan dan kombinasi perkatan. Oeh itu terdapat peraturan-peraturan semantik yang menentukan jenis

26

BML 3083 /SEMANTIK DAN PRAGMATIK / AMINAH AFANDI / D 20111049946

2012

perkataan yang boleh dikombinasikan secara bermakna dalam sesuatu ayat. Pengetahuan peraturan-peraturan semantik tersebut memerlukan pengetahuan mengenai objek / orang, hubungan antaranya dan hubungan antara peristiwa. Sebagai rumusan peraturan-peraturan semantik akan menentukan perkataan-perkataan yang boleh dipilih dalam sesuatu ayat supaya ia menggambarkan maksud yang sebenarnya berdasarkan pengetahuan dan pengalaman. Pragmatik boleh didefinisi sebagai peraturan-peraturan yang menentukan bagaimana bahasa diguna dalam konteks sosial, iaitu semasa interaksi atau perbualan. Ia melibatkan pengetahuan mengenai fungsi komunikasi dan konteks. Kajian pragmatik lebih luas cakupannya jika dibandingkan dengan semantik. Pragmatik dapat menghuraikan makna berdasarkan konteks bagi pengintepretasian makna yang berbentuk abstrak yang memerlukan huraian yang lebih terperinci. Pragmatik adalah cabang ilmu bahasa yang mempelajari struktur bahasa secara eksternal, iaitu bagaimana satu-satu bahasa itu digunakan dalam komunikasi (Parker, 1986: 11). Makna yang dikaji dalam semantik adalah makna yang bebas konteks sedangkan makna yang dikaji dalam pragmatik adalah makna yang terikat konteks (context dependent).
Topic : Forum 5: Bidang leksikografi merupakan kajian tentang perkamusan. Berikan ulasan anda sejauh
manakah bidang leksikografi berperanan dalam menjelaskan makna perkataan.

d049946 AMINAH BINTI MOHD AFANDI Replies :3 Views : 34

General Forum : Forum 5 Posted On : 04 Nov 2012 09:42:04 AM Subject :


Re : Forum 5: Bidang leksikografi merupakan kajian tentang perkamusan. Berikan ulasan anda sejauh manakah bidang leksikografi berperanan dalam menjelaskan makna perkataan.

Salam buat cikgu Norhayati Sedikit penambahan untuk renungan bersama.Terdapat beberapa kategori kamus iaitu kamus ekabahasa, dwibahasa dan kamus aneka bahasa. Kamus ekabahasa ialah kamus yang menggunakan satu bahasa sahaja seperti Kamus Dewan. Kamus dwibahasa pula ialah kamus yang menggunakan dua bahasa, contohnya Kamus Dwibahasa Oxford Fajar (Inggeri-Melayu; Melayu-Inggeris) dan kamus aneka bahasa mengandungi sekurang-kurangnya tiga bahasa seperti Kamus Melayu -Cina-Inggeris. Pada peringkat awal, usaha-usaha dalam bidang ini bermula dalam bentuk senarai kata. Pada peringkat ini, proses pengumpulan kata akan dilakukan dengan tujuan untuk memelihara suatu bahasa daripada terhapus. Seterusnya, pengumpul-pengumpul kata ini akan memberikan makna kepada kata-kata yang disenaraikan dengan tujuan mempelajari makna kata-kata yang terdapat dalam sesuatu bahasa, khasnya dalam memahami sesuatu konsep untuk tujuan keagamaan. Selaras dengan perkembangan ilmu pengetahuan, leksikografi telah mencapai suatu tahap yang tinggi, sehingga terhasilnya pelbagai bentuk kamus yang meliputi berbagai-bagai

27

BML 3083 /SEMANTIK DAN PRAGMATIK / AMINAH AFANDI / D 20111049946

2012

bidang. Peranan leksikografi dalam menjelaskan makna perkataan dapat difahami melalui maksud perkataan kamus itu sendiri iaitu sebagai buku rujukan yang menerangkan makna kata.. Selain itu kamus juga berperanan sebagai panduan sebutan asal sesuatu perkataan dan ada contoh penggunaan bagi sesuatu perkataan. Fungsi kamus seterusnya ialah memberi maklumat tentang istilah kepada pengguna seperti ejaan, sebutan, makna tatabahasa, etimologi, penggunaan kata dan lain-lain srta sebagai rujukan utama dalam mencari makna perkataan.
Topic : Forum 5 d049946 AMINAH BINTI MOHD AFANDI Replies :3 Views : 21 General Forum : Forum 5 Posted On : 04 Nov 2012 09:34:29 AM Subject :
Re : Forum 5

Salam 1 Malaysia Hujahan cikgu Zarina memang benar.Sedikit penambahan daripada saya.Perkembangan canggih teknologi masa kini telah membantu bidang leksikografi dalam pengumpulan data yang tiada penghujungnya. Perkembangan kamus selari dengan perkembangan sesuatu bahasa, dan usaha mengumpulkan istilah bahasa itu mungkin tidak pernah tamat. Yang nyata, perkataan lengkap dalam kerja perkamusan memang sesuatu yang tidak mudah dicapai kerana sifat kedinamikan bahasa itu sendiri (Noresah, 1994) dalam (KD, 2007:xxv). Usaha perkamusan tidak lagi sekadar mengumpul dan menyusun istilah dan makna, bahkan termasuk tugas memperbaiki dan memantapkan masukan-masukan kata pada edisi sebelumnya, membuat penyelarasan dan pembaikan sistem penyusunan serta pembaikan tatabahasa; terutamanya aspek morfologi.Kesemua penambahbaikan ini lebih cenderung kepada mengungkapkan secara ilmiah setiap istilah dan sifatnya supaya dapat dijadikan sumber rujukan yang lengkap tentang istilah Melayu. Terdapat beberapa kategori kamus iaitu kamus ekabahasa, dwibahasa dan kamus aneka bahasa. Kamus ekabahasa ialah kamus yang menggunakan satu bahasa sahaja seperti Kamus Dewan. Kamus dwibahasa pula ialah kamus yang menggunakan dua bahasa, contohnya Kamus Dwibahasa Oxford Fajar (Inggeri-Melayu; Melayu-Inggeris) dan kamus aneka bahasa mengandungi sekurang-kurangnya tiga bahasa seperti Kamus Melayu -Cina-Inggeris. Di Malaysia, bidang leksikografi telah mencapai kejayaan yang besar bukan sahaja dari segi banyaknya kamus yang diterbitkan, tetapi juga dari segi cara penyusunannya atas dasar ilmiah yang pada keseluruhannya sesuai dengan aliran utama leksikografi antarabangsa.

|< << >> >|

Page 2/4

28

BML 3083 /SEMANTIK DAN PRAGMATIK / AMINAH AFANDI / D 20111049946

2012

29

You might also like