You are on page 1of 3

SEK. KEB.

BATU MUDA, KUALA LUMPUR MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KANTIN KALI PERTAMA 2013 Tarikh Hari Masa Tempat Kehadiran : : : : : 15 Januari 2013 Selasa 1.45 petang Bilik Mesyuarat SK Batu Muda (GPK Hal Ehwal Murid) (Setiausaha) (Ahli Jawatankuasa) (Ahli Jawatankuasa) (Ahli Jawatankuasa)

1. Puan Hashafa Bt Husin 2. Puan Aznida Nasruddin 3. Puan Mazidah Mat Saad 4. Encik Mior Ahmad Nazril B. Mohd Yusof Anuar 5. Puan Bamavathy a/p Marimuthu Tidak hadir: 1. Encik Mohd Shahril B. Ramli (AJK) 2. Puan Sharmini a/p Permalu (AJK) 1.0 Ucapan Pengerusi 1.1 2.0

- Program Transformasi Minda - Program Penutur Jati

Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Jawatankuasa yang hadir ke Mesyuarat Kantin kali pertama bagi tahun 2013. Makluman Pengesahan Minit Mesyuarat Cadangan pengesahan Sokongan : Puan Aznida Nasruddin : Encik Mior Ahmad Nazril B. Mohd Yusof Anuar

3.0

Perkara Berbangkit 3.1 Perkara 4.6: Cadangan untuk menyediakan peti aduan untuk diletakkan di kantin perlu diteruskan dengan membuat pesanan melalui pembekal. Setiausaha diminta untuk mengisi nota minta bagi membuat pesanan serta meminta kelulusan daripada Guru Besar. Setiausaha Kantin Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada AJK yang berjaya melaksanakan aktiviti keceriaan kantin pada tahun lepas. Makluman Sudut bacaan yang dicadangkan pada tahun lepas boleh diteruskan dengan kerjasama daripada Pusat Sumber Sekolah. Pengerusi mencadangkan agar AJK Kantin memohon buku-buku yang lama untuk diletakkan di sudut bacaan kantin sekolah. Rak buku boleh dipesan melalui pembekal dengan mengisi nota minta. Setiausaha Kantin

3.2

3.3

4.0

Tugasan AJK Kantin 4.1 Pengerusi memaklumkan tugasa-tugasan yang perlu dilaksanakan oleh AJK Kantin untuk sepanjang tahun 2013. Senarai bidang tugas AJK ialah:

4.1.1

Menjalankan pemantauan pengurusan dan penyediaan makanan di kantin dan melengkapkan borang pemantauan kendiri kantin pada setiap hari mengikut hari bertugas yang telah ditetapkan. AJK Kantin perlu membuat pemantauan bagi memastikan makanan yang disediakan oleh pengusaha kantin adalah sihat dan berkhasiat dan memastikan pengusaha kantin mengisi borang pemantauan penjualan makanan dan minuman di kantin pada setiap hari. AJK perlu memastikan kebersihan, mutu, khasiat dan keselamatan makanan dan minuman yang dijual. AJK juga perlu memastikan harga jualan makanan berdasarkan perjanjian kantin. Pengerusi telah meminta Encik Mior Ahmad Nazril untuk membuat semakan harga di kantin sekolah. Memastikan murid sentiasa berdisiplin, bersopan santun dan mengamalkan budi pekerti yang baik semasa di kantin sekolah. Menyemak instrument pemantauan kantin dan memastikan semua perkara yang diperlukan diambil tindakan dengan segera. Makluman

4.1.2

4.1.3 4.1.4

4.1.5 4.1.6

5.0

Buku Laporan Penilaian Kendiri Kantin 5.1 5.2 Pengerusi menjelaskan bahawa pengusaha kantin akan mengisi laporan kendiri kantin yang disediakan oleh pihak sekolah. Ahli Jawatankuasa Kantin yang bertugas perlu menyemak laporan tersebut dan sekiranya berlaku dimerit pada laporan tersebut, AJK Kantin boleh menggunakan pen merah untuk menanda bahagian yang hendak dikurangkan markahnya. Ahli Jawatankuasa juga perlu menandatangani setiap helaian laporan pada setiap hari. AJK Kantin Buku Laporan Kendiri Kantin akan diletakkan di kantin untuk memudahkan Ahli Jawatankuasa yang bertugas untuk menyemak laporan kantin. Makluman Setiausaha Kantin perlu menyediakan laporan bulanan untuk dihantar ke PPWS sebelum 8hb pada setiap bulan. Setiausaha Kantin

5.3

5.4

6.0

Aktiviti Tahunan JK Kantin 2013 6.1 Program info pemakanan sihat akan dijalankan pada tahun ini dengan membacakan info pemakanan sihat di perhimpunan pagi untuk murid-murid SKBM. Satu jadual pelaksanaan telah disediakan oleh Setiausaha Kantin di mana bacaan info akan dijalankan pada setiap bulan. AJK Kantin boleh mengambil bahan bacaan info daripada setiausaha kantin. Makluman Info pemakanan sihat juga akan ditampal di dinding kantin untuk bacaan murid-murid. Makluman

6.2

6.3

Penyediaan label kalori makanan perlu dijalankan pada tahun ini secara berperingkat. Pengerusi mencadangkan agar label kalori bagi setiap makanan disediakan dan ditampal di kantin bagi menambahkan keceriaan kantin. AJK Kantin / Pengusaha Kantin

7.0

Hal-hal Lain 7.1 Pengerusi memaklumkan bahawa tempoh perjanjian kantin sekolah ialah 2 tahun bermula 1 Disember 2011 sehingga 30 Disember 2013. Tempoh lanjutan selama setahun boleh diberikan dengan kelulusan oleh Guru Besar. Pengerusi memaklumkan tentang surat pekeliling yang melarang pengusaha kantin untuk tinggal di kantin sekolah. Sekiranya ingin berada di kantin, pengusaha kantin perlu membuat surat memohon kebenaran daripada JPWP melalui Guru Besar. Sehingga kini, pengusaha kantin masih belum membuat surat permohonan walaupun masih tinggal di kantin sekolah. Pengerusi akan memastikan pengusaha kantin membuat surat memohon tinggal di kantin sekiranya masih ingin berada di kantin sekolah sepanjang masa. Makluman Pengerusi memaklumkan terdapat cadangan untuk membina pembahagi bagi menyediakan laluan murid beratur semasa membeli makanan di kantin. Cadangan ini diberi bagi mendisiplinkan murid semasa membeli makanan di kantin dan supaya murid beratur ketika membeli makanan. AJK Kantin bersetuju untuk meneruskan cadangan ini dan satu kertas kerja bagi memohon peruntukan perlu dibuat. Setiausaha Kantin Pengerusi juga memaklumkan terdapat cadangan untuk mengadakan program meja angkat mengikut aliran di mana murid-murid makan di meja yang disediakan khas mengikut aliran. Cadangan ini dipersetujui oleh AJK Kantin dan label meja perlu disediakan bagi memudahkan murid untuk duduk di tempat mengikut aliran masingmasing. AJK Kantin Pengerusi memaklumkan bahawa satu gotong royong akan dijalankan pada 19 Januari 2013 dan setiausaha diminta menyenaraikan perkara-perkara yang perlu dilakukan di kantin bagi memudahkan guru yang terlibat untuk menjalankan tugas semasa aktiviti gotong-royong. Setiausaha Kantin

7.2

7.3

7.4

7.5

7.6

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang. Disediakan oleh, Disemak oleh:

(PUAN AZNIDA NASRUDDIN) Setiausaha JK Kantin, SK Batu Muda

(PUAN HASHAFA BT HUSIN GPK Hal Ehwal Murid SK Batu Muda

You might also like