Professional Documents
Culture Documents
Unit
1
LINGUISTIK DAN CABANG-CABANGNYA
HASIL PEMBELAJARAN Setelah selesai mempelajari unit ini, anda seharusnya dapat: i. menerangkan definisi linguistik dan cabang-cabangnya, ii. mengetahui asal perkataan linguistik, iii. mengetahui pelopor linguistik moden, dan iv. menjelaskan ilmu linguistik aliran tatabahasa transformasi generatif.
Pengenalan
Unit ini membincangkan hal tentang Linguistik dan Cabang-cabangnya yang mencakupi konsep linguistik, asal perkataan linguistik, pelopor linguistik moden, cabang-cabang linguistik serta aliran linguistik tatabahasa transformasi generatif.
Kita mengkaji bahasa Melayu seperti yang benar-benar wujud dan digunakan oleh masyarakat bahasa itu, misalnya bagaimana bahasa Melayu itu diucapkan, bentuk dan sistem bahasa itu. Kita mengkaji secara formal dan objektif bagaimana bunyi-bunyi bahasa itu dihasilkan, sistem fonem, morfem, kata, frasa dan ayat yang berlainan bentuk dalam bahasa Melayu. Kajian ini dilakukan secara objektif dan tidak boleh berdasarkan agak-agakan, ramalan, sentimen atau falsafah dan hasil kajian itu pula boleh diuji kebenarannya.
menghurai atau menganalisis bahasa Melayu seperti yang dituturkan oleh masyarakat Melayu pada hari ini. Linguistik Deskriptif menghuraikan bagaimana bunyi-bunyi bahasa itu dituturkan dan bagaimana sistem bahasa Melayu itu digunakan dalam bidang fonologi, morfologi, sintaksis dan segala aspek yang terdapat dalam bahasa Melayu. Linguistik Deskriptif hanya membuat huraian tentang satu-satu bahasa itu dan tidak pula membuat perbandingan dengan bahasa-bahasa lain atau mengkaji daripada sudut sejarah bahasa itu. Misalnya, Linguistik Deskriptif akan menghuraikan bunyi-bunyi vokal, konsonan, diftong, sistem suku kata, perkataan, frasa dan ayat bahasa Melayu, tetapi tidak membuat perbandingan antara sistem vokal, konsonan, diftong, suku kata, perkataan, frasa atau ayat bahasa Melayu dengan ciri-ciri dan sistem dalam bahasa Inggeris, bahasa Perancis, Jepun atau bahasa Cina. Linguistik Deskriptif juga tidak berminat untuk mengkaji sejarah perkembangan atau pertumbuhan bahasa Melayu, baik pada awal ataupun pada akhir satu-satu zaman itu. Apa yang diutamakan dalam disiplin ini ialah menghuraikan bentuk dan sistem bahasa itu secara objektif dan secara empirikal, iaitu seperti yang benar-benar wujud dalam bahasa itu. Ilmu Linguistik Deskriptif boleh digunakan untuk mengkaji dan menghuraikan secara umum sebarang bahasa di dunia, baik bahasa Melayu, bahasa Iban, bahasa Kadazan, bahasa Jawa, bahasa Tagalog mahupun bahasa Mandarin, bahasa Tamil, bahasa Jepun, bahasa Inggeris, bahasa Perancis, bahasa Portugis, bahasa Itali dan lain-lain.
1.3
Apakah yang dimaksudkan dengan Linguistik Deskriptif? Apakah yang menjadi keutamaan dalam disiplin Linguistik Deskriptif?
1.4
1.5 Huraikan maksud Linguistik Historis. 1.6 Apakah yang menjadi keutamaan dalam disiplin Linguistik Historis?
1.7 Apakah yang dimaksudkan dengan Linguistik Komparatif? 1.8 Dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai, huraikan Linguistik Komparatif.
belakangnya. Bidang-bidang seperti inilah yang tercakup oleh disiplin Sosiolinguistik. Di samping itu, Sosiolinguistik juga turut mengkaji sistem ganti nama, sistem panggilan dan sistem gelaran dalam sesebuah masyarakat dalam masyarakat Melayu seperti penggunaan kata ganti nama, panggilan dan gelaran seperti aku, patik, beta, engkau, anda, Pak Cik, Mak Cik, Abang, Adik, Encik, Tuan, Puan, Dato, Tan Sri, Puan Sri dan seumpamanya. Sosiolinguistik lazimnya menumpukan kajian pada aspek atau topik seperti yang berikut: i) Bahasa rasmi ii) Bahasa kebangsaan iii) Pidgin iv) Kreol v) Bilingualism vi) Multilingualism vii) Dialek viii) Ideolek ix) Ragam bahasa x) Sikap terhadap bahasa xi) Sistem panggilan dalam masyarakat xii) Kesetiaan terhadap bahasa dan perancangan bahasa
1.9
Apakah yang anda faham tentang Sosiolinguistik? Bincangkan aspek-aspek yang boleh dikaji dalam bidang Sosiolinguistik.
1.10
v. Apakah Neurolinguistik?
Neurolinguistik ialah cabang ilmu linguistik yang mengkaji hal-hal otak dan perkaitannya dengan bahasa. Neurolinguistik menumpukan kajian terhadap bagaimana bahasa itu diproses di dalam otak dari awal pemerolehan bahasa sampailah ke bahasa itu berkembang dalam kehidupan manusia. Dengan perkataan lain, Neurolinguistik ingin mengetahui bagaimana otak diorganisasi pada waktu mengelolakan aspek-aspek kemampuan bahasa dan perlakuan bahasa yang begitu rumit. Neurolinguistik mempunyai hubungan yang erat dengan afasiologi kerana kedua-dua disiplin ini sama-sama mengkaji penyakit bertutur. Afasiologi mengkaji penyakit bertutur, terutama untuk tujuan mengubatinya dan Neurolinguistik cenderung untuk mengetahui hakikat hubungan antara otak dengan bahasa demi pengubatan penyakit bertutur. Neurolinguistik banyak mendapat manfaat daripada kerjasama antara psikologi dengan linguistik dan afasiologi pula mendapat manfaat daripada neurologi. Neurologi mula-mula wujud pada abad ke-19, diwujudkan oleh P.Broca dan C.Wernicke. Teori Neurolinguistik Wernicke merupakan teori yang pertama lahir daripada beberapa kes kajian penyakit afasia. Menurut ilmu Neurolinguistik, otak manusia mempunyai dua bahagian, iaitu Medan Wernicke korteks (hemisfera kiri korteks) dan Medan Broca korteks. Medan Wernicke mengandungi representasi ingatan perbendaharaan bentuk kata yang berfungsi mengamati dan menerima ucapan. Kalimat-kalimat bahasa disimpan dan diproses di hemisfera kiri otak manusia. Kalimat-kalimat difahami melalui Medan Wernicke belahan kiri (hemisfera kiri korteks) otak manusia. Medan Broca korteks pula berfungsi melahirkan kalimat-kalimat. Medan Broca korteks menukar kalimat-kalimat yang disimpan dalam Medan Wernicke korteks kepada bentuk bunyi. Pakar kajian neurolinguistik, Damasi H., 1987 telah mengemukakan penemuan terbaharu beliau yang menunjukkan bahawa Medan Broca tidak sahaja berfungsi untuk melaksanakan proses-proses sintaksis dan produksi fonologi, tetapi juga proses-proses morfologi. Menurut teori Neurolinguistik Klasik, hemisfera kanan berfungsi untuk komunikasi kebahasaan yang penting. Hemisfera kanan mempunyai fungsi mengendalikan semua fonem segmental (aspek-aspek intonasi dan prosodi) dan tona suara, ekspresi muka dan gerak-geri badan waktu bertutur dan makna perumpamaan serta ungkapan ideomatik juga. Oleh sebab itulah, pemahaman kalimat-kalimat terganggu apabila hemisfera kanan secara aktif terlibat dalam
proses kebahasaan pada waktu berkomunikasi (Mangantar Simanjuntak, 1991:143). Kajian Neurolinguistik juga mendapati bahawa hemisfera kiri mengendalikan kata-kata yang membawa makna-makna literal (tersurat) dalam kalimat-kalimat, sedangkan hemisfera kanan bertanggungjawab mengendalikan makna-makna tersirat. Kedua-dua hemisfera bekerjasama pada waktu berkomunikasi untuk menjamin pemahaman dan penyampaian makna yang sempurna. Di samping itu, hemisfera kanan juga berfungsi untuk semua hal yang berkaitan dengan pembentukan idea yang bukan bahasa seperti kebolehan konstruksi, proses kegiatan gestalt, pengenalan muka dan garis gambar yang rumit, muzik dan lagu, ruang dan segala sesuatu yang termasuk ke dalam apa yang dulunya terkenal dengan istilah bawah sedar. Implikasi penemuan ini sangat penting pada bidang pendidikan, pengajaran bahasa, pengubatan penyakit bertutur, permainan tenis, badminton, inovasi dan kekaryaan (Mangantar Simanjuntak, 1991:142-143).
1.11 1.12
Dalam Linguistik Am, kajian ditumpukan kepada perkara-perkara umum dalam bahasa secara universal. Huraian bahasa secara umum dan universal ini mencakupi bidang fonologi, morfologi, sintaksis dan seumpamanya secara umum. Dengan menggunakan pengetahuan ilmu Linguistik Am, ahli bahasa dapat mengkaji dan menghuraikan segala bahasa yang dituturkan oleh manusia di dunia seperti bahasa Melayu, bahasa Mandarin, bahasa Tamil, bahasa Thai, bahasa Jepun, bahasa Inggeris, bahasa Perancis, bahasa Itali dan seumpamanya.
1.13
Apakah yang dibincangkan dalam Linguistik Am? Huraikan ciri-ciri Linguistik Am bahasa Melayu.
1.14
1.15
Apakah yang dimaksudkan dengan Linguistik Terapan? Bagaimanakah Linguistik Terapan dapat dimanfaatkan dalam pengajaran bahasa?
1.16
10
1.17
Jelaskan Psikolinguistik berdasarkan definisi tokoh-tokoh bahasa. Apakah yang diteliti dalam Psikolinguistik?
1.18
11
12
(Saussure Linguistics) ialah istilah yang digunakan untuk kajian linguistik teori Ferdinand de Saussure, yang mencakupi pemisahan antara pendekatan diakronis dan sinkronis, perbezaan antara langue dengan parole, hubungan paradigmatis dan sintagmatis. Teori ini dianut pula dengan perubahan atau tanpa perubahan oleh aliran Praha dan Glosematik; Linguistik Struktural (Structural Linguistics), iaitu bidang kajian linguistik yang menggunakan teori, kaedah dan pendekatan struktural, iaitu yang menganggap bahasa itu mempunyai struktur atau sistem yang bebas. Aliran ini menumpukan kajian ke atas bahasa lisan dan tidak mengutamakan aspek semantik. Hasil kajian linguistik struktural ini boleh digunakan untuk melatih pelajar-pelajar asing atau yang baru mempelajari bahasa atau pelajar yang lemah pencapaian dalam penguasaan bahasa. Linguistik Taksonomi (Taxonomic Linguistics) ialah pendekatan kajian dan analisis bahasa dengan tujuan utama untuk mendaftarkan dan mengklasifikasikan pelbagai fenomena bahasa kepada kelompok atau golongan seperti kelas atau golongan kata dalam tatabahasa, jenis-jenis konsonan dalam bidang fonetik, medan makna dalam bidang semantik dan sebagainya; Linguistik Sinkronis (Syncronic Linguistics), iaitu kajian bahasa yang dilakukan terhad pada satu-satu masa tertentu, misanya kajian bahasa Melayu pada hari ini, atau pada abad ke-20 tanpa melihat perubahan-perubahan pada bahasa itu dan tidak pula membuat perbandingan antara perkembangan bahasa dari satu masa ke satu masa. Cara Linguistik Sinkronis ini digunakan dalam kajian Linguistik Deskriptif, iaitu mengkaji satu-satu bahasa itu pada satu-satu masa tertentu. Kajian cara Sinkronis ini diperkenalkan oleh linguis bangsa Swiss, Ferdinand de Saussure (1916). Linguistik Diakronis (Diachronic Linguistics), iaitu linguistik yang mengkaji bahasa pada dua masa atau yang berlainan masa, misalnya mengkaji bahasa Melayu pada zaman sebelum merdeka dengan bahasa pada zaman selepas merdeka dengan melihat perubahan-perubahan bahasa daripada segi fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik. Cara kajian Linguistik Diakronis ini diperkenalkan oleh ahli bahasa bangsa Swiss, Ferdinand de Saussure.
13
Terangkan cabang linguistik lain. Huraikan maksud Linguistik Fungsional. Bincangkan perbezaan antara Linguistik Sinkronis dengan Linguistik Diakronis.
14
Kedua-dua jenis struktur, iaitu struktur dalaman dan struktur permukaan diterbitkan oleh dua jenis hukum atau rumus tatabahasa, iaitu rumus struktur frasa dan rumus transformasi. Rumus struktur frasa menerbitkan ayat-ayat pada peringkat struktur dalaman dan rumus transformasi pula berfungsi menukarkan pola atau struktur ayat-ayat hingga membawa kepada peringkat struktur permukaan. Bentuk ayat struktur permukaan selalunya tidak serupa dengan bentuk struktur dalaman. Struktur dalaman yang diwujudkan oleh rumus struktur frasa kemudian akan menjadi input kepada komponen yang mengandungi rumus transformasi. Rumus transformasi itu berkuasa untuk menggugurkan unsur kata, menambahkan unsur kata dan mengubah atau menyusun semula susunan unsur kata. Teori ini juga mengandaikan bahawa kedua-dua jenis rumus tatabahasa itu menjadi sebahagian daripada unsur kecekapan berbahasa seseorang individu (ibid:202).
1.22
Huraikan konsep Linguistik Aliran Tatabahasa Transformatif Generatif. Jelaskan rumus struktur frasa dan rumus transformasi. Nyatakan semua Cabang Linguistik. Bincangkan sejauh mana Ilmu Linguistik penting kepada guru bahasa. Huraikan Ilmu Linguistik yang melihat perubahan dan perkembangan bahasa.
1.23
1.24 1.25
1.26
15
16
iii. Sila rujuk sumber lain daripada buku, internet, jurnal, youtube dan seumpamanya 1.6 Bagi menjawab soalan ini, anda perlu: i. Memahami disiplin Linguistik Historis yang mengutamakan sejarah satu-satu bahasa itu ii. Misalnya bahasa Melayu, mempunyai sejarah perkembangan dan pertumbuhan bahasa itu iii. Pengaruh bahasa Arab, Sanskrit, Cina dan Inggeris dari segi sejarah turut menambah perbendaharaan kata bahasa Melayu. iv. Sila rujuk sumber lain daripada buku, internet, jurnal, youtube dan seumpamanya. 1.7 Bagi menjawab soalan ini, anda perlu: i. Menjelaskan maksud linguistik komparatif ii. Sila rujuk sumber lain daripada buku, internet, jurnal, youtube dan seumpamanya. 1.8 Bagi menjawab soalan ini, anda perlu: i. Menghuraikan linguistik komparatif, misalnya bahasa yang boleh dibanding-bandingkan, iaitu bahasa serumpun iv. Contoh bahasa serumpun: bahasa Melayu, bahasa Tagalog, bahasa Iban, bahasa Indonesia v. Dialek serumpun bahasa Melayu seperti dialek Kedah, dialek Kelantan, dialek Perak dan seumpamanya. vi. Sila rujuk sumber lain daripada buku, internet, jurnal, youtube, dan seumpamanya. 1.9 Bagi menjawab soalan ini, anda perlu memberikan: i. Maksud bidang Sosiolinguistik ii. Tokoh-tokoh Sosiolinguistik dalam negara dan luar negara iii. Sila rujuk sumber lain daripada buku, internet, jurnal, youtube dan seumpamanya. 1.10 Bagi soalan ini, anda harus menghuraikan: i. Bidang Sosiolinguistik yang mencakupi semua aspek yang ada kaitan antara bahasa dengan masyarakat
17
ii. Anda perlu memberi jawapan anda yang meliputi bahasa kebangsaan, pidjin, kreol, bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan seumpamanya iii. Jawapan anda juga harus meliputi bilingualisme dan multilingualisme serta dialek dan ideolek iv. Anda juga harus memberikan jawapan anda meliputi sikap terhadap bahasa, sistem panggilan dalam masyarakat, kesetiaan terhadap bahasa dan perancangan bahasa. 1.11 Bagi soalan ini, jawapan anda harus mencakupi: i. Penjelasan tentang konsep neurolinguistik ii. Aspek-aspek neurolinguistik 1.12 Bagi soalan ini, jawapan anda harus: i. Menerangkan hubungan antara neurolinguistik dengan penyakit afasia ii. Aspek-aspek lain berkaitan dengan neurolinguistik iii. Sila rujuk sumber lain daripada buku, internet, jurnal, youtube dan seumpamanya. 1.13 Bagi menjawab soalan ini, anda perlu memberikan: i. Maksud linguistik am ii. Contoh linguistik am yang terdapat dalam bahasa Melayu iii. Sila hurai secara am bidang fonetik dan fonologi bahasa Melayu. 1.14 Bagi menjawab soalan ini, anda perlu memberikan: i. Ciri-ciri linguistik am ii. Contoh ciri-ciri linguistik am yang terdapat dalam bahasa Melayu seperti huraian secara umum tentang bunyi-bunyi bahasa, sistem fonem, pembentukan suku kata, kata, kata, frasa, klausa, ayat dan seumpamanya iii. Sila rujuk sumber lain daripada buku, internet, jurnal, youtube dan seumpamanya. 1.15 Bagi soalan ini, anda perlu: i. Menerangkan maksud linguistik terapan ii. Menghuraikan kegunaan linguistik terapan dan seumpamanya, khususnya dalam pengajaran bahasa iii. Sila rujuk sumber lain daripada buku, internet, jurnal, youtube dan seumpamanya. 18
1.16 Bagi soalan ini, anda perlu: i. Menghuraikan maksud linguistik terapan ii. Menjelaskan bagaimanakah linguistik terapan dimanfaatkan dalam pengajaran bahasa iii. Memberikan contoh buku teks yang mengandungi linguistik terapan iv. Sila rujuk sumber lain daripada buku, internet, jurnal, youtube dan seumpamanya. 1.17 Bagi soalan ini, anda perlu: i. Memberikan definisi mengenai psikolinguistik ii. Menyatakan nama tokoh-tokoh psikolinguistik iii. Memberikan nama tokoh-tokoh bahasa Bahasa Melayu iv. Sila rujuk sumber lain daripada buku, internet, jurnal, youtube dan seumpamanya. 1.18 Untuk menjawab soalan ini: i. Anda perlu menjelaskan jenis-jenis bahasa yang kerap digunakan oleh penutur tertentu ii. Anda perlu mengenal pasti bahasa-bahasa yang lazim digunakan oleh murid-murid tertentu pada peringkat-peringkat umur tertentu iii. Sila rujuk sumber lain daripada buku, internet, jurnal, youtube dan seumpamanya. 1.19 Untuk menjawab soalan ini, anda perlu: i. Memberikan pelbagai cabang linguistik yang anda tahu ii. Menghuraikan dengan lebih lanjut setiap cabang linguistik tersebut iii. Menyertakan tokoh-tokoh linguistik dan aliran mereka iv. Sila rujuk sumber lain daripada buku, internet, jurnal, youtube dan seumpamanya. 1.20 Untuk menjawab soalan ini, anda perlu: i. Berikan maksud linguistik fungsional ii. Menjelaskan aspek-aspek yang dicakupi oleh linguistik fungsional iii. Sertakan nama tokoh-tokoh linguistik fungsional iv. Sila rujuk sumber lain daripada buku, internet, jurnal, youtube dan seumpamanya.
19
1.21 Untuk menjawab soalan ini, anda perlu: i. Berikan maksud linguistik sinkronis ii. Berikan maksud linguistik diakronis iii. Mengenal pasti perbezaan antara linguistik sinkronis dengan linguistik diakronis iv. Sila rujuk sumber lain daripada buku, internet, jurnal, youtube dan seumpamanya. 1.22 Untuk menjawab soalan ini, huraian anda perlu meliputi: i. Maksud tatabahasa transformatif generatif ii. Noam Chomsky dan seumpamanya iii. Ciri-ciri tatabahasa transformatif generatif iv. Sila rujuk sumber lain daripada buku, internet, jurnal, youtube dan seumpamanya. 1.23 Untuk menjawab soalan ini, anda perlu: i. Berikan maksud rumus struktur frasa ii. Berikan maksud rumus transformasi iii. Berikan contoh-contohnya sekali iv. Sila rujuk sumber lain daripada buku, internet, jurnal, youtube dan seumpamanya. 1.24 Untuk menjawab soalan ini, huraian anda perlu: i. Menyatakan semua cabang linguistik yang anda tahu ii. Berikan penjelasan ringkas bagi setiap cabang linguistik tersebut iii. Sertakan contoh-contohnya sekali. 1.25 Untuk menjawab soalan ini: i. Saya yakin anda pasti dapat menjelaskan kepentingan ilmu linguistik kepada guru, termasuklah membantu mengajar sebutan kepada murid-murid ii. Memahirkan murid-murid dengan sistem ejaan baharu iii. Memahirkan guru-guru menghuraikan bidang-bidang bahasa kepada murid-murid termasuklah frasa dan ayat 1.26 Untuk menjawab soalan ini, anda perlulah: i. Menghuraikan segala aspek perubahan dan perkembangan bahasa Melayu sebelum merdeka, selepas merdeka dan bahasa Melayu terkini ii. Sila sertakan contoh-contohnya sekali. 20
Rujukan
Abdul Hamid Mahmood (1995). Ejaan bahasa Melayu terkini. Masa Enterprise. Abdul Hamid Mahmood (2002). Guru dan bahasa Melayu. Kuala Lumpur: City Reprographic Services. Abdul Hamid Mahmood dan Nurfarah Lo Abdullah (2007). Linguistik fonetik dan fonologi bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Aslita Sdn. Bhd. Abdullah Hassan (1993). Linguistik am untuk guru Bahasa Malaysia. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Alias Mohammad Yatim (1992). Fonetik dan fonologi suatu tinjauan. Kulim: Penerbit Sarlis. Arbak Othman (1983). Permulaan ilmu linguistik. Kuala Lumpur: Sarjana Enterprise. Ashby, P. (1995). Speech sounds. London: Routledge. Barnhart, C.L. & Barnhart, R.K. (Ed.) (1981). The world book of encyclopedia volume two. Toronto: World Book Inc. Bright, W. (Ed) (1992). International encyclopedia of linguistics. New York: Oxford University Press.
21