You are on page 1of 3

Pendidikan Seni HBAE1203 BAHAGIAN A ARAHAN Bahagian A mengandungi SEPULUH soalan. Jawab SEMUA soalan. SOALAN: 1.

Nyatakan EMPAT peringkat teori perkembangan kanak-kanak yang diperkenalkan oleh Georges-Henri Luquet(1926). (4)

2. Di dalam teori Sosial- Interaksi yang diperkenalkan oleh Piaget, terdapat DUA proses yang digunakan oleh individu sepanjang hayat dalam menyesuaikan diri mereka dengan persekitaran. Nyatakan prosesproses tersebut. (4)

3. Unsur-unsur seni reka terdiri daripada enam elemen asas yang penting dalam penggubalan sesuatu karya seni visual. Nyatakan EMPAT daripada enam unsur seni tersebut. (4)

4. Pelajar visual secara amnya dapatlah diklasifikasikan sebagai pelajar yang gemar menggunakan deria penglihatan lebih daripada deria yang lain untuk mendapatkan maklumat semasa proses pembelajaran berlaku. Jelaskan DUA peranan yang boleh dimainkan oleh guru di dalam meransang pelajar mempelajari secara visual. (4)

5.

Jelaskan DUA tahap pemikiran kreatif seperti yang diterangkan oleh Fisher(1943).

(4)

6. Gazalba (1978) mentakrifkan estetik itu sebagai satu cabang ilmu normatif yang membawa nilai-nilai kecantikkan dan kebaikan. Senaraikan DUA kepentingan mempelajari estetik. (4)

7.

Nyatakan DUA matlamat utama apresiasi seni.

(4)

8. Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran boleh dibahagikan kepada empat ketegori. Senaraikan EMPAT kategori tersebut. (4)

9. Kebanyakan sekolah telah menyediakan bilik khas yang diperuntukkan sebagai bilik seni atau studio seni. Berikan EMPAT keperluan asas bilik seni tersebut. (4)

10. Senaraikan DUA bentuk penilaian alternative yang disarankan oleh Hurwitz dan Day (2001). (4)

You might also like