You are on page 1of 8

Sekolah Menengah Kebangsaan Khir Johari 36300 Sungai Sumun Perak Laporan Post Mortem Ujian Diagnostik 1 Projek

AKAR 2013 1.0 Pendahuluan


1.1. Pada tahun 2013, Projek AKAR dilaksanakan untuk mengatasi masalah near miss dalam kalangan calon PMR 2103. Selaras dengan objektif AKAR ini, seramai 25 calon PMR SMK Khir Johari disenaraikan sebagai calon Projek AKAR oleh Pejabat Pelajaran Daerah Hilir Perak. 1.2. 25 orang murid terpilih ini adalah berdasarkan keputusan Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 2 yang memperoleh Gred Purata tidak melebihi 2.00. 1.3. Daripada 25 orang murid ini 15 orang adalah daripada Tingkatan 3 Zamrud dan 10 orang murid adalah daripada Tingkatan 3 KAA. 1.4 Pada 18 Mac 22 Mac 2013, murid-murid ini telah menjalani Ujian Diagnostik 1. Berikut adalah laporan post mortem yang disediakan.

2.0 Pencapaian dan Analisis Berdasarkan Mata Pelajaran


MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU BAHASA INGGERIS GEOGRAFI KEMAHIRAN HIDUP 1 KEMAHIRAN HIDUP 2 MATEMATIK PENDIDIKAN ISLAM SEJARAH SAINS BAHASA ARAB BAHASA CINA BAHASA TAMIL BIL CALON A B C D ABCD E TH GPMP

BIL 21 0 5 4 1 12 0 4 2 1 0 0

% 84.00 0.00 20.00 57.14 5.56 48.00 0.00 16.00 8.00 10.00 0.00 0.00

BIL 4 6 11 3 7 10 2 13 8 5 4 1

% 16.00 24.00 44.00 42.86 38.89 40.00 10.53 52.00 32.00 50.00 100.00 100.00

BIL 0 14 9 0 10 3 11 7 13 3 0 0

% 0.00 56.00 36.00 0.00 55.56 12.00 57.89 28.00 52.00 30.00 0.00 0.00

BIL 0 5 0 0 0 0 6 0 2 1 0 0

% 0.00 20.00 0.00 0.00 0.00 0.00 31.58 0.00 8.00 10.00 0.00 0.00

BIL 25 25 25 7 18 25 19 24 25 10 4 1

% 100.00 100.00 100.00 100.00 100.00 100.00 100.00 96.00 100.00 100.00 100.00 100.00

BIL 0 0 0 0 0 0 0 1 0 0 0 0

% 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 4.00 0.00 0.00 0.00 0.00 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 1.16 2.96 2.16 1.43 2.50 1.64 3.21 2.24 2.60 2.40 2.00 2.00

25 25 25 7 18 25 19 25 25 10 4 1

2.1 Terdapat seramai 25 orang calon dari dua kelas (Tingkatan 3 KAA dan 3 Zamrud ) iaitu 19 orang murid Melayu, 4 orang murid Cina dan 2 orang murid India. Kehadiran murid adalah 100% semasa ujian dijalankan. 2.2 Terdapat seramai 24 orang pelajar ( 96.0% ) lulus semua mata pelajaran dan 1 orang gagal satu mata pelajaran iaitu Sejarah. 2.3 Pencapaian dari segi kualiti Mata pelajaran terbaik adalah bahasa Melayu iaitu 24 orang murid 984.0% ) memperoleh A dan 4 orang memperoleh B ( 16.0%) .

Seterusnya adalah mata pelajaran Kemahiran Hidup 1 iaitu 4 orang memperoleh A (57.14%) dan 3 orang memperoleh B (42.86%) dan Matematik, 12 orang murid ( 48.0%) memperoleh A, 10 orang (40.0%) memperoleh B dan 3 orang (12.0% ) memperoleh C. Ketiga-tiga mata pelajaran ini memperoleh GPMP bawah 2.00. 2.4 Mata Pelajaran yang pencapaiannya kurang berkualiti adalah Pendidikan Islam dan Bahasa Inggeris . Ini kerana tiada seorang murid memperoleh A dan GPMP Pendidikan Islam adalah 3.21 dan Bahasa Inggeris 2.96. Gred terbaik adalah B, C dan D sahaja. 3.0 Analisis Berdasarkan Soalan Mengikut Mata Pelajaran Bil. 1. Mata Pelajaran Bahasa Melayu Kekuatan 1. Menguasai Bhg A (i) 2. Pemahaman soalan 2 dan 3 dengan cemerlang 3. Cemerlang bahagian B dan C 4. Kuasai bahagian D Kelemahan 1. Makna perkataan 2. Kesalahan tatabahasa 3. Mengenalpasti ayat yang betul 4. Ayat kurang menarik 5. Huraian contoh,isi penting kurang terperinci

2.

Bahasa Inggeris

1. 3 pelajar dapat menjawab soalan objektif lebih dari 30 markah ke atas. 2. Sebahagian besar pelajar dapat menjawab dengan baik bahagian sajak.

1. Kebanyakan pelajar mendapat gred C dan D untuk karangan. 2. Semua pelajar menjawab dengan sederhana bahagian summary.

3.

Sains

1. Pelajar dapat mengenali struktur organel dan fungsi. 2. Dapat mengetahui fenomena semulajadi berkaitan peningkatan suhu bumi. 3. Dapat membezakan sumber tenaga yang boleh diperbaharui dan tidak boleh diperbaharui. 4. Pelajar dapat mengaitkan bilangan organism dengan piramid nombor. 5. Topik mesin ringkas: pelajar dapat menyatakan cara mengurangkan daya dalam tuas. 6. Sebahagian besar pelajar dapat menguasai soalan aras rendah.

Kertas 1: 1. 5 orang pelajar mendapat kurang 25 markah. 2. Lemah soalan aplikasi dan melibatkan eksperimen. 3. Kurang faham konsep keterlarutan gas dalam cecair 4. Kurang faham konsep pengembangan dan pengecutan bahan semasa cuaca panas dan sejuk

BIL. 4.

Mata Pelajaran Matematik

Kekuatan 1. Soalan Objektif - Hasil analisis item hanya 3 soalan sahaja yang di kategori soalan sederhana iaitu soalan no 23, 27 dan 35. Soalan yang lain dapat dijawab dengan mudah oleh semua calon. - 4 calon mendapat markah penuh - Hanya 1 calon yang mendapat markah 30 ke bawah iaitu 26/40 2. Soalan Subjektif - 15 calon mendapat markah 42 ke atas. - Calon dapat menguasai soalan yang memberikan taburan markah yang besar seperti soalan Lokus dan Penjelmaan.

Kelemahan 1. Soalan Objektif - Kecuaian semasa membuat pengiraan 2. Soalan Subjektif - Pelajar sukar menjawab soalan Solid Geometry dan koordinat kerana tidak menghafal formula. - Pelajar masih belum menguasai sepenuhnya 3opic Algebraic Expressions dan Linear Equations. - 1/2 calon tidak dapat membina garis serenjang bagi 3opic Geometrical Construction

5.

Pend. Islam

1. Pelajar menguasai jawi dengan baik. 2. Olahan ayat hampir sempurna-perlu pengayaan

1. Teknik menjawab soalan belum dikuasai. 2. Ulangkaji tidak menyeluruh. 3. Tidak menguasai topik tingkatan 1 dan 2 1. Tiada soalan yang menggunakan pemikiran kreatif. 2. Soalan yang diuji kebanyakannya berbentuk soalan yang mudah. 3. Kurang soalan untuk langkah-langkah kerja seperti langkah menyapu syelek 1. Kurang soalan untuk langkah-langkah kerja seperti langkah menyapu syelek. 2. Terdapat satu soalan yang mempunyai jawapan bertindih dan mengelirukan pelajar. 3. Soalan yang diuji tidak seimbang dari segi topik tingkatan 1 dan tingkatan 2.

6.

Kemahiran Hidup Bersepadu Pilihan 1 Kemahiran Teknikal

1. Format soalan seperti dalam peperiksaan sebenar. 2. Soalan berfokus pada topik yang sukar. 3. Banyak soalan bergambar yang memudahkan pelajar menjawab dengan mudah. 4. Soalan bergambar yang jelas.

7.

Kemahiran Hidup Bersepadu Pilihan 2 Ekonomi Rumah Tangga

1. Format soalan seperti dalam peperiksaan sebenar. 2. Soalan berfokus pada topik yang sukar. 3. Banyak soalan bergambar yang memudahkan pelajar menjawab soalan/ 4. Soalan bergambar yang jelas.

Bil. 8.

Mata Pelajaran Geografi

Kekuatan Kelebihan : 1. Pelajar dapat menguasai topik Tingkatan 3. 2. Latih tubi berfokus yang berterusan. 3. Memantapkan kemahiran Peta Malaysia. 1. Soalan terperinci ala soalan SBP 2. Sangat baik untuk menguji ingatan dan kefahaman pelajar

Kelemahan Lemah topik: 1. Kemahiran dan mentafsir peta. 2. Bentuk muka bumi 3. Cuaca & iklim 4. Tumbuhan semulajadi 5. Kependudukan 6. Sumber 1.Kurang menguasai soalan berbentuk KBKK sedangkan murid-murid diberi peringatan bersedia dengan soalan aras tinggi (HOTS) untuk PMR 2013 2. Keseimbangan agihan soalan mengikut tingkatan yang tidak mengikut agihan dalam PMR sebenar memberikan hasil yang tidak menggambarkan markah sebenar pelajar

9.

Sejarah

10.

Bahasa Arab

1. Memahami aspek tatabahasa dengan tepat

1. Kosa kata bergambar, bina ayat dan peta minda tidak dikuasai dengan baik 1 Semua pelajar tidak dapat menulis tulisan kaligrafi dengan baik, iaitu hanya mendapat markah kurang dari pada 50% bagi bahagian ini. 2 3 daripada 4 orang pelajar mencapai tahap memuaskan dalam bahagian karangan berdasarkan bahan rangsangan. 1 Kesalahan ejaan dalam bahagian penulisan karangan menyebabkan kehilangan markah yang sedikit sebanyak menyekat pelajar berkenaan mendapat A dalam subjek Bahasa Tamil.

11.

Bahasa Cina

1 2 pelajar dapat menjawab soalan objektif tidak kurang daripada 30 markah . 2 2 orang pelajar dapat menjawab bahagian mencatat isi-isi penting dengan baik .

12.

Bahasa Tamil

1. Pelajar dapat menguasai bahagian penulisan khususnya bahagian rumusan dan pembinaan ayat.

4.0 Analisis Pencapaian Murid 4.1 Berdasarkan Lulus Cemerlang Mata Pelajaran Lulus Cemerlang Mata Pelajaran 9A 8A 7A 6A 5A 4A 3A 2A 1A Tiada A JUMLAH Bilangan Murid 0 0 0 1 3 1 3 5 11 1 25

Berdasarkan data di atas, pencapaian terbaik hanyalah 6A iaitu 1 orang manakala terdapat 1 orang murid tidak memperoleh A dalam semua mata pelajaran.

4.2 Near Miss Mengikut Mata Pelajaran ( Tidak Memperoleh Gred A ) Mata Pelajaran Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Sains Matematik Kemahiran Hidup 1 Kemahiran Hidup 2 Pendidikan Islam Sejarah Geografi Bahasa Arab Bahasa Cina Bahasa Tamil Bilangan Murid 4 4 8 10 3 7 2 13 5 5 4 1

Berdasarkan data di atas, mata pelajaran yang banyak bilangan near miss adalah Sejarah, Matematik dan Sains. Mata pelajaran yang bilangan near miss sedikit adalah Pendidikan Islam dan Bahasa Tamil. 4.3 Perbandingan Head Count TOV ( PAT 2012 ) dan Ujian Akar 1 Peperiksaan TOV UJIAN AKAR 1 Kualiti 2 ( 8.0% ) 0 ( 0.0% ) Kuantiti 25 (100.0% ) 24 ( 96.0%)

Jika dibandingkan dengan TOV iaitu pencapaian Peperiksaan Akhir Tahun 2012, terdapat penurunan kualiti 8% dan kuantiti 4%.

4.4 Analisis Pencapaian Setiap Murid Berdasarkan Mata Pelajaran ( Sila Rujuk Lampiran A) 4.4.1 Masalah pembelajaran dalam setiap mata pelajaran bagi setiap murid telah dikenalpasti oleh guru mata pelajaran masing-masing. 4.4.2 Guru-guru mata pelajaran telah mengenalpasti tindakan susulan atau tindakan penambahbaikan bagi setiap murid Sila Rujuk Lampiran A

5.0 Kekuatan 5.1 Murid-murid target ini merupakan murid-murid yang berdisiplin, mempunyai motivasi yang tinggi dan bertanggungjawab. 5.2 Mereka suka membaca, berbincang dan membuat latihan. 5.3 Mereka hadir ke kelas harian biasa, kelas bimbingan, kelas tambahan hari Jumaat/Sabtu dan program-program kecemerlangan akademik. 5.4 Mereka dapat menyiapkan tugasan rumah yang diberikan dengan baik. 5.5 Ibu bapa mereka sentiasa memberi kerjasama, komitmen dan prihatin terhadap anak masing-masing, Ini dilihat berdasarkan kehadiran ibu bapa ke sekolah semasa program akademik dan mesyuarat PIBG. 5.6 Latar belakang murid target terdapat beberapa orang murid merupakan anak-anak guru yang mengajar di SMK Khir Johari dan kawasan sekitar. 5.7 Guru-guru yang mengajar kelas murid target merupakan guru-guru berpengalaman dan pemeriksa kertas peperiksaan PMR seperti Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam dan Sains. 6.0 Kelemahan 6.1 Murid target dari Kelas 3KAA sukar mengikuti kelas bimbingan selepas waktu persekolahan hari Isnin-Jumaat kerana waktu PdP tamat jam 1.50 petang. 6.2 Murid target dari Kelas 3KAA menghadapi masalah untuk cemerlang Bahasa Arab. Tetapi mereka yakin untuk lulus Gred B, C atau D. Oleh sebab itu, dalam Ujian AKAR 1 hanya 1 orang murid memperoleh A dalam Bahasa Arab daripada 10 orang calon. 6.3 Murid-murid masih belum bersedia dan mahir menjawab soalan HOTS. 6.4 Terdapat kekangan masa kerana mereka juga terlibat dalam program kokurikulum seperti latihan dan kegiatan kokurikulum setiap hari Rabu. 7.0 Tindakan Penambahbaikan 7.1 Berikut adalah program/aktiviti yang dirancang berdasarkan Mesyuarat JK Task Force AKAR 1/2013 dan 2/2013: Bil. Program/Aktiviti 1. Program Utama Terancang ( Aktiviti Dalam PdP ) 1.1 Latihan Topikal ( Berfokus Peperiksaan ) 1.2 Penggunaan Peta Minda/Peta Konsep 1.3 Aplikasi ICT dalam PdP 1.4 Ulangkaji Intensif Skor (Program UIS ) 1.5 Gerak Gempur PMR 1.6 Penggunaan Akhbar Dalam Darjah ( ADD ) Tempoh Februari Julai 2013 Januari Julai 2013 Februari Julai 2013 Jun September 2013 Ogos September 2013 Februari Julai 2013

Bil. Program/Aktiviti 2. Program Sokongan 2.1 Program Pintar Cemerlang ( Kelas Bimbingan Berfokus ) 2.2 Bengkel/Ceramah Teknik Menjawab Soalan PMR 2.3 Klinik Mata Pelajaran 2.4 Kelas Pemulihan Tatabahasa ( B.Inggeris ) 2.5 Program Motivasi ( Pentadbir & Kaunselor ) 2.6 Program Aku Janji 2.7 Kem Kecemerlangan PMR 2.8 Kelas Malam ( Pecutan Akhir )

Tempoh Mac Julai 2013 Februari April 2013 Februari April 2013 Februari September 2013 Februari September 2013 April dan Julai 2013 Mac 2013 Mac dan Mei 2013 Ogos September 2013

8.0 Kesimpulan
Laporan post mortem keputusan Ujian Diagnostik 1 AKAR 2013 dalam bentuk laporan bertulis ini sangat penting kepada semua pihak sama ada di sekolah atau Pejabat Pelajaran Daerah Hilir Perak terutama yang terlibat secara langsung atau pun tidak langsung dalam pengurusan akademik. Segala dapatan sama ada berupa data mahu pun masalah akan menjadi sumber penting terutama kepada Panitia Mata Pelajaran dan guru yang mengajar dalam merancang strategi dan program bagi mengatasi pelbagai aspek kelemahan. Laporan post mortem ini akan menjadi sumber penting terutamanya kepada guru mata pelajaran untuk merangka perancangan dan strategi ke arah yang lebih baik dan berkesan. Mudahan-mudahan dengan kesedaran, komitmen dan motivasi yang tinggi daripada pihak guru mata pelajaran, segala kelemahan dan kekurangan yang ada akan dapat diperbaiki dan dipertingkatkan lagi pada masa-masa yang akan datang. Diharapkan laporan post mortem ini akan dapat membantu merealisasikan hasrat Pejabat Pelajaran Daerah Hilir Perak untuk mengatasi masalah near miss A dalam peperiksaan PMR 2103.

Disediakan oleh, .. ( ISWARY A/P MUNUSAMY ) Setiausaha, JK Task Force AKAR SMK KhirJohari Sungai Sumun. 11 April 2013

You might also like