You are on page 1of 4

SASTERA MODEN Definisi Puisi Moden Zaba mendefinisikan puisi atau karangan berangkap sebagai,khas dipakai untuk melafazkan

fikiran yang cantik dengan bahasa yang indah dan melukiskan kemanisan dan kecantikan bahasa . Maka dengan gambaran yang cantik ini perkara yang dikatakan itu bertambah menarik hati orang yang mendengarnya. Seterusnya Zaba mengatakan bahawa karangan berangkap itu ialah karangan yang disusunkan dengan bahagian yang berkerat-kerat, dan antara sekerat dengan sekerat itu biasanya berjodoh bunyi atau rentaknya atau isinya, serta kebanyakan memakai timbangan atau sukatan yang tertentu.

Definisi puisi yang dikemukakan oleh Zaba di atas memperlihatkan dua ciri utama puisi. Pertama, sifat abstraknya seperti kecantikan ataupun keindahan bahasa dan kemerduan bunyi. Kedua, sifat konkritnya, struktur dasar yang merangkumi binaan baris dalam rangkap, kedudukan suku kata dalam baris, kedudukan suku kata dalam baris dan susunan rima. Kedua-dua ciri tersebut mempunyai hubungan yang erat dengan tema dan kesannya kepada pembaca.

Definisi puisi yang dikemukakan oleh Zaba lebih merupakan definisi dari sudut pandangan seorang pengkaji. Definisi puisi yang dikemukakan oleh seorang penyair dan sekali gus sarjana sastera pula, iaitu Muhammad Haji Salleh, puisi ialah bentuk sastera yang kental dengan muzik bahasa serta kebijakan penyair dengan tradisinya. Dalam segala sifat kekentalannya itu, puisi setelah dibaca akan menjadikan kita lebih bijaksana.

Daripada penyair Inggeris di Barat pula, Wordsworth, mendefinisikan puisi sebagai pengucapan tentang perasaan ghairah yang imaginatif, biasanya berentak ... curahan perasaan yang kuat secara spontan yang diingatkan kembali dalam suasana yang tenang. S.T. Coleridge, juga seorang penyair Inggeris, mendefinisikan puisi sebagai kata-kata terbaik dalam susunan yang terbaik. Masih banyak lagi definisi puisi yang dikemukakan oleh pengkaji puisi dan penyair. Namun, daripada sejumlah kecil definisi yang diberikan itu dapat memberikan ciri-ciri puisi yang bermutu tinggi. Sejarah Awal Puisi Melayu Moden Secara Ringkas Penulis Melayu yang pertama menulis puisi Melayu moden ialah Omar Mustaffa. Puisinya bertajuk Angan angan dengan Gurindam, disiarkan dalam Utusan Melayu, 18 Januari 1913. Puisi ini dari segi bentuk dan isinya telah jauh menyimpang daripada puisi Melayu tradisional pantun dan syair terutamanya. Dari segi bentuk, susunan baris, rangkap, dan rima akhirnya tidak terikat lagi dengan bentuk tradisional. Dari segi isinya, mengungkapkan persoalan semasa pada waktu itu, iaitu menyuarakan persoalan ekonomi dan politik.

Sejak tersiarnya puisi yang memperlihatkan pembaharuan atau pemodenan pada bentuk dan isinya, berlaku semacam kekosongan dalam penghasilan puisi moden. Hanya pada awal-awal tahun 1930-an, kegiatan menulis puisi mula kelihatan jelas kembali. Ini berdasarkan puisi O Sariku, karya Harun Aminurrasyid yang tersiar dalam majalah Pujangga Baru, Bil. 6, Disember 1933. Pada tahun 1934, Pungguk menghasilkan lima buah puisi sekali gus dan disiarkan dalam Majalah Guru, Mac 1934. Judul puisi-puisi Pungguk itu ialah, Keluh Kesah, Selalu Merayu, Tak Disangka-sangka, Pujukan hati, dan Ibuku. Dalam kelima-lima buah puisi ini telah ditemui penyimpangan daripada peraturan puisi-puisi Melayu tradisional yang ketat. Sejak Harun Aminurrasyid dan Pungguk menghasilkan puisi moden, puisi Melayu moden tumbuh dan berkembang dengan pesat sekali. Pelbagai tema dan persoalan yang dikemukakan oleh para penyair yang bersesuaian dengan zaman mereka dan harapan mereka tentang hidup dan kehidupan ini yang berkaitan dengan hubungan sesama manusia, manusia dengan Pencipta, dan manusia dengan alam. Hal ini akan lebih jelas terlihat apabila alur sejarah pertumbuhan dan perkembangan puisi Melayu moden disusuri. PANTUN

Kedudukan Pantun dalam Puisi Melayu Tradisi a. Milik Melayu asli. Berbanding dengan syair, seloka dan gurindam, pantun adalah puisi yang lahir daripada masyarakat melayu tradisi yang amat tinggi nilainya. b. Puisi Melayu yang tertua., iaitu yang pertama sekali lahir dalam masyarakat Melayu c. Mempunyai kepelbagaian bentuk. Ada yang 2 kerat, 4 kerat, lapan kerat, berkait dan seterusnya. d. Popular dalam semua lapisan masyarakat. Pantun terkenal di kalangan orang tua, orang muda dan kanakkanak. e. Mampu membawa tema yang pelbagai seperti kasih sayang, nasihat, agama, adat, budi,cinta, cinta, dan sebagainya f. Mampu membawa makna yang tersirat secara halus dan berkesan. Ini sesuai dgn jiwa masyarakat melayu yang suka mendidik secara halus. g. Mudah dicipta secara spontan h. Mencerminkan pancaran nilai budaya Melayu

Ciri-ciri kelebihan pantun a. Wujud pembayang dan maksud dalam setiap rangkap. Ciri ini tidak terdapat dalam puisi yang lain. b. Boleh berdiri sendiri kerana setiap rangkap pantun sudah membawa makna yang lengkap berbanding dengan syair yang memerlukan perkaitan dengan rangkap2 berikutnya. c. Rima tengah atau jedanya ditekan di dalam pantun, tetapi tidak demikian dalam puisi lain. d. Ada unsur persamaan dengan puisi lain terutama syair seperti dari segi rima akhirnya, jumlah perkataan dan sukukata.

Kepentingan pantun a. pantun dapat disulami dalam puisi Melayu yang lain bagi mempelbagaikan ungakapan. Contohnya dalam nyanyian rakyat. gurindam. bahasa berirama dll. b. Membantu mempertingkatkan daya estetika (keindahan) puisi-puisi lain. c. Menjadi pemanis kata dan pengindah bicara dalam ungkapan-ungkapan bahasa yang puitis. d. Melambangkan budaya tinggi dalam ciptaan sastera. SYAIR Definisi Syair ialah jenis puisi melayu lama yang berangkap dan setiap rangkapnya mengandung 4 baris ayat yang kesemuanya membawa makna isi dan maksud. Keempat-empat baris itu pula berirama sama.

Syair sering membawa makna isi yang berhubung dengan kias ibarat. Sindiran , nasihat, pengajaran, agama dan juga berasakan sejarah atau dongeng.

Ciri-Ciri Bentuk Syair a. Merupakan puisi terikat. b. Rangkap : jumlah baris serangkap tetap iaitu 4 baris. Setiap baris dalam rangkap merupakan idea atau maksud atau isi cerita syair itu. Ini bermakna syair tidak mempunyai pembayang seperti pantun. Cerita dalam setiap baris dalam serangkap itu perlu bersambungan dari satu rangkap ke satu rangkap untuk membawa kesatuan yang lengkap bagi keseluruhan syair tersebut c. Perkataan : bilangan perkataan sebaris tetap iaitu 4-5 perkataan sebaris d. Sukukata : Bilangan sukukata sebaris juga tetap iaitu antara 8-12 sukukata dalam sebaris e. Rima: Rima akhir dalam serangkap juga tetap iaitu a/a/a/a Ciri-ciri bentuk Syair

terdiri daripada 4 baris serangkap (tetapi sesetengah syair boleh juga dihasilkan dalam 2 atau 3 rangkap). syair tidak mempunyai pembayang maksud (berbeza dengan pantun). Tergolong dalam jenis puisi kata (word verse) bilangan perkataan dalam setiap baris adalah sama iaitu 4 perkataan dan 8-12 suku kata dalam satu baris. Memakai skema rima a-a-a-a, rima akhir tidak rima dalaman Dalam suatu baris ,terdapat suatu hentian (pause) kerana itu adanya kolon sepertimana dalam sebaris pantun setiap baris dalam syair mempunyai makna yang berkaitan dengan baris-baris terdahulu. Seluruh empat baris merupakan satu kesatuan idea; ertinya tidak terbahagi dua kepada sampiran dan mkasud sepertimana seuntai pantun Suatu rangkap syair perlu diikuti oleh rangkap- rangkap lain untuk membina suatu idea yang lengkap, sesuai dengan isi dan tujuannya. Syair perlu dilagukan untuk membentuk nyanyian syair mengungkapkan pengajaran dan pemberitaan maka lagu memberikan ciri, rasa, dinamika, asal-usul, dan kebersamaan

GURINDAM 1. Ciri-ciri bentuk Gurindam a. Merupakan puisi bebas atau tidak terikat b. Rangkap : Mempunyai 2 baris dalam serangkap atau beberapa baris dalam serangkap. Setiap baris dalam rangkap merupakan isi atau maksud dan perlu bersambung dengan baris-baris dalam rangkap berikutnya untuk membawa makna yang lengkap. Puisi lama yang terdiri daripada dua baris ayat atau kalimat. Dalam baris pertama tersimpul fikiran yang berupa soalan. Dalam baris kedua pula termuat jawapan atau ketegasan bagi baris pertama tadi. Tiap-tiap baris terpancar suatu fikiran yang lengkap Perkataan gurindam itu daripada bahasa Sanskrit menerusi bahasa Tamil. Ertinya biasa difahamkan rangkap yang telah menjadi bidalan atau sebutan biasa pada orang ramai, ataupun,sesuatu pepatah berangkap yang disebutkan berpadanan dengan tempatnya.

Baris pertama dikenali sebagai syarat dan baris kedua dikenali sebagai jawab. Baris pertama syarat menyatakan sesuatu fikiran atau peristiwa dan baris kedua pula menyatakan keterangan atau menjelaskan apa yang telah dinyatakan oleh baris atau ayat pertama tadi. c. Perkataan : jumlah perkataan sebaris juga tidak tetap. d. Sukukata : julah sukukata juga tidak tetap. e. Rima : rima akhirnya juga tidak tetap

SELOKA 1. Ciri-Ciri Bentuk a. Merupakan puis bebas atau tidak terikat b. Rangkap : Bilangan baris dalam serangkap tidak tetap c. Perkataan : jumlah perkataan dalam sebaris juga tidak tetap. d. Sukukata : jumlah sukukata dalam sebaris juga tidak tetap. e. Rima : Rima akhirnya dalam serangkap juga tidak tetap.

You might also like