You are on page 1of 10

Menghuraikan peranan dan implikasi TMK dalam pengajaran dan pembelajaran Memilih dan menggunakan aplikasi komputer yang

sesuai dengan pengajaran dan pembelajaranyang hendak dilaksana Mengaplikasi kemahiran teknikal menggunakan pelbagai aplikasi komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran Menghasilkan pelbagai media pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan standard pembelajaran Mengintegrasi kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran

KONSEP PERANAN GURU KEPERLUAN KESAN PIAWAIAN PENDEKATAN MOD

Penghasilan media pengajaran (instructional media) dan media pembelajaran (learning media) berasaskan TMK dan penggunaannya dalam pengajaran dan pembelajaran kini telah menjadi satu standard bagi pengintegrasian teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Aspek-aspek perancangan pengajaran (instructional planning), teori pembelajaran, rekabentuk pengajaran, dan menguasai kemahiran pelbagai aplikasi komputer adalah penting bagi menghasilkan media yang dapat menyokong pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran, bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan dan kecekapan proses pengajaran dan pembelajaran

KONSEP PERANAN GURU KEPERLUAN KESAN PIAWAIAN PENDEKATAN MOD

Bagi menghasilkan bahan atau media pengajaran dan pembelajaran yang menepati kesesuaian dan keperluan pembelajaran yang optimum, guru seharusnya mengetahui dan memahami aspek-aspek rancangan pengajaran (instructional planning), rekabentuk pengajaran (instructional design) serta teori pembelajaran (learning theory) yang berkaitan. Guru seharusnya dapat menggunakan teknologi tersebut sebagai sesuatu wahana yang dapat membantu memudahkan guru menyampai dan memudahkan murid memahami dan membina sesuatu ilmu pengetahuan serta membentuk kemahiran.

KONSEP PERANAN GURU KEPERLUAN KESAN PIAWAIAN PENDEKATAN MOD

Penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran adalah perlu untuk tujuan berikut: i. Menarik perhatian murid ii. Memotivasikan murid iii. Menyokong pendekatan baru dalam pengajaran dan pembelajaran seperti pembelajaran koperatif, kemahiran berfikir aras tinggi, pembelajaran berasaskan penyelesaian masalah dan pembelajaran berasaskan projek. iv. Melibatkan murid melalui kerja-kerja penghasilan v. Meningkatkan anggapan bahawa murid sendiri yang mengawal pembelajaran

KONSEP PERANAN GURU KEPERLUAN KESAN PIAWAIAN PENDEKATAN MOD

vi.

Membantu guru menghubungkan murid kepada sumber pembelajaran vii. Membantu guru menjejak perkembangan pembelajaran murid viii. Menyediakan murid untuk menghadapi dunia yang sentiasa berubah

KONSEP PERANAN GURU KEPERLUAN KESAN PIAWAIAN PENDEKATAN MOD

Hasil kajian Projek Apple Classrooms of Tomorrow (ACOT) (1995) mendapati murid yang menggunakan TMK : i. boleh meneroka dan menyampaikan secara dinamik dalam pelbagai bentuk ii. lebih tinggi keyakinan diri dan kemahiran sosial iii. boleh berkomunikasi secara berkesan mengenai perkaraperkara yang kompleks iv. mempunyai kemahiran akses kendiri dan terarah kendiri v. mengetahui kebolehan masing-masing dan boleh berkongsi dengan orang lain vi. boleh berkerja secara kolaboratif, dan vii. lebih bersedia untuk menghadapi masa depan.

KONSEP PERANAN GURU KEPERLUAN KESAN PIAWAIAN PENDEKATAN MOD

Sejauh mana TMK dapat membantu dalam membentuk murid yang berkualiti, yang mempunyai pemikiran kritikal dan kreatif, serta berkemahiran dalam penyelesaian masalah, banyak bergantung kepada peranan yang dimainkan guru. Persekitaran pembelajaran yang efektif merupakan gabungan pendekatan tradisional dengan pendekatan baru untuk membimbing penguasaan kandungan mata pelajaran di samping mengambil kira keperluan individu.

KONSEP PERANAN GURU KEPERLUAN KESAN PIAWAIAN PENDEKATAN MOD

Belajar Mengenai TMK


memerlukan murid menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran displin ilmu yang khusus dalam bidang TMK
murid menggunakan TMK sebagai alat untuk belajar, seperti menggunakan perisian dan perkakasan TMK. penggunaan TMK untuk mengakses maklumat menggunakan media TMK seperti CD-ROM, DVD-ROM, perisian kursus dan Internet.

Belajar Dengan TMK

Belajar Melalui TMK

KONSEP PERANAN GURU KEPERLUAN KESAN PIAWAIAN PENDEKATAN MOD

Tutorial Penerokaan Aplikasi Komunkasi Mod pelaksanaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran

You might also like