P. 1
Kajian Etnik Jawa Di Malaysia

Kajian Etnik Jawa Di Malaysia

|Views: 152|Likes:
Published by ctruzila

More info:

Published by: ctruzila on Apr 22, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

11/21/2013

pdf

text

original

Kajian Etnik Jawa di Malaysia PENDAHULUAN Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan

etnik. Terdapat tiga kaum terbesar di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India. Di dalam kelompok kaum tersebut terdapat pelbagai pecahan etnik yang sudah semestinya mempunyai pelbagai budaya, bahasa, kepercayaan dan adat resam yang tersendiri. Dalam tugasan ini, saya memilih etnik Jawa kerana ayah dan ibu saya berketurunan Jawa Ponorogo. Tugasan ini membicarakan etnik Jawa meliputi aspek bangsa,struktur masyarakat, bahasa, kepercayaan, adat resam dan jantina. Semua penduduk yang tinggal di kampung saya iaitu Parit Sikon Darat, Parit Raja , Batu Pahat berketurunan Jawa. Sebahagian besar mereka merupakan Jawa Ponorogo manakala selainnya Jawa Megelan. Mereka bekerja sebagai pekebun kelapa sawit , bertukang dan ada juga yang bekerja di kilang industri. Sehingga kini kami masih menggunakan bahasa Jawa sebagai bahasa perhubungan. Selain mempunyai masakan Jawa yang menjadi kebanggaan seperti “sambel godok” dan “pecel leley”, kami juga mengamalkan adat resam serta kebudayaan tersendiri. Ianya menjadikan keturunan kami unik dan istimewa. Kerukunan hidup bermasyarakat menjadikan kampung tempat tinggal kami aman, damai dan ceria. Berkat kerjasama dan hidup bermuafakat, kampung kami pernah dicalonkan sebagai penerima anugerah Kampung Terindah Desa Wawasan peringkat negeri. Kami bangga menjadi anak Jawa dan sentiasa berusaha untuk mengekalkan identiti agar tidak hilang ditelan zaman. “Tak Kan Jawa Hilang Di Dunia”

Pengenalan Bangsa Jawa Orang Jawa dari segi zahirnya, berkulit sawo matang, berbadan sederhana besar serta tegap dan selalu berlemah lembut serta berbudi bahasa. Etnik Jawa merupakan sebahagian daripada kelompok Melayu yang terdapat di Malaysia dan sudah lama bertapak di sini. Pada masa ini, penempatan orang Jawa tertumpu di bahagian barat Semenanjung Malaysia terutama di barat Johor, Selangor dan Perak. Dipercayai, tempat yang mula- mula diduduki adalah di kawasan Padang, Parit Jawa, Muar. Orang Jawa berhijrah ke Tanah Melayu pada awal abad ke-20 untuk bekerja sebagai buruh di ladang kopi, ladang getah dan juga di lombong lombong bijih timah. Kedatangan mereka ke Tanah Melayu bukan sahaja untuk bekerja di ladang tetapi juga dipengaruhi oleh faktor ekonomi, politik dan sosial. Menurut Wikipedia , kebanyakan imigran Jawa yang datang ke Tanah Melayu berasal dari beberapa buah daerah di Pulau Jawa seperti di Jawa Barat, Jawa Tengah dan Jawa Timur seperti dari kawasan Madiun,Ponogoro, Kudrejo, Lebumin, Demek dan Magelan. Sejarah mengatakan bahawa,imigran Jawa berhijrah ke beberapa pulau lain sebelum datang ke Tanah Melayu. Antara pulau yang menjadi kawasan petempatan mereka ialah Singapura dan Palembang. Etnik Jawa era 60-an menggunakan nama yang agak unik seperti Suparji, Wagiman, Supendi, Masjoyo, Mulio, Karto, dan Toliban untuk kaum lelaki dan nama seperti Supinah,Tukijah, Jumiton, dan Tukiyem untuk kaum perempuan. Mereka juga sering menggunakan nama gelaran seperti Man Ganden, Amat Ireng, Leman Gundol, Mbah Lanang dan Nyai Cilik. Namun nama dan gelaran itu kini tidak digunapakai lagi seiring dengan peredaran zaman.

. kelas sosial tidak dititikberatkan. Kiai berperanan sebagai imam untuk sembahyang jenazah. Dalam menjalani kehidupan seharian. Kiai bertanggungjawab untuk menjadi imam dalam sembahyang berjemaah. terdapat juga jawatan Kiai atau Siak. Ia mempunyai tanggungjawab dan memikul amanah yang besar bagi memastikan keselesaan penduduk kampung. Ini kerana kebanyakan masyarakat Jawa di Malaysia telah mengasimilasikan kehidupan dengan masyarakat lain. Kehidupan mereka diketuai oleh seorang ketua.pengalaman.STRUKTUR MASYARAKAT JAWA Menurut Clifford Geertz (The Religion of Jawa. santri dan priyayi. Ini adalah sebagai tanda penghormatan ke atas Kiai yang memainkan peranan yang cukup penting dalam adat kematian. Namun.. Lurah menjadi ketua ketika aktiviti gotong-royong dan aktiviti kemasyarakatan yang lain. Lurah merupakan penghulu dalam masyarakat Jawa . Dalam hal kematian. Kiai juga bertanggungjawab mengetua majlis kenduri doa selamat dan semua majlis keagamaan. Ketua masyarakat Jawa ialah Lurah dan Kiai.1956) masyarakat Jawa asli di dikelaskan kepada tiga kelas utama iaitu abangan. dalam masyarakat Jawa di Malaysia. Seorang Kiai perlu lengkap dengan ilmu agama dalam memberi petunjuk kepada masyarakat. Kiai dilantik dalam kalangan kaum lelaki yang berpengetahuan dalam bidang agama dan soal kemasyarakatan. Ketua memainkan peranan yang penting dalam menjalani kehidupan demi menjamin kerukunan masyarakat Jawa. Selain menjaga keselamatan kampung. Jawatan Lurah akan dibantu oleh beberapa orang pembantu untuk memudahkan urusan pentadbiran. Selain Lurah.Jawatan Lurah kebiasaannya akan disandang selagi diterima oleh penduduk kampung. Lazimnya pemilihan Lurah adalah berdasarkan kebolehan. masyarakat Jawa mempunyai beberapa sistem. keturunan dan pengetahuan dalam agama.

Justeru itulah ramai dalam kalangan tersebut mengambil peluang dengan menjadikan busut. mereka perlu membuat beberapa semahan atau menjamu dengan bertih supaya semangat tersebut pulih seperti sedia kala.Oleh itu. Mereka mempercayai sesuatu tempat menjadi kediaman makhluk halus sehingga ada yang menganggap tempat itu keramat. Terdapat segelintir masyarakat Jawa yang mengamalkan amalan animisme. batu atau pokok besar sebagai objek yang boleh mendatangkan keuntungan seperti tikam nombor ekor. Ia berkaitan kepercayaan terhadap makhluk halus dan semangat sesuatu tempat. mereka mempercayai pelbagai jenis roh yang tidak kelihatan yang dapat menimbulkan bahaya seperti kecelakaan atau penyakit. dipercayai akan menyebabkanseseorang itu mendapat penyakit. Sekiranya semangat tersebut hilang atau diganggu gugat seperti membersihkan kawasan. Terdapat juga sebilangan warga emas masyarakat Jawa yang mempercayai tentang semangat di tempat yang baru. batu-batu besar atau pokok-pokok besar. Mereka berpuasa pada hari-hari . Dua rukun inilah yang menjadi landasan kepercayaan mereka untuk menjadi seorang Islam yang sempurna di sisi Allah SWT. masyarakat Jawa juga mempercayai beberapa objek yang mempunyai kuasa seperti busut. daun-daun bunga serta kemenyan. Orang Jawa Kejawen juga suka melakukan kegiatan keagamaan. masyarakat Jawa adalah saudara kepada masyarakat Islam yang lain. bagi orang Jawa Kejawen pula. Masyarakat Jawa bermazhabkan Sya’fie dengan memegang teguh lima rukun Iman dan mempercayai enam rukun Islam. Di samping itu. Mereka mengamalkan pelbagai kepercayaan yang diwarisi sejak turun – temurun. Ada kepercayaan yang masih diamalkan sehingga hari ini dan ada yang telah hilang ditelan zaman. Oleh itu. Selain itu. mereka memberi upah yang terdiri dari nasi dan aneka makanan. Kuasa ini dikatakan mampu memberi kesan kepada mereka yang mengusik atau melakukan perkara yang tidak senonoh kepada objek tersebut.KEPERCAYAAN MASYARAKAT JAWA Kaum Jawa di Malaysia menganut agama Islam. . mereka amat mementingkan aspek persaudaraan selari dengan ajaran agama Islam.contohnya seperti puasa. Untuk melindungi semuanya itu.

Masyarakat Jawa juga mempercayai bahawa hari Jumaat adalah hari yang terbaik atau penghulu segala hari. Selain itu masyarakat Jawa juga mempercayai bahawasanya jika sekiranya ada orang yang meninggal dunia pada hari Jumaat Keliwon. tingkahlaku. kepercayaan dan cara hidup. Adat dan budaya merupakan suatu konsep yang saling bergantung.temurun. antara keistimewaan malam Jumaat keliwon adalah sekiranya hujan turun.. Apabila ianya dizahirkan dan dapat dilihat pelaksanaannya. Menurut masyarakat Jawa. amalan dan kepercayaan animisme ini semakin hilang ditelan zaman kerana Islam menegaskan amalan ini dianggap sebagai perbuatan syirik dan bertentangan dengan agama. sihir dan lain-lain kepercayaan khurafat. Semuanya itu berasal daripada ajaran tarikat ynag mereka anuti. air hujan tersebut perlu ditadah di halaman rumah dan air itu amat mujarab untuk dibuat air penerang hati. Adat bersifat maya iaitu tidak dapat dilihat. Perkataan lain yang sinonim dengan adat ialah budaya. Ia timbul daripada suatu pemikiran berkenaan cara hidup dan tidak dizahirkan. Ianya dilakukan setiap hari atau mengikut musim sama ada mengikut bulan mahupun tahun. kuburnya terpaksa dijaga siang dan malam sehingga genap 40 hari kerana takut digali semula oleh golongan yang tidak bertanggungjawab untuk diambil lidahnya. Budaya bersifat tidak tetap dan boleh berubah mengikut peredaran masa dan kesesuaian . ia sudah menjadi suatu budaya. Jumaat keliwon merupakan hari yang terbaik untuk beramal dan menuntut pelbagai ilmu. Adat yang dilakukan akhirnya menjadi suatu kebiasaan yang diulangi dan akhirnya dipraktikkan turun. Malam Jumaat Keliwon juga dimanfaatkan oleh orang yang mengamalkan ilmu sesat akan menguji ilmunya buat pertama kali. Sungguhpun demikian. ADAT RESAM MASYARAKAT JAWA Adat secara umumnya didefinisikan sebagai suatu aturan. Justeru wujud pengkelasan budaya tradisional dan budaya moden.tertentu misalnya Isnin dan Khamis atau pada hari lahir. Ia membawa maksud budaya merupakan suatu bentuk perlakuan yang mencerminkan adat sesuatu masyarakat. kain kafan dan sebagainya untuk dijadikan tangkal untuk membuat perkara yang dilarang oleh AllahSWT seperti merompak. . adat meminang dan sebagainya. misalnya adat bersanding. Adat pula ialah suatu ketetapan yang tidak boleh berubah.

. Adat resam merupakan suatu cara hidup yang diwarisi.Oleh hal yang demikian bolehlah dikatakan bahawa adat ialah budaya yang asal. Bermula dari dalam kandungan . Anak pertama dikatakan membawa tuah bukan sahaja kepada keluarga malah kepada adik – adiknya yang bakal dilahirkan kemudian. adalah lebih mudah sekiranya kita membicarakannya satu persatu. Untuk memahami secara lebih mendalam adat resam masyarakat Jawa. hukum . mengamalkan adat resam mereka yang tersendiri. Masyarakat Jawa percaya janin yang berusia tujuh bulan mempunyai roh yang perlu dijaga dan diraikan. kehidupan sehinggalah kematian. Upacara ini dijalankan ketika kehamilannya memasuki tujuh bulan . Adat resam merupakan suatu peraturan yang sudah diamalkan sejak turun – temurun dalam sesebuah masyarakat sehingga menjadi peraturan dan hukum yang mesti dipatuhi. Masyarakat Malaysia yang terdiri daripada berbilang bangsa. peraturan. Adat ini merangkumi semua aspek kehidupan bermula daripada kelahiran. mereka mengamalkan adat yang tersendiri. Antara adat resam yang masih diamalkan ialah: Lenggang perut Jagongan Bengkongan Puputan / Cukur jambul Among – among/ Pijak tanah Sunatan/ Berkhatan Merisik Mantu / Perkahwinan Baraan/ Ziarah raya Rewang/ Gotong. Tujuan upacara ini dijalankan ialah untuk memohon keselamatan ibu dan juga bayi yang bakal dilahirkan. norma yang dijunjung oleh kelompok masyarakat.Resam pula ialah lembaga.royong Nasi ambeng/ ambang Lenggang Perut Adat lenggang perut juga dikenali sebagai tingkepan atau mitoni. Ia dijalankan khusus untuk seseorang wanita yang hamil buat kali pertama. Masyarakat Jawa mengamalkan adat resam yang cukup unik.

Mereka ditegah berjalan bolak. Bungkusan tersebut kemudiannya diletakkan di bawah tempat tidur atau buai si bayi. mereka akan mendapat anak lelaki. Ketika penyediaan dijalankan. paku dan jarum dengan harapan apabila dewasa nanti mereka akan menjadi seorang yang pandai dan gagah.balik melawan arah. pandai dalam pelajaran dan pandai menjahit baju. Telur tersebut dibiarkan jatuh dan pecah.Bakal ibu yang sedang hamil akan dimandikan dengan air pelbagai jenis bunga diiringi dengan doa yang dibacakan oleh Mak Bidan. Sebaliknya sekiranya belahan buah kelapa tersebut senget maka mereka dikatakan bakal menerima anak perempuan. uri akan ditanam di bawah rumah atau persekitaran rumah. Bakal ibu terpaksa melalui beberapa peringkat upacara.Si ayah. Masyarakat Jawa beranggapan ianya dapat menemani si bayi kerana setiap bayi dilahirkan bersama kawan atau “bathor”. Sekiranya belahan buah kelapa betul – betul di tengah .Upacara ini dikendalikan oleh Mak Bidan yang bakal menyambut kelahiran bayi tersebut. Kemudian. mereka juga berharap agar si bayi tidak diganggu oleh kuasa jahat. Uri bayi perempuan akan ditanam berserta celak. Mak Bidan akan mencuci dan membersihkan uri dengan campuran asam beserta sedikit garam. tempat uri ditanam akan dilengkapi pelita. Ia merupakan simbolik tanda bayi akan lahir dengan lancar tanpa sebarang halangan. Ia untuk mengelakkan bayi yang bakal dilahirkan keluar secara songsang. Menanam Uri Selepas seseorang bayi dilahirkan. akan ditugaskan menanam uri. peladen atau pelayan dimestikan mengambil dulang yang berisi nasi ambeng secara satu arah. Seterusnya si suami akan memasukkan sebutir telur ayam kampung ke dalam kain isterinya. pensil . Selain mengelak daripada dikorek oleh binatang . Sedikit tanah dari tempat uri ditanam akan diambil lalu dibungkus di dalam sehelai kain putih. . Uri bayi lelaki pula ditanam berserta pensil. Para tetamu upacara lenggang perut biasanya dihidangkan dengan nasi ambeng. Ada juga sesetengah masyarakat jawa yang mengkehendaki si suami membelah buah kelapa muda. dan jarum. Mereka berharap agar anak yang akan membesar nanti menjadi seorang yang cantik. Pada waktu malam.

mereka akan datang pada waktu malam. Bengkung diperbuat daripada kain yang lembut sepanjang 6 hingga 7 meter. Ada juga kalangan bayi yang dicukur sehingga botak licin. Ada juga yang mengenali adat ini dengan nama “muyi”. Ketika berziarah mereka akan dihidangkan dengan kuih-kuih tradisional seperti rempeyek dan rengginang. Si pemakai akan melilitkan bengkung tersebut pada bahagian bawah dada sehingga paha agar rahim mudah sembuh. Adat jagongan mudah dimengertikan sebagai ziarah sambil duduk – duduk. Untuk memudahkan cara pemakaiannya. Biasanya kaum perempuan akan datang berziarah pada siang hari manakala bagi kaum lelaki.Jagongan Jagong dalam bahasa Jawa bermaksud duduk. Puputan / Potong Jambul Upacara potong jambul biasanya dijalankan selepas 40 hari bayi dilahirkan atau selepas si ibu habis tempoh berpantang. Beberapa orang tetamu yang terdiri daripada Pak Imam dan mereka yang dikenali sebagai orang alim akan memotong sedikit jambul sambil membaca sedikit doa agar bayi tersebut membesar penuh keberkatan. perut tidak menggelebeh dan ponggong tidak jatuh. Rambut tersebut akan dimasukkan di dalam kelapa lalu ditanam di sekitar rumah. . Jiran tetangga dan saudara – mara dijemput untuk majlis doa selamat. Pada pandangan masyarakat Jawa. Bengkungan Bengkung ialah sejenis tali pinggang yang dipakai selepas melahirkan bayi. kain bengkung biasanya akan diikatkan pada sesuatu seperti tiang. Ketika ini mereka akan membaca berzanji beramai-ramai. Tujuan mereka berziarah ialah menemani si ibu dan bayinya. Selesai bacaan berzanji bayi akan dibawa keluar. si ibu yang baru melahirkan lemah semangatnya manakala si bayi mudah disampuk oleh sesuatu kuasa jahat. Pada hari pertama hingga ke tujuh kelahiran. Pada masa kini walaupun terdapat bengkung moden yang lebih mudah dan murah namun masih ada lagi sebilangan kaum perempuan yang menggunakan kaedah tradisional demi mengekalkan adat dan budaya. jiran tetangga dan saudara – mara akan datang menziarahi keluarga bayi.

Si anak anak diberi bahagian paha dan pada ketika ini mereka akan menjalani upacara pijak tanah. tauge atau capar. Kanak. Sebelum upacara sunat dijalankan. Si anak yang diraikan pula akan dihidangkan dengan bubur abang. Keluban ialah sejenis lauk yang terdiri daripada campuran sayuran seperti daun pucuk ubi. ramai masyarakat Jawa yang menghantar anak mereka ke klinik untuk bersunat kerana ianya lebih selamat berbanding cara tradisional. Sambil menghidu buah limau purut. Sunatan / Berkhatan Pada masa kini .kanak tersebut diminta duduk di atas batang pisang ketika Tok Mudim menjalankan tugas. Bubur abang diperbuat daripada beras atau pulut yang dimasak sehingga lembut dan diwarnakan dengan warna merah. biasanya si anak akan dimasakkan seekor ayam ingkong. beberapa orang ahli keluarga termasuk si ayah akan menemani sambil memberikan semangat. . Ayam yang hendak disembelih mestilah ayam jantan yang tidak terlalu tua iaitu “ayam lancor”. Ada juga yang menabur beras berserta sejumlah duit syiling di ruang tamu sebaik sahaja majlis potong jambul tersebut selesai sebagai simbol apabila dewasa nati anak tersebut dimurahkan rezeki dan mudah mendapat makanan(beras) dan kaya (duit) Among. kanak-kanak lelaki diminta berendam di dalam kolam atau parit. Namun terdapat juga sebilangan kecil yang memilih untuk menjalani upacara sunatan secara tradisional iaitu dengan menggunakan khidmat Tok Mudim. kacang panjang dan kerabu kelapa. Bubur abang merupakan tradisi wajib masyarakat Jawa kerana ia melambangkan kesyukuran. Para tetamu yang terdiri daripada jiran tetangga dan saudara –mara akan dihidangkan dengan nasi keluban yang dihidangkan di dalam dulang.Among Among – among diadakan setiap tahun sejak bayi dilahirkan sehinggalah bayi tersebut fasih bercakap. tuan rumah biasanya akan mengagihkan bunga telur dan bunga rampai kepada para tetamu.Pada ketika ini . Supaya lebih tahan lama telur tersebut biasanya dimasak pindang. Adat ini masih dipraktikan oleh sebahagian penduduk lama di kampung saya. Ketika menyambut setahun kelahiran.

reoq dan ludrok. . mereka akan dihidangkan dengan pelbagai juadah. Nasi Ambeng Masyarakat Jawa menyediakan nasi ambeng untuk tetamu yang datang dalam majlis kenduri doa selamat . Kadangkala mereka hanya diberi makan nasi berlaukkan bilis masak kicap sahaja sehingga mereka benar – benar sembuh. Nasi berserta lauk diletakkan di dalam sebuah dulang besar dan dimakan oleh seramai empat atau lima orang. Baraan/ Ziarah Beramai – ramai Masyarakat Jawa masih mengamalkan semangat kekeluargaan dan kemasyarakatan yang tinggi. Antara menu popular masyarakat Jawa pada pagi Hari Raya ialah ketupat nasi. ayam masak pecal dan gado – gado . Nasi yang tidak habis dimakan akan dibungkus. Ketika baraan. Antara kebudayaan yang menjadi kebanggaan mereka ialah kuda kepang. barongan. sambal tumis petai. sambal goreng tempe. sanak – saaudara dan rakan taulan untuk menghadiri majlis meraikan anak mereka. rendang ayam. Kebanyakan kebudayaan ini berasal Indonesia dan terdapat juga pengaruh Hindu.maafan. KEBUDAYAAN MASYARAKAT JAWA Etnik Jawa mempunyai kebudayaan yang tersendiri. serunding kelapa. Ketika majlis baraan mereka akan berselawat bersama –sama dan bermaaf. Budaya ziarah-menziarahi secara beramai-ramai atau dikenali sebagai “baraan” masih diamalkan terutamanya ketika menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Masyarakat Jawa akan menjemput jiran tetangga. serunding kelapa dan sambal goreng tempe. Antara lauk nasi ambeng yang popular dalam masyarakat Jawa ialah ayam masak ingkong. wayang kulit. mi goreng. Nasi yang dibungkus dan dibawa balik sebagai buah tangan ini dikenali sebagai “nasi berkat”. Biasanya majlis keraian diadakan serentak dengan majlis Khatam Al Quran.Kanak-kanak yang baru bersunat terpaksa menjalani tempoh pantang yang agak panjang .

Dalam masyarakat Jawa. Kuda kepang popular di Batu Pahat meliputi kawasan Parit Raja. Mereka bermain kuda kepang untuk menarik minat orang ramai mendekati Islam. Ia dipercayai dibawa oleh kumpulan Wali Songo ketika menyebarkan agama Islam. Barongan juga merupakan seni masyarakat Jawa . Parit Raja.Kuda kepang berasal dari Indonesia. kaum lelaki dianggap sebagai sumber kekuatan dalam sesebuah masyarakat. Antara kumpulan yang masih aktif menampilkan persembahan ini ialah Kumpulan Setia Budi. Antara kumpulan barongan yang masih aktif ialah Kumpulan Barongan Seri Wahyuni yang berasal dari Parit Bingan . Mengikut kepercayaan . Parit Raja. Parit Nipah. Anak lelaki akan diajak membantu tugas bapa seperti berkebun ataupun bertukang manakala anak perempuan diajar membantu ibu membuat kerja rumah seperti mengemas. Anak lelaki tidak digalakkan menunjukkan sikap emosi manakala anak perempuan ditegah daripada bersikap agresif. Masyarakat Jawa mempersembahkan kuda kepang ketika majlis keramaian. Jiwa seorang perempuan yang sensitif akan menyebabkan mereka menjadi emosional dalam membuat sesuatu keputusan. Anak lelaki disuruh bersikap sebagai seorang lelaki yang sejati manakala anak perempuan sentiasa diingatkan agar menjaga sopan-santun. memasak dan sebagainya. Seri Medan dan Senggarang. Ia dipercayai dibawa oleh hamba abdi yang da[potang dari Riau Lingga. Ia mengisahkan zaman Nabi Sulaiman AS yang boleh bertutur dengan haiwan. sejak dari kecil anak-anak lelaki dan perempuan dilayan secara berbeza.orang lelaki bersikap lebih matang dan tidak mengikut perasaan berbanding kaum perempuan. Kini hanya tinggal beberapa buah kumpulan sahaja masih memperjuangkan kesenian ini. PERSPEKTIF JANTINA Dalam masyarakat Jawa. . Reoq merupakan kesenian pecahan daripada Persembahan Barongan. Wayang kulit Jawa merupakan persembahan kebudayaan yang semakin terpinggir. Jawatan ketua masyarakat seperti pelantikan Pak Lurah mesti disandang oleh orang lelaki.

Tiada gunanya walau setinggi manapun amalan yang dilakukan oleh seseorang isteri jika mereka tidak patuh atau mengabaikan tanggungjawab terhadap suami dan anak. Oleh itu anak-anak mudah mesra dan manja kepada ibu berbanding ayah. Perempuan kaum Jawa pula bersikap penuh lemah – lembut dan kasih – sayang terhadap suami dan anak-anak mereka. Lelaki kaum Jawa kelihatan tegas dari luaran tetapi sebenarnya lembut dari dalam. Mereka sanggup berkorban apa sahaja demi memelihara kebajikan dan maruah keluarga mereka. Setelah suami pulang. mereka akan dilayan dengan penuh kasih-sayang. gagah. Mereka bukan sahaja taat malahan memuliakan suami. Kekuatan sifat fizikal dengan susuk badan yang sasa mekar. . Isteri merupakan tulang belakang suami untuk menguruskan rumah tangga. Seorang isteri amat taat akan suami. Mereka akan menunggu suami pulang dari bekerja dengan sabar. Hanya melalui pandangan atau jelingan mata sudah mampu menyampaikan mesej kepada anak – anak.Sifat kaum lelaki yang lebih kuat juga menjadikan mereka orang yang sangat penting dan dilantik sebagai ketua keluarga. Sikap mereka yang lemah – lembut dan penuh sopan – santun amat sesuai dengan tugas mengurus rumah tangga termasuk mencuci. memasak serta mengemas rumah.anak. Mereka menyara keluarga dan menjaga segala kebajikan dan keselamatan keluarganya. Pepatah Jawa ada menyatakan bahawa “Syurga terletak di bawah kaki suami”. maskulin keras dan perkasa menjadi penyumbang penting dalam menjalankan tugas sebagai pencari rezeki. Wanita Jawa dikaitkan dengan sifat berkorban yang tinggi. Mereka tidak akan memarahi anak mereka secara terbuka sebaliknya melalui isterinya. Apatah lagi kalau mereka ingkar atau derhaka kepada suami.

taraf sosioekonomi.. Guru perlu melayan keperluan dengan mengambil kira faktor persekitaran tempat tinggal murid. Setiap etnik membawa sosiobudaya berbeza yang diwarisi dari nenek moyang yang terdahulu.. status ekonomi keluarga dan gaya pembelajarannya. Guru perlu prihatin dengan latar belakang murid. Pengetahuan tentang sosiobudaya setiap individu dapat membantu guru mengajar tanpa mengelompokkan murid mengikut kaum atau kumpulan tertentu. Ia juga akan dapat menghakis sikap prejudis guru dalam menangani kepelbagaian sosiobudaya murid. Dengan itu. Kepercayaan dan pegangan hidup ini juga turut dibawa oleh murid ke dalam kelas dan ianya banyak mempengaruhi iklim dan budaya dalam bilik darjah. Susun atur murid di dalam kelas perlu . Pematuhan peraturan menjadi satu keperluan untuk mewujudkan suasana yang terkawal. Kesedaran tentang kepelbagaian budaya ini amat penting bagi agar guru dapat memberikan pendidikan yang seimbang. IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA KEPADA GURU Guru yang dedikasi akan mengajar dengan penuh bijaksana dan bersikap profesional dalam membimbing murid untuk mencapai potensi diri dari segi akedemik dan sosial. Oleh yang demikian. Menguruskan murid yang berbagai ragam memerlukan kebijaksanaan guru mewujudkan peraturan dan rutin bilik darjah yang kondusif.IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA Perbezaan dan kepelbagaian sosiobudaya sukar untuk dinafikan dalam sebuah negara seperti Malaysia yang lahir dari kelompok masyarakat yang berbilang etnik. budaya. Kepelbagaian sosiobudaya dalam sistem masyarakat majmuk di negara ini telah memberikan kesan secara langsung kepada perkembangan sistem pendidikan. Pemahaman tentang sosiobudaya murid adalah perlu kerana ianya dapat membantu guru menyediakan proses pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan latar belakang murid. tempat tinggal. Ini dapat membantu mengeratkan hubungan dan mewujudkan kerjasama dalam pelbagai sosiobudaya. ini kerana murid akan dapat berkongsi pengetahuan dan pengalaman. guru seharusnya memberikan layanan yang adil kepada setiap muridnya. Pembelajaran koperatif adalah satu strategi yang sesuai digunakan dalam kumpulan muridheterogenous. kepercayaan dan agama yang dianuti. guru haruslah sedar bahawa muridnya adalah berbeza. adat resam.

Budaya merupakan pengaruh yang paling berkesan ke atas perkembangan individu.. Murid harus diingatkan agar menghormati rakan lain yang tidak faham penggunaan bahasa mereka.bersesuaian agar murid dari pelbagai golongan dapat berinteraksi sesama mereka tanpa ada sekatan budaya. Aktiviti yang dijalankan juga haruslah berupaya menyemai semangat saling mempercayai ke dalam jiwa murid. IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA KEPADA MURID Setiap individu membesar dan terbentuk hasil interaksi dalam persekitaran masing-masing. Kepercayaan yang diamalkan oleh murid lain tidak harus dipertikaikan sesama mereka. Sikap prejudis terhadap bangsa lain harus dielakkan supaya segala aktiviti yang dirancang oleh guru dapat dilaksanakan dengan jayanya. Murid yang terdiri dari pelbagai bangsa harus bersosial dalam kelompok yang berbeza terutamanya ketika melakukan aktiviti. murid harus diingatkan agar sentiasa berinteraksi dengan menggunakan bahasa yang betul. bertindak dan mempengaruhi pandangan serta perasaan seseorang. Perbezaan sosiobudaya murid yang wujud perlu ditangani supaya tidak ada murid yang berasa mereka dipinggirkan oleh guru. Mereka harus berinteraksi tanpa mengira kelas sosial dan latar budaya masing-masing. Ini kerana budaya mempengaruhi cara berfikir. Kerap kali terdapat perbezaan antara murid. Melalui cara ini satu suasana pembelajaran yang interaktif akan terbentuk dan menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan. Keadaan ini menjamin semua murid berpeluang mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang dijalankan oleh guru dalam kelas. Kebijaksaan guru mengendalikan murid berbeza budaya akan mewujudkan pergaulan positif dan tidak berkelompok dalam sesuatu komuniti kecil bilik darjahnya. Elakkan penggunaan dialek mengikut kaum. Penggunaan bahasa yang standard harus diamalkan oleh murid. faktor ini mendesak guru menggunakan kemahiran secara optimum dalam pengurusan bilik darjah. Proses sosialisasi antara etnik dibuat tanpa mengira anutan agama dan . Mengajar tanpa membezakan bangsa murid akan dapat membantu guru memahami tingkah laku dan luahan perasaan muridnya. Guru haruslah menghormati muridnya serta bersikap adil dan tidak berat sebelah terhadap satu etnik sahaja. adalah penting kepada guru untuk memahami tingkahlaku dan budaya murid .

Kemahiran komunikasi memainkan peranan penting ke arah pembentukan budaya penyayang. Secara langsung semangat perpaduan dapat dijalin dalam masyarakat. strategi pengajaran dan penilaian untuk dilaksanakan dalam satu rangka masa tertentu. Program Integrasi Untuk Perpaduan (RIMUP) adalah salah satu usaha untuk memupuk perpaduan dalam kalangan murid tanpa mengira kaum.hendaklah dikembangkan agar proses pembentukan kendiri murid dapat dilaksanakan. kandungan. Apabila seorang guru menggunakan kemahiran berkomunikasi terhadap muridnya. Murid mudah terpengaruh kepada tindakan guru yang menunjukkan teladan sebagai seorang professional. . Oleh itu guru mesti membentuk program yang bertujuan membangunkan murid. Dengan cara ini. Saling kerjasama antara sekolah dan komuniti. Sekolah ini adalah antara sekolah yang dahulunya terasing antara satu sama lain. IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA KEPADA KURIKULUM TERSIRAT Kurikulum dirujuk sebagai perancangan bertulis yang sistematik merangkumi objektif. Penekanan semangat perpaduan dan integrasi antara kaum sejak kecil lagi iaitu di bangku sekolah rendah menjadi lebih mudah. Kerencaman sosiobudaya boleh dimanfaatkan untuk mencapai matlamat sekolah. pembentukan akhlak dan penerapan kemahiran tertentu dapat dilakukan dengan lebih mudah dan berkesan. IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA KEPADA SEKOLAH Kepelbagaian sosiobudaya telah mewujudkan sekolah yang terdiri daripada pelbagai bangsa seperti sekolah jenis Cina dan Tamil. Pihak sekolah perlulah menggunakan bahasa rasmi dan bahasa penghantar dalam segala urusan rasmi. Ini bertujuan untuk mengurangkan sgala tingkahlaku negatif. maka suasana pembelajaran yang lebih dinamik dapat dihasilkan. khususnya melalui peranan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) akan dapat memanfaatkan sekolah. kini disatukan dalam satu sistem pendidikan yang seragam. dengan peraturan dan arahan yang jelas. Pengurus yang baik akan dapat mewujudkan iklim sekolah mesra. Kementerian Pelajaran telah berusaha untuk mengatasi masalah kepelbagaian sosiobudaya ini melalui aktiviti yang dijalankan di sekolah. Sekolah wawasan ditubuhkan untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan murid di sekolah.

kegiatan panitia dan aktiviti dalam unit kokurikulum. India dan Sikh. Cina. CADANGAN KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG MESRA BUDAYA Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran yang dijalankan perlulah berkesan dan dapat menarik perhatian khususnya kelas yang mempunyai muridmurid dari pelbagai latar belakang.Masyarakat yang terdiri daripada pelbagai sosiobudaya memberikan implikasi kepada kurikulum sekolah. Penerapan kepercayaan terhadap nilai-nilai murni juga boleh dilaksanakan melalui pembentukan kurikulum tersirat. Pihak sekolah berusaha mengaplikasikan penerapan nilai budaya masyarakat dengan melaksanakan aktiviti sampingan khususnya melalui aktiviti kokurikulum. Perlaksanaan aktiviti bahasa dalam kurikulum tersirat juga perlu dirancang dengan teliti. Secara langsung proses pembentukan nilai dapat diterapkan kepada murid-murid. kaum dan agama contohnya orang Melayu. Pihak sekolah dan guru seharusnya tidak menekankan hanya kepada kepercayaan agama Islam sahaja. Murid akan mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan dan seterusnya mereka akan mula belajar menerima serta menghormati bahasa ibunda dan dialek kaum lain. Persekitaran yang mesra budaya perlu diwujudkan bagi melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran yang kondusif . Kurikulum tersirat juga memberikan pertimbangan terhadap aspek perbezaan antara jantin untuk memberi kesedaran terhadap batasan pergaulan dalam berlainan jantina. Kurikulum tersirat boleh diaplikasikan melalui aktiviti berpersatuan. Melalui kurikulum tersirat. . Aktiviti yang dijalankan mestilah melibatkan interaksi antara kelas sosial murid. Mana-mana unsur kepercayaan lain yang tidak bercangah dengan hukum agama Islam boleh diterapkan kepada murid. kementerian berusaha membentuk bangsa yang bersatu dan saling menerima perbezaan budaya antara kaum.

Untuk mewujudkan suasana P&P yang mesra budaya. Ia boleh mewujudkan suasana mesra. guru mewujudkan peraturan bahawa murid mesti memberi salam atau ucap selamat kepada guru apabila guru masuk ke kelas. mereka d digabungkan dalam satu kumpulan tempat duduk atau ketika beraktiviti.murid. murid. Pembelajaran secara kooperatif Melalui kaedah ini.Terdapat pelbagai kaedah yang boleh diguna pakai dalam mewujudkan persekitaran yang mesra budaya terutama yang melibatkan isu bangsa dan bahasa. Hal ini dapat mengurangkan jurang perbezaan antara murid yang berlainan bangsa dan budaya. Dengan ini. Guru perlu merangka kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk semua bangsa. Peraturan ini kemudiannya akan dijadikan budaya oleh murid. Dengan ini. guru menjadi pemantau dan fasilitator kepada murid dalam mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif. Ini dapat mengelakkan salah faham antara murid dan menambahkan lagi kemahiran berbahasa Melayu dalam kalangan murid yang bukan berbangsa Melayu. Dengan cara ini. 2. Mereka akan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan.kelamaan akan menjadi budaya.kaum yang pelbagai. Murid tanpa mengira latar belakang. bangsa dan budaya dapat disatukan dalam satu kelas dan dapat menjalani proses pembelajaran dengan sempurna.murid yang berbilang kaum Murid sewajarnya dikumpulkan dalam kumpulan pelbagai kaum. Antara kaedah yang dapat membina persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang mesra budaya ialah: 1. Mereka akan melakukannya walaupun tanpa disuruh berbuat demikian. Sebagai contoh. salah satu caranya ialah dengan mengaitkan isi pembelajaran dengan budaya kaum yang berkaitan. Menyusun kumpulan murid.murid . wujudlah satu budaya berbahasa Melayu yang akan menjadi budaya 1 Malaysia 3. budaya yang dimaksudkan ialah budaya kaum. mereka boleh berkomunikasi dan berinteraksi. Mewujudkan peraturan bersama yang dijadikan budaya Peraturan yang dibuat oleh guru dan dilaksanakan oleh murid secara berterusan lama. 4. Dalam konteks ini. Mengaitkan isi pembelajaran dengan budaya Guru boleh mewujudkan suasana mesra budaya itu melalui amalan pedagogi.

Kadazan dan sebagainya pasti ada permainan tradisi. Mewujudkan ruang fizikal yang positif Ruang fizikal boleh menjadi salah satu daya penarik dalam sesebuah bilik darjah. Dalam budaya pelbagai kaum seperti kaum Melayu. Bidayuh. 6. India.murid. Dengan menggunakan permainan tradisi dalam P&P. 8. . Ia juga adalah budaya bagi golongan kanakkanak.Hak kesama rataaan perlu diamalkan bagi membolehkan semua kaum dapat menjalani proses pengajaran dan pembelajaran dengan sempurna. 7. 5. guru bukan sahaja boleh mengajar topik yang perlu diajar tetapi boleh menyerapkan ilmu pengetahuan tentang budaya sesuatu kaum . Merancang dan menyediakan modul dan bahan pengajaran yang sesuai Guru perlu menyediakan alat bantu mengajar (ABM) yang sesuai dengan aktiviti yang ingin dijalankan. Mereka diarahkan untuk membuat persembahan tentang tajuk yang telah diberi oleh guru seperti mengajar tentang pakaian tardisional. Menggunakan kaedah belajar sambil bermain Main merupakan satu aktiviti yang menyeronokkan dan dapat menarik perhatian murid. Dengan wujudnya ruangan seperti ini. Kaedah persembahan oleh pelajar Pelajar digalakkan untuk melakukan perbincangan dengan rakan mereka yang terdiri dari pelbagai bangsa . guru boleh memupuk budaya positif seperti budaya cintakan ilmu dan budaya membaca. ABM perlu mengikut kesesuaian semua bangsa dan mereka semua boleh menerima ABM tersebut sebagai alat untuk tujuan pembelajaran. Contohnya sudut informasi. ruang hasil kerja murid dan sebagainya.akan tahu bahawa budaya mereka itu bukan sekadar warisan tetapi ia juga bersangkut paut dengan ilmu pengetahuan. Cina.

Etnik Jawa banyak mengalami proses asimilasi berbanding etnik lain. Dari segi bahasa . kita perlu bijak memanafaatkannya demi mencapai wawasan “ 1 Malaysia” . budaya dan kepercayaan dalam masyarakat Jawa hanya tinggal nama sahaja.walaupun saya fasih bercakap dalam bahasa Jawa namun anak. perpaduan dan kerjasama antara murid tanpa mengira bangsa. Kepelbagaian etnik di sekolah dapat menimbulkan keseronokan dalam kalangan guru dan murid . Hasil daripada tugasan ini. Kaedah projek Kaedah pengajaran ini amat berkesan kepada perkembangan nilai murni. Justeru itu ia menjadi menyumbang utama dalam mewujudkan persekitaran kelas yang mesra budaya. kesimpulan yang saya dapati adalah terdapat banyak adat resam dan kepercayaan masyarakat Jawa yang telah ditinggalkan kerana selain daripada mengalami proses asimilasi. Sebagai contoh. Kebanyakan adat.Tugasan saya menjadi lebih mudah kerana selain daripada saya sendiri . Walaupun adat ini masih diamalkan tetapi pengisiannya amat berbeza. Menyelami budaya etnik Jawa membuatkan saya agak terkilan kerana banyak perkara yang telah kami ditinggalkan. Oleh hal yang demikian . Mereka dapat mengetahui banyak perkara tentang kelompok etnik yang lain. ada di antara adat dan kepercayaan itu tidak bersesuaian dengan agama Islam. Namun sebagai seorang guru.murid.anak saya tidak menguasainya. Generasi muda seperti saya sukar untuk diterima sebagai orang Jawa yang tulen memandangkan segala kehidupan telah bertukar kepada masyarakat tempatan.9. saya tidak melepaskan peluang untuk mendekati dan mengkaji etnik Jawa kerana terlalu banyak perkara yang ingin saya i rungkai tentang etnik yang amat unik dan istimewa ini. . semua penduduk kampung saya berketurunan Jawa. REFLEKSI Apabila menerima tugasan yang diberi. adat lenggang perut dan cukur jambul. ianya telah digantikan dengan tatacara yang bersesuaian dengan agama Islam seperti majlis doa selamat sahaja.Adat-adat lama dalam majlis ini kebanyakkannya dipengaruhi oleh agama Hindu.

cari.wikipedia.my http://id.com/2008/06/who-are-orang-jawa-orang-jawapeople-of.pikiranrakyat.com.wordpress.multiply.org/wiki/Tari_Tayub .wikipedia.php?mib=beritadetail&id=132798 http://id.com/prprint. Subang Jaya.com.org/wiki/Jawa http://www. http://zanas.com/journal/item/46/KENALI_PRIBUMI_SEMEN ANJUNG_MALAYSIA_?&show_interstitial=1&u=%2Fjournal%2Fitem http://firmanbudi.Pedagogi Untuk Kursus Diploma Perguruan Semester 3. Priyayi dalam Masyarakat Jawa.com/2009/03/01/history-ofjava/http://id. Pustaka Jaya.wordpress.asp?y=2011&dt=0307&pub =Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01. Jakarta. 1981.com/pembinaan-bangsa-dan-negara-malaysiayang-berdaulat/kedatangan-imigran/ http://pab25.html http://ilzaf. Clifford Geertz.wikipedia. Santri.BIBLIOGRAFI Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) Dewan Bahasa dan Pustaka.htm http://newspaper. Abangan.wikipedia.my/kosmo/content. Edisi Ketiga Terbitan Ke-4 Kumpulan Budiman Sdn Bhd.blogspot.blogspot.org/wiki/Bahasa_Jawa http://id.html http://www.com/2009/06/masyarakat-jawa-dimalaysia.kosmo. Kuala Lumpur Mok Soon Sang (2002)..org/wiki/Bahasa_Jawa http://razalitumirin-zali.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->