You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN PRASEKOLAH KALI 1/2012 SK KUALA TAHAN, 27000 JERANTUT, PAHANG TARIKH MASA TEMPAT KEHADIRAN

: 20 JANUARI 2012 : 11.00 PAGI : BILIK GERAKAN, SK KUALA TAHAN : EN.ZAINOL BIN SHAHBUDIN- PENASIHAT EN.RAMLI BIN ABD RAHMAN (GPK KOKO) PN.ROHANA BINTI ABDUL HAMID (GURU PRA) PN.FADILAH BINTI YAHYA (GURU PRA) PN.ZANARIAH BINTI MAT HASSAN (PPM) PN.SURYATI BINTI NORDIN (PPM) PN ROSEAFZAN BT MOHD KHONOPIAH : EN AZMAN BIN ABDULLAH HASHIM (GPK 1) EN ADZAHAR BIN MOKHTAR (GPK HEM) TINDAKAN

TIDAK HADIR

BIL AGENDA 1. Ucapan alu-aluan 1.1 Pembukaan Majlis dengan membaca surah Al-Fatihah. 1.2 Tuan Penasihat mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir. 1.3 Tujuan diadakan mesyuarat ini adalah untuk membincangkan tentang 2. pengurusan prasekolah 2012. Membentangkan dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu 2.1 Pn Rohana bt Abdul Hamid membentangkan Minit mesyuarat jawatankuasa induk prasekolah yang lalu. 2.2 Pn Roseafzan bt Mohd Khonopiah mengesahkan minit mesyuarat tersebut dan disokong oleh Pn Zanariah bt Mat Hassan. Perkara-perkara berbangkit 3.1 Penasihat menjelaskan bahawa PROKAS pada tahun 2011 tidak dapat dijalankan kerana sebab-sebab tertentu dan digantikan dengan tayangan video mengenai alam sekitar. 3.2 Sukan Ria Prasekolah dapat dijalankan dengan jayanya dan mengucapkan tahniah pada semua guru dan staff yang terlibat. 3.3 Majlis Graduasi Prasekolah tidak dapat dijalankan seperti yang dirancang sebelumnya dan digabungkan sekali dengan Hari Anugerah Kecemerlangan Sekolah 3.4 Penasihat menyentuh berkenaan buku stok yang harus dikemaskini dari masa ke semasa kerana ia akan di audit oleh PPD. 3.5 Penasihat menyentuh berkenaan akaun murid dalam Tabung Haji. Beliau mengharapkan agar budaya menabung diteruskan hingga darjah enam. Pn Zanariah memberi respon bahawa sukar meneruskan program menabung kerana kelas di aliran perdana tidak dikunci dan bermasalah untuk menyimpan tabung. 3.6 Pn Rohana mencadangkan supaya aktiviti menabung tersebut diteruskan dengan tahun satu dahulu,kerana budaya menabung tersebut masih ada dalam diri mereka. Cadangan tersebut disokong oleh Ustaz Ramli kerana ia dapat membantu apabila murid masuk ke

3.

Makluman

4.

peringkat yang lebih tinggi. 3.7 Pn Zanariah cadangkan supaya minta pandangan dari ibu bapa mengenai cadangan tersebut. 3.8 Penasihat meminta guru Prasekolah menghabiskan duit peruntukan semasa. 3.9 Penasihat menyentuh berkenaan Kelab Tarian Sekolah. Respon Pn Zanariah bahawa kekangan masa untuk melatih murid kerana mereka terlibat dengan kelas KAFA Pn Roseafzan mencadangkan masukkan program pelancongan dalam kalendar sekolah. Masalahnya takut bertindih dengan program sekolah yang makin banyak sekarang. Penasihat menyatakan program terdekat iaitu Canadian International School pada bulan Mac depan. Pn Suryati cadangkan buat pakej dengan jumlah bayaran tertentu untuk menambah kewangan kelab guru. Ustaz Ramli mencadangkan buat garis panduan dari segi disiplin dan juga pemakaian kepada agen yang terlibat. Jika tidak patuh kita berhak menegur dan menolak kunjungan tersebut. Ustaz Ramli juga mencadangkan Kelab Tarian sertai karnival dan program anjuran luar. Penasihat minta Ustaz memohon sedikit sumbangan dari Setiausaha MDJ untuk Kelab Tarian. Cadangan tersebut dipersetujui oleh ustaz Ramli dan ahli mesyuarat. Laporan Prasekolah sehingga Jan 2012 4.1 Prasekolah Sinar 25 orang 14 lelaki / 11 perempuan 7 orang 5 tahun 18 orang 6 tahun 5 orang murid telah menguasai semua kemahiran 3M 5 orang sedang menguasai 15 orang belum menguasai Dari segi penguasaan diri : i. Masalah murid hiperaktif Imran bin 4.2 Prasekolah Cahaya 25 orang 14 lelaki / 11 perempuan 6 orang 5 tahun 19 orang 6 tahun 5 orang murid telah menguasai semua kemahiran 3M 5 orang sedang menguasai 15 orang belum menguasai Dari segi penguasaan diri : i. Masih ada yang tidak pandai buka seluar sendiri. ii. Menangis tidak mahu menyertai aktiviti perhimpunan. iii. Salah seorang murid menghidap penyakit jantung

Makluman

5.

berlubang- Mohd Arsyad b. Amri 4.3 Respon penasihat supaya guru dan PPM dapat atasi masalah tersebut dengan memperbanyakkan aktiviti untuk mereka dalam kelas. Sukan dan permainan Prasekolah 5.1 Pn Rohana menjelaskan pada tahun 2011 sukan dijalankan secara berasingan dengan sukan sekolah. Ustaz Ramli mencadangkan supaya sukan digabungkan dengan sukan sekolah tetapi dijalankan pada hari yang lain (Sukan Tara). Keputusan mesyuarat sukan prasekolah dijalankan sekali dengan sukan sekolah. 5.2 Pn Rohana turut meminta pandangan mesyuarat sama ada graduasi Prasekolah diasingkan atau tidak. Pn Anita mencadangkan supaya digabungkan. Secara tidak langsung dapat menjimatkan masa dan kos. 5.3 Pada tahun ini lawatan Prasekolah akan dijalankan. Cadangan tempat di Pusat Santuari Gajah Kuala Gandah. Laporan Kewangan 6.1 Bayaran pendaftaran 2011 Prasekolah Cahaya dan Sinar semua bayar yuran. Semua wang digunakan untuk keperluan pelajar pada tahun berkenaan. 6.2 Urusan baju t-shirt Prasekolah diurus sendiri oleh J/U Prasekolah dan ambik di SK Pedah. Setiap murid dibekalkan 3 tanda nama. 6.3 Duit keceriaan Prasekolah digunakan untuk membeli cat, bahan bant mengajar dan juga membaiki alatan di taman permainan. 6.4 Pn Rohana memberitahu bahawa kebocoran dikelas Prasekolah Cahaya semakin teruk. Penasihat akan usulkan perkara tersebut kepada pihak yang bertanggungjawab. Pengurusan Prasekolah 7.1 Kuota guru Prasekolah mengikut kelas. 7.2 Guru agama mohon diberi waktu agama pada masa ke 2. 7.3 Kuota guru SK KualaTahan sepatutnya 32orang tetapi yang ada : Guru Besar 1 GPK -3 Guru Data -3 Guru Pemulihan 1 Guru Media 1 Guru Penolong (Kelas 1-12 kelas) Guru Para 2 Guru j-QAF 4 Guru Bestari - 1 7.4 Pn Suryati memberitahu ada murid yang alah atau alergi dengan telur. Makanan mereka diasingkan. 7.5 Pn Roseafzan menjelaskan jumlah peruntukan yang layak dapat : LPBT - RM 5000 Makanan RM 18000 Ko-ku RM 1200

Guru Pra PPM

6.

Makluman

7.

Makluman

8.

8.

7.6 Duit tersebut perlu digunakan dengan sebaiknya. Tetapi peruntukan untuk tahun 2012 masih belum ada. Hal-hal lain 8.1 Pn Rohana memaklumkanbahawa mesyuarat AJK Pewaris akan diadakan pada 8 Febuari 2012 (Rabu) pukul 8 pagi. 8.2 Ustaz Ramli meminta gurudanPPM supaya mengenal bakat murid di dalam kelas. Pn Rohana memaklumkan seorang murid dari kelas Prasekolah Cahaya berbakat dalam bidang nyanyian iaitu Rizqin Syahmi. 8.3 Penasihat memaklumkan pada 26 Januari akan maklumkan bantuan KWAPM. 8.4 Penasihat maklumkan untuk penambahbaikan kantin beliau sediakan barang dan kontraktor minta upah sebanyak RM 1000.00. Sekolah Menengah bersetuju menyumbangkan meja. 8.5 Pn Anita minta guru Prasekolah memberi maklumat berkenaan kemahiran dan perkembangan murid Prasekolah kepada guru tahun satu pada akhir tahun. 8.6 Ucapan penangguhan 8.1 Tuan pengerusi mengucapkan tarima kasih kepada semua Ajk induk dalam melaksanakan setiap aktiviti di prasekolah. 8.2 Penasihat mengharapkan Prasekolah dapat memberi pendidikan awal yang baik kepada murid. Gunakan peruntukan kewangan dengan baik. 8.3 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.00 tengahari.

Makluman

Disediakan oleh: (PN ROHANA BT ABDUL HAMID) Guru Prasekolah, SK Kuala Tahan, 27000 Jerantut, Pahang.

Disahkan oleh: (EN.ZAINOL BIN SHAHBUDIN) Guru Besar, SK Kuala Tahan, 27000 Jerantut, Pahang.

You might also like