You are on page 1of 39

Ayat Klausa Tugas frasa: y y y y Subjek Prediket Objek Unsur keterangan

Frasa dan binaan frasa: y y y y Frasa nama Frasa kerja Frasa adjektif Frasa sendi nama

SINTAKSIS

Binaan ayat: y y y y Ayat dasar Ayat tunggal Ayat transformasi Ayat majmuk

Jenis ayat: y y y y Ayat penyata Ayat tanya Ayat perintah Ayat seruan

Ragam ayat: y y Ayat aktif Ayat pasif

DEFINISI SINTAKSIS

Jika ditinjau asal-usul perkataan sintaksis, kata ini berasal daripada perkataan Yunani, iaitu sun yang bererti dengan dan tattein yang bererti menempatkan katakata secara bersama-sama untuk menjadi kelompok kata atau ayat. Kata suntattein ini kemudian menjadi istilah syntaxis dalam bahasa Belanda, dan synta dalam bahasa inggeris. Sintaksis ditakrifkan sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, binaan, atau konstruksi ayat (Nik Safiah Karim et al., 1993:317). Bagi Abdullah Hassan (1980:164), sintaksis merupakan istilah untuk mengkaji pembentukan ayat, iaitu begaimana morfem dan kata disusun menjadi klausa dan ayat merupakan unit terbesar. contohnya : 1. Budak itu baru pulang dari sekolah.

Daripada contoh, binaan tersebut ialah ayat. Ayat tersebut mengandungi satu klausa yang terdiri daripada Subjek iaitu budak itu, dan predikatnya baru pulang dari sekolah. Dalam klausa tersebut pula mengandungi satuan yang disebut frasa, iaitu frasa budak itu, baru pulang dari sekolah. Dengan kata lain, ayat tersebut terdiri daripada konstituen frasa dan konstituen klausa. Daripada pelbagai definisi tersebut, dapat dirumuskan bahawa sintaksis sebagai kajian tentang bagaimana ayat-ayat dibentuk bermula dengan penyusunan perkataan untuk membentuk frasa, klausa, dan ayat. Dalam pembahasan sintaksis, yang dibincangkan ialah struktur frasa, klausa dan ayat. Hal ini bermakna bahawa satuan yang paling kecil dikaji dalam sintaksis ialah frasa, manakala satuan yang paling besar ialah ayat.

4.2

FRASA DAN BINAAN FRASA

3.1.0 DEFINISI FRASA Frasa ialah unit yang boleh terdiri daripada satu susunan yang mengandungi sekurangkurangnya dua patah perkataan ataupun satu patah perkataan yang berpotensi untuk diperluas mejadi dua patah perkataan atau lebih. Frasa tidak boleh dipecahkan kepada subjek dan predikat. Binaan frasa dalam bahasa Melayu boleh terdiri daripada frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif atau frasa sendi nama. Menurut binaanya, frasa dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu frasa endosentrik dan frasa eksosentrik

FN,FK dan FS ialah frasa endosentrik. Ini kerana kata nama, kata kerja, dan kata adjektif boleh menjadi unsur inti setiap frasa itu.

Frasa endosentrik ialah frasa yang mengandungi satu unsur inti. Unsur inti mewakili seluruh frasa dimana frasa dinamakan mengikut unsur inti . Jenis Frasa Frasa eksosentrik ialah frasa sendi nama yang tidak mempunyai unsur inti . frasa jenis ini dikatakan frasa eksosentrik kerana pusatnya bergantung kepada suatu unsur luaran.

Contohnya ke tandas dan di sekolah. Kewujudan sendi nama di bergantung kepada sekolah dan ke kepada tandas.

4.2.1 FRASA NAMA

Definisi Frasa yang terdiri daripada kata nama sebagai unsur intinya dan wujud secara bersendirian sebagai satu patah perkataan ataupun diikuti oleh penerang sesudah unsur inti tersebut. Contoh : 1) Abang menuntut di universiti. 2) Abang sulung keluarga itu menuntut di universiti. Dalam ayat (1) unsur inti subjek ayat itu ialah frasa abang yang hanya terdiri daripada 1 patah perkataan. Dalam ayat (2) unsur inti subjek ayat itu ialah frasa abang sulung keluarga itu yang boleh diikuti oleh penerang. Inti ialah yang menjadi fokus utama dalam frasa manakala penerang pula ialah penjelasan bagi menerangkan makna inti tersebut. Dalam ayat (2) intinya adalah abang manakala penerang adalah sulung keluarga itu.

Terdapat juga unsur bukan nama yang boleh menjadi inti dan menduduki subjek frasa nama, iaitu apabila unsur itu memainkan tugas dan berfungsi sebagai kata nama, contohnya : 1) Menderma perbuatan terpuji 2) Merah warna kegemaran saya Sesuatu ayat yang sempurna boleh terdiri daripada frasa nama sebagai subjek dan predikat seperti berikut :

SUBJEK (FRASA NAMA) Puan Norihan Kereta putih itu

PREDIKAT (FRASA NAMA) Guru sekolah menengah Kepunyaan bapa

4.2.2 FRASA KERJA Definisi Ialah frasa yang terdiri daripada kata kerja sebagai unsur intinya dan berfungsi sebagai predikat dalam susunan ayat biasa. Contoh frasa kerja :

Subjek Budak itu Atlet itu

Predikat (Frasa Kerja) Menjerit sekuat-kuat hatinya Berlari sepantas kilat

Binaan frasa kerja boleh terdiri daripada kata kerja tak transitif atau kata kerja transitif. Kata Kerja Tak Transitif

Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan objek, iaitu ia tidak diikuti oleh frasa nama sebagai penyambut untuk melengkapkannya. Contohnya : a. b. c. Adik tidur lena di dalam buaian. Budak-budak itu bergaduh sesama sendiri. Anak kucingnya terjatuh ke dalam perigi buta.

Ayat a, b dan c menunjukkan kata kerja tidur, bergaduh dan terjatuh tidak diikuti oleh frasa nama sebagai objek, maka kata kerja ini tergolong dalam kata kerja tidak transitif. Kata kerja ini boleh diikuti dengan unsur pelengkap atau penerang. Pelengkap atau penerang ialah perkataan yang hadir selepas kata kerja tidak transitif dan berfungsi untuk melengkapkan kata kerja tersebut. Pelengkap tidak boleh digugurkan kerana tanpanya kata kerja tersebut tidak boleh berfungsi, sebagai contohnya :

a) Pelengkap Kata Nama

FRASA Kata Kerja Tak Transitif Beratapkan

KERJA Pelengkap Bertam

Beralaskan

Sutera Cina

Contoh kata : y Rumah nenek saya beratapkan bertam. y Meja solek itu beralaskan sutera Cina.

b) Pelengkap Kata Adjektif

FRASA Kata Kerja Tak Transitif Beransur Menjadi

KERJA Pelengkap Baik Genting

Contoh kata : y Kesihatannya beransur baik. y Keadaannya menjadi genting. y c) Pelengkap Frasa Sendi Nama

FRASA Kata Kerja Tak Transitif Bekerja Menetap

KERJA Pelengkap Di Sarawak Di luar negara

Contoh kata : y Kakak bekerja di Sarawak. y Keluarganya telah menetap di luar negara. d) Penerang Kata Nama

Ialah kata nama yang mengikuti kata kerja tak transitif, dan bukanlah objek kerana fungsinya hanya menerangkan kata kerja tersebut semata-mata. Ayat yang mengandungi kata kerja tak transitif dengan penerang ini tidak boleh dipasifkan, contohnya :

FRASA Kata Kerja Tak Transitif Berbaju Berkebun

KERJA Penerang batik Sayur

Contoh ayat : y Pemuda itu berbaju batik. y Keluarga Rahman berkebun sayur. Terdapat juga kata kerja tak transitif yang tidak memerlukan sebarang penerang dan pelengkap seperti contoh berikut : y Penduduk kampung bergotong-royong y Semua pelajar telah pulang. Kata Kerja Transitif

Kata kerja transitif ialah kata kerja yang memerlukan objek, iaitu kata kerja ini mesti diikuti oleh frasa nama sebagai penyambut untuk melengkapkan kata kerja tersebut, contohnya :

FRASA Kata Kerja Transitif Membersihkan menulis

KERJA Penyambut Rumah Surat

Contoh ayat :

y Mereka membersih rumah sebelum hari raya. y Samsul menulis surat kepada sahabatnya. Selain mempunyai binaan kata kerja sebagai inti dan diikuti oleh frasa nama sebagai objek, frasa kerja transitif juga boleh mempunyai unsur keterangan yang terdiri dari frasa nama, frasa adjektif dan frasa sendi nama, sebagai contoh : y Mereka meraikan tetamu malam tadi. y Ibu membeli sayur-sayuran segar. y Kakak menghantar adik ke sekolah hari ini. Frasa kerja yang diikuti oleh frasa nama sebagai objek boleh terdiri daripada 1 atau 2 objek, sebagai contoh : y Kakak menyiapkan kertas kerjanya. y Nani membancuh kopi. y Ibu menjahitkan ayah baju melayu. 4.2.3 FRASA ADJEKTIF Definisi Ialah frasa yang terdiri daripada kata adjektif atau kata sifat sebagai unsur intinya dan bertugas sebagai predikat dalam susunan ayat biasa seperti contoh :

AYAT Subjek (Frasa Nama) Keretanya Meja kayu itu Predikat (Frasa Adjektif) Bersih sekali Sangat kukuh

Dalam susunan songsang pula, predikat frasa adjektif boleh dikedepankan seperti contoh : y Bersih sekali keretanya. y Sangat kukuh meja itu.

Frasa adjektif juga boleh menjadi unsur keterangan dan unsur penerang, jika frasa adjektif bertugas sebagai unsur keterangan, kedudukannya dalam predikat ayat adalah selepas kata kerja, contohnya : y Motobot itu meluncur laju. y Kanak-kanak itu bercakap sungguh petah. Jika frasa adjektif bertugas sebagai unsur penerang pula, kedudukan adalah selepas kata nama, sebagai contohnya : y Dia murid paling cerdik. y Hani anak manja. 1. Binaan frasa adjektif bukan sahaja mengandungi kata adjektif sebagai unsur inti,

tetapi boleh juga disertai oleh kata bantu dan kata penguat, sama ada di hadapan atau di belakangnya, sebagai contoh :

FRASA Kata Bantu Belum Penguat (Hadapan) Terlalu Amat

ADJEKTIF Kata Adjektif Penguat (Belakang) Tajam Baik Cantik Sekali

Contoh ayat : i. Pisau itu belum tajam. ii. Hatinya terlalu baik. iii. Mutiara itu amat cantik.

Kata penguat yang terdapat dalam frasa adjektif pula terdiri daripada 3 jenis, iaitu :

a) Kata Penguat Hadapan

Penguat hadapan ialah perkataan yang terletak di belakang kata adjektif, contohnya : y Pakaiannya agak cantik. y Induk singa itu terlalu garang. y Tempat tinggalnya paling jauh. b) Kata Penguat Belakang Penguat belakang ialah perkataan yang letaknya di belakang kata adjektif, contohnya ; y Pemandangan waktu senja indah nian. y Bunyi burung itu merdu sekali. y Anak bongsunya nakal benar. c) Kata Penguat Bebas Penguat bebas ialah perkataan yang kedudukannya boleh di hadapan dan di belakang kata adjektif, contohnya : y Pokok kelapa itu sangat tinggi. y Pokok kelapa itu tinggi sangat. y Lautan Pasifik amat dalam. y Lautan Pasifik dalam amat. 2. Frasa adjektif bukan hanya terdiri daripada kata dasar seperti cantik, baik, jauh

dan tinggi seperti contoh terdahulu namun boleh juga terdiri daripada perkataan berimbuhan seperti terbensih, sesedap dan kekuning-kuningan seperti dalam ayatayat berikut : y Mereka menang pertandingan kampung terbersih. y Masakannya tidak sesedap masakan ibu. y Warna pakaiannya kekuning-kuningan. 4.2.4 FRASA SENDI NAMA Definisi

Frasa sendi nama ialah frasa yang terdiri daripada 1 kata sendi nama yang diikuti oleh 1 frasa nama sebagai pelengkap kepada kata sendi nama ini.

Kata sendi nama ialah perkataan yang letaknya di hadapan frasa nama, contohnya : dari, daripada, ke, kepada, pada, untuk, oleh dan sebagainya. Dalam susunan ayat biasa, frasa sendi nama menduduki bahagian predikat ayat, contohnya :

Subjek Nama) Kerusi itu Keretanya Filem itu

(Frasa Predikat (Frasa Sendi Nama) Daripada kayu jati Di pusat servis Tentang peperangan

Secara umumnya, frasa sendi nama mempunyai 3 pola binaan seperti yang berikutnya :

1.

Kata Sendi Nama + Frasa Nama

Binaan ini terdiri daripada 1 kata sendi nama dan diikuti oleh satu kata nama sebagai pelengkap, contohnya :

FRASA SENDI Kata Sendi Nama Sejak Daripada Untuk Dengan pada

NAMA Frasa Nama Semalam Kayu jati Murid cemerlang Kesabarannya Dinding rumah

2.

Kata Sendi Nama + (Kata Nama Arah) + Frasa Nama

Binaan ini terdiri daripada satu kata sendi nama diikuti oleh frasa nama yang didahului oleh kata arah sebagai unsur pilihan, contohnya :

Frasa Kata Sendi Nama

Sendi Nama Frasa Kata Arah Nama Kata Nama Sekolah Kedai

Di Ke

Hadapan Belakang

3.

Kata Sendi Nama + (Kata Arah) + Frasa Nama + (keterangan)

Satu lagi binaan frasa sendi nama terbentuk apabila frasa nama yang menjadi pelengkap kepada kata sendi nama itu diikuti oleh unsur keterangan yang hadir secara pilihan, contohnya :

FRASA SENDI NAMA KATA SENDI NAMA Ke Ke Dari dari FRASA NAMA Kata Arah Utara Utara Belakang Belakang Frasa Nama Tanah air Tanah air Rumah Rumah Setiap tahun Dengan datuk Keterangan

4.3 Tugas frasa Frasa adalah amat penting di dalam sesebuah ayat. frasa menentukan sama ada sesebuah ayat tersebut gramatis atau tidak. Sebuah ayat yang gramatis perlulah terdiri daripada dua elemen penting iaitu subjek dan prediket. Jika salah satu elemen tersebut tiada, ayat tersebut akan menjadi ayat yag tergantung dan mengelirukan. 4.3.1 Subjek Subjek ialah frasa yang terletak di hadapan prediket dalam susunan ayat yang biasa. Subjek boleh terdiri daripada beberapa unsur. Terdapat empat unsur utama yang boleh menjadi subjek. 4.3.1.1 Kata Nama Kata nama yang menjadi subjek ini boleh terdiri daripada kata nama am, kata nama khas atau kata nama terbitan. Contohnya :

Jadual 20 4.3.1.2 Kata Ganti Nama Kata ganti nama juga boleh bertindak sebagai subjek dalam sesebuah ayat. Contoh :

Jadual 21

4.3.1.3 Kata kerja yang berfungsi sebagai kata nama Sesetengah kata kerja boleh berfungsi sebagai subjek atau boleh mengambil tugas kata nama. Contoh :

Jadual 22 4.3.1.4 Kata adjektif yang berfungsi sebagai kata nama Terdapat golongan kata adjektif yang boleh menjadi subjek.Golongan ini adalah kata adjektif yang boleh menggantikan tugas kata nama dan berfungsi sebagai subjek. Contoh :

Jadual 23 4.3.2 Predikat Prediket adalah frasa yang terletak selepas subjek dalam susunan ayat biasa. Bahagian predikat ini biasanya boleh diisi dengan beberapa jenis frasa yang berikut : 4.3.2.1 Prediket frasa nama Frasa nama yang menjadi unsur predikat boleh terdiri daripada kata nama am, kata nama khas dan kata nama terbitan. Contoh :

Jadual 24 4.3.2.2 Prediket frasa kerja Frasa kerja yang boleh menjadi unsur predikat ialah frasa kerja transitif, frasa kerja tak transitif dan kata kerja terbitan. Contoh :

Jadual 25 Kata bantu juga boleh disertakan sebelum kata kerja. Terdapat dua jenis kata bantu iaitu kata bantu aspek dan kata bantu ragam. Kata bantu tersebut ialah :

Jadual 26 4.3.2.3 Prediket frasa adjektif Frasa adjektif yang boleh menjadi prediket adalah kata adjektif asal atau kata adjektif ganda. Penambahan kata bandingan paling dan lebih adalah dibolehkan. Penambahan

imbuhan ter yang membawa maksud paling juga dibenarkan pada kata adjektif asal. Contoh boleh dilihat dalam jadual 27 di bawah.

Jadual 27 4.3.2.4 Prediket frasa sendi nama Frasa sendi nama yang menjadi unsur prediket terdiri daripada kata sendi nama yang diikuti oleh frasa nama. Contoh boleh dilihat dalam jadual 28 di bawah.

Jadual 28 4.3.3 Objek Objek adalah bentuk kata nama atau sederetan kata nama yang menjadi penyambut kepada kata kerja transitif. Terdapat dua jenis objek. Jenis objek tersebut ialah :

Jadual 29

4.3.4 Unsur keterangan Frasa keterangan ialah unsur yang biasanya terletak dalam frasa kerja. Frasa keterangan berfungsi menerangkan kata kerja dengan lebih lanjut. Frasa keterangan terletak selepas kata kerja tak transitif atau selepas objek dalam susunan ayat yang biasa. Unsur keterangan boleh terdiri daripada frasa sendi nama, frasa adjektif dan frasa nama. Jadual 30 di bawah merupakan contoh unsur keterangan.

Jadual 30 Terdapat lapan jenis unsur keterangan yang mempunyai tujuan yang berlainan berdasarkan maknanya. Jenis unsur keterangan ini boleh dirumuskan dalam jadual 31 di bawah.

Jadual 31

4.0 KLAUSA 4.1.0 DEFINISI FRASA Mengikut Kamus Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (halaman 433), klausa ialah satu unit rangkaian perkataan yang mengandungi subjek dan predikat, yang menjadi konstituen kepada ayat. Jika klausa tersebut diujarkan dengan intonasi sempurna , iaitu dimulai dan diakhiri dengan kesenyapan, klausa tersebut boleh bersifat ayat lengkap. Sebagai konstituen dalam pembentukan ayat, klausa terbahagi kepada dua jenis iaitu.

Klausa tak bebas Jenis Klausa

Klausa Bebas

4.1.1 JENIS KLAUSA 4.1.1.0 KLAUSA BEBAS. Klausa bebas ialah klausa yang boleh berdiri sendiri sebagai ayat yang lengkap apabila diucapkan dengan intonasi yang sempurna. Contohnya: CONTOH KLAUSA BEBAS 1. kamu pandai 2. saya akan hadir 3. dia sedang bekerja 4. mereka mogok

4.1.1.1 KLAUSA TAK BEBAS Klausa tak bebas ialah klausa yang tidak dapat berdiri sendiri kerana maknanya bergantung pada klausa bebas. Dalam ayat yang mengandungi klausa bebas disebut klausa utama, manakala klausa tak bebas disebut sebagai klausa kecil. Contohnya:

Klausa Bebas (klausa utama) Hafiz pandai

Klausa tak bebas (klausa kecil) kerana dia rajin belajar

5.0 AYAT 5.1.0 DEFINISI AYAT. Ayat merupakan unsur penting dalam kajian bahasa. Menurut Kamus Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (halaman 432), ayat ialah pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap yang

pengucapannya dimulai dan diakhiri dengan kesenyapan serta mengandungi intonasi yang sempurna (Nik Safiah Karim et.al:2006: 414). Menurut Asmah Hj. Omar (1980: 359), Ayat ialah unit yang paling tinggi dalam skala tatatingkat nahu. Dalam perkataan lain, dalam tatabahasa tidak ada unit yang lebih tinggi yang mempunyai ayat sebagai unsurnya. Ayat yang terdiri daripada klausa yang disertai dengan intonasi ayat yang lengkap, iaitu yang dimulai dengan kesenyapan dan diakhiri dengan kesenyapan dan intonasinya menyatakan bahawa ayat itu sempurna dan selesai.

4.2 Binaan Ayat Ayat biasanya terdiri daripada dua unsur yang utama iaitu subjek dan prediket. Dalam huraian tatabahasa, subjek merupakan unsur yang diterangkan manakala prediket adalah unsur yang menerangkan. Sebagai contoh, dalam ayat adik menangis, adik merupakan subjek atau unsur diterangkan manakala menangis merupakan unsur yang merangkan bahawa adik sedang menangis. Binaan ayat dapat dibahagikan kepada empat kumpulan.

4.2.1 Ayat Dasar Ayat dasar juga dikenali sebagai ayat inti. Ayat ini adalah asas kepada pembentukkan ayat majmuk dan ayat tunggal. Dalam bahasa Melayu, pola atau struktur binaan pada ayat dasar adalah tetap. Terdapat empat pola di dalam bahasa Melayu. Pola-pola ini boleh dijelaskan dalam jadual di bawah. Pola Pola 1 (FN+FN) Pola 2 (FN+FK) Pola 3 (FN+FA) Pola 4 (FN+FSN) Subjek Puan Siti Frasa Nama Nenek Frasa Nama Budak itu Frasa Nama Barang itu Frasa Nama Prediket guru tadika Frasa Nama sedang makan spageti Frasa Kerja comel sungguh Frasa Adjedtif untuk Naim Frasa Sendi Nama

Ayat dasar ini boleh terbina sekurang-kurangnya dengan dua patah perkataan. 4.2.2 Ayat Tunggal Ayat tunggal terdiri daripada satu klausa sahaja dan di dalam klausa tersebut hanya terdapatsatu konstituen subjek dan satu konstituen prediket. Ayat tunggal mempunyai ciri yang sama dengan ayat dasar, namun begitu, terdapat sedikit perbezaan pada kedua-dua ayat tersebut. Salah satu perbezaan yang ketara ialah binaan ayat tunggal tidak semestinya mengikut hukum DM. Ayat tunggal boleh terbina dengan ayat yang sonsang. Ayat tunggal juga boleh terdiri daripada jenis ayat yang lain selain ayat keterangan. Ayat tunggal boleh dibina untuk menjadi ayat tanya atau seruan dan tidak seperti ayat dasar yang hanya membina ayat penyata sahaja. Dapat disimpulkan di sini bahawa ayat dasar dan ayat tunggal mempunyai susunan yang sama pada satu-satu masa. Namun begitu, ayat tunggal adalah berbeza daripada ayat dasar jika prediket

keterangan diubah kepada prediket yang lain. Selain itu, ayat tunggal juga berbeza daripada ayat dasar apabila sesuatu ayat tersebut disonsangkan. 4.2.3 Ayat Transformasi Ayat transformasi juga disebut sebagai ayat terbitan atau terbitan. Penerbitan sesuatu ayat juga hendaklah mematuhi hukum atau rumus transformasi. Rumus atau hukum transformasi ini berfungsi untuk mengubah aturan atau struktur ayat serta

menggugurkan atau memperluaskan sesuatu unsur dalam ayat mahupun frasa. Dalam bahasa Melayu, penerbitan ayat transformasi dilakukan melalui beberapa proses iaitu proses pengguguran, penyusunan semula dan peluasan. 4.2.3.1 Proses Pengguguran Proses pengguguran ini berlaku dengan menggugurkan unsur-unsur tertentu daripada sesuatu binaan ayat. hal ini mengakibatkan sesuatu unsur itu tidak lagi wujud. Proses pengguguran ini berlaku pada bahagian-bahagian tertentu dalam sesuatu ayat. oleh sebab itu, pengguguran boleh dibahagikan kepada empat jenis pengguguran. 4.2.3.1.1 pengguguran subjek kata ganti nama diri orang kedua dalam ayat perintah Dalam ayat perintah jenis suruhan, pengguran sering digunakan. Biasanya, proses ini dipraktikkan dalam kehidupan harian. Sebagai contoh, y Kamu semua jangan bising.

Dalam kehidupan harian kita sering melihat notis-notis yang bertulis jangan bising. Sebenarnya, ayat tersebut telah pun melalui proses pengguguran subjek kata ganti nama diri orang kedua. Ayat di atas adalah ayat asal perkataan tersebut. Namun, melalui proses ini, perkataan kamu semua tekah digugurkan supaya ayat tersebut lebih senang untuk dilafazkan. Lebih penting lagi, pengguguran subjek tersebut tidak menjejaskan maksud asal ayat tersebut. 4.2.3.1.2 Pengguguran subjek frasa nama yang serupa dalam ayat majmuk

Jika terdapat dua subjek yang serupa dalam dua ayat, subjek pada ayat yang kedua boleh digugurkan agar ayat tersebut boleh digabungkan menjadi ayat majmuk jenis gabungan. Contoh proses tersebut boleh dilihat dalam jadual 8 di bawah.

Jadual 8 4.2.3.1.3 Pengguguran prediket frasa kerja yang serupa dalam ayat majmuk. Jika terdapat prediket yang serupa dalam sesebuah ayat majmuk, prediket pada ayat yang kedua boleh digugurkan dan ayat tersebut akan menjadi ayat majmuk jenis gabungan. Contoh proses tersebut boleh dilihat dalam jadual 9 di bawah.

Jadual 9 4.2.3.1.4 Pengguguran (oleh + Frasa nama) dalam ayat pasif Binaan ayat pasif selalunya menggunakan perkataan oleh dan diikuti oleh frasa nama. Oleh itu, proses pengguran ini boleh berlaku dengan menggugurkan (oleh dan frasa nama) tersebut. Hal ini tidak mengubah maksud ayat tersebut. Contoh proses boleh dilihat dalam jadual 10 di bawah.

Jadual 10

4.2.3.2 Proses Penyusunan semula Proses penyusunan semula adalah satu proses di mana ayat tersebut diolah semula membentuk sesuatu ayat yang lebih gramatis yang baharu. Proses ini akan menyebabkan berlakunya sedikit pengguguran, penggantian dan penambahan pada ayat yang baharu. Proses penyusunan ini dapat dikelaskan kepada tiga kumpulan. 4.2.3.2.1 Penyusunan semula frasa nama sebagai subjek Proses penyusunan ini boleh diibaratkan sebagai proses menukar ayat aktif kepada ayat pasif. Frasa nama yang berfungsi sebagai objek atau penyambut dalam sesuatu ayat aktif akan diletakkan ke hadapan ayat manakala subjek ayat akan diletakkan selepas frasa kerja dalam ayat pasif. Contoh proses tersebut boleh dilihat dalam jadual 11 di bawah.

Jadual 11 4.2.3.2.2 Penyusuan semula frasa nama sebagai objek Proses penyusunan semula ini berlaku pada ayat-ayat yang mempunyai dua jenis objek iaitu objek tepat dan objek sipi. Penyusunan semula ini akan menyebabkan frasa nam yang menjadi objek sipi berpindah kedudukan menjadikannya objek tepat dalam ayat yang baharu. Objek tepat pula akan berpindah ke akhir ayat selepas kata sendi nama kepada. Kata kerja yang diakhiri dengan imbuhan i pula akan ditukarkan dengan kata imbuhan kan. Contoh proses ini boleh dilihat dalam jadual 12 di bawah.

Jadual 12

4.2.3.2.3 Penyusunan semula melalui ayat songsang Penyusunan semula ayat songsang berlaku pada ayat-ayat songsang yang mengandungi keterangan tempat, masa, syarat, musabab dan seumpamanya. Proses ini berlaku dengan unsur keterangan diletakkan ke hadapan ayat agar unsur keterangan itu dapat menjadi fokus. Contoh proses ini boleh dilihat dalam jadual 13 di bawah.

Jadual 13 4.2.3.3 Proses Peluasan Proses peluasan bermaksud penambahan unsur-nsur dalam ayat yang baharu. Terdapat beberapa jenis peluasan dalam bahasa Melayu. Secara lebih tepat, terdapat tiga jenis peluasan dalam bahasa Melayu. 4.2.3.3.1 Peluasan subjek kata nama Subjek yang terdiri daripada frasa nama boleh dipeluaskan dengan

memancangkan satu ayat yang lain kepada subjek asal dengan menggunakan kata relatif yang. Contoh proses ini boleh dilihat dalam jadual 14 di bawah.

Jadual 14 4.2.3.3.2 Peluasan frasa prediket

Peluasan frasa prediket ini berlaku jika sesuatu frasa nama dalam ayat yang hendak dipancangkan itu berfungsi sebagai subjek kepada ayat pancangan tersebut. Contoh proses ini boleh dilihat dalam jadual 15 di bawah.

Jadual 15 4.2.3.3.3 Peluasan kata hubung Peluasan kata hubung berlaku dengan menggabungkan ayat dengan

menggunakan kata hubung seperti tetapi, jika dan sebagainya. Kata hubung ini berfungsi untuk menghasilkan ayat terbitan jika terdapat dua unsur frasa dalam ayat. contoh proses ini boleh dilihat dalam jadual 16 di bawah.

Jadual 16 4.2.3.4 Ayat Majmuk Ayat majmuk ialah gabungan dua atau lebih ayat tunggal. Penggabungan ini menyebabkan terdapat lebih daripada dua subjek atau lebih daripada dua prediket. Ayat majmuk biasanya digabungkan dengan menggunakan kata hubung.contohnya: a) Aziz sedang membaca buku.(ayat tunggal) b) Azizan mengemas bilik.(ayat tunggal) c) Aziz sedang membaca buku sementara Azizan sedang mengemas bilik). (ayat majmuk) Ayat majmuk dapat dibahagikan kepada tiga jenis. 4.2.3.4.1 Ayat majmuk gabungan

Ayat majmuk gabungan ialah ayat yang dibina oleh dua atau lebih klausa bebas dengan menggunakan kata hubung seperti dan, atau, tetapi, serta, lalu dan sebagainya. Koma( , ) mungkin digunakan jika gabungan terdiri daripada tiga atau lebih klausa. Ayat majmuk gabungan boleh jadi ayat yang mengandungi fakta yang sejajar atau fakta yang bertentangan. Untuk fakta yang bertentangan, kata hubung seperti dan, serta, tambahan, pula, sambil dan sebagainya digunakan. Untuk fakta yang bertentangan, kata hubungan seperti tetapi, sebaliknya, padahal, sementara dan sebagainya digunakan. 4.2.3.4.2 Ayat majmuk pancangan Ayat majmuk pancangan ialah ayat yang dibentuk oleh klausa yang tidak setara. Ini bermakna dalam ayat berkenaan klausa terdapat satu tak klausa bebas atau ayat kecil. Ayat kecil

utama dan satu

atau

lebih

bebas atau ayat

dipancangkan di dalam ayat utama dengan menggunakan kata hubungan seperti yang, bahawa, kerana, jika, apabila, sungguhpun dan sebagainya. Dalam bahasa Melayu, ayat majmuk pancangan dapat dibahagikan kepada tiga jenis iatu ayat relatif, ayat komplemen, dan ayat keterangan. Ayat Relatif Ayat relatif terdiri daripada satu klausa bebas atau ayat utama dan satu atau lebih klausa terikat atau ayat kecil. Ayat kecil dipancangkan ke dalam subjek ayat utama atau predikat ayat utama dengan menggunaka kata hubung. Perhatikan contoh berikut: 1) Kanak-kanak yang cedera itu rupa-rupanya anak Leman. (2) Kanak-kanak itu rupa-rupanya anak Pak Leman (3) Kanak-kanak itu cedera

Ayat (3) telah dipancangkan kepada subjek ayat utama dan dijadikan ayat kecil dengan menggugurkan ``kanak-kanak itu'' dan menggunakan kata hubung yang. Ayat komplemen Ayat majmuk komplemen ialah ayat utama yang dipancangkan dengan ayat kecil yang seterusnya menjadi komplemen kepada ayat utama. Perhatikan contoh berikut: Dia memberitahu sesuatu Jika sesuatu itu diterangkan sebagai ``giginya sakit'' atau ``membeli baju baru'' atau ``akan bertolak ke Kuala Lumpur esok'' maka ayat komplemen dapat dibentuk dengan menggunakan kata hubung bahawa atau yang. Dia memberitahu giginya sakit Dia memberitahu membeli baju baru Dia memberitahu akan bertolak ke Kuala Lumpur esok. Ayat kecil yang ditaip tebal dalam contoh di atas merupakan objek kata kerja transitif. Selain itu, subjek juga boleh diterangkan sebagai ayat kecil dan menjadi komplemen ayat utama. Ayat keterangan Ayat majmuk keterangan ialah ayat majmuk yang terdiri daripada satu ayat utama dan satu atau lebih ayat kecil yang bertugas sebagai keterangan kepada predikat. Contoh: Pemain hoki negara gagal kerana tidak bersedia. Oleh sebab dia memandu terlalu laju, Atan menerima empat saman

Ayat kecil dalam ayat majmuk keterangan menerangkan kata kerja dalam ayat utama, iaitu Pemain hoki negara gagal dan Atan menerima empat saman. Ayat majmuk keterangan dibina untuk pelbagai tujuan dengan menggunakan kata hubung yang tertentu. Contoh-contoh kata hubung dalam ayat keterangan seperti kerana, oleh, sebab, lantaran, hingga sehingga, jika, kalau, sekiranya, andainya, setelah, tatkala, sementara, ketika, sambil, agar, supaya, kalau-kalau, untuk, bagi, demi, dengan, sungguhpun, walaupun, meskipun, sekalipun, seperti, bagai, macam, bak, umpama.

4.2.3.4.3 Ayat majmuk campuran Ayat majmuk jenis campuran adalah yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat. Ayat yang terhasil daripada penggabungan ayat tunggal dan ayat majmuk atau beberapa ayat majmuk yang lain. Biasanya, ayat jenis ini panjang. Panjang pendek bukanlah kriteria ayat majmuk campuran tetapi bilangan subjek dan predikatnya atau bilangan klausanya. Perhatikan contoh-contoh di bawah. Klausa utama ditandakan `U' dan bilangannya dinomborkan; ayat kecil ditandakan 'K' dan bilangannya dinomborkan. contoh 1: Negara mengalami masalah ekonomi (U1) tetapi keadaannya bertambah baik (U2) apabila pertumbuhan eknomi mula berkembang semula (K1). (Ayat campuran ini terdiri daripada ayat gabungan dan ayat keterangan waktu; atau dua ayat utama dan satu ayat kecil).

5.1.1 JENIS AYAT Ayat dikategorikan kepada jenis-jenis tertentu berdasarkan intonasi ayat itu. Berdasarkan lagu bahasa dan tujuannya, ayat-ayat bahasa Melayu dapat dibahagikan kepada empat jenis iaitu: Jenis Ayat

Ayat perintah

Ayat tanya

Ayat penyata

Ayat seruan

5.1.1.0 AYAT PENYATA

Menurut Kamus Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (halaman 441), ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu penyataan

Tujuan untuk menyatakan atau memberikan keterangan tentang sesuatu perkara, benda atau orang

AYAT PENYATA

Diujarkan dengan intonasi sederhana dan diakhiri dengan nada penutup turun

Bentuk asas ayat penyata terdiri daripada unsur subjek dan predikat dan boleh terdiri dari ayat tunggal atau ayat majmuk

Mensyuarat itu Subjek

berjalan lancar Predikat

5.1.1.1 AYAT TANYA. Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk tujuan menanyakan sesuatu hal, seseorang atau benda. Intonasi ayat tanya berbeza daripada ayat penyata dari segi nada

akhirnya, iaitu nada menaik. Namun demikian, dalam ujaran sebenar ada penutur yang menggunakan intonasi bentuk ayat penyata bagi tujuan menanyakan soalan atau mendapatkan respons daripada pendengar. Contoh ayat : 1. Apakah nama anda? 2. Siapakah yang tinggal di rumah itu? 5.1.1.2 AYAT PERINTAH AYAT PERINTAH

Ayat yang digunakan dengan tujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan. ditujukan kepada orang kedua dengan menggunakan kata ganti nama orang kedua seperti awak, kamu, engkau dan sebagainya yang biasa digugurkan

Diujarkan dengan intonasi perintah, iaitu intonasi menurun dengan nada keras pada mana-mana perkataan yang hendak ditekankan maksudnya

Penggunaan kata khusus seperti jangan, usah sila, jemput, tolong, minta dan sebagainya.

Ayat suruhan Baca buku ini sekarang!

Ayat silaan Ayat permintaan Sila masuk Tolong buka pintu itu Ayat larangan

Jangan merokok dalam bilik

5.1.1.3 AYAT SERUAN Ayat yang bertujuan untuk melahirkan berbagai-bagai perasaan seperti gembira, sedih, kagum, terkejut, geram dan sebagainya

Intonasi seruan ini digambarkan dalam tulisan dengan tanda seru (!) yang biasanya terletak di akhir ayat, sama ada ayat itu didahului oleh kata seru atau tidak. Penggunaan kata : oh, amboi, wah, cis, eh, aduh, syabas, wahai dan sebagainya. Contoh ayat : 1) Aduh. Sakitnya kakiku ! 2) Wahai anak-anakku, berbaktilah kepada negara ! 4.8 RAGAM AYAT Ayat dalam bahasa melayu boleh terdiri daripada ayat aktif dan ayat pasif. Pembahagian ayat sedemikian adalah dengan melihat kedudukan unsur-unsur yang berkaitan dengan konstituen subjek dan predikat. 4.8.1 AYAT AKTIF Definisi Ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai judul atau unsur yang digunakan. Contoh ayat aktif ialah : SUBJEK KATA KERJA Saya menyaksikan kemalangan itu Saya Menyaksikan berlaku Dia mengelamun sepanjang hari Dia Mengelamun Ayat aktif dapat dibahagikan kepada 2 iaitu : a) Ayat Aktif Transitif Ialah ayat yang mengutamakan subjek asal sebagai judul dan ayat ini mengandungi kata kerja transitif yang diikuti oleh frasa nama sebagai objek, contohnya : AYAT AKTIF TRANSITIF SUBJEK PREDIKAT Kata Kerja Objek AYAT

Transitif Pekerja itu Mencuci Air hujan Membasahi Taufan Memusnahkan Anak ayam Mencari

Bangunan Bajunya Harta benda Ibunya

Ayat aktif yang mengandungi kata kerja transitif boleh mengandungi 2 objek sebagai penyambut, iaitu objek tepat dan objek sipi, contohnya : AYAT AKTIF TRANSITIF PREDIKAT Kata Kerja Objek Transitif Tepat Menghadiahi Muridnya Menjahitkan Membelikan Adik Emak

SUBJEK Guru Ibu Abang

Objek Sipi Jam tangan Baju kurung Beg tangan

Objek tepat ialah objek yang menjadi penyambut langsung kepada kata kerja transitif. Objek sipi ialah yang menjadi penyambut tak langsung kepada kata kerja.

Ayat aktif transitif yang mengandungi 2 objek ini boleh diubah binaannya seperti berikut : AYAT AKTIF TRANSITIF PREDIKAT Kata Kerja Objek Transitif Menghadiahkan Jam tangan Menjahit Baju kurung Membeli Beg tangan

SUBJEK Guru Ibu Abang

Frasa Sendi Nama Kepada muridnya Untuk adik Untuk emak

Dalam contoh di atas objek tepat yang asal telah mendapat kata sendi nama di hadapannya lalu terbentuklah frasa sendi nama yang bertugas sebagai keterangan, objek sipi yang asal menjadi objek tepat yang baru. b) Ayat Aktif Tak Transitif

Ialah ayat yang mengandungi kata kerja tak transitif, iaitu kata kerja yang tidak diikuti oleh sebarang frasa nama sebagai objek atau penyambut. Ayat ini dapat dibahagikan kepada 2 iaitu : i. Ayat aktif tak transitif dengan keterangan yang boleh digugurkan Ayat ini boleh mengandungi frasa keterangan secara pilihan, iaitu boleh dikekalkan atau ditiadakan, contohnya : y Pekerja sedang berehat di bawah jambatan. - Pekerja sedang berehat. y Pokok itu membesar dengan cepat. - Pokok itu membesar. ii. Ayat aktif tak transitif dengan keterangan yang tidak boleh digugurkan Ayat ini mesti diikuti oleh unsur pelengkap untuk menyempurnakan maksud ayat. Pelengkap ini berfungsi sebagai frasa keterangan yang tidak boleh digugurkan, contohnya : y Bas itu menghala ke timur. - Bas itu menghala y Penyakitnya beransur sembuh. - Penyakitnya beransur. Ayat di atas menunjukkan ayat yang tidak gramatis dan tidak sempurna maksudnya kerana unsur keterangan tidak boleh ditiadakan.

4.8.2 AYAT PASIF Definisi Ialah ayat yang asalnya terbentuk daripada ayat aktif transitif, iaitu ayat yang mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan, contohnya : CONTOH AYAT PASIF Bangunan dicuci oleh pekerja itu Bajunya dibasahi oleh air hujan Buku itu kami baca

Pada umumnya, ayat pasif dalam bahasa melayu terbahagi kepada 3 bentuk yang berikut : a) Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif Ayat pasif jenis ini mengandungi imbuhan kata kerja pasif di- dan ter-, contohnya :

SUBJEK

Akhbar itu Makanan itu Rumahnya Terbina

AYAT PASIF PREDIKAT Kata Kerja Pasif Oleh + FN Keterangan Sudah dibaca Oleh bapa Semalam Dimasak Oleh emak Sebentar lagi Oleh jurubina Dalam setahun masa

Untuk ayat pasif yang menggunakan imbuhan kata kerja pasif di- seperti di atas, kata sendi nama oleh secara langsung boleh digugurkan tanpa menjejaskan maksud ayat, contohnya : y Akhbar itu sudah dibaca bapa semalam y Makanan itu dimasak emak sebentara tadi Hal ini berbeza dengan ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif ter-, iaitu kata sendi nama oleh tidak boleh digugurkan kerana boleh menjejaskan maksud ayat dan dianggap tidak gramatis atau sempurna, contohnya : y Rumahnya terbina jurubina dalam masa setahun Ayat pasif juga boleh dibentuk dengan kata kerja yang mengandungi imbuhan berdan ke- -an. Dalam ayat demikian, bahagian oleh + frasa nama biasanya tidak diperlukan, contohnya : AYAT PASIF PREDIKAT Kehujanan sepanjang hari Kegusaran Bersulam dengan benang emas Belum basuh

SUBJEK Murid-murid itu Mereka semua Sapu tangannya Kasut sekolahnya

b) Ayat pasif dengan kata ganti nama diri orang pertama dan kata ganti nama orang kedua Ayat ini menggunakan kata ganti nama seperti saya, aku, ku, engkau, kau, anda kami dan kita yang diikuti secara langsung oleh kata kerja dasar. Kata ganti nama diri sedemikian tidak boleh menerima kata kerja imbuhan di- dalam ayat pasif, contohnya : AYAT PASIF PREDIKAT

SUBJEK

Kata Kerja Pasif Keterangan dengan KGD I/KGD II Bukunya Sudah saya Semalam kembalikan Kejayaan Akan kita raikan Bersamaini sama Hutangnya Belum kaujelaskan Sepenuhnya Barang itu Mesti awak Kesemuanya pulangkan c) Ayat pasif dengan perkataan kena yang hadir sebelum kata kerja Ayat pasif jenis ini mengandungi perkataan kena di hadapan kata kerja dasar yang tidak menerima awalan. Binaan oleh + frasa nama dalam ayat sedemikian boleh secara pilihan digugurkan, contohnya ; AYAT PASIF PREDIKAT Kata Kerja oleh + frasa nama Dasar Rampas Oleh kastam Pukul Oleh penduduk kampung Curi Oleh perompak Marah Oleh guru

SUBJEK Kata kena Barang itu Kena Pencuri itu Kena Permata itu Mereka Kena Kena

2.4 Rumusan: Sintaksis adalah secara etimologis bererti menempatkan bersama-sama katakata menjadi kelompok kata, dan kelompok kata menjadi ayat. Menurut istilah sintaksis dapat didefinisikan sebagai bahagian dari ilmu bahasa yang membicarakan selok belok ayat, klausa, dan frasa. Sintaksis terkandung dengan 4 frasa iaitu frasa nama, frasa adjektif, frasa sendi nama dan frasa kerja. Dalam setiap frasa pula mengandungi beberapa sifat dan binaan ayat. Manakala frasa ialah satu unit tatabahasa berdasarkan kata susunan yang mengandungi satu atau dua perkataan yang berpotensi untuk diluaskan menjadi dua perkataan atau lebih. Ciri frasa nama (FN) terdiri daripada satu perkataan atau beberapa binaan dalam satu ayat. Manakala frasa kerja (FK) terdiri daripada kata kerja transitif dan tak transitif. Frasa Adjektif (FA) pula susunan perkataan terdiri daripada satu atau beberapa perkataan yang mengandungi kata sifar(Ajdektif). Akhir sekali,

Frasa Sendi Nama (FSN) yang terdiri daripada satu sendi nama dan satu frasa sebagai pelengkap. Klausa pula merupakan unit gabungan perkataan yang mengandungi subjek dan predikat. Fungsi klausa sebagai konstituen kepada ayat. Jenis klausa terdiri daripada klausa bebas dan klausa terikat.

Daripada definisi-definisi yang telah dikemukakan, dapat disimpulkan bahawa sintaksis adalah bahagian daripada tatabahasa yang membicarakan kaedah kombinasi kata menjadi satuan gramatik yang lebih besar yang berupa frasa, klausa, dan ayat, serta penempatan morfem-morfem suprasegmental (intonasi) sesuai dengan struktur semantik yang diinginkan oleh pembicara sebagai dasarnya.

5.0 REFLEKSI Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Illahi kerana saya dapat menyiapkan tugasan ini pada tarikh yang sepatutnya. Sepanjang proses melaksanakan folio ini, banyak maklumat yang saya telah peroleh mengenai apa itu Bahasa Melayu 1 Akademik ,Sebelum ini, saya hanya bercakap, membuat ayat tanpa mengetahui sebenarnya ada pola ayat dasar dalam Bahasa Melayu. Selain itu, saya dapat belajar membuat aya tdengan betul. Banyak jenis ayat yang saya dapat tahu melalui kerja kursus ini. Contohnya, ayat tunggal, ayat majmuk campuran, pancangan dan gabungan. Juga dapat mempelajari membuat rajah pohon. Sebelum ini, saya tidak pernah tahu apa iyurajah pohon. Tidak kurang juga, menganalisis golongan kata berdasarkan petikan. Serta banyak lagi maklumat yang berguna tentang subjek yang amat menarik ini. Saya telah lebih memahami dan fasih tentang Morfologi dan Sintaksis yang merupakan keperluan sebagai bakal guru bagi mengelakkan saya membuat kesilapan semasa menghasilkan bahan penulisan dan juga semasa proses pengajaran dan pembelajaran selepas melaksanakan tugasan ini. Saya juga berasa keperluan ini amat penting kerana seorang guru yang mempunyai ilmu tentang Morfologi dan Sintaksis maka murid-murid berupaya mengenalpasti dan menggunakan perkataan yang sesuai berdasarkan ilmu yang diajar oleh seorang guru kerana berjaya atau gagalnya sesuatu proses pembelajaran dalam kalangan murid-murid bergantung kepada kemampuan

seorang guru untuk mendedahkan murid kepada pentingnya pembelajaran Morfologi dan Sintaksis.

Di samping itu, semasa melaksanakan tugasan ini terdapat sedikit kesukaran yang saya hadapi ketika dalam proses menyiakan tugasan ini. Dari aspek kesukaran pencarian bahan rujukan di Pusat Sumber IPG Kampus Kota Bharu, masalahnya adalah kerana sumbernya adalah terhad. manakala dalam pengaksesian internet, banyak laman web yang tidak dapat dibuka kerana disekat oleh pihak institut. Hal ini telah menyebabkan saya terpaksa meminjam internet jalur lebar daripada rakan untuk mencari bahan. Walaupun rasa malu tetapi saya menerimanya sebagai satu ujian daripada Allah S.W.T. Secara keseluruhannya saya berasa amat gembira kerana berjaya menyiapkan tugasan ini walaupun ketika itu terdapat banyak tugasan yang perlu diselesaikan dengan segera. Semasa menjalankan analisis, saya sempat mendalami Morfologi terutamanya bentuk kata dan golongan kata. Melalui pemahaman saya, bentuk kata terbahagi kepada empat jenis iaitu bentuk kata tunggal, bentuk kata terbitan, bentuk kata ganda dan bentuk kata majmuk. Ini bermakna bahawa kebanyakkan bahan penulisan mempunyai setiap bentuk kata yang telah dinyatakan. Sementelahan itu, pemahaman saya mengenai golongan kata pula ialah golongan kata merupakan perkataan dalam sesuatu bahasa yang dapat digolongkan ke dalam golongan tertentu berdasarkan beberapa kriteria seperti kriteria struktur fonologi atau bunyi, kriteria struktur morfem, kriteria sintaksis dan kriteria semantic Di samping itu, tugasan ini secara tidak langsung membantu saya untuk mengulang kaji sukatan pelajaran yang saya pelajari terutamanya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu 1. Tugasan ini turut membantu mengeratkan hubungan persaudaraan antara pelajar dan pensyarah melalui sesi kolaborasi yang dijalankan sepanjang proses mendapatkan maklumat dan menyiapkan tugasan ini. Secara tidak langsung, saya telah belajar untuk menerima kritikan dan komen yang membina daripada rakan-rakan mahupun pensyarah. Saya juga berasa bahawa kritikan dan komen yang membina ini

yang dapat memberikan saya peluang untuk memperbaiki kesilapan yang dilakukan terutamanya semasa melaksanakan tugasan dan seterusnya memajukan diri pada masa yang akan datang. Melalui interaksi antara rakan-rakan sekelas, saya dapat mengenali antara satu sama lain dengan lebih dalam lagi terutamanya dari segi komunikasi interpersonal dan komunikasi intrapersonal walaupun terdapat perbezaan antara satu sama lain. Sepanjang melaksanakan tugasan ini, saya mendapati bahawa semangat kerjasama amatlah penting dalam sesebuah kumpulan. Berdasarkan pengalaman saya melakukan tugasan kumpulan, saya mendapati proses menyiapkan tugasan menjadi cepat dan mudah sekiranya setiap ahli kumpulan bekerjasama antara satu sama lain. Saya dan rakan sekumpulan berjaya menyiapkan tugasan kumpulan dalam masa yang ringkas melalui pembahagian tugasan memandangkan masa yang ditetapkan untuk menghasilkan tugasan ini dalam tempoh yang singkat. Walaupun, kadang-kadang saya dan rakan sekumpulan bercanggah pendapat antara satu sama lain, tetapi, kami berjaya mengatasi masalah tersebut. Malahan, saya merasakan melalui percanggahan pendapat tersebut, kami dapat mengetahui kelemahan masing-masing dan menjadi lebih matang dalam melakukan sesuatu dan seterusnya dapat memperbaiki lagi kelemahan yang sedia ada dan mutu tugasan yang dihasilkan.

Kesimpulannya, tugasan ini telah memberi banyak kebaikan kepada diri saya.Bukan sahaja dapat menambah pengetahuan, tetapi juga dapat menguji kecekapandan kesabaran saya.

You might also like