You are on page 1of 3

Definisi usahawan dan keusahawanan

Perkataan ‘entrepreneur’ adalah dalam bahasa inggeris berasal daripada bahasa Peranchis
‘entreprendre’ yang bermaksud memikul atau mencuba.manakala dalam bahasa Malaysia
istilah usahawan sebenarya berasal dari perkataan ‘usaha’. Menurut kamus dewan, usaha
ialah daya upaya termasuk ikthiar, kegiatan, perbuatan dan lain-lain hal untuk
melaksanakan atau menyempurnakan sesuatu pekerjaan.

Terdapat pelbagai definisi yang telah diberikan ke atas usahawan dan


keusahawanan. Schumpeter (1934) dalam Dollinger (1995) mendefinsikan keusahawanan
sebagai syarikat yang melaksanakan kombinasi baru bagi pembangunan produk dan
perkhidmatan baru, sumber baru untuk bahan mentah, kaedah baru pengeluaran, pasaran
baru dan organisasi berbentuk baru. Manakala Cole (1969) mendefinisikan
keusahawanan sebagai aktiviti yang mendatangkan manfaat melalui pembangunan
perniagaan yang berorientasikan keuntungan

Di samping itu, Kuratko & Hodgetts (1992) telah menyatakan dengan jelas apa
yang dimaksudkan dengan usahawan. Mereka menyatakan bahawa “entrepreneur is one
who undertakes to organize, manage and assume the risks of busness” selain daripada itu,
Dollinger (1995) menyatakan bahawa kewujudan usahawan bukanlah satu fenomena
yang baru, usahawan telahpun muncul dan wujud di sepanjang perjalanan sejarah, tetapi
konsep dan pelaksanaanya pada masa lalu dan sekarang adalah berbeza dari segi
penciptaan dan penerokaan.

Kirzner (1979) pula telah mendefinisikan usahawan sebagai individu yang


sentiasa berwaspada ke atas peluang-peluang perniagaan yang orang lain tidak
menyedarinya.usahawan akan mengambil tindakan secara imaginative, kreatif dan
inovatif. Selanjutnya beliau menyatakan:

“Entrepreneur is more than a just a risk-taker and innovator. He or she is the


one who sees the future that no one else has seen and. If this perception is
correct, bring about a reordering of resources to produce greater consumer
satisfaction and technological efficiency”.

Seterusnya, Stevenson, Roberts & Grousbeck (1989) telah memberi definisi yang
lebih berani dengan menyatakan keusahawanan sebagai kesediaan individu untuk
merebut peluang tanpa mengambil kira sumber semasa yang ada dalam kawalanya. Hasil
daripada pelbagai definisi yang telah diberikan menjurus Dollinger (1995) untuk
mendefinisikan keusahawanan sebagai pembentukan syarikat ekonomi yang inovatif bagi
tujuan keuntungan atau perkembangan serta kesediaan untuk berhadapan dengan risiko
dan ketidakpastiaan. Definisi-definisi yang telah diberikan di atas mendapati
keusahawanan mempunyai kaitan rapat dengan usaha-usaha pembentukan, perubahan
dan pembangunan bagi mewujudkan kombinasi baru dalam melaksanakan aktiviti yang
berkaitan denganya.
Daripada keterangan di atas dapatlah difahami bahawa setiap individu
mempunyai peluang untuk menjadi usahawan. Yang membezakan di antara usahawan
dengan bukan usahawan ialah kesediaan mereka untuk mengadunkan kreativiti, inovasi,
pengambilan risiko dengan kesungguhan

Definisi Keusahawanan Mengikut Ahli Ekonomi

Richard Cantillon dalam Hisrich & Peter (1998), telah melihat usahawan sebagai
individu yang bersedia untuk memikul risiko dan amat berbeza daripada mereka yang
hanya menawarkan modal dengan mengharapkan pulangan tetap. Usahawan juga dilihat
sebagai berbeza daripada kapitalis yang menawarkan modal tetapi pada masa yang sama
mengeksploit pihak yang menggunakan modal mereka. Sebaliknya, Cantiilon melihat
usahawan sebagai agen yang membeli alat-alat pengeluaran bagi menghasilkan
produkyang boleh dipasarkan. Walau bagaimanapun, semasa membuat pembelian,
usahawan tidak pasti akan harga yang bakal diterimanya di mana terdapatnya unsur unsur
risiko dan juga spekulasi. Segala-galanya bergantung kepada kebolehan yang dimiliki
oleh usahawan. Manakala bagi J. B. Say dalam Hisrich & Peter (1998) telah meluaskan
idea yang dinyatakan oleh Cantillon di mana J. B. Say telah mengasingkan konsep
keuntungan bagi usahawan daripada keuntungan modal.

Alfred Marshall yang merupakan seorang ahli ekonomi yang berbangsa Inggeris
telahpun menghuraikan secara jelas mengenai keusahawanan di dalam bukunya yang
berjudul 'The Principle of Economies' pada tahun 1946 (Dollinger, 1995). Beliau
menerangkan mengenai ahli perniagaan dan juga bagaimana sesuatu perniagaan
berkembang melalui proses masa iaitu dari sebuah syarikat
perniagaan runcit hingga menjadi syarikat besar yang menjalankan pelbagai aktiviti
perniagaan. Di sini Marshall menerangkan tentang hayat sesebuah perniagaan yang
terlalu bergantung kepada dengan syarikat induk akan hilang apabila pemiliknya
meninggal dunia. Ketiadaan pemilik akan menimbulkan soal pengganti bagi meneruskan
perniagaan dan juga soal perebutan dan pembahagian harta di antara warisnya. Proses
hayat sesebuah perniagaan dari awal pembangunannya hinggalah ke peringkat luput
dianggap sebagai satu proses evolusi oleh Marshall.

Keusahawanan Menurut Perspektif Sosiologi

Sumbangan yang diberikan oleh ahli-ahli sosiologi tidak boleh dipandang ringan kerana
mereka telah memperkayakan ilmu keusahawanan terutamanya dari segi teori dan model
yang dikemukakan. Salah seorang ahli sosiologi bernama Max Weber (1958) telah
menghuraikan bahawa keusahawanan terdiri daripada elemen keagamaan yang dijadikan
landasan untuk mencapai kejayaan dalam aktiviti ekonomi. Beliau mengatakan bahawa
kejayaan golongan Protestant di dalam kegiatan ekonomi adalah disebabkan oleh ajaran
yang terdapat dalam agama Protestant. Beliau cuba menunjukkan bahawa kejayaan
golongan ini adalah disebabkan oleh pegangan yang kuat kepada agama menjadi
dorongan utama kepada golongan Protestant untuk mencapai kejayaan dalam bidang
ekonomi. Weber teiah menulis dengan panjang lebar mengenai model keusahawanan
di dalam yang bertajuk bukunya 'The Protestant Ethics and The Spirit of Capitalism'.
Sementara itu, Gibbs (1972) yang merupakan seorang tokoh akademik telah
mengemukakan satu mode! keusahawanan yang dipanggil model pembangunan sosial.
Model ini menyatakan proses yang dilalui serta perhubungan sosial yang dilakukan oleh
seseorang memaksa diri mereka untuk melakukan perubahan dengan mengambil
keputusan untuk menceburkan diri dalam perniagaan. Langkah yang diambil akan
memberi kesan yang berbeza pada individu yang menceburkan diri dalam bidang
keusahawanan kerana ia bergantung kepada kesungguhan, personaliti dan persiapan yang
dilakukan sebelum menceburi bidang ini.

Keusahawanan Menurut Perspektif Psikologi

Model Psikodinamik yang diutarakan oleh De Vries dalam Dollinger (1995) menyatakan
bahawa usahawan merupakan individu yang semasa kecilnya tidak berpeluang untuk
mendapat kemudahan-kemudahan tertentu menyebabkan dalam keadaan yang tertekan ini
mendorongnya untuk memberontak dengan mencari satu alternatif bagi mengubah
kehidupan mereka. Bagi golongan ini
keusahawanan merupakan bidang yang penting untuk mengubah kehidupan masa depan
yang lebih terjamin.

Keusahawanan dari perspektif Islam

Islam merupakan satu cara hidup yang mengiktiraf keusahawanan sebagai salah
satu daripada cabang ibadat sehingga bersedia mengakui bahawa 90% daripada sumber
rezeki datangnya daripada hasil perniagaan. Sejarah keusahawanan Islam telah bermula
sejak awal kejadian manusia di mana dua orang anak bapa segala manusia iaitu Nabi
Adam Alaihissalam telah mempefopori dua bidang utama keusahawanan iaitu Habil
mempelopori bidang pertanian dan Qabil mempelopori bidang ternakan, Sejarah Islam
juga telah membuktikan kebanyakan nabi yang diutuskan oleh Allah (SWT) telah
mencebur din dalam bidang keusahawanan sama ada bidang pertanian, ternakan,
pertukangan dan perniagaan yang bukan setakat dalam negara tetapi sehingga ke
penngkat antarabangsa.

You might also like