You are on page 1of 9

Prabagaran a/l Periasamy Kemahiran Hidup Kump 2

Tuliskan sebuah esei pendek yang menjelaskan maksud ilmu psikologi


pendidikan dan kepentingannya kepada guru. Esei tersebut harus merangkumi
a) Konsep Psikologi Pendidikan
b) Kepentingan ilmu Psikologi Pendidikan kepada guru dalam pelaksanaan
proses pengajaran dan pembelajaran.

Perkataan psikologi berasal dari dua perkataan Greek, iaitu ‘pyche’ (jiwa)
dan ‘logos’ (kajian terhadap sesuatu). Terdapat ramai ahli psikologi yang
menghuraikan pengertian psikologi mengikut pemahaman masing-masing.
Antaranya ialah William (1960), mengatakan bahawa psikologi ialah cabang
kajian saintifik tentang tingkah laku dan aktiviti manusia. Selain itu, Whittaber
(1970) dalam bukunya, Introduction to Psychology, menghuraikan psikologi
sebagai sains tingkah laku.Fantino (1974) pula menjelaskan psikologi sebagai
penyelidikan saitifik terhadap mimpi, fantasi, ingatan, pemikiran kebimbangan
dan sensasi manusia. Menurut Murphy (1975), psikologi merupakan sebagai
ilmu yang mengkaji tindak balas yang diberi oleh manusia terhadap rangsangan
persekitaran. Kalish (1977) menyatakan psikologi ialah sains yang digunakan
untuk memahami, meramal, dan mempengaruhi tingkah laku manusia. Baron
(1989) pula mengertikan psikologi ialah sains yang mengkaji tingkah laku dan
proses-proses mental manusia. Oleh itu, psikologi boleh diertikan sebagai satu
kajian mengenai sesuatu yang memberikan kesan kepada jiwa seseorang.
Terdapat empat konsep asas dalam psikologi iaitu naluri, keperluan,
desakan dan motivasi. Naluri ialah tenaga atau kuasa semulajadi yang
mendorongkan seseorang individu bertindak balas dengan cara tertentu. Ia
merupakan tingkah laku yang diwarisi sejak lahir dan bukan diperolehi daripada
pengalaman ataupun pelajaran. Keperluan ialah keinginan memenuhi
kekurangan seseorang individu dari aspek fisiologi dan psikologi. Desakan ialah
tindakan atau perubahan tingkah laku akibat satu-satu keperluan fisiologi yang
tidak dipenuhi. Ia merupakan kecenderungan untuk mengekalkan keseimbangan
sesuatu keadaan fisiologi seperti lapar dan dahaga. Motivasi merupakan
perangsang yang membangkitkan dan mengekalkan minat seseorang individu ke

1
Prabagaran a/l Periasamy Kemahiran Hidup Kump 2

arah mencapai sesuatu matlamat tertentu termasuklah mengubah sikap, minat


dan tingkah lakunya. Ia biasanya diwujudkan kerana keperluan fisiologi atau
psikologi yang timbul.

Pendidikan mengikut pandangan umum ialah aktiviti-aktiviti yang


berkaitan dangan pembentukan dan perkembangan ilmu, kemahiran, kerohanian
dan jasmani manusia. Secara khususnya, pendidikan boleh diertikan sebagai
aktiviti persekolahan. Ini bermakna pendidikan merupakan aktiviti-aktiviti yang
mempunyai objektif, rancangan dan organisasi untuk mendidik murid-murid
supaya menjadi insan yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia dan
menguasai kemahiran tertentu serta berupaya menyesuaikan diri dalam
masyarakatnya pada masa depan. Usaha utama pendidikan ialah menyediakan
seseorang individu memainkan peranan yang positif dan berkesan dalam
masyarakat. Di dalam usaha ini, pendidikan menjadi suatu agen untuk
menyebarkan dan mengekalkan kebudayaan yang sesuai dengan kemajuan dan
pembangunan semasa. Dalam masyarakat moden ini, pendidikan adalah penting
untuk mennyediakan masyarakat untuk menghadapi cabaran kehidupan dan
pembaruan serta membuat pengubahsuaian demi memberikan sumbangan
untuk pembangunan masyarakat itu.
Perkataaan pendidikan mempunyai tafsiran yang berlainan bagi setiap
individu. Pengertian pendidikan sentiasa berubah mengikut peredaran zaman,
tujuan dan tugasnya. Di dalam buku A Philosophy of Education, John Macdonald
menghuraikan perbezaan pendidikan di antara masyarakat primitif dengan
masyarakat moden. Menurut beliau, pengertian pendidikan didalam masyarakat
primitif ialah latihan vokasional dan pelajaran adat resam, kepercayaan serta
cara sembahyang disampaikan melalui tunjuk ajar dengan secara tidak langsung
daripada keluarga dan pergaulan dengan orang dewasa. Manakala pengertian
pendidikan dalam masyarakat moden merupakan latihan khusus menguasai
kemahiran dan memperolehi ilmu pengetahuan yang penting untuk kehidupan
disampaikan melalui pengajaran secara langsung daripada guru yang berilmu
tinggi serta mempunyai kemahiran mengajar. Seorang pakar pendidikan yang

2
Prabagaran a/l Periasamy Kemahiran Hidup Kump 2

lain, T.H.Huxley, di dalam bukunya, Science of Education, menegaskan orang


yang benar-benar dikatakan berpendidikan sempurna akan bersedia berkhidmat
untuk kemajuan diri dan masyarakatnya serta rela melaksanakan kerjanya
dengan ikhlas dan patuh kepada undang-undang alam, penuh bertenaga,
bersemangat, berseni dan bermasyarakat. Mengikut pandangan tokoh-tokoh
Islam, proses pendidikan merupakan penyatuan semua ilmu pengetahuan di
dalam Al-Quran yang menjadi teras pendidikan. Mengikut mereka, pendidikan
boleh memainkan peranan ke arah mewujudkan keseimbangan antara potensi
fizikal, intelek dan rohani manusia. Dari pandangan tokoh-tokoh pendidikan
Timur, ramai di antara mereka berpendapat peranan utama pendidikan ialah
membina tingkah laku manusia supaya menjadi orang yang berakhlak mulia
mengikut peraturan serta taat dan cinta kepada perintah dan negara.
Mengikut Sharifah Alwiah Alsagoff, dalam bukunya Falsafah Pendidikan,
menghuraikan pengertian pendidikan sebagai suatu proses persekolahan formal,
proses latihan, proses perkembangan fizikal, intelek, sosial dan emosi seseorang
individu. Selain itu, pengertian pendidikan dikenali sebagai proses indoktrinasi
dengan tujuan agar pelajar mempercayakan apa yang disampaikan. Selain itu, ia
juga sebagai aktiviti yang bersepadu untuk mencapai matlamat seperti
memperoleh kemahiran pengetahuan dan sikap dengan secara intergrasi selain
suatu disiplin, seni dan sains.
Ramai ahli pendidikan pada umumnya mentafsirkan pendidikan sebagai
proses penyediaan kanak-kanak untuk menghadapi kehidupan masa depan
mereka dan membina sahsiah dengan harmonis dan seimbang. Berdasarkan
tafsiran pendidikan oleh beberapa pakar dan ahli-ahli pendidikan, kita boleh
rumuskan pengertian pendidikan ialah suatu proses atau aktiviti yang berusaha
untuk mengembangkan fizikal, intelek, sosial dan emosi seseorang individu.
Selain itu, ia dapat menambahkan kemahiran, kebolehan, pengetahuan dan
pengalaman mereka supaya dapat memberi kegembiraan, faedah dan kemajuan
dalam kehidupannya, membantu serta mendorongnya bertindak dengan cara
yang sihat bagi faedah diri serta masyarakat, bangsa dan negaranya.

3
Prabagaran a/l Periasamy Kemahiran Hidup Kump 2

Psikologi pendidikan ialah gabungan bidangAtan Long (1976),


menghuraikan psikologi pendidikan sebagai sains yang mengkaji tingkah laku
pelajar dalam suasana pembelajaran dalam bilik darjah. Smith (1978)
menjelaskan psikologi pendidikan sebagai kajian saintifik terhadap tingkah laku
individu dalam pendidikan, termasuklah prinsip-prinsip dan kaedah pengajaran
dan pembelajaran yang digunakan untuk menyelesaikan masalah pendidikan.
Slavin (1991) menyatakan psikologi pendidikan ialah kajian tentang murid,
pengajaran dan pembelajaran yang memfokuskan proses pengetahuan,
kemahiran, nilai dan sikap dialihkan daripada guru kepada murid dalam bilik
darjah serta aplikasi prinsip-prinsip psikologi dalam pengajaran.

Ilmu psikologi merangkumi pelbagai topik yang boleh diaplikasikan dalam


berbagai-bagai bidang, khasnya bidang pendidikan seperti pemikiran dan tingkah
laku manusia terhadap pembelajaran. Psikologi pendidikan yang berasaskan
teori pembelajaran merangkumi teknik kajian psikologi ke atas cara bagaimana
manusia belajar dan keberkesanan proses pembelajaran mereka. Maka teori
pembelajaran dan teknik yang digunakan untuk kajian psikologi merupakan
elemen yang penting dalam bidang psikologi pendidikan. Teori pembelajaran
merupakan dapatan kajian ahli-ahli psikologi pendidikan tentang konsep
pembelajaran, faktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran serta proses dan
sebab berlakunya pembelajaran. Teori pembelajaran ini memberikan huraian
tentang unsur, faktor dan mekanisme yang terlibat dalam proses pembelajaran.
Kebanyakan teori pembelajaran adalah dihasilkan daripada kaji selidik atau
pemerhatian. Terdapat pula sesetengahnya dibentuk melalui pemikiran logik
berasaskan falsafah. Kebanyakan teori adalah berlandaskan hiposesis yang
mengandungi andaian-andaian berdasarkan daripada pemerhatian ataupun
pengalaman yang serupa. Hipotesis merupakan andaian yang belum dapat
dibuktikan manakala teori merupakan definisi yang dibentuk daripada kajian
saintifik. Oleh kerana teori dihasilkan di bawah sesuatu keadaan dan tempoh
masa yang tertentu, maka teori itu bukan statik dan kekal seperti hukum atau
teorem yang dibentuk secara empirical. Misalnya, teori-teori pembelajaran yang

4
Prabagaran a/l Periasamy Kemahiran Hidup Kump 2

dibentuk berasaskan falsafah dan logik pada zaman gemilang di Yunani telah
digantikan oleh teori-teori pembelajaran berasaskan kajian saintifik dalam abad
ke-20. Teori pelaziman klasik dibaiki dengan saranan teori pelaziman operan,
dan oleh kerana kekurangan teori behaviorisme dalam bidang kajian
pembelajaran konsep, maka muncullah kajian teori pembelajaran kognitif.
Huraian ini menunjukkan teori yang dibentuk mengandungi kekurangan dan
boleh berubah apabila teori baru yang berkaitan dihasilkan dengan kajian yang
lebih canggih, saintifik dan sitematik. Untuk membentuk teori pembelajaran,
pelbagai jenis penyelidikan telah dikaji dan digunakan. Secara keseluruhannya,
jenis-jenis penyelidikan ini digolongkan dalam dua kategori yang utama iaitu
penyelidikan kuantitif dan penyelidikan kualitatif. Penyelidikan kuantitatif yang
menggunakan data untuk menjelaskan fenomena pembelajaran. Ia merangkumi
kajian pembolehubah yang dikawal atau tidak. Penyelidikan kualitatif yang
menggunakan bahan untuk menjelaskan fenomena pembelajaran yang
mempunyai cirri-ciri khusus yang kompleks. Ia merangkumi teknik pemerhatian,
kajian kes dan interviu. Kesimpulannya, psikologi pendidikan ini amat berguna
bagi guru-guru untuk tujuan memahami tingkah laku pelajar-pelajar dan
memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran.

Di dalam memertabatkan ilmu psikologi pendidikan kepada golongan


pendidik ini, pelbagai pendekatan telah disusun dan diatur demi kepentingan
pendidik itu sendiri. Ini adalah untuk memberikan ilmu pengetahuan tentang teori
dan prinsip psikologi kepada guru supaya mengamalkannya dalam bilik darjah.
Penekanan ini bertujuan agar pendidik dapat mengenalpasti tingkah laku pelajar
mereka sendiri. Ini membolehkan guru memahami mengapa pelajar bertingkah
laku begini atau begitu, membantu pelajar lebih memahami diri mereka sendiri,
membantu guru merancang objektif dan matlamat pembelajaran yang sesuai
dengan pelajarnya. Ini dapat merumuskan langkah-langkah supaya pelajarnya
dapat mencapai matlamat dan objektif pembelajaran yang telah ditetapkannya.

5
Prabagaran a/l Periasamy Kemahiran Hidup Kump 2

Setiap pelajar mempunyai nilai tingkah laku yang berbeza. Jika ini
diterapkan, maka keharmonian kelas itu dapat dibina dan dipupuk sepenuhnya.
Psikologi pendidikan membekalkan guru dengan ilmu pengetahuan, kemahiran
dan sikap mengajar yang berguna dalam aktiviti pendidikan. Matlamat psikologi
pendidikan ialah untuk memahami, memerihal dan menerangkan tingkah laku
pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran, seterusnya meramalkan
tingkah laku gantian yang mungkin berlaku dan mengawal tingkah laku tersebut.
Sebagai contoh, dengan merujuk kepada cara penyelesaian untuk masalah
pelajar, tingkah laku dapat dikawal di mana tingkah laku yang negatif boleh
digantikan dengan tingkah laku positif dengan cara menggalakkan pelajar
melakukan aktiviti-aktiviti yang berfaedah.

Matlamat ahli psikologi tertumpu kepada bidang (Abd. Majid Isa & Rahil
Mahyuddin,1997), iaitu memerihalkan (describe), menerangkan (explain),
mengawal (control) dan meramalkan (predict) sesuatu perlakuan. Apabila
menemui sesuatu masalah tingkah laku, seperti merokok dikalangan awal
remaja (14-15 tahun), ahli psikologi akan cuba memerihalkan perlakuan itu, iaitu
kebiasaannya mereka mencuri untuk merokok. Mereka akan merokok dalam
tandas, dalam semak, di kompleks pasaraya atau rumah kosong. Selepas itu,
ahli psikologi akan cuba menerangkan sebab remaja berkelakuan begitu.
Setelah menerangkan sebab terjadinya tingkah laku, ahli psikologi akan
mencadangkan cara untuk mengawal tingkah laku dan meramalkan tingkah laku
gantian untuk menggantikan tingkah laku buruk remaja itu. Contohnya, melalui
aktiviti yang sihat, seperti bermain badminton atau berjoging pada waktu petang
diramalkan akan dapat memberhentikan tabiat merokok tersebut. Selain itu, ia
dapat menyedarkan guru-guru terhadap perbezaan individu dari segi mental,
fizikal dan minat demi membolehkannya mengajar murid-murid mengikut
kebolehan mereka dengan menggunakan aktiviti kumpulan. Tidak kesemua
murid-murid ini golongan yang ‘mudah faham’. Namun, jika penerapan konsep
berkumpulan ini dijalankan, secara tidak langsung mereka dapat menguasai ilmu
yang dipelajari melalui aktiviti yang sedemikian. Kaedah ini telah pun dijalankan

6
Prabagaran a/l Periasamy Kemahiran Hidup Kump 2

di sekolah-sekolah dimana keputusan mereka lebih baik jika dibandingkan


sebelum ini.

Guru-guru juga dibekalkan ilmu pengetahuan tentang tingkah laku murid


agar membolehkan guru mencegah masalah disiplin yang tidak diingini dalam
bilik darjah dengan berkesan. Guru dapat menjalankan penyelidikan berkaitan
isu-isu dalam bidang pendidikan seperti masalah disiplin bilik darjah, masalah
ponteng sekolah, masalah merokok dan sebagainya. Data dan maklumat yang
diperolehi akan dapat membantu guru membantu pelajar menyelesaikan
masalah dan meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.

Selain itu juga, guru-guru dilengkapkan dengan ilmu psikologi murid


tentang sahsiahnya agar dapat membantu guru membentuk personlaiti mereka
yang sihat serta konsep kendiri yang positif dengan bimbingan yang wajar.
Dengan melengkapkan guru dengan teori dan prinsip psikologi, ia akan
membantunya meningkatkan kualiti pengajarannya dalam bilik darjah. Melalui
kajian tentang pertumbuhan dan perkembangan manusia, guru dapat
mengetahui tahap perkembangan pelajar-pelajar dari segi fizikal, kognitif, sosial
dan emosi. Oleh itu, guru dapat merancang pengajaran dan pembelajaran sesuai
dengan tahap perkembangan pelajar-pelajarnya.

Dengan memberikan guru kefahaman tentang naluri dan keperluan murid,


ia akan membantu para guru menggunakan teknik motivasi yang berkesan serta
mewujudkan hubungan baik di antara guru dan muridnya. Guru dapat
meramalkan tingkah laku pelajar, apa yang digemari pelajar dan apa yang tidak
disenanginya pada peringkat umur tertentu. Pengetahuan ini dapat membantu
guru merancang peneguhan yang sesuai untuk pelajarnya dalam usaha
mengawal tingkah laku pelajar dan dalam motivasi pelajar supaya rajin belajar.
Kewujudan hubungan ini akan memberikan impak yang lebih sempurna terhadap
murid-murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

7
Prabagaran a/l Periasamy Kemahiran Hidup Kump 2

Guru juga dapat mereka cipta soal selidik yang mudah dalam mengenal
pasti tahap perkembangan pelajar-pelajarnya terutama pelajar yang bermasalah.
Setelah guru mengetahui aras perkembangan pelajar, dapatlah seseorang guru
tersebut menyediakan program atau aktiviti yang sesuai untuk pelajar tersebut
dalam meningkatkan prestasi pembelajarannya. Ini kerana sebahagian besar
mereka ini adalah golongan minoriti kelas dan agak senyap serta lebih suka
mengasingkan diri daripada aktiviti. Psikologi pendidikan akan dapat membantu
guru memahami personaliti dan konsep kendiri pelajar. Dengan ini, guru akan
dapat membantu pelajar ke arah pembentukan konsep kendiri yang positif. Oleh
yang demikian, subjek psikologi pendidikan ini perlu dibekalkan kepada guru
sebab tugasnya bukan sahaja menyampaikan ilmu, tetapi juga untuk melahirkan
seorang manusia yang kamil dan baik budi pekertinya serta bertanggungjawab
kepada keluarga, bangsa dan agama.

Banyak teori pembelajaran adalah dibentuk berasaskan kaji selidik secara


saintifik, samada penyelidikan kuantitatif ataupun penyelidikan kualitatif.
Misalnya, teori pembelajaran yang dibentuk oleh ahli psikologi mahzab
behavioris dan mazhab kognitif adalah berasaskan kajian kawalan, iaitu
penyelidikan kuantitatif, dibawah suatu situasi yang dimanipulasikan. Sedangkan
teori-teori pembelajaran yang dibentuk oleh ahli psikologi mazhab sosial dan
humanis, kebanyakknya menggunakan penyelidikan kualitatif, iaitu pemerhatian,
kajian kes dan interviu mendalam. Terdapat lima perspektif utama dalam
psikologi pendidikan. Di antaranya ialah perspektif behaviourisme kognitif,
humanistis, psikodynamik dan psikobiologi (Medcof dan Roth, 1979). Dengan
memahami dan mengkaji teori-teori pembelajaran yang dihasilkan daripada
kajian ahli psikologi, adalah penting bagi guru-guru yang ditugaskan untuk
mendidik murid-murid melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan
berkesan. Keberkesanan teori ini dapat membantu mengurangkan tekanan
mengajar selain dapat memberikan mereka tumpuan lebih dalam pengajaran
dan pembelajaran. Penerapan motivasi, galakan serta dorongan dapat

8
Prabagaran a/l Periasamy Kemahiran Hidup Kump 2

membantu murid-murid atau pelajar-pelajar meningkatkan daya usaha dan mutu


pembelajaran serta semangat untuk mereka memperoleh kejayaan.

Bibliografi

1) Mok Soon Sang (2006). Ilmu Pendidikan Untuk KPLI (Sekolah Rendah :
Komponen 1 & 2) Pencetakan Season Sdn.Bhd.

2) Open University Malaysia (OUM)(2006). HBET 2103 Psikologi Pendidikan.


Meteor Doc Sdn. Bhd.

3) Open University Malaysia (OUM)(2006). http://www.unitem.edu.my.


13 Mac 2007.

You might also like