You are on page 1of 16

KEKAYAAN HASIL BUMI MENDORONG CAMPUR

TANGAN BRITISH DI TANAH MELAYU


PETA KONSEP

Pengenalan
1. Kekayaan hasil bumi di negara kita mendorong kuasa asing untuk
menjajah.

2. Keadaan politik yang tidak stabil di negeri-negeri Melayu memberi


kesempatan kepada British untuk campur tangan.

Dasar Campur Tangan British di Negeri-Negeri Melayu


Kekayaan Hasil Bumi Negeri-Negeri Melayu Menarik
Perhatian British
1. Hubungan perdagangan NNS dengan Negeri-Negeri Melayu.

(a) Selepas penubuhan NNS pada tahun 1826 British telah berhasrat
untuk campur tangan di Negeri-Negeri Melayu.

(b) NNM kaya dengan hasil bumi terutamanya bijih timah dan hasil hutan.

(c) Kepentingan NNS bagi Negeri-Negeri Melayu:


i- Pulau Pinang menjadi pusat pengumpulan hasil bumi seperti bijih
timah dari Perak dan Kedah
ii- Melaka menjadi pangkalan untuk mengumpul barang dagangan dari
Selangor dan Negeri Sembilan serta membekalkan buruh Cina ke
lombong-lombong di Selangor dan Negeri Sembilan.
iii- Singapura menjadi pusat pengumpulan barang dagangan.

2. Negeri-negeri Selat telah menjalinkan hubungan dagangan yang aktif


dengan Negeri-Negeri Melayu yang berperanan sebagai
pelabuhan enterpot yang mengendalikan perdagangan Negeri-Negeri
Melayu.

3. Pedagang-pedagang NNS telah melabur modal dalam perlombingan


bijih timah di Larut, Sungai Ujong, Lukut dan Klang.

4. Kekayaan hasil bumi yang terdapat di negeri Perak, Pahang, Selangor


dan Negeri Sembilan telah menarik minat British.

5. British menguasai hasil bijih timah, emas, bijih besi dan arang batu
yang terdapat di Negeri-Negeri Melayu sebelum negeri-negeri
tersebut jatuh ke tangan kuasa Barat yang lain.
Revolusi Perindustrian Mendesak Campur Tangan
1. Perkembangan Revolusi Peindustrian di Eropah menyebabkan
permintaan terhadap hasil bijih timah meningkat.

2. Bijih timah diperlukan untuk perusahaan mengetin makanan.

3. British berhasrat untuk menguasai Negeri-Negeri melayu supaya


mendapatkan bekalan yang mencukupi dan menjadi tempat untuk
memasarkan hasil keluaran kilangnya.

Terusan Suez dan Kapal Wap Merancakkan Persaingan


1. Pembukaan Terusan Suez pada tahun 1869 telah memendekkan jarak
perjalanan dari England ke Tanah Melayu.

2. Penciptaan kapal wap pula dapat mempercepatkan perjalanan dan


jumlah muatan barangan juga dapat ditingkatkan.

Kebimbangan Campur Tangan Kuasa Eropah Lain


1. Kemaraan kuasa Eropah lain di Asia Tenggara telah membimbangkan
pihak British.

2. British berusaha untuk menyekat perluasan kuasa Eropah supaya


kepentingannya di negeri-negeri Melayu tidak terancam
terutamanya oleh kuasa Perancis.
Pertukaran Kerajaan Mengubah Dasar British
1. Pada tahun 1873, Parti Konservatif telah berjaya mengambil alih pucuk
pimpinan kerajaan Britian daripada Parti Liberal.

2. Kerajaan baru ini telah mengubah dasar tidak campur tangan kepada
dasar campur tangan British terhadap Negeri-Negeri Melayu.

Desakan Pedagang Mempercepatkan Campur Tangan


1. Keadaan di Tanah Melayu mejadi huru-hara akibatnya berlakunya
pertelingkahan di kalangan pembesar dan pergaduhan kongsi
gelap Cina.

2. Pedagang di NNS telah mengalami kerugian dan mereka mendesak


supaya British campur tangan.

3. Pada tahun 1873, secara rasminya seramai 243 orang pedagang NNS
telah menulis surat kepada Lord Kimberley iaitu Setiausaha Tanah
Jajahan British untk mendesak British campur tangan.

Keadaan di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan


Pahang Memberi Peluang Campur Tangan British
1. Kawasan Kelian Pauh dan elian Bharu di daerah Larut, Perak kaya
dengan hasil bijih timah.

2. Pada tahun 1848, Long Jaafar telah membawa masuk orang Cina untuk
memajukan perlombingan bijih timah di Larut.

3. Namun, kemasukan beramai-ramai orang Cina ini telah menimbulkan


pergaduhan yang melibatkan anggota kongsi gelap Ghee Hin dan
Hai San.
4. Pergaduhan ini telah membawa kepada meletuskan Perang Larut yang
menjejaskan perusahaan bijih timah.

5. Menteri Larut ketika itu, Ngah Ibrahim telah melantik Kapten Speedy
iaitu Timbalan Pesuruhjaya Polis Negeri-Negeri Selat untuk
membantu menamatkan Perang Larut.

6. Keadaan di Perak menjadi semakin tegang kerana berlakunya


perebutan takhta oleh kerabat diraja setelah kemangkatan
Sultan Ali.

7. Perebutan takhta ini berpunca daripada sistem pewarisan takhta yang


tidak dipatuhi sepenuhnya.

8. Sistem pewarisan takhta Perak dianggap unik kerana seseorang anak


raja itu perlu menjadi Raja Di Hilir, Raja Bendahara, dan Raja Muda
sebelum ditabal menjadi sultan.

9. Masalah pewarisan takhta di Perak bermula selepas kemangkatan


Sultan Ali pada tahun 1871.

10. Raja Ismail (Raja Bendahara) telah dilantik sebagai sultan namun
perlantikan itu ditentang oleh Raja Abdullah dan Raja Yusof.

11. Penentangan ini berlaku kerana Raja Abdullah (Raja Muda) tidak
ditabalkan sebagai sultan manakala Raja Yusof (Raja Di Hilir) telah
diketepikan kerana tidak disukai oleh pembesar Perak.

12. Raja Abdullah mendapat sokongan pembesar di Hilir Perak seperti


Dato' Maharaja Lela dan Dato' Sagor.

13. Kuasa Sultan Ismail hanya terbatas di Hulu Perak manakala Raja
Abdullah terus berkuasa di Hilir Perak.

14. Raja Abdullah telah meminta bantuan British untuk mengiktiraf beliau
sebagai sultan.

15. Andrew Clarke telah mengadakan rundingan dengan pembesar-


pembesar Melayu serta pemimpin-pemimpin kongsi gelap Cina di
Pulau Pangkor untuk menamatkan kekacauan di Perak.

16. Hasilnya Perjanjian Pangkor telah ditandatangani pada 20 Januari


1874 di atas kapal H.M.S. Pluto.

17. Perjanjian Pangkor memberi peluang kepada British untuk campur


tangan dalam pentadbiran dan ekonomi di Perak.
Perang Klang di Selangor
1. Sultan Adbul Samad yang berkuasa di daerah langat telah ditabalkan
menjadi sultan Selangor pada tahun 1857.

2. Semasa zaman pemerintahan baginda, telah berlakunya Perang Klang


yang menyebabkan campur tangan British.

3. Daerah Klang yang kaya dengan bijih timah berada di bawah


kekuasaan Raja Sulaiman.

4. Namun setelah Raja Sulaiman mangkat, daerah Klang diserahkan


kepada Raja Abdullah.

5. Penyerahan kuasa tersebut menimbulkan rasa tidak puas hati Raja


Mahadi iaitu putera Raja Sulaiman.

6. Raja Abdullah berjaya memajukan kawasan perlombongan bijih timah


dengan membawa masuk buruh-buruh Cina.

7. Kekayaan di daerah Klang ini telah menjadi rebutan antara pembesar


tempatan sehingga mencetuskan perang saudara yang dikenali
sebagai Perang Klang.

8. Perang Klang melibatkan Raja Mahadi dan Raja Abdullah. Raja Mahadi
berusaha untuk mendapatkan daerah Klang daripada Raja
Abdullah.

9. Perang saudara ini turut melibatkan pelombong-pelombong Cina yang


terlibat dalam kongsi gelap Cina. Kegiatan perdagangan dan
perlombongan di Selangor juga turut terjejas.

10. Sultan Abdul Samad telah melantik Tengku Kudin untuk menamatkan
perang tetapi pelantikan itu tidak dipersetujui oleh pembesar
tempatan termasuk Raja Mahadi.

11. Raja Mahadi menentang pelantikan tersebut kerana Tengku Kudin


bukan anak negeri Selangor.

12. Tengku Kudin pula telah meminta bantuan British untuk menamatkan
perang saudara yang berlaku di Selangor.

13. Dalam masa yang sama, British telah mengambil kesempatan untuk
campur tangan dan mendesak Sultan Abdul Samad agar menerima
seorang Residen British.

14. Pada tahun 1873, kapal dagang British yang dalam perjalanan dari
Pulau Pinang ke Melaka telah dirompak di Kuala Langat.

15. Pada tahun 1874 pula, rumah api di Tanjung Rachado telah diserang
dan British menggunakan alasan tersebut untuk
menempatkan seorang Residen British.

16. Akhirnya pada tahun 1874, Sultan Abdul Samad terpaksa akur dengan
kehendak British.

17. J.G Davidson dilantik sebagai Residen yang pertama di Perak


manakala Frank Swettenham pula dilantik sebagai Penolong Residen.
Perbalahan di Sungai Ujong, Negeri Sembilan
1. Sungai Ujong merupakan sebuah kawasan yang kaya dengan bijih
timah dan berada di bawah penguasaan Dato' Kelana Syed Abdul
Rahman.

2. Dato' Bandar Kulop Tunggal juga merupakan seorang yang


berpengaruh di kawasan Sungai Ujong.

3. Kehadiran kedua-dua pembesar yang berada di Sungai Ujong


menyebabkan berlaku pertelingkahan.

4. Pertelingkahan ini disebabkan oleh pertuanan Sungai Linggi yang


merupakan laluan utama untuk ke Melaka. Pembesar yang berjaya
menguasai sungai ini akan dapat memungut cukai yang agak lumayan.

5. Dato' Kelana meminta bantuan daripada pihak British setelah berasa


bimbang dengan kekuasaan Dato' Bandar yang mendapat
sokongan kuat daripada pelombong Cina dan penduduk
tempatan.

6. Oleh itu, Dato' Kelana telah menandatangani perjanjian dengan pihak


British untuk menerima perlindungan British dengan syarat
Dato' Kelana diakui sebagai pemerintah daerah Sungai Ujong
tetapi hak pengutipan cukai terletak di tangan British.

7. British telah melantik P.J. Murray sebagai residennya di sana.

8. Walau bagaimanapun Dato' Bandar tidak mengakui perjanjian in.


British telah memberi bantuan askar kepada Dato' Kelana yang
kemudiannya telah menewaskan Dato' Bandar.

9. British kemudiannya, telah meluaskan pengaruhnya di Rembau, jelebu


dan Seri Menanti dengan menempatkan Pegawai Majistret dan
Pemungut Hasil.

10. Kesemua daerah di Negeri sembilan telah disatukan pada tahun 1895
dan Tunku Muhammad Ibni Yamtuan Antah yang juga
Yamtuan Seri Menanti dilantik sebagai Yang DiPertuan Besar
Negeri Sembilan yang pertama.

11. Atas desakan British baginda sedia menerima seorang Residen.

12. Martin Lister kemudiannya dilantik sebagai residen Negeri Sembilan


yang pertama.

British Bimbang Pertapakan Kuasa Eropah Lain di Pahang


1. Pada kurun ke-19 kuasa-kuasa Eropah seperti Perancis, Rusia, dan
Jerman telah bersaing untuk mencari tanah jajahan di Asia Tenggara.

2. Sultan Ahmad pula berusaha untuk mengekalkan kedaulatan negeri


Pahang.
3. Baginda mencontohi tindakan Sultan Abu Bakar dari Johor dalam
membangunkan Pahang dan pelabur-pelabur Eropah juga dibawa
masuk untuk memajukan Pahang.

4. Tindakan Sultan Ahmad tidak disenangi oleh British kerana akan


menjejaskan kepentingan mereka di Negeri-Negeri Melayu.

5. Antara usaha-usaha yang dilakukan oleh British untuk meluaskan


pengaruhnya di Pahang ialah:
(a) Frank Swettenham dan Frederick Weld telah memujuk Sultan
Ahmad untuk menerima Residen British tetapi gagal (1886)
(b) British meminta bantuan Sultan Abu Bakar dari Johor untuk
memujuk Sultan Ahmad menerima pengaruh British. Hasilnya
Hugh Clifford dilantik sebagai wakil British. namun British masih
tidak berpuas hati kerana wakil British masih tidak mempunyai kuasa
sepenuhnya (1887)
(c) British menggunakan alasan pembunuhan seorang warganegara
British yang berbangsa Cina iaitu Go Hui untuk
mendesak Sultan Ahmad menerima Residen British. Akhirnya
Sultan Ahmad menerima J.P. Rodger sebagai Residen British setelah
didesak oleh British (1888)

6. Kedaulatan negeri Pahang berakhir setelah penerimaan Residen


British. British secara tidak langsung telah campur tangan dalam
pentadbiran Pahang dan penapakan kuasa Barat lain dapat disekat.
Residen Menggugat Kuasa Sultan Dan Pembesar
1. Pengenalan Sistem Residen di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan
Pahang telah menggugat kuasa sultan dan juga kuasa
pembesar.

2. Sultan terpaksa menerima nasihat residen dalam kesemua aspek


kecuali dalam hal istiadat Melayu dan juga agama islam.

3. Kehadiran residen juga telah menyebabkan sultan dan pembesar


kehilangan kuasa untuk menjalankan pentadbiran.

4. Residen juga telah bertindak menghapuskan sistem perhambaan.

5. Tindakan itu dianggap melampaui kuasa mereka kerana bagi


masyarakat Melayu, perhambaan merupakan adat turun-
temurun.

6. Selain itu, residen telah mengambil alih hak pungutan cukai yang
dipegang oleh pembesar tempatan.

7. Pemungut cukai ini telah diuruskan oleh Pegawai Majistret dan


Pemungut hasil.

Pengukuhan Kuasa British Melalui Pembentukan Negeri-


Negeri Melayu Bersekutu
1. Pelaksanaan Sistem Residen di negeri perak, Selangor, Negeri
Sembilan dan Pahang dikatakan tidak teratur dan mempunyai
kelemahan.

2. Keadaan ini disebabkan Residen tidak mempunyai garis panduan yang


jelas tentang bidang tugas mereka.

3. Residen pula telah bertindak sebagai pemerintah dan terlalu berkuasa


sehingga Gabenor Negeri-Negeri Selat di Singapura gagal mengawal
kuasa Residen.

4. Pentadbiran di setiap negeri pula tidak seragam kerana mempunyai


undang-undang yang tersendiri.

5. Untuk mengatasi masalah kelemahan Sistem Residen, British telah


menyatukan negeri-negeri tersebut di bawah sebuah
pentadbiran yang di kenali sebagai Negeri-Negeri Bersekutu atau
Persekutuan 1896.

6. Antara faktor-faktor lain bagi penubuhan Negeri-Negeri Melayu


Bersekutu ialah:
(a) Krisis kewangan Pahang berpunca daripada beban hutang akibat
kebangkitan rakyat Pahang menentang British.
(b) Perkongsian perkhidmatan pakar di mana kos untuk bayaran
perkhidmatan pakar seperti doktor, jurutera dan pengukur
dapat dijimatkan.
(c) Sistem perhubungan seperti jalan raya dan landasan kereta api
dapat dimajukan.
(d) Faktor keselamatan iaitu untuk mengukuhkan kekuatan dan
pertahanan ketenteraan.

7. Perjanjian Persekutuan telah ditandatangani pada 1 Julai 1896. Frank


Sweetenham telah dilantik sebagai Residen Jeneral yang pertama.
Pembentukan Persekutuan mencabar Kewibawaan
Sultan
1. Pentadbiran Persekutuan diketuai oleh Residen Jeneral yang berkuasa
dalam urusan kewangan dan juga cukai eksport.

2. Jabatan-jabatan seperti Jabatan Kehakiman, Jabatan Perhubungan


dan Perkhidmatan Awam telah ditubuhkan dan penglibatan
orang Melayu dalam jabatan-jabatan ini adalah terhad.

3. Sultan pula dikehendaki menerima nasihat daripada Residen Jeneral


dalam semua hal kecuali adat istiadat orang Melayu dan agama
Islam.

4. Residen Jeneral juga telah mengambil alih kuasa sultan dan Majlis
Mesyuarat Negeri lalu menimbulkan ketidakpuasan hati kepada
sultan-sultan negeri Melayu.

5. Menyedari hakikat itu, British telah menubuhkan Durbar yang


membolehkan sultan-sultan berbincang mengenai hal ehwal adat,
agama Islam dan kebajikan orang Melayu.

6. Durbar atau Persidangan Raja-raja Melayu yang pertama telah


diadakan pada tahun 1897 di Kuala Kangsar dan yang kedua telah
diadakan di Kuala Lumpur pada tahun 1903.

7. Dalam Durbar yang kedua, Sultan Perak, Sultan Idris telah mengkritik
kuasa Residen Jeneral dan mendesak supaya mengembalikan
kuasa raja-raja Melayu.

8. Baginda juga mendesak supaya bilangan orang Melayu yang berada


dalam pentadbiran hendaklah ditambah dan diberi jawatan yang
lebih tinggi.

9. Bahasa Melayu juga diiktiraf sebagai bahasa rasmi di Durbar itu.

10. Akibat desakan itu, pihak British telah menggantikan Durbar dengan
Majlis Mesyuarat Persekutuan dan Residen Jeneral telah
ditukarkan kepada Ketua Setiausaha.

11. Pihak British juga telah memulangkan kuasa mentadbir kepada Majlis
Mesyuarat Negeri.

Rumusan
1. Kita telah melhat bahawa kekayaan negara telah mendorong kuasa
asing untuk menguasai negara kita.

2. Masalah dalaman seperti perebutan takhta dan keadaan negara yang


tidak tenteram telah memberi peluang kepada kuasa asing untuk
mencampuri urusan negara dan seterusnya menguasai hasil bumi
kita.

3. Pemimpin yang bijak dan berwawasan penting demi mewujudkan


perpaduan dan keamanan negara.

4. Tanpa keharmonian negara kekayaan ekonomi tidak akan dapat


dimajukan.

You might also like