Jurnal Minggu Pertama 31 Mac 2013 – 4 April 2013 1.

Masalah Pada minggu pertama ini, saya telah menghadapi masalah pengawalan kelas di mana pelajar gagal dikawal sepenuhnya seperti yang diharapkan. Terdapat pelajar yang membuat bising dan tidak mendengar kata menyebabkan kelas menjadi bising dan tidak terkawal. 2. Analisis Masalah ini timbul kerana masih belum timbul rasa hormat pelajar kepada guru baru seperti saya. Semasa saya mengendalikan kelas, ada pelajar yang tidak mengendahkan arahan yang telah saya keluarkan. Selain itu, ini merupakan kali pertama saya mengawal kelas yang mempunyai bilangan pelajar yang besar dimana purata pelajar dalam sebuah kelas adalah 30 orang pelajar. Agak sukar bagi saya untuk mencuri perhatian pelajar terutamanya apabila terdapat pelajar yang degil dan keras kepala. Di samping itu juga, pelajar menjadi sukar dikawal adalah kerana penggunaan bahasa oleh saya sendiri. Ada ketikanya terjadi apabila pelajar tidak memahami apa yang saya katakan kerana dialek yang diguna pakai oleh saya lebih kepada dialek Terangganu. Jadi, pelajar yang majoritinya menggunakan dialek Kelantan tidak dapat memahami beberapa perkataan yang saya katakan. Apabila pelajar tidak dapat memahami, mereka lebih cenderung untuk membuat kerja sendiri atau membuat bising. 3. Cadangan Penambah baikan a. Saya harus menetapkan peraturan proses Pengajaran dan Pembelajaran terlebih dahulu kepada pelajar apabila bersama saya. b. Saya perlu membiasakan diri dengan keadaan kelas yang bersaiz besar. c. Saya harus menggunakan bahasa atau dialek yang sesuai dengan pelajar. Sebagai langkah selamat, saya perlu menggunakan bahasa baku untuk berkomunikasi dengan pelajar. d. Saya boleh mempelajari dialek Kelantan sebagai usaha untuk berkomunikasi. 4. Tempoh Masa Saya akan cuba untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi dengan secepat mungkin. Saya perlu segera mengatasi masalah-masalah ini kerana masalah sebegini akan mengganggu perjalanan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Penilaian Kejayaan Saya akan meminta pertolongan guru pembimbing untuk membantu saya mempelajari kaedah yang paling sesuai untuk mengawal kelas yang bersaiz besar. 6. saya akan merancang aktiviti yang boleh membantu menjadikan kelas dalam keadaan terkawal.5. . Saya juga akan meminta bantuan daripada pensyarah sebagai pemangkin kejayaan saya. Tindakan Susulan Semasa membuat rancangan mengajar pada minggu hadapan.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful