You are on page 1of 1

PSM Projek Sarjana Muda i ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

CARA MENULIS ABSTRAK (PSM) Di dalam abstrak mesti ada : Pengenalan Pernyataan Masalah Objektif Metodologi Hasil dan Pencapaian Kemudian abstrak tersebut perlu diterjemahkan di dalam bahasa Inggeris. Contohnya;

ABSTRAK

Penjadualan waktu universiti adalah satu contoh masalah penjadualan


Pengenalan

yang digunakan untuk menempatkan satu set pertemuan di antara pensyarah dengan pelajar kepada sumber-sumber tertentu seperti slot masa, bilik kuliah dan pensyarah dengan memenuhi kekangan-kekangan yang telah diberikan. Pada setiap semester, jadual waktu disediakan untuk memenuhi keperluan kursus-kursus yang ditawarkan oleh sesebuah fakulti. Perubahan slot masa,

Pernyataan Masalah

bilik kuliah dan pensyarah sering berlaku di sepanjang semester dan didapati teknik Algoritma Hibrid yang telah digunakan untuk menyediakan jadual waktu tidak berkeupayaan untuk menangani masalah perubahan ini. Oleh itu, untuk menyelesaikan masalah ini pendekatan taakulan berasaskan kes (CBR)

Objektif

yang disokong oleh teknik pemprosesan kekangan digunakan untuk memproses perubahan pada jadual waktu. Melalui pendekatan ini, penyelesaian lepas yang disimpan di dalam pangkalan kes akan diguna

Metodologi

semula untuk menyelesaikan masalah baru melalui kitaran capai-baikigunasemula. Enjin CBR telah dibangunkan dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan LISP. Pendekatan ini telah berjaya diuji dan dilaksanakan dengan menggunakan data sebenar penjadualan waktu di Fakulti Sains

Hasil dan Pencapaian

Komputer dan Sistem Maklumat, Universiti Teknologi Malaysia. Hasil perlaksanaan ini menunjukkan CBR telah berjaya menyelesaikan perubahan dalam masa yang singkat tanpa memberi kesan kepada jadual semasa.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Disediakan oleh: Zalmiyah Zakaria, FSKSM, UTM

You might also like