P. 1
Etika Kerja Jurulatih

Etika Kerja Jurulatih

|Views: 171|Likes:
Published by Zulkanean Akim

More info:

Published by: Zulkanean Akim on Apr 23, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

09/23/2013

pdf

text

original

ETIKA KERJA JURULATIH Etika berasal dari perkataan Greek, ethos yang memberi makna satu bidang kajian

yang dapat berfungsi sebagai penentu kepada perlakuan yang dianggap baik dan buruk. Aristotle pernah memberi pengertian etika sebagai persoalan tentang perkara-perkara yang baik dari segi individu. Etika merujuk kepada peraturan dan prinsip yang menentukan seseuatu kelakuan itu betul atau salah. Amalan pengurusan beretika membawa pelbagai kebaikan bukan sahaja untuk jangka masa pendek tetapi membawa kepada kesan yang berpanjangan terhadapa imej organisasi. Ia akan menghasilkan satu pandangan masyarakat yang baik kepada organisasi, di mana organisasi akan dianggap sebagai bertanggungjawab dan tidak hanya menumpukan kepada matlamat ekonomi semata-mata. Antara kebaikan mengamalkan gelagat beretika ialah ianya dapat mengawal pencapaian diri manusia, menjaga nama baik organisasi,mengurangkan kos pengurusan dan mewujudkan suasana yang sihat. Tujuan etika kerja sesuatu profesion diwujudkan adalah untuk mengawal tingkah laku pengamal agar sesuai dengan keperluan dan harapan pelanggan. Secara amnya, para jurulatih perlu mematuhi perintah Am Kerajaan kerana Perintah Am ini dapat mengawal tingkah laku mereka. Perintah Am boleh dianggap sebagai sebahagian daripada kod etika kerja seorang jurulatih. Selain dari Perintah Am, para jurulatih juga harus mengamalkan enam belas etika kerja khusus untuk jurulatih iaitu: i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. Mendengar dan menghargai idea orang lain. Hargai orang yang suka belajar Kembalikan persoalan kepada pelatih dan galakkan mereka berfikir. Jadikan penglaman kerja pelatih sebagai contoh Kongsi pengalaman kerja sendiri dengan pelatih Akui bahawa anda tidak tahu semua jawapan, biar peserta membantu. Elakkan pertelingkahan dan jangan membuat hukuman. Tunjukkan anda gembira kerana diberi peluang melatih peserta.

ix. x. xi. xii. xiii. xiv. xv. xvi.

Gunakan masa tambahan untuk berinteraksi dengan pelatih, apabila ada peluang. Fokus kepada kebimbangan peserta dan bukan kepada kebimbangan sendiri. Tunjukkan keyakinan terhadap pelatih. Adakan permulaan; kemukakan soalan yang dapat dijawab oleh pelatih. Buat catatan akan segala rungutan pelatih dan laksanakan tindakan susulan. Bentuk perlakuan positif melalui maklum balas. Gunakan perkataan-perkataan yang diberikan oleh peserta apabila menyenaraikan idea semasa kursus. Berikhtiar supaya peserta rasa selesa.

Selain etika kerja, para jurulatih juga seharusnya mengukuhkan perwatakan berpandukan beberapa amalan yang sesuai dengan kehendak dan peribadi seorang pendidik. Beberapa amalan yang “boleh dan tidak boleh dilakukan” dan harus dihayati oleh semua jurulatih adalah: i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. x. xi. xii. Jangan takut bertanya soalan. Jangan takut berdiam seketika Jangan bergantung kepada jargon teknikal Jangan merendahkan pandangan pelatih Jangan mengkritik diri sendiri atau orang lain Jangan wujudkan kumpulan kerja yang terlalu besar Wujudkan “pertemuan mata” Peka kepada isyarat peserta Beri perhatian terhadap keselesaan Mulakan sesi ikut masa Pastikan pelatih diberi masa untuk mengasah kemahiran Periksa semua alat abantu mengajar dan kelengkapan lain

Profesionalisme jurulatih juga perlu mempunyai identiti tersendiri. Identiti jurulatih dapat diwujudkan melalui persatuan jurulatih yang akan memperjuangkan hak-hak jurulatih, menyediakan forum bagi mencetuskan pemikiran dan kreativiti dalam kegiatan pembangunan sumber manusia dan mewujudkan rangkaian komunikasi antara agensi dan individu yang terlibat di dalam bidang latihan. Selain menjalankan peranan membangunkan orang lain, seorang jurulatih juga perlu membangunkan diri sendiri secara berterusan melalui aktiviti latihan dalam perkhidmatan dan pendidikan lanjutan. Berdasarkan kepada pengalaman para jurulatih didapati bahawa kebanyakan kecekapan jurulatih diperolehi dari kursus-kursus pendek, lawatan sambil belajar dan pembacaan sendiri. Tidak ramai yang mendapat latihan dalam bidang kejurulatihan atau pembangunan sumber manusia secara formal. Mengikut Chalofsky (1988) bakal jurulatih perlu dilatih secara formal, dan untuk menjadi seorang jurulatih yang professional,dia bukan sahaja harus dilatih dalam bidang kejurulatihan dan pembangunan sumber manusia tetapi dia juga juga perlu emahami teras kegiatan organisasi tempat dia bekerja. Chalofsky (1988) mencadangkan supaya jurulatih perlu dibekalkan dengan perkara-perkara berikut sebagai tambahan kepada kecekapan sedia ada: a. b. c. d. e. f. Memahami teras kegiatan organisasi sendiri. Memahami perubahan teknologi dan kesanya kepada organisasi. Kebolehan menangani keperluan organisasi. Kemahiran menangani pelbagai masalah pekerja dan organisasi. Kepimpinan Pemikiran yang berorientasikan masa depan.

Sebagai strategi am untuk membangunkan diri, beberapa langkah yang sistematik harus diikuti oleh setiap jurulatih. Langkah-langkah tersebut termasuklah : a. b. c. Analisis diri sendiri Fahami peranan sekarang dan masa depan Senaraikan kecekapan asas untuk setiap peranan

d. e. f. g. h. i.

Tentukan tahap kecekapan sendiri. Buat senarai keperlaun latihan mengikut keutamaan Bentuk rancangan latihan dan pembangunan diri Kenal pasti halangan dan sokongan yang diperlukan Laksanakan rancangan latihan Tentukan pencapaian matlamat pembangunan diri

Ciri-ciri Jurulatih yang berkesan a. Yakin kepada kebolehan diri sendiri b. Bermotivasi, berminat, berfikiran terbuka c. Boleh membuat penganalisaan dan penilaian d. Mudah bergaul, mudah mesra dan menyesuaikan diri e. Suka membimbing peserta yang kurang aktif f. Mudah memahami secara empati g. Suka memberi kepujian kepada setiap penglibatan h. Mempunyai pengetahuan yang baik dalam tajuk yang diberikan i. Berdiplomasi dalam hubungan dengan setiap peserta j. Dapat mengenali nama setiap peserta

Ciri-ciri Jurulatih tidak berkesan a. Mengajar secara kuliah b. Suara pengajar lemah dan tidak kedengaran c. Melakukan kesilapan semasa menggunakan ABM d. Pengajar mudah terkeluar dari tajuk e. Tidak membahagikan masa dengan bijak f. Tidak menghiraukan emosi, tingkah laku dan pemikiran peserta

Sikap Jurulatih a. Menyesuaikan diri dalam suasana kelompok b. Jujur menghormati ahli kelompok c. Mengakui kepentingan kehadiran ahli d. Berfikiran terbuka e. Tidak bersifat “guru” dan agresif f. Jangan beranggapan sebagai “pakar” atau “ahli” g. Elakkan perdebatan dan bersifat diskriminasi h. Pergerakan tangan yang menarik i. Langkah yang sopan dan senyum mengikut keadaan j. Pakaian mengikut kesesuaian Kebolehan memimpin a. Buat keputusan b. Melatih dan Mengurus Latihan c. Analisis kehendak kumpulan dan organisasi d. Memilih kelompok sasar e. Membentuk modul f. Merekabentuk latihan / program g. Mengendali dan menyampaikan latihan h. Membuat penilaian i. Menyediakan laporan Fungsi semasa Jurulatih a. Membantu menggerakkan kelompok b. Membantu ahli-ahli menjadi efektif c. Membantu kelompok membangunkan program dan aktiviti membantu pemimpin kelompok berfungsi

Peranan Jurulatih Pusat Kokurikulum Peringkat Kebangsaan A. Peranan Jurulatih Pusat Kokurikulum Peringkat Kebangsaan di peringkat kebangsaan – sila rujuk peranan dan tanggungjawab di dalam Skim Kejurulatihan Kebangsaan kecuali Jurulatih Kanan Negeri a. b. c. d. e. f. Pembantu Jurulatih Jurulatih Jurulatih Kanan Negeri *** Jurulatih Kebangsaan Jurulatih Kanan Kebangsaan Panel Kejurulatihan Kebangsaan

B.

Cadangan senarai tugas dan peranan Jurulatih Pusat Kokurikulum Peringkat Kebangsaan di peringkat negeri. a. Membantu PKK Negeri menyediakan kertas kerja program Pusat Kokurikulum ( program pelajar dan program peningkatan kemahiran jurulatih di peringkat negeri ) b. c. d. e. f. Mencalonkan calon jurulatih kepada Pengurusan PKK Negeri untuk memenuhi syarat Skim Kejurulatihan Kebangsaan sedia ada. Memastikan jurulatih yang bertugas mematuhi SOP aktiviti yang telah disediakan. Memastikan jurulatih di PKK Negeri mematuhi etika kerja dan pakaian semasa menjalankan tugas di Pusat Kokurikulum. Mewujudkan rangkaian kerja yang positif dikalangan jurulatih di seluruh negara. Membantu menyelia, memantau dan menilai keberkesanan program dan membuat laporan pemantauan mengikut Borang Pemantauan yang disediakan. g. Membantu Pengurusan Pusat Kokurikulum Negeri di dalam merancang takwim aktiviti terutamanya yang berkaitan dengan

program peningkatan kemahiran kejurulatihan Pusat Kokurikulum Negeri. h. i. j. Merancang, melaksanakan, menyelia, memantau dan menilai semua program yang berkaitan dengan prestasi jurulatih di peringkat negeri. Membantu membuat agihan kemahiran dan kepakaran jurulatih sedia ada. Dicadangkan jurulatih peringkat kebangsaan berada di dalam kelompok jurulatih tetap di Pusat Kokurikulum bagi memastikan tugasan dan bidang tugas dapat dilaksanakan. k. Mewujudkan kumpulan kerja di dalam bidang kejurulatihan yang mantap, berwatak dan berwibawa di setiap Pusat Kokurikulum Negeri. Kesimpulan Kejayaan melaksanakan rancangan program pembangunan diri dan sumber manusia memerlukan sokongan dari pelbagai pihak seperti ketua, penyelia dan kawan sepejabat. Dalam usaha memartabatkan Jurulatih Pusat Kokurikulum peringkat kebangsaan barisan Jurulatih peringkat kebangsaan bersama-sama Kementerian Pelajaran Malaysia dan Jabatan Pelajaran Negeri perlu menyediakan garis panduan yang standard di dalam menentukan siapa dan bidang tugas jurulatih yang bakal menentukan kejayaan sesuatu program yang dirancang. Peranan jurulatih sebagai individu yang akan memudahkan pelaksanaan sesuatu program pembangunan membantu di dalam usaha mencapai keberkesanan dan kecekapan pelaksanaan sesuatu program. Sebagai individu yang bakal menguruskan program pembangunan sumber manusia seharusnya mempunyai komitmen yang tinggi untuk menyediakan suasana pengajaran dan pembelajaran yang selesa dan kondusif, menyediakan aktiviti latihan yang sesuai dan relevan dengan peserta, memberi pendedahan yang boleh menyokong dan memperkuatkan ilmu dan pengetahuan semasa, mengendalikan proses kelompok secara terbaik mengikut kebolehan, berkongsi pendapat, pengalaman dengan semua dan bersikap terbuka.

Rujukan 1. 2. Chek Mat, 2004. Kursus Kejurulatihan Belia. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors, Sdn. Bhd. Hamdan Abd. Kadir, Hanipah Hussin dan Mohamad Saprin, 2004. Teknik Mengajar Dewasa – Panduan untuk Jurulatih. Kuala Lumpur. PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. Ibrahim bin Mamat, 2001. Reka Bentuk dan Pengurusan Latihan – Konsep Amalan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd. Hizam Hanafiah dan Zafir Mohd. Makhbul, 2003. Pengurusan Organisasi Edisi Kedua. McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd Rahmat Ismali, 1997. Etika Sosial – satu peradaban dan kehidupan social manusia. Kuala Lumpur. Utusan Pubications & Distributors Sdn. Bhd.

3. 4. 5.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->