You are on page 1of 55

KANAK-KANAK PINTAR CERDAS

DI SEDIAKAN OLEH : JANNATONSHIMA ABDULLAH (M 20122001583) ALIAA ISMAIL (M 20122001573)

Stanford-Binet Scale of Human Intelligence


IQ Score Original Term Modern Term 145 and over Genius 120144 110119 90109 8089 7079 5069 2049 Below 20 Borderline Deficiency Exceptional High Average Average or Normal Dull Normal Mild disability Moderate disability Severe disability Profound disability

Pintar cerdas seringkali dikaitkan dengan seseorang yang mempunyai Intellectual Quotient (IQ) yang tinggi iaitu berada pada tahap IQ 130 dan ke atas.

APA ITU PINTAR CERDAS ?

Kamus Dewan edisi keempat


telah mengistilahkan pintar sebagai cekap, pandai, banyak akal, cerdik, licin serta mahir dalam membuat sesuatu pekerjaan. Cerdas pula membawa maksud sempurna akal, cerdik, pandai serta pintar

Ross, 1993
Adalah kanak-kanak yang dikenalpasti semasa prasekolah, sekolah rendah atau menengah yang menunjukkan prestasi atau bakat yang cemerlang, atau menunjukkan potensi untuk melakukan pencapaian di tahap yang sangat tinggi apabila dibandingkan dengan kanak-kanak yang lain sebaya umur dengannya

Sternberg dan Kauffman (1998)


Pintar cerdas sebagai satu kepintaran yang lebih berfokus kepada kebolehan mengadaptasi, membentuk dan memilih keadaan yang menjurus kepada sesuatu maklumat. Individu yang pintar cerdas boleh mengenalpasti kelemahan dan kelebihan mereka sendiri malah mereka menentukan cara yang sesuai menggunakan kelebihan mereka serta meminimumkan kelemahan mereka

Howard Gardner (1981)


mendefinisikan kecerdasan sebagai satu cara memproses maklumat dan juga cara berfikir
Beliau juga menyatakan dalam bukunya Frames of Mind menyatakan bahawa kepintaran seseorang kanakkanak boleh dilihat melalui tujuh jenis kebolehan .

TEORI KEPELBAGAIAN KECERDASAN HOWARD GARDNER

Jane Piirto (1999)


Aspek pertama ialah kebolehan menyelesaikan masalah yang praktikal, yang mana mereka akan melihat masalah itu dari pelbagai sudut, memberi sebab-sebab yang logik dan dengan fikiran yang terbuka.

Aspek kedua ialah kebolehan lisan (boleh menangani sesuatu topik perbualan dengan baik, membaca dengan kerap dan baik).

Aspek ketiga ialah pintar cerdas juga boleh dilihat dari aspek sosial (memahami konsep sosial, mengakui kesalahan yang telah dilakukan, mempunyai minat yang umum kepada dunia).

Nik Azis Nik Pa dan Noor Aini Khalifah (1982),


Kanak-kanak pintar cerdas adalah mereka yang mempunyai interaksi tiga kelompok sifat manusia iaitu kebolehan intelek umum yang atas purata (murid yang mempunyai IQ melebihi 120 dikategorikan sebagai kanak-kanak pintar cerdas), aras yang tinggi dalam tanggungjawab kepada tugas dan aras kreativiti yang tinggi

Kebolehan yang luar biasa berbanding dengan kebanyakan rakanrakan

Tidak hanya mereka yang mempunyai kecerdasan yang tinggi

Apa yang boleh ditakrifkan?

Potensi untuk mencapai prestasi cemerlang

Memerlukan sokongan emosi dan sosial untuk merealisasikan hadiah

Memerlukan peluangpeluang pembelajaran yang berbeza

KEPELBAGAIAN DEFINISI PINTAR CERDAS

Konservatif atau liberal

Cenderung menghadkan bidang yang termasuk di bawah kategori pintar cerdas dan berapa ramai yang dianggap sebagai pintar cerdas.

Satu atau pelbagai dimensi

Sesetengah definisi memfokus kepada pencapaian di dalam domain akademik sahaja sementara yang lain memasukkan pencapaian di dalam beberapa domain lain

Potensi atau prestasi

Sesetengah definisi memerlukan bukti kebolehan manakala yang lain adalah kanak-kanak berpencapaian rendah dimasukkan dalam kategori pintar cerdas walaupun ia tidak menunjukkan kebolehan yang tinggi dalam situasi harian.

CIRI-CIRI KANAKKANAK PINTAR CERDAS

Aspek Kognitif

Ingatan yang kuat

Tahap pemikiran tinggi

Berminat kepada sesuatu yang kompleks dan mencabar minda

Memproses maklumat dengan cepat

Berprestasi tinggi dalam pencapaian

Memahami dan mempelajari sesuatu yang kompleks dengan mudah Aspek Akademik Berkebolehan dalam menyelesaikan masalah Berkebolehan dalam menguasai banyak isi kandungan pelajaran

Aspek Fizikal

Kebolehan fizikal dan mental yang berbeza

Bersifat gigih serta berorientasikan matlamat

Sensitiviti yang tinggi daripada orang biasa

Aspek Tingkah Laku

Pengamatan yang luar biasa

Rasa humor yang tinggi

Aspek Komunikasi
Perbendaharaan kata yang betul digunakan semasa bertutur Penguasaan bahasa yang tinggi

6 CIRI UTAMA KEPINTAR-CERDASAN

PERTAMA : Kebolehan intelektual am

~ ciri pertama adalah kebolehan intelektual am, yang lahir tanpa disedari oleh ibubapa dan guru pra-sekolah atau terbit melalui galakan dan latihan yang diberikan oleh mereka. ~ ia lazimnya mempunyai tahap kemajuan antara empat hingga lima tahun mental ke hadapan atau mungkin mencapai hingga sepuluh tahun mental, walaupun umur fizikal kanak-kanak berkenaan hanya di tahap lima atau enam tahun.

Kecenderungan akademik khusus

KEDUA :

~ kanak-kanak ini mempunyai kecenderungan akademik yang khusus walaupun pada umur fizikal setahun jagung. Mereka lazimnya masih belum membuat pengkhususan minat mereka di peringkat pra-formal. ~ oleh itu, sukatan pendidikan di peringkat pra-formal memberikan banyak ruang serta kebebasan tanpa sekatan dan tekanan.

KETIGA : Pemikiran kreatifproduktif

menjurus kepada corak pemikiran yang kreatif dan produktif. ~ kanak-kanak pintar cerdas boleh membuat penilaian pelbagai satah (multi-axes reasoning) iaitu suatu corak pemikiran yang membantu otak melihat sesuatu keadaan atau situasi dari pelbagai dimensi dan sudut, walaupun mereka tidak menerima latihan spesifik dari ibu, bapa atau guru.

KEEMPAT : Kebolehan untuk memimpin

~ mempunyai suatu kebolehan istimewa untuk memimpin rakan sebayanya dan mempengaruhi mereka. ~ ciri extrovert ini jelas kelihatan ketika kanak-kanak ini bermain atau semasa tiada orang dewasa yang memerhati. ~ nilai kepimpinan yang tinggi juga bererti kanak-kanak pintar cerdas sentiasa berempati dengan perasaan orang lain.

KELIMA : Nilai estetika dan kesenian

~ berkebolehan untuk menilai dan menghargai nilai estetika dan kesenian, malah ada antara mereka yang berbakat besar dalam penghasilan karya seni asli. ~ kesenian juga membawa erti seni muzik dan persembahan kerana ada kanak-kanak pintar cerdas yang digelar prodigy kerana mereka boleh memainkan alat muzik seperti biola atau piano lebih cekap dari orang dewasa.

KEENAM : Ketrampila n dan keyakinan diri

mereka memiliki ketrampilan diri dan tahap keyakinan yang tinggi dibandingkan dengan rakan sebaya. ~ kanak-kanak ini mampu membawa diri dengan sempurna dan baik, serta dapat menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling setelah mereka membuat pemerhatian awal.

KAEDAH-KAEDAH PEMBELAJARAN UNTUK KANAK-KANAK PINTAR CERDAS

Memandangkan kanak-kanak pintar cerdas mempunyai kemahiran belajar yang berlainan daripada kanak-kanak biasa, maka para pendidik perlu merangka satu program pendidikan khas untuk memenuhi keperluan kanak-kanak ini. Antara kaedah-kaedah yang telah diperkenalkan ialah :
i. ii. iii. iv. Kaedah pecutan Kaedah pengayaan Kaedah pengelompokan Kaedah koperatif

i.

KAEDAH PECUTAN

Juga dikenali sebagai acceleration atau memendekkan masa belajar. Kaedah di mana kanak-kanak diberi bahan dan tugasan yang biasanya disediakan kepada kanak-kanak gred yang lebih tinggi. Melibatkan penggunaan kurikulum sekolah sedia ada walaupun terdapat penggunaan bahan tambahan dalam pembelajaran. Akan lebih berkesan sekiranya sekolah mempunyai kurikulum yang ditetapkan dan penglibatan sekolah berterusan.

Kaedah ini dapat dicapai dalam beberapa langkah yang berbeza merangkumi mula bersekolah fasa awal umur dan kelas lompat (grade skipping atau double promotion). Seterusnya ialah kelas tidak bergred di mana kanak-kanak pelbagai umur dikumpulkan bersama dan kurikulum yang digunakan adalah berdasarkan penguasaan individu dan bukan diambil kira berdasarkan umur kanak-kanak. Pecutan subjek (acceleration subject) menawarkan kanak-kanak yang menguasai sesuatu subjek tertentu.

ii. KAEDAH PENGAYAAN


Didefinisikan sebagai aktiviti asas pembelajaran yang mengandungi unsur untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman serta mengukuhkan kemahiran yang sedang dipelajari. Merupakan kaedah yang baik bagi memenuhi keperluan murid pintar cerdas dan didasarkan mengikut kemampuan dan kekuatan mental seseorang pelajar. Memberi peluang murid mendalami dan meluaskan pengetahuan dan pengalaman mereka dalam sesuatu tajuk.

Murid akan mendapat peluang tambahan untuk mengembangkan lagi minat, sifat ingin tahu dan kebolehan yang ada pada diri mereka. Program pengayaan yang sering dilaksanakan ialah program Renzullis Schoolwide Enrichment Model atau SEM yang sudah dilaksanakan di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM). Model ini direka bagi menggalakkan pelajar didedahkan kepada pelbagai bidang melalui aktiviti seperti ceramah, lawatan, pembacaan, penerokaan melalui internet dan aktiviti lain.

SEM ini bermula dari Aktiviti Jenis I, Jenis II dan Jenis III. Aktiviti Jenis I mendedahkan pelajar kepada dunia luar dan pelajaran yang tidak diajar di dalam kelas formal. Aktiviti Jenis II memberi pelajar kemahirankemahiran asas bagi mengembangkan minat mereka (contoh: Kursus Kemahiran Berfikir) Aktiviti Jenis III gerak kerja pelajar sama ada menjalankan penyelidikan, mereka cipta atau aktiviti-aktiviti yang mencabar kepada mereka.

Dua bentuk pengayaan : 1)Pengayaan yang mendalam membuka peluang untuk pelajar belajar dengan lebih mendalam berkaitan bidang yang menjadi sebahagian kurikulum biasa di sekolah. 2)Pengayaan yang meluas pelajar akan dibimbing untuk mempelajari sesuatu bidang yang di luar daripada aktiviti kurikulum biasa iaitu bidang yang tidak ada di dalam silibus pelajaran.

iii. KAEDAH PENGELOMPOKAN


Merujuk kepada penempatan kanak-kanak yang mempunyai kebolehan yang hampir sama dalam suatu kelas yang khusus. Merangkumi pengelompokan sepenuh masa, pengelompokan kluster, pengelompokan dalam kelas, pengelompokan silang kelas (cross-class/ grade grouping) dan pull-out grouping. Kaedah ini mempunyai kesan positif terhadap motivasi dan sikap terhadap pembelajaran serta membantu kanak-kanak berbakat untuk mengembangkan persepsi diri yang lebih realistik.

iv. KAEDAH KOPERATIF


Merupakan strategi pengajaran umum yang boleh dilaksanakan dalam kumpulan belajar yang kecil di mana pelajar berinteraksi sesama sendiri bagi menyelesaikan tugasan untuk mencapai objektif P&P. :

Belajar bersama

Penyiasatan secara berkelompok

Team Games Tournament dicipta oleh Robert Slavin.

Terdapat 6 jenis pembelajaran koperatif


Student Team Achievement Division (STAD) diilhamkan oleh Hopkins.. Team Accelerated Instruction Mathematics

Kaedah jigsaw.

MASALAH DIHADAPI KANAKKANAK PINTAR CERDAS

Masalah yang mereka hadapi boleh dilihat dari aspek kognitif. Kanak-kanak ini mudah berasa bosan dengan arahan yang mudah serta berulang kerana mereka jemu dengan sesuatu yang mudah bagi mereka. Golongan pintar cerdas sukakan perkara yang kompleks dan mencabar kebolehan mereka. Mereka juga tidak mempunyai nilai kesabaran yang tinggi serta suka bertindak dengan terburuburu dalam melakukan sesuatu perkara.

Kanak-kanak ini cenderung menyoal guru sewaktu di dalam kelas sehingga keluar dari topik pengajaran malah menyebabkan rakan yang lain menjadi keliru. Kebolehan kanak-kanak ini yang mampu menyiapkan tugas lebih awal daripada rakan lain akan menyebabkan mereka berasa bosan dan kemudiannya mengganggu rakan-rakan di dalam kelas. Kanak-kanak pintar cerdas kebanyakannya berkebolehan dalam bidang yang terhad sahaja. Kebolehan yang mereka miliki selalunya hanya berfokus kepada satu bidang sahaja.

Dari segi tingkah laku, golongan ini sangat sensitif dan mudah tersinggung apabila dikritik atau ditegur. Mereka amat mementingkan kesempurnaan dan sentiasa ingin berjaya tetapi dari pandangan orang lain, mereka ini dilihat sebagai seorang yang degil. (Bob Algonzine dan Jim Ysseldyke, 2006)

Kanak-kanak ini tidak memilih kawan berdasarkan kepada umur kronologi tetapi berdasarkan kepada minat yang sama. Kebanyakan golongan ini lebih selesa untuk bergaul dengan golongan yang lebih tua daripada mereka. Bagi mereka, hubungan persahabatan memberi sokongan, keselesaan, kepercayaan, kenikmatan dan kebaikan malah bagi mereka sahabat yang sebenar hanya akan mencari kebaikan antara satu sama lain tanpa menyalahkan perbuatan sahabat mereka sendiri.

Terdapat lima peringkat persahabatan mengikut tahap umur.

Tahap pertama tahap awal sesebuah persahabatan dan pada tahap ini teman bermain adalah penting, dimana mereka memerlukan kawan untuk berkongsi barang mainan.

Tahap kedua antara umur 7-9 tahun. Mereka memerlukan seseorang untuk berkongsi minat yang sama serta seseorang yang boleh dibawa untuk mendengar luahan mereka.

3
4

Tahap ketiga memerlukan bantuan dan sokongan daripada orang lain, dan rakan adalah seseorang yang boleh membantu, menyokong dan menggalakkan. Pada umur 9-11 tahun.

Tahap keempat - mula menyedari bahawa sesebuah persahabatan memerlukan seseorang untuk memberi keselesaan dan sokongan antara satu sama lain. Satu tahap dimana mereka akan berkongsi masalah serta membina hubungan rapat dengan orang lain. Pada umur antara 11 atau 12 tahun.

Tahap kelima tahap yang memerlukan satu tempat yang boleh memberi mereka tempat berlindung dan merasa selamat. Menyedari persahabatan merupakan satu hubungan yang mendalam dan berpanjangan yang melibatkan kepercayaan, kesetiaan dan penerimaan yang tidak bersyarat

PROGRAM UNTUK KANAK-KANAK PINTAR CERDAS

1962 Sistem Kelas Ekspres 1983 Penubuhan Persatuan MENSA Malaysia 1985 Program Pintar Cerdas BAKA 1987 Persatuan Kanak-kanak Bergeliga Malaysia 1990 Simposium Pintar Cerdas Kebangsaan 1996 Ujian Penilaian Tahap Satu (PTS) 2007 Projek PERMATApintar

KISAH ADIK AZALI AZLAN (PELAJAR CEMERLANG SPM 2007)

BIODATA AZALI AZLAN


Pelajar terbaik SPM 2007 dengan keputusan 21 A (20 1A dan 1 2A). Merupakan pelajar SMKA Yan, Kedah. Beliau meraih 20 1A dalam subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah, Sains, Pend. Islam, Fizik, Kimia, Biologi, Geografi, Matematik Tambahan, Ekonomi Asas, Perdagangan, Prinsip Perakaunan, Bahasa Arab Tinggi, Kesusasteraan Melayu, Pendidikan Syariah Islamiah, Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah, Tasawwur Islam serta Pendidikan Seni Visual. Dan mendapat satu 2A dalam English for Science and Technology (EST).

Juga merupakan Tokoh Nilam Kebangsaan 2007. Sebelum ini mendapat keputusan 5A dalam UPSR dan 9A dalam PMR. Merupakan anak ketiga daripada lima beradik dan berasal dari Butterworth Bapanya merupakan seorang guru di SMK Datuk Hj. Abdul Kadir, K.Batas dan ibunya pula mengajar di SMK Dato Hj. Ahmad Badawi, K.Batas.

SEKIAN TERIMA KASIH

You might also like