You are on page 1of 48

UNSUR BAHASA ASING DALAM BAHASA MELAYU

UNSUR asing dalam bahasa Melayu wujud melalui proses pengambilan atau peminjaman daripada bahasa-bahasa lain, iaitu bahasa yang lebih maju dalam tamadun yang lebih tinggi. Hal demikian terjadi apabila berlaku pertembungan dengan tamadun tersebut.

Latar Belakang Peminjaman Bahasa Bahasa yang memberikan sumbangan dalam proses peminjaman oleh bahasa Melayu merupakan bahasa yang pernah berdampingan atau terlibat dalam sejarah orang Melayu. Oleh itu, besar atau kecilnya pengaruh bahasa asing itu bergantung kepada tempoh dan rapatnya keterlibatannya dengan masyarakat atau budaya Melayu.

Bahasa tertua yang dipinjam oleh bahasa Melayu ialah bahasa dari India, iaitu bahasa Sanskrit. Bahasa ini merupakan bahasa elit India yang digunakan oleh golongan istana dan bangsawan. Sanskrit datang menerusi agama dan budaya Hindu yang mendominasi kebudayaan alam Melayu pada lebih 2,000 tahun dahulu. Peminjaman berlaku semenjak abad ketujuh lagi apabila bahasa Melayu kuno menggunakannya untuk keperluan mengungkapkan pelbagai makna dan mesej pada batu-batu bersurat. Pada ketika itu kerajaan Hindu Sriwijaya berada pada puncak kegemilangannya.

Bahasa India lain yang turut menyerap masuk ke dalam bahasa Melayu ialah bahasa Tamil (bahasa golongan bawahan dari selatan India), bahasa Hindustani, dan bahasa Telegu. Bahasa-bahasa ini datang melalui aktiviti perdagangan di kepulauan Melayu.

Bahasa yang kuat pengaruh dari Asia Barat ialah bahasa Arab. Kedatangan pengaruh Islam ke Nusantara pada abad ke-13 menyerapkan perbendaharaan katanya ke dalam bahasa Melayu. Bahasa ini menghadiahkan sistem aksaranya yang digunakan oleh bahasa Melayu, dikenali sebagai tulisan Jawi di Malaysia dan tulisan Melayu-Arab di Indonesia. Selain bentuk tulisan, susuk ayat Arab juga terserap dengan ketara dalam

penulisan kitab dan kesusasteraan Melayu pada abad ke-16 hingga ke-18. Selain itu, bahasa Farsi turut dipinjam oleh bahasa Melayu, yang tersebar melalui kegiatan perdagangan.

Kehadiran penjajah Barat juga memaksa bahasa Melayu menerima kosa kata bahasabahasa dari Eropah. Bahasa-bahasa itu ialah bahasa Portugis, bahasa Belanda, dan bahasa Inggeris. Namun, kosa kata bahasa Inggeris lebih mempengaruhi bahasa Melayu kerana pembudayaan yang mendalam melalui sistem pendidikan, tempoh penjajahan yang panjang semenjak pendudukan di Pulau Pinang hingga Malaysia mencapai kemerdekaan, dan penerimaan aspek dan bidang moden yang diasaskan oleh tamadun Barat yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa.

Pinjaman juga melibatkan bahasa Cina. Hal ini terjadi kerana pergaulan dengan orang Cina, khususnya melalui perniagaan di Semenanjung Tanah Melayu semenjak pendudukan Inggeris di Pulau Pinang dan penubuhan Negeri-Negeri Selat.

Bahasa Melayu turut menerima pengaruh daripada bahasa Nusantara, iaitu bahasa Jawa, bahasa Sunda, bahasa Bugis, bahasa Sumatera, dan lain-lain lagi. Bahasa-bahasa ini mula dipinjam pada zaman kerajaan Melayu Melaka, kerana pergaulan dan hubungan perdagangan serantau. Bahasa lain di Asia Tenggara yang turut dipinjam ialah bahasa Siam, tetapi sangat kecil.

Jelasnya, bahasa sumber yang dipinjam oleh bahasa Melayu terdiri daripada tiga kumpulan utama, iaitu Sanskrit, Arab dan Inggeris. Walaupun begitu, bahasa sumber ini boleh dilihat dengan lebih luas berdasarkan kelompok-kelompok:

(a) Bahasa India Sanskrit, Tamil, dan Hindustani (b) Bahasa Tanah Arab Arab, dan Farsi

(c) Bahasa Nusantara Jawa, Sunda, Bugis, Sumatera, dan sebagainya (d) Bahasa Cina, (e) Bahasa Eropah Portugis, Belanda, dan Inggeris, (f) Bahasa lain di Asia Tenggara Siam, dan lain-lain.

Peminjaman unsur asing tersebut terjadi disebabkan oleh hal-hal: (1) Peperangan dan penjajahan politik membawa masuk bahasa Portugis dan Inggeris; (2) Perniagaan dan perdagangan serta pendidikan dan penyebaran agama menyerapkan bahasa-bahasa Sanskrit dan Arab; (3) Kejiranan dan persahabatan membawa masuk perkataanperkataan daripada bahasa Cina, Tamil, dan Jawa.

Faktor-faktor Peminjaman Unsur Bahasa Asing

Zaba memberikan beberapa faktor orang Melayu meminjam unsur bahasa asing.

(1) Keperluan

Peminjaman dilakukan apabila tidak terdapat perkataan yang sesuai untuk menyatakan atau memberikan nama kepada sesuatu perkara atau benda yang baharu atau asing daripada fikiran dan budaya orang Melayu. Hal ini disebabkan oleh perkembangan dunia ilmu. Walaupun perkataan Melayu mungkin ada, perkataan tersebut tidak sesuai, tidak tepat atau tidak setara maknanya untuk menyatakan sesuatu maksud dengan berkesan. Mungkin pula perkataan yang ada itu sudah lapuk atau lusuh, yang menyebabkan tidak sesuai lagi digunakan.

Kosa kata daripada bahasa lain terpaksa dipinjam juga kerana penggunanya tidak mengetahui kewujudan perkataan berkenaan dalam bahasa Melayu. Walaupun perkataan itu wujud, mungkin penggunanya gagal mengingat atau mencarinya ketika hendak digunakan.

Peminjaman dilakukan untuk melicinkan usaha merancang dan membina bahasa Melayu. Dengan cara itu juga, status bahasa Melayu dapat ditingkatkan sebagai bahasa moden.

(2) Sikap Sesetengah pengguna bahasa Melayu suka menggunakan sesuatu yang baharu dan dirasakan lebih bergaya dan canggih, dengan anggapan perkataan Melayu sudah lapuk dan tidak bergaya. Hal ini lebih-lebih lagi bagi orang yang suka berlagak dan menunjukkan dirinya pandai dalam bahasa asing atau bahasa baharu. Keadaan ini menyebabkan orangorang lain turut menggunakannya walaupun tidak memahami maknanya dengan tepat. Contohnya, perkataan hulutelah digantikan dengan kepala.

Selain itu, orang berkenaan tidak fasih dalam bahasanya sendiri. Sikap bebalnya menyebabkan dia tidak malas menyiasat atau mengkaji bahasa sendiri, lalu dengan mudahnya menggunakan perkataan asing. Pada zaman pascamerdeka ini, terdapat pihak yang menganggap bahasa Melayu tidak dapat menandingi kewibawaan bahasa Inggeris.

Kesimpulannya, peminjaman bahasa asing disebabkan keperluan mengungkapkan konsep moden, dan menganggap bahasa lain lebih berprestij. Senario ini wujud semenjak zaman bahasa Melayu kuno dengan dominasi bahasa Sanskrit hinggalah kini pada era bahasa Melayu moden yang disaingi dengan hebat oleh bahasa Inggeris. Selain itu, lazimnya

kebudayaan yang maju dan kuat berjaya memaksa masyarakat lain menerima tamadun mereka.

Unsur-unsur Pinjaman Unsur bahasa asing yang dipinjam oleh bahasa Melayu terdiri daripada bunyi, bentuk morfem dan sintaksis.

(1) Pinjaman Bunyi Terdapat 27 bunyi dalam bahasa Melayu, iaitu 6 vokal, 3 diftong, dan 18 konsonan. Beberapa bunyi konsonan dipinjam daripada bahasa Sanskrit, Arab dan Inggeris.

(a) Bahasa Sanskrit:

> sy - syurga > sw - swasta

(b) Bahasa Arab:

> kh - khairat, bakhil, fasakh > gh - ghaib, maghrib, baligh > sy - syarikat, masygul, Quraisy > f - fikir, fatsir, takrif > z - zahir, azab, lafaz > q - Quran, furqan

Selain itu, dipinjam juga bunyi dh dan th, tetapi kini untuk penulisan dalam bahasa Melayu, masing-masing diubah bentuk menjadi d dan s sahaja.

dh - dharab (darab), fardhu (fardu) th - Thalatha (Selasa), Ithnin (Isnin), hadith (hadis)

(c) Bahasa Inggeris:

> f - filem, fokus > v - vokal, variasi , novel, levi > sy - syif > z - zoo, zink

Semua bunyi pinjaman tersebut terdapat dalam perkataan daripada bahasa tersebut.

(2) Pinjaman Kata Dasar

(a) Bahasa Sanskrit

Perkataan bahasa Sanskrit yang disenaraikan oleh Zaba tidak kurang daripada 388 patah, tetapi yang digunakan tidak lebih daripada 200 patah sahaja, melibatkan sekurangkurangnya 14 bidang.

(i) Tubuh manusia

anggota , bahu , kepala , lidah , nadi , nama , roma, rupa , sendi

(ii) Waktu

bila , dewasa , dinihari , hari , kala , kali , ketika , masa , purnama , pertama , sedia , sedia kala, senja , senja kala , sentiasa , tadi , tatkala

(iii) Barang dagangan dan perniagaan

angka , arang gula , bahara , benda , cendana , gaharu , guni , harga , harta , juta , kapas , kapur barus , kasturi , laba , laksa , lawang , neraca , pala , sutera

(iv) Barang-barang leburan dan batu-batu

baiduri , delima , emas , geliga , gemala , kaca , kencana , maknikam , mestika , mutia , mutiara , nilam . pancalogam , permata , raksa , suasa , tembaga , timah

(v) Nama barang dan perkakas

bangsi , catur , cerana , genta , gergaji , jala , jentera , judi , kecapi , kendi , keranda , kunci , manik , panca-persada , pancaragam , peterakna , peti , tenggala

(vi) Pergaulan dan persaudaraan

ayah , bangsa , baya , belia , dara , isteri , keluangsa , keluarga , muda , pangkat , remaja , saudara , sila , suami , tabik , teruna , tua

(vii) Berkenaan bintang dan awang-awangan

angkasa , bima sakti , buana , cahaya , cakerawala , daksina , gelita , gema , gempa , gerhana , kertika , mega , nusantara , pancalima , pernama , rahu , udara , utara

(viii) Binatang

biri-biri , cenderawasih , cerpelai , cintamani , gagak , gajah , gembala , geroda , harimau , jentayu , kala , kuda , merak , mergastua , merpati , naga , rajawali , sawa , serigala , singa , unta

(ix) Tumbuh-tumbuhan

angsana , bedara , beringin , bunga , cempaka , cendana , delima , gandamala , gandapura , gandarusa , jambu , jati , kemboja , kenanga , kesumba , labu , lenggundi , lontar , mangga , melaka , melati , melur , mempelam , nagasari , petola , puspa sari , seroja , teratai

(x) Perasaan dan keadaan

asa , asmara , bahagia , bencana , berahi , bodoh , budi , budiman , cela , celaka , cerca , cinta , durjana , derma , dermawan , dosa , duka , dukacita , dusta , loba , malas , murka ,

nestapa , pahala , pandai , papa , sangka , segera , seloka , sengsara , setia , setiawan , suci , suka , sukacita

(xi) Senjata dan peperangan

bahaya , bala , bala tentera , cedera , gempita , hulubalang , jaya , kendera , keris , kota , panah , panglima , perkasa , senjata , seteru

(xii) Kebesaran

adiraja , anugerah , baginda , bendahara , bentara , beti , biduanda , duli , gahara , hulubalang , istana , kurnia , laksamana , maha , maharaja , maharani , mahkota , menteri , mulia , paduka , pegawai , pendeta , penggawa , raja , perdana menteri , permaisuri , perwira , putera , puteri , sida-sida , singgahsana , upacara

(xiii) Pemerintahan

acara , angkara , aniaya , bahagi , balai , bangsa , bicara , denda , desa , dosa , gelora , kuasa , merdeka , negeri , penjara , periksa . perkara , pesaka , sahaya , saksi , segara , seksa , ufti

(xiv) Agama dan pengetahuan

agama , badi , bahasa , bakti , betara , bidadari , biduan , bijaksana , Bisnu , boga , bota , bujangga , bukti , cendera , dewa , dewata , dewi , dupa , gergasi , guru , hantu , Hanuman , indera , jelma , jiwa , mantera , neraka , permai , petala , puasa , puja , pujangga , puji , raksasa , rencana , sakti , sangkakala , sastera , sasterawan , sempena , syurga , tapa

Bahasa Sanskrit yang merupakan bahasa elit India mula dipinjam ketika itu, kerana:

(i) bahasa Melayu terlalu baharu, menyebabkan timbul masalah kekurangan perkataan yang sesuai dan tepat untuk menyatakan makna bagi sesuatu ilmu atau budaya yang belum dikuasai oleh masyarakat Melayu,

(ii) tanggapan bahawa bahasa Sanskrit berwibawa dan berprestij tinggi.

(b) Bahasa Tamil

apam , auta , bedil , candi , cemeti , cerpu , cerutu , gerudi , gurindam , jodoh , keldai , kalekati , kapal , kari , katil , kawal , kedai , ketumbar , kodi , kolam , kuli , ladam , lebai , logam , mahligai , malai , mempelam , modal , nira , paceri , paria , perli , peti , pili , pondan , putu , ragam , ranggi , sami , santeri , tambi , tandil , tirai , taulan

(c) Bahasa Hindustani

Perkataan yang dipinjam daripada bahasa ini banyak juga merupakan perkataan yang asalnya daripada bahasa lain yang pernah dipinjam oleh bahasa Hindustani. Oleh itu, terjadilah pinjam atas pinjam. acar , agar , aria , baldi , banglo , barua , basi , bendahari , biti , boria , boya , cap , capal , coli , cuka , cukai , curi , cuti , dal , dian , dobi , gabra , gala-gala , ganda , ganja , gari , gudang , guni , gusar , jamin , jenaka , kanji , kapas , kaskas , kerani , ketur , kubis , kunci , kurma , lucah , madat , neraca , rebana , roti , rupiah , seterika , suji , sundal , topi

(d) Bahasa-bahasa Sumatera

cegah , dekak-dekak , gadis , gedang , kemanakan , kemanga , landai , malahan , ragu , rapi , semenda , tambu , teliti , teromba , teuku (tengku)

(e) Bahasa Jawa dan Sunda

agus , aji , alun-alun , ancam , andai , anggap , ayu , babad , bagus , bajik , batik , beres , bibit , buntu , cerdas , dingin , dokoh , embok , enak , enteng , galuh , gamelan , gerobok , gusti , intip , inu , jaguh , jelik , jeragan , kejam , keraton , kesal , ketara , kodok , kuping , lahar , lakon , lamun , lanang , leluasa , lucu , luntur , lurah , mendung , menginap , mesti , nona , nyaman , obor , oleh-oleh , omong , pamer , pecal , penting , ratu , rogol , ronggeng , saban , saringan , senohong , sepi , sering , sore , sumsum , sumur , tamu , tindak , tulen , urus , walang , waras , warung , wayang.

(f) Bahasa Bugis dan Borneo

Abang , Beladau , daeng , mengayau , pengeran , sulitawang , sundang , tembadau

(g) Bahasa Arab

Pinjaman daripada bahasa Arab lebih banyak jumlahnya berbanding dengan pinjaman daripada bahasa Sanskrit. Kebanyakannya disesuaikan mengikut sebutan Melayu, dan sesetengahnya sudah sebati sehingga tidak disangka berasal daripada bahasa Arab. Pinjaman melibatkan pelbagai bidang.

(i) Agama

ajal , akaid , akil , Allah Taala , amal , anbia , arasy , aulia , baligh , batal , bilal , dajal , doa , fardu , fikah , fitrah , haid , haji , hakikat , halal , haram , hidayat , ibadat , iktikad , imam , iman , jin , junub , kadi , kiblat , kufur , Loh Mahfuz , makmum , makrifat , makruh , maksiat , malaikat , masjid , mikraj , murtad , mustakmal , nabi , najis , nifas , qada , Quran , rahmat , rasul , rukuk , rukun , sah , sujud , syahadat , syaitan , syarat , syariah , syariat , taat , tahlil , takdir , umrah , wali , wuduk , zakat , zikir

(ii) Ilmu

ahad , ahli , ahmak , alim , arif , ayat , bab , baki , dakwat , darab , falak , falsafah , fasal , fatwa , hadis , hafaz , hakim , hikayat , hikmat , hisab , hukum , huruf , ibarat , iklim , ilmu , Isnin , jahil , jawab , jumlah , kaedah , kalam , kamus , kasidah , kertas , khabar , khasiat , khat , khatam , kisah , kitab , loghat , madrasah , majalah , maklum , maktab , maktub , misal , mufti , nahu , nujum , petua , Ramadan , riwayat , saat , saraf , sejarah , siasat ,

sihir , soal , surat , Syaaban , syair , syarah , syeikh , tabib , tafsir , takbir , takwim , tamsil , tarikh , tawarikh , ulama , usul , waktu , zaman.

(iii) Fikiran dan perasaan

aib , ajaib , akal , akhir , am , aman , asyik , awal , bahas , dahsyat , faham , fikir , hairan , hajat , hawa , hebat , ijtihad , ikhlas , ikhtilaf , iktibar , ilham , insaf , izin , kabul , kalbu , khas , khuatir , khusus , khutbah , laknat , makna , maksud , masyghul , muhibah , mustahil , musykil , nafsu , nasib , nasihat , niat , syak , syok , tadbir , takjub , umum , waham , yakin , yakni

(iv)

Hukuman

dan

peraturan

adil , amir , baitulmal , daerah , daftar , dakwa , had , hakim , hukum , kadi , khalifah , mahkamah , makam , mansuh , mukim , rakyat , sultan , tabal , takluk , tertib , uzur , wajib , wakaf , wakil , wali , wazir , wilayah , zalim

(v) Benda-benda kejadian dan perbuatan

akhirat , alam , dunia , haiwan , halwa , insan , jati , jubah , kawat , kopiah , kuat , kubah , layak , lazat , loh , nahas , nur , roh , sahur , salji , sifat , syarbat , taun , wabak , wajah , wujud

(vi) Adat dan pergaulan manusia

adat , afiat , akad , awam , azimat , bahlul , batin , darjat . darurat , faedah , fitnah , ghaib , ghalib , hadir , hadiah , hormat , ijazah , istiadat , jahil , jenazah , jimak , kafilah , karib , kaum , kerabat , khadam , khalwat , khilaf , khunsa , kubur , lazim , majnun , makmur , manfaat , marhum , martabat , maruah , masyhur , maulud , maut , mastautin , mesyuarat , mudarat , muhrim , musafir , musibat , nafkah , nasab , nazar , nazir , nikah , nisbah , redha , rezeki , sanduk , sedekah , sihat , siti , syahwat , syarifah , syarikat , syukur , tahniah , taksir , takziah , takzim , umat , waris , watan , ziarah , ziarah

(h) Bahasa Farsi

andam , badam , bahari , baju , bandar , bedebah , beriani , biaperi , bina , bius , cogan , cokmar , darwis , destar , dumba , firdaus , firman , gandum , geram , gusti , honar , istana , jam , johan , juadah , kahwin , kapur , kesmis , laksa , lasykar , lawak , lazuardi , medan , nafiri , nakhoda , nesan , nobat , pasar , pelana , perca , peri , Peringgi , pesona , piala , pinggan , reja , rubah , sal , saudagar , serban , seluar , sudah , syah , takhta , taman , teraju , zadah

(i) Bahasa Cina

Hampir semua pinjaman daripada bahasa Cina daripada bahasa Hokkien, iaitu kaum yang mula-mula datang ke Tanah Melayu dan bergaul dengan orang-orang Melayu di kampung dan di tepi laut.

(i) Makanan dan buah-buah

angki (pisang kaki) , bakmi , bepang , bihun (mihun) , cincau , kuaci , kucai , kuih , lai , laici , mi , samsu , tauhu , tauge , teh , tokyu

(ii) Pakaian dan barang-barang dagangan

bak (dakwat) , candu , cat , ci (1/10 tahil) , cukin , gincu , hun (1 inci Cina) ,kekwa , (bunga) , koyan , koyok (ubat) , tahil , tocang

(iii) Rumah dan perkakasnya

bangsal , beca , boh (batu) , cawan , dacing , jong , kincir , lanca , langkan , loceng , loteng , pangkin , pungkis , sampan , sia (bakul bertingkat) , sipua (alat mengira) , tanglung , tangsi (tali halus) , teko , tongkang , toya (kayu panjang)

(iv) Manusia dan hal ehwalnya

ampau , apek , banci (hitung) , cempiang , centeng , cuak , gua (saya) , kampuh(tutup dengan kain) , kongsi , kuntau , lancau , lancong , lu (engkau) , nyonya , ponteng , samseng , sue (malang) , tauke , tekong , toa pekong , tokong , tongsan

(v) Permainan

capjiki , ceki , congkak , pakau , pakbu , poh toa , cukai

(j) Bahasa Portugis

baldi , bangku , meja , baulu , baldu , beranda (kota) , bola , bomba , dadu , garpu , gereja , istinggar , jendela , kapitan , kara , kebaya , keju , kemeja , lampu , lancang , lelong , mandur , mentega , merinyu , meski , minggu , paderi , palsu , peluru , peniti , peon , perada , pipa , pita , renda , rial , roda , sekolah , selada , sepatu , sinyor , tempoh , terangkera , terongkoh , tinta , tuala , wizurai

(k) Bahasa Belanda

bor , dam , dansa , duit , engsel , geladak , kamar , kantor , koran , laci , ongkos , pelekat , pelesir , peluit , permisi , rokok , sekoci , sekopong , senapang

(l) Bahasa Inggeris

aiskrim , bank , bas , basikal , beer , beg , besen , bikin , bil , biskut , botol , brek , buku , coklat , diploma , doktor , drebar , ekar , elaun , elektrik , enjin , epal , gabenor , gear , gelas , eran , glob , gol , inspektor , jel , jem , kapten , kek , kelab , kelas , kelindan , kenari , kolej , koman , kompas , kompeni , kopi , kopral , kot (baju) , kuinin , lesen , lokap , loket , lori , majistret , malaria , mancis , mem , mesin , misi , motobot , motokar , muzik , nat , nombor , not , notis , opera , paip , pam , pas , paun , pencen , pensel , piano , pil , pin , pistol , poket , polis , rekod , rel , residen , resit , saman , sarjan , sarkas , skru , selipar , setem , simen , sepana , standard , stereng , stesen , stoking , sup , tayar , telefon , telegraf , tenis , tiket , tin , tiub , trompet , wap , wisel

(m)

Bahasa

Siam

kop (mata wang Siam) , makyung , menora , wat , perai (sj. kain sutera hitam) ,samsam , senarai

(3)

Pinjaman

Imbuhan

Tekanan yang kuat untuk menerima unsur asing datang daripada kemajuan sains dan teknologi. Ini memaksa bahasa Melayu mengambil imbuhan asing. Pada masa dahulu, yang dipinjam hanyalah imbuhan daripada bahasa Sanskrit, Jawa dan Arab, tetapi kegunaannya terhad. Bermula 1960-an, peminjaman dilakukan dengan terancang.

Imbuhan

yang

dipinjam

berbentuk

awalan

dan

akhiran

kata

nama.

(a) Imbuhan Bahasa Sanskrit

(i) Awalan > dwi- (dua) : dwibahasa; dwifungsi; dwiguna; dwilambang > eka- (satu) : ekabahasa; ekabunyi; ekasuku; ekawarna

> maha- (agung, besar, tinggi) : mahaguru; maharani; mahasiswa; mahasiswi > panca- (lima, bermacam-macam) : : pancabentuk; pancalogam; pancasuara;

pancawarna > pasca- (selepas) tuna- (tidak pra-(sebelum) pascamerdeka; : pascaperang; tunasusila; prasangka; pascasiswazah tunabusana prauniversiti

>

mempunyai) :

tunabudaya; pramoden;

>

prakata;

(ii) Akhiran

> -man : budiman; seniman; > -wan (memiliki sesuatu; ahli) : cendekiawan; hartawan; usahawan > -wati (merujuk feminin) : peniagawati; seniwati

(b) Imbuhan Bahasa Jawa

Imbuhan bahasa Jawa tidak produktif. Yang selalu digunakan hanyalah berupa awalan.

(i) Awalan > tata- (peraturan) : tatabahasa; tatacara; tatasusila; tatatertib

(c) Imbuhan Bahasa Arab

Pinjaman imbuhan daripada bahasa Arab juga tidak produktif, dan hanya berbentuk akhiran.

(i) Akhiran

> -ah (merujuk perempuan) : sultanah; ustazah; siswazah > -at (merujuk perempuan) : hadirat; muslimat > -iah ("bersifat") : ilmiah; rohaniah; wataniah > -in (merujuk lelaki) : hadirin; muslimin > -wi (bersifat) : duniawi; manusiawi

(d)

Imbuhan

Bahasa

Inggeris

Imbuhan daripada bahasa Inggeris yang dipinjam oleh bahasa Melayu meliputi awalan dan akhiran.

(i)

Awalan

> anti- (melawan, menentang) : anti-Amerika; antibiotik; antihadis; antipoligami > pan- (seluruh; genap) : pan-Afrika; pan-Amerika; pan-Asia > pro- (menyokong) : pro-Amerika; prodemokrasi; pro-Russia

> sub- (pecahan; bawahan) : subgolongan; subjenis; subkontraktor > supra- (atasan; tinggi) : suprakebangsaan; supranasional; suprasegmental > ultra- (keterlaluan; terlampau) : ultralembayung; ultramerah; ultraungu

2.

Akhiran

>

-is (ahli)

: artis;

cerpenis;

kartunis;

novelis;

sosialis

> -isme (fahaman, ideologi) : komunisme; nasionalisme; sosialisme

(4)

Pinjaman

Tatabahasa

(Nahu)

Asing

Tatabahasa asing yang kuat mempengaruhi bahasa Melayu ialah bahasa Inggeris. Pengaruh struktur bahasa ini menyebabkan sukar dibezakannya daripada bahasa Melayu.

Unsur tatabahasa yang dipinjam ialah bentuk ialah dan adalah daripada bahasa Inggeris, iaitu bentuk kopula is. Bentuk kopula tidak wujud dalam bahasa Melayu, tetapi diterima sebagai betul dan digunakan dengan fungsinya sebagai pemeri semenjak 1934 kerana pernah dihuraikan oleh Zaba melalui bukunya,Ilmu Mengarang Melayu.

> Ali ialah penoreh getah. (Pengaruh bahasa Inggeris)

>

Ali

penoreh

getah.

Bentuk ialah dan adalah tiada

dalam

bahasa

Melayu

klasik.

(5) Pinjaman Bentuk Majmuk

Pinjaman bentuk majmuk kebanyakannya daripada bahasa Inggeris, untuk memenuhi keperluan melengkapkan istilah.

> bawah tanah (underground) ; beban kerja (work load) ; buku hijau(green book) ; bulan madu (honey moon) ; duit poket (pocket money) ;gajah putih (white elephant) ; kepala surat (letter head) ; nota kaki(footnote) ; pencakar langit (skyscraper); perang

dingin (cold war).

(6)

Kesan-kesan

Pinjaman

Pinjaman unsur daripada bahasa asing membawa dua kesan utama, iaitu memberikan faedah, dan sebaliknya.

Kebaikan peminjaman adalah dapat menambahkan kekuatan makna konsep yang hendak diperkatakan. Hal ini akan mewujudkan keadaan saling terjemah dengan bahasa moden lain. Sebaliknya, Zaba beranggapan bahawa menggunakan perkataan daripada bahasa asing dengan sengaja atau dipaksa-paksa dapat menimbulkan kerugian, kerana akan memburukkan rupa dan bunyi bahasa Melayu, dan membanyakkan perkataan yang tidak akan difahami oleh pembaca. Kemungkinan besar terjadinya pencemaran bahasa. Hal ini terjadi sekiranya peminjaman dibuat sesuka hati.

BAHASA MELAYU MODEN - PERANCANGAN 12:03 PG SUHAIMI MOHD SALLEH No comments

SATU daripada ciri utama bahasa Melayu moden ialah bahasa itu memiliki pelbagai laras, jauh lebih banyak daripada laras yang terdapat dalam bahasa Melayu klasik. Wujudnya banyak laras itu, selain disebabkan perkembangan bahasa, turut ada kaitan dengan perancangan yang dijalankan. Perancangan bahasa merupakan usaha-usaha yang dijalankan untuk memupuk bahasa ke arah taraf yang lebih maju yang dijalankan secara sistematik.Perancangan dijalankan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Secara kasar, perancangan bahasa dijalankan dalam tiga peringkat utama, iaitu penentuan bahasa, pelaksanaan rancangan, dan penilaian. Peringkat penentuan dan penilaian merupakan perancangan status (taraf), manakala peringkat pelaksanaan ialah perancangan korpus (bahan).

(1) Perancangan Status (Taraf) . (a) Penentuan atau pemilihan kod (bahasa) . Peringkat ini merupakan peringkat pertama perancangan bahasa. Bahasa Melayu dipilih sebagai kodnya kerana Perkara 152 Perlembagaan Tanah Melayu (1957) telah menetapkan bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan. Penyata Rahman Talib (1960) turut memperakukan bahasa Melayu sebagaibahasa pengantar di sekolah-sekolah menengah Melayu. Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 pula menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. . (b) Penilaian . Peringkat ini merupakan peringkat peninjauan kembali berkenaan hasil dan kesan aktiviti perancangan. Peringkat ini melibatkan pengguna bahasa. Penilaian boleh dibuat secara formal oleh ahli akademik, juga kritikan melalui akhbar atau rungutan penutur atau individu biasa.

. Langkah ini bertujuan untuk membantu perancangan selanjutnya, di samping membaiki kelemahan yang ada. Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008) umpamanya, mengalami proses ini apabila dibuat pindaan dan tokok tambah terhadap edisi-edisi sebelumnya. .

(2) Perancangan Korpus (Bahan)

(a) Pengekodan .Pengekodan bererti penyeragaman, iaitu proses menghasilkan satu variasi bahasa standard yang sempurna dan seragam, atau usaha-usaha atau prosedur-prosedur pembakuan bahasa. . Dalam bahasa Melayu, pengekodan perlu dibuat kerana kewujudan pelbagai dialek daerah yang membezakan sebutan, perkataan, serta susunan frasa dan ayat. Dengan wujudnya satu variasi bahasa, akan wujud keupayaan memperkatakan semua gejala dalam masyarakat, dan setanding tarafnya dengan bahasa-bahasa moden lain.

Pengekodan melibatkan korpus-korpus yang berikut:

(i) Ejaan . Sistem ejaan bahasa Melayu terdiri daripada Jawi dan Rumi, tetapi ejaan Rumi merupakan ejaan utama selepas kemerdekaan. Bahasa Melayu mencapai kejayaan yang agak baik dalam usaha penyeragaman sistem ejaan Rumi apabila wujud Sistem Ejaan Rumi Baharu (1972) yang dilaksanakan melalui Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia (MBIM). Sebelum ini, kita menggunakan sistem Wilkinson (1904), Ejaan Sekolah (1904) dan sistem Zaba (1930an).

Ejaan Rumi hendaklah menggunakan pedoman rasmi terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, iaitu Pedoman Umum Ejaan Bahasa Malaysia (1987) atau Pedoman Ejaan Rumi Bahasa Melayu (2000) dan Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia(1993).

Ejaan Jawi pula perlu menggunakan pedoman daripada Daftar Ejaan Rumi-Jawi(1988). . (ii) Tatabahasa . Proses pengekodan dalam aspek ini ialah pengembangan cara-cara pembentukan kata (morfologi), frasa dan ayat (sintaksis). Umpamanya, digunakan bentuk gandaan separa bagi pembentukan istilah teknikal, seperti pepejal, gegendang, sesendi, dan sebagainya. Bahasa Melayu juga meminjam morfem-morfem asing, seperti pra-, anti-, isme-, dan lainlain lagi, yang membolehkan banyak perkataan baharu dapat dibentuk.

Kejayaan pada peringkat ini ialah penerbitan buku tatabahasa, antaranya Nahu Melayu Mutakhir (DBP:1982) oleh Asmah Haji Omar. Kemudian muncul bukuTatabahasa Dewan Jilid 1 (DBP:1987) berkenaan dengan sintaksis, danTatabahasa Dewan Jilid 2 (DBP:1989) berkenaan dengan morfologi. Kedua-dua jilid itu kemudiannya digabungkan dalam Tatabahasa Dewan Edisi Baharu(1993), dan ditambahsuaikan menjadi Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008). Buku ini diangkat oleh DBP sebagai buku pegangan utama, dan diperakukan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum dan Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai panduan utama peringkat sekolah. Sebelum ini, bahasa Melayu menggunakan pedoman daripada hasil usaha Zaba sepenuhnya. . (iii) Perkamusan . Usaha dalam aspek ini dilakukan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), penerbitan swasta dan orang perseorangan. Tujuannya supaya perkataan-perkataan baharu diketahui dan difahami maknanya dengan jelas. DBP telah menerbitkan kamus ekabahasa

seperti Kamus Dewan (1970) dan Kamus Pelajar Bahasa Malaysia (1987); kamus dwibahasa seperti Kamus Inggeris-Melayu Dewan (1991); kamus umum pelbagai bahasa; kamus istilah dalam pelbagai bidang sains asas, sains kemasyarakatan, dan lain-lain., seperti Kamus Istilah Sains Am (1988); kamus khusus seperti kamus tentang sinonim, dialek, etimologi, ungkapan, peribahasa, dan lain-lain; glosari seperti Glosari Istilah Sains Nuklear (1993), dan tesaurus yang meliputi tesaurus umum, tesaurus konsep, dan tesaurus bidang khusus. . (iv) Sebutan

Kepelbagaian dialek dalam bahasa Melayu yang menyebabkan perbezaan sebutan memerlukan pembentukan satu variasi seragam untuk kegunaan semua penutur dalam situasi rasmi. Masalah yang timbul berkaitan sebutan ialah kelainan bunyi vokal pada lingkungan akhir perkataan, iaitu a disebut sebagai o separuh, u disebut sebagai o, dan i disebut sebagai e taling. Dengan ini diputuskan satu sebutan baku, iaitu sebutan yang betul berdasarkan ejaan bahasa Melayu, yang digunakan dalam acara rasmi, seperti ucapan, pengajaran, mesyuarat, bacaan berita, dan sebagainya. Sebutan baku ini dikuatkuasakan mulai tahun 1988. Sebutan ini digunakan dengan baik dalam penyampaian berita di stesen televisyen TV3, tetapi tidak berkesan dalam pengajaran di sekolah. Sebutan baku dimansuhkan apabila Kabinet (2000) berpendapat bahawa sebutan itu tidak menggambarkan sebutan sebenar rakyat Malaysia. . (v) Istilah

Setiap laras memerlukan istilah. Kegiatan membina istilah baharu, khususnya dalam bidang-bidang teknikal, dilaksanakan oleh DBP dengan bantuan pihak universiti dan badan lain. Pelbagai jawatankuasa istilah telah diwujudkan untuk melaksanakan pembentukan istilah. Pedoman Pembentukan Istilah (1975) dijadikan panduan.

Melalui MBIM dan kemudiannya Majlis Bahasa Brunei Darussalam, Indonesia dan Malaysia

(Mabbim), usaha penyeragaman kegiatan peristilahan telah dilakukan. Istilah-istilah yang dibentuk perlu diperakukan oleh Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu, dan sesetengahnya perlu dibawa ke peringkat Mabbim.

Pelbagai pedoman telah diterbitkan, seperti Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Malaysia, Pedoman Umum Ejaan Bahasa Malaysia, Pedoman Penyusunan Kamus Istilah, Pedoman Transliterasi Huruf Arab ke Huruf Rumi(1988), dan sebagainya. .

(b) Pemupukan . Pemupukan ialah usaha-usaha mengembangkan bahasa supaya tercapai keadaansaling terjemah dengan beberapa bahasa moden lain.

Ilmu pengetahuan dan kemahiran teknikal terdapat dalam bahasa-bahasa asing, oleh itu perlu diterjemahkan dan disesuaikan ke dalam bahasa Melayu dengan pantas kerana teknologi cepat berubah. Antara istilah yang dibentuk meliputi bidang perjawatan (1960); pentadbiran (1961); ekonomi (1965); pendidikan (1966); geografi (1967); biologi, perhutanan, pertanian, fizik, matematik dan kimia (1968); kejuruteraan (1970); undangundang, linguistik, kesusasteraan, dan pos dan perhubungan (1972); perniagaan, industri, perakaunan, sejarah dan sains rumah tangga (1973); dan muzik dan seni (1974).

Tatacara pembentukan istilah telah ditetapkan sebagaimana yang berikut:


Langkah 1: Mencari kata dalam bahasa Melayu yang lazim digunakan. Langkah 2: Mencari kata dalam bahasa Melayu yang sudah tidak lazim digunakan. Langkah 3: Mencari kata dalam bahasa serumpun yang lazim digunakan. Langkah 4: Mencari kata dalam bahasa serumpun yang sudah tidak lazim digunakan.

Langkah 5: Mencari kata dalam bahasa Inggeris. Langkah 6: Mencari kata dalam bahasa asing lain yang bersifat antarabangsa. Langkah 7: Memilih istilah yang terbaik daripada pilihan 1 hingga 6. Pilihan-pilihan tersebut haruslah maknanya tidak menyimpang daripada konsep istilah, tidak berkonotasi buruk, sedap didengar, tepat, dan singkat.

BAHASA MELAYU MODEN - SUMBANGAN TOKOH & PERTUBUHAN 10:31 PTG SUHAIMI MOHD SALLEH 2 comments

USAHA meninggikan martabat bahasa Melayu dijalankan oleh beberapa individu dan pertubuhan tertentu. Hal ini dibantu oleh perkembangan kesusasteraan Melayu yang sangat menyerlah, diterajui oleh cerdik pandai lulusan sekolah Melayu dan Arab.

Sumbangan Tokoh . (a) Zainal Abidin bin Ahmad (16.9.1895 hingga 23.10.1973) . Zainal Abidin bin Ahmad (Zaba) dilahirkan di Seremban. Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Sastera (bidang bahasa Melayu dan Arab) dari Universiti London (1953). Kerjayanya sebagai guru bahasa Melayu bermula di English College, Johor Bahru.

Beliau pernah menjadi penterjemah di Maktab Melayu Kuala Kangsar, Pejabat Pelajaran Negeri-Negeri, Maktab Perguruan Sultan Idris di Tanjung Malim, dan Penterjemah Kanan di Pejabat Pelajaran, Kuala Lumpur. Beliau juga pernah menjadi pensyarah bahasa Melayu di School of Oriental and African Studies di London, dan Pensyarah Kanan di Universiti Malaya, merangkap Ketua Jabatan Pengajian Melayu di Singapura.

Beliau menubuhkan Pejabat Karang Mengarang di Maktab Perguruan Sultan Idris (SITC) bersama-sama dengan pengetuanya, O.T. Dussek (1924), dan penasihat Persaudaraan Sahabat Pena (Paspam) semenjak penubuhannya sehinggalah 1942.

Beliau menghasilkan beberbapa buah buku tentang peraturan bahasa Melayu yang dijadikan rujukan utama ahli bahasa selepasnya. . (i) Ilmu Mengarang Melayu (1934) . Buku ini mengandungi 16 bab, memuatkan hal-hal mengarang, gaya bahasa Melayu dan bukan Melayu, pemindahan bahasa, ragam bahasa, peribahasa, puisi dan prosa, kata-kata pinjaman daripada bahasa asing, dan loghat daerah. Buku yang diulang cetak sebanyak lima kali dalam tulisan Jawi sehingga 1956 ini pertama kali dicetak dalam tulisan Rumi pada tahun 1962.

(ii) Pelita Bahasa Melayu I (1940) . Buku ini membicarakan nahu Melayu dalam tulisan Rumi. . (iii) Pelita Bahasa Melayu II (1940) . Buku ini membuat huraian tentang karang-mengarang bagi peringkat rendah. . (iv) Pelita Bahasa Melayu III (1940) . Buku ini membuat huraian tentang karang-mengarang bagi peringkat tinggi. . (v) Daftar Ejaan Melayu (1941) . Buku ini memuatkan daftar perkataan Melayu dengan ejaan Jawi dan Rumi, serta peraturan ejaannya. Beliau juga pernah ingin menerbitkan Kamus Bahasa Melayu tetapi digagalkan oleh O.T. Dussek.

Zaba diberi gelaran Pendeta dalam Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu di Johor Bahru (1956), gelaran Doktor Persuratan oleh Universiti Malaya (1959) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (Jun 1973). Malah beliau dianugerahi bintang Panglima Mangku Negara yang membawa gelaran Datuk dan kemudiannya Tan Sri oleh Yang di-Pertuan Agong (1962). . . (b) Mohd Asraf bin Hj. Abd. Wahab (11.6.1927 hingga 6.11.1999) . Mohd Asraf bin Hj. Abd. Wahab (Asraf) dilahirkan di Kampung Asam Jawa, Kuala Selangor. Pendidikan diperolehnya di sekolah Melayu di kampungnya (hingga 1937), High School Klang, Batu Road School, Kuala Lumpur, dan Victoria Institution (hingga 1949). Beliau pernah menjadi pemberita dan anggota Sidang Pengarang di Utusan Melayu, Singapura (hingga 1957), kemudian menjadi pengarang, ketua pengarang, dan pengurus di Oxford University Press. Beliau pernah bertugas sebagai perunding, pengurus redaksi, dan pengarah eksekutif firma McGraw Hill Far Eastern Publisher (1973-1977), dan kemudiannya menubuhkan syarikat penerbitan sendiri, Analekta Sdn. Bhd. (1977).

Asraf mengetuai Asas 50 (1953) dengan konsep Seni untuk Masyarakat. Beliau pernah menjadi Setiausaha Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu III (1956) dan panitia Lembaga Bahasa Melayu Singapura. Beliau dianggap sebagai perintis kerjasama bahasa Melayu serantau kerana mengusulkan sistem ejaan bersama Malaysia-Indonesia dalam Kongres itu. Beliau juga mengajarkan tatabahasa dan gaya bahasa Melayu di Universiti Kebangsaan Malaysia dan di Kolej Tunku Abdul Rahman.

Pada awalnya beliau menumpukan perhatian kepada penulisan karya sastera yang bercorak kreatif, rencana dan kritikan. Pada awal 1970-an, barulah beliau mengkhusus dalam bidang bahasa. Beliau menghasilkan buku tatabahasa Melayu, antaranya Mari Kita Belajar Bahasa Buku 1, Kamus Progresif (Inggeris-Melayu), dan Bahasa Malaysia Baku KBSM. Huraiannya tentang empat pola ayat inti telah diterima dan dilaksanakan dalam sukatan pelajaran KBSR dan KBSM. Beliau turut terlibat dengan pembentukan sebutan

baku bahasa Melayu (1980-an), menjadi pakar runding di Dewan Bahasa dan Pustaka, terlibat dengan projek Kamus Pelajar dan Kamus Inggeris-Melayu Dewan.

Beliau dianugerahi Ijazah Sarjana Sastera Kehormat oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (1983), dan Anugerah Tokoh Pejuang Bahasa Sepanjang Masa oleh Persatuan Linguistik Malaysia (1997).

Sumbangan Pertubuhan . (a) Pakatan Belajar-Mengajar Pengetahuan Bahasa (1888-1941) . Pakatan ditubuhkan di Johor Bahru yang diasaskan oleh Abdul Rahman Andak. Badan ini merupakan badan bahasa dan sastera yang terawal di negara ini. Pada 7 April 1934, pakatan ini dikenali dengan nama Pakatan Bahasa Melayu dan Persuratan Buku-Buku Diraja, dengan tunjangan tahunan daripada Sultan Ibrahim.

Tujuan penubuhannya untuk mengkaji dan menerbitkan buku-buku bahasa, sejarah dan kebudayaan, serta menggalakkan orang Melayu menerbitkan karya untuk memperkaya perbendaharaan sastera Melayu.

Pakatan ini berjaya menerbitkan majalah Peredar, serta menerbitkan buku-buku, antaranya Jalan Basa Melayu (1937), Buku Katan (1936-1937), Perihal Tanah Jawa (1939), dan Peribahasa (1930). Selain itu, Pakatan turut mencipta istilah terjemahan, antaranya setiausaha (secretary), pejabat (office) dan kerja raya (public works) yang digunakan hingga sekarang. .

. (b) Pejabat Karang-Mengarang (1924) . Pejabat Karang-Mengarang ditubuhkan di Maktab Perguruan Sultan Idris (1922), hasil cadangan O.T. Dussek (Pengetua MPSI) dan Zainal Abidin Ahmad (Zaba), dengan pembiayaan oleh Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Pejabat beroperasi sehingga 1957 sahaja apabila peranannya diambil alih oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.

Badan ini lebih banyak menumpukan perhatian kepada penerbitan buku-buku sekolah Melayu dan kegiatan menterjemah buku, di samping penerbitan buku-buku umum. Sehingga 1941, Pejabat menerbitkan 85 judul buku teks sekolah. Sehingga 1957, Pejabat berjaya menerbitkan 64 judul buku terjemahan untuk perpustakaan sekolah dan bacaan umum, antaranya Cerita-cerita Sherlock Holmes, Sang Lomeri, Aladin dengan Lampu Ajaib, dan Cerita-cerita dari Istana Alhamra. Penterjemahan dilakukan oleh Abdul Kudus Muhammad, Abdul Rahman Yusof, Yazid Ahmad dan Ahmad Murad Nasaruddin.

Buku-buku bahasa yang diterbitkan ialah hasil tulisan Zaba (lihat sumbangan Zaba di atas). . . (c) Persaudaraan Sahabat Pena (Paspam) (15 April 1934) . Penubuhannya lebih kurang semasa dengan penubuhan semula Pakatan Belajar-Mengajar Pengetahuan Bahasa. Paspam berkembang di seluruh Tanah Melayu, Sarawak dan Brunei. Jumlah ahlinya mencecah 12,000 orang. Zaba menjadi penasihat badan ini dari awal sehingga terhenti pada sebaik sahaja pendudukan Jepun di Tanah Melayu (1942).

Tujuan penubuhannya untuk menggalakkan karang-mengarang dan baca-membaca dalam bahasa Melayu, meluaskan pengetahuan sejarah, adat resam dan bahasa Melayu, dan mahu menubuhkan perpustakaan untuk kegunaan ahli-ahlinya.

Paspam telah mewujudkan Lembaga Bahasa (1938) yang berpusat di Batu Pahat yang diketuai oleh Bahanan bin Yusuf. Lembaga ini merangka lapan tugas:

menerbitkan buku-buku adat Melayu menerbitkan sejarah negeri-negeri Melayu menerbitkan kamus membeli karangan-karangan menerbitkan almanak menyatukan satu sistem ejaan yang tetap untuk ahli-ahli mencipta istilah bahasa Melayu berdasarkan perkataan Inggeris.

Walaupun begitu, Paspam hanya berhasil menerbitkan majalah bulanan,Pemberita Pejabat Paspam (1938), dan dua buah almanak, Taman Paspam(1940 dan 1941). Paspam bukan sahaja bergerak untuk kepentingan bahasa dan kebudayaan, tetapi kemudiannya turut terlibat dengan tujuan politik. Sahabat Pena (1949) tajaan Jaafar bin Haji Muhammad (Jimmy Asmara) kemudiannya menggantikan Paspam. . (d) Angkatan Sasterawan 50 (ASAS 50)

ASAS 50 ditubuhkan pada 6 Ogos 1950 di Singapura dan didaftarkan pada tahun 1951. Antara pengasasnya ialah Muhammad Arif Ahmad (Mas), Kamaludin Muhammad (Keris Mas), Hamzah Hussein, Jimmy Asmara dan Rosmera.

Tujuan penubuhannya untuk memperjuangkan dan mempertinggi bahasa. kebudayaan dan kesusasteraan Melayu. Ahli-ahli mempelajari dan menulis karangan-karangan sastera, pengetahuan dan peradaban, mengadakan syarahan dan perdebatan tentang sastera dan bahasa. Karangan ahli-ahli diberikan bayaran yang sepatutnya dan dilindungi dari segi undang-undang. Pertubuhan ini berjuang dalam bidang kesusasteraan dengan konsep Seni untuk Masyarakat.

ASAS 50 menggubah dan membaharui perkataan-perkataan untuk memperkaya bahasa,

dan turut menjayakan Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu (KBPM) I (Singapura: 12.4.1952), KBPM II (Seremban: 28.12.1953 hingga 2.1.1954) dan KBPM III (Universiti Malaya, Singapura: 16 hingga 21.12.1958). Pertubuhan ini menyokong penggunaan tulisan Rumi sebagai tulisan bahasa Melayu moden untuk memperkembangkan kesusasteraan Melayu dalam KBPM II, membentangkan kertas kerja tentang ejaan dalam KBPM III, dan mencadangkan sebuah badan bahasa seperti Balai Pustaka di Indonesia, yang kemudiannya mewujudkan Dewan Bahasa dan Pustaka di Johor Bahru (1956). . (e) Dewan Bahasa dan Pustaka

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ditubuhkan pada 22 Jun 1956 di Johor Bahru sebagai sebuah jabatan kerajaan. Taraf itu ditukarkan kepada badan berkanun apabila Parlimen meluluskan Akta Dewan Bahasa dan Pustaka (1959). Dengan itu, DBP mendapat autonomi untuk menggubal dasar-dasar yang khusus, serta menyusun pembinaan dan pengembangan bahasa dan sastera menurut kebijaksanaan sendiri. Badan ini terletak di bawah naungan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Matlamat DBP mengikut Akta DBP 1959 adalah untuk:


memperkembangkan dan memperkaya bahasa kebangsaan memperkembangkan bakat sastera, khususnya dalam bahasa kebangsaan mencetak dan menerbitkan atau membantu dalam percetakan atau penerbitan buku, majalah, risalah dan bentuk-bentuk kesusasteraan lain dalam bahasa kebangsaan dan bahasa-bahasa lain

menstandardisasikan ejaan dan sebutan, dan membentuk istilah-istilah teknik yang sesuai dalam bahasa kebangsaan.

Perancangan dan pelaksanaan fungsi bahasa di DBP terletak di bawah Jabatan Bahasa. DBP menjalankan penyelidikan ilmiah dari segi linguistik dan sosiolinguistik yang dijadikan input dalam pembakuan dan pemantapan korpus bahasa, iaitu dari aspek sebutan, ejaan, istilah, tatabahasa, laras bahasa dan gaya bahasa. Bagi aspek tatabahasa, misalnya, DBP menetapkan Tatabahasa Dewansebagai buku pegangan.

Bahagian Peristilhan bertanggungjawab membina dan mengembangkan istilah untuk memperkaya dan memperlengkap bahasa Melayu. Kerja-kerja pembinaan, penyelarasan dan pengemaskinian istilah dilaksanakan oleh pelbagai jawatankuasa istilah. Jawatankuasa-jawatankuasa ini dinasihati Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu (mulai 1975). Mereka menggunakan Pedoman Pembentukan Istilah (1975) hasil kerjasama dengan Indonesia sebagai panduan membina istilah. Bank Istilah juga telah diwujudkan. Istilah-istilah yang dibina didokumentasikan ke dalam kamus istilah dan disebarkan dari semasa ke semasa. Pada tahun 1991, telah dicipta hampir 400,000 patah istilah yang mencakupi lebih 300 bidang ilmu.

DBP juga bertanggungjawab menyusun dan menerbitkan pelbagai jenis kamus. Kamuskamus yang diterbitkan terdiri daripada kamus ekabahasa sepertiKamus Dewan; kamus dwibahasa seperti Kamus Inggeris-Melayu Dewan; kamus umum pelbagai bahasa seperti Kamus Bahasa Melayu-Bahasa Inggeris-Bahasa Cina; kamus istilah dalam pelbagai bidang sains asas, sains kemasyarakatan, dan lain-lain lagi, contohnya Kamus Istilah Sains Am (1988); kamus khusus seperti kamus tentang sinonim, dialek, etimologi, ungkapan, peribahasa, dan lain-lain lagi.; glosari seperti Glosari Istilah Sains Nuklear(1993), dan tesaurus yang meliputi tesaurus umum, tesaurus konsep, dan tesaurus bidang khusus.

Sebagai badan pelaksana bahasa, DBP bertanggungjawab melaksanakan usaha meningkatkan penguasaan, penggunaan dan pengembangan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa pendidikan, dan bahasa budaya tinggi kepada semua sektor pengguna bahasa Melayu. Tugas dijalankan dengan mengadakan pelbagai kegiatan penggalakan, pengawasan, khidmat nasihat serta penyebaran maklumat bahasa baku melalui pelbagai media. Antaranya, telah dilaksanakan Gerakan Cintailah Bahasa Kita untuk sektor pendidikan, awam, swasta dan masyarakat umum di peringkat pusat dan negeri.

Kesimpulannya, DBP sebuah badan yang dipertanggungjawabkan sebagai pengemudi dalam proses perancangan bahasa Melayu. Proses yang dijalankan ialah pengekodan, pemupukan, dan penilaian.

BAHASA MELAYU MODEN - PERANANNYA 6:44 PTG SUHAIMI MOHD SALLEH No comments

SEMENJAK berkembangnya bahasa Melayu klasik (abad ke-14 hingga abad ke-17), bahasa Melayu telah memainkan peranan yang sangat penting, iaitubahasa perhubungan. Pada masa itu, setiap orang yang datang ke Nusantara, perlu mengetahui bahasa Melayu untuk berhubung dengan masyarakat Nusantara, sama ada dalam urusan perdagangan, keagamaan, atau hubungan sosial yang lain. Hal itu berlaku demikian kerana orang Melayu pada masa itu tidak menguasai atau memahami bahasa lain. Dengan hal yang sedemikian, bahasa Melayu berfungsi sebagai lingua franca, iaitu bahasa perantaraanbagi dua budaya atau kaum yang berbeza. Bahasa Melayu moden menjadi bahasa perhubungan yang teramat mustahak untuk sesama warganegara Malaysia. Penggunaan bahasa Melayu untuk perhubungan adalah wajib dalam urusan rasmi demi mematuhi peruntukan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Oleh hal yang demikian, pegawai kerajaan di peringkat persekutuan, negeri, dan pihak berkuasa awam di peringkat daerah, sepatutnya menggunakan bahasa Melayu ketika berurusan secara rasmi.

Bahasa Melayu yang dimartabatkan sebagai bahasa pengantar pendidikan dari peringkat sekolah rendah hingga peringkat universiti, menjadi bahasa ilmu. Mata pelajaran Sains dan Matematik, yang menggunakan banyak istilah daripada bahasa Inggeris, diajarkan dengan baik dalam bahasa Melayu. Banyak pengetahuan yang dikumpulkan oleh rakyat Malaysia yang membaca buku dan risalah dalam bahasa Melayu. Semenjak bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar, sudah ramai intelek Melayu yang dihasilkan. Walaupun mereka mendapat pendidikan dalam bahasa Melayu, mereka juga dapat berbahasa Inggeris. Oleh itu, bahasa Melayu dapat menjadi bahasa tinggi sekiranya diberi perhatian dan galakan yang sewajarnya oleh pihak kerajaan dan mendapat kerjasama yang baik daripada warganegara. Harapan untuk melihat bahasa kebangsaan ini menjadi bahasa antarabangsa juga mungkin tercapai sekiranya bahasa ini diberi kepercayaan yang lebih baik.

Bahasa Melayu berperanan penting untuk mewujudkan perpaduan. Oleh itu, bahasa Melayu ialah bahasa perpaduan. Semenjak merdeka, orang Cina, India, dan keturunan Portugis di Melaka, menggunakan bahasa Melayu untuk saling berhubung secara rasmi dan tidak rasmi. Dengan penggunaan satu bahasa, semua kaum lebih mesra kerana tidak timbul sebarang prasangka berkait dengan makna perkataan atau istilah yang digunakan. Demikian jua sesama orang Melayu, walaupun datang daripada pelbagai kawasan dialek, apabila bertemu, mereka akan berusaha untuk menggunakan bahasa baku. Penggunaan bahasa Melayu kebangsaan ini menjadikan mereka saling memahami maksud yang hendak disampaikan.

BAHASA MELAYU MODEN - PENGENALAN RINGKAS 12:03 PG SUHAIMI MOHD SALLEH No comments

BAHASA Melayu (BM) moden merujuk bahasa yang digunakan pada abad ke-19 hingga sekarang. Bahasa ini berkembang selari dengan penguasaan negara Eropah di Asia Tenggara. Dalam tempoh ini, bahasa Eropah, bermula dengan bahasa Portugis, diikuti bahasa Belanda, dan kemudiannya bahasa Inggeris, bertapak di Nusantara, dan seterusnya mempengaruhi bahasa Melayu.

BM moden merupakan kesinambungan daripada bahasa Melayu klasik, tetapi bahasa ini menerima pengaruh bahasa Inggeris yang sangat kuat. Walaupun begitu, bahasa ini tidak menerima sistem pembentukan bahasa itu, dan tidak juga mengetepikan bahasa Sanskrit dan bahasa Arab yang diguna pakai sebelumnya.

BM menerima banyak istilah daripada bahasa Inggeris agar dapat mengungkapkan pelbagai ilmu baharu yang berkembang dari semasa ke semasa, kerana BM dan tamadun Melayu tidak mempunyai keupayaan dalam hal itu. Keupayaan BM moden menerima unsur asing menjadikan BM dinamik dan dapat meneruskan kelangsungan hayat.

BM moden tidak berkembang secara bersendirian seperti BM kuno dan BM klasik. Hal ini dikatakan demikian kerana BM moden mengalami perancangan oleh badan bahasa yang

ditubuhkan khas, iaitu Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Selain itu, BM moden diberi status sebagai bahasa kebangsaan melalui Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, yang kemudiannya menjadi Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Perkembangan BM Moden Sebelum kemerdekaan, BM moden mengalami dua fasa perkembangan. Fasa pertama, iaitu sebelum Perang Dunia Kedua, BM moden mendapat kedudukan yang tinggi, ekoran daripada kecemerlangan sebelumnya. Walaupun British mentadbir Tanah Melayu, pegawainya dikehendaki mempelajari BM dan lulus dalam ujian bahasa itu agar dapat berhubung dengan penduduk tempatan dengan mudahnya. Tidak hairanlah apabila banyak pegawai tinggi British, seperti Winstedt, Wilkinson, Brown, Maxwell, Marsden, Dussek, Shellabear, dan Skinner, dapat menguasai bahasa Melayu dengan cemerlang.

Namun demikian, selepas Perang Dunia Kedua, British mengubah dasarnya dengan menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar pendidikan. Orang yang dapat berbahasa Inggeris diberi keutamaan untuk bekerja dengan orang Inggeris. Kesannya, ramai pelajar Melayu diberi pendidikan Inggeris dan dihantar berkursus di England, dan menggunakan bahasa Inggeris dalam urusan seharian. Hal itu terjadi kerana orang yang dapat berbahasa Inggeris dianggap orang yang bijak dan bertaraf tinggi.

Apabila negara mencapai kemerdekaan, status BM dikembalikan. Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan meletakkan BM sebagai bahasa kebangsaan dan perlu digunakan dalam sebarang urusan rasmi. BM juga dijadikan bahasa pengantar pendidikan dari peringkat sekolah rendah hinggalah peringkat universiti. Hal ini diperkukuh dengan penggubalan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67. Selain institusi pendidikan, BM juga diperkasa dengan baiknya dalam perbicaraan di semua mahkamah, dan persidangan Dewan Undangan Negeri, Dewan Rakyat, dan Dewan Negara.

Sungguhpun demikian, setelah hampir setengah abad di puncak kegemilangan, BM diancam oleh pengenalan Akta Pendidikan 1995 yang membenarkan bahasa Inggeris digunakan dalam pengajaran mata pelajaran Sains dan Teknikal di pusat pengajian tinggi awam. Hal yang sama dilaksanakan di peringkat sekolah apabila diperkenalkan program

Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) mulai 2003.

BAHASA MELAYU KLASIK 8:54 PTG SUHAIMI MOHD SALLEH No comments

BAHASA Melayu klasik ialah bahasa Melayu yang digunakan pada abad ke-14 hingga abad ke-19. Pada zaman ini, pengaruh Arab dan agama Islam sangat giat berkembang di Nusantara. Oleh itu, bahasa Melayu klasik ialah bahasa yang berkembang selari dengan pengaruh agama Islam di Asia Tenggara. Bahasa Melayu ini berkembang pesat pada zaman kerajaan Melayu Melaka (1403-1511), kemudiannya berpindah ke Aceh, dan akhirnya Johor-Riau. Bahasa klasik ini lebih jelas berbanding dengan bahasa kuno.

SUMBER Penggunaan bahasa ini dapat dikenal pasti daripada beberapa sumber, iaitu batu bersurat, karya sastera dan agama, dan surat rasmi raja Melayu.

a. Batu Bersurat Batu bersurat penting zaman ini ialah batu bersurat Kuala Berang. Batu ini ditemukan di Sungai Teresat, Kuala Berang, Hulu Terengganu, bertarikh 22 Februari 1303 Masihi, bersamaan dengan 4 Rejab 702 Hijrah. Kandungannya tentang perintah dan undangundang Islam yang dikenakan terhadap rakyat dan pemerintah.

b. Karya Sastera dan Agama Pada zaman Melaka, karya sastera yang penting ialah Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah, Hukum Kanun Melaka, dan Undang-undang Laut Melaka.

Ketika zaman Aceh, muncul karya sastera bercorak tasawuf, syair sufi, falsafah, dan ketatanegaraan. Antara karya yang penting ialah Syair Dagang, Syair Burung Pingai, Syair Burung Pungguk, dan Syair Perahu karya Hamzah Fansuri; karya agama, Mirat alMukminin, dan Miratul Iman oleh Shamsuddin al-Sumaterani; Siratul Mustaqim, dan Bustan al-Salatin karya Syeikh Nuruddin al-Raniri; serta Mirat al-Tuluh karya Abdul Rauf Singkel.

Di Pulau Penyengat, Johor-Riau, muncul karya dalam bahasa klasik karangan Raja Ali Haji, antaranya Kitab Bustan al-Katibin (1857), Pengetahuan Bahasa(1859), Salasilah Melayu dan Bugis (1865), dan Tuhfat al-Nafis (1865).

Karya lain dalam bahasa Melayu klasik ialah Hikayat Raja-raja Pasai, Hikayat Merong Mahawangsa, Hikayat Bayan Budiman, Misa Melayu, Hikayat Negeri Johor, Kisah Pelayaran Abdullah, Hikayat Anggun Cik Tunggal, Hikayat Awang Sulung Merah Muda, dan Hikayat Panji Semirang.

c. Surat Rasmi Raja Melayu Surat raja-raja Melayu ini bertulisan Jawi dan dikirim kepada orang-orang Eropah atas urusan rasmi kerajaan.

Antara surat tersebut ialah dua pucuk surat daripada Sultan Ternate kepada raja Portugal (1521 Masihi dan 1522 Masihi); surat izin perniagaan Sultan Aceh kepada nakhoda Inggeris (1602 Masihi); surat Sultan Alauddin Shahkepada Kapten Harry Middleton (1602 Masihi), dan surat daripada Sultan Perkasa Alam Johan Berdaulat Aceh kepada King James I, England (1615 Masihi).

CIRI Daripada penggunaan bahasa Melayu klasik dalam penulisan di atas, kita dapat mengenal pasti beberapa ciri utama bahasa tersebut.

1. Huruf dan perkataan a. Penggunaan huruf Jawi. Huruf ini diadaptasi daripada huruf Arab. Terdapat tambahan beberapa huruf lain untuk mencukupkan sebutan bahasa Melayu, iaitu ca, nga, ga, pa, dannya.

b. Pengaruh bahasa Arab yang ketara, khususnya bagi istilah yang berkaitan dengan hukum Islam.

Allah taala daulat wallahualam

c. Penggunaan bahasa istana:

beradu (tidur)

bersiram (mandi) gering (sakit) santap (makan)

d. Terdapat kosa kata klasik:


berahi (cinta) ceritera (cerita) masyghul (sedih)

e. Penggunaan kata pangkal ayat.


adapun alkisah arakian hatta maka sebermula syahadan

2. Sintaksis a. Penggunaan ayat majmuk ayatnya panjang ala ayat Arab kerana menggunakan kata hubung.

b. Terdapat ayat susunan songsang

c. Penggunaan ayat pasif.

Contoh penggunaan bahasa Melayu klasik dalam karya sastera: "Adapun apabila raja dihadap orang di balairung, maka Bendahara dan Penghulu Bendahari dan Temenggung, dan segala menteri dan Orang Besar-besar, segala sida-sida duduk di seri balai; maka segala anak raja-raja itu duduk dikelek-kelekan balai kiri kanan,

dan segala sida-sida yang muda-muda duduk diselang-selang antara Bentara, dan hulubalang muda-muda berdiri di ketapakan balai memikul pedang, dan kepala bentara yang di kiri itu, daripada anak cucu menteri yang patut akan menjadi Bendahara dan Penghulu Bendahari dan Temenggung; dan kepala bentara yang di kanan itu, daripada anak cucu hulubalang yang akan patut jadi Laksamana dan Seri Bija Diraja; dan barang siapa bergelar Sang Setia bakal Seri Bija Diraja, dan barang siapa bergelar Sang Guna bakal Laksamana, dan barang siapa bergelar Tun Pikrama bakal Bendahara."

BAHASA MELAYU KUNO 11:35 PTG SUHAIMI MOHD SALLEH No comments

BAHASA Melayu kuno ialah bahasa Melayu yang berkembang pada akhir abad ketujuh hingga abad ke-13, seiring dengan tempoh kegemilangan kerajaan Sriwijaya di Asia Tenggara. Menurut Prof. Ismail Hussein, bahasa Melayu kuno ialah bahasa Melayu yang paling awal pernah ditemukan dalam bentuk tulisan. Pada masa inilah bahasa Melayu mengalami evolusinya yang pertama. Bahasa Melayu berkenaan terdiri daripada perkataan Melayu yang bercampur aduk dengan perkataan bahasa Sanskrit. Menurut Prof. Ismail Hussein juga, terdapat dalam lingkungan

50 baris perkataan bahasa Melayu yang tertulis pada beberapa buah batu bersurat yang ditemukan di Sumatera dan Jawa, sekitar abad ketujuh dan abad kesembilan.

Batu bersurat penting yang mengandungi perkataan bahasa Melayu kuno ialah batu bersurat Kedukan Bukit (bertarikh 683 Masihi, ditemukan di Palembang), batu bersurat Talang Tuwo (bertarikh 683 Masihi, ditemukan dekat Palembang), batu bersurat Kota Kapur (bertarikh 686 Masihi, ditemukan di Pulau Bangka), dan batu bersurat Karang Brahi (bertarikh 692 Masihi, ditemukan di Jambi). Satu lagi batu bersurat yang penting ialah batu bersurat Gandasuli (bertarikh 832 Masihi, ditemukan di Jawa Tengah).

Ciri Ciri utama bahasa Melayu kuno ialah pengaruh bahasa Sanskrit yang sangat ketara.

1. Bentuk huruf/aksara a. Huruf Palava (dari selatan India) digunakan pada batu bersurat yang dijumpai di Sumatera. b. Huruf Nagiri (dari utara India) digunakan pada batu bersurat yang ditemukan di Jawa Tengah.

2. Fonem a. Penggunaan huruf w sebagai b.

wulan (bulan)

wuat (buat) wuluh (buluh).

b. Huruf e pepet pula tidak digunakan langsung, atau digantikan dengan huruf a.

dengan ditulis dngan sahaja atau dangan telaga ditulis tlaga sahaja atau talaga.

c. Huruf n digunakan sebagai ny.


sawanakna (sebanyaknya) niyur (nyiur)

d. Terdapat gugusan konsonan yang dilafazkan secara aspirasi atau bersifat hembusan.

bh - bhakti (bakti) th - tathapi (tetapi) kh - sukhacita (sukacita) dh - dhawa

e. Huruf h tertentu yang dihilangkan dalam bahasa Melayu moden.


tuha (tua) hanau (enau) haur (aur) guha (gua).

3. Morfem Bahasa Melayu kuno telah memperlihatkan penggunaan imbuhan tertentu seperti yang berikut:

a. Awalan mar sebagai ber-.


marlapas (berlepas) marwuat (berbuat)

b. Awalan ni digunakan untuk di-.


nitanam (ditanam) niminumna (diminumnya) nisuruh (disuruh).

c. Bentuk nipar digunakan sebagai diper-.

niparwuat (diperbuat)

d. Awalan ma berfungsi sebagai mem-.


mawawa (membawa) mawangun (membangun)

e. Awalan mang digunakan untuk me-.

manghidupi (menghidupi)

f. Apitan par-an digunakan untuk per-...-an.

parsumpahan (persumpahan)

Tulisan pada batu-batu bersurat tersebut diukir dengan perintah raja kerana catatannya tentang pembinaan negeri dan undang-undang. Penggunaan perkataan Melayu itu pula, walaupun terbit daripada pengaruh Sanskrit, dianggap suatu pencapaian yang membanggakan kerana turut menjadi sebahagian daripada urusan rasmi negara.

SALASILAH BAHASA MELAYU

SARJANA yang mengkaji asal usul bahasa Melayu berpendapat bahawa bahasa Melayu berasal daripada satu filum yang dipanggil Austris. Filum ialah kelompok bahasa induk yang paling tua, yang dianggarkan usianya lebih daripada 5,000 tahun. . Filum Austris ini menurunkan rumpun bahasa Austronesia, Austroasia dan Tibet-China. Bahasa Melayu adalah daripada keturunan bahasa Austronesia. Bahasa dalam kelompok rumpun dianggarkan dalam usia 2,500 hingga 5,000 tahun. Austronesia bermaksud bahasa di kepulauan selatan dan pernah dikenali sebagai Melayu-Polinesia.

Rumpun Austronesia ini menurunkan keluarga bahasa Nusantara, Mikronesia, Polinesia dan Melanesia. Bahasa Melayu turunan daripada bahasa Nusantara. Bahasa ini mempunyai keluarga bahasa yang terbesar, terdiri daripada 200 hingga 3000 bahasa. Kawasannya juga luas, meliputi Formosa di utara, Maluku di timur, Pulau Timor di selatan, dan Madagaskar di barat. Keluarga Nusantara kemudiannya menurunkan bahasa Sumatera, dan 15 bahasa lain, antaranya Filipina, Jawa, Kalimantan, Sulawesi Selatan, dan Ambon Timur.

Daripada golongan bahasa Sumatera inilah datangnya bahasa Melayu, selain

bahasa

Aceh, Batak, Minangkabau, Nias, Lampung, dan Orang Laut.

Dari segi perkembangannya, bahasa Melayu lazimnya dibahagikan kepada tiga peringkat,

iaitu, bahasa Melayu kuno, bahasa Melayu klasik, dan bahasa Melayu moden. Bahasa Melayu kuno berkembang pada penghujung abad ketujuh hingga abad ke-13, manakala bahasa Melayu klasik berkembang pada abad ke-14, iaitu pada zaman kedatangan Islam ke Nusantara, hingga abad ke-18. Bahasa Melayu moden pula berkembang pada zaman penguasaan Barat di Asia Tenggara, iaitu mulai abad ke-19 hingga sekarang.

You might also like