You are on page 1of 21

Apakah tamadun?

Tamadun dapat dianggap sebagai satu cara

hidup yang bekembang apabila sekelompok manusia menetap di sesuatu tempat di mana terdapat satu organisasi sosial dan politik yang dikenali sebagai negara (state). Ada juga yang merujukkan tamadun dengan masyarakat yang komplex dan tinggal di bandar. Tamadun juga merujuk kepada masyarakat manusia seluruhnya.

Kebangkitan Tamadun
Menurut Georg W.F Hegel (German 1770-

1831) proses pekembangan tamadun adalah melalui peringkat pekembangan dari satu ke satu peringkat. Tahap yang beliau temui adalah:
Dipimpin oleh satu individu-Diktator Dipimpin oleh satu kumpulan dalam masyarakat- Rejim Dipimpin oleh rakyat- Demokrasi.

Seorang lagi ahli falsafah German, Oswald

Spengler (1880-1936) menyatakan bahawa tamadun sebagai sesuatu yang hidup melalui proses lahir, matang dan akhirnya mati. Arnold Tonybee (1889-1975) merupakan sejarawan British menganalisis bahawa kebangkitan dan kejatuhan tamadun terjadi apabila adanya cabaran daripada persekitaran terhadap manusia dan tindak balas manusia untuk mengatasi masalah tersebut.

Berasal daripada perkataan Arab, Madain atau mudun atau madana bermaksud tinggi budi bahasa dan pembukaan bandar. Perkataan civilisation pula berasal dari Greek civitas bermakna bandar.

Dari sudut Barat: tamadun pembangunan lahirah spt dalam aspek kebudayaan penulisan undang-undang, kesenian dan perbandaran. Pencapaian lahiriah ialah penentu kemajuan dalam sesebuah masyarakat. Pembangunan lahiriah pula ialah proses perkembangan tamadun secara luaran sahaja
Dari sudut Islam: meliputi pembangunan lahiriah dan rohaniah seperti pandangan Ibn Khaldun yang melihat dari aspek kehidupan bandar. Manakala Syed Naquib al-Attas menegaskan pencapaian tahap tatasusila yang tinggi dan kebudayaan yang luhur oleh sesebuah masyarakat merupakan maksud tamadun.

Perspektif tamadun islam


Ibnu Khaldun Kemuncak pembangunan

yang berkait dengan peningkatan Kemewahan dan minat kepada pelbagai aspek industri yang Boleh mempertingkatkan kualitinya

Perspektif tamadun barat


Arnold Toynbee Suatu sistem masyarakat

yang dapat membantu manusia Menambah hasil pengeluaran.

Perspektif tamadun melayu


Abu Bakar Hamzah Sesuatu yang lahir dan

bersama-sama Dengan kehidupan manusia(abstrak dan material).

berkembang

Secara umumnya,tamadun boleh ditakrifkan sebagai kecermelangan dan kemajuan dalam semua aspek kehidupan sama ada berbentuk material mahupun spiritual.

Kebiasaannya bandar-bandar awal muncul sekitar pusat keagamaan. Kepercayaan agama memainkan peranan penting dalam pembentukan tamadun. Era awal didominasikan oleh kepercayaan animisme. Akhirnya wujud konsep dewa. Sebelum dan selepas segala aktiviti, dilaksanakan upacara keagamaan spt sebelum tanam dan selepas tuai padi.

Golongan agama menjadi kelas tertinggi kerana dianggap perantara manusia dengan kuasa-kuasa supernatural. (cth: Brahmin dan Shaman) Wujud juga kepercayaan menyembah nenek moyang sebagai tanda terima kasih dan mohon pertolongan. Unsur spiritual sangat penting dalam tamadun, beri kesan kepada tingkah laku dan pembinaan bangunan kepada pusat urbanisasi.

Tidak nomad tetapi menetap di kawasan yang menghasilkan makanan. Ciri-ciri geografi mempengaruhi. Lazimnya mereka menetap di kawasan lembah sungai kerana tanahnya subur, bekalan air mencukupi dan membekalkan sumber protein. Kewujudan kota atau bandar yang menjadi pusat komoditi dalam sesuatu kawasan.

Wujud revolusi pertanian.


Peningkatan kualiti kehidupan yang lebih

sempurna. Hasil pertanian meningkat melampaui tahap sara diri.

Kesannya: mencipta aktiviti-aktiviti ekonomi lain. Masyarakat petani berubah kpd masyarakat yg mempunyai kelas. Aktiviti pertanian dapat membawa masuk komoditi lain dan menjadi penghubung masyarakat dengan masyarakat luar.

Wujud pengelasan masyarakat melalui kelas atau status. Berkait rapat dengan pemilikan kekayaan dan kekayaan yang paling penting ialah tanah. Status pula mempunyai kaitan dengan kriteria, prestij dlm masyarakat spt mempunyai gelaran, panggilan, peraturan dan adat. Apabila ekonomi berkembang, pemilikan kekayaan tidak terhad kpd tanah sahaja. Golongan bangsawan boleh ditandingi oleh golongan pedagang.

Kewujudan bahasa yang serumpun dan sitem tulisan yang tersendiri. Fungsi sbg perantaraan komunikasi, perakam,penyampaian, pewarisan khazanah dan juga dalam bidang ilmu. Melalui sistem tulisan, komunikasi menjadi semakin luas dan efektif. Kesannya, berlaku perkembangan ilmu, perkembangan ilmu astronomi, kemunculan seni kreatif spt epik, puisi dan cerita rakyat.

Perkembangan pelbagai aktiviti ekonomi dan membawa kepada pengkhususan pekerjaan. Seterusnya membawa kpd pencapaian tahap kecekapan yg tinggi dan peningkatan daya rekacipta yg tinggi. Cthnya: inovasi teknologi iaitu alat pengangkutan, membawa kepada penciptaan roda, sampan dan kapal besar.

Untuk menghayati falsafah, kesenian, dan nilai estetika.

Sosioekonomi Kehidupan menetap >> pertumbuhan ekonomi >> peningkatan hasil pengeluaran >> pertambahan jumlah penduduk >> kepimpinan dan susun lapis sistem sosial >> pengkhususan kerja dan hasil kerja >> pertukaran hasil kerja.

Interaksi manusia dan alam interaksi seseorang manusia dengan alam sehingga mencetuskan nilai-nilai spiritual terhadap alam dan pengalaman(peng+alam+an) kepada diri sendiri tidak akan sempurna tanpa penglibatan manusia lain.

Persaingan manusia ~kehendak manusia tidak pernah terbatas.Antara faktor yang mempengaruhinya ialah; i)peningkatan usia ii)perubahan psikologi iii)perubahan cara hidup ~Terdapat 2 batasan dalam memenuhi kehendak manusia yang menyebabkan manusia terpaksa bersaing untuk menampungnya; i)batasan keupayaan diri yang dimilikinya ii)batasan sumber yang diperlukannya

You might also like