P. 1
KERJA KURSUS SEJARAH

KERJA KURSUS SEJARAH

4.92

|Views: 94,413|Likes:
Published by ihsan
Copyright ihsan.Aku dah buat tapi korang tolong la ubah2 balik,aku just bagi contoh folio untuk sesiape yg taktau nak buat macam mana..
Doakan aku dapat straight a dalam pmr nie kerh..

btw,aku tgh kering nie,
mohon masuk blog aku then click ads nuffnang,
sundaemanis.blogspot.com
Copyright ihsan.Aku dah buat tapi korang tolong la ubah2 balik,aku just bagi contoh folio untuk sesiape yg taktau nak buat macam mana..
Doakan aku dapat straight a dalam pmr nie kerh..

btw,aku tgh kering nie,
mohon masuk blog aku then click ads nuffnang,
sundaemanis.blogspot.com

More info:

Published by: ihsan on Mar 30, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/06/2014

pdf

text

original

BANGUNAN BERSEJARAH

BANGUNAN SULTAN ABDUL SAMAD

TAJUK KAJIAN ; BANGUNAN BERSEJARAH, BANGUNAN SULTAN ABDUL SAMAD

SENARAI KANDUNGAN TAJUK
Penghargaan Objektif Kajian Kaedah Kajian Hasil Kajian Rumusan Lampiran Rujukan

MUKA SURAT
1 2 3 4 7 8 9

2

PENGHARGAAN
Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan penghargaan saya kepada guru sejarah saya,En. XXXX bin XXXX kerana telah sudi memberikan bimbingan dan tunjuk ajar dalam menjalankan Kerja Kursus Sejarah.Saya juga mengucapkan terima kasih kepada pengetua sekolah, Puan XXX binti XXX yang telah memberikan kebenaran untuk saya menjalankan kajian ini. Saya amat terhutang budi kepada kedua-dua ibu bapa saya yang telah memberikan dorongan dan semangat sepanjang kajian ini dibuat.Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada semua rakan-rakan saya yang telah memberikan tunjuk ajar,cadangan dan bantuan kepada saya yang anda telah kongsikan bersama. Akhir kata, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih sekali lagi kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung menyiapkan kerja kursus ini.

3

OBJEKTIF KAJIAN
Saya dikehendaki menjalankan satu kajian tentang satu bangunan bersejarah di negara kita.Bangunan yang dipilih oleh saya ialah Bangunan Sultan Abdul Samad.Kajian saya merangkumi objektik-objektif berikut:

a) Kajian ini dilakukan secara amnya ialah untuk mengenal pasti sumber-sumber sejarah yang sahih.Ini akan dapat membatu saya membuat satu kajian yang berilmiah dengan tatacara yang betul,jelas dan tepat b) Dengan membuat kajian ini, saya dapat mengambil iktibar daripada peristiwa yang berlaku di sebalik bangunan bersejarah tersebut c) Saya juga dapat menanamkan semangat patriotisme di dalam diri saya dan juga kalangan generasi muda melalui kajian ini.

4

KAEDAH KAJIAN
Saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk mejalankan kajian tersebut.Antaranya ialah melalui teknologi dan maklumat (ICT).Banyak maklumat yang saya perolehi daripada kaedah tersebut.Salah satu laman web yang saya layari ialah Wikipedia.Wikipedia ialah enskilopedia di dalam internet.Kita boleh mendapat banyak maklumat dan fakta-fakta melaluinya dalam pelbagai bahasa.Selain itu,saya juga melayari bebarapa laman web lain yang berkaitan.

5

HASIL KAJIAN

Bangunan Sultan Abdul Samad adalah merupakan diantara bangunan lama yang terdapat di bandaraya Kuala Lumpur yang merupakan bangunan warisan dan masih dilindungi keaslian rekabentuknya. Bangunan Sultan Abdul Samad ini dibina pada tahun 1893. Walau bagaimana pun perletakan batu asas bagi bangunan ini hanya dibuat pada 6 Oktober 1894 oleh Sir Charles B.H. Mitchell yang merupakan Gabenor Negeri-negeri Selat ketika itu. Bangunan ini siap sepenuhnya untuk digunakan pada tahun 1897. Bangunan Sultan Abdul Samad ini mengambil sempena nama Sultan Selangor yang memerintah pada ketika itu, iaitu dalam tahun 1896. Bangunan ini merupakan suatu mercu tanda di Kuala Lumpur yang gah pada ketika itu. 6

Kedudukan lokasinya yang terletak pada satu tapak diantara pertemuan Sungai Kelang dan Sungai Gombak begitu terkenal kerana merupakan satu tapak yang strategik, iaitu ditengah-tengah pusat bandar Kuala Lumpur. Kawasan tersebut meliputi keluasan 10,200 meter persegi dan dibahagian belakangnya terdapat Jalan Belanda yang kini dikenali sebagai Jalan Mahkamah Persekutuan. Bangunan Sultan Abdul Samad ini juga dikatakan strategik kerana terletak berhampiran dengan Dataran Merdeka, Kelab Diraja Selangor dan Masjid Jamek yang kesemuanya terletak berhampiran Sungai Gombak. Sebelum merdeka, Bangunan Sultan Abdul Samad merupakan sebuah Pusat Pentadbiran Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Pejabat ResidenGeneral dan Pejabat Besar Pos. Selepas kemerdekaan pula, ia dijadikan sebagai Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Majlis Mesyuarat Negeri dan Perbendaharaan Kerajaan. Bangunan ini juga menempatkan Mahkamah Agung Malaysia dan sebahagian daripada Mahkamah-mahkamah Tinggi Malaya dan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada tahun 1978.

7

Rekabentuk pelan bangunan ini dibuat oleh arkitek dari British bernama A.C. Norman (yang bekerja di Jabatan Kerja Raya di Kuala Lumpur) dan dibantu oleh seorang jurutera juga berasal dari British, iaitu C.E. Spooner. Senibina Bangunan Sultan Abdul Samad ini sangat unik dan merupakan diantara bangunan yang tersohor pada ketika itu. Ia mempunyai dua tingkat setinggi 57 kaki berbentuk ladam di mana di tengah-tengahnya terdapat satu dataran tinggi segi empat yang dipagari oleh batas-batas pokok bunga yang cantik. Bangunan ini juga mempunyai tiga kubah, satu menara jam besar dan sebuah arked. Ia juga terdapat satu serambi besar tertutup yang merupakan suatu elemen penting dalam rekabentuk bangunan ini.

8

Senibinanya yang berbentuk ‘saracenic’ merupakan satu ciri senibina Moorish dan Moghul yang berunsurkan Islam. Ini terbukti melalui terdapatnya 3 buah kubah yang menghiasi bangunan ini. Diperingkat awalnya ia diperbuat daripada kayu dan batu bata yang dicat berwarna hitam, namun kini ianya telah digantikan dengan kubah yang bersalut dengan tembaga. Kos pembinaannya sebanyak RM 152,000 dan merupakan bangunan yang termahal di rantau ini pada ketika ianya didirikan.

Sekitar tahun 1978, kerja-kerja pengubahsuaian telah dibuat dan siap sepenuhnya dalam tahun 1984 dengan anggaran belanja sebanyak RM 17.2 juta. Pada waktu itu kerajaan Australia telah menyumbang sebanyak RM 200,000 sebagai kos menyadur tembaga bagi ketiga-tiga kubah pada tahun 1982. Pengubahsuaian ini dilakukan hanya pada bahagian dalam bangunan tanpa menjejaskan bahagian luarnya dan kedudukan asal bangunan tersebut. Selepas siap sepenuhnya, Bangunan Sultan Abdul Samad ini sekali lagi dirasmikan pada tahun 1984.

9

RUMUSAN
Saya amat bersyukur kerana telah menyelesaikan Kerja Kursus Sejarah dalam tempoh masa yang ditetapkan.Ketika menjalankan kerja kursus ini,banyak pengetahuan,pengajaran dan nilai yang telah saya pelajari. Bangunan Sultan Abdul Samad adalah merupakan mercu tanda yang sangat sinonim bagi bandaraya Kuala Lumpur hatta negara Malaysia. Kehadiran, keunikan dan identiti seni bina yang terdapat pada bangunan tersebut mendapat pujian dan sanjungan dari segenap lapisan penduduk Malaysia mahupun luar negara. Bangunan ini telah berjaya menjadi ikon kepada Kuala Lumpur dan beberapa perayaan penting seperti Sambutan Tahun Baru, Sambutan Hari Merdeka dan acaraacara yang membabitkan promosi pelancongan negara. Saya juga dapat menghayati nilai kesabaran, ketabahan, kejujuran dan kerjasama antara rakan-rakan semasa menjalankan dan menyelesaikan kerja kursus ini dengan sempurna.Nilai kerjasama telah membuatkan saya bersama rakan-rakan berganding bahu untuk mencari maklumat tentang bangunan-bangunan yang bersejarah.

10

LAMPIRAN

(Gambar Bangunan Sultan Abdul Samad)

11

Pelan Bangunan Sultan Abdul Samad

(Pelan Tingkat

Bawah)

(Pelan Tingkat

Satu)

(Pelan Tingkat

Dua)

(Pelan Tingkat

Mezanin)

12

(Pelan lokasi Bangunan Sultan Abdul Samad)

13

( Sambutan di Bangunan Sultan Abdul Samad)

14

RUJUKAN
1. Menemu bual dengan guru yang berkaitan • • En Noorshamsull Kumar b. Puteh Puan Mariam Binti Hassan

2. Laman web http://malaysiana.pnm.my/ 3. Laman web http:.//sejarahmalaysia.pnm.my/ 4. Laman web http://ms.wikipedia.org/wiki/A_Famosa

15

ESEI
Istilah pemeliharaan membawa maksud kerja-kerja baikpulih bangunan, monumen dan tapak tanah bersejarah dengan menggunakan pelbagai pendekatan yang bersesuaian seperti pencegahan, pengekalan, pengukuhan, pengembalian semula, pemulihan, pengeluaran semula, pembinaan semula dan lain-lain lagi. Perkataan pemuliharaan pula membawa kepada maksud memulihara dan mengekalkan dalam bentuk yang sedia ada.

Insan yang mempunyai semangat berbangga sebagai rakyat Malaysia dapat dibentuk melalui kajian bangunan bersejarah seperti kerana melalui kajian ini, kita dapat menjaga dan mempertahankan maruah bangsa dan negara dengan mempelajari dan meneruskan pemeliharaan dan pemulihan warisan bangsa ini.Dengan meneruskan dan memperkenalkan bangunan ini kepada generasi depan, bermakna mereka juga menyemai perasaan patriotik.Sekaligus menunjukkan bahawa kita menghargai dan mengamalkan tradisi dan budaya bangsa. Dalam ertikata lain, melalui prinsip penjagaan bangunan ini, kita dapat menunjukkan bahawa kita bangga dengan sejarah bangsa.

Melalui pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah juga , kita dapat menyemai semangat bersatu padu dan berharmoni di antara masyarakat majmuk. Dalam melaksanakan pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah seperti ini juga mengkehendaki kita bekerjasama dan tolong menolong antara ahli masyarakat. Semangat muhibah atau semangat bermuafakat yang dibentuk seterusnya akan melahirkan semangat patriotik antara anggota masyarakat.

16

Dalam melaksanakan proses pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah juga, masyarakat Malaysia mestilah menunjukkan semangat disiplin yang tinggi Aktiviti seperti seperti ini juga memerlukan kita mempamerkan sikap bertindak wajar serta mematuhi undang-undang pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah Keadaan ini jika disemai berterusan akan melahirkan rakyat Malaysia yang mempunyai disiplin yang tinggi terhadap peraturan negara.

Proses pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah juga mempamerkan sikap rajin dan gigih . Kita juga mesti menunjukkan sikap berdikari bagi menjayakan pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah yang biasanya dilakukan secara kerjasama berpasukan. Dalam proses pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah kita juga perlu menunjukkan sikap tabah menghadapi cabaran bagi melengkapkan proses tersebut. Sikap rajin, tabah dan berdikari ini akan menjadikan warga negara menyemai sikap-sikap ini bagi memajukan negara.

17

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->