You are on page 1of 16

PENTAKSIRAN SEKOLAH

PENTAKSIRAN SEKOLAH
KANDUNGAN
1.0 2.0 3.0 4.0 5.0 6.0 7.0 8.0 9.0 10.0 11.0

MUKA SURAT

Pengenalan Definisi Fungsi Rujukan Standard dan Rujukan Norma Integrasi Pengajaran, Pembelajaran dan Pentaksiran Bentuk, Kaedah dan Instrumen Pentaksiran Wajaran Rekod dan Pelaporan Semakan Kualiti Saranan Hubungi Kami

3 3 5 7 9 10 13 14 14 15 16

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Pentaksiran Sekolah

PENTAKSIRAN SEKOLAH 1.0 DEFINISI Pentaksiran Sekolah (PS) ialah proses mengumpul maklumat yang autentik dan boleh diharap oleh guru secara formatif dan sumatif. PS secara formatif adalah bertujuan untuk memperbaiki pembelajaran ( assessment for learning) manakala PS secara sumatif adalah untuk menilai tentang sejauh mana murid telah menguasai apa yang dipelajari (assessment of learning). Proses Pentaksiran Sekolah (PS) melibatkan aktiviti berikut: Mengumpul maklumat yang autentik dan boleh diharap ( dependable) tentang prestasi murid secara berterusan (ongoing) berdasarkan pernyataan kriteria yang jelas dipanggil standard prestasi (performance standard); penggunaan pelbagai kaedah, alat, teknik dan konteks; merekod, menterjemah, melapor dan membuat Mengelola,

pertimbangan tentang prestasi murid oleh guru semasa dan sepanjang (formatif) dan di hujung (sumatif) proses pengajaran-pembelajaran berlangsung; Menggunakan kepelbagaian maklumat; dan Membuat penilaian dan melaporkan secara verval dan/atau bertulis tentang prestasi, potensi, pencapaian dan keperluan murid. Bagi kedua-dua cara PS tersebut guru dan murid merujuk kepada satu set pernyataan standard prestasi yang jelas yang ditetapkan oleh sekolah berdasarkan pernyataan standard prestasi yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran. PS dikaksana menggunakan pelbagai kaedah, alat, teknik dan konteks. Pentaksiran ini adalah penilaian yang dilakukan di peringkat sekolah seperti kerja praktikal, tugasan bertulis, ujian, kajian dan lain-lain tugasan yang melibatkan pelbagai mata pelajaran. Eviden PS dikumpulkan dalam portfolio.
Pentaksiran Sekolah 3

Maklumat yang diperoleh daripada pentaksiran ini membolehkan guru membuat keputusan tentang: Sejauh mana murid telah belajar dan mencapai standard tertentu; Strategi pengajaran dan pembelajaran berikutnya; Sebagai tambahan, semua murid perlu mempunyai kefahaman yang jelas tentang apa yang perlu dipelajari, dibuat, dan penting dalam peringkat tertentu dalam pembelajaran mereka. Pentaksiran dapat memberi sumbangan positif dalam meningkatkan pembelajaran apabila direkabentuk dengan teliti dengan mengambilkira aspek berikut: kejelasan konstruk yang ditaksir bentuk kegunaan aras kesukaran bagaimana cara mentaksir kekerapan masa dan maklumbalas.

Pentaksiran yang berkesan membolehkan murid: Berusaha ke arah yang sejajar dengan kriteria yang telah diketahui dan difahami lebih awal; Menganalisa pembelajaran dan mengetahui perkara yang perlu diperbaiki; Mensntesis Mempamirkan kepakaran; Belajar dengan kaedah tersendiri;
4 Pentaksiran Sekolah

dan

mengaplikasi dan

pembelajaran

selain

daripada dan

mengingati fakta; kekuatan menunjukkan penguasaan

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Pentaksiran Sekolah

Reflektif dan melibatkan diri dalam pentaksiran kendiri dan rakan sebaya; Berupaya melahirkan pandangan dan tafsiran dari sudut yang berbeza; Bertanggungjawab terhadap pembelajaran; Melalui proses pembelajaran yang berjaya; dan Berupaya bersaing di tahap yang lebih tinggi. 2.0 FUNGSI Pentaksiran sekolah mengandungi dua fungsi yang luas, iaitu Pentaksiran tentang pembelajaran yang bersifat summatif (pentaksiran untuk melihat prestasi murid) Pentaksiran untuk pembelajaran yang bersifat formatif (pentaksiran untuk meningkatkan pembelajaran) 2.1 Pentaksiran tentang Pembelajaran (Pentaksiran Sumatif): Pentaksiran tentang pembelajaran merujuk kepada semua aktiviti dan tugasan yang digunakan untuk menentukan prestasi murid bagi penggal persekolahan, semester atau tahun tertentu. Semua eviden bagi pentaksiran tentang pembelajaran wajib dikumpulkan dalam portfolio. Semua portfolio mesti disimpan di sekolah dan dibentangkan untuk proses semakan dan pengesahan. Pelaporan tentang pencapaian murid dalam pembelajaran dikeluarkan secara bertulis dalam bentuk markah, gred, band, profil, pernyataan deskriptif sebahagian atau kesemuanya. Pelaporan boleh dibuat dalam bentuk sijil, pernyataan keputusan, profil atau testimoni. 2.2 Pentaksiran untuk Pembelajaran (Pentaksiran Formatif)
5

Pentaksiran Sekolah

Pentaksiran untuk pembelajaran merujuk kepada semua aktiviti dan tugasan yang diberikan kepada murid untuk membolehkan guru menilai perkembangan dan masalah pembelajaran murid. Oleh itu, maklumat yang diperoleh berupaya memantau dan membantu proses pembelajaran. Maklumat tersebut diguna sebagai maklum balas dalam mengubahsuai aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi memenuhi keperluan semua murid. Keperluan setiap murid berbeza antara satu sama lain. Guru juga boleh mengetahui keperluan murid melalui pelbagai kaedah seperti pencerapan, perbincangan dalam kelas atau kerja bertulis, sama ada kerja rumah atau tugasan dalam kelas. Pentaksiran kendiri dan rakan sebaya juga boleh digunakan dengan berkesan untuk menyokong pentaksiran untuk pembelajaran. Pentaksiran untuk pembelajaran boleh menjadi alat yang sangat berkesan untuk membantu semua murid sekiranya maklumbalas disampaikan kepada murid dengan cara yang betul. Maklumbalas tidak sepatutnya mengandungi pernyataan perbandingan antara murid tentang kebolehan, kedudukan atau persaingan. Maklumbalas perlu mengandungi tiga elemen berikut: Kedudukan murid dalam pembelajaran merujuk kepada standard prestasi yang ditetapkan; Tahap pembelajaran yang diharapkan; dan Maklumat untuk merapatkan jurang antara kedudukan sedia ada dan tahap pembelajaran yang diharapkan. Pentaksiran untuk pembelajaran memberi tumpuan terhadap analisis, perkembangan pembelajaran murid dan maklumbalas, bukan sematamata merekod skor. Oleh itu, pelaporan bertulis tidak perlu dibuat secara berkala sebaliknya, guru mestilah mampu memberinya secara bertulis atau verbal apabila dikehendaki pada bila-bila masa oleh manamana pihak berkepentingan seperti ibu bapa, guru besar atau nazir.
6 Pentaksiran Sekolah

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Pentaksiran Sekolah

3.0

PENTAKSIRAN SEKOLAH SEBAGAI PENTAKSIRAN RUJUKAN STANDARD Pentaksiran rujukan standard seringkali dijelaskan sebagai berlawanan dengan pentaksiran rujukan kriteria. Guru tidak sepatutnya bergantung hanya kepada pentaksiran rujukan norma atau kriteria semata-mata kerana amalan terbaik ialah menggabungkan pentaksiran rujukan kriteria dengan rujukan standard. Pentaksiran Rujukan Kriteria (PRK) ialah pentaksiran yang dilaksanakan berdasarkan kriteria penilaian yang telah ditetapkan terlebih awal tanpa membandingkan seseorang murid dengan murid yang lain tetapi membandingkan pencapaian murid dengan set kriteria yang telah ditetapkan itu. Melalui PRK, pencapaian murid tidak dinilai secara bertahap. Murid yang memenuhi kriteria-kriteria yang ditetapkan dinilai sebagai telah menguasai pembelajaran tanpa meletakkan pada tahap mana penguasaan murid itu dalam pembelajarannya. Pentaksiran Rujukan Standard (PRS) sama seperti PRK tetapi pencapaian murid dinilai dan dilaporkan berdasarkan tahap-tahap penguasaan murid dalam pembelajaran seperti band 1 hingga band 5 atau 6 atau Lemah hingga Cemerlang atau lain-lain bentuk pernyataan standard yang bertahap. Pentaksiran rujukan standard bertujuan untuk mencapai perkara berikut: Membuat keputusan tentang murid dengan menilai berdasarkan standard yang ditetapkan; Mentaksir murid secara individu mengikut keperluan masing-masing; Menentukan kedudukan seseorang murid mengikut kriteria yang ditetapkan berdasarkan standard prestasi; Mentaksir murid berdasarkan kriteria penilaian yang jelas dan objektif mengikut standard prestasi; kerja murid

Pentaksiran Sekolah

Tujuan pentaksiran perlulah jelas dan telus. Sebelum menimbangkan bagaimana pentaksiran itu harus dilakukan, kita perlu memutuskan mengapa kita perlu mentaksir murid. Dengan menggabungkan pentaksiran rujukan standard dan rujukan kriteria, pelbagai kaedah pentaksiran akan digunakan bagi tujuan berikut: Mentaksir murid yang ramai dengan keberkesanan kos; Mentaksir aspek kognitif, afektif dan psikomotor dalam pelbagai konteks; Mendapatkan data statistik, iaitu perbandingan prestasi tahun semasa dengan prestasi tahun sebelumnya untuk menilai standard; Menentukan kualiti pengajaran dalam mata pelajaran; Menganalisis kekuatan dan kelemahan dalam membantu perancangan dan penilaian program. Pentaksiran yang adil tidak perlu dibimbangi kesahan dan

kebolehpercayaannya kerana ia mempunyai keautentikan dan keboleharapan yang tinggi bergantung kepada kualiti dan kejelasan kriteria penskoran dan pemahaman kriteria tersebut. Sesuatu instrumen yang secara umumnya digunakan dengan baik untuk menyenaraikan dan memperluaskan kriteria penskoran sering dirujuk sebagai rubrik. Rubrik memberikan penerangan tentang ciri-ciri kerja murid dengan jelas. Maklumat berikut perlu dibekalkan kepada murid:
8

Keterangan yang jelas tentang pengetahuan dan/atau kemahiran yang ditaksir; Wajaran bagi setiap pentaksiran; Maklumbalas yang jelas berhubung markah atau skor yang telah diberikan; Peluang prestasi mereka ditaksir secara kualitatif; Mempunyai akses terhadap semua kriteria yang digunakan dalam pentaksiran; Bukan semua kerja yang ditaksir akan direkod;
Pentaksiran Sekolah

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Pentaksiran Sekolah

Memberi

makluman

awal

tentang

mana-mana

pentaksiran

yang

memerlukan persediaan; Menjelas tentang tarikh dan tempoh pentaksiran; dan Kepentingan menepati tarikh serahan yang ditetapkan dalam penentuan gred pencapaian. 4.0 INTEGRASI PENGAJARAN, PEMBELAJARAN DAN PENTAKSIRAN Pentaksiran adalah sebahagian daripada strategi pengajaran dan

pembelajaran dan bukannya tugas tambahan. Pengajaran, pembelajaran dan pentaksiran tidak boleh dipisahkan dan tidak boleh dilihat atau diguna secara berasingan atau bersendirian. Tujuan utama pentaksiran BUKAN hanya untuk membuat keputusan, tetapi memberi sokongan dan mekanisma yang positif bagi membantu murid untuk membaiki atau meningkatkan pembelajaran; bagi guru membaiki pengajaran dan secara keseluruhan, menyumbang kepada keberkesanan program. Semasa menyediakan Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT), perkara berikut hendaklah diambilkira: Pentaksiran tentang pembelajaran Pentaksiran untuk pembelajaran Strategi pengajaran dan pembelajaran; dan Pembangunan pengetahuan yang diperlukan, kemahiran dan pemahaman di samping nilai dan sikap. Rancangan Pelajaran Tahunan perlu berdasarkan kepada keperluan

kurikulum dan garis panduan pentaksiran. 5.0 BENTUK, KAEDAH DAN INSTRUMEN PENTAKSIRAN SEKOLAH Standard pentaksiran perlu diketahui dan difahami oleh semua murid dan ibu bapa pada awal proses pembelajaran. Aktiviti yang relevan perlu disertai dengan bentuk dan kaedah pentaksiran yang bersesuaian, contohnya rubrik
Pentaksiran Sekolah 9

yang akan digunakan. Setiap aktiviti yang direkodkan sepatutnya terdiri daripada kejayaan satu siri tugasan yang bermakna dan berkesan. 5.1 Kaedah pengumpulan eviden pentaksiran sekolah a. Pencerapan Pentaksiran melalui cerapan biasanya kurang berstruktur (terancang) dan selalunya dilakukan untuk menilai interaksi murid antara satu sama lain dalam tugasan untuk mendapatkan hasil penyelesaian yang umum. Pencerapan perlu mempunyai tujuan dan dijalankan dengan menggunakan suatu instrumen cerapan yang bersesuaian untuk mengurangkan penyimpanan rekod, seperti senarai semak dan skala pengadaran ( rating scale) yang hanya memerlukan sedikit catatan dan masa untuk merekod. b. Ujian Pentaksiran melalui ujian lebih berstruktur dan tegar. Ia membolehkan guru mengumpul eviden yang sama bagi semua murid dengan cara dan masa yang sama. Pentaksiran ini mengemukakan eviden tentang pembelajaran berpandukan kepada skor. Sekiranya digunakan dengan betul, ujian dan peperiksaan adalah sebahagian daripada kurikulum yang penting kerana ia memberikan eviden yang baik tentang apa yang telah dipelajari. Ujian dalam PS boleh dilaksanakan secara manual seperti kertaspensil, papan tulis dan lisan atau berbantukan komputer secara online atau offline. Item-item ujian boleh disediakan oleh pihak sekolah atau Pejabat Pelajaran Daerah atau Jabatan Pelajaran Negeri atau Lembaga Peperiksaan tetapi pengendaliannya adalah oleh guru sama ada secara manual atau berbantukan komputer.

10

Pentaksiran Sekolah

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Pentaksiran Sekolah

c.

Tugasan atau Pentaksiran Prestasi Tugasan atau pentaksiran prestasi kurang berstruktur (berbanding dengan ujian) dan melibatkan tugasan yang menilai aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap murid dalam pelbagai situasi dan konteks yang sebenar. Pentaksiran prestasi meliputi komponen praktikal sesuatu mata pelajaran dengan menentukan bagaimana murid menggabungkan teori dalam amalan. Ia merupakan pentaksiran yang autentik kerana murid mempunyai gaya yang tersendiri untuk belajar. Antara contoh ialah projek, pameran, penyampaian visual dan lisan, debat, simulasi komputer dan persembahan.

d.

Pentaksiran Kendiri, rakan sebaya dan kerja berkumpulan Pentaksiran kendiri memerlukan perhatian khusus daripada guru kerana mungkin ramai murid memerlukan bantuan mempelajari bagaimana untuk menilai kemahiran akademik dan prestasi dengan tepat. Murid perlu dimaklumkan tentang kriteria tugas khusus untuk prestasi (pentaksiran rujukan kriteria). Murid juga mungkin memerlukan bantuan dalam mempelajari bagaimana untuk menyimpan rekod dan memgulas ringkasan kerja. Refleksi ke atas pembelajaran seseorang adalah komponen yang amat penting dalam pembelajaran. Pentaksiran rakan sebaya, menggunakan senarai semak atau rubrik, membantu murid sama ada yang ditaksir atau yang mentaksir. Perkongsian kriteria untuk pentaksiran memberi kuasa kepada murid untuk menilai prestasi mereka sendiri dan juga rakan mereka. Kebolehan untuk bekerja bersama rakan lain dalam satu kumpulan dengan berkesan adalah satu daripada hasil kritis. Pentaksiran kerja berkumpulan memberi eviden daripada aspek kerjasama, bantu membantu, pengagihan kerja dan sumbangan

Pentaksiran Sekolah

11

setiap hasil

individu kerja. Ia

melalui

satu

produk.

Pentaksiran kemahiran

kerja sosial,

berkumpulan dinilai melalui proses selain daripada produk atau melibatkan pentaksiran pengurusan masa dan kedinamikan kumpulan, selain daripada hasil kerja kumpulan. Peluang untuk menggunakan pelbagai instrumen amat penting bagi keduadua pentaksiran untuk pembelajaran dan juga pentaksiran tentang pembelajaran. Isu penting ialah instrumen mestilah sepadan dengan apa yang ditaksir. Eviden yang bersesuaian dan mencukupi mesti dikumpulkan; dan ia mesti dijelaskan kepada murid sama ada mereka sedang melalui proses pentaksiran untuk pembelajaran atau pentaksiran tentang pembelajaran. 6.0 WAJARAN Keseimbangan pentaksiran sekolah dalam transformasi pentaskiran dinyatakan dalam jadual di bawah bagi prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah.
TAHAP Prasekolah Tahun 1 Tahun 3 Tahun 4 Tahun 6 Tahun 7 - Tahun 9 Tahun 10 Tahun 12 PAJSK 20% 30% 20% 20% 10% PS 80% 70% 50% 30% 10% PP 30% 50% 10%

7.0

Pentaksiran Sekolah (PS) Pentaksiran Pusat (PP) Pentaksiran Aktiviti Jasmani dan Kokurikulum (PAJK) Pentaksiran Psikometrik dilapor secara berasingan

GRED PURATA MURID

8.0

REKOD DAN PELAPORAN

12

Pentaksiran Sekolah

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Pentaksiran Sekolah

Perekodan dan pelaporan memerlukan data yang telah dikumpul semasa pentaksiran supaya ia boleh dianalisa secara logik dan dilaporkan dalam bentuk yang mudah difahami dan tepat. Pelaporan prestasi dan pencapaian memberi gambaran tentang apa yang murid telah capai. Ia juga menunjukkan kedudukan murid dalam lengkung pembelajaran dan jenis intervensi yang diperlukan, sebagai contoh maklumat ini (merujuk kepada prestasi) intervensi. boleh digunakan untuk merancang program intervensi dan memaklumkan strategi

9.0

SEMAKAN KUALITI 9.1 PROSES SEMAKAN Prinsip semakan adalah untuk menjamin kualiti pentaksiran yang dilakukan diperingkat sekolah. Ia adalah satu prosedur untuk meletakkan PS mana-mana sekolah pada skala kebangsaan. Skala kebangsaan ini ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan (LP) dari segi kesahan dan kebolehpercayaan. Satu instrumen yang dibina oleh LP akan ditadbir kepada semua murid. Skor yang diperoleh akan menentukan tahap PS bagi setiap sekolah. Skor yang diperoleh akan dianalisis untuk mengeluarkan pelaporan tentang prestasi pendidikan kebangsaan. 9.2 EVIDEN SEMAKAN: PORTFOLIO Dua jenis portfolio diperlukan: 1. Portfolio guru mengandungi semua arahan dan kriteria pentaksiran serta rubrik berkaitan tugasan yang diberikan kepada murid. 2. Portfolio murid mengandungi setiap eviden yang digunakan untuk mendapatkan skor. Portfolio boleh:

Pentaksiran Sekolah

13

Mengandungi beberapa bentuk pentaksiran termasuk tidak lebih daripada dua ujian rasmi Memberi eviden untuk semakan Menunjukkan kemajuan pembelajaran murid sebagai eviden tentang pengajaran dan pembelajaran sepanjang tahun tersebut.

10.0 SARANAN Sekolah mesti memastikan bahawa murid tidak dibebankan dengan terlalu banyak pentaksiran. Guru mesti memaklumkan kepada murid mengenai sumber bahan yang diperlukan untuk menyelesaikan tugasan, projek dan sebagainya. Guru mesti membantu murid untuk merancang tugasan, projek dan lain-lain dengan: membekalkan murid dengan tarikh beserta rubrik pada permulaan proses pembelajaran membenarkan murid menyiapkan kerja di premis sekolah atau di bilik darjah, jika perlu 11.0 HUBUNGI KAMI Guru yang memerlukan bantuan dalam melaksanakan PS boleh

menghubungi: Unit Khas Pentaksiran Berasaskan Sekolah (UKPBS) Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia Aras 11 Blok E11 Kompleks Kerajaan Parcel E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 PUTRAJAYA Telefon:
14

03 8884 3125/3134
Pentaksiran Sekolah

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Pentaksiran Sekolah

Faks:

03 8889 5131

Bagaimana Menyediakan Rancangan Mengajar untuk Mengajar dan Mentaksir Berasaskan Standard Bahan Pengajaran yang diperlukan Salinan Standard Kurikulum dan Standard Prestasi Buku teks, alat Bantu mengajar yang relevan lain Bahan pentaksiran Sikap Yang Perlu ada Sikap terbuka bahawa semua murid perlu diberikan perhatian Persediaan mengajar perlu dilaksanakan sebelum masuk setiap kelas Panggil nama murid dalam kelas seramai yang boleh setiap kali mengajar. Di kelas akan dating pastikan semua nama murid telah disebut dan berinteraksi dengan mereka. Persediaan Sebelum masuk ke setiap kelas Pastikan semua alat bantu mengajar telah disediakan dan ada Ketahui dan hafal nama semua murid dalam kelas Langkah menyediakan Rancangan Mengajar 1. Baca secara teliti dan fahamkan Standard Kurikulum dan Standard Prestasi. untuk siapakah ianya dimaksudkan 2. Tentukan kemahiran apakah yang hendak diajarkan contoh ; kemahiran menulis mengikut abjad, kemahiran mengira dua angka satu digit, Rancangkan tugasan dan pentaksiran yang relevan, mencabar dan dapat menguji pencapaian murid dalam apa yang mereka telah pelajari. Perancangan perlu dibuat sekarang supaya aktiviti pembelajaran dapat dirancang berdasarkan kemahiran yang meraka perlu murid kuasai. Tukiskan objektif pengajaran menggunakan perkataan kata tugas yang boleh diukur yang berkaitan kemahiran yang hendak diajar Contoh; Murid boleh mengira jumlah dua angka dua digit dengan tepat.

3.

4.

Pentaksiran Sekolah

15

5.

Rancangkan set induksi yang sesuai untuk mengajar angka dua digit. Gunakan pengetahuan sedia ada murid. Lakukan provokasi yang merangsang minda murid yang boleh menimbulkan keseronokan untuk mengetahui lebih lanjut tentang nombor. Tuliskan langkah-langkah pengajaran yang dapat melatih murid dan pada masa yang sama laksanakan penyoalah yang dapat mengetahui kemahiran yang telah dikuasai setiap murid. Berbincang dengan setiap murid tentang pencapaian mereka berbanding standard prestasi dan Band yang mereka telah kuasai dan cadangkan langkah selanjutnya untuk penambahbaikan penguasaan yang lain atau pengukuhan kemahiran yang sama.

6.

7.

16

Pentaksiran Sekolah

You might also like