You are on page 1of 5

Mata Pelajaran & Kelas

Dunia Sains dan Teknologi /3 Al Farabi

Tarikh

7 Mac 2013

Tema/Topik

Sains Hayat / Manusia

Masa

10.45 - 11.15 (30 minit)

Standard Kandungan

3.1 Memahami ciri-ciri haiwan

3.1.1 Mengenal pasti ciri haiwan iaitu : Standard Pembelajaran litupan badan: bercangkerang, berbulu, berbulu pelepah, bersisik

anggota badan: berkaki, bersayap, berekor, bertanduk, berparuh, berkuku tajam

cara membiak: bertelur, melahirkan anak

habitat: hidup di air, di darat, di darat dan air

Objektif Pembelajaran

Di akhir pengajaran, murid-murid dapat :

Menyatakan secara lisan ciri-ciri haiwan berdasarkan video yang di tayangkan.

Menyatakan nama haiwan beserta ciri-cirinya dengan betul.

Aktiviti P & P

1. Murid-murid mengenalpasti haiwan berdasarkan video.

2. Guru memberi penerangan ciri-ciri haiwan.

3. Murid-murid menyenaraikan nama haiwan beserta ciri-cirinya.

4. Murid-murid melengkapkan latihan di dalam Buku Aktiviti.

5. Murid-murid merumuskan isi pelajaran.

EMK

Bahasa, TMK ( video ) Pendidkan alam sekitar Nilai murni ( sayangi haiwan )

Bahan Bantu Belajar

Video, Buku Aktiviti, Komputer, Lembaran Kerja,

Penilaian P & P Jawapan murid melalui aktiviti yang dijalankan Soal jawab Latihan dalam buku kerja

Refleksi

Murid-murid dapat mengenalpasti haiwan beserta ciri-cirinya. Murid dapat menyenaraikan ciriciri haiwan dengan betul

Perincian Aktiviti P & P

Tayangan video. Penerangan ciri-ciri haiwan Menyenaraikan haiwan beserta ciri-cirinya Latihan Rumusan isi pelajaran.

Persediaan (Orientasi)

1. Tayangan video tentang haiwan di zoo.

2. Murid-murid diminta mengenalpasti haiwan yang ada di dalam video.

Imaginasi (Pencetusan Idea)

Soal jawab dengan murid tentang haiwan yang mereka lihat tentang

Litupan badan haiwan Anggota badan haiwan Habitat haiwan Cara haiwan membiak

Perkembangan (Penstrukturan Idea)

1. Guru meminta murid menyenaraikan haiwan yang dilihat

2. Kemudian, mereka diminta menyatakan ciri-ciri yang terdapat pada setiap haiwan dengan dibimbing oleh guru.

3. Dengan bimbingan, murid akan dapat menyenaraikan haiwan berdasarkan

Litupan badan Anggota badan Cara membiak Habitat

Tindakan ( Aplikasi Idea)

1. Murid diberikan latihan dan di minta menjawab secara individu.

2. Murid bertukar jawapan dengan rakan dan sesi perbincangan dilakukan

Refleksi

1. Guru meminta murid menerangkan ciri haiwan yang telah dipelajari pada hari ini.

2. Guru merumuskan isi pelajaran yang telah dipelajari.

You might also like