1.

0

Pengenalan Grafik merupakan salah satu media yang dapat membantu guru dalam menyampaikan

pengajaran.

Grafik dalam pembelajaran boleh dipersembahkan dalam bentuk imej atau

paparan visual tidak bergerak seperti gambar, lukisan, lakaran, gambarfoto, ilustrasi dan sebagainya. Dari aspek teknologi, ia juga merupakan elemen multimedia yang penting bagi memberi penekanan dalam suatu proses penyampaian maklumat. Penggunaan grafik telah lama digunakan dalam sistem pendidikan negara sebelum merdeka dan selepas merdeka malah penggunaan grafik berjaya menjadi suatu media dalam pendidikan tidak formal dan formal. Penggunaan grafik dalam pembelajaran amat sesuai digunakan dalam kumpulan yang ramai terutama di dalam kelas. Pelajar ini perlu banyak melihat atau menggunakan deria penglihatan mereka untuk memahami sesuatu maklumat. Adalah penting bagi pelajar ini ditunjukkan dengan pelbagai visual dalam proses pembelajaran mereka. Semasa pengajaran, elakkan menggunakan bahan pengajaran yang menggunakan ayat yang bertulis terlalu panjang, sebaliknya memperbanyakkan bahan pengajaran berbentuk simbol, warna dan corak untuk membantu pelajar memahami pembelajaran serta dapat belajar dengan lebih efektif. 2.0 Definisi Grafik Perkataan grafik sebenarnya berasal dari Greek “graphikos” bererti lukisan. Secara amnya grafik didefinisikan sebagai sebuah lukisan, gambar atau huruf yang dihasilkan dengan menggunakan media tertentu seperti pen, pensel, berus dan sebagainya. Grafik juga merupakan penggabungan antara gambar-gambar, lambang-lambang, simbol-simbol, huruf, angka, perkataan, lukisan, lakaran yang dijadikan satu media. Ia bertujuan untuk memberi konsep dan idea yang sukar diterangkan dengan teks dari pengirim kepada sasarannya dalam proses menyampaikan maklumat. Sesuai dengan perkembangan teknologi terkini, media elektronik telah digunakan secara meluas dalam menghasilkan pelbagai jenis grafik. Grafik ini disebut sebagai grafik multimedia merujuk kepada sebarang hasil kerja grafik yang dihasilkan menggunakan sama ada pekakasan ataupun perisian komputer. Penggunaan teknologi grafik multimedia semakin berkembang pesat dan digunakan secara meluas dalam bidang pendidikan. Guru dan pelajar mendapat banyak manfaat bagi mendapatkan grafik yang diperlukan didalam tugas masingmasing.
1

poster pengajaran. Lukisan telah wujud sejak zaman pra sejarah lagi buktinya lukisan-lukisan yang berada di gua-gua tempat tinggal manusia pra sejarah. gambar bersiri. gambar persendirian. Contoh graf adalah carta pie atau graf sektor. ilustrasi. Fotografi ataupun gambar foto merupakan antara paparan imej yang paling menyamai keadaan sebenar. kartun sering digunakan bagi menarik perhatian pengguna terutama dalam aplikasi multimedia. kadar kematian dan sebagainya. penyampaian guru di papan hijau dan sebagainya. Graf atau carta merujuk kepada kaedah berkomunikasi berunsurkan data dan numerik. benda dan sebagainya. gambar berwarna mahupun foto hitam putih merupakan alat yang paling berkesan di dalam sesuatu penyampaian maklumat dan komunikasi. graf bar berkumpulan. Kartun boleh merujuk kepada unsur kemanusiaan. objek dan sebagainya. Kartun adalah sejenis lukisan yang berada di dalam kelasnya yang tersendiri. Lukisan terhasil dengan cara melukis dan menyusun garisan untuk menggambarkan manusia. Manakala antara jenis bahan bukan bergambar ialah graf. Kini. carta dinding. animasi kartun banyak disampaikan dalam bentuk tiga dimensi. data dan populasi. poster dinding. Berikut adalah penerangan mengenai jenis-jenis grafik yang sering digunakan dalam pembelajaran dan pengajaran. kartun. Walaubagaimanapun. dan iklan. diagram. Namun demikian. graf bar berganda. dua dimensi dan tiga dimensi melalui buku.0 Jenis-Jenis Grafik Grafik boleh diklasifikasikan kepada jenis bergambar dan jenis tidak bergambar serta dipersembahkan dalam bentuk satu dimensi. fotografi adalah pembuatan lukisan dengan menggunakan media cahaya. Antara jenis bahan bergambar adalah seperti lukisan. Ia boleh menjadi lukisan yang mudah sehinggalah kepada lukisan yang abstrak. perangkaan dan taburan. slaid OHP. Gambar foto atau fotograf berwarna juga memainkan peranan yang amat besar dari segi warna yang menyerlah di dalam persembahan dan boleh dijadikan latar belakang bagi teks atau grafik. Kini. Dalam seni rupa. Carta 2 . haiwan. Pita video warna. penggunaan kartun perlu sesuai dengan kawasan pengalaman dan skop intelektual pelajar. fotograf. dan graf garisan. Ia menunjukkan perhubungan kuatitatif dan perbandingan data dan perhubungan di antara dua atau lebih item. Lukisan merujuk kepada imej yang kurang realistik berbanding dengan fotograf. Ia sesuai digunakan terutamanya sekiranya kumpulan sasaran adalah kanak-kanak atau remaja. jadual dan carta. haiwan. ia banyak digunakan bagi menangani masalah ketiadaan fotograf bagi keadaan sebenar. Jadual pula selalu digunakan dalam kadaran seperti masa penerbangan.3. carta.

Macromedia Freehand. Beberapa contoh perisian grafik yang biasa digunakan ialah Microsoft Paint atau Paint Brush. Sesuatu maklumat yang kompleks dapat dimudahkan dengan jelas sekiranya ia ditukarkan ke bentuk carta atau graf. Hasilnya lebih menarik dan berkesan berbanding cara tradisional. pengajaran dapat dipersembahkan secara konkrit. Micrograft Designer dan Autocad. Bagaimana kanakkanak tersebut didedahkan pula adalah dengan memperkenalkan dengan imej atau objek terlebih dahulu sebelum mengenali huruf. Bagi pembelajaran teknikal seperti bidang kejuruteraan. Namun adakalanya perisian-perisian grafik yang khas diperlukan bagi menghasilkan kerja grafik yang berkualiti tinggi. pra universiti mahupun universiti. bentuk pengurusan grafik yang berstruktur mengikut aturan tertentu dapat memaparkan proses demi proses seterusnya mendorong pelajar untuk berfikir. Kini perkembangan teknologi semakin pesat dan memudahkan manusia untuk menghasilkan apa sahaja bentuk persembahan yang dimahukan hanya di hujung jari melalui aplikasi multimedia. Oleh itu. saiz. Corel Draw. multimedia dan lain-lain bidang. sesuatu imej yang diperolehi dari sumber asal misalnya dari hasil imbasan biasanya perlu diubahsuai atau dipinda dari pelbagai sudut bagi membolehkannya sesuai untuk digunakan di dalam pembangunan sesebuah projek multimedia. membuat analisis. penggunaan grafik. dan carta organisasi. Adobe Photoshop dan Adobe Illustrator. kombinasi huruf dan objek tadi diseiringkan bagi membentuk sesuatu yang lebih bermakna. carta masa. konsep dan idea yang mana sukar 3 . Terutamanya kanak-kanak prasekolah tidak Oleh itu dengan berpotensi untuk memahami pengajaran yang berbentuk abstrak.dapat dibahagikan kepada carta alir. kanak-kanak akan didedahkan dengan pengetahuan mengenai huruf atau apa sahaja yang berkaitan dengan ilmu baru menjadi lebih mudah jika disampaikan melalui grafik. warna. Jadi kecekapan menggunakan perisian. lokasi gambar dan sebagainya boleh dilakukan menggunakan peralatan (tool) yang disediakan oleh kebanyakkan perisian bahasa gubahan. kesan khas. Kesemua kerja-kerja ubahsuai ini sama ada dari sudut. 4. Seterusnya. mereka memerlukan perisian-perisian grafik untuk aktiviti pembelajaran. perkakasan dan aksesori multimedia sangat diperlukan. Manakala bagi peringkat sekolah menengah.0 Peranan Grafik Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Di peringkat prasekolah atau sekolah rendah. Misalnya. Painter 3D. penggunaan grafik begitu meluas sekali digunakan oleh para guru dan pelajar terutama ketika aktiviti perbentangan hasil tugasan dan kuliah.

Maka aktiviti pengajaran dan juga pembelajaran berkesan kerana adanya penglibatan pelajar secara aktif. memperkenalkan topik baru. Keyakinan guru juga dapat ditingkatkan dan mengurangkan tekanan ke atas guru apabila pelajar dapat memfokuskan terhadap bahan visual. Penggunaan grafik dalam pembelajaran juga dapat meningkatkan pengekalan maklumat dalam ingatan seseorang. Menurut Dywer mendapati bahawa manusia berupaya mengingat sebanyak : 50% Pasif 30% 20% 10% daripada apa yang dilihat dan didengar daripada apa yang dilihat daripada apa yang didengar daripada apa yang dibaca Aktif 80% 70% daripada apa yang disebut sambil lakukan daripada apa yang disebut dalam percakapan Mengikut lagi satu kajian Dwyer. Menurut teori realisme. menjelaskan. Penggunaan grafik juga turut memainkan peranan yang penting terhadap pengajaran yang disampaikan oleh seseorang guru. rangsangan yang terdapat dalam sesuatu visual memudahkan guru dalam menyampaikan maklumat kepada pelajar dengan lebih berkesan. grafik dan teks berbanding hanya maklumat perkataan apabila dikod dalam 4 . Mengikut Paivio kelebihan maklumat berbentuk imej atau grafik. konsep atau prinsip. menginterprestasi dan mengukuhkan idea. Apabila keadaan ini berlaku. Misalnya.diterangkan melalui teks dan ucapan. Beliau juga mendapati bahawa dengan menggunakan alat bantuan visual contohnya grafik ia dapat memberi kesan yang lebih efektif lagi kepada audiens untuk mengingati sesuatu dalam jangka masa yang agak panjang. Dengan penggunaan grafik ia dapat meningkatkan keberkesanan dan kefahaman pelajar memandangkan ianya disampaikan dalam bentuk visual. sebanyak 83% keberkesanan tercapai apabila manusia belajar melalui deria penglihatan. secara tidak langsung pelajar yang suka membuat analisis dapat berfikir dan memproses secara aktif. merumuskan dan mengulangkaji pelajaran dan melaksanakan aktiviti atau tugasan serta menilai pengajaran dan pembelajaran. Ia memberi kesan yang efektif terhadap ucapan guru tersebut dimana guru dapat menerangkan perkara-perkara yang sukar dan kompleks dengan lebih mudah dan jelas berdasarkan visual.

Seterusnya menggalakkan penyertaan dan penglibatan pelajar secara maksimum dalam pembelajaran.memori ialah: (a) maklumat grafik lebih mudah untuk dingat kembali daripada maklumat perkataan. Selain itu. analisis. bahan yang digunakan mestilah sesuai mengikut perkembangan teknologi pendidikan serta penghasilan grafik dalam pengajaran dan pembelajaran perlu peka dari aspek kebolehan pelajar yang pelbagai. (c) ingatan meningkat apabila grafik dipersembahkan dan digabungkan dengan teks. Misalnya aktiviti pembelajaran sains dimana pelajar dikehendaki untuk membuat hipotesis. proses pembelajaran pelajar dapat ditingkatkan dan guru mudah mengawal proses pembelajaran. Objektif dan hasil pembelajaran akan tercapai apabila guru dan pelajar dapat menerima aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan bahan grafik tanpa perasaan prejudis. Seringkali grafik digunakan sebagai agen pemujuk dan ianya lebih berkesan jika dibandingkan dengan kaedah syarahan. Penggunaan media seperti grafik dapat menunjukkan secara konkrit 5 . mereka akan percaya dan memahami dengan lebih baik tentang sesuatu perkara melalui deria penglihatan berbanding deria pendengaran. manipulasi dan sebagainya sehingga menimbulkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan serta menyeronokkan. Bagi kebanyakan pelajar. Seterusnya. Bagi pelajar yang baru mengetahui apa yang dikatakan kolesterol dapat mengenalpasti contoh-contoh makanan yang mengandungi kolesterol tinggi. Seterusnya contoh yang menunjukkan kesan daripada mengambil makanan yang mengandungi terlalu banyak kolesterol dapat membantu pelajar mengubah sikap untuk mengurangkan pengambilan makanan yang berkolesterol tinggi. dan (d) maklumat dapat disimpan lebih lama dalam bentuk imej atau grafik daripada maklumat berbentuk perkataan. Dengan penggunaan grafik ianya dapat menggalakkan penyelidikan serta pembacaan sendiri di kalangan pelajar-pelajar kerana perasaan ingin tahu dapat ditimbulkan. Grafik dapat membantu dalam mengubah sikap seseorang pelajar. ia meningkatkan minat dan motivasi pelajar. Tetapi. Sebagai contoh dalam mengajar pelajar mengenai pengambilan makanan berkolesterol tinggi. (b) kewujudan kedua-dua kod (iaitu grafik dan perkataan) meningkatkan kemungkinan mengingat kembali kerana jika salah satu kod hilang dari memori tetapi satu lagi kod masih ada. Di samping itu. penggunaan grafik boleh meningkatkan kebolehpercayaan guru dan pelajar. Grafik yang digunakan bagi proses pengajaran dan pembelajaran juga dapat menghasilkan pembelajaran yang lebih luas serta mendalam seterusnya mempelbagaikan aktiviti pembelajaran.

guru perlu memilih kedalaman warna yang bersesuaian dengan keperluan aplikasi supaya ada tarikan yang memadai. Kebolehan pelajar memahami secara mendalam hubungan antara objek dan ruang dapat mencipta imaginasi yang tinggi sehingga dapat mencipta sesuatu yang kreatif serta sukar untuk difikirkan oleh orang lain. memilih grafik yang tidak menyentuh sensitiviti kaum atau agama. mereka lebih suka membaca buku cerita sendiri berbanding orang lain membacakan untuk mereka kerana gambaran menarik minat mereka ke arah melakukan sendiri. Malah kecenderungan untuk menulis nota atau membuat nota tangan sendiri semasa proses pembelajaran di dalam kelas. buta huruf mahupun kepada kanak-kanak yang baru mempelajari sesuatu.0 Ciri-Ciri Grafik Yang Berkesan Ciri-ciri grafik yang berkesan ialah memilih grafik yang bersesuaian dengan kumpulan sasaran supaya sesuai mengikut tahap dari segi usia terutama pelajar. Justeru itu. lemah.misalnya kanak-kanak prasekolah perlu ditunjukkan visual yang ada di sekeliling mereka dan bukannya di luar batasan fikiran mereka. peranan grafik juga memainkan peranan penting dalam meningkatkan antara salah satu jenis kecerdasan pelbagai iaitu kecerdasan ruang visual yang diasaskan oleh Howard Gardner. gaya pembelajaran visual seperti grafik adalah sesuai bagi pelajar yang sukar untuk mengingati nama. corak dan ruang dalam persekitaran mereka. Sehubungan itu. ia sebenarnya membantu sistem pendidikan negara untuk merancang kaedah yang berkesan bagi menyelesaikan masalah-masalah pelajar keciciran. Kelima. Hal ini kerana untuk mengelakkan sebarang kontroversi antara kaum yang mana boleh mendatangkan kekecohan semasa pengajaran dan pembelajaran. 6 . Kedua. Misalnya. bentuk. Secara tidak langsung. Ketiga. mereka peka terhadap warna.kepada pelajar yang lemah sesuatu konsep yang hendak disampaikan. Keempat. contohnya perlu sesuai dengan topik yang perlu di bincangkan. Pelajar juga dapat belajar dengan lebih baik jika ada alat-alat bantu mengajar dalam bentuk bergambar untuk kegunaan mereka. garisan. 5. memilih kategori grafik yang sesuai dengan keperluan tugas. Tambahan pula. Mereka juga mampu mencipta gambaran mental dan berupaya mengamati dunia visual dengan baik serta bijak menghubungkaitkan objekobjek dalam ruang. mudah dan jelas dibaca dan difahami. tetapi mungkin dapat mengingati ciri-ciri rupa seseorang itu dengan baik berdasarkan gambaran.

beri maklumbalas (providing feedback) dengan membuat aktiviti pengukuhan. beri latihan (eliciting performance) dengan meminta pelajar memberikan tindakbalas dan meminta pelajar membuat latihan. Akhirnya. Kajian menunjukkan tumpuan seseorang dewasa akan menurun selepas 10 minit pertama mereka terdedah kepada rangsangan. nilai perlakuan dan 7 . Selain itu. tarik perhatian dengan mempersembahkan sesuatu yang baru atau yang mengejutkan. Keenam. Ketiga. menanyakan soalan atau mempersembahkan fakta-fakta yang menarik. penggunaan grafik mendorong interaksi yang aktif antara pelajar. guru.pensyarah atau fasilitator perlu menarik perhatian pelajar melalui dengan menggunakan perubahan rangsangan seperti visual. guru dan maksud yang terdapat dalam visual seterusnya membantu memfokuskan perhatian kepada maksud yang terdapat dalam visual.guru perlu menggunakan jenis grafik yang boleh digunakan tanpa masalah semasa aktiviti penyampaian disampaikan agar maklumat dapat ditafsir tanpa terlalu bersusah payah. Salah satu sumbangan terpenting beliau adalah teori “events of instruction” yang boleh diguna pakai untuk menghasilkan satu persembahan slaid pengajaran yang berkesan dengan cara seperti berikut : Mendapatkan perhatian (gaining attention) iaitu sebelum sesuatu pembelajaran berlaku. 6. nyatakan maklum balas. menyampaikan stimuli atau maklumat (presenting the stimulus) iaitu memecahkan maklumat kepada isi-isi penting dan mempersembahkan isi menerusi isi-isi penting menerusi grafik. Keenam. isi dan pengetahuan yang telah dipelajari sebelum ini.0 Bahan Grafik Yang Berkesan Robert Gagne dianggap penyumbang utama kepada pendekatan sistem rekabentuk pengajaran dan latihan. seperti pemberian contoh dan bukan contoh dan proses enkod semantik. memaklumkan objektif (inform learner of the objectives) iaitu menyatakan tujuan persembahan dan mengapa mereka perlu mengikutinya (expectancy) dan nyatakan apa yang mereka boleh lakukan selepas aktiviti pembelajaran tersebut. Keempat. Kelima. Kedua. menggalakkan ingat kembali (stimulate recall of prior learning) iaitu mengaitkan maklumat baru dengan maklumat yang telah dipelajari dan mengingat kembali konsep. memberi bantuan pembelajaran (providing learner guidance) dengan mencadangkan organisasi isi yang bermakna. animasi ataupun urutan teks yang sesuai.

Keempat. Terbahagi kepada dua iaitu perimbangan formal dan perimbangan tidak formal. Penghasilan ini juga berdasarkan beberapa prinsip-prinsip reka bentuk iaitu menggunakan bahan yang telah sedia ada atau yang perlu disenaraikan seperti alat tulis. kotak. sesuatu idea untuk menghasilkan visual tersebut akan dimulakan dengan lakaran kasar. prinsip penegasan di mana satu elemen atau satu idea yang boleh menjadi pusat minat dan perhatian ditegaskan. Pernyatuan dapat diperolehi dengan menggunakan anak panah. Untuk penghasilan tersebut perlu gunakan warna. huruf tertentu. warna dan sebagainya. Untuk mendapatkan konsep yang mudah difahami oleh guru dan pelajar lukisan perlulah jelas dan terang. saiz. ruang dan warna. Elemen ini perlulah saling lengkap-melengkapi. bentuk-bentuk tertentu. Kedua.0 (a) Panduan Penghasilan Grafik Perancangan Sebagai guru atau fasilitator perlu teliti sebelum sesuatu bahan visual dihasilkan. prinsip seimbang yang mana kesemua elemen visual haruslah seimbang pada keseluruhannya dan tidak berat sebelah. bentuk. (c) Elemen visual untuk memenuhi prinsip reka bentuk Elemen visual untuk memenuhi prinsip rekabentuk ialah garisan. Perimbangan merupakan susunan elemen-elemen visual dalam bentuk gubahan yang baik dan elok dipandang. ruang untuk menegaskan idea. Ini adalah kerana perancangan yang teliti perlu dirancang untuk mencapai sasaran objektif. garisan. Fungsi garisan dalam reka bentuk adalah untuk menghubungkan elemen visual dan 8 . Garisan luar hendaklah dibuat dengan garisan tebal. 7. Ketiga. mengelakkan pembaziran dan perlu tahu bentuk visual untuk dipersembahkan. prinsip penyatuan merujuk kepada perhubungan yang lahir di antara elemen visual apabila elemen-elemen tersebut berfungsi sebagai satu keseluruhan. Ianya bagi menentukan objektif visual dan jumlah penerima maklumat bagi menentukan kesesuaian.meningkatkan ingatan dan pemindahan maklumat. Kebiasaannya. (b) Prinsip reka bentuk Pertama. (Rujuk rajah contoh-contoh bahan grafik yang berkesan dalam lampiran). prinsip mudah iaitu menghadkan perkataan-perkataan yang ditayangkan kepada 15 atau 20 patah perkataan sahaja dalam satu visual tayangan.

0 cm maka saiz minima huruf kecil adalah 5. jarak antara huruf dengan huruf. Warna digunakan supaya visual kelihatan mudah dilihat dan difahamidan perlu perancangan untuk melahirkan kesan tertentu. (e) Penghurufan Persembahan grafik huruf yang baik dan bermutu dapat menyampaikan mesej dengan lebih berkesan. penggunaan warna adalah untuk memudahkan dan meningkatkan kejelasan visual dan menimbulkan minat tertentu. warna berhampiran iaitu berdekatan dalam carta warna atau warna penggenap iaitu warna yang bertentangan dalam carta warna.untuk menarahkan pemerhatian supaya melihat visual dengan urutan yang tertentu. Ruang diperlukan disekeliling perkataan dan elemen visual lain untuk mengelakkan perasaan sesak di kalangan pelajar mahupun pemerhati. (d) Penggunaan warna Warna digunakan untuk mengasingkan dan menegaskan sesuatu elemen tumpuan. ruang bertujuan untuk menimbulkan rasa selesa atau lapang di antara elemen-elemen visual yang dipaparkan. jarak di antara baris dengan baris mestilah kurang satu huruf O saiz kecil. Sekiranya warna putih digunakan sebagai warna latar maka permukaan hitam akan kelihatan lebih jelas kemudian diikuti dengan warna-warna yang lain. Prinsip penghasilan huruf ialah saiz huruf yang ditulis. Walaubagaimanapun. jenis atau bentuk huruf yang digunakan. Saiz huruf yang digunakan pula mestilah cukup besar mengikut tahap supaya dapat dibaca dengan baik contohnya jika jarak dari visual adalah 20. kontras dengan warna latar. penggunaan warna tertakluk kepada prinsip-prinsip dan batasannya. Jenis huruf akan menentukan sama ada visual tersebut dapat dibaca dengan mudah atau tidak. Visual akan kelihatan menarik dan istimewa apabila ada arahan dari satu elemen kepada satu elemen yang lain. Bentuk pula merujuk pada tiap persembahan visual yang berkesan mengandungi bentuk keseluruhan sama ada bentuk nyata atau tidak. Warna yang berharmoni seperti warna monokoromik iaitu warna yang muda membawa kepada warna tua contohnya ungu-tua.2 cm. Akhir sekali warna. serta membuat grafik kelihatan kemas dan terancang. Secara amnya. perkataan dengan perkataan dan baris dengan baris. Contohnya. gunakan jenis huruf yang ringkas dan mudah seperti san serif 9 . Seterusnya. Begitu juga jarak antara huruf dengan huruf dan perkataan dengan perkataan mestilah sepadan dan sesuai agar huruf dan perkataan itu dapat dikenali serta boleh dibaca dengan mudah.

Elemen-elemen penting dalam penghasilan grafik juga memberi rangsangan untuk menarik perhatian pelajar. Kedua. guru boleh mengambil mengatasinya dengan menggunakan alas lapik. 8. kertas berwarna atau kain kemudian dilekatkan pada bahan grafik. Cara ini sesuai untuk grafik yang besar seperti carta dan poster. bahan grafik yang telah digunakan semasa aktiviti penagajaran dan pembelajaran boleh disimpan untuk kegunaan pada lain-lain masa ataupun berkongsi dengan guru-guru lain.0 Kesimpulan Pengajaran dan pembelajaran menggunakan grafik amat sesuai digunakan dalam sistem pendidikan negara bagi mencapai keberkesanan secara menyeluruh. bentuk dan warna. graf. simbol dan angka dalam pelbagai saiz. kad hari jadi. kad ucapan dan sebagainya. serif iaitu times new roman dan dokoratif sesuai digunakan untuk huruf-huruf berbunga seperti dalam kad raya. Pelajar juga berkemahiran untuk melihat jadual. huruf pindah kering iaitu boleh dibeli dalam bentuk huruf. peranan grafik memang mendatangkan kemanfaatan kepada sistem pendidikan negara. Walaubagaimanapun. Ketiga. mudah terkoyak dan visual-visualnya mudah tertanggal.sesuai untuk huruf-huruf blok. Persembahan secara visual dan dinamik mampu memudahkan proses penerangan konsep ataupun demontrasi sesuatu kemahiran. 10 . Keempat. Untuk mengatasi kelemahan-kelemahan ini. huruf yang dipotong merujuk hasil huruf dan perkataan yang dipotong dari bahan-bahan akhbar. dan sebagainya dalam segala bentuk konsep abstrak. Keseluruhannya. huruf stensil boleh digunakan untuk tulisan yang kurang dari satu inci. prinsip dan proses sesuatu aliran dapat dipermudahkan dan difahami pelajar. Penggunaan grafik secara tradisional mahupun berteknologi mampu mencapai pelbagai objektif pembelajaran asalkan maklumat yang disampaikan akan meningkatkan kefahaman pelajar. (f) Cara menulis huruf atau angka Cara menulis huruf dan angka biasanya akan di bahagikan kepada empat iaitu huruf dan angka boleh dibuat dengan tulisan bebas cepatnya menggunakan berus dan dakwat atau cat warna. (g) Persembahan Grafik yang telah siap sedia dihasilkan boleh digunakan secara terus untuk pengajaran dan pembelajaran. Kelemahan bahan grafik adalah cepat kotor. alas tepi dan laminasi.

0 Lampiran Rajah menunjukkan contoh-contoh bahan grafik yang berkesan.9. 11 .

Pembelajaran dan Perkembangan 12 .ump. Roslinda Mustapha dan Hazalizah Hamzah (2009). Aziz Abd. Oxford Fajar Sdn. Nota Kuliah ETD 1253-Teknologi Pendidikan. www.edu. Ramlah Janta.edu. Rashid.umplib. Bhd.Shukor. Pelajar. Lazim Hamid (2010). Oxford Fajar Sdn. www. Noriati A. Abd. Modul 3C Penggunaan Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Universiti Industri Selangor. Sharifah Fakhriah Syed Ahmad dan Wan Kamaruddin Wan Hasan (2009). 16/07/2010.kedah. Kamarulzaman Kamaruddin. Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Suppiah Nachiappan. Mohd. Grafik Dalam Pembelajaran.sahc. Boon Pong Ying. 25/07/2010. Bhd. (Edisi Ke-4).my.my.Rujukan Aminordin bin Che Lah.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful