You are on page 1of 3

Refleksi Menyiapkan tugasan ini bukanlah sesuatu yang mudah.

Pelbagai rintangan dan cabaran perlu dilalui bagi menyiapkan tugsan ini. Pada permulaan tugasan ini, saya perlu membuat persediaan dari segi borang ujian, kad gambar dan perlu berurusan dengan pihak sekolah. Dalam proses ini, saya banyak berlajar bagaimana hendak membuat surat dan sebagainya. Oleh itu saya mendapat banyak pengalaman yang berguna untuk digunakan pada masa yang akan datang. Bukan mudah untuk saya bersama rakan-rakan pergi ke sekolah. Terdapat pelbagai prosedur yang perlu saya lalui sebelum mendapat kebenaran ke sekolah. Selain itu, pengalaman terdedah kepada lapangan kerja yang memberikan pengalaman dan pendedahan awal dalam dunia pendidikan khas di sekolah. Perkara ini amat penting kepada saya sebagai guru pelatih pendidikan khas. Walaubagaimanapun, dalam menjalankan tugasan ini saya tidak terlepas daripada melakukan kesalahan. Oleh yang demikian saya dapat merasakan dan mengenalpasti beberapa kekuatan dan kelemahan yang terdapat pasa diri saya semsa menjalankan tugsan ini. antara kekuatan saya dalam tugasan ini adalah dengan saya merujuk kepada banyak sumber untuk mencari maklumat dan input yang berguna bagi menyiapkan tugasan ini. Dengan merujuk kepada banyak sumber saya dapat mengambil maklumat dan contoh yang bersesuaian bagi menyokong penulisan saya. Malahan dengan merujuk pelbagai sumber juga saya dapat memperoleh ilmu yang berguna. Oleh kerana saya mendapat pelbagai bahan rujukan maka saya perlu memilih bahan yang bersesuaian. Hal ini berlaku kerana setiap pendapat dan teori yang dikeluarkan mungkin tidak sama. Ianya bergantung kepada pegangan teori masing-masing. Selain itu, kekuatan saya dalam menyiapkan tugasan ini adalah dari aspek kerjasama yang baik dan komitment yang diberikan oleh rakan sepasukan saya. Dia banyak membantu saya dan kami sering berkolaborasi dalam menjalankan tugasan ini. Dengan adanya rakan pasukan yang memberikan komitmen yang baik, maka perjalanan dan pengurusan akan menjadi seperti yang dirancang walaupun menghadapi beberapa masalah. Berikutnya kekuatan yang dapat dikenalpasti adalah melalui pemilihan kanakkanak yang betul. Saya telah memilih seorang kanak-kanak yang mempunyai

masalah pertuturan. Oleh yang demikian, saya dapat membuat ujian ke atas beliau berkaitan pertuturan. Ini juga bertepatan dengan subjek ini iaitu pertuturan. Murid yang dipilih tidak memberikan banyak masalh kepada kami. Maka proses mengumpul maklumat daripada responden dapat berjalan dengan baik. Malah masa yang diperlukan juga amat pendek bagi meyiapkan borang pentaksiran pertuturan yang telah disediakan. Apabila kita melkukan sesuatu tugsan, kita tidak akan terlepas daripada membuat beberapa kesalahan yang disebabkan oleh kelemahan saya sendiri. Oleh itu kelemahan yang saya dapat kenalpasti adalah dari aspek pengurusan masa yang lemah. Hal ini berlaku kerana saya banyak terlibat dengan aktiviti luar seperti terlibat dengan hari sukan, sukantara dan aktiviti yang lain. Justeru pengurusan masa saya menjadi tidak teratur. Walaubagaimanapun saya masih lagi berusaha untuk menyiapakan tugasan yang diberikan. Selain itu, kelemahan yang seterusnya ialah saya tidak merujuk atau berkolaborasi kepada pensyarah pembimbing. Hal ini menyebabkan proses pembikinan tugsan ini mengalami beberapa masalah seperti pemilihan jurnal yang sesuai, penyusunan isi di dalam tugasan dan sebagainya. Walaubagaimanapun, saya banyak membuat perbincangan dengan rakan-rakan yang telah mendapat bimbingan daripada pensyarah. Oleh itu, saya mengharapakan apa yang telah saya buat ini tidak lari dari landasan yang betul. Daripada aspek penyediaan bahan untuk proses pentaksiran pula, saya tidak menghasilkan kad bergambar yang canggih dan menarik. Kad yang saya bina tidak menarik kerana tiada corak-corak ataupun bahan penghias yang lain. Saya hanya membina kad bergambar yang ringkas. Walaubagaimanapun saya menekankan aspek kefahaman dan kejelasan gambar bagi mengelakkan murid keliru. Antara cadangan penambahbaikan yang perlu saya lakukan ialah dengan membuat perancangan masa dengan baik. Saya perlu membuat jadual bagi membolehkan masa dapat diuruskan dengan baik. Sebagai seorang guru, masa itu sesuatu yang bernilai. Maka saya perlu berdisiplin dengan masa. Ini akan membentuk jati diri seorang guru yang baik dan cemerlang.

Selain itu, penambahbaikan yang seterusnya ialah saya pelu merujuk dan berkolaborasi dengan pensyarah pembimbing. Ini akan mengelakkan saya tergelincir daripada perkara yang diperlukan dalam proses menyiapkan tugasan ini. dengan adanya kolaborasi dengan pensyarah mutu kerja yang dihasilkan akan menjadi lebih baik dan menepati kehendak soalan. Oleh itu, di masa yang akan datang saya perlu kerap untuk berkolaborasi dengan pensayarah pembimbing, Akhir sekali langkah penambahbaikan adalah dari aspek penyediaan bahan yang baik. Dengan adanya alat bantu yang baik, dapatlah saya membuatkan sesi bersama murid lebih menarik. Apabila seseorang itu tertarik dengan apa yang kita bawa, maka proses penilaian tersebut akan menjadi lebih mudah kerana kita sudah Berjaya mendapatkan perhatian daripada kanak-kanak. Secara kesimpulannya terdapat beberapa kekutan yang perlu diteruskan dan penambahbaikan perlu bagi memperbaiki kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam menyiapkan tugasan ini. justeru, melalui tugasan ini saya mendapat banyak ilmu yang berguna untuk saya bawa ke masa hadapan. Segala pengalaman ini akan saya bawa ke sekolah kelak. justeru, melalui tugasan ini saya mendapat banyak ilmu yang berguna untuk saya bawa ke masa hadapan. Segala pengalaman ini akan saya bawa ke sekolah kelak.

You might also like