.

.

.

2. Menengah = 600 Jenis Bantuan Bantuan Persekolahan Bantuan Am 2. kerajaan telah bersetuju untuk memberi bantuan kepada murid yang layak meliputi bantuan yuran persekolahan/peperiksaan.3 Bermula tahun 2008. Rendah = 500 Sek. Garis Panduan KWAPM 1 . LATAR BELAKANG 2. peralatan sekolah.1 Tujuan garis panduan ini adalah untuk memberi panduan mengenai tatacara pelaksanaan bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM). 2.GARIS PANDUAN BANTUAN KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN (KWAPM) 1. Rendah = 300 Sek. TUJUAN 1. Bantuan Persekolahan telah dipinda nama kepada Bantuan Am Persekolahan (BAP) manakala Bantuan Am dipinda nama kepada Bantuan Bulanan (BB). Bantuan Persekolahan dan bantuan latihan dan bimbingan.2 Kajian semula kenaikan kadar telah dilaksanakan pada tahun 2007 seperti Jadual berikut: TAHUN 2006 (RM) 200 Sek.1 Pada awal pelaksanaan KWAPM tahun 2003. Menengah = 400 2007 (RM) 200 Sek. pakaian seragam sekolah.

177/174/1Klt. murid yang layak menerima bantuan KWAPM adalah berdasarkan kepada KIR yang berdaftar dengan eKASIH dan disahkan sebagai kategori Miskin atau Miskin Tegar sahaja. 3.2 Tahun 2008 pada 24 Disember 2008 telah memutuskan bahawa mulai tahun 2009.7/2008 bertarikh 8 Ogos 2008 yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN) telah memutuskan supaya semua agensi menggunakan Sistem Bank Data Kemiskinan Nasional (eKASIH) yang dibangunkan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU). Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi tujuan menyalur dan mengagih bantuan serta penerima projek sama ada oleh Ketua Isi Rumah (KIR) mahu pun Ahli Isi Rumah (AIR).3 ICU.1 Mesyuarat Focus Group Mengenai Pembasmian Kemiskinan Bil.1/2010 bertarikh 7 Januari 2010 yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN) telah memutuskan bahawa semua Kementerian/Jabatan/Agensi adalah diwajibkan menggunakan data eKASIH sebagai rujukan utama untuk memberi program/ projek dan bantuan pembasmian kemiskinan. Garis Panduan KWAPM 2 .2 Selaras dengan keputusan tersebut.1 Ketua Isi Rumah (KIR) bermaksud daripada kalangan ahli isi rumah biasa sesuatu tempat kediaman yang diberi tanggungjawab atau bertanggungjawab terhadap kebajikan ahli-ahli isi rumah tempat kediaman tersebut.3. Mesyuarat Jawatankuasa KWAPM bil. PUNCA KUASA PENGGUNAAN DATA eKASIH 3. JPM melalui surat siaran bertarikh 4 Februari 2010 rujukan UPP:BPK.2(46) memaklumkan bahawa Mesyuarat Focus Group Mengenai Pembasmian Kemiskinan Bil. TAFSIRAN 4. 4. 3.

3.3.4 PERKAPITA bermaksud jumlah pendapatan Isi Rumah dibahagikan dengan bilangan Isi Rumah.1 Warganegara Malaysia (penentuan kewarganegaraan seperti di Lampiran A). dan 4. faedah dan dividen.3.4 Kiraan purata pendapatan bulanan hasil jualan pertanian atau pendapatan daripada perniagaan. Sekiranya tiada bukti taraf kewarganegaraan Malaysia. Garis Panduan KWAPM 3 . pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Pusat 4.3 Sumbangan daripada anak-anak yang telah bekerja. ASAS KELAYAKAN BANTUAN KWAPM A.4. 5. 4. dokumen permohonan pengesahan kewarganegaraan daripada Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) boleh diguna pakai. pencen. Murid 5.3 Pendapatan Isi Rumah (IR) bermaksud semua bentuk pendapatan ibu bapa/penjaga dan ahli Isi Rumah daripada sumbersumber berikut: 4.1 Gaji dan segala pendapatan lain seperti hasil sewaan. nafkah. 4. Bagi murid Orang taraf Asli/Penan.3.2 Ahli Isi Rumah (AIR) bermaksud mereka yang dianggap sebagai penghuni biasa di tempat kediaman. royalti.2 Sumbangan tetap daripada agensi kerajaan atau swasta seperti Pungutan Zakat. pengesahan taraf kewarganegaraan mesti diperolehi daripada Jabatan Pendaftaran Negara. 4.

00 sebulan. 5.5.4 Pendapatan Isi Rumah murid mengikut Paras Garis Kemiskinan (PGK) Nasional semasa. Sehingga kini.5 Murid yang telah menerima bantuan Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP)/ Biasiswa Sukan (BS)/Program Pelajar Projek Khas Sekolah Berasrama Penuh (PKSBP)/biasiswa kerajaan negeri/yayasan/ swasta atau apa-apa bantuan persediaan ke sekolah berbentuk kewangan KWAPM.6 Bagi murid Berkeperluan Khas (OKU). mereka tidak layak dipertimbangkan bantuan KWAPM kerana telah dibayar Elaun OKU oleh KPM sebanyak RM150. KIR berdaftar dengan Sistem eKASIH dan disahkan sebagai kategori Miskin atau Miskin Tegar sahaja.3 Bersekolah di Sekolah Kerajaan dan Bantuan Kerajaan. Garis Panduan KWAPM 4 . tidak layak dipertimbangkan menerima bantuan 5. 5. PGK Nasional yang diguna pakai adalah berdasarkan PGK Nasional Tahun 2007 seperti berikut: Kategori (Lokasi/Murid) Semenanjung Malaysia Sarawak Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan Pendapatan Bulanan Isi Rumah/Perkapita * Miskin RM720 bulanan/RM180 perkapita RM830 bulanan/RM190 perkapita RM960 bulanan/RM200 perkapita Miskin Tegar RM430 bulanan/RM100 perkapita RM520 bulanan/RM115 perkapita RM540 bulanan/RM110 perkapita Nota: * Sebarang perubahan adalah tertakluk kepada pindaan semasa.2 5.

251.251.00 6 = RM1.251 / 12 = RM104.00 12 = RM1.00 12 = RM1.251 / 10 = RM125.20 Sarawak RM190.7 Murid yang bertukar tidak ke layak Maktab Rendah Sains MARA KWAPM (MRSM) adalah menerima bantuan kerana MRSM tidak berada di bawah pentadbiran KPM.251.00 RM1.00 RM1.00 10 = RM1. pihak sekolah perlu menasihatkan KIR untuk mendaftar dengan sistem tersebut.50 Garis Panduan KWAPM 5 .251 / 12 = RM104.251.50 Sabah & WP Labuan RM200.00 RM1.00 5 = RM1.10 Sarawak RM190. B.00 RM1.00 RM1.9 Perkiraan perkapita adalah seperti berikut: MURID LAYAK Kriteria Kelayakan Perkapita Pendapatan Bulanan Isi Rumah Bilangan Isi Rumah Pengiraan Perkapita Semenanjung RM180.00 RM1.251. 5.00 6 = RM1.251 / 6 = RM208.8 Bagi murid yang KIRnya belum berdaftar dengan eKASIH.25 MURID TIDAK LAYAK Kriteria Kelayakan Perkapita Pendapatan Bulanan Isi Rumah Bilangan Tanggungan Pengiraan Perkapita Semenanjung RM180.251 / 6 = RM208.251 / 5 = RM250.251.5. Perkiraan Perkapita 5.25 Sabah & WP Labuan RM200.

00 setahun dan *BB = RM500.00 sebulan x 10 bulan) Sekolah Menengah: RM 300.1 Jenis dan kadar bantuan adalah seperti berikut: Bil.00 setahun dan *BB = RM600.00 setahun dan *BB = RM250.00 setahun (RM50.00 setahun (RM60.6.00 sebulan x 10 bulan) BAP dan BB 2. atau c) Tunai Garis Panduan KWAPM 6 .00 setahun dan *BB = RM300. Miskin Tegar BAP dan BB * Nota: Jumlah amaun bagi BB adalah tertakluk kepada kedudukan kewangan Tabung KWAPM. 6. Jenis Bantuan Bantuan Am Persekolahan (Pakaian seragam sekolah.00 sebulan x 10 bulan) Sekolah Rendah: BAP = RM 200.00 sebulan x 10 bulan) Sekolah Menengah: BAP = RM 300.00 setahun (RM30. JENIS DAN KADAR BANTUAN 6.2 Bantuan Kewangan yang diterima boleh diagihkan oleh Pengetua/Guru Besar kepada murid melalui cara berikut: Bil 1. peralatan sekolah dan lain-lain keperluan persekolahan murid) Cara Agihan a) Masuk ke akaun murid. 1. Kelayakan Murid Miskin Jenis Bantuan Kadar Bantuan Sekolah Rendah: RM 200. atau b) Barangan.00 setahun (RM25.

Pembayaran bantuan KWAPM hanya boleh dilaksanakan selepas pemohon dibanci oleh pihak Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU). 7. kemalangan dan kesihatan.2. Jika murid masih tidak hadir ke sekolah selama tujuh (7) hari berturut-turut tanpa alasan yang munasabah selepas itu. Garis Panduan KWAPM 7 . Perkara ini hendaklah dimaklumkan dengan segera kepada Bahagian Kewangan KPM dan ibu bapa/penjaga murid berkenaan.1 Semua murid yang KIR berdaftar dengan Sistem eKASIH dan disahkan sebagai Kategori Miskin dan Miskin Tegar akan diberikan bantuan KWAPM secara automatik tanpa perlu mengemukakan permohonan.ekasih. 7. TATACARA PERMOHONAN 7. atau b) Tunai * Nota: Boleh dibayar secara bulanan atau sekaligus 6.gov. Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan disahkan berada dalam kategori Miskin (M) atau Miskin Tegar (MT). mereka boleh membuat permohonan melalui laman web http://www. Ini termasuklah murid Orang Asli/Penan dengan mengambil kira Dasar Pendidikan Wajib 2003 untuk semua murid Malaysia. murid tersebut hendaklah diberikan surat amaran terlebih dahulu. * Bantuan Bulanan (Wang saku dan lain-lain perbelanjaan harian murid) a) Masuk ke akaun murid. Kementerian berhak untuk memberhentikan bantuan yang telah diberikan kepada murid berkenaan walau pun telah berdaftar dengan eKASIH.2 Bagi KIR yang belum berdaftar dengan sistem eKASIH.my.3 Sekiranya murid yang menerima Bantuan Bulanan tidak hadir ke sekolah dalam tempoh tiga (3) hari berturut-turut tanpa alasan yang munasabah seperti bencana alam.

Jawatankuasa ini hendaklah dipengerusikan oleh Pengetua/Guru Besar dengan keahlian seperti berikut: i. dan iii. dua (2) orang wakil PIBG (selain guru/kakitangan sekolah). 8. pihak sekolah perlu mengemukakan permohonan menggunakan Borang Rumusan Permohonan (BRP) seperti di Lampiran B dan dikemukakan ke KPM pada 1 Oktober tahun sebelum (bagi murid Tahun 2 hingga 6) dan pada 1 Februari tahun semasa (bagi murid Tahun 1 dan Tingkatan 1). ii.7.4 Bagi murid Penan (yang bersekolah di sekolah Penan). Penolong Kanan HEM/guru yang menguruskan KWAPM. 8.3 Bagi murid Orang Asli. Garis Panduan KWAPM 8 .1 menentukan bayaran BAP sama ada dalam bentuk wang tunai. pemberian barangan atau dikredit ke akaun murid.2 Ketua Kampung (sekiranya berkaitan).1 Pihak sekolah hendaklah menubuhkan satu (1) Jawatankuasa Pengurusan Bantuan Peringkat Sekolah yang bermesyuarat sekurang-kurangnya satu (1) kali setahun. data penerima KWAPM akan diambil daripada sistem eDAMAK yang dibangunkan oleh Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) yang diintegrasikan ke dalam sistem eKASIH.2. Fungsi dan tanggungjawab Jawatankuasa Pengurusan Bantuan Peringkat Sekolah adalah seperti berikut: 8. JAWATANKUASA PENGURUSAN BANTUAN PERINGKAT SEKOLAH 8. 7.

2 memastikan urusan terimaan dan bayaran dibuat mengikut Tatacara Pengurusan Kewangan dan Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah/Akaun Khas.2. 8.4 melaporkan kepada KPM sekiranya terdapat keraguan pada status Miskin atau Miskin Tegar murid yang tersenarai dalam eKASIH.8. 9. TATACARA PERAKAUNAN DAN PEMBAYARAN 9. KPM. dan 8. Sekolah/PPD hendaklah menyemak dengan bank sama ada peruntukan telah dimasukkan berdasarkan surat makluman daripada Bahagian Kewangan. KPM akan menghantar surat kepada JPN untuk memaklumkan peruntukan akan disalurkan ke akaun bank sekolah/PPD. pihak berkenaan boleh diambil tindakan undang-undang di bawah Akta 694 (Akta Pencegahan Rasuah). Garis Panduan KWAPM 9 .2 Bahagian Kewangan.3 Jawatankuasa Pengurusan mematuhi Bantuan kriteria peringkat dan sekolah yang bertanggungjawab peraturan ditetapkan oleh KPM dari semasa ke semasa.2. 8. 8. urusan terimaan dan bayaran oleh mana-mana pihak yang terlibat.2.1 Semua peruntukan disalurkan terus ke Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) bagi sekolah yang mempunyai akaun bank atau ke Akaun Khas di PPD yang berkenaan bagi sekolah yang tidak mempunyai akaun bank.3 memastikan dan mengesahkan murid yang layak menerima bantuan berdasarkan senarai penerima.4 Sekiranya pihak KPM mendapati terdapat sebarang unsur penipuan atau ketidakjujuran dalam proses pendaftaran ke dalam sistem eKASIH. 9.

Resit Kew.01) hendaklah dikeluarkan oleh sekolah apabila peruntukan telah sah dimasukkan ke Akaun KWK oleh bank.7 Bagi mengelak berlakunya kejadian yang tidak diingini. 9. Walau bagaimanapun sekiranya pengagihan dilaksanakan secara tunai. KPM serta direkodkan di bawah Bayaran-Bayaran Lain .6 Bantuan KWAPM ini perlu diserahkan kepada murid yang layak dalam masa empat belas (14) hari bekerja selepas peruntukan diterima oleh pihak sekolah. Resit Rasmi Pejabat (RP.5 Sekolah/PPD hendaklah memastikan tiada caj bank dikenakan ke atas transaksi melalui akaun bank kerajaan sepertimana keputusan Mesyuarat Penyelarasan Operasi Bank-Bank Bil.1/2006 bertarikh 25 Januari 2006 di para 3.“Tiada caj dikenakan bagi semua transaksi dengan Kerajaan”. 9. 9.4 Bagi sekolah yang tidak mempunyai akaun bank. Resit hendaklah dikeluarkan atas nama “Setiausaha Bahagian Kewangan” dan dikemukakan kepada Bahagian Kewangan.3 Bagi sekolah yang mempunyai akaun bank.5 Minit Mesyuarat tersebut . sekolah adalah dinasihatkan memasukkan bantuan terus ke akaun bank murid. KPM serta direkodkan di bawah Lajur Pelbagai atas nama Peruntukan KWAPM. 9. tatacara pengeluaran wang tunai dari bank oleh pihak sekolah mestilah mudah. selamat dan mengikut peraturan kewangan semasa.Peruntukan KWAPM. Pihak sekolah boleh memilih kaedah pengeluaran wang tunai seperti berikut : Garis Panduan KWAPM 10 .9.38 hendaklah dikeluarkan oleh PPD apabila peruntukan telah sah dimasukkan ke Akaun Khas oleh bank. Resit hendaklah dikeluarkan atas nama “Setiausaha Bahagian Kewangan” dan dikemukakan kepada Bahagian Kewangan.

9.000.8.2 9.8.00.1.7.4 Kokurikulum.1 Bayaran Tambahan Persekolahan adalah meliputi.5 9. Kertas Ujian Dalaman.1.000.1.00 oleh Pengetua/Guru Besar hendaklah diiringi dua (2) orang guru.2 Yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). 5/2009 – Bayaranbayaran Tambahan Persekolahan : - 9.3 9. atau 9. 9.3 Pengeluaran wang melebihi RM10.1.8. Pengetua/Guru Besar adalah dinasihati supaya mengambil langkah-langkah keselamatan tambahan seperti mendapatkan perkhidmatan eskot polis berdasarkan Arahan Perbendaharaan (AP 137) iaitu mengenai Tanggungjawab Bagi Wang Tunai Dalam Perjalanan. 9.000.6 Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM).8.9.7.7.8.1 9. dan Insurans Takaful.001. atau 9.00 boleh dibuat oleh Pengetua/Guru Besar tanpa guru pengiring.1. 9.8 Potongan yang dibenarkan daripada bantuan KWAPM adalah berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. Sukan Tahunan Sekolah.8.1. Kegiatan Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral.8.8. Garis Panduan KWAPM 11 .00 hingga RM10.2 Pengeluaran wang dari RM2.1 Pengeluaran wang tidak melebihi RM2.

PPD asal pindah peruntukan ke akaun sekolah baru. prosedur berikut perlu dipatuhi: Sekolah Asal Bil Ada KWK √ Tiada KWK - Sekolah Baru Ada KWK √ Tiada KWK Tindakan 1. MURID PINDAH SEKOLAH 10. - √ √ - .Sekolah asal maklumkan kepada PPD asal. . - √ - √ Nota: . √ - - √ .Sekolah asal pindah peruntukan ke akaun Khas PPD yang baru. 2.PPD baru akan uruskan pembayaran kepada sekolah baru murid.Sekolah asal maklumkan kepada PPD asal.1 Bagi murid yang bertukar sekolah.PPD baru uruskan pembayaran kepada sekolah baru murid. Sekiranya murid tidak dapat dikesan.Sekolah asal pindah peruntukan ke akaun sekolah baru. . 4.Surat makluman hendaklah dikemukakan ke Bahagian Kewangan KPM bagi setiap tindakan yang dilaksanakan. . Garis Panduan KWAPM 12 . PPD hendaklah mengembalikan peruntukan tersebut ke Bahagian Kewangan KPM melalui cek atas nama Ketua Akauntan Kementerian Pelajaran Malaysia sebelum 31 Oktober tahun semasa. . 3. . .10.PPD asal pindahkan peruntukan ke akaun PPD baru.

KES-KES KECEMASAN 12. 11. KPM dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja daripada tarikh kejadian mengikut format Borang Kecemasan KWAPM (Rujuk Lampiran C).1 Bagi lebihan peruntukan yang bernilai kurang RM10.00 kuasa menandatangani cek perlu diberikan kepada 2 orang pegawai. laporan perubatan dan sebagainya ke Bahagian Kewangan.2 Cek tersebut perlu ditandatangani seperti berikut: 11. manakala 11. Kementerian Pelajaran Malaysia” sebelum 31 Oktober tahun semasa.00 kuasa menandatangani cek perlu diberikan kepada 3 orang pegawai. permohonan boleh dibuat oleh pihak sekolah melalui JPN/PPD yang berkenaan bagi kes-kes yang berlaku dalam tahun semasa sahaja. KPM melalui cek atas nama “Ketua Akauntan. 12.11.000. Pengetua/Guru Besar (bagi sekolah yang mempunyai akaun bank) atau PPD (bagi sekolah yang tidak mempunyai akaun bank) hendaklah mengembalikan lebihan tersebut kepada Bahagian Kewangan.1 Bagi kes-kes kecemasan.3 Tempoh sah laku cek adalah selama 3 bulan dari tarikh ia dikeluarkan (Arahan Perbendaharaan 117).1 Sekiranya berlaku lebihan peruntukan.000. Pihak JPN/PPD perlu membuat siasatan segera dan mengemukakan permohonan beserta dokumen sokongan seperti laporan polis. LEBIHAN PERUNTUKAN 11. Garis Panduan KWAPM 13 . 11.2 Bagi lebihan peruntukan yang bernilai lebih RM10.2.2.

500 * Mengikut kadar Paras Garis Kemiskinan (PGK) Nasional Bantuan Am Persekolahan √ Bantuan Bulanan ** √ 2.2 Bantuan kes-kes kecemasan terbahagi kepada 2 jenis: i) Ketua Isi Rumah (KIR) hilang punca pendapatan (Contoh: KIR meninggal/sakit tenat menyara keluarga/hilang upaya.4 Murid boleh membuat permohonan bantuan di bawah kes kecemasan melalui sekolah dan disahkan oleh JPN/PPD sebelum dikemukakan ke Bahagian Kewangan. 12.12. had kelayakan pendapatan dan jenis bantuan yang disalurkan di bawah kes-kes kecemasan adalah tertakluk seperti jadual berikut:- Bil. 1.3 Bagi kes-kes di atas. Jenis Bencana Hilang Punca Pendapatan Tidak Hilang Punca Pendapatan Had Kelayakan Pendapatan < RM1. KPM bersama dokumen sokongan seperti berikut: Garis Panduan KWAPM 14 . ii) KIR tidak hilang punca pendapatan (Contoh: kebakaran rumah dan tanah runtuh yang tidak menyebabkan hilang punca pendapatan). √ X Nota: * RM1.500 adalah kelayakan pendapatan untuk mendaftar dalam sistem eKASIH ** Nilai Bantuan Bulanan adalah tertakluk kepada kedudukan kewangan semasa Tabung KWAPM 12. tanaman musnah akibat banjir dan bencana alam). ibu yang tidak berupaya yang ditinggalkan.

1 Sekolah yang diberi kuasa untuk mengendalikan bantuan KWAPM hendaklah mematuhi Peraturan Kewangan dalam Arahan Perbendaharaan (AP) dan Tatacara Pengurusan Kewangan dan Perakaunan Sekolah. Garis Panduan KWAPM 15 . e) Sijil Kematian (jika berkaitan).a) Borang seperti di Lampiran C yang disahkan oleh JPN/ PPD. d) Laporan perubatan (jika berkaitan). dan f) Gambar Kejadian dan laporan akhbar (jika berkaitan). 14. c) Laporan Polis. 14. 13. KPM untuk pertimbangan dan kelulusan khas. PENUTUP 14. b) Laporan siasatan yang disahkan oleh JPN/PPD.2 Semua dokumen bagi memperakaunkan urusan terimaan dan bayaran bantuan KWAPM hendaklah sentiasa dikemaskini dan disimpan dengan teratur bagi tujuan pemantauan dan pengauditan. KELULUSAN KHAS 13.1 Sebarang isu berkaitan tatacara pemberian bantuan KWAPM ini hendaklah dirujuk kepada Bahagian Kewangan.

Parcel E. Blok E12. Aras 6-7. Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Bahagian Kewangan. 62604 PUTRAJAYA.14. (u. Kementerian Pelajaran Malaysia. JPN/PPD/Sekolah boleh menghubungi Bahagian Kewangan. KPM melalui talian 03-88847700 atau secara bertulis ke alamat berikut:- Setiausaha Bahagian.3 Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berhubung pelaksanaan bantuan KWAPM.p: Cawangan Bantuan) Garis Panduan KWAPM 16 .