You are on page 1of 21

UNIT PELAJARAN 3 BAKTERIA, ARKEA DAN VIRUS

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir unit ini, anda diharap dapat: 1. 2. 3. 4. Menerangkan apakah itu sel prokariot. Membanding bezakan dua jenis dinding sel dalam bakteria. Menerangkan kepentingan organel-organel dalam bakteria dan arkea. Menghubung kaitkan kepelbagaian arkea dalam adaptasinya terhadap persekitaran lampau. 5. Menerangkan struktur virus. 6. Menerangkan mekanisme jangkitan virus.

PENGENALAN
Kebanyakan bakteria dan arkea adalah bersaiz lebih kecil berbanding organisma eukariot. Walaupun mereka ini merupakan struktur sel ringkas, kedua-duanya harus melakukan semua perkara yang dilakukan sel eukariot seperti mendapatkan tenaga daripada persekitaran dan menukarkan tenaga tersebut kepada bentuk yang boleh digunakan terutamanya dalam pergerakan dan biosintesis. Untuk mencapai tujuan ini, bakteria dan arkea akan berinteraksi dengan persekitaran lalu bertindak balas terhadap rangsangan di sekeliling mereka. Tambahan pula, bakteria dan arkea mempunyai keupayaan metabolik yang mungkin berbeza daripada sel eukariot. Ciri-ciri biokimia yang unik ini adalah kritikal untuk kitaran nutrien di mana bakteria dan arkea memainkan sebahagian peranannya dalam mengekalkan keseimbangan ekosistem di bumi ini.

Prokariot Sel daripada organism hidupan secara umumnya dibahagikan kepada sel eukariot dan sel prokariot. Anda telah pun mempelajari secara mendalam mengenai sel eukariot seperti sel haiwan dan sel tumbuhan dalam kursus Penghantar Biologi (TBR3013). Bakteria dan arkea pula merupakan kumpulan sel yang tergolong dalam prokariot (Rajah 3.1). Persoalannya, mengapakah terdapat pembahagian terhadap kumpulan-kumpulan sel ini? Dalam bab ini, anda akan mula menyingkap kepada kewujudan struktur-struktur pada bacteria dan arkea sehinggakan kedua-dua jenis sel ini tergolong dalam kumpulan yang berbeza daripada eukariot dan dinamakan prokariot.

Nukleolus

Rajah 3.1: Morfologi sel bakteria Walaupun istilah prokariot mula diperkenalkan pada awal abad ke-20, konsep ini tidak diguna pakai sepenuhnya sehingga pada tahun 1962, apabila R. Stanier dan vanNiel CB menyifatkan prokariot dari segi kekurangan mereka berbanding sel-sel eukariot. Sebagai contoh, Stanier dan vanNiel telah menegaskan bahawa sel prokariot tidak mempunyai membran yang mengelilingi bahan genetiknya, tiada sitorangka, organel yang tidak diselaputi membran dan ketiadaan struktur membran dalaman seperti retikulum endoplasma dan Jasad Golgi.

Berdasarkan kepada pembacaan dan pemahaman anda mengenai sel prokariot dan sel eukariot, cuba bezakan ciri-ciri antara kedua-dua sel ini.

Ciri Saiz Nukleus Organel Organisasi

Sel prokariot

Sel eukariot

Morfologi Bakteria dan Arkea Untuk mengkaji sel prokariot ini dengan lebih lanjut, kita harus meneliti terlebih dahulu bentuk dan susun atur bakteria dan arkea dalam persekitaran (Jadual 3.1). Kita mungkin akan menjangka bahawa organisma yang kecil dan ringkas seperti bakteria dan arkea ini juga mempunyai bentuk dan saiz yang seragam. Jangkaan ini adalah salah sama sekali! Ini kerana kedua-dua sel ini menawarkan kepelbagaian morfologi sungguhpun sel itu sendiri adalah ringkas. Akan tetapi, bentuk yang paling lazim dijumpai dalam kedua-dua domain ini adalah kokus (sfera) dan rod (basilus).

Jadual 3.1: Bentuk dan susun atur lazim sel bacteria. Morfologi Susun Atur Contoh

Streptococcus agalactiae

Kokus dalam rantaian Kokus (sfera)

Staphylococcus aureus

Kokus dalam gugusan

Rod (basilus)

Bacillus megaterium

Rod dalam rantaian

Vibrio

Vibrio cholerae

Bentuk koma

R. rubrum

Spirilum

Bentuk spiral

Leptospira interrogans

Bentuk spirokit

Filamen

Streptomyces sp.

Membentuk filament yang dinamakan hifa

Pleomorfik (bentuk tidak tetap)

Haloquadratum walsbyi

Bentuk segi empat

Thermoproteus tenax

Bentuk dahan

Apabila sel bakteria daripada genus dan spesies yang sama hidup bersama, mereka sering membentuk susunan sesama sendiri (sama ada secara gugusan atau pun rantaian). Apakah kepentingannya hasil daripada susunan ini?

Organisasi Sel Sel-sel bakteria dan archaeal dikelilingi oleh beberapa lapisan, yang secara kolektifnya dikenali sebagai sampul. Lapisan di bahagian paling dalam sampul sel adalah membran plasma, yang mengelilingi sitoplasma dan serta kandungannya. Kebanyakan bakteria dan arkea mempunyai dinding sel yang kompleks, iaitu lapisan yang menyelaputi membran plasma. Bakteria juga lazimnya dikelilingi kapsul atau lapisan lendir luar dinding sel. Walau bagaimanapun, kehadiran kapsul ini tidak meluas di kalangan arkea. Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini memandangkan kebanyakan bakteria dan arkea tidak memiliki membran dalaman dan membran organel, maka morfologi dalamannya kelihatan seperti sangat ringkas berbanding sel eukariot. Bahan-bahan genetiknya yang dikenali sebagai nukleiod pula dikumpulkan pada satu kawasan setempat dan tidak dikelilingi membran. Manakala, ribosom dan lompang bertaburan di sekitar sitoplasmanya. Untuk pergerakan, bakteria dan arkea biasanya menggunakan flagela. Jadual 3.2 menunjukkan struktur-struktur yang biasa dijumpai dalam bakteria dan arkea beserta fungsinya. Jadual 3.2: Struktur dan fungsi organel dalam bakteria dan arkea. Organel Membran plasma Struktur dan Fungsi Membran separa telap; Terdiri daripada dua lapisan fosfolipid; Mengawal atur kemasukan nutrien dan pembuangan sisa sel; Mempunyai enzim untuk proses respirasi dan sintesis dinding sel bakteria.

Lompang gas Lompang sel Ribosom Nukleolus Plasmid Dinding sel Kapsul dan lapisan lendir Flagela dan pili Endospora

Terdiri daripada vesikel gas; Tujuan sebagai pengapungan sel dalam persekitaran akuatik. Granul penyimpanan makanan. Tapak sintesis protein. Kawasan pengumpulan bahan genetik iaitu DNA. Molekul DNA (heliks ganda dua) bersaiz kecil yang wujud secara berasingan daripada kromosom DNA. Dalam bakteria, terbahagi kepada dua jenis iaitu gram negatif dan gran positif; memberikan bentuk kepada sel dan mengawal perubahan tekanan osmosis. Lapisan paling luar sel; Bertindak melindungi sel daripada fagositosis dan tapak penjerapan sel kepada permukaan; jarang dijumpai dalam arkea. Pergerakan sel Struktur jasad rehat sel; Bertindak sebagai struktur dorman semasa kekurangan nutrien dan kekeringan; Endospora akan bercambah membentuk sel hidup yang aktif apabila keadaan sekeliling sesuai untuk pertumbuhan; Biasa dijumpai dalam bakteria sahaja.

Memandangkan terdapat pertindihan struktur dan fungsi organel dalam sel prokariot dan sel eukariot, maka cuma organel-organel yang berbeza dari segi struktur dan fungsinya dalam prokariot dan tidak dijumpai dalam eukariot yang akan dibincangkan dengan lebih lanjut. Contohnya adalah seperti dinding sel bakteria dan arkea, kapsul dan endospora. Dinding Sel Bakteria Bakteria boleh dibahagikan kepada dua kumpulan utama berdasarkan tindak balas pewarnaan Gram. Bakteria dalam kumpulan gram-positif berwarna ungu, manakala bakteria gram-negatif adalah berwarna merah atau merah jambu. Dinding sel gram-positif terdiri daripada satu lapisan tebal homogen peptidoglikan (murein), berukuran 20-80 nm tebal, yang menyelaputi membran plasma (Rajah 3.2). Sebaliknya, dinding sel negatif gram adalah agak kompleks. Ia mempunyai lapisan peptidoglikan tebal (2-7 nm) serta membran luar (berukuran 7-8 nm tebal) yang mengelilinginya (Rajah 3.2). Dinding sel gram-positif adalah lebih tahan kepada tekanan osmosis kerana lapisan peptidoglikan yang lebih tebal berbanding bakteria gram-negatif. Satu ciri penting yang terdapat pada dinding sel bakteria gram-negatif adalah satu ruang yang sering kelihatan antara membran plasma dan membran luar. Ruang ini dikenali sebagai ruang periplasma. Ia mengandungi enzim hidrolitik dan protein pengikat yang bertujuan dalam pemprosesan dan penyerapan nutrien.

Gram-positif

Gram-negatif

Rajah 3.2: Perbezaan antara dinding sel Gram-positif dan Gram-negatif. Dinding sel arkea Sebelum arkea digolongkan sebagai satu domain kehidupan yang unik, ia dicirikan sebagai sama ada bersifat gram-positif atau gram-negatif. Walau bagaimanapun, keputusan daripada teknik pewarnaan Gram tidak menunjukkan kesimpulan yang nyata bahawa dinding sel arkea menyamai mana-mana struktur dinding sel sama ada gram-positif mahupun gram-negatif. Ini juga membuktikan bahawa struktur dinding sel arkea berbeza daripada bakteria dari segi kimianya di mana dinding sel arkea kekurangan peptidoglikan dan mempamerkan kepelbagaian dalam struktur kimia. Contoh struktur kimia yang selalu dijumpai pada dinding sel arkea adalah seperti lapisan S, sarung protein, methanokondroitin, pseudomurein dan polisakarida (Rajah 3.3).

Rajah 3.3: Kepelbagaian struktur kimia pada dinding sel arkea. Kapsul Kebanyakan bakteria mempunyai satu lagi lapisan tambahan di luar dinding sel iaitu kapsul (Rajah 3.4). Kapsul adalah lapisan teratur yang menjerap kuat pada dinding selnya. Ia biasanya terdiri daripada polisakarida, tetapi ada juga yang dibina daripada bahan-bahan lain. Struktur ini boleh dilihat dengan jelas dalam mikroskop cahaya apabila teknik pewarnaan negatif ataupun prosedur pewarnaan kapsul yang khas digunakan pada bakteria. Walaupun kapsul tidak diperlukan untuk pertumbuhan dan pembiakan, ia membantu bakteria patogenik dalam menentang phagositosis oleh sel perumah. Kandungan air yang tinggi dalam kapsul membantu melindungi sel bakteria daripada kekeringan. Struktur ini juga melindungi sel daripada serangan bakteriofaj dan bahan-bahan kimia hidrofobik yang lain seperti detergen.

Rajah 3.4: Kehadiran kapsul pada Klebsiella pneumonia yang dilihat di bawah mikroskop cahaya selepas teknik perwarnaan kapsul. Endospora Beberapa genus bakteria gram-positif, termasuk Bacillus dan Clostridium serta Sporosarcina boleh membentuk struktur dorman yang dipanggil endospora (Rajah 3.5). Pembentukan endospora biasanya bermula apabila pertumbuhan terhenti disebabkan oleh kekurangan nutrien. Oleh itu, ia adalah satu mekanisme kemandirian yang membolehkan bakteria menghasilkan sel dorman yang boleh bertahan sehingga nutrien boleh didapati kembali dan pertumbuhan vegetatif dapat diteruskan.

Rajah 3.5: Endospora dalam sel bacteria. Endospora mempunyai ketahanan luar biasa terhadap sebarang perubahan alam sekitar seperti haba, sinaran ultraungu, sinaran gamma dan kekeringan. Malah, sesetengah endospora

mampu selama 100,000 tahun! Endospora juga boleh hidup dalam air yang mendidih selama lebih daripada satu jam. Kehadiran pelbagai lapisan dalam endospora dianggap telah menyumbang kepada kerintangannya terhadap haba dan agen-agen pembunuh yang lain (Rajah 3.6). Lapisan eksosporium dan spora kot mampu melindungi spora tersebut daripada bahan kimia. Spora kot ini juga adalah tidak telap terhadap molekul-molekul toksik. Sifat ini juga dikongsi oleh membran dalam, iaitu lapisan yang memisahkan antara korteks dan teras spora.

Rajah 3.6: Keratan rentas endospora daripada Bacillus subtilis yang menunjukkan kehadiran banyak lapisan pada strukturnya.

Endospora dikenali sebagai organel yang mempunyai kerintangan luar biasa terhadap perubahan di sekelilingnya. Apakah perubahan sekeliling yang dimaksudkan? Apakah pula ciri-ciri yang dimilikinya untuk mempunyai kerintangan sedemikian?

Adaptasi arkea terhadap persekitaran melampau Arkea mendiami pelbagai habitat dan selama ini ianya telah dianggap sebagai mikrob yang hidup di persekitaran lampau atau dikenali juga sebagai extremophiles (Rajah 3.7). Persekitaran lampau ini sering mencerminkan suatu situasi di mana manusia tidak boleh hidup. Antara contoh-contoh lampau atau extreme yang didiami arkea ini adalah seperti suhu atau pH yang sangat tinggi atau rendah (glasier dan kolam air panas), kepekatan garam yang tinggi (lautan), ketiadaan oksigen dan di bawah tekanan yang amat tinggi (dasar laut).

Rajah 3.7: Persekitaran lampau seperti kolam air panas, glasier dan dasar laut sering menjadi habitat arkea. Keupayaan arkea untuk hidup di habitat-habitat seumpama ini menunjukkan bahawa mikroorganisma ini memiliki kepelbagaian dari segi morfologinya seperti bentuk sfera, rod, spiral, kuboid, segi tiga, plat atau pleomorfik. Begitu juga kepelbagaian dari segi fisiologinya yang berupaya untuk menjalani proses sama ada aerobik, anaerobik fakultatif, anaerobik tegar, chemolitoautotrof ataupun organotrof. Ciri-ciri beberapa kumpulan arkea juga dirumuskan pada Jadual 3.3. Jadual 3.3: Ciri-ciri beberapa kumpulan arkea. Kumpulan Arkea metanogen Ciri-ciri Anaerob tegar; Hasil akhir metabolik adalah metana. Berbentuk kokus; Menghasilkan hidrogen sulfida daripada thiosulfat dan sulfat; Anaerob tegar; Hidup di kawasan thermofil lampau. Berbentuk rod, kokus, pleomorfik, piramid atau kuboid; Memerlukan persekitaran bergaram pada kepekatan melebihi 1.5 M untuk hidup; Boleh menggunakan tenaga cahaya untuk menghasilkan ATP. Contoh Methanobacterium Methanococcus Methanomicrobium Methanosarcina Archaeoglobus

Arkea penurun sulfat

Arkea halofil lampau

Halobacterium Halococcus Natronobacterium

Arkea tanpa dinding sel

Berbentuk pleomorfik; Fakultatif anaerob; Termoasidofil dan kimoorganotrofil.

Thermoplasma

VIRUS PENGENALAN
Dunia mikrobiologi bukan sahaja terdiri daripada organism sellular, bahkan juga agen-agen berjangkit bukan sel. Di dalam topik ini, kita akan mengalihkan perhatian pula kepada agenagen berjangkit seperti virus (virion), viriod dan prion. Ia merupakan mikroorganisma yang paling halus dengan anggaran diameter antara 10 hingga 400 nm. Oleh itu, pengamatan kebanyakan virus hanya dapat dilakukan melalui mikroskop elektron. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, agen-agen ini dikelaskan sebagai bukan sel memandangkan sifatnya yang menggunakan sistem sintesis protein dan sistem penjanaan tenaga daripada sel perumah untuk memastikan kemandiriannya. Virus boleh menjangkiti suatu julat perumah luas yang merangkumi manusia, haiwan, tumbuhan, bakteria, protozoa dan kulat. Virus juga boleh diklasifikasikan kepada pelbagai famili berdasarkan kepada struktur bahan genetic (genom), kitaran hidup, morfologi (Rajah 3.8) dan perkaitan genetik sesuatu virus.

Rajah 3.8: Morfologi pelbagai jenis virus Antara hidup dan bukan hidup Selepas mempelajari topik bakteria dan arkea, bolehkah anda memberikan ciri-ciri penting yang harus dipunyai kedua-dua mikroorganisma ini? Apakah struktur-struktur yang hadir yang boleh

membezakannya? Persoalan ini amat penting kerana anda bakal mempelajari satu struktur organik yang lain yang jauh berbeza daripada bakteria mahupun arkea. Struktur organik yang dimaksudkan adalah virus. Sepertimana yang anda sedia maklum, bakteria dan arkea merupakan benda hidup. Namun, berbeza pula dengan virus kerana masih banyak lagi perdebatan antara saintis-saintis yang mempersoalkan kewujudan virus sebagai benda hidup ataupun bukan hidup berdasarkan ciriciri istimewa yang dimiliki virus. Memandangkan tiada lagi fakta kukuh yang mempertahankan kedudukan virus dalam sebarang klasifikasi ini, kita cuma menamakan virus ini sebagai suatu struktur organik. Dalam mikrobiologi, virus dan bakteria dibezakan berdasarkan saiz, kaedah pembiakan dan rintangan kepada pelbagai jenis campur tangan perubatan. Virus merupakan parasit. Jadi, virus memerlukan tuan rumah hidup untuk membiak. Virus menikmati jangka hayat jenis tidak aktif dan boleh hidup untuk beribu tahun sebelum mendapat tuan rumah yang sesuai untuk membiak. Virus akan memanipulasi metabolisme sel perumahnya supaya kod genetik virus tersebut boleh direplikasikan dan seterusnya melipat gandakan strukturnya dalam sel perumah tersebut. Jadual 3.4 memperincikan ciri-ciri yang dimiliki virus yang membezakannya dengan bakteria. Jadual 3.4: Perbezaan antara virus dan bakteria. Ciri-ciri Saiz Ribosom Enzim Struktur genetik Bakteria 800-4000 nm Hadir Hadir Kedua-dua DNA dan RNA berada dalam sitoplasma Virus 10-400 nm Tidak hadir Hanya hadir pada sesetengah virus Cuma DNA atau RNA sahaja dan dikelilingi sarung protein. Menjangkiti sel perumah dan memanipulasi metabolism perumah supaya DNA atau RNA dan struktur virus dilipat gandakan. Sel perumah akan mati apabila struktur virus yang sempurna dilepaskan. Kebanyakan adalah patogenik. Sesetengah berguna untuk kejuruteraan genetik. Sistemik

Pembiakan

Belahan dedua; Konjugasi

Kepentingan

Jangkitan

Sesetengahnya adalah patogenik. Ada yang berguna dalam kesihatan (contohnya bakteria dalam sistem penghadaman). Ada yang berguna dalam persekitaran (contohnya bioremediasi) Setempat

Cara mengubati jangkitan Struktur Am Virus

Antibiotik

Vaksin

Zarah virus yang sempurna ataupun virion mempunyai tiga komponen biomolekul utama iaitu asid nukleik [hanya boleh terdiri daripada asid deoksiribonukleik (DNA) atau asid ribonukleik (RNA) sahaja], protein dan lipoprotein (Rajah 3.9). Genom virus boleh terdiri daripada bebenang tunggal ataupun bebenang ganda dua. Namun, genom virus tidak semestinya wujud dalam bentuk linear kerana terdapat juga virus yang mengangungi genom bersegmen seperti virus influenza dan virus kumpulan retro (Darah dan Ibrahim, 2004).

Rajah 3.9: Struktur am virus.

Sesetengah virus mempunyai suatu struktur luaran yang terdiri daripada protein iaitu kapsid yang menyelaputi genomnya (Darah dan Ibrahim, 2004). Ia terbentuk daripada bilangan tertentu molekul subunit protein kapsomer yang tersusun secara khusus untuk menghasilkan bentuk yang mencirikan sesuatu zarah virus. Kompleks asid nukleik-kapsid ini juga dikenali sebagai nukleokapsid. Selain daripada struktur-struktur yang dibincangkan tadi, sesetengah virus mempunyai struktur tambahan di luar nukleokapsid yang dinamakan sebagai sampul. Kadang kala, unjuran pendek iaitu spike juga boleh ditemui pada permukaan sampul virus. Kehadiran spike adalah amat penting semasa proses jangkitan virus di mana struktur ini berperanan sebagai tapak perlekatan kepada sel perumah dan juga dijadikan sebagai satu ciri pengenalan virus.

Bentuk virus Berdasarkan kepada penyusunan dan binaan kapsomer pada kapsid, virus boleh dibahagikan kepada beberapa bentuk tertentu seperti di Jadual 3.5.

Jadual 3.5: Pengelasan virus berdasarkan kepada beberapa bentuk tertentu. Bentuk Struktur umum Ikosahedron Ciri-ciri Struktur virus yang biasa dijumpai. Terdiri daripada 20 permukaan segi tiga sama dan 12 penjuru. Struktur yang paling efisien untuk menyelaputi ruang. Contoh: Polyomavirus, Adenovirus, Human papilomavirus dan Picornavirus Menyerupai rod panjang berongga. Kapsomer disusun bersama seperti bentuk pita/tali telefon (heliks). Semakin panjang saiz rod, semakin besar saiz asid nukleik. Contoh: Tobacco mosaic virus (TMV).

Heliks

Simetri kompleks

Struktur yang mengelirukan. Terdapat juga bentuk yang tidak tetap yang dikenali sebagai virus pleomorfik. Mempunyai bahagian yang berbeza dari segi rupa dan simetri. Contoh: Bakteriofaj. Struktur bakteriofaj: Dibahagikan kepada kepala, leher dan ekor. Kapsid berbentuk heliks atau simetri. Terdiri daripada pelbagai morfologi seperti kubus, filament, berekor dan pleomorfik.

Penggandaan Virus Perbezaan dari segi struktur dan genom virus mempunyai implikasi penting yang akan menentukan jenis mekanisme yang digunakan virus untuk menggandakan dirinya dalam sel perumah. Walaupun terdapat virus yang mempunyai struktur genom yang sama, tetapi masing-

masing boleh mempamerkan kitaran hidup yang unik. Namun begitu, corak umum kitaran hidup virus boleh dikaji (Rajah 3.10). Sepertimana yang anda ketahui, virus merupkan parasit. Oleh itu, virus memerlukan sel perumah di mana ianya boleh membiak dan langkah pertama dalam kitaran hidup virus adalah penjerapan kepada perumah. Ini diikuti oleh kemasukan sama ada nucleokapsid atau asid nukleik virus (penembusan) ke dalam perumahnya. Jika nucleokapsid memasuki perumahnya, pelepasan genom ke sitoplasma biasanya berlaku sebelum kitaran hidup memasuki peringkat seterusnya. Sebaik sahaja di dalam sel perumah, peringkat sintesis akan bermula. Pada peringkat ini, maklumat yang dikodkan oleh genom virus akan diterjemahkan di mana gen virus akan menjalani transkripsi dan translasi. Ini seterusnya membolehkan virus mengambil alih kawalan sel perumah lalu menggunakan sistem metabolismenya untuk menghasilkan genom virus dan protein. Ini diikuti oleh peringkat pemasangan struktur virus di mana nucleokapsid baru akan dibina daripada pengabungan sarung protein dengan asid nukleik virus tersebut. Akhirnya, semasa langkah pembebasan, dinding sel perumah akan pecah melalui proses lisis lalu membebaskan partikel virus matang yang baru. Pembebasan virus ini biasanya mengakibatkan kematian sel perumah.

Rajah 3.10: Kitaran penggandaan virus

Jangkitan Virus: Bakteriofaj Berbalik kepada kitaran penggandaan virus di mana virus akan mereplikasikan dirinya sejurus selepas memasuki sel perumah dan diikuti dengan pembebasan virus daripada sel perumah melalui proses lisis (Rajah 3.10). Kitaran ini juga menggambarkan kitaran hidup faj (virus yang hanya menjangkiti bakteria) virulen. Contoh terbaik faj virulen adalah bakteriofaj T4. Selain itu, terdapat juga sejenis faj yang dinamakan faj temperat iaitu faj yang kurang virulen dan mempunyai dua kitaran hidup yang berbeza (Rajah 3.11). Contoh faj temperat adalah bakteriofaj lambda. Pertama, sebaik sahaja memasuki sel perumah, faj ini akan mereplikasi dan memusnahkan perumahnya seperti faj virulen. Atau keduanya, faj ini boleh kekal dalam sel perumahnya tanpa memusnahkannya. Bagaimana ini boleh berlaku? Kebanyakan contoh boleh dilihat apabila genom faj tersebut diintegrasikan ke dalam kromosom sel perumahnya.

Rajah 3.11: Kitaran litik dan lisogenik faj temperat. Hubungan antara faj temperat dan sel perumahnya dikenali sebagai lisogeni. Manakala bentuk virus yang kekal dalam perumahnya itu dipanggil profaj dan bakteria yang dijangkitinya dipanggil lisogen atau bakteria lisogenik. Bakteria lisogenik mempunyai dua ciri yang amat unik iaitu; (1) bakteria yang pernah dijangkiti tidak akan mengalami jangkitan kali kedua oleh faj yang sama, dan (2) bakteria lisogenik ini boleh berubah dari kitaran lisogenik ke kitaran litik. Perubahan kitaran ini biasanya berlaku apabila terdapat perubahan persekitaran atau radiasi ultraungu terhadap sel perumah tersebut.

Anda telah pun mempelajari fungsi spike pada capsid virus dan kitaran jangkitan virus pada sel perumahnya. Sekarang, cuba anda kaitkan kehadiran spike ini dalam kitaran jangkitan virus.

RINGKASAN
1. Sel prokariot merupakan sekumpulan sel unisellular yang tidak mempunyai membran nukleus dan membran dalam organel-organelnya. 2. Dinding sel bakteria terdiri daripada dua jenis iaitu Gram-positif dan Gram-negatif. Ketebalan peptidoglikan pada Gram-positif adalah lebih tebal berbanding Gram-negatif. 3. Kewujudan organel-organel dalam bakteria dan arkea biasanya dikaitkan dengan tujuannya untuk terus bermandiri pada persekitaran yang sering berubah. 4. Arkea memiliki kepelbagaian morfologi dan sistem biologi dalam adaptasinya terhadap persekitaran lampau. 5. Virus merupakan suatu entiti organik yang mempunyai struktur am seperti genom (DNA atau RNA sahaja) dan kapsid. Struktur sampul dan spike pula mungkin hadir pada sesetengah virus. 6. Virus menjangkiti sel perumahnya melalui dua mekanisme iaitu kitaran lisis dan kitaran lisogeni.

PETA KONSEP
Sel prokariot

Selular Arkea

Aselular

Bentuk Contoh Dinding sel Persekitaran lampau Habitat

Heliks

Ikosahedron

Simetri kompleks

Halofil lampau Methanogen Methanokondrointin Bakteria Lapisan S

Struktur Pseudomurein

Jangkitan kepada perumah

Sarung protein Organel

DNA/RNA

Kapsid

Sampul

Spikes Kitar lisis Kitar lisogeni

Bentuk

Kokus

Vibrio

Filamen Rod

Pleomorfik

Spirilum

Dinding sel

Membran plasma

Ribosom

Plasmid

Flagella Kapsul Pili

Endospora

Nukleolus Lompang Gram positif Gram negatif Gas Sel

KATA KUNCI
1. 3. 5. 7. 9. Prokariot Arkea Gram-negatif Persekitaran lampau Kitar lisis 2. Bakteria 4. Gram-positif 6. Nukleolus 8. Virus 10. Kitar lisogeni

PENILAIAN KENDIRI
1. Apakah itu sel prokariot? 2. Senaraikan organel-organel umum sel prokariot. 3. Bagaimanakah kita membezakan sel-sel bakteria Gram-positif dan Gram-negatif di bawah mikroskop? 4. Nyatakan perbezaan antara flagela dan pili yang terdapat pada sel bakteria. 5. Mengapakah plasmid perlu wujud dalam sel bakteria? 6. Terangkan mekanisme adaptasi arkea terhadap persekitaran lampau seperti suhu tinggi, tekanan tinggi dan anaerob. 7. Mengapakah virus tidak dikategorikan sebagai organisma hidup? 8. Nyatakan struktur-struktur am pada virus. 9. Terangkan proses penggandaan virus dalam sel perumah. 10. Terangkan mekanisme jangkitan bakteriofaj pada sel bakteria.

BIBLIOGRAFI
Willey, J. M., Sherwood, L. M. dan Woolverton, C. J. 2011. Prescotts Microbiology. McGrawHill, New York. Ibrahim, D. dan Omar, I. C. 2004. Konsep Dalam Mikrobiologi: Biologi Mikroorganisma. Penerbit USM, Malaysia.

JAWAPAN SERTA MAKLUMBALAS


Ciri-ciri Saiz Nukleus Organel Organisasi Sel prokariot Lebih kecil Tidak dikelilingi membran Tidak dikelilingi membran. Mempunyai organel tambahan seperti kapsul dan endospora. Ringkas Sel eukariot Lebih besar Dikelilingi membran Dikelilingi membran dalam. Kompleks

You might also like