You are on page 1of 4

PENGENALAN KEBISINGAN a. Definisi Untuk memahami bunyi, kita mestilah memahami beberapa istilah yang berkaitan dengan bunyi.

Di antara istilah ialah: i. Bunyi Bunyi ialah mekanikal yang terbentuk dari perubahan tekanan di dalam udara atau air atau lain-lain yang dapat dikesan oleh telinga manusia. ii.Bunyi Tonus Tulin Bunyi Tonus Tulin ialah bunyi yang dihasilkan dariapda satu frekkuensi sahaja iii. Bunyi Komplek Semasa bunyi kebayakkannya bukan tonus tulis. Ia adalah kombinasi daripada bunyi tonus dan dikenali sebagai bunyi komplek. iv. Jarak Gelombang ( ) Jarak gelombang ialah jarak di antara dua punca gelombang bunyi yang membuat satu pusingan. v. Halaju Bunyi Halaju bunyi bergantung kepada bahantara yang dilaluinya. Halaju bunyi di udara ialah 344 m/s manakala halaju pada bahantara logam ialah 5179 m/s. Hubungan di antara frekuensi (f), jarak gelombang ( ) dan halaju (C) ialah: F = c/

vi.

Amplitud, Puncaganda, Purata Gandadua Amplitud Gelombang Amplitud ialah magnitud punca atau maksima pergeraka gelombang, ia dikenali dengan kekuatan bunyi. Cara yang lebih tepat untuk menyatakan

magnitud gelombang bunyi ialah punca gandadua purata kuasadua amplitud gelombang (Prms) seperti di bawah Prms =

a12 + a22 + ......an2 n a3 = P max

Untuk gelombang sin (sine wave) fromula ini boleh digunakan. Prms = 0.707 P max 4.2 Bunyi Berterusan Setara, Leq t

Kebisingan daripada sesuatu punca bunyi selalunya terdiri daripada berbagai-bagai intensiti yang berlainan di dalam sesuatu jangkamasa. Paras purata tekanan bunyi dikenali sebagai paras tekanan bunyi setara (Leq t ) a. Analisis Frekuensi Di dalam bindang industri, kebisingan dibentuk oleh berbagai-bagai frekuensi. Oleh itu untuk tujuan mengawal kebisingan, maka perlu diketahui jenis frekuensi yang menyebabkan kebisingan tersebut. Analisis frekuensi ini boleh dilakukan dengan menggunakan penganalisis jalur oktav (Rajah 4.2). Contoh kebisingan di mesin pemecah batu di mana intensiti maksimu pada 3000 Hz . b. Jenis Kebisingan Jenis kebisingan boleh dikelaskan kepada banyak jenis . Di antara ialah: 2. Bidang yang berterusan iaitu bising yang mempunyai peerbezaan paras intensiti bunyi di antara maksima dan minima yang kurang dari 3 dBA sepanjang masa pemerhatian. Contoh ialah bunyi yang dihasilkan oleh mesin penenun tekstil. Bising Fluktuasi ialah bunyi bising yang mempunyai perbezaan paras di antara intensiti yang tinggi dengan yang rendah lebih daripada 3 dBA. Bising Impuls ialah bunyi bising yang mempunyi intensiti yang sangat tinggi dalam tempoh yang singkat seperti tembakan senjata api, lagaan besi dan sebagai. Bising Bersela ialah bunyi yang terjadi di dalam jangkamasa tertentu sahaja serta berulang. Contohnya bising ketika memotong besi berhenti apabila gergaji itu dihentikan. Terdapatnya kombinasi daripada jenis bunyi di atas, contohnya kebisingan berterusan dan bersela boleh belaku serentak .

3. 4. 5.

a.

Kekuatan Bunyi
Kekuatan bunyi adalah tindakbalas yang subjektif. Ia berbeza-beza berdasarkan tekanan bunyi dan frekuensi bunyi. Paras kekuatan bunyi diukur di dalam unit Phon. Telinga manusia lebih sensitif kepada frekuensi 250 KHz hingga 2000 KHz. Satu bunyi berintensiti 30 dB(A) berfrekuensi 100 Hz mempunyai kekuatan bunyi sama dengan bunyi berintensiti 10 dB(A) berfrekuensi 1000 KHz.

b.

Pemberat Paras Bunyi A (A weighted Sound Level) dan lain-lain pemberat Tindakbalas telinga manusia kepada kebisingan adalah faktor yang perlu diambil kira di dalam penilaian tahap kebisingan yang membahayakan pendengaran.
Oleh itu perlu direka satu alat mengukut bunyi yang mempunyai satu litar elektronik yang berbeza-beza frekuensinya hampir menyerupai telinga manusia. Satu rangkaian pemberat A, B dan C dibentuk. Bagi rangkaian pemberat A ia bersamaan dengan lengkuk rangkaian kekuatan bunyi 40 Phon dan ia hampir bersamaan dengan pendengaran telinga mnausia. Manakala pemberat B dan C masing-masing mengikut kontor 70 dan 100 Phon Pemberat A selalu digunakan di dalam pengukuran bunyi di tempat kerja kerana ia memberi lebih ketepatan untuk intensiti bunyi difrekuensi yang tinggi manakala pemberat C selalu digunakan untuk mengukur intensiti bunyi dipersekitaran. Pemberat C memberi ketepatan bacaan pada frekuensi yang rendah.

c. Pengukuran Kebisingan Pengukuran paras pendedahan kebisingan adalah penting untuk menentukan tahap pendedahan kebisingan pekerja. Terdapat 3 alat yang digunakan untuk mengukur paras kebisingan iaitu Meter Paras Bunyi (Sound Level Meter), Penganalisa Jalur Oktoav dan Dosimeter untuk mengukur padas bunyi berterusan dan bunyi impuls . i. Meter Paras Bunyi Alat ini mengukur paras intensiti bunyi di sesuatu tempat. Meter paras Bunyi jenis I lebih tepat pengukurannya jika dibandingkan dengan Meter Paras Bumyi jenis II.

ii.Penganalisa Jalur Oktav

Alat ini mempunyai penapis elektronik yang boleh mengukur intensiti bunyi pada jalur berkuensi yang dikehendaki. Alat ini membolehkan kita mengetahui jalur frekuensi yang intensiti bunyi mencapai maksima. Oleh itu langkah penurunan bising senang dilakukan. iii. Dosimeter Dosimeter digunakan untuk mengukur dos pendedahan pekerja di dalam jangkamasa terentu. Ia sangat berguna untuk mengukur kebisingan yang sangat berkfluktuasi (tidak tetap). Dosimeter akan mengintegrasikan semua bising di antara 80 130 dB(A). Dos yang diterima boleh ditukarkan kepada kebisingan berterusan setara. Alat ini dipakai kepada pekerja semasa tersebut.

You might also like