You are on page 1of 18

[PENDIDIKAN SOSIO EMOSI KANAK-KANAK] KAL 3033

PEMARKAHAN RIS SEMESTER

PPGPJJ SEMESTER 2 SESI 2012/2013 KAL 3033 PENDIDIKAN SOSIO EMOSI KANAK-KANAK
Setiap kanak-kanak melalui proses sosialisasi di mana ianya berlaku dalam persekitaran sosialnya. Persekitaran sosial yang dimaksudkan ialah ahli keluarganya sendiri, saudara mara, jiran, pengasuh dan juga segala yang terdapat di sekelilingnya.

Bincangkan bagaimana persekitaran sosial mempengaruhi perkembangan konsep kendiri kanak-kanak.

DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. ID NO. TELEFON

PUSAT PEMBELAJARAN: EL

NAMA TUTOR E-LEARNING:____________________________________

TARIKH SERAH: ________________

1|Page

[PENDIDIKAN SOSIO EMOSI KANAK-KANAK] KAL 3033


1.0 Pendahuluan Kendiri membawa maksud diri sendiri atau pemikiran tentang diri serta keupayaan diri sendiri dan pemikiran orang lain terhadap diri individu.Fahaman tentang diri sendiri arau perasaan tentang diri sendiri sebagai individu yang ada ciri-ciri tersendiri iaitu fizikal, jantina, tingkah laku, emosi, kebolehan, minat dan juga matlamat.keseluruhan perkembanagan sahsiah individu mengganggap kelebihan atau kekurangan diri berdasar maklumat dari orang lain semasa bergaul, bekerjasama dan berinteraksi.Selain itu, Konsep kendiri juga merupakan pandangan diri seseorang dalam pembetukan diri individu,Semakin meningkat usia seorang murid, pembentukkan konsep kendiri yang positif adalah amat penting.dalam konteks ini, guru-guru memainkan peranan penting dan perlu memahami dan menyuburkan konsep kendiri positif dalam diri murid-muridnya.Sebagai guru tugas mereka tidak hanya tertakluk meyampaikan maklumat berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar tetapi juga sebagai penbentuk tingkah laku, sahsiah, sikap dan nilai pelajar-pelajarnya.Ini adalah kerana matlamat Pendidikan Negara adalah melahirkan generasi yang mantap dari segi jasmani, emosi, rohani dan juga fizikalnya.Oleh keran guru mendidik geberasi baru.Guru mestilah juga menguasai aspek psikologi perkembangan manusia khususnya perkembangan manusia khusunya perkembangan manusia dan konsep kendiri dari sudut sosioemosi.

2|Page

[PENDIDIKAN SOSIO EMOSI KANAK-KANAK] KAL 3033


2.0 Definisi Konsep Kendiri Pelbagai takrifan yang diberikan berkenaan dengan konsep kendiri.Menurut Merrian Erbster Online Dictionary, konsep kendiri adalah pandangan diri individu terhadap diri

kendirinya,Bukatko & Daehler (2001) mendefinisikan konsep kendiri sebagai satu kombinasi pandangan dan nilaui yang beradsarkan keprcayaan terhadap dirinya sendiri.Konsep kendiri juga merangkumi bagaimana seseorang itu menilai dirinya dalam pelbagai aspek sosial dengan norma-norma yang dimilikinya.

Carl Rogers Menurut cal Rogers, konsep kendiri individu dipengaruhi oleh dua faktor iaitu dirinya sendiri dan juga persekitarannya.Ianya merangkumi faktor fizikal, minda psikologi, etika moral dan norna-norma personaliti yang kuat dipengaruhi oleh keluarga dan persekitaran sosialnya.Carl Rogers juga mengatakan bahawa individu-individu boleh menggambarkan konsep kendiri yang berbeza mengikut tingkah laku diri mereka sendiri.Ini adalah kerana mereka perlu mneyesuaikan diri dengan rakan-rakan sebaya dan sekerja secara sosial dan professional.Perasaan sebenar diri individu akan berubah-ubah melalui pengalamannya.Ini boleh menyebabkan kekeliruan personaliti dan masalah sakit jiwa jika keterlaluan.

3|Page

[PENDIDIKAN SOSIO EMOSI KANAK-KANAK] KAL 3033


Menurut beliau juga, konsep kendiri yang teguh membenarkan individu-individu menghadapi cabaran tanpa merasa tertekan atau terancam dalam mindanya.Ini menghasilkan keadaan seimbang (homoestasis).Konsep kendiri boleh merangkuni aspek-aspek fizikal, kesihatan, kebolehan, kekuatan, kelemahan dan tingkah laku.Konsep kendiri adalah satu komponen penting dalam perkembangan personaliti manusia. 2.1 Jenis Konsep kendiri Manusia menilai dirinya yang sebenar dengan keadaan sekelilingnya yang berbezabeza.Faktor-faktor yang mempengaruhi pembinaan konsep kendiri adalah system kepercayaan, kesihatan, pengalaman, latarbelakang keluarga, aspek sosial dan kerjaya, intelek dan aktivitiaktiviti di masa lapang. Konsep kendiri boleh dipelajari dan dinamik, iaitu berubah dan berevolusi sehingga seseorang itu meningkat potensi diri bagi mengembangkan konsep kendiri yang positif dan realistik,Potensi diri boleh dicungkil oleh guru-guru ibu bapa dan murid-murid itu sendiri supaya konsep kendiri negatif boleh dielakkan. Terdapat dua jenis konsep kendiri iaitu : Konsep kendiri positif Konsep kendiri Negatif 2.1.1 Konsep kendiri Positif Murid-murid yang mempunyai konsep kendiri positif mempunyai ciri-ciri berikut: a) Melalui pengalaman yang membawa lebih banyak kejayaan berbanding kegagalan. b) Sentiasa mendapat pujian, dan periang, berkeyakinan dan yakin pada diri sendiri. c) Bersedia menghadapi kesukaran dan cabaran, d) Optimistik, bersikap terbuka dan bersedia menerima kritikan daripada orang lain. e) Sentiasa tenang dan boleh menyesuaikan diri dengan orang lain serta mudah ditegur. f) Memiliki emosi yang stabil.

g) Mendapat kasih sayang dan perhatian yang mencukupi dari ahli keluarga dan rakanrakan.

4|Page

[PENDIDIKAN SOSIO EMOSI KANAK-KANAK] KAL 3033


2.1.2 Konsep Kendiri Negatif a) Sentiasa menghadapi kegagalan dalam aktiviti akademik dan ko-kurikulum b) Sentiasa dikritik oleh guru-guru dan rakan-rakan. c) Memiliki emosi yang kurang stabil(sensitive dan mudah sedih) d) Tidak diterima oleh rakan-rakan sebaya. e) Mempunyai keyakinan diri rendah positif dan sentiasa bersendiri dan kurang bersosial f) Suka membuat kerja yang mudah dan tidak suka menghadapi cabaran.

g) Suka bergaul dengan orang yang lebih muda daripadanya. h) Mempunyai tahap intelektual yang rendah i) Kurang mendapat kasih ayang daripada keluarga.

Guru-guru perlu mengenalpasti murid-murid yang mempunyai konsep kendiri yang negative supaya mereka boleh dilentur dari usia yang muda lagi.Bagi membantu mereka, guru-guru perlu mengenalpasti terlebih dahulu punca-punca yang menyebaabkan pandanagn negatf ini sebelum mengambil langkah-langkah bagi memeperbaiki konsep kendiri rendah mereka. 2.2 Faktor-faktor yang menyebabkan konsep kendiri Negatif. Konsep kendiri negatif akan mempengaruhi perkembangan individu sepanjang hidupnya sekiranya langkah-langkah pemulihan tidak diambil.Tingkah laku yang tidak bermoral akan berlaku kerana konsep kendiri yang negative terpupuk sejak seseotang itu kecil lagi.Berikut adalah punca-punca pelakar yang mempunyai konsep kendiri yang negatif. 2.2.1 Perlabelan tingkahlaku Teori perlabelan mengatakan bahawa manusia mudah untuk bertingkah laku seperti yang telah dilabelkan oleh orang lain.Perlabelan boleh memberi kesan yang negatif kepada seseorang individu dari segi sosial dan psilologi.mereka yang dilabelkan negatif akan cenderung untuk kecewa dan memiliki konsep kendiri yang rendah. 2.2.2. Pengalaman lepas yang pahit dan kegagalan yang dialami. Kematian atau penceraian di dalam keluarga boleh mengakibatkan trauma menyebabkan seseorang kanak-kanak yang masih kecil membina konsep kendiri yang negatif.

5|Page

[PENDIDIKAN SOSIO EMOSI KANAK-KANAK] KAL 3033


2.2.3 Kritikan Penerima kritikan yang berterusan daripada ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan juga akan memberi kesan negatif terhadap konsep kendiri kanak-kanak. 2.2.4 Kasih sayang dan penerimaan. Kekurangan kasih sayang daripada ibubapa, guru-guru dan orang dewasa yang lain turut memberi kesan terhadap pembentukkan psikologi dan emosi kanak-kanak.Di sekolah kurangnya penerimaan dari rakan-rakan sebaya akan memberi kesan negtif terhadap konsep kendiri seseorang murid, Ini adalah kerana murid tersebut mempunyai perasaan tidak diterima oleh ahli kumpulan dan ini kan membuat dirinya berasa rendah diri, Pencapaian akademik yang rendah dan kurang mendapat pujian atau pengikhtirafan di atas usaha-usahanya akan memberi kesan terhadap konsep seseorang individ.Pencapaian rendah dalam bidang sukan dan permainan juga menyumbang kepada perasaan rendah diri terhadap kemampuan fizikal diri murid-murid.Ini akan menyebabkan konsep kendiri negatif. Selain daripada itu, tekanan ibu bapa atau guru-guru juga menyebabkan pembentukkan konsep kendiri yang tinggi.Kegagalan murid-murid mencapai objektif pembelajaran yang ditetapkan oleh guru-guru juga menyebabkan mereka membina konsep kendiri negatif dalam diri mereka, membandingkan markah atau pencapaian dengan rakan sebaya oleh ibu bapa adan guru-guru turut mempengaruhi pembentukkan konsep kendiri negatif kanak-kanak terutama apabila mereka tidak dapat memenuhi harapan orang dewasa. 2.2.5 Hubungan sosial Konsep kendiri negative juga disebabkan oleh murid-murid yang tidak bersosial atau kurang menadapat peluang untuk bergaul dengan rakan-rakan sebaya. 2.2.6 Status sosio ekonomi Latarbelakang sosio-ekonomi yang renfah berbanding dengan rakan-erakan yang lain juga menyababakn seseorang murid-murid itu menyendiri dari rakan sebaya.ini kemudiannya akan menyumbnag kepada pembinaan konsep kendiri yang negatif.

6|Page

[PENDIDIKAN SOSIO EMOSI KANAK-KANAK] KAL 3033


2.2.7 Keadaan Fizikal Apa-apa jua kecacatan atau kekurangan diri dari segi fizikal juga boleh menyebabkan seseorang murid itu mempunyai konsep kendiri yang negatif. 3.0 Cara-cara bagaimana Guru boleh membantu pembinaan konsep kendiri yang positif. Guru-guru boleh mengambil pelbagai langkah untuk membantu murid-murid dalam pembinaan konsep kendiri yang positif dan mengelakkan konsep kendiri yag negatif.Terdapat lima cara bagaimana guru-guru boleh menggalakkan pembinaan konseo kendiri semasa pengajaran dan oembelajaran iaitu : 3.1 Elakkan dari melabelkan Guru-guru tidak sepatutnya melabel murid-murid dengan perkatan-perkataan yang negative seperti bodoh, lembab dan sebagainya.Ini adalah kerana murid-murid tersebut akan percaya dan yakin bahawa mereka memang sebenarnya bodoh. 3.2 Penilaian akademik yang fleksibel Guru-guru perlu lebih bijak dalam mengggunakan system penilaian akademik yang fleksibel kerana pencapaian murid-murid sentiasa berubah.cara-cara pembelajaran yang pelbagai perlu dititikberatkan oleh guru-guru dalam menilai pencapaian individu.Oleh itu, guru-guru perlu mneggunakan pelbagai cara atau meteodologi dalam penialian seperti kerja projek, kuiz, ujian, penilaian dari rakan sebaya, penulisan, jurnal.Penilaian sumatif dan sebagainya.Ini ialah supaya murid-murid diberi peluang yang lebih untuk menunjukkan pencapian dan potensi mereka. 3.3 Membuat pernyataan positif dalam diri murid-murid Guru-guru perlu menggalakkan murid-murid untuk membuat pernyataan positif terhadap diri seperti: a) Saya suka diri saya b) Saya bangga dengan diri saya c) Saya menyukai tulisan saya

7|Page

[PENDIDIKAN SOSIO EMOSI KANAK-KANAK] KAL 3033

Dengan menggynakan pernyataan-pernyataan positif sebegini, murid-murid dapat membina konsep kendiri yang positif.Guru-guru juga boleh menggalakkan murid-murid menghasilkan buku skrap yang bertajuk Saya suka diri saya yang mengandungi pernyatan-pernyataan positif sebanyak mana yang boleh di dalam buku skrap tersebut.Projek sebegini akan menjadi penggalak kepada motivasi instrinsik dan membian konsep kendiri murid-murid. 3.4 Melayan murid-murid sebagai individu yang unik dan berbeza Guru-guru tidak boleh membandingkan murid-murid antara satu sama lain kerana setiap individu adalah unik dan berbeza.Guru-guru juga tidak boleh menjangkakan bahawa setiap prestasi setiap murid adalah sama tinggi. Selain itu, guru-guru perlu memastikan bahawa suasana kelas adalah kondusif dan menerima perbezaan-perbezaan yang wujud dalam persekitaran tersebut.Semua murid-murid perlu diberi peluang yang sama rata untuk meningkatkan potensi mereka ke tahap yang optimum. 3.5 Membina imej diri sendiri yang sihat Guru-guru perlu mengajar murid untuk membina imej diri sendiri yang positif dan memiliki identity yang sihat.Ini dapat dicapai dengan mengajar mereka supaya lebih berkeyakinan dan berdikari dengan mendedahkan mereka dengan pelbagai kemahiran belajar dan kemahiran komunikasi.Murid-murid juga digalakkan untuk tidak takut dalam meluahkan apa yang mereka rasai di samping memberi idea atau pendapat mereka.Pelbagai peluang harus disediakan supaya murid-murid boleh membina imej individu mereka dengan membenarkan mereka untuk meluahkan perasaan dalam suasana yang bebas dan selamat.

8|Page

[PENDIDIKAN SOSIO EMOSI KANAK-KANAK] KAL 3033

4.0 Faktor-faktor yang mempengaruhi konsep kendiri kanak-kanak 4.1 Keluarga (Ibu bapa) Banyak kajian tentang konsep kendiri telah dibuat dngan menggunakan pelbagai alat kajian.Ramai pengkaji yang berusaha mengenal pasti factor-faktor yang mempenraguhi konsep kendiri seseoran.Mengikut Samuel(1982) dan Schwartz(1982), konsep kendiri kanak-kanak bagi ibu bapa yang tinggi konsep kendirinyaadalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan konsep kendiri kanak-kanak bagi ibu bapa yang rendah konsep kendirinya.Ibu bapa memainkan peranan yang amat penting dalam membentuk harga diri (self-estim) kanak-kanak.Self-estim adalah kunci yang sangat penting untuk mereka Berjaya dalam kehidupan pada masa akan datang.Self estim adalah bagaimana kita memahami diri kita sebenarnya. Kanak-kanak yang mempunyai self-estim yang tinggi merupakan kanak-kanak yang mampu memperlihatkan tanggungjawab, yang boleh mengurus emosi yang positif dan negative dan juga boleh menawarkan bantuan kepada orang lain.kanak-akank yang mempunyai self estim yang rendah pula akan bertingkah laku contohnya kanak-akank merasakan diri terhadap kebolehan dan bakat yang dimiliki dan juga kanak-kanak tersebut akan mengelak untuk melakukan sesuatu yang baru.kanak-kanak yang mempunyai penghargaan kendiri yang rendah kerana mendapat sokongan yang berkurangan daripada ibu bapa mereka iaitu ibu bapa yang tidak mengambil tahu dan mengambil berat akan pelajaran anak-anak mereka.Penghargaan kendiri kanak-kanak berkait rapat dengan corak perhubungan dalam keluarga dan juga korelasi yang positif antara penghargaan kendiri yang tinggi dengan gaya ibu bapa yang autoritatif.Kanak-kanak merasakan perlakuan merka dikawal oleh ibu bapa, semakin rendah penghargaan diri mereka.Manakala anak lelaki selalu menjadikan ayah sebagai idola mereka. 4.2 Pengaruh sosio budaya. Perkembangan sosial kanak-kanak merupakan satu proses perkembangan yang membolehkan kanak-kanak berinteraksi dengan orang lain mengikut cara yang diterima oleh masyarakat serta budaya.Pendek kata perkembangan sosial melibatkan poses sosiolisasi atau melakukan penyesuaian sosial dalam sesuatu persekitaran atau lingkungan sosial.dapat dikaji melalui beberapa sapek sosiolosasi yang penting seperti proses peniruan dan identifaksi, aktiviti bermain, perkembangan kongnisi sosial, persahabatan dan pembahagian anatar rakan

9|Page

[PENDIDIKAN SOSIO EMOSI KANAK-KANAK] KAL 3033


sebaya.Sepanjang proses sosialisasi sosial mereka.Kanak-kanak mempelajari tradisi,

kepercayaan, nilai dan cadangan yang dianut oleh kumpulan sosial mereka. Mereka juga mempelajari peraturan sosial yang diamalkan oleh kumpulan sosial.Proses sosialisasi ini pula ditentukan oleh konteks budaya.Tingkah laku sosial yang sesuai bagi sesuatu budaya mungkin dianggap tidak sesuai bagi budaya lain.Namun demikian banyak tingkah laku sosial yang bersifat universal merentasi pelbagai kaum etnik dan budaya. 4.3 Masyarakat sekaliling (Persahabatan) Kanak-kanak gemar meniru tingkah laku sahabatnya,Biasanya kanak-kanak meniru tingkah laku kanak-kanak yang popular dan sesiapa sahaja yang telah membentuk hubungan rapat dengannya.Kanak-kanak meniru orang yang sebaya dan lebih tua daripadanya.Mereka akan meniru tingkah laku yang positif ataupun negatif.Sebaliknya, mendapat sahabat yang baik maka kanak-kanak akan belajar belajar berdikari lebih pandai berinteraksi dengan orang lain. Sebaliknya, mungkin dipelajari ialah tingkah laku agresif, tamak, tidak menghormati oranng tua dan lain-lain.Litman dan Bricker(1967) telah menjalankan kajain tentang pengaruh sahabat terhadap tingkah laku langsung kanak-kanak yang berumur tiga hingga lima tahun.Mereka mendapati kanak-kanak yang sering dibuli sering memberi peneguhan contoh kepada si pembuli itu. 4.5 Pengamatan diri sendiri. Apabila kanak-kanak membesar, mereka berupaya umtuk meluahkan penerangan diri fizikal dan perasan mereka serta bercakap tentang diri mereka atau kendirisaya(harter,1988).Apabila konsep kendiri ini semakin berkembang, mereka akan menumpu kepada pengetahuan tentang diri sendiri sendiri dan penilaian sifat kendiri.Mereka akan mempunyai konsep kendiri yang terdiri daripada kebolehan, kelakuan, sifat dan nilai yang memaparkan dirinya sebagai seorang individu yang berlainan daripada orang lain.Selepas memulakan persekolahan pada peringkat rendah, konsep kendiri kanak-kanak menjadi senakin abstrak.Salah asatu daripada aspek ini ialah gambaran kendiri yang menjadi lebih signifikan.Misalnya, mereka melihat diri mereka tidak hanya sebagai seorang yang pintar atau sebaliknya, tetapi dengan membandingkan diri sendiri dengan orang lain.(Ruble & Dwek : 1995, Ruble & Fluet: 1988, Pomerantz et.al: 1995).

10 | P a g e

[PENDIDIKAN SOSIO EMOSI KANAK-KANAK] KAL 3033

Para penyelidikan telah membuat kajian pada kanak-kanak untuk mendapatkan 20 jawapan daripada soalan tentang siapa saya? di kalangan kanak-kanak yang berumur antara 9 hingga 18 tahun(Nottleman: 1987, Zimmerman et.al, 1997).kajian merka mendapati bahwa kanak-kanak yang termuda(9 tahun) menghuraikan diri mereka seperti contoh yang berikut: Nama saya Harun.Mata saya berwarna coklat.rambat saya berwarna hitam.saya berumur 9 tahun .Saya sukan bersukan.saya ada Sembilan orang adik beradik.. Kenyataan mereka berbeza dengan kenyataan yang diberi oelh kanak-kanak yang berumur 11 tahun yang menggambarkan dirinya lebih terperinci; Nama saya Suria.saya adalah orang biasa.saya seorang perempuan.saya boleh dipercayai.Saya tidak tidak begitu cantik.saya lebih tinggi jika dibandingkan dengan kanak-kanak lain yang sama usia.saya perenang yang baik Mereka bukan hanya menggambarkan dirinya secara luaran sahaja tetapi juga meghuraikan sikapnya, kebolehannya, jantinya, sifatnya dan lain-lain lagi. 4.6 Baka Faktor baka brkaitan rapat dan memepengaruhi perkembanagn kanak-kanak Menurut ahli sosiologi, faktor warisan secara biologi yang merangkumi faktor biologi dan genetic merupakan faktor yang amat berkait dengan perkembangan konsep kendiri.Kanak-kanak akan mewarisi gen dari ibu bapa.Dengan itu, pewarisan seperti emosi, keberanian, kejujuran dan sebaginya yang berkaitan akan membentuk peribadi kanak-kanak.Secara langsung, ianya mempengaruhi konsep kendiri kanak-kanak.

11 | P a g e

[PENDIDIKAN SOSIO EMOSI KANAK-KANAK] KAL 3033

4.7 Faktor lain 1. Genetik dan Faktor Fizikal a) Jantina Kanak-kanak lelaki dan perempuan mempunyai kualiti yang berbeza dalam psoses personaliti. b) Umur dan Kematangan Personaliti berubah melalui pembesaran individu daripada peringkat kanak-kanak, dewasa, pertengahan umur dan tua. c) Ketinggian dan saiz Ketinggian dan berat badan mempengaruhi personaliti seseorang. 2. Sosial dan faktor Persekitaran a. Asuhan Penjaga Personaliti ibubapa, datuk/nenek atau penjaga akan mempengaruhi personality anak-anakyang dijaga kerana mereka akan mengikut tingkahlaku penjaga mereka. b. Keluarga dan rakan-rakan Latarbelakang keluarga sama ada yang mantap dengan nilai-nilai yang positif mempengaruhi pembesaran kanak-kanak dari aspek pemikiran, tingkahlaku dan perangai. c. Latarbelakang sosio Ekonomi Taraf atau darjat keluarga sama ada daripada kelas tinggi , sederhana atau bawahan serta jumlah pendapatan keluarga menentukan kualiti hidup dan pembentukkan personaliti kanakkanak. d. Sekolah dan taraf pendidikan Jenis sekolah, guru-guru dan rakan sebaya juga mempengaruhi dan membentuk personaliti seorang kanak-kanak.Guru-guru yang penyayang dan prihatin akan memberi kesan yang positif dalam penbentukan personality pemikiran murid-murid.Pengaruh rakan sebaya jiga ditentukan melalui latarbelakang pusat pendidikan di mana seseorang iru belajar, sekiranya mereka dari 12 | P a g e

[PENDIDIKAN SOSIO EMOSI KANAK-KANAK] KAL 3033


kawasan miskin kemungkinan banyak pengaruh negative dalam personaliti kanak-kanak tersebut. e. Agama dan budaya Sekiranya kanak-kanak dibesarkan dalam keluarga yang mengamalkan kepercayaan agama dan amalan tradisi yang kuat, nilai-nilai tersebut akan diterapkan dan peringkat bayi lagi.Kanakkanak tersebut akan berpegang kuat terhadap kepercayaan dan amalan-amalan tradisi tersebut sehingga dia membesar. 3. Pengalama lalu a. Kejadian trauma Kemalangan, penceraian ibubapa atau perpisahan sementara dan ibubapa semasa kecil akan meninggalkan impak besar dalam personaliti seseorang kanak-kanak. b. Tragedi yang berlaku kepada keluarga Kematian ibubapa, datuk nenek atau penjaga mungkin akan mempengaruhi seorang murid bila ianya berlaku sewaktu peringkat kanak-kanak. c. Pengalaman atau kenangan yang diingati dan menyenangkan. Kejadian yang jarang berlaku seperti percutian, majlis perkahwinan.Perjumpaan dengan selebriti atau sebagainya meninggalkan kenangan abadi juga dapat mempengaruhi personality seseorang bacaan atau perjumpaan dengan orang yang terkenal yang mungkin menjadi teladan peranan model juga mempengaruhi personality kanak-kanak.

13 | P a g e

[PENDIDIKAN SOSIO EMOSI KANAK-KANAK] KAL 3033

Jadual 1.1 : Perkembangan Konsep kendiri Semasa bayi Semasa kanak kanak- Semasa Remaja Semasa Dewasa Semasa Pertengahan Umur berusia tua Konsep positif melalui penjagaan kendiri Semasa terbina kanak prasekolah, mereka kanak- Sebagai dan remaja muda boleh mereka dan mendapatkan pelbagai anak Dalam peringkat Semasa dan semakin dewasa pertengahan usianya mereka lebih usia meningkat dan tua, dan

menumpukan

ibubapa semasa mengawal bayi mengambil inisiatif

pada kerjaya dan mereka

melalui

ilmu mula mempunyai pelbagai hubungan dan intim perubahan fizikal mula kepada badan:lebih berkongsi tentang pengalaman manis lepas besedia yang dan mental tubuh

menjadi pengetahuan, membina personaliti dan terhadap pertumbuhan fizikal badan.

lebih berkuasa

diri berumah tangga. peka

Konsep terbina

kendiri Konsep

kendiri Konsep

kendiri Memahami

menghabiskan jelas usia tua .Hidup tenang konseo yang tetapi dan

dengan kanak-kanak lebih bayi kepada

menjadi semakin dengan

memenuhi keperluan tersebut.

tertumpu abstrakdan rumit.kanak-

bahawa konsep dengan kendiri yang dengan dan kendiri

beberapa kriteria kanak membina positif yang seperti hak milik konkrit mekanisme fizikal, helah bela

negatif memberi positif diri impak terhadap menyesal

dan bila menghadapi kerjaya masalah sosial hubungan-

dan khuatir jika ada kehendak yang

kemahiran.

dan psikologi.

hubungan inter- tidak dipeuhi. personal.

14 | P a g e

[PENDIDIKAN SOSIO EMOSI KANAK-KANAK] KAL 3033

5.0 Penutup Kesimpulannya, murid-murid perlu memiliki konsep kendiri yang tinggi supaya mereka berasa seronok semasa mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran.Dengan memiliki konsep kendiri yang tinggi ini, murid-murid akan menjadi lebih berkeyakinan untuk menghadapi cabaran-cabaran di sekolah untuk mendapat pencapaian akademik yang terbaik.Konsep kendiri juga adalah dinamik dan sentiasa berubah-ubah.Konsep kendiri bergantung kepada interaksi sosial seseorang yang mempenraguhi persekitaran.dalam hal ini semakin banyak seseorang bergaul, pengalamannya juga bertambah.Rogers (1951)telah menyatakan bahawa manusia itu memang mempunyai potensi untuk menuju ke arah kesempurnaan kendiri dengan syarat seseorang itu harus mempunyai keyakinan terhadap dirinya.Dengan ini adalah penting untuk seseorang memiliki konsep kendiri yang baik yang akan membantunya menuju kea rah kesempurnaan kendiri bagi menjamin kehidupan yang lebih bermakna.

15 | P a g e

[PENDIDIKAN SOSIO EMOSI KANAK-KANAK] KAL 3033

Bibligrafi Kamaruddin Husin.1996. Sekolah dan perkembangnan kanak-kanak.Utusan Publications & Distrubutors sdn.Bhd ; Kuala Lumpur. Ragbir kaur Jogender Singh.2011.Panduan ilmu Pendidikan.Kumpulan Budiman Sdn.Bhd ; Selangor Darul Ehsan Ramlan & mahani Razali.2004.Psikologi Pendidikan: Pendekatan Kontemporari.McGraw Hill Malaysia Sdn.Bhd ; Kuala Lumpur

16 | P a g e

[PENDIDIKAN SOSIO EMOSI KANAK-KANAK] KAL 3033

6.0 Lampiran

Gambar rajah 1: Hierarki Konsep Kendiri

17 | P a g e

[PENDIDIKAN SOSIO EMOSI KANAK-KANAK] KAL 3033

Gambar rajah 2: faktor mempengaruhi konsep kendiri

18 | P a g e

You might also like