You are on page 1of 20

ABSTRAK & KONKRIT PENGERTIAN KETAKSAAN DAN HURAIANNYA

Bidang semantik dan bidang pragmatik ialah


dua bidang yang berbeza. kedua-duanya elemen ini saling berkaitan untuk memperoleh makna yang sebenar. Kajian peringkat semantik belum dapat memberi makna yang sebenar. Oleh yang demikian, kajian pada peringkat pragmatik diperlukan untuk menginterpretasi makna yang bukan melibatkan faktor linguistik.

Dalam buku Dasar-dasar Pragmatik (1996), Leech (1983) menyatakan bahawa pragmatic study meaning in relation to speech situation. Dalam sesebuah pertuturan (lisan), ia tidak semestinya memberi makna secara langsung (Sperber & Wilson, 1989). Terdapat pelbagai maksud yang mungkin akan diujarkan oleh seorang penutur (Ketaksaan makna).

PRAGMATIK

aBSTRAK

KONKRIT

KETAKSAAN

APA ITU KONKRIT?

Konkrit- tidak menyimpang dari makna asal. Kamus Dewan Edisi ke-4 : *Konkrit : bersifat (berupa) sesuatu yang dapat digambarkan (dirasai, dilihat, dll), bersifat kebendaan (tidak abstrak), nyata ada (kelihatan dsb) *Contoh: Meja

ABSTRAK?

Abstrak- perkataan yang memerlukan pentafsiran yang mendalam Juga disebut kabur / taksa Kamus Dewan Edisi ke-4 : * Abstrak : tidak berupa atau bersifat kebendaan (tidak dapat dilihat atau dirasa oleh pancaindera), tidak konkrit atau maujud. * Contoh : perasaan, emosi

Kamus Dewan Edisi Ke-4 :


*Taksa : mempunyai makna yang kabur

(menyangsikan, meragukan), boleh


menimbulkan lebih daripada satu makna atau tafsiran. # Dalam Bahasa Melayu Tinggi, ayat jenis ini sebolehboleh dielakkan daripada menggunakannya, kerana ia tidak menyampaikan maksud yang lengkap kepada pendengar atau pembaca.

Darwis Harahap (1994: 41) : *Taksa : ayat yang tidak pasti maknanya. * Contoh :

1. Burung hinggap di ranting pokok.


2. Burung itu hinggap di ranting

pokok.

CONTOH 1

Burung hinggap di ranting pokok.

Tidak diketahui dengan jelas burung jenis


apakah yang hinggap di ranting pokok tersebut. Perkataan burung pengertian umum.

CONTOH 2

Untuk menjelaskan maknanya, perkataan


burung perlu disertakan kata penentu (itu)

Contoh :
Burung itu hinggap di ranting pokok.

CONTOH 3

Tuan /puan dijemput hadir dan kehadiran adalah diwajibkan. -Ayat kelihatan menepati aturan nahunya. -Merupakan ayat majmuk gabungan (gabungan 2 ayat penyata) -Ayat majmuk gabungan : ayat yang digabungkan setara sifatnya, sama taraf, boleh berdiri sendiri.

-Wujud pertentangan makna. Antara perkataan jemput dan wajib. Komponen makna jemput- pelawa atau alualu Komponen makna wajib- mesti, perlu, tidak boleh tidak. Kesimpulan, terdapat percanggahan makna.

KESIMPULAN
Dalam membina ayat, aspek makna amat penting . Tanpa ambil kira makna, ayat yang dibina walaupun tepat dari segi nahu namun boleh menimbulkan keraguan. Contoh ayat:
1. Rosli masih menduda walaupun sudah berkahwin.

2. Kereta baru Aman amat cantik tetapi kelihatan hodoh. 3. Ah Long gagal dalam peperiksaan meskipun sudah lulus. Kesimpulannya, ayat yang mengandungi ketaksaan makna tidak dapat digolongkan sebagai ayat yang gramatis.

RUJUKAN
Abdullah Yusof, Alias Mohd Yatim dan Mohd Rain Shaari. (2009). Semantik dan Pragmatik Bahasa Melayu. Kuala

Lumpur. Pustaka Salam Sdn. Bhd.


Prof. Dr. Henry Guntur Tarigan. (1990). Pengajaran Pragmatik. Indonesia. Penerbit Angkasa Bandung. Geoffrey Leech. (1993). Prinsip Pragmatik. (Ter). Azhar M. Simin. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Drs. Djago Tarigan. (1990). Proses Belajar Mengajar Pragmatik.


Indonesia. Penerbit Angkasa Bandung.

Dr. L. Dewa Putu Wijana, SU., MA. (1996). Dasar-dasar Pragmatik. Yogyakarta. Penerbit Andi.

Gisle Andersen. (2001). Pragmatic Makers and Sosiolinguistic


Variation. Jenny Thomas. (1995). Meaning in Interaction : An Introduction to Pragmatics.

You might also like