You are on page 1of 8

Sem 2 2012/13

PENILAIAN KURSUS (PPGPJJ)


SMU 3023 / TRM 3023 MATEMATIK ASAS
(Foundation Mathematics)

DR MAZLINI ADNAN (PENYELARAS KURSUS) FAKULTI SAINS DAN MATEMATIK Jabatan Matematik

1.0

PENGENALAN

Kursus ini merupakan lanjutan kepada kursus TMR 1013. Ianya bertujuan memperkukuhkan pengetahuan dan kemahiran pelajar mengenai asas-asas matematik. Tajuk-tajuk yang dibincangkan adalah set, lanjutan sistem nombor nyata, logaritma, surd, geometri koordinat, trigonometri, vektor dan nombor kompleks.

2.0

HASIL PEMBELAJARAN KURSUS

1. 2.

3. 4. 5. 6.

Menguasai takrif serta membincangkan konsep-konsep dan teorem-teorem penting dalam setiap tajuk yang dipelajari. (C2, CS1) Menjelaskan hukum aljabar, aksiom nombor nyata dan kesamaan, hukum logaritma, petua surd, identiti trigonometri, petua sinus dan kosinus serta hukum hasildarab skalar dan vektor. (C3, A3) Menyelesaikan persamaan logaritma, persamaan surd, persamaan trigonometri dan persamaan yang melibatkan nombor kompleks. (C3, LL 1) Membezakan nombor khayalan dan nombor kompleks. (C2) Melakukan operasi terhadap nombor kompleks serta menyelesaikan persamaan yang melibatkan nombor kompleks. (C3,P2) Menyelesaikan permasalahan matematik yang melibatkan pelbagai penggunaan konsep, teorem, takrif, hukum, prinsip-prinsip dalam setiap tajuk yang dipelajari. (C4, CT 4)

3.0

PENILAIAN KURSUS 3.1. Pemberatan


Kategori Kerja kursus Peperiksaan Akhir JUMLAH Pemberatan 60% 40% 100%

3.2.

Agihan Pemberatan Kerja Kursus


Bentuk Kerja Kursus Individu JUMLAH Jenis Tugasan Tugasan 1 dan Tugasan 2 E-Forum Jumlah (%) 40% 20% 60%

4.0

BENTUK KERJA KURSUS INDIVIDU i. Kursus SMU 3023 / TRM 3023 ini mengandungi Tugasan 1, Tugasan 2 dan EForum. ii. Jawab SEMUA tugasan tersebut. iii. Tugasan 1 dan Tugasan 2 yang telah dijawab dengan sempurna perlu dihantar kepada pensyarah E-Learning melalui pautan yang disediakan dalam myGuru3. Untuk E-Forum, sila baca arahan yang telah disediakan di bawah. iv. Sila baca SEMUA perkara yang terdapat di dalam Panduan Kerja Kursus ini supaya anda mendapat kefahaman yang sebenar tentang bagaimana hendak menyelesaikan kerja kursus anda.

Tugasan

Arahan

Tarikh Akhir 7 April 2013

Tugasan 1

Lukiskan peta konsep bagi mana-mana EMPAT (kecuali unit 1) daripada unit dari modul Matematik Asas.

10

Tugasan 2

Bincangkan tentang kepentingan dan aplikasi mana-mana LIMA unit (kecuali unit 1) dari modul Matematik Asas dalam kehidupan seharian. Setiap perbincangan perlulah disertakan dengan contoh yang sesuai.

5 Mei 2013

30

E-Forum

1. Pensyarah E-Learning bagi setiap kumpulan akan memuat naik (upload) 4 soalan untuk dibincangkan bersama dalam kalangan ahli kumpulan masing-masing di dalam portal MyGuru 3. 2. Setiap pelajar MESTI menjawab setiap soalan tersebut dengan mengemukakan 3 isi penting (lebih kurang 150 patah perkataan) bagi setiap jawapan. Jawapan mestilah dalam bentuk hujah yang ilmiah. 3. Selain dari menjawab soalan tersebut, setiap pelajar juga perlu membuat komentar terhadap sekurang-kurangnya tiga (3) jawapan yang dikemukakan oleh rakan sekumpulan yang lain bagi setiap soalan yang dikemukakan. 4. Pelajar perlu peka dengan tarikh-tarikh yang ditetapkan. Kelewatan untuk menjawab dan memberi komentar mengikut tarikh yang ditetapkan akan menjejaskan markah kerja kursus yang disediakan.

5. Tajuk-tajuk adalah seperti berikut: a) Dalam satu kaji selidik yang dijalankan, terdapat 100 daripada 120 syarikat elektronik mengeluarkan sekurang-kurangnya satu jenis produk yang terdiri daripada komputer peribadi, televisyen dan peti sejuk. Maklumat-maklumat berikut diperolehi: 65 firma mengeluarkan komputer peribadi 45 firma mengeluarkan televisyen 42 firma mengeluarkan peti sejuk 20 firma mengeluarkan komputer peribadi dan televisyen 25 firma mengeluarkan komputer peribadi dan peti sejuk 15 firma mengeluarkan televisyen dan peti sejuk Tentukan bilangan syarikat yang mengeluarkan (i) ketiga-tiga jenis produk (ii) hanya dua jenis produk sahaja (iii) hanya satu jenis produk sahaja b) Bincangkan tentang sejarah Geometri Koordinat. Juga kenal pasti tokoh-tokoh matematik yang dikaitkan dengan Geometri Koordinat. Bincangkan tentang miskonsepsi yang wujud dalam tajuk logaritma. Jelaskan mengapa : sin (-a) = - sin a kos (-a) = kos a tan (-a) = - tan a ? JUMLAH Minggu 5 (18-31 Mac) Minggu 7 (1-14 April) Minggu 8 (15-28 April) 5 Minggu 3 (4 -17 Mac) 5

c)

d)

60

5.0

FORMAT PENULISAN TUGASAN

Tugasan 1 : Tiada format yang ditetapkan. Ia bergantung kepada kreativiti setiap pelajar. Tugasan 2 : Tiada bilangan mukasurat yang ditetapkan. Ia mengikut pensyarah e-learning anda masing-masing. Lima unit 6 markah untuk setiap unit yang dinyatakan. Format tugasan 2: i. Muka depan ii. iii. iv. Isi kandungan Pengenalan Isi - kepentingan dan aplikasi mana-mana LIMA unit dari modul Matematik Asas dalam kehidupan seharian. Sebagai contoh ia ditulis seperti di bawah: a. Set d. Vektor v. vi. Penutup Rujukan Penerangan Contoh Penerangan Contoh Penerangan Contoh Penerangan Contoh Penerangan Contoh

b. Logaritma

c. Trigonometri

e. No. Kompleks

6.0

SKALA PEMARKAHAN KERJA KURSUS

A-

B+

TUGASAN 1 DAN TUGASAN 2 (40%) Menepati format penulisan, isi mencukupi, isi diolah dan dikembangkan dengan baik, ada contoh yang baik dan konkrit. Ada idea asli yang bernas, kreatif dan kritis. Idea tersusun dengan kemas. Tiada kesalahan format penulisan dan bahasa. Menepati format, isi mencukupi, isi dikembangkan dengan baik, ada contoh yang konkrit. Ada idea asli yang bernas. Idea tersusun dengan kemas. Tiada kesalahan bahasa. Tiada kesalahan format penulisan dan bahasa. Menepati format, isi mencukupi, isi dihuraikan dan ada contoh. Idea disusun dengan baik. Tiada kesalahan format dan bahasa.

B-

C+

E-Forum (20%) Tahap perbahasan secara ilmiah yang cemerlang, penyampaian yang cemerlang dan kemas, menarik dan kreatif, idea yang bernas, ada elemen interaksi yang baik. Tahap perbahasan secara ilmiah yang baik, penyampaian yang baik, menarik dan kreatif, idea yang bernas, ada elemen interaksi yang baik. Tahap perbahasan ilmiah yang sederhana, penyampaian yang baik, menarik dan kreatif, idea yang bernas, ada elemen interaksi. Menepati format, isi mencukupi, isi dihuraikan Tahap perbahasan sederhana, dan ada contoh. Idea disusun dengan baik. penyampaian yang baik, menarik Kesalahan format dan bahasa pada tahap minima dan idea yang bernas. (tidak lebih dari 3 kesalahan). Tahap perbahasan sederhana, penyampaian yang Ada perbahasan secara ilmiah, baik, menarik dan idea yang bernas. penyampaian yang baik dan menarik dan ada idea yang kemas. Kesalahan format yang minima (tidak lebih 3 Ada penjelasan, penyampaian perkara), isi mencukupi, isi di huraikan dan ada yang sederhana, Ada idea sendiri contoh. Ada Idea yang diambil dari sumber lain. yang baik. Kesalahan format minima (tidak melebihi 3 perkara) dan kesalahan bahasa minima (tidak lebih dari 5 perkataan). Kesalahan format tidak melebihi 4 perkara, isi Tahap perbincangan yang rendah, mencukupi, isi di huraikan dan ada contoh. Ada penyampaian sederhana dan Idea yang diambil dari sumber lain. Kesalahan sekadar ada, ada idea tetapi kurang format dan bahasa tidak melebihi 7 perkara. kemas. Kesalahan format melebihi 5 perkara. Isi tidak Tidak ada penjelasan, mencukupi, isi tidak dihuraikan. Tiada contoh. penyampaian yang tidak berkesan, Ada Idea yang diambil dari sumber lain. idea yang tidak jelas. Kesalahan format dan bahasa melebihi 8 perkara. Tidak diserah pada waktu yang ditetapkan. Tidak Gagal melengkapkan tugasan pada lengkap. masa yang ditetapkan dan tidak menjawab soalan.

7.0

PERHATIAN DAN PERINGATAN!!!!!!! Segala perkara yang berkaitan dengan kursus ini adalah merujuk dan mengikut arahan Pensyarah E-Learning anda. Kehadiran dan penglibatan pada setiap tutorial adalah WAJIB. Karya anda mestilah asli dari idea anda sendiri. Plagiat adalah jenayah intelek yang boleh dikenakan tindakan tatatertib. Sentiasa AWAS dan PEKA dengan tarikh-tarikh yang berkaitan dengan penghantaran tugasan secara on-line. Sentiasa rujuk kepada pengumuman dari masa ke semasa. Pastikan tugasan dihantar mengikut tarikh yang ditetapkan secara on-line. Serahan pos tidak dianggap sebagai bukti penghantaran. Kegagalan anda melengkapkan & menghantar tugasan adalah tanggungjawab anda sendiri dan menjejaskan markah dan gred anda. Pastikan anda menjadi pelajar yang aktif. Semua peraturan adalah tertakluk kepada arahan Pensyarah E-Learning bagi kumpulan masing-masing.

LAMPIRAN 1

PEMARKAHAN

RIS SEMESTER 1 SESI 2010/2011

KOD & NAMA KURSUS

PPGPJJ SEMESTER 2 SESI 2012/2013


TRM 3023 MATEMATIK ASAS TUGASAN 1 / 2

DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. MATRIK

KUMPULAN

: __________________________________________________

PENSYARAH E-LEARNING:____________________________________________ TARIKH SERAH : __________________________________________________ 7

You might also like