You are on page 1of 13

CERITA LEGENDA

DEFINISI
Cerita prosa rakyat yang ditokohi manusia
yang ada kalanya memiliki sifat-sifat luar
biasa dan dibantu oleh kuasa atau makhluk
ajaib
Cerita legenda juga dipercayai pernah
benar-benar terjadi oleh penuturnya dan
masyarakatnya tetapi tidak diannggap suci
Legenda bersifat keduniawi, terjadi pada
masa yang belum begitu lama dan
bertempat di dunia.
Legenda juga dianggap sebagai “sejarah
rakyat” kerana legenda memangnya
Pembahagian atau penggolongan Karya-
karya Legenda
Legenda terbahagi kepada dua jenis, iaitu;

1.Legenda yang bercorak setempat / tempatan.


2.legenda yang bercorah menjelajah / pendatang.

1. Legenda bercorak setempat.

Legenda bercorak setempat ialah cerita-cerita mengenai


tokoh-tokoh yang pernah hidup dalam sejarah dari sesuatu
negeri yang dipercyai benar-benar berlaku dan tidak ada
hubungan dengan cerita-cerita luar negeri.

Contohnya, di Eropah cerita-cerita legenda terkenal seperti


Robin Hood dan King Arthur.
Cerita legenda setempat kekadang berkembang menjadi
legenda bercorak kebangsaan

Contohnya, Hang Tuah yang merupakan legenda negeri


Melaka tetapi berkembang menjadi legenda kebangsaan
begitu juga dengan Tok Janggut dan Datuk Bahaman

2. Legenda bercorak menjelajah .

Legenda bercorak menjelajah ialah cerita-cerita sejarah yang


wujud dari sesuatu negeri yang berpindah ke suatu negeri
yang lain. Cerita tokoh-tokoh tersebut disesuaikan dengan
persekitaran.

Contohnya, Seri Rama dan Nabi Sulaiman


Selain daripada itu, terdapat legenda yang tersebar di kalangan
masyarakat Melayu dan ianya boleh dibahagikan kepada tiga,
iaitu; .

1. Tokoh Islam,
2. Tokoh kepahlawanan dan pejuang bangsa,
3. Legenda pendosa.
1. Tokoh Islam

Contohnya, Seri Rama dan Nabi Sulaiman

2. Tokoh kepahlawanan dan pejuang bangsa

Tokoh-tokoh kepahlawanan dan pejuang bangsa yang menjadi


sebutan masyarakat Melayu merupakan tokoh yang berani,
bijaksana dalam pentadbiran negeri, pencipta tanahair dan
sanggup berjuang bermati-matian menentang penjajahan
Inggeris untuk menuntut kemerdekaan. Di antara tokoh-tokoh
tersebut ialah Hang Tuah, Tun Perak, Dato Bahaman, Tok
Janggut, Dol Said dan sebagainya.
Legenda pendosa.

Legenda pendosa termasuk dalam legenda pendatang kerana ia


terdapat di pelbagai tempat di Nusantara tetapi telah menerima
perwarnaan tempatan. Legenda pendosa menampilkan watak
utama yang derhaka kepada ibu bapa dan akhirnya menerima
balasan.

Contohnya Si Tanggang yang derhaka telah di sumpah oleh


ibunya lalu menjadi batu. Peristiwa yang sama berlaku juga ke
atas Malim Kundang di Sumatera, Indonesia dan juga Nakhoda
Manis di Brunei.
Ciri-ciri Cerita
legenda
1. Kepercayaan masyarakat Kepada Tokoh
- Masyarakat telah meletak/menempatkan
tokoh tersebut sebagai tokoh yang
disanjung iaitu di tempat istimewa seperti
2. Latar Masadalam sejarah
benar-benar
- Lebih dekat dengan pra sejarah jika
dibandingkan dengan cerita mitos.
Dipercayai berlaku pada masa yang belum
begitu lama.
3. Latar tempat
Cerita legenda berdasarkan tempat-
tempat di alam nyata dan kebanyakkan
mempunyai bukti kewujudannya di dalam
sejarah sebenar.
4. Watak-watak cerita lagenda
Terdiri daripada watak manusia biasa,
tetapi mempunyai keistimewaan tertentu
seperti alim, seorang pahlawan dan
sebagainya yang menyebabkan tokph itu
disanjung masyarakat.
5. Tidak dianggap kudus atau suci seperti
mana cerita mitos
Peranan Cerita-cerita
Legenda
1. Untuk menguatkan kepercayaan
anggota-anggota masyarakat terhadap
sesuatu peristiwa yang bercorak
sejarah
2. Tujuan untuk berbangga dan untuk
dijadikan sebagai teladan dan panduan
kepada masyarakat mengenai
kepahlawanan dan kegagahannya,
Misalnya Hang Tuah menjadi
kebanggaan
3. bangsa Melayu.
Untuk menyanjung keturunan tokoh-
tokoh legenda sebagai orang yang
gagah dan mulia
4. Untuk mengingatkan dan mengenangkan
peristiwa-peristiwa yang telah berlaku dalam
masyarakat Melayu seperti keangungan
kesultanan Melayu Melaka.

5. Untuk menjadi sebagai model seorang


pahlawan dan pemimpin bangsa untuk dicontohi
oleh masyarakat.

6. Untuk menguatkan keyakinan orang-orang


Melayu terhadap agama Islam. Di samping itu
untuk menggantikan legenda yang bersumber
daripada kepercayaan Hindu-Buddha.
7. Sebagai media untuk pendidikan bagi
masyarakat Melayu Tradisional, khasnya
cerita-cerita legenda pendosa. Biasanya
cerita-cerita ini bersifat didaktik untuk
menjadikan teladan dan ingatan kepada anak-
anak supaya tidak melakukan penderhakaan
kepada ibubapa.
FUNGSI CERITA
LAGENDA
1. Sebagai “alat” pengekalan norma dan
sistem masyarakat. Iaitu menyemaikan sikap
menghormati ibu bapa. Contohnya, Legenda
Pendosa, misalnya Si Tenggang mengajar
masyarakat Melayu supaya menghormati ibu
bapa dan berbuat baik kepada mereka kerana
mereka yang menderhaka akan menerima
balasanya.
2. Membina rasa hormat kepada tokoh
budaya.
3. Mengekalkan semangat patriotik dan rasa
sayang kepada bangsa dan negara. Dengan
mengetahui cerita-cerita tentang tokoh-tokoh
legenda yang berjuang mempertahankan
bangsa dan tanah air seperti Dato’ bahaman,
Tok janggut dan sebagainya.
4. Menyampaikan nilai didaktik , contohnya
dalam cerita Sumpah Mahsuri.

5. Sebagai “bahan” gambaran masyarakat


Melayu Tradisional

6. Keyakinan kepada Tuhan. Misalnya, cerita


legenda yang memfokuskan tokoh pahlawan
Islam, wali-wali dan sebagainya dapat
menyemaikan keyakinan kepada kekuasaan
Tuhan. Mereka yang yakin akan sentiasa
mendapat pertolongan daripada Nya.
7. Menyemaikan semangat keberanian
Tokoh-tokoh yang berani dan setia di dalam
cerita legenda menjadi sebutan masyarakat
Melayu dan ini secara tidak langsung dapat
menyemaikan semangat keberanian kepada
pendengar atau pembaca. Contohnya, Hang
Tuah dan saudara-saudaranya semasa kecil

You might also like