You are on page 1of 10

CERITA BINATANG

Cerita yang menggunakan watak


binatang sebagai watak dalam cerita
Watak binatang ini mempunyai sifat
seperti manusia biasa.
Contohnya, boleh bertutur seperti
manusia biasa, berfikir, hidup
bermasyarakat dan sebagainya.
JENIS-JENIS CERITA BINATANG

1. Cerita Asal-usul

2. Cerita ‘Fable’

3. Cerita Beast
Epic
Cerita Asal-usul
menceritakan tentang asal-
usul binatang. Cerita ini
dilahirkan oleh masyarakat
melayu yang masih lagi
berfikiran primitif dan
keinginan mereka untuk
mengetahui sesuatu
perkara. Pertanyaan
“mengapa” sering
diutarakan.
Cerita binatang jenis fable
mengandungi unsur pengajaran
dan teladan. Ia bertujuan
memberi tauladan dan
pengajaran serta nasihat kepada
pembaca atau pendengar.
Disampaikan secara lucu dan
menggembirakan dan disebalik
kelucuan ini lah terselit unsur-
unsur pengajaran dan nasihat.
Contoh cerita jenis ini seperti
Arnab berlumba dengan Kura-
kura, Anjing Dengan Bayang-
bayang dan sebagainya.
Cerita binatang berbentuk ‘Beast
Epic’ ialah cerita yang berpusatkan
kepada satu pelakon binatang
sebagai watak utama. Watak
binatang ini akan menemui
berbagai-bagai peristiwa atau
kisah.Setiap cerita merupakan cerita
lengkap.
Contoh cerita binatang jenis ini
dalam masyarakat melayu ialah
Cerita Sang kancil dan Pelanduk
Jenaka.
FUNGSI CERITA BINATANG

Berfungsi Memberi
hiburan

Berfungsi Pengajaran &


Pendidikan

Berfungsi Mengkritik
Cerita binatang mempunyai unsur-
unsur hiburan. Unsur-unsur hiburan
ini dapat dilihat melalui kepintaran
watak utama iaitu binatang di dalam
cerita. Watak binatang tersebut
menggunakan kepintaran secara
tipu helah dan akal fikiran bagi
tujuan-tujuan tertentu. Contohnya,
dengan kepintaranakal fikiran dan
tipu muslihat watak Sang kancil yang
kecil dapatmengalahkan gajah yang
lebih besar darinya.
Selain unsur lucu, cerita binatang juga
banyak mengandungi unsur pengajaran
dan pendidikan.
Sifat-sifat binatang yang menyerupai sifat
manusia seperti bijaksana, berfikir, pintar
dan sebagainya mewujudkan unsur-unsur
pendidikan untuk difikirkan oleh pembaca
dan pendengar. Contohnya, tubuh badan
yang kecil belum menentukan cerdik
bodohnya seseorang
Kisah-kisah binatang ini juga terselit
unsur-unsur pengajaran seperti
berwaspada, adil, tidak menganiya, belas
kasihan, bersatu padu dan sebagainya.
Contohnya melalui cerita Gagak dengan
Tekar dapat memberi pengajaran supaya
Unsur kritikan juga terselit dalam cerita
binatang. Terselit sindiran tajam dan kritikan.
Misalnya, sifat lupa diri akan membawa padah
pada diri sendiri.
Contohnya, Sang Kancil yang sering menang
dengan kecerdikan dan tipu helahnya, tetapi
adakalanya ia lupa diri dan kerana itu
membawa padah pada dirinya sendiri

You might also like